Tahnik atau dalam istilah bahasa kita ‘belah mulut’ adalah salah satu adab dalam menyambut kelahiran bayi.Tahnik dari segi bahasa ialah lelangit di dalam mulut.(al-Marbawi, Kamus Idris al-Marbawi : 153).
Malah ia juga menjadi sunnah Nabi SAW sepertimana hadith di bawah :
Anas bin Malik menceritakan, aku telah membawa Abdullah bin Abi Talhah ketika beliau dilahirkan kepada Rasulullah s.a.w. ketika baginda memakai jubah (aba’ah) sambil menginaikan untanya. Lantas baginda bertanya : “Adakah kamu mempunyai buah tamar?” Aku menjawab, ya. Lalu aku menghulurkan beberapa biji buah tamar, dan Rasulullah s.a.w. memasukkan ke dalam mulutnya. Lalu baginda mengunyahnya kemudian membuka mulut baginda dan mengeluarkan semula tamar yang dikunyah dan diletakkan ke mulut bayi itu. Lantaran itu bayi tersebut menggerakkan lidahnya meghisap tamar tersebut. Kemudian baginda menyebut : “Yang disukai orang ansar ialah tamar dan namakannya dengan nama Abdullah”. (HR Muslim 3995, Lihat al-Nawawi, Syarah sahih Muslim 7/269).
Setelah mengambil kira beberapa faktor dan pandangan dari hasil pembacaan dan ilmu yang pernah saya dengar dari beberapa orang ustaz,maka upacara tahnik kepada bayi saya yang baru lahir ini buat kali pertamanya telah dilakukan oleh saya sendiri pada hari bayi saya dilahirkan.Bayi saya dilahirkan sekitar jam 9 pagi,tiba di labour room pada jam 10 pagi dan masuk ke wad bersalin 1A Hospital Tuanku Jaafar pada sekitar jam 12 tengahari.Ketika itulah saya mengambil kesempatan untuk mentahnik bayi saya.
Dengan berbekalkan kurma yang saya bawa dari rumah,saya kunyahkan menjadi lembut dan saya sapukan pada lelangit bayi saya.2,3 kali percubaan barulah saya berjaya betul-betul meletakkan butiran kurma itu pada lelangitnya.Terasalah sedutan yang kuat dari bayi saya ketika itu.Begitulah apa yang saya belajar,proses tahnik sebenarnya selain dari sunnah Nabi SAW ia merangsang sel-sel di dalam mulut bayi agar nanti bayi akan mudah menghisap susu ibunya.
Setelah keluar dari wad Hospital Tuanku Jaafar,sekali lagi saya telah membuat upacara tahnik bagi bayi saya.Upacara ringkas ini telah dilakukan di Bilik Imam Masjid Bandar Baru Senawang oleh Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad,Imam 1 MBBS.Moga ayat-ayat Al Quran yang di bacakan berserta iringan doa yang dipanjatkan menjadi bekal kepada bayi saya kemudian hari.
Sebelum ditahnik buat kali kedua.
Menunggu Imam di ruang legar masjid.
Set tahnik pada hari tersebut.
Kurma dan air zam zam.
Selepas ditahnik buat kali kedua.
Alhamdulillah,bergambar kenangan
bayi bersama Ustaz Dato Hj Arshad.
Moga perkongsian dapat memberikan menafaat.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment