Seorang pakcik dari PD menceritakan suatu kisah ketika kami duduk semeja ketika makan di satu majlis perkhawinan.
Bunga rampai-begitu sinonim dengan majlis orang khawin.
Saya gemar baunya yang semulajadi.
Ceritanya begini,
Salah seorang sahabat pakcik ini mempunyai 4 orang isteri.Bagi sahabat pakcik ini,mempunyai 4 orang isteri adalah satu nikmat anugerah Allah SWT yang besar dan bukan calang-calang orang dapat merasai nikmatnya.Bahkan status sebagai ketua pemerintah negara pun belum pasti dapat mengecapi nikmatnya.
Suatu hari,ketika sahabat itu sedang makan dan hendak menyuap nasi ke mulutnya,tiba-tiba dia meletakkan kembali nasi dalam genggaman itu ke dalam pinggannya.Lalu,tiba-tiba dia menangis teresak-esak.Sambil menangis teresak-esak itu dia teringatkan kenangan zaman lampaunya.
Rupanya sahabat itu teringatkan saat ketika ibunya menyuapkan nasi kepada adik beradiknya ketika mereka kecil.Ketika itu,ibunya akan melenyek pisang dan digaul dengan nasi dan akan menyuapkannya kepada adik beradiknya termasuklah kemulutnya.
Apabila teringatkan akan kisah itu,rupanya ketika sahabat tadi itu hendak menyuap nasi ke dalam mulutnya,entah bagaimana terlintas di dalam hatinya,sesungguhnya dia tidak mampu mengira berapakah butiran nasi yang ada di dalam genggamannya itu.Sebenarnya nikmat itulah jauh lebih besar baginya.
Selepas dari itu,sahabat itu bertaubat bersungguh-sungguh untuk tidak berbangga dengan sebarang nikmat yang diperolehinya,terutama sekali nikmat yang orang lain tidak dapat mengecapinya.
Sesudah reda tangisnya dan sudah bertaubat,barulah sahabat tadi itu meneruskan niatnya untuk menyuap nasi ke mulutnya.
Mendapat hidayah ketika makan.
Kata pakcik dari PD itu tadi,kadang-kadang lintasan di dalam hati itu berlaku dalam suatu masa yang cukup sekejap,tetapi kesannya mendalam dan cukup lama akan terpendam di dalam hati dan sanubari orang tersebut.
"Hidayah itu milik Allah" - Ya Allah terangilah hati kami ini dengan cahaya HidayahMu sepertimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahariMu.Amin.
Moga perkongsian dapat memberikan emnafaat.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment