Friday, April 26, 2013

:: Rumah Banglo hak milik kekal untuk tawaran ::

Bismillah hirrahman nirrahim.


Segala puji-pujian tertentu bagi Allah SWT di atas Rahmat dan Kasih Sayang yang tidak kunjung habis.Selawat dan salam kepada junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,ahli keluarga dan para sahabat Baginda yang telah banyak berkorban dan terkorban.Al Fatihah untuk Bonda tercinta,Almarhumah Hjh Misemah Hj Sakir,moga rohmu aman di alam sana.

Allah Maha Besar dan Dialah yang memberi kita kekuatan untuk membuat apa sahaja perbuatan hatta keizinan untuk terus hidup dan dapat menghirup udara segar ini juga atas keizinanNya.

Punyalah lama blog ini tidak berisi dengan entry seolah-olah tuan punya blog tidak menemui kunci rumah blognya.

Begitulah hakikatnya kita di dunia ini.Tanpa kunci kita tidak boleh ke mana-mana.Tanpa kunci kereta kita tidak dapat bergerak ke tempat kerja.Sudah tamat waktu bekerja pula,setelah jika kita pulang ke rumah,tanpa kunci rumah,kita tidak dapat masuk ke dalam rumah kita.

Begitulah hakikatnya juga kita hidup di dunia ini.Kita seperti orang yang menyewa sebuah rumah dengan satu perjanjian.Tamat sahaja perjanjian menyewa,hendak atau tidak,kunci rumah sewa perlu dipulangkan semula kepada pemiliknya.Dalam hal kehidupan pemilik kunci kehidupan dunia ini adalah Allah SWT.

Lalu ke mana hendak kita pergi selepas itu.

Hendak atau tidak,Allah memberi kita pula kunci untuk masuk ke Alam Baqa.Di sana kita akan menunggu sehinggalah tiupan sangka kala kedua,di mana manusia dibangkitkan dari kubur untuk menuju ke Alam Akhirat.

Lalu di alam akhirat,kita akan dihisab seperti yang sedia kita maklum.
Apa yang dihisab?

Ya,segala amalan kita,samada yang baik mahupun yang buruk ketika kita berada di dalam rumah sewa/alam kita di dunia dahulu.

Lalu apa yang terjadi seterusnya?

Selepas dihisab kita akan menuju ke destinasi terakhir kita,Syurga atau Neraka.

Lalu jika kita tidak membawa kunci syurga,ke mana destinasi kita?

Sama-sama kita muhasabah di pagi Jumaat yang mulia ini,Penghulu segala hari.

Jom2 muhasabah diri.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat.

Wak,
TDI.