Friday, July 31, 2009

...dan begitulah ketentuan & kehendakNya

Selasa yang lepas sepatutnya jadual kuliah Ust Nor Azman di MBBS untuk tafsir Al Munir (Juz Amma) surah As Syams.Tetapi mungkin di sebabkan ada keuzuran,tempat Ustaz digantikan dengan Ustaz gantian.Minggu sebelumnya,Ustaz Nor Azman ada juga memberi pesan,di sebabkan sekarang ini musim ceramah untuk Program Israk & Mikraj,mungkin jadual kuliah biasa akan bertindih dengan jadual ceramah.Mungkin agaknya itulah sebab Ustaz tidak dapat hadir untuk kuliah minggu ini.Wallahua`lam…

Pada masa yang sama,di sebabkan urusan lain,saya hadir agak lewat sedikit dari biasa. Mulanya saya berasa sedikit kecewa ketika hendak memakir motor di halaman MBBS.Saya lihat,kawasan khas parking untuk penceramah kosong.’Ustaz tak de ke hari ini,’ detik hati saya.Tapi semua itu terjawab ketika saya menapak masuk ke ruang legar masjid.Kuliah sedang berjalan tetapi disampaikan oleh Ustaz lain.

’Pengganti agaknya,’ fikir saya sendirian.Lega rasanya……

Ketika saya melabuhkan punggung,Ustaz sedang membicarakan tentang Hadith 40,Matan Arba’in karangan Al Imam An Nawawi.Terasa rugi juga kerana tidak dapat mengikuti kuliah dari awal.Sebenarnya ustaz sedang membacakan hadith pertama dalam Matan Arba’in.

Berikut adalah maksud hadithnya:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


Pokok perbincangan hadith:
1. Sebab keluar hadith ini-Iaitu kisah hijrah Ummu Qais.
2. Sedikit huraian tentang niat dan hubung kait dengan amalan seharian.

Sedikit untuk di kongsi berkisar ulasan tentang hadith dan isi kuliah :

1. Dalam hidup ini,semua perkara mesti mempunyai niat,di antara kita sedar atau tidak.Tetapi menurut kata Ustaz,hanya 2 perkara yang kita lakukan tapi tanpa niat,iaitu mengigau dan melatah.Mungkin juga ada lagi…..

2. Terdapat istilah ‘Niat tidak menghalalkan cara.’
Penjelasan : Niat berhubung rapat dengan perbuatan.Namun sekiranya niat kita baik,contohnya untuk membantu orang tetapi dengan cara mencuri atau merampas harta dari orang lain maka niat baik tadi tidak dapat menghalalkan hukum mencuri tadi.

3. Sedikit Ustaz menceritakan tentang sahabat besar Nabi SAW,iaitu Saidina 'Umar ibn al-Katthab r.a.Bagaimana ketika zaman Nabi SAW dan zaman Khalifah Abu Bakar As Siddiq r.a, Saidina 'Umar ibn al-Katthab r.a terkenal dengan sikap dan perwatakannya yang agak keras.Tetapi ketika Saidina 'Umar ibn al-Katthab r.a menjadi Amirrul Mukminin,berlaku pula sebaliknya.Beliaulah yang mewarisi kelembutan sifat Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.Tiada lagi jiwa dan perwatakan yang keras di dalam diri Saidina 'Umar ibn al-Katthab r.a.

Berkaitan kisah di atas,Ustaz telah memberi contoh perbandingan.Dalam satu sekolah,kita dapat lihat,akan ada Guru Displin dan Guru Kaunseling.Maka di ibaratkan pada zaman Rasulullah masih lagi hidup, Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a adalah guru kaunseling dan guru displinnya adalah Saidina 'Umar ibn al-Katthab r.a.Sebab itulah jiwa Saidina 'Umar ibn al-Katthab r.a. ketika itu agak keras.Tetapi ketika Saidina 'Umar ibn al-Katthab r.a. menjadi khalifah mungkinlah beliau sedar beliau perlu mewarisi kelembutan jiwa Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a. sebab itulah terdapat perubahan yang mendadak ketika beliau menjadi Amirul Mukminin.

Setelah hampir tamat kuliah,barulah terjawab soalan yang bermain di kepala saya.Benarlah Ustaz Nor Azman uzur di sebabkan hal yang tidak dapat dielakkan.Ustaz pada malam itu adalah Ustaz yang sedang balik bercuti dari Timur Tengah dan diamanahkan untuk menjadi pengganti.

Sedikit keluhan ustaz pada malam itu.Isu yang menjadi perhatian Ustaz adalah isu yang masih lagi hangat ketika ini iaitu wabak H1N1.

Apa yang Ustaz perhatikan adalah,media setiap hari membuat liputan tentang peningkatan kes H1N1 termasuk juga beberapa kes kematian.Tetapi segelintir pihak berwajib ada membuat kenyataan bahawa di Malaysia penyakit atau wabak ini masih lagi terkawal.Namun begitu realiti adalah sebaliknya,hari demi hari kes semakin bertambah.Di mana fakta yang diambil yang mengatakan wabak ini masih lagi terkawal?

antara langkah pencegahan.....

Apa yang ustaz ingatkan kepada semua jemaah pada malam itu,segala penyakit dan kesembuhan datangnya dari Allah.Penyakit yang datang mungkin sebagai bala atau mungkin juga sebagai peringatan.Manusia tidak boleh angkuh sekiranya sesuatu penyakit atau wabak tidak lagi menular.Kerana manusia langsung tidak punya kuasa bahkan ‘kuasa’ yang sedikit itu pun di pinjamkan olehNya.

...langkah kawalan (saringan & kuarantin)

Apa yang patut kita lakukan sekiranya terdapat ujian penyakit atau wabak di sekitar kita?
Apa yang Nabi SAW ajar adalah:

“Jika kamu mendengarnya (taun) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar lari daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini mengajar tentang tindakan ‘kuarantin’ agar penyakit atau wabak tidak tersebar. Hadis ini pernah dibaca oleh ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab ketika beliau bercadang pergi ke Syam semasa wabak taun sedang merebak di sana pada zaman pemerintahnya. Mendengar hadis ini, Amirul Mukminin ‘Umar al-Khattab membatalkan hasratnya. (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/5, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Satu lagi pesanan ustaz pada malam itu adalah gesaan supaya semua dari kita dapat menunaikan solat hajat khas untuk menjauhkan dari terkena jangkitan wabak dan berdoa semoga wabak atau penyakit H1N1 yang melanda ini di hilangkan dari tempat kita.Sebab yang berkuasa untuk menurunkan dan menarik kembali penyakit hanyalah Allah SWT.Tetapi peringatan ini sering kali kita lupa.

Jom muhasabah!!

Niat dalam hati untuk menyahut seruan ustaz……



Jom Solat Hajat!!

Tuesday, July 28, 2009

Alah bisa,tegal biasa

(....edisi tanpa gambar)

Semangat berkobar kobar yang ada di dalam diri ketika sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan suata masa dahulu pasti masih segar dalam minda dan peti simpanan sejarah.Manakan tidak,satu alam yang tidak pernah di tempuh dan tergambar akan di lalui sendirian tanpa kehadiran ibu dan bapa yang tersayang.

Zaman saya dahulu,tadika atau yang sewaktu dengannya bukanlah satu ‘kewajiban’ seperti sekarang.Kalau di tempat saya dahulu yang ada hanyalah Taman Bimbingan Kanak Kanak (TABIKA) yang di kelolakan oleh KEMAS.Itu pun hanya beberapa kerat sahaja kanak kanak yang di hantar ke situ.Selebihnya lebih ‘sayang’kan dunia permainan dan dunia khayalan ketika itu,lantas ‘liat’ untuk ke TABIKA.

Oleh yang demikian,bagi mereka yang tidak ke TABIKA,darjah 1 adalah pengalaman yang cukup baru dan AURA yang datang bukan calang calang untuk di tempuhi.
Bayangkan,sebelum ini kehidupan sehari hari hanya di isi dengan berlatih di ‘medan perang’ dengan bertemankan senapang buluh ataupun belajar ‘memburu’ bertemankan lastik dan sekantung peluru buatan sendiri.Aktiviti seharian yang begitu bebas tanpa sekatan undang undang.Pulang ke rumah hanya bila perut lapar itupun terkadang terlalai di sebabkan khusyuk dengan alam masing masing.

Dan bila hampir tiba usia persekolahan,ibu bapa akan mula memberi teguran,’dah sekolah besok,tak boleh lagi main main macam ni.Kena ikut cakap cikgu.Nanti cikgu rotan.’ Begitu pengenalan yang di beri kepada saya tentang alam persekolahan.Sudah tiada lagi alam yang masih saying untuk di tinggalkan,yang hanya tergambar pada masa itu hanyalah,cikgu yang garang dan rotan.

Tapi dek kerana semangat jugalah,hari hari yang mendatang di raikan juga.Itupun disebabkan rakan rakan seperjuangan juga mula ber’gossip’ sekitar cerita panas itu.Masing masing mula menggambarkan apa yang akan mereka lakukan bila bermulanya alam persekolahan nanti.Tidak ketinggalan juga persediaan yang sedang dan akan di lakukan.

Perkara pertama yang tidak kurang pentingnya adalah seragam sekolah.Semuanya serba putih hanya seluar sahaja yang berwarna biru.Itupun ada yang panjang ada yang pendek.Dek malu kerana banyaknya parut dan kesan luka di kaki,saya lebih gemar berseluar panjang.Rambut yang terjurai sudah di potong kemas,kuku yang panjang sudah di potong rapi dan badan yang berdaki sudah di sental entah berapa kali.Yang di tunggu hanyalah hari pertama pendaftaran di sekolah.Sudah tentunyalah Sek Ren Bukit Naning,kerana itulah satu satunya sekolah yang paling hampir.

Semuanya seperti tidak menjadi sehari sebelum sessi persekolahan tahun 1986 bermula.Pengalaman mem’bedak’kan kasut Fong Keong yang bertapak merah itu memulakan diari baru.Mengapa kasut yang sedia baru dan masih lagi putih bersih perlu di kapur lagi? Dan tentunya yang merimaskan adalah sepasang stokin yang perlu di pakai sebagai sebahagian seragam sekolah.

Kalau dahulu ketika berlatih perang atau memburu,kami lebih selesa berkaki ayam untuk mengelakkan pergerakkan kami di kesan,tapi kini seolah olah semuanya perlu di‘zero set’kan.Walaupun telah beberapa kali mencuba seragam yang serba baru,tapi tetap tidak berkenan.Terutamanya stokin dan kasut putih.Seolah olah sedang mengayakan satu fesyen baru yang kalau di pandang orang boleh membuatkan diri sendiri malu pada diri sendiri.Semuanya tersimpan di lubuk hati,tidak berani menyuarakan walaupun sepatah perkataan kepada sesiapa pun.

Tersedar dari lamunan hanyalah bila nama di sebut ketika sudah berada di dalam kelas 1 Kuning.Barulah sedar sekarang ini saya di kelilingi oleh 25 orang kawan baru.Kawan kawan sepermainan semuanya di kelas 1 Merah.Bapa saya cukup pantas bertindak.Di tukarnya kelas saya mungkin kerana melihat kawan kawan saya ramai di kelas 1 Merah.Duduk di bangku dan meja yang di cantum lima di samping rakan rakan baru yang entah dari mana datangnya membuatkan saya rasa terasing.

Guru kelas,Cikgu Nazir bin Kasri mula memulakan sessi pembelajaran pertama hari itu.Perkara pertama adalah melantik Ketua kelas dan penolongnya.Satu ‘jawatan’ baru yang tidak pernah di dengar sebelum ini.Tidak ada lagi ‘jawatan’ Kapten mahupun komunis seperti sebelum sebelum ini.Dan yang peliknya,papan hijau di hadapan kelas boleh di ‘conteng’ dengan pensel berwarna putih.Tidak seperti kami yang di bekalkan dengan beberapa batang pensel kayu dan beberapa buku tulis bergaris garis dan ada pula yang berpetak petak.

Semua yang terbuku sebentar tadi hanya terurai bila bertemu kembali dengan kawan kawan lain bila loceng berbunyi menandakan waktu rehat tepat jam 10 pagi.Masing masing bercerita hal masing masing.Rehat setengah jam terasa berlalu begitu sahaja.Dan yang menunggu di dalam kelas selepas itu adalah kawan kawan yang masih belum kenal dan tidak tahu dari mana asal usul mereka.Walaupun begitu,yang menyamakan kami adalah seragam sekolah yang di pakai.Pelajar lelaki dengan seragamnya dan pelajar perempuan dengan seragamnya sendiri.

Walau bermacam kisah dan bermacam cerita,seragam inilah yang sentiasa menyatukan antara kami.Selain dari lencana sekolah yang tersemat di dada,seragam inilah yang menjadi teman suka duka.Kalau lama di ganti baru,andaikata salah satu tiada,pasti terasa canggung walau kadangkala hanya sepasang stokin yang tidak di pakai.

Pagi selepas selesai mandi,pasti pakaian yang dipakai adalah seragam sekolah,tidak lain dan tidak bukan kemeja putih,sepasang seluar,stokin dan kasut sekolah.Bagi pelajar perempuan mungkin ada sedikit variasi selain baju kurung sepasang, stokin dan kasut sekolah tapi antara mereka ada yang memilih untuk bertudung atau tidak. Begitulah rutin yang akan di ulang laku hari demi hari,tahun demi tahun.Bahkan berbelas tahun.

Namun setelah tamat zaman persekolahan,barulah sedar didikan displin tentang pakaian seragam inilah serba sedikit membentuk peribadi kita.Ucapan berbanyak terima kasih bagi penggubal dasar yang telah menetapkan pakaian seragam para pelajar samada bagi sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Mereka mereka inilah yang menjadi penyebab kedisplinan ditrampilkan oleh murid murid ketika di sekolah.Bahkan displin yang terterap inilah yang terus di bawa kemana mana di jadikan budaya dan etika berpakaian.

Sebagai buktinya,cuba kita lihat suasana di tempat kerja di mana mana pun.Ada waktu masuk yang di tetapkan, ada peruntukkan waktu rehat dan di tetapkan bilakah waktu tamat bekerja.Masih mirip kepada alam persekolahan.Cuma seragamnya sudah ada sedikit kelainan.Tapi dari segi dasar,konsepnya tetap sama.Pendisplinan untuk semua.

Namun…cuba renungi ayat berikut ini.

Di lihat dari pemakaian golongan lelaki,nampak begitu kemas dengan kemeja lengan panjang,berseluar slack dan berkasut hitam.Tapi mungkin serba sedikit akan ternampak cacat dan nampak pelik sekiranya tanpa dilengkapi dengan sepasang stokin.Mengapa ya?

Di bandingkan dengan golongan wanita,tentu nampak lebih anggun dan gah dengan baju kurung,bertudung litup dan di hiasi dengan pelbagai aksesori tambahan.Tapi tidak pula dipandang pelik sekiranya berkasut/sandal atau apa sahaja ‘alas kaki’ tanpa berstokin/sarung kaki..

Tadi dari pandangan orang yang melihat…..Cuba kita selami perasaan individu pula.

Golongan lelaki mungkin akan ada timbul rasa ‘malu’ sekiranya mereka sedar ada sesiapa yang perasan akan kekurangan mereka walaupun hanya tidak berstokin.
Tetapi mengapa….?

Sebaliknya,mungkin juga kerana tiada siapa yang memandang pelik atau serong terhadap cara pemakaian mereka menyebabkan golongan wanita tidak merasa ‘malu’ walaupun bergaya tanpa sarung kaki.Mengapa pula?

Perkara perkara di atas menjadi persoalan yang tidak pernah terungkai dalam kotak pemikiran saya.

Pelbagai tanggapan yang dibuat kadangkala tidak tepat.Bagi mewakili golongan lelaki,bagi saya memakai kasut tanpa stokin adalah janggal.Manakan tidak,sudah terlatih sekian lama sejak umur kanak kanak untuk berpakain begitu.

Tetapi kenapa persepsi itu tidak ada pada golongan wanita secara umum.
Mungkin hanya golongan wanita punyai jawapannya.

Sebenarnya dimanakah tanda aras dalam hal ini……

Mari kita rujuk sebentar di mana sandaran dan pedoman kita ;

Batasan aurat:
1.Lelaki: Bermula dari pusat hingga ke lutut.

Ini berdalilkan hadis :

حديث الدارقطني وأحمد وأبي داود عن عمرو بن شعيب عن ابيه عن جده قال:ما دون سرته حتى يجاوز ركبته)

Maksudnya: "Diantara benda (aurat) yang tidak boleh (dilihat) ialah dari pusat sehingga lutut."

2.Perempuan dan khunsa: Keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tapak tangan termasuk juga rambut.

Ini berdalilkan firman Allah Taala:

(وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوْ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الإِرْبَةِ مِنْ الرِّجَالِ أَوْ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلاَ يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ) (النور: 31).

Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Kini jelaslah persepsi umum yang ada sekarang mungkin perlu di ubah semula.Bagi saya tidak janggal kalau mahu di mulakan kembali.Ini kerana ‘budaya’ memakai sarung kaki adalah rutin bagi semua kita selama sekurang kurangnya 11 tahun,samada golongan lelaki mahupun wanita.Mungkin juga lebih….

Posting kali ini mungkin motifnya jelas.Menggalakkan golongan wanita untuk menutup aurat.

Jom tutup aurat!!

Sebagai rujukan:
Dari segi bahasa,aurat membawa maksud kekurangan, Dari segi istilahnya pula, apa-apa yang wajib ditutupnya dan apa-apa yang haram untuk dilihatnya (anggota badan).

Saturday, July 18, 2009

Tembok batu itu....Adakalanya...

.........Jiranku (hanya ilustrasi)

Semalam khatib mengetengahkan tajuk tentang 'Kepentingan JIRAN' ketika mengisi khutbah di mimbar Jumaat.Sedikit buah bicara yang boleh di kongsi bersama adalah berkenaan JIRAN yang di istilahkan oleh Tuan Khatib sebagai antara aset berharga bagi kita.

'Jiran' dalam istilah pemahaman mudah saya,orang yang duduk/tinggal berhampiran kita.Samada di tempat kerja,di tempat tinggal kita mahupun yang duduk bersebelahan dengan kita di tempat awam.Wallahuaalam...

Tetapi Ulama mengistilahkan JIRAN sebagai orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 rumah dari rumah kita dalam semua jurusan.

Jika di renung sejenak,kebanyakan dari penduduk yang tinggal di kawasan taman perumahan,jiran jiran mereka amatlah dekat.Hanya di pisahkan oleh tembok rumah ataupun tembok pagar.Saya pun tidak pasti dari manakah datangnya konsep 'taman perumahan' yang di perkenalkan di Malaysia ini sejak sekian lama.Mungkin antara kita ada jawapannya.Secara positifnya,perumahan nampak teratur dan tersusun.Namun di sebalik itu pasti ada negatifnya,kerana itulah fitrah kejadiaan yang telah di tetapkan olehNya.

Kita lupakan semua faktor itu buat sementara waktu.Apa yang hendak di fokuskan di sini adalah semangat kejiranan antara kita.Seperti khatib tegaskan dalam khutbahnya,JIRAN adalah antara aset berharga bagi kita.Jika di sebut sebagai aset,ada dua pandangan/persepsi di sini.Saya suka memberi contoh begini....

Di dalam satu tempat,masyarakat tiba tiba heboh dengan berita tentang tiba tiba sebuah kerusi boleh tergantung di awang awangan dengan sendiri.Orang orang di kawasan tersebut pasti berduyun duyun datang untuk melihat keajaiban tersebut.Apa yang ada di minda mereka adalah satu sifat kehairanan kerana perkara tersebut luarbiasa.Termasuklah makcik makcik yang baru sahaja pulang dari pasar dan terus singgah ke tempat kejadian.Oleh kerana terlalu sesak dan padat,bakul yang berisi ikan dan sayur tadi di tinggalkan di tepi sahaja hanya untuk mendapatkan 'view' yang menarik tentang kerusi tergantung tadi.

Kita biarkan sebentar peristiwa luarbiasa itu......


Di tempat yang sama juga,ada beberapa ekor kucing yang sedang berkeliaran dan kekadang bermain kejar kejaran sesama mereka.Tanpa menghiraukan sedikit pun
tentang 'kejadian' kerusi tergantung tadi.Tiba tiba fokus mereka terhenti kepada bakul bakul berisi ikan yang tidak bertuan.Bagi kucing tadi,bakul dan isinya iaitu ikan itu lebih menarik perhatian mereka berbanding kerusi yang tergantung tidak jauh dari tempat mereka bermain.

Jadi saya ibaratkan jiran itu adalah tempat kejadian bagi kedua dua situasi di atas.Kerusi tergantung dan ikan,saya ibaratkan pula sebagai persepsi masyarakat tentang jiran.Boleh begitu kan....?

Masing masing mempunyai pandangan masing masing iaitu persepsi kendiri.Tetapi manakah sebenarnya pilihan yang betul lagi tepat.Mana rujukan kita? Apa sandaran yang perlu? Oleh sebab itulah kita kena sandarkan dan sentiasa merujuk,setiap perlakuan kita mestilah berasaskan kepada akidah kita.

Apa pulak akidah tu....? Jangan jangan main sebut je x.....

Akidah datang dari perkataan akad iaitu ikatan.Tidak lain dan tidak bukan,sebagai seorang Islam yang bertaqwa,akidah kita di rujuk kepada Al Quran dan sunnah dari Rasulullah SAW.

....hidup berbataskan HUKUM HAKAM

Jika kita memilih 'ikan' sudah tentulah ia lebih di kaitkan dengan kita melebihkan hanya pada nafsu kita sendiri.Dan sekiranya kita memilih untuk mengambil iktibar dari keajaiban kejadian kerusi tergantung,maka sudah tentulah kita sedar bahawasanya jiran itu mempunyai maksud yang lebih besar dan lebih memberi kesan di dalam rohani kita berbanding 'ikan' yang bersifat hanya sementara.

Banyak contoh yang boleh di kaitkan untuk di jadikan iktibar.Sebagai contoh...

.......Di sebuah taman perumahan,dek kerana teguran jiran tentang sikap anak jiran bersebelahannya yang tidak 'enak' di pandang,si bapa yang di tegur tadi terus menaikkan 'TEMBOK BESAR NEGARA CHINA'.Langsung terpisahlah utara dan barat.Jiran tidak lagi bertegur sapa jauh sekali untuk melemparkan senyuman.

Adakah itu jalan penyelesaian yang tepat?? Tapi ia boleh berlaku di mana mana sahaja atas sebab sifat angkuh dan besar diri.Jangan sampai ia menimpa kita pula......

Bagaimana hendak mengatasi perkara ini??

....Di takdirkan,katalah berlakunya satu kejadian yang tidak di ingini.Tiba tiba di tengah malam ada antara ahli keluarga kita yang sakit tenat.Perlu di hantar ke hospital dengan segera.Walaupun kita mampu untuk menghantar ke hospital yang bertaraf 5 bintang,hospital tidak mampu mengubati pesakit tanpa adanya para para doktor atau doktor pakar.Di takdirkan doktor pakar tadi adalah isteri jiran kita,apakah ayat yang mampu kita luahkan ketika itu.Benar...kita hanya boleh mengharap pada yang Esa,tapi mestilah melalui asbab.Mampukah kita menuturkan kata kata,"Tuan doktor,tolonglah selamatkan ahli keluarga saya ini.Saya sanggup bayar berapa sahaja." Sedangkan kita sendiri sudah memisahkan jurang dengan terbinanya 'tembok besar' sebagai tanda yang kita boleh faham, 'Jangan ganggu aku..!!!' Tak begitu???

Akhirnya...kita sendiri tunduk dengan kebesaran Allah dan lunturlah kebesaran diri kita yang tidak sebesar manapun.Itu pun hanya pinjaman.....

Kita tidak tahu bilakah masa kita akan di timpa kesusahan.Anggaplah jiran itu sebagai insurans nyawa kita.Kita memberi 'sumbangan' setiap bulan,dan bila kita susah,insurans tadi akan mengeluarkan dari 'tabungan' yang ada untuk membantu kita.(sedikit di ambil kata kata agen insurans TAKAFUL yang pernah menerangkan konsep insurans kepada saya sedikit masa dahulu).

Kan cantik begitu......

Ibnu Abbas mengatakan,"Sesungguhnya amal kebaikan itu akan memancarkan cahaya dalam hati, membersihkan sinar pada wajah, kekuatan pada tubuh, kelimpahan dalam rezeki, dan menumbuhkan rasa cinta di hati manusia kepadanya."

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadisnya,"Allah itu INDAH dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya. "

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Banglo besar boleh di bayar,
Jasa jiran di bawa mati.

Jom...mulakan hari dengan senyuman.
Dengan sapa???

...den nak sonyum dengan jiran den.
Cik Faizal! Assalamualaikum...

Thursday, July 16, 2009

Roti canai pagi Jumaat.....



Beberapa tahun yang lepas,saya berpeluang untuk bertugas di salah satu syarikat ‘pembuat air’ dari Jepun,Yakult (M) Sdn Bhd.Satu syarikat pengeluar air susu kultur yang agak ‘glamour’ di Jepun tetapi masih lagi baru hendak berkembang dan bertapak di sini.

Oleh kerana bidang saya berlatarbelakangkan elektronik,oleh itu food & beverage (F&B) adalah bidang yang amat baru bagi saya.Jika bidang elektronik lebih mementingkan fungsi setiap komponen(cip,kapasitor,diod,resistor) maka F&B amat mementingkan kebersihan luaran dan dalaman ketika proses penyediaan dan penyimpanan.Mungkin ada sedikit sebanyak persamaan tetapi dalam hal kebersihan F&B ada bermacam macam aspek perlu di perhalusi.Ini kerana kesilapan walaupun sedikit,risiko yang menanti adalah kesihatan dan nyawa manusia.

(untuk pengetahuan tambahan,untuk bidang industri QMS menggunakan ISO9001-ISO :International Organization for Standardization;F&B pula menggunakan HACCP-HAZARD ANALYSIS CRITICAL CONTROL POINT)

YAKULT menjadi penaja kelab Baseball Jepun

Rutin harian dimulai dengan menukar uniform kerja yang putih bersih.Putih yang bersih amat memudahkan kita mengesan segala kekotoran mahupun benda asing yang melekat pada uniform.Uniform pula tidak boleh di bawa keluar dari kawasan kilang bagi mengelakkan uniform dari tercemar.Cucian uniform juga dilakukan setiap hari di dalam bangunan kilang.

Sebelum masuk kekawasan tempat kerja ataupun ‘clean room’ semua pekerja di wajibkan untuk mencuci tangan dengan sabun khas.Selepas membilasnya dengan air tangan perlu di cuci sekali lagi dengan sejenis alkohol.Selepas itu pekerja harus melalui ‘air shower’ untuk memastikan segala habuk yang melekat di bersihkan terlebih dahulu.Jangan lupa shower cap!!!!

Sampai di kawasan kerja perkara utama yang perlu di lakukan adalah melalui ‘road block’ yang dilakukan oleh QC.Perkara yang di pantau adalah tahap kebersihan kendiri.SWAP test akan dijalankan di mana tangan akan di sapu dengan sejenis bahan kimia untuk menentukan tahap kebersihannya.Jangan tak tahu….keputusan kebersihan ini akan di pamerkan setiap minggu untuk tatapan UMUM.Nasib lah,siapa yang tak reti jaga kebersihan…Sediakan je lah telinga masing masing untuk di ‘basuh’ oleh cik QC.

Sebenarnya bakteria yang datang amat suka kepada faktor kelembapan dan mudah membiak. Di sinilah pentingnya kawasan kerja kami bebas dari faktor tersebut.Dinding dan lantai adalah kawasan yang mudah terdedah kepada kelembapan.Bayangkan sekiranya kawasan kerja memang tempat ‘membancuh air’ bagaimana kita boleh mengelak dari faktor tersebut?? Itulah ‘musuh’ utama kami.LEMBAP!! Sampai kan kami yang bekerja juga tidak boleh ‘lembap’ dalam membuat tindakan.Agak agaknya memang ‘perkataan’ lembap ini satu yang negatif.


salah satu kawasan tempat kerja kami..

Pernah satu masa,Factory Manager ketika 'rondaan' mengejutnya menemui sedikit tompokan hitam di celah dinding kawasan kerja.Marahnya ‘boss’ kami itu bagaikan garuda yang kelaparan yang sedang marayau rayau mencari mangsa.Memanglah benar kelemahan kami...manakan tidak kawasan yang seluas lebih kurang 3000 m3 itu hanya diselenggara oleh kami berempat.
Hampir 1000 m3 perlu di bersihkan setiap orang seusai kerja 'membancuh air'.Agaknya memang di takdirkan hari itu kami terlepas pandang tentang tompok hitam yang sebesar duit syiling 5 sen itu bagi pengajaran buat kami semua.Nak tahu apa tompok hitam itu???….sudah tentulah ‘cendawan’ yang tumbuh selepas hujan agaknya…Huhu…

Selepas selesai upacara ‘membancuh air’ dan proses packing,tibalah giliran '4 Abdul' untuk aktiviti proses mencuci mesin dan kawasan sekeliling.Aktiviti yang paling kami gemari.Main buih dan main air….Mesin akan di ‘snow wash’ kan dan di cuci sebersih bersihnya dan di akhiri dengan mandian wap.Selesai rutin harian.....dan yang paling di tunggu tunggu adalah ‘upah’ dapat meminum beberapa botol YAKULT sejuk hasil bancuhan kami sendiri.Fuhhhhh….lega rasanya.

ermmm....sedap kalau dapat diminum sejuk2

Ah…hampir sahaja lupa pada rutin tahunan.Mencuci salur paip laluan botol botol yakult yang perlu dilakukan secara manual.Sehari suntuk bermain buih dan air dan keesokkan harinya sehari suntuk juga memasangnya kembali ketempat asal.

Segalanya demi menghasilkan sebotol YAKULT 80ml.

Alhamdulillah.Allah memang Maha Kaya. Atas sebab saya bekerja di Yakult lah saya mendapat kesedaran betapa pentingnya aspek menjaga kebersihan.Bukan sahaja ketika penyediaan makanan malahan kebersihan persekitaran kita.

Saya masih ingat lagi teguran ‘boss’ Jepun saya yang begitu menyusuk kalbu.Katanya,"kebanyakan orang Malaysia amat bagus dalam kualiti bekerja tetapi amat sukar untuk mengekalkan secara berterusan."Dalam istilah kita…susah nak ‘menten’.Dalam istilah lain…sukar nak Istiqamah.

Ada benarnya juga kata kata itu.Masyarakat kita memang sukar untuk kekal dalam sesuatu perkara.Bukan kita tidak mampu tetapi sikap kita yang sering alpa akan beberapa kepentingan.Kalau tidak,manakan mungkin orang tua tua dahulu mengeluarkan istilah 'hangat hangat tahi ayam'.

Apabila kita lebih mengutamakan perkara yang tidak sepatutnya,maka sudah tentulah perkara perkara yang kadangkala utama tetapi terlepas pandang.Ingatkan ‘boss’ tempat lama sahaja yang menggunakan ‘istilah’ macam tu,’boss’ tempat baru pun sama,melabelkan orang Malaysia sebagai sukar untuk ‘menten’ dalam sesuatu hal.

Tapi dalam hal ini,apa yang saya dapat perhatikan,kita sering melengah lengahkan perkara yang kita anggap remeh.Saya ambil contoh sikap saya sendiri.Kadangkala saya lihat keadaan bilik ‘office’ saya terlalu menyerabutkan mata memandang."Besoklah," detik hati saya.Akhirnya,selepas 3 bulan keadaan masih lagi sama dan kadangkala bertambah buruk.Sedangkan saya mampu untuk mengubah keadaan pada kali pertama saya mengesannya.Habit ini akan berterusan sehinggalah ada tikus yang membawa kaum kerabatnya menggigit perabut saya.Masa itulah baru tindakan di ambil tetapi di dalam hati menyumpah seranah tikus tikus yang berkeliaran menjadi penyebab rosaknya perabut perabut saya.Sedangkan saya sendirilah yang mengumpan tikus tikus itu datang dan menyediakan tempat tinggal yang sungguh ‘selesa’ untuk mereka.

pembantu rumah masa hadapan....

Apa nak tunggu lagi....

Pengalaman adalah sesuatu yang tidak boleh di jual beli.Mungkin tiada harganya melainkan di bayar dengan pengorbanan.

Jomlah hijrah!!!

Monday, July 13, 2009

....13 tahun dahulu.


Kalau dahulu sebut sahaja Final Ragbi MSSWP,hampir pasti venuenya adalah di Wembley SMSS.Rasanya sekian lama padang Wembley itu mendambakan dirinya.Tidak tahu mengapa Wembley SMSS menjadi pilihan.MTD dan SAS juga punya padang yang ‘cun’.
(rasanya mungkin kerana penghormatan kepada sekolah kami kerana kerap kali final U18 mahupun U15,pastinya SMSS tidak akan tercicir dari senarai finalist.Ataupun kerana namanya WEMBLEY…)
Saya pun tidak pasti apakah ‘resmi’ itu masih di teruskan…

Berbalik kepada cerita Final Ragbi tadi.Selain para finalist yang akan beradu tenaga pada setiap kali perlawanan akhir,yang lebih meriah di belakang tabir adalah pasukan penyokong sekolah kami.Ahli kelabnya,F1 hingga F3 adalah diWAJIBkan.Para pelajar F4 dan F5 tidak diwajibkan tetapi diMESTIkan.Ahli kelabnya 1 sekolah??? Begitulah ramainya anggota kelab penyokong setia sekolah.
(harap maaf…pelajar perempuan hanya boleh berlegar sekitar kawasan berbumbung)

Sepanjang 5 tahun,terlalu banyak kenangan pahit manis menjadi ahli kelab penyokong setia pasukan Ragbi sekolah.Kalah dan menang perkara biasa.Tapi yang paling penting,kelab penyokong tidak boleh kalah dengan pasukan penyokong pihak lawan.Itu yang pasti.Rasa rasanya 'pengubah lagu' sekolah kami perlu di anugerahkan pelbagai AWARD dek kerana kekreatifan mereka mereka ini mengubah suai lagu yang ada untuk disesuaikan dengan suasana ‘PANAS’ setiap kali final Rugbi di jalankan.

Kalau diingat lagi…..lagu Rasmi sekolah pasti akan membuka tirai final.

"SMS Selangor tegak berdiri,
Bangaan putera puteri….”

Di ikuti dengan….

“Bila sains,bila sains,bila sains,masuk padang,
Bila sains masuk padang,semua orang pandang pandang”
(di ubah dari lagu iklan kasut BATA-BM2000 Turbo)


Bila bermulanya ‘kick off’ maka makin rancaklah sorakan yang gegak gempita.Hampir mustahil terlawan penyokong pihak lawan yang datang hanya dengan beberapa bas mahupun beberapa biji trak tentera dengan kami yang memang terhimpun sebagai Tuan Rumah.

Dan yang paling di tunggu oleh para penyokong pastinya ‘touch down’ dari wira wira kami.Dan selepas itu bermulalah 'drama' di mana suara sorakan pihak lawan akan tenggelam di sebalik ‘ngauman’ sorakan dari kami..

Kemuncak dari sorakan adalah tiupan wisel terakhir dari pengadil.Mana mungkin kami tidak sediakan ‘ole ole’ untuk tetamu yang datang,lagu ‘Balik Kampung’ (nyanyian Allahyarham Sudirman).……dan bermacam lagi hasil kreativiti yang di olah secara terancang ataupun idea spontan.

Begitulah senario bila bertembungnya gergasi sekolah kami dengan mana mana sahaja pihak lawan.Panas ataupun hujan kelab penyokong tetap setia dan turut sama mengerah keringat dan menyumbang tenaga suara untuk terus menyokong dan memastikan pasukan sekolah kami terus kekal mempertahankan mahkota kejuaraan.

Tidak lupa juga 'kata kata' pada dinding berdekatan Padang Wembley yang terpampang…

“With the spirit of the steel,
We will fight to the end,
To be the victor,
So nobody can….”

Agaknya itulah kata kata semangat yang tersemat dan membara di hati kami semua….

Tamat demam final,yang tinggal adalah demam ‘suara’.Dok semangat memberi sokongan sampai terover,suara pun serak jadinya.Itu lumrah dan fenomena biasa selepas final.Tetapi semangat tidak pernah luntur,sebut sahaja bila ada final....kami akan terus berdiri teguh di kiri dan kanan Wembley SMSS.

Itu cerita hampir 13 tahun yang lepas.

Baru baru ini saya ada mendengar kisah pengalaman yang di ceritakan sendiri oleh seorang Al Fadhil Ustaz.Pada satu ketika,ada seorang bertanya kepada Al Fadhil ustaz,
“Ustaz ni,pagi ceramah di A,petang kuliah di B,malam dialog di C.Esok pula,program di W,lusa di X,tulat di Y dan minggu depan di Z.Padat sungguh jadual ustaz.Setiap kali pengisian ataupun program,Ustaz sentiasa cergas dan suara tetap lantang dan bertenaga .Tapi yang peliknya,suara ustaz tak serak serak pun.Ustaz guna petua apa ye?”

Al Fadhil Ustaz yang mendengar soalan itu hanya tersenyum dan kami pada malam itu dapat mendengar sendiri apa ‘petua’ yang di gunakan oleh Al Fadhil Ustaz.Nak tau apa rahsianya…
(kalau Ustaz Shamsuri kata…Ayam Kampung 2 ekor…-IKLAN je ni.huhu…)

Kongsi Al Fadhil Ustaz malam itu pada kami,”Tiada petua apa apa.Cuma yang penting ikhlas menginfakkan suara kita.Kalau kita menginfakkan (mensedekahkan) suara kita ke jalan Allah,Allah akan membalas infak (sedekah) kita tadi.”

Aduh…terasa terpukul betul malam tu.Agaknya memang Allah tak terima ‘sedekah’ aku agaknya masa 13 tahun dulu.Mana taknya…baru sepetang je dah serak.

Terima kasih Ustaz kerana memberi peringatan…

Apo termonong laie jang…Jom Kongsi!!


-salam dari.....

Wednesday, July 8, 2009

Sikap kita @ sikap mereka??

Sabtu yang lepas,di takdirkan Allah,saya terpaksa ke Bandar Ilmu Bangi menggunakan highway yang dipaksa bayar oleh pihak PLUS.Jarang sekali saya berjaya di paksa bayar melainkan dalam kes kes tertentu.Pada kadar biasa saya lebih suka menggunakan jalan 'lama' Seremban-Labu-Nilai-Bangi yang jauh dari kesibukkan kenderaan dan kadangkala lebih selesa dari lebuhraya berbayar.

Dalam perjalanan pergi terdapat 4 kecelakaan jalan raya yang saya sempat menjadi saksi mata.Kesemua nya di arah bertentangan.Dan jarak antara satu kecelakaan dengan satu lagi kecelakaan adalah amat dekat.
Saya tidak mahu mengulas fenomena kecelakaan terbabit.Tapi saya ingin mengulas fenomena di belakangkecelakaan itu.Kenderaan mula bersesak dan berlakulah jem/macet yang amat teruk sehinggakan berkilometer.Kenderaan hampir tidak bergerak sedangkan kenderaan di paling belakang kelompok tadi semakin lama semakin bertambah.Ini menambahkan lagi kesesakan yang sedia ada.

Tapi yang pelik/tidak pasti mengapa kejadian ini berlaku dan sering berlaku.Sedangkan kecelakaan tadi di bahu jalan.Adakah menghalang arus kenderaan?? Sama sekali tidak.Saya tidak nampak faktor faktor yang kukuh yang menyumbang kepada kesesakan yang amat teruk itu.

Tetapi fenomena ini kerap kali malah acap kali dan biasa kita temui dan tentu sekali rakyat malaysia semua sudah tahu jawapannya mengapa.Sikap 'perihatin' yang tidak kena pada tempatnya.Sikap inilah yang sering kali menyebabkan mereka yang tidak berkenaan ini memperlahankan kenderaan semata mata ingin melihat apa yang berlaku menyebabkan arus kenderaan tadi tersekat dan berlakulah kesesakan yang tidak terkawal.Kadangkala merebak sehingga ke arus yang bertentangan.Bukan sahaja masa,tenaga terbazir begitu sahaja bahkan boleh membahayakan sekiranya tumpuan pemanduan lebih kepada kejadian yang di lihat.Sepatutnya tumpuan di beri kepada kenderaan yang di pandu.

Bayangkan emosi anda sekiranya terperangkap dalam kesesakan.Di tambah dengan cuaca yang tidak menentu.Terkadang panas,terkadang hujan.Bayangkan pula anda berada di kelompok terkebelakang.Sudah tentu anda tertanya tanya apakah punca kesesakan.Pastinya anda akan kecewa sekiranya di hujung punca kesesakan tadi hanyalah sebuah kereta yang pancit tayarnya yang sedang memakir kenderaannya di bahu jalan.

Bayangkan kalau ada 4 kejadian yang berlaianan di arus arah yang sama.Baru sahaja arus kembali tenang dan lancar,satu lagi gerombolan kesesakan menunggu dan seterusnyasnya.Bayangkan…… situasi yang biasa tapi tiada siapa ambil peduli.

Apa yang dapat di lihat di sini,sikap pemandu masyarakat kita yang tidak berubah dari dahulu lagi.Terutamanya sekiranya kecelakaan berlaku di lebuhraya.Di mana sepatutnya kita luahkan masalah ini.Adakah pihak PLUS tidak menyedari? Ataupun pihak polis traffik terlepas pandang 'situasi' ini?Ataupun sistem jalan yang di reka oleh JKR tidak mesra pengguna?

Suka saya membawa anda semua di luar ruang lingkup yang ada.Di kebanyakkan negara maju setiap sistem ataupun kemudahan yang tersedia,pihak bertanggungjawab sentiasa memantau operasi mereka.Banyak cara yang di praktikkan samada dari teknologi terkini mahupun menggunakan kaedah fundamental.

Kita lihat di Malaysia,jarang sekali kita lihat pihak bertanggungjawab bersedia untuk menerima keluhan,cadangan ataupun permasalahan yang timbul di atas apa yang di tanggungjawabkan di atas mereka.Berapa banyak kita jumpa peti cadangan atau pun bancian yang di buat oleh pihak tertentu bagi bagi menambah elokkan sistem mereka.Anda punya jawapan sendiri…..???

Apa yang boleh kita buat sekiranya ramai antara kita yang sudah putus harapan disebabkan permasalahan atau aduan yang di keutarakan seperti mencurah air ke daun keladi.Di sinilah titik henti yang perlu di rungkai oleh semua pihak bagi menjelaskan keadaan yang kadangkala kita sendiri terpaksa lalui dengan susah payah tapi di belakang sana ada pihak yang mengaut keuntungan berterusan tanpa hirau masalah yang di hadapi terutamanya yang melibatkan orang ramai.Bagi mereka,mungkin itu semua tidak penting dan meremehkan.Agaknya…

Begitulah agaknya kesimpulan 'kasar' yang dapat di buat.Kesimpulan kesimpulan sebegini akan terus di buat sehinggalah ada pihak yang memperbetulkan pandangan serong masyarakat ramai terhadap pengendali tanggung jawab yang tidak menghiraukan apa yang di pertanggung jawabkan ke atas mereka.

Suka saya memberi contoh kepada pengendali Jambatan Pulau Pinang yang baru baru ini memberi khidmat tunda percuma kepada penunggang motosikal yang mempunyai masalah ketika melalui jambatan.Perkhidmatan adalah percuma.Bukankah elok begitu…Amat memudahkan pengguna.

Pernah satu ketika ketika saya hendak memasuki tol di plaza tol Air Hitam.Sebelum plaza tol,kenderaan yang ingin memasuki lebuhraya terpaksa menempuh satu lampu isyarat.Sudah lah di hadapan sana sudah sesak,lampu isyarat tadi menambahkan kesesakan yang berlaku.Saya agak pelik mengapa barisan kereta panjang sedangkan tempat itu adalah tempat mengambil tiket transit.Perlukah penjaga kaunter memerlukan masa yang lama hanya untuk memproses penyerahan tiket transit.

Kadangkala sabar ada juga batasan.Saya dengan penuh hemah bertanyakan kepada penjaga kaunter tiket.Jawapan yang amat mengecewakan.Hanya 1 kaunter boleh di buka dengan alasan tiada tenaga kerja.Sudah berapa tahunkah pihak PLUS beroperasi?? Tidak mungkin perkara ini pertama kali berlaku ataupun tiada komplen dari pengguna.Dengan nada yang penuh sabar,saya tegur penjaga kaunter itu, 'Tak bolehkah penyelia sediakan kaunter tambahan.Panjang ni nak beratur.'

Saya pula jenis orang yang tidak cepat puas hati.Saya tunggu apa tindakan pihak PLUS selepas itu.Alhamdulillah,saya lihat walaupun tidak di buka kaunter tambahan tapi saya lihat ada seorang petugas yang menghulurkan tiket dari kenderaan ke kenderaan dan hasilnya arus menjadi lancar.Saya pun berlalu selepas sahaja saya berpuas hati dengan tindakan lanjutan itu.

Bukankah kita akan di tanya nanti terhadap tanggung jawab kita sama ada kita lakukan atau tidak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan ditanya tentang rakyatnya (apa yang dijaga), seorang pemimpin akan ditanya mengenai rakyatnya, seorang lelaki adalah penjaga kepada ahli keluarganya dan akan ditanya mengenai jagaannyaseorang perempuan adalah penjaga kepada rumah suaminya dan akan ditanya jagaannya, seorang khadam adalah penjaga kepada harta tuannya dan akan ditanya mengenai jagaannya, dan setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya." - (Hadis Muttafaq 'alaih)


Jom...hisab diri kita! (",)

Tuesday, July 7, 2009

Berniagalah...walaupun hanya sebatang pensel...


Tidak tahu bila titik mula saya minat berniaga.Sekolah menengah…tidak mungkin…
Sewaktu belajar peringkat diploma mungkin.Hari Kolej memberikan peluang untuk pelajar menunjukkan bakat berniaga.Saya dan beberapa rakan lain telah berpakat untuk menjual 'mee hoon sup'.Satu menu yang tidak pernah di try tapi saya percaya ramai yang suka makan makanan yang panas panas.Alhamdulillah...SOLD OUT. Walaupun seperti tak percaya,tapi itulah kenyataan....Semangat yang tak akan pudar.

Tahun kedua kami mencuba nasib lagi.Kali ini dengan penerampilan baru.'Roti jala'......Macam tahun sebelumnya,sold out. Kali ini menu di up grade kan sedikit dengan tunjuk ajar chef chef yang memang mahir dalam bidang masakan.

Rasanya banyak lagi yang pernah saya perniagakan samada kecil kecilan mahupun sederhana besar.Sama ada langsung ataupun secara tidak langsung.Tetapi perniagaan yang besar dan betul betul besar adalah perniagaan dengan Allah SWT yang belum pernah saya kecapi nikmatnya lagi.InsyaAllah satu hari nanti…..Doa saya dalam hati...

Pernah satu ketika,di sebabkan cuti tahun baru cina yang panjang,hampir 2 minggu saya berniaga lagi.Kali ini nasi lemak dan mee hoon goreng.Satu peristiwa yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang pengalaman saya berniaga.Seorang jemaah tabligh menemankan saya menjual sambil mulutnya tidak putus putus tasykil saya untuk keluar ke jalan ALlah.Saya pun tak berapa ingat apa butir butir cerita.Tetapi saya amat suka cara jemaah tabligh ni menambat hati saya.Katanya,"meniaga ni betul betul ALlah nak tunjukkan cara kita tawakkal kepadaNya.meniaga nasik lemak tidak perlu menjerit----Nasik lemakkkk!! -hanya duduk dan tunggu pelanggan datang"
1 point yang nyata kebenarannya tapi tidak pernah saya sedari hikmah di sebalik berniaga ni.

Agaknya….apa pula pengajaran dan hikmah berniaga selepas ini.

Jom….berniaga pulak!