Bismillah hirrahman nirrahim.
1999-2000.
Setelah setengah tahun saya tinggal di Jepun,saya mula mencari-cari aktiviti untuk mengisi masa yang terluang.Suatu hari sensei taiiku (baca : cikgu PJ) kelas saya (3 nen 3 kumi) mengajak saya untuk menyertai kelab ragbi kolej tempat saya belajar.
(Nota : Sebenarnya rata-rata pelajar Jepun mempunyai kelab sukan mereka sendiri.Kebanyakkan kelab sukan yang mereka sertai bermula dari sekolah rendah hinggalah ke kolej/universiti.Malah mereka setia pada kelab yang sama.Tidak hairanlah bakat ahli sukan mereka terserlah.Mereka terlatih dari kecil.)
Kerana malu dengan ajakan yang berulangkali,saya pun suatu hari membawa sepasang kasut bola dan pakaian sukan ke tepi padang.Di sana saya berjumpa dengan Manager kelab ragbi kolej kami.
(Nota : Manager bagi kelab sukan biasanya adalah pelajar-pelajar perempuan.Mereka diberi tugas sebagai pembantu kelab sukan seperti mengemas stor,menyediakan kelengkapan dan mengambil kedatangan.Ia langsung tidak menggambarkan istilah MANAGER seperti yang ada di dalam kepala saya.)
Selepas memberikan kedatangan kepada Manager,saya terus berjumpa Arai Sensei,jurulatih kelab ragbi kolej.Saya terus menyertai ahli kelab yang lain untuk memenaskan badan dan seterusnya aktiviti-aktiviti yang lain.
Di pendekkan cerita,saya telah terpilih untuk mewakili Tsuyama Kosen ke pertandingan ragbi antara kolej cyugoku-bu (cyugoku-bu adalah kawasan yang merangkumi Okayama-ken,Shimane-ken,Hiroshima dan Totori-ken).
Pertandingan pada tahun tersebut telah diadakan di padang bandar Shimane.Ia sebuah padang yang luas dan cantik.
Sehari sebelum pertandingan dimulakan,kami sudah diwajibkan oleh pihak penganjur untuk berada di bandar Shimane.Pada petang hari berkenaan,seluruh kontijen setiap pasukan telah dijemput untuk sessi menyesuaikan diri di atas padang perlawanan.Kami telah diberi kesempatan untuk memanaskan badan di atas padang.
Unik.
Aktiviti memanaskan badan pada petang itu dibuat secara kolaburasi.Kapten pasukan Kolej Shimane telah menerajui seluruh 4 pasukan yang menyertai pertandingan selama 2 hari itu untuk membuat warm-up.Setelah aktiviti warm-up selesai,kami yang yang sedang berada di dalam bulatan diarahkan untuk membilang 1~4.Pemain yang membilang angka 1 di arahkan pula untuk berkumpul di suatu kelompok.Begitu juga pemain yang membilang angka 2,3 dan 4.
Setelah membentuk 4 kelompok kami memulakan aktiviti masing-masing.Setiap kelompok mempunyai pemain yang bercampur-campur dari kolej yang berlainan.Walaupun buat kali pertama bertemu muka,kami tidak kekok untuk membuat aktiviti bersama seperti bersilang-silang menghantar bola dan banyak formasi lain yang biasa kami buat ketika berlatih di kolej.
Selesai aktiviti berkelompok itu kami berkumpul sekali lagi ditengah padang.Ketika itulah wakil dari setiap pasukan yang merupakan jurulatih rugbi memberi kata-kata aluan kepada kami semua.
Selesai mendengar kata-kata aluan,kami dipecahkan sekali lagi.Kali ini kami dipecahkan menjadi kumpulan mengikut posisi kami.Pemain di bahagian forwards dikumpulkan di satu sudut manakala pemain di bahagian backs pula di satu sudut lain.
Setelah berada di kumpulan kami (baca : backs),kami sekali lagi membuat beberapa aktiviti bersama,tidak kira kami dari pasukan mana.Begitu juga kumpalan forwards.Saya melihat mereka berasak bersama membuat aktiviti mereka.Mereka juga berlatih bersama tidak mengira pasukan apa.
Tamat latihan memanaskan badan.
Setelah menjelang petang,barulah latihan petang itu tamat.Sebelum pulang kami berkumpul sekali lagi di tengah padang.Jurulatih pasukan Shimane Kosen membuat ucapan penutup.Apa yang ditekankan pada ucapan pada petang itu adalah,pertandingan yang dianjurkan bukanlah untuk menampilkan pasukan mana yang lebih kuat semata,tetapi adalah untuk menaikkan lagi taraf dan skill permaianan rugbi pada setiap pasukan.Latihan kolaburasi pada petang itu pula adalah untuk membangkitkan semangat setia kawan.Semangat untuk menang ketika pertandingan adalah salah satu objektif.Tetapi ikatan antara hati yang terjalin ketika latihan pemanas badan pada petang itu diharap agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,ketika perlawanan berlangsung.Semua sedia maklum,ragbi adalah satu sukan yang lasak.Emosi yang tidak terkawal bisa menjadi punca pergaduhan jika ianya tidak dikawal.Kami akhiri sessi petang itu dengan harapan esok cuaca akan cerah bercahaya.
....itu kisah 11 tahun dahulu.
Usrah : Ikatan antara hati.
Antara tujuan usrah adalah membentuk kumpulan-kumpulan yang membuat beberapa aktiviti bersama dalam menghala dan membawa ummat Islam menuju kejayaan yang sebenar.Selain dari itu juga,tujuan usrah adalah bagi menjalin hati-hati ahli di dalam usrah.Jalinan antara hati ini penting bagi mengelakkan berlakunya perpecahan di dalam antara ahli usrah.Bila berlakunya perpecahan,ini bukan sahaja merugikan,malah hala tuju bagi membawa masyarakat menuju kejayaan juga akan terbantut dan tidak berkembang.
Bukankah ianya begitu?
Sebab itulah,usrah bukanlah terhad dengan hanya berkumpul dan berbincang tentang Islam sahaja dan permasalahan yang timbul di antara ahli usrah.Bahkan aktiviti usrah amat luas.Rehlah,riadah/bersukan,ziarah,majlis jamuan,ia adalah antara beberapa contoh aktiviti yang boleh diusrahkan.
Sepertimana pasukan ragbi cyugoku-bu diharap dapat terjalin hati-hati mereka ketika melakukan latihan secara kolabirasi maka begitu jugalah pasukan usrah.Malah hala tuju usrah sebenarnya lebih besar.
Jadinya,untuk menyertai usrah,ia bukanlah hanya memerlukan ahli yang nampaknya baik-baik sahaja,bahkan pemain ragbi juga boleh menyertai usrah.Ia ada simboliknya di sebalik aktiviti yang dijalankan.
Moga perkongsian dapat memberikan menafaat.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment