Wednesday, June 30, 2010

:: mengharap redha-MU ::

Bismillahhirrahmannirrahim.

Di kongsikan untuk bacaan bersama,isi dari sebahagian pengisian kuliah maghrib Ustaz Haji Hambali Saat di Surau Ibn Khaldun,Taman Lavender Height pada 25 Jun 2010 yang lalu.
.....apa ada pada angka?
(hanya gambar hiasan)

Dari Abu Hurairah r.a,beliau berkata,Rasulullah saw bersabda yang maksudnya,"Bersegeralah kalian beramal sebelum datang tujuh perkara,

Kata Ustaz Hj Hambali,sesungguhnya amal kebaikan kitalah yang membantu kita di akhirat kelak.Sesungguhnya soalan Malaikat di dalam kubur nanti adalah berkaitan dengan iman.Oleh itu, kualiti iman dalam diri kita perlulah di perbaiki saban masa.Manakala di hari akhirat,yang di tanya oleh Allah SWT adalah perihal amal kita di dunia.Samada kita di dunia berbuat amal maksiat ataupun berbuat amal ibadah.
amal kebaikan ibarat benih yang di tanam,
tumbuh membesar dan kemudian mengeluarkan hasil.

Ingatan dari ustaz lagi,

i.Kadangkala kita kerap menunggu masa tua untuk beramal.Kadangkala juga,kita mengharapkan di penghujung nyawa kita esok,anak anak kita mahupun sahabat handai kita dapat membacakan Al Quran dan Yaasin untuk kita,itupun kalau mereka pandai atau hendak membacakannya untuk kita.
ii.Saat ketika taubat sudah tidak lagi di terima oleh Allah SWT adalah ketika nyawa sudah sampai ke halkum dan apabila matahari sudah terbit dari barat.
iii.Walaupun kita berbuat amalan yang banyak,Allah SWT akan menapisnya dahulu tentang niat serta keikhlasan dalam kita beribadat.

Namun walau apa pun keadaan,yang penting adalah carilah ruang dan masa unutk kita berbuat amal dan ibadah.

1. Apa yang kamu tunggu selain kefakiran yang datang melalaikan kamu.

Miskin akan melalaikan apabila individu berkenaan terlalu berusaha untuk terus hidup sehinggakan terabai segala ibadah teruatamanya solat fardhu.Namun,Allah SWT sebaliknya suka orang yang miskin tapi miskin dengan penuh ketakwaan.Rasulullah SAW sendiri pernah berdoa yang antara maksudnya,"Ya Allah! Hidupkanlah aku dalam miskin,matikanlah aku dalam miskin dan bangkitkanlah aku dengan golongan miskin."

Para sahabat r.anhum hasil dari tarbiah terus dari Rasulullah SAW walau dalam keadaan miskin mahupun ketika kaya,ketaatan mereka terhadap Allah SWT tetap sama.

Diceritakan oleh ustaz bagaimana kisah di zaman Rasulullah SAW masih hidup,Saidina Ali r.a menantu Rasulullah SAW,pada suatu hari bersama anaknya Saidina Hasan dan Saidina Husin terpaksa memakan buah kurma yang telah gugur sendiri dari pokoknya yang melekat bersamanya butiran pasir.(nota : kurma yang gugur dari pokok di kira sudah tidak berkualiti).Di zaman kegemilangan Islam pada zaman khalifah pula,di ceritakan zakat tahunan yang di bayar oleh Saidina Ali r.a adalah sebanyak 40 000 dirham (sudah di kira jutawan ketika itu).Namun Saidina Ali r.a tetap mempunyai tahap keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT yang sama walaupun di uji dengan kemiskinan mahupun di uji dengan dengan kekayaan.

2. Atau kekayaan yang mendatangkan dosa.

3. Atau sakit yang menyebabkan kamu derhaka kepada Allah.

Pesan ustaz,dalam kehidupan seharian,sekiranya kita tidak mampu bangun malam untuk bertahajjud,cubalah di mulakan usaha dengan mengunci jam pada hand phone kita.Kalau tidak mampu setiap malam,mulakan dengan seminggu sekali ataupun sebulan sekali.Di samping itu ustaz juga menganjurkan supaya kita berdoa agar di berikan oleh Allah SWT kekuatan untuk kita bangun untuk solat tahajjud.
"Ya Allah! Berilah aku kekuatan untuk aku membuat amal kebaikan."
Bahawa sesungguhnya kata ustaz,setiap amal kebaikan yang kita buat akan menyisihkan kita dari membuat amal dosa.

4. Atau tua dan uzur.

Ustaz memberi dan berkongsikan tips dalam usaha kita mengisi masa dengan berkualiti dalam kehidupan seharian.Jadikan amalan,tasbih (sibhah) di letakkan di beberapa tempat/lokasi strategik.Contohnya di samping kerusi sofa yang biasa kita duduk berehat melepaskan lelah ataupun di tepi katil tempat kita tidur mahupun di sisi tempat duduk kita di dalam kereta.Sesungguhnya fadhilat kita melihat tasbih (sibhah) kita akan teringat untuk melantunkan zikir.

5. Atau kematian yang datang secara tiba tiba.

6. Atau terbitnya dajjal yang membuat kerosakkan.

7.Atau kiamat yang sangat berat dan sungguh dahsyat.

(HR. Tirmidzi).

Nota dari penulis:

1.Di akhir kuliah,ustaz menerangkan serba sedikit tentang dajjal serta ya'juj dan ma'juj.Namun yang menarik perhatianku untuk di kongsikan adalah,tentang pandangan umum mengenai fitnah dajjal.Sesetengah masyarakat berfikir bahawa apabila mereka mempunyai rumah dan tanah di Madinah ataupun Mekah mereka selamat dari fitnah bila dajjal keluar kelak berdasarkan maksud hadith di bawah,

Anas bin Malik r.a menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya,

"Tidak ada satu negeri pun kecuali akan didatangi (dikuasai) Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Tidak ada satu celah pun di negeri tersebut kecuali ada malaikat yang menjaganya. Kemudian Dajjal datang ke suatu daerah -di luar Madinah- yang tanahnya bergaram. Bergoyanglah Madinah tiga kali, Allah keluarkan dengan sebabnya semua orang kafir dan munafiq dari Madinah." (HR. Muslim no. 2943)

Tetapi,mengapa Rasulullah SAW tidak menyeru semua ummatnya untuk duduk di Madinah dan Mekah.Secara logik akalnya,mustahil semua ummat di muka bumi ini untuk duduk di Madinah dan Mekah.Oleh itu ustaz menjelaskan kepada para jemaah pada malam tersebut agar berusaha memperbaiki mutu amal kita,kerana amal juga boleh menyelamatkan kita dari fitnah dajjal.

2.Font biru condong bold adalah maksud hadith yang Ustaz Hj Hambali bacakan pada malam itu dan perenggan yang ada di antaranya adalah sebahagian dari penerangannya.

Jom beramal walau bersedekah dengan sebutir buah kurma yang mungkin kecil nilainya :)

Friday, June 25, 2010

"Life @ Dunia! & Love @ Akhirat! "

Berikut daku kongsikan untuk bacaan bersama isi Kuliah Maghrib Ustaz Haji Hambali bin Saat pada 22 Jun 2010 di Surau Al Amin.
antara amalan keduniaan dengan amalan keakhiratan,sekiranya
di timbang,di manakah kedudukan amalan kita?
(sekadar gambar hiasan)

Bismillahhirrahmannirrahim.

Dalam Riwayat Bukhari dan Muslim,Dari Abu Hurairah (r.a) Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala mempunyai malaikat-malaikat yang berlalu-lalang di jalan untuk mencari majlis dzikir, di mana bila mereka mendapatkan sesuatu kaum yang berdzikir kepada Allah 'azza wajalla mereka memanggil malaikat-malaikat yang lain dengan berkata: "Marilah ke sini menyaksikan apa yang kamu cari", kemudian para malaikat membentangkan sayapnya sampai ke langit dunia.

Ustaz Haji Hambali menerangkan bahawa sesungguhnya antara yang boleh di kategorikan sebagai majlis zikir adalah :
1. Majlis yang ada menyebut tasbih,tahmid,takbir.
2. Majlis yang ada di dalamnya aktiviti membaca Al Quran.
3. Aktiviti solat.
4. Majlis kuliah,ceramah,forum yang memberi pengisian agama.
Tasbih,Tahmid,Takbir adalah salah satu 
ibadat zikir kepada Allah. 

Kata ustaz lagi,zikir adalah salah satu cara untuk kita beribadah mendekatkan hati kita kepada Allah SWT.Antara contoh ibadah lain selain zikir yang boleh mendekatkan hati kepada kita kepada Allah SWT adalah Tahajjud,memelihara aurat dan mendidik anak mengikut lunas-lunas agama.Sesungguhnya banyak cara untuk mencari dan mendekatkan diri dan hati kita kepada Allah SWT dan bukannya rigid dengan sesuatu jenis ibadah sahaja.

Lantas Allah SWT bertanya kepada Malaikat (padahal Allah SWT telah lebih mengetahui) "Apa yang diucapkan oleh hamba-Ku?"
Malaikat itu berkata "Mereka mensucikan-Mu, memuji-Mu mengagungkan-Mu"
Allah SWT bertanya "Apakah mereka pernah melihat Aku?"
Para malaikat menjawab "Demi Allah, mereka belum pernah melihat Engkau"

Ustaz menerangkan orang Islam yang beriman akan berbuat ibadah di dunia dengan bersungguh walaupun mereka tidak pernah melihat zat Allah SWT.Inilah yang dikatakan beriman.
Namun bila di akhirat kelak,semua orang baru yakin tentang apa yang pernah mereka dengar di dunia tentang akhirat adalah benar belaka termasuk Namrud dan Firaun.Seperti firman Allah SWt yang maksudnya:
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)"

Allah SWT bertanya "Bagaimana seandainya mereka pernah melihat Aku?"
Para malaikat menjawab "Seandainya mereka pernah melihat Engkau niscaya mereka lebih giat beribadah kepada-Mu, lebih giat mengagungkan Engkau, dan lebih giat mensucikan Engkau"

Ustaz menerangkan antara nikmat yang besar yang dapat di kecapi oleh penduduk dan penghuni syurga Allah adalah :
1. Apabila mendengar Nabi Daud membaca kitab Zabur.
2. Apabila mendengar Rasulullah SAW membaca surah Toha.

Kata ustaz,2 nikmat di atas itu sahaja membuat pendengarnya merasakan satu nikmat yang tidak dapat di gambarkan lagi.Namun ada lagi nikmat yang lebih besar iaitu :
3. Apabila surah Ar Rahman di lafaz oleh Allah SWT.
surat dan isinya lebih bererti sekiranya
pengirimnya itu sendiri menuturkannya di hadapan kita.

Ustaz memberi contoh,apabila kita menerima sepucuk surat dari rakan kita yang jauh,kita akan membaca isi surat berkenaan dengan nada dan gaya kita sendiri.Tapi sekiranya isi isi dalam surat itu kita dapat dengar sendiri buah butirnya dari pengirimnya,tentulah ia lebih bermakna.Dan pastinya impak dari perkataan perkataan yang kita dengar itu lebih besar pada perasaan dan hati kita berbanding kita membacanya sendiri.Itu perbandingan tentang hal dunia.Namun perbandingannya apabila kita membaca ayat-ayat Al Quran dengan kita mendengarnya sendiri ayat ayat berkenaan di lafaz oleh Allah SWT tentu lebih lebih lagi impak dan kenikmatannya.

Namun kata ustaz ada lagi nikmat yang lagi besar dari nikmat di atas iaitu :
4. Apabila Allah mengatakan pada penghuni syurga,"Hari ini aku tidak akan marah lagi kepada kamu semua."

Dan kata ustaz lagi,kemuncak nikmat dari segala nikmat yang dapat di kecapi oleh penghuni syurga adalah :
5. Apabila hijab di buka dan dapat melihat zat sebenar Allah SWT.
Itulah nikmat terbesar dari segala nikmat di syurga.
gambar pokok sawit (ehsan dari wikipedia).

Kata ustaz,zat Allah tidak boleh di bayang sekarang ini.Sekiranya terbayang,maka itu bukan zat Allah.
Kata ustaz lagi,umpamanya seorang bayi yang masih di dalam alam rahim ibunya mana mungkin dapat membayangkan rupa pokok sawit yang ada di alam dunia.Melainkan bayi itu keluar dari alam rahim ke alam dunia,barulah nanti si bayi itu akan nampak rupa bentuk pokok sawit.Begitu juga manusia,mana mungkin kita boleh menggambarkan zat Allah sedangkan kita masih lagi berada di dalam alam dunia.

Allah SWT bertanya "Apakah yang mereka minta?"
Para malaikat menjawab "Mereka meminta surga kepada-Mu"

Kata ustaz,ada setengah orang mengatakan ibadah yang kita lakukan perlulah dengan ikhlas tanpa mengharap kepada balasan syurga.Ada pula yang mengatakan syurga adalah makhluk Allah SWT.Dan hakikatnya,makhluk itu tidak dapat menyelesaikan urusan kita.Untuk itu ustaz menerangkan bahawa Nabi SAW sendiri mengajar kita sebagai ummatnya supaya kalau mahu meminta,mintalah akan syurga.
Ustaz juga menerangkan,dalam beribadah kita juga di ajar agak berikhtisab iaitu dengan mengharap janji janji Allah.Dan kata Ustaz,sesungguhnya fitrah manusia bila menanam padi,mengharapkan beras akan dapat di tuai.Bukankah begitu?

Allah SWT bertanya "Apakah mereka pernah melihat surga?"
Para malaikat menjawab "Demi Allah,wahai Tuhanku merekabelum pernah melihatnya"
Allah SWT bertanya "Bagaimana seandainya mereka pernah melihatnya?"
Para malaikat menjawab "Seandainya mereka pernah melihatnya niscaya mereka lebih bersemangat untuk mencapainya, mereka lebih giat untuk memohonnya, dan mereka sangat mengharapkannya"
Allah SWT bertanya "Dari apakah mereka berlindung diri?"
Malaikat menjawab "Mereka berlindung diri dari api neraka"
Allah SWT bertanya "Apakah mereka pernah melihat neraka?"
Para malaikat menjawab "Demi Allah, mereka belum pernah melihatnya"
Allah SWT bertanya "Bagaimana seandainya mereka pernah melihatnya?"
Para malaikat menjawab "Seandainya mereka pernah melihatnya niscaya mereka lebih menjauhkan diri daripadanya dan mereka lebih takut terhadapnya"
Allah SWT berfirman "Maka saksikanlah olehmu bahwa Aku telah mengampuni dosa-dosa mereka”
Ada salah satu malaikat yang berkata,"Di dalam majlis itu ada si Fulan, seseorang yang bukan termasuk ahli dzikir, ia datang di situ karena ada sesuatu kepentingan"
Allah SWT berfirman "Mereka semua adalah termasuk ahli dzikir, di mana tidak ada seorangpun yang duduk di situ akan mendapatkan kecelakaan/siksaan."

Semoga perkongsian dapat memberi maklumat kepada pembaca seterusnya dapat membantu dalam beribadah moga moga dapat menghilangkan kejahilan dalam diri.

Kata ustaz lagi,sedar tak sedar,sekarang ini satu dunia menyebut dan menyorak 'GOL!' secara serentak bila mana ada pemain yang menyumbat gol ke gawang lawan.Moga sorakkan dan tarikan gol itu tidak melarikan nikmat khusyuk dalam diri kita ketika beribadah.Amin.

Nota : Tulisan font biru adalah maksud hadith yang dibaca oleh ustaz pada malam tersebut.

Tuesday, June 22, 2010

:: Golongan manakah kita?? ::

Bismillahhirrahmannirrahim.

Berikut di kongsikan kepada semua catatan dari sebahagian isi kuliah Ustaz Haji Hambali Saat di Surau Al Amin (15 Jun 2010)
alam ciptaan Allah SWT yang di cipta olehNya
untuk kita melihat dengan mata hati
dan mengambil iktibar.
Mukaddimah.

"Sesungguhnya marah itu bara api yang dapat membakar lambung anak Adam. Ingatlah bahwa sebaik-baik orang adalah orang yang melambatkan (menahan) amarah dan mempercepat keredaannya dan seburuk buruk orang adalah orang yang mempercepat amarah dan melambatkan keredaannya" (HR. Ahmad dari Abu Sa’id al-Khudriy).

Golongan manusia.

Terang ustaz,ada 4 golongan dan sifat manusia ketika mereka marah yang di sebut dalam hadith Rasulullah SAW iaitu,

Pertama, orang yang lambat marah, lambat reda.
Kedua, cepat marah dan lambat redanya.
Ketiga, cepat marah dan cepat redanya.
Keempat, lambat marah dan cepat redanya.

Dan terang ustaz lagi,ada 4 golongan dan sifat manusia pula ketika mereka berhutang dan memberi hutang yang di sebut dalam hadith Rasulullah SAW iaitu,

Golongan pertama : Sesungguhnya sebaik baik peniaga adalah yang elok ketika memberi hutang dan baik pula ketika menuntutnya.
Golongan kedua : Seburuk buruk peniaga adalah yang buruk ketika membayar hutang buruk juga dalam meminta hutang.
Golongan ketiga : Baik dalam membayar hutang namun buruk pula dalam menuntut hutang.
Golongan ke empat : Buruk dalam membayar hutang namun baik pula dalam menuntut hutang.

Terang ustaz,sesungguhnya dalam kehidupan seharian,hidup kita tidak boleh lari dari faktor imaniat,ibadat,muamalat,muasyarat dan akhlak.Mengawal marah dan cara kita mentadbir hutang juga termasuk dalam faktor imaniat,ibadat,muamalat,muasyarat dan akhlak.
Malah kata ustaz lagi,seorang yang gugur syahid sekalipun tidak akan dapat masuk syurga jika disisinya ketika masih hidup ada meninggalkan hutang yang belum di selesaikan.

Kisah tauladan.

Ketahuilah kata ustaz,

"Sebesar besar penipu adalah dari 1 orang pemimpin yang menipu rakyatnya."

Dan ustaz mengingatkan,tidak kira apa taraf dan pangkat kita (samada kita pemimpin ataupun rakyat biasa) tidak akan mendatangkan apa apa mudharat kepada diri kita sekiranya kita menyatakan sesuatu untuk menegakkan hak/hukum melainkan dengan izin Allah SWT.

Ustaz mengisahkan tentang kisah Shaqiq al Balkhi.

Pada suatu hari seorang ahli sufi yang mashur,Shaqiq al Balkhi dari Balkhan telah datang ke sebuah negeri.Raja di negeri itu yang tahu akan kedatangan Shaqiq al Balkhi telah menghantar wakilnya untuk menjemput Shaqiq al Balkhi datang ke istananya.Sampai di istana raja menawarkan Shaqiq al Balkhi untuk tinggal di istana.Sultan juga menawarkan pelbagai tawaran kepada Shaqiq al Balkhi bagi memujuknya supaya tinggal di istana.

Apa jawapan Shaqiq al Balkhi kepada raja?

Sebaik sahaja mendengar pelawaan raja,Shaqiq al Balkhi lantas bertanyakan satu soalan kepada raja..

"Sekiranya saya tinggal di istana ini,tiba tiba saya terpikat dengan permaisuri sultan dan saya berhasrat untuk mengahwini permaisuri sultan,apakah perasaan sultan"

Dengar sahaja pertanyaan Shaqiq al Balkhi,raja pun teramat murka dengan beliau.

Lalu Shaqiq al Balkhi berkata,"kalau saya baru menyebut sahaja niat saya tadi sultan sudah murka,bagaimana pula sekiranya hal itu benar benar berlaku.Dan bahawa sesungguhnya saya tidak sekali kali akan tinggal di istana."

Kemudian Ustaz mengisahkan tentang kisah Said bin Jubair.

Said bin Jubair yang merupakan seorang tabi'i dan ulama besar yang terkenal dan lantang dalam menentang gabenor yang zalim.

Kemudian di sebabkan penentangannya terhadap Al-Hajjaj bin Yusuf As-Saqofi,pemerintah itu telah mengarahkan Said bin Jubair di tangkap.Setelah di tangkap dan di hadapkan ke hadapan Al-Hajjaj bin Yusuf As-Saqofi,maka Al-Hajjaj bin Yusuf As-Saqofi bertanyakan pada Said bin Jubair cara bagaimanakah beliau mahu menghabiskan nyawanya.
Said bin Jubair menjawab,"Bunuhlah aku seperti mana kamu suka di bunuh."

Kemudian Al-Hajjaj bin Yusuf As-Saqofi menyuruh supaya muka Said bin Jubair di tekan ke tanah. Mendengar itu , Said membaca ayat, yang bermaksud "Darinya (tanah) Kami menciptakan kalian, dan padanya Kami mengembalikan kalian, dan daripadanya (pula) Kami mengeluarkan (membangkitkan) kamu sekalian.” (Toha:55)

Selepas itu Said bin Jubair memalingkan wajahnya ke kiblat, tapi Hajjaj menyuruh para pengawal untuk memusingkan kepalanya membelakangi kiblat. Walaupun demikian, Said membaca ayat yang bermaksud, ".... kemana saja kamu menghadap, di situlah wajah Allah....”: (Al-Baqarah:115).

Manakala hampir saat di bunuh Said bin Jubair meminta izin untuk solat 2 rakaat dan selepas itu Said bin Jubair pun di jatuhkan hukuman bunuh.Dan semua yang hadir menjadi saksi di mana darah yang mengalir dari tubuh mayat Said bin Jubair amat banyak menandakan saat kematiannya di sambut dengan hati yang penuh tenang.

Ingatan dari ustaz.

Jelas ustaz di akhir kuliah,segala pesanan Rasulullah SAW adalah untuk seluruh ummat Baginda termasuk juga kita.Dan bahawa sesungguhnya orang yang peduli tentang hal ehwal agama maka Allah SWT akan peduli tentang hal ehwal kita.Amal dan sampaikanlah ilmu yang kita dengar dan yang kita tahu.

Nota penulis :
....moga perkongsian dapat memberi sedikit maklumat dan ilmu kepada pembaca.

Monday, June 21, 2010

:: AlhamduliLlah ::

BismiLlahhirrahmannirrahim.

Dengan tangan dan kudrat yang Allah pinjamkan kepadaku,daku kongsikan isi kuliah SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI di Surau Al Amin Taman Cempaka 2 Senawang (19 Jun 2010) yang lepas.

"Ucaplah Alhamdulillah.
Syukur kita kepada Allah...."
(…lirik nasyid RAIHAN)

Mukaddimah.
gambar ihsan dari blog saudara Rozmal

Kata SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI,

Ucapan 'ALHAMDULILLAH' biasa di ucapkan oleh kita orang Islam contohnya apabila :

1. Selepas makan dan minum.
2. Apabila sebarang aktiviti kita selesai.
3. Selepas sesuatu majlis yang berjaya di anjurkan.
4. Mempunyai keluarga yang hidup sihat tanpa penyakit.

Beramal biarlah bertempat.

Lalu Ustaz membacakan sepotong hadith yang bermaksud,

Dari Anas bin Malik r.a katanya,Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya Allah redha terhadap hamba-Nya jika ia makan sesuap makanan dengan memuji keatas-Nya atau ia minum dengan seteguk minuman lalu ia memuji ke atas Allah SWT."

Bahkan kata Ustaz,ucapan semudah 'ALHAMDULILLAH' boleh menjadi asbab kita masuk ke dalam syurga.

Tapi ustaz SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI membuat satu contoh lain,

Katalah ada satu kawasan perniagaan yang di penuhi dengan kedai.Tiba tiba seluruh kedai di kawasan perniagaan itu habis musnah dalam satu kebakaran.Namun dengan kuasa Allah,sebuah kedai milik seorang Tok Haji terselamat dari musibah kebakaran itu.Oleh sebab dalam banyak banyak kedai dalam kawasan perniagaan yang terbakar itu,kedainya sahaja yang terselamat,maka Tok Haji itu pun mengucapkan 'ALHAMDULILLAH'.Persoalannya,adakah wajar Tok Haji itu mengucapkan 'ALHAMDULILLAH' di hadapan pemilik kedai lain yang telah musnah dan di timpa musibah dalam kebakaran tersebut??

Kata SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI lagi,

Ada sesetengah pemain bola yang beragama Islam pula,melakukan sujud syukur apabila berjaya menjaringkan gol ke gawang lawan sebagai tanda syukur.Adakah semurah itu nilai agama bila amalan sujud syukur di praktikkan dengan keadaan si pelaku itu tidak menutup aurat,tidak berwudhu bahkan tidak pula mengadap kiblat??

Ada juga orang Islam yang memperolokkan ucapan 'ALHAMDULILLAH' bila sahaja selesai melakukan maksiat seperti zina atau minum arak.

Dan kata ustaz SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI lagi,

Ada pula orang Islam yang mengucapkan 'ALHAMDULILLAH' dan begitu ceria sepanjang hari kerana pasukan bola yang di sokongnya menang pada hari sebelumnya,sedangkan pada masa yang sama,ramai lagi saudara seagamanya yang mati di bunuh dan di sembelih oleh musuh musuh Islam.

Ustaz SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI menjelaskan bahawa berdosa dan haram hukumnya bagi orang orang yang memperolokkan ibadah walaupun hanya sekadar ucapan 'ALHAMDULILLAH' yang di ucap bukan pada tempatnya.

Pesanan di penghujung majlis.

Bahawa sesungguhnya,maksiat,berbuat zalim dan mungkar itu mendatangkan dosa dan ubat dan pelupusnyanya hanyalah dengan membanyakkan istighfar dalam ibadah seharian.

....moga perkongsian di atas dapat menjadi fikir harian kepada kita tentang kerisauan diri dan masyarakat sekeliling.

Monday, June 14, 2010

:: Mengharap sinar al Aqsa ::

Bismillahhirrahmannirrahim.
Sabtu yang lepas (12 Jun 2010) bertempat di Masjid Bandar Baru Senawang (MBBS) telah di adakan satu ceramah yang mana penceramah jemputannya adalah Yang Berbahgia Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif.

Wira ke Palestin!

Merekalah wira :
Sukarelawan Malaysia yang menaiki kapal penumpang Mavi Marmara terdiri dari 3 orang wakil dari HALUAN, seorang wakil dari JIM/PACE, seorang wakil dari Aqsa Syarif, seorang wakil dari Yayasan Amal, seorang wakil dari Muslim Care, 2 orang wakil dari media Haluan, seorang wakil dari media Sinar dan 2 orang wakil dari Astro Awani.

Bertuah.

Dan bertuahnya penduduk di sekitar MBBS kerana pada malam berkenaan,kami semua dapat mendengar sendiri suara sebenar salah seorang WIRA itu dengan telinga kami sendiri.Walaupun dengan jadual yang amat ketat dan sibuk,di khabarkan Ustaz Hasanuddin sebelum itu membuat ceramah di Trengganu dan baru sahaja tiba di Senawang sebelum maghrib,intipati ceramah ustaz malam itu cukup mantap dan padu.Di khabarkan juga,pada pagi 13 Jun 2010,Ustaz Hasanuddin mempunyai program di tempat lain iaitu di Kedah Darul Aman.Dalam diri Ustaz yang saya rasa 'terkesan' dengan karenah Yahudi LaknatuLlah baru baru ini,secara langsung kami merasa juga bahangnya pada malam itu tentang pengalaman kisah benar seorang WIRA.Di doakan moga Ustaz Hasanuddin dan rakan rakan di beri kekuatan oleh Allah untuk meneruskan usaha murni beliau.

Mukaddimah.
Ustaz Hasanuddin-1 of The WIRA.
(kredit to : abgnua.blogspot.com)

Ustaz Hasanuddin memulakan sessi ceramah pada malam itu dengan puji pujian kepada Allah SWT dan selawat kepada Rasulullah SAW dan membaca hadith di bawah ini :

dari Abu Hurairah r.a dan Abu Sa’id Khudri r.a kedua-dua sahabat telah menyaksikan Rasulullah s.a.w. bersabda :
لا يقعد قوم يذكرون الله عزوجل الا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ونزلت عليهم السكينة وذكرهم اله فيمن عنده
Ertinya :
Tidaklah duduk sesuatu kaum berzikir menyebut nama Allah Azza wa Jalla melainkan dinaungi mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan pada mereka, juga Allah menyebut-nyebut nama mereka di hadapan malaikat yang ada disisi-Nya.
(Hadis riwayat Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam Ibn Majah)

Lalu Ustaz membaca tafsir ayat ke tujuh surah Al Fatihah :
SIRATHAL LAZINA AN`AMTA `ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHUBI `ALAIHIM WA LADDHAALIN
-(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Maka Ustaz menerangkan bahawa 'mereka yang di murkai' adalah bangsa Yahudi dan 'mereka yang sesat' adalah bangsa Nasrani.Bezanya Nasrani (kristian) mengajak orang lain untuk masuk ke dalam agama mereka tetapi Yahudi tidak.

Namun dalam sejarah,bangsa Yahudi memang telah banyak membuat kerosakan di atas muka bumi termasuklah mengergaji Nabi Zakaria yang di utus oleh Allah SWT ke atas kaum mereka.

Kata ustaz lagi,sekiranya dalam kita membaca surah Al Fatihah terutamanya ketika solat,jika kita tidak berusaha untuk memahamkan maksud ayat yang kita baca dan tidak pula mengambil iktibar,sesungguhnya kita telah tergolong menjadi di antara orang yang memisahkan diri sendiri dari ayat ayat Al Quran milik Allah SWT.

Isu Masjidil Aqsa.

Ustaz menerangkan...
petikan dari surah Al Isra' di mana
Masjid Al Aqsa di sebut oleh ALLAH SWT dengan jelas.

Masjid Al Aqsa adalah antara masjid yang di sebut di dalam Al Quran dalam surah Al Isra`.Masjid yang menjadi saksi peristiwa Nabi di Isra`kan dari Masjidil Haram dan di Mikrajkan ke Sidrathul Muntaha.Dan sekarang,seperti yang seluruh dunia Islam serba maklum,Masjid Al Aqsa kini sedang di jajah dan di tawan oleh Yahudi laknatuLlah.Kita sebagai ummat Islam sepatutnya berasa sedih dan bersalah kerana salah satu Tanah Suci kita telah di ambil.Kita patut berusaha sedaya mampu untuk membebaskannya kembali dari cengkaman Yahudi.
Masjid Al Aqsa yang sebenar.
(kawasan garisan kuning adalah Masjid Al Aqsa
-sumber dari HALUANPALESTIN)

Sesungguhnya,Masjid Al Aqsa telah acapkali di tawan oleh pihak musuh.Setiap kali Masjid Al Aqsa di tawan akan ada usaha dari pihak tertentu untuk membebaskannya semula.Dan usaha pembebasan yang berlaku berulang kali ini membawa pengajaran supaya hati kita sentiasa ingat akan kepentingan sesebuah masjid.Tapi hakikatnya,isu Masjid Al Aqsa kini hanya menjadi isu pinggiran dan hanya menjadi isu hangat pada 'musim musim' tertentu.

Ustaz membaca hadith Nabi SAW lagi,

Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري
Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

Mavi Marmara.

Terang ustaz lagi…

Sejak Masjid Al Aqsa di tawan Yahudi tahun 1948 dan 1967, kini,bandar Gaza pula menjadi penjara terbuka bagi penduduk Palestin.Hak mereka di nafikan,bantuan bekalan makanan dan ubatan hampir mustahil untuk sampai kesana dan semakin lama penduduk di sana semakin di tekan oleh Yahudi Israel.Dengan maksud inilah saudara IHH (Insan Hak ve Hurriyetieri Insani Yardim Vakfi (sebuah NGO berpengaruh di Turki) dengan sokongan penuh kerajaan Turki dan telah berdaftar dengan PBB telah membeli sebuah kapal '2nd hand' dan telah memberi nama Mavi Marmara kepada kapal berkenaan.

"Mavi : Kebiru biruan.
Marmara : Laut yang menjadi pemisah antara Turki di Eropah dengan Turki di Asia."
Mavi Marmara.
-sejarah tidak akan menipu.

Dengan 3 objektif dan matlamat :
1. Membawa bekalan untuk penduduk Palestin yang terkepung. (makanan,alat tulis,buku,bahan mentah untuk pembinaan-besi dan batu bata)
2. Memecah kepungan terhadap penduduk Palestin moga selepas ini bekalan boleh sampai selepas ini kepada mereka melalui jalan darat Rafah di Mesir dan jalan laut.
3. Mencelikkan mata dunia (segala pemimpin dan rakyat) supaya isu Gaza menjadi isu dunia.

Bersama sama di dalam misi Mavi Marmara adalah antaranya bayi berusia 2 bulan,warga emas sekitar 85 tahun,ahli parlimen dari Kuwait,Bahrain,German dan paderi.(bukti misi Mavi Marmara bukan misi ketenteraan)

Di serang.

Di ceritakan sedikit pengalaman ustaz ketika Mavi Marmara di serang oleh komando Israel.

Jelas ustaz,bukan niat beliau untuk menceritakan kisah mereka ketika detik getir itu.Apalah sangat ujian itu jika hendak di bandingkan penderitaan penduduk Palestin yang berganda lebih teruk dari itu.Tapi anggaplah kisah yang di ceritakan dapat memberi gambaran bagaimanakah sebenarnya bangsa Yahudi ini.

Serangan ke atas Mavi Marmara berlaku sejurus selepas mereka melakukan solat subuh hari tersebut (31 Mei 2010).Serangan bermula apabila datang bot laju dengan beberapa orang yang ada di dalamnya cuba mendekati Mavi Marmara.Bot laju itu juga tidak menunjukkan sebarang tanda atau lambang dan tidak langsung memberikan apa apa signal amaran ketika mendekati kapal.Sebagai usaha dan tanda tidak mahu di ganggu,anak kapal Mavi Marmara telah mengambil hos air dan menyembur mereka.Alhamdulillah,walaupun dengan kekuatan pancutan air yang agak lemah,memandangkan pam enjin hos air tersebut mempunyai keadaan yang tidak begitu baik,namun bot laju mereka mula menjauhi kapal kami.Mungkin kerana ragu ragu dan takut dengan apa yang hos kami muntahkan....

Hanya seketika selepas itu,apabila satu demi satu tentera komando Israel turun ke dek kapal menerusi tali dari helikopter,maka tewas juga kami dengan kelengkapan moden komando yang kalau di taksirkan hampir 80kg beratnya.Kelengkapan senjata yang tersandang di tubuh mereka terus sahaja merebahkan anak kapal Mavi Marmara.Maka bermulalah tragedi berdarah ketika itu.Ada mangsa yang di tembak tepat di kepala dengan jarak yang dekat.Bermaksud tembakan mereka memang untuk membunuh bukan untuk mencederakan jauh sekali untuk memberi amaran.Walaupun sebelum tragedi pembunuhan itu,mereka ada juga melepaskan bom asap dan peluru getah,namun pembunuhan kejam ke atas anak kapal Mavi Marmara itu cukup menggambarkan keganasan bangsa Yahudi ke atas bangsa selain dari mereka.

Setelah komando Israel berjaya menguasai kapten kapal dan kapal Mavi Marmara,anak anak kapal telah di ikat dengan keadaan tangan kebelakang dengan ikatan yang cukup kuat.Anak anak kapal telah di baringkan ke lantai di sebuah lorong yang sempit.Sementara itu,komando yang lain memeriksa kawasan kapal bagi mencari bahan bukti yang boleh di jadikan alasan untuk menghalalkan tindakan pencerobohan dan pembunuhan ganas mereka.
Kemanisan IMAN.

Cerita ustaz lagi,

Ketika di tiarapkan itu,sempat beliau mengimbas tentang ayat ayat Al Quran yang ada menyebut tentang bangsa yahudi yang sombong dan meninggi diri.Dan saat ketika itu juga,anak anak kapal yang telah di ikat dan di tiarapkan ke lantai telah di pijak oleh Komando Israel.Tubuh yang di tiarapkan itu di jadikan seolah jambatan untuk mereka lalu.Ustaz menceritaka,bahawa pijakkan mereka itu ke atas badan anak kapal merupakan jawapan dan maksud sebenar ayat ayat Al Quran yang Allah turunkan mengenai bangsa Yahudi berkaitan sifat sombong dan tinggi diri mereka.Dan ketika itulah ustaz menceritakan betapa manisnya erti IMAN yang menyerap dalam hati.Kemanisan yang tidak dapat di ertikan dengan perkataan.Kemanisan yang tak dapat di kecap ketika dalam kekenyangan.Sesungguhnya ketika itu,tiada lagi ingatan tentang nikmat dunia.
Misi Mavi Marmara membuka mata dunia.Kini mereka
membicarakan isu PALESTIN di sana sini.
(kredit to : abgnua.blogspot.com)

Ustaz menamatkan cerita pengalamannya di situ.

Namun kata ustaz,

Walaupun dalam kaca mata kasar,Mavi Marmara dan anak kapalnya gagal dalam memberi dan menyampaikan bantuan kepada penduduk Palestin,tapi Allah telah takdirkan matlamat ketiga dalam misi tersebut berjaya.Iaitu,membuka mata dunia tentang isu Gaza.Anak anak kapal yang selamat dan di bebaskan dari cengkaman Yahudi akan pulang ke negara asal mereka untuk menceritakan tentang hakikat sebenar isu yang berkaitan dengan Gaza dan Palestin.

Dari penulis :

Dan sesungguhnya isu  Al Aqsa,Palestin,Gaza ini bukan isu suam suam kuku…
"Ya Allah,jadikanlah kaki kaki kami ini tetap dan teguh dalam usaha dakwah.Lahirkanlah dari kami generasi yang sedia berJIHAD dijalanMu"

Thursday, June 10, 2010

:: Merenung dalam sekelumit cahaya ::

Bismillahirrahmannirrahim.

Mukaddimah.

Kadangkala Allah takdirkan Ilmu hendak mengalir tak tentu masa.Seumpama air,alirannya tidak dapat di tahan.

Malam kelmarin (10 Jun 2010) ketika kenduri kesyukuran di rumah Cikgu Y,kebetulan saya duduk bersebelahan dengan Haji B dari Taman Flora yang berjiranan dengan Taman Desa Ixora.Ketika menjamu selera,sempat beliau berkongsikan beberapa maklumat dan info tentang kepentingan kerja dakwah yang berterusan.
Nur...Cahaya...

Ohh…Dakwah.

Sebut sahaja 'dakwah',terus teringat zaman saya kanak kanak dahulu.Entah mengapa ada istilah 'tudung dakwah' ketika itu.Cuma yang saya perasan dan boleh mengagak,fesyen tudung dakwah yang meniti bibir setiap orang tak kira muda mahupun yang tua ketika itu adalah merujuk tudung labuh yang di pakai oleh ahli Al Arqam.Wallahua`alam...

Tetapi mengapa di panggil tudung dakwah,saya pun tidak pasti.

Namun,apa yang di sebut oleh Haji B tentang dakwah semalam agak menarik untuk di kongsikan di ruang blog ini untuk semua.Apa yang dititik beratkan oleh beliau adalah,usaha dakwah yang berterusan perlu di buat dan perlu mengikut tertib serta di lakukan dalam jemaah yang mempunyai amir.

Haji B mengibaratkan usaha dakwah ini sebagai akar pokok.Zahirnya akar pokok ini memang tidak nampak kewujudannya.Namun dengan asbab akar pokok inilah,batang,dahan,ranting,bunga,buah dan daun pokok dapat meneruskan proses tumbesaran (tumbuh dan besar).Apa jadi kalau akar pokok tidak bergerak mencari air atau zat nutrien? Sudah tentulah bahagian bahagian pokok yang lain tidak mendapat sumber tenaga dan akhirnya pokok akan menjadi layu dan terus mati.

Begitulah juga dengan kerja dakwah.Dengan menggunakan lojik akal,mana mungkin dengan hanya ziarah ke rumah saudara muslim kita,bertanya khabar serba sedikit dan mengajak sahabat muslim berkenaan untuk meramaikan rumah Allah boleh memberi impak yang besar dalam keberjayaan sesuatu ummat.Namun dalam kerja dakwah,segala usaha adalah pencarian untuk mendapatkan hidayah Allah SWT.Dengan hidayah tadi,ummat akan hidup sejahtera mengikut lunas lunas Islam.Tanpa hidayah Allah,ummat akan sesat dan rosak umpama pokok yang layu dan mati.

Hidayah.

Hj B menyambung lagi…

Hidayah Allah SWT adalah seperti cahaya yang menerangi dalam kegelapan.Manusia yang dalam kegelapan hampir mustahil dapat membezakan yang mana tali dan yang mana ular.
Manusia yang dalam kegelapan biasanya membuat penilaian dalam sesautu perkara melalui anggapan/pengalaman/naluri mereka.Dan biasanya penilaian yang sebegitu sabankali mudah terpesong dan mudah memberi impak yang negatif kepada si penilai.Maka,dengan cahaya,manusia akan nampak yang mana tali dan yang mana ular.Sudah tentulah manusia yang mempunyai sumber cahaya tidak akan memegang ular kerana mereka tahu memegang ular boleh memberi impak bahaya pada dirinya.

Mudharat atau manafaat.

......dan lagi kata Hj B,

Dalam hidup ini,apa jua jenis makhluk pun,tidak berkuasa memberi manafaat atau memberi mudharat tanpa izin Allah SWT.Nasi tidak mampu memberi kenyang kepada perut melainkan dengan izin Allah SWT.Air tidak mampu menghilangkan dahaga tekak melainkan mendapat izin dari Allah SWT.Keimanan ini penting kerana tanpa kita berpegang teguh pada hakikat ini,manusia yang membuat kerja dakwah juga ada kebarangkalian sesat dalam kegelapan.

Tak percaya ke walau kita buat kerja dakwah kita boleh sesat?

Dakwah juga adalah makhluk Allah SWT.Mana mungkin terlintas dalam hati orang yang mendapat cahaya, boleh mengatakan sipulan berubah kepada keadaan yang lebih baik atas usaha dakwahnya.

Ya…hakikat sebenar,sipulan berubah kepada keadaan yang lebih baik adalah kerana sipulan mendapat HIDAYAH dari Allah SWT.Usaha dakwah kita itu hanyalah asbab sahaja.Begitulah juga keadaannya dalam kisah si nasi dan si air tadi.

Keperluan hidup dan maksud hidup.

Akhirnya…Hj B mengingatkan,

Dalam kehidupan di dunia ada dua perkara yang perlu dititik beratkan :
Keperluan hidup dan maksud hidup.

Keperluan hidup : Perkara yang perlu di ambil/di buat untuk meneruskan hidup di dunia ini.
Maksud hidup : Perkara yang perlu di ambil/di buat untuk di bawa ke akhirat sana.

Moga perkongsian memberi sedikit sebanyak ruang untuk kita sama sama memuhassabah diri kita sendiri.InsyaAllah.

Wednesday, June 9, 2010

:: Melentur Buluh Biar Dari Rebung - Bahagian 1 ::

Bismillahirrahmannirrahim.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya,"Menuntut ilmu adalah fardhu  (wajib) atas setiap muslim (lelaki dan perempuan)." (Thabrani)

Mukadimah.

Bila sebut tentang ilmu,setiap perkara yang ingin kita lakukan perlu di sertakan dengan ilmu.Kerja semudah memasak nasi pun memerlukan ilmu.Jika memasak nasi tanpa ilmu,beras yang di masak bisa tidak tanak gara gara tidak cukup sukatan air.Mujur sahaja nasi yang di masak tidak tanak,namun masih boleh di tambah air.Kalau kena gayanya nasi tadi akan masak dengan sempurna akhirnya.Apa jadi kalau beras yang hendak di masak terlebih pula sukatan airnya.Mungkin menjadi seperti pepatah melayu,"Nasi dah menjadi bubur."

Seperti kata kata yang biasa kita baca, "TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD"

Penangan Toyohashi.

Saya pertama kali mendengar secara terperinci penerangan tentang persediaan dan perancangan pendidikan anak anak,ketika saya menghadiri satu gathering di Toyohashi suatu masa dahulu.Pembentangan kertas kerja ketika itu di sampaikan oleh ustaz jemputan dari Malaysia,Ustaz Hj Abdul Halim bin Abdullah.

Ketika penerangan kertas kerja berkenaan berlangsung,banyak perkongsian ilmu dan input baru yang saya perolehi.Antara yang di terangkan ketika itu adalah persediaan yang perlu di buat oleh ibu bapa dalam memilih bentuk dan corak serta sistem pendidikan yang hendak di gunapakai bagi mendidik anak anak.Juga yang penting untuk di pertimbangkan adalah hala tuju pendidikan anak peringkat demi peringkat.Namun dalam banyak banyak perkara yang di bincangkan oleh Ustaz Hj Abdul Halim ketika itu,ada 1 perkara yang menjadi tanda tanya dalam diri saya.Kata Ustaz,untuk mendapatkan sistem pendidikan yang bagus,ibu bapa sendiri harus memastikan kedudukan ekonomi mereka kukuh demi untuk merealisasikan impian.Mengapa ya??

Namun semua itu terjawab apabila anak saya yang sulung mula memasuki era pendidikan secara formal walaupun baru berumur 6 tahun.

Ekspo Pendidikan Islam.

Bagi mengadaptasikan apa yang saya pelajari dan saya dengar ketika di Toyohashi dahulu,tahun lepas (penghujung 2009) saya bersama sama isteri dan anak anak di beri kesempatan oleh Allah SWT meluangkan masa melihat dan menghadiri satu Ekspo Pendidikan Islam Negeri Sembilan anjuran bersama Surau Taman Alamanda dan Masjid Bandar Baru Senawang.Tema ekspo adalah-Nak hantar anak ke mana : Tadika? Sekolah rendah? Lepas UPSR,PMR SPM?
pamplet EKSPO Pendidikan Islam

Saya dapati ekspo yang julung julung kalinya di anjurkan itu amat berguna bagi ibubapa.Terutama sekali yang tercari cari kemana hala tuju pendidikan anak mereka.Malah ia menjadi satu medium pendedahan kepada anak anak yang bakal menjejaki alam baru persekolahan tidak kira apa peringkat.
Antara pusat pendidikan yang mengambil bahagian
(Maahad Tahfiz As Sa`idiyah)

Bagi pandangan saya sendiri,ekspo sebegitu wajib di teruskan tahun demi tahun bagi menggarap tujuan utama ekspo demi untuk mendedahkan masyarakat tentang pentingnya pendidikan berlatarbelakangkan Islam kepada anak anak.Ekspo sebegitu juga serba sedikit dapat menjelaskan kepada masyarakat yang sebahagian kecil masih ada yang beranggapan negatif terhadap sistem pendidikan yang berjenamakan 'Pendidikan Islam'.

Bayangkan anak saya yang sulung,Abdul Aziz begitu teruja melihat gantungan baju T Shirt dan Baju Rasmi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang berbetulan membuka ‘booth’ mereka pada ekspo tersebut.Saya dan isteri sengaja membiarkan Abdul Aziz dan adik adiknya bermain main sekitar kawasan ekspo.Sementara itu kami berdua pula mengambil kesempatan untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang sistem pembelajaran di PASTI.Walaupun penerangan dari urusetia wakil dari pihak PASTI nampak simple dan ringkas tapi serba sedikit kami mendapat gambaran kasar tentang apa yang bakal anak kami pelajari/lalui sekiranya kami hantar anak kami ke PASTI.Dengan yuran pendaftaran dan bulanan yang agak munasabah,saya terus mengisi borang pendaftaran ketika itu juga.Sambil saya mengisi borang,isteri meneruskan sessi temubual dengan urusetia bertanyakan lebih lanjut tentang silibus dan jadual waktu di PASTI.Kebetulan pula,PASTI ada membuka cawangannya di dalam taman tempat saya tinggal.'Elok sangat le tu',bisik hati saya.
'booth' PASTI N9.

Gempar.

Saat saat sessi persekolahan hampir bermula,segala persiapan untuk persekolahan Abdul Aziz kami sediakan semampunya.Alhamdulillah,beg sekolah Abdul Aziz tahun ini telah di sumbangkan oleh makciknya Pn Hasnita Salikon.Bukan main suka lagi anak saya bila menerima beg barunya itu.Timbul masalah pula bila si kecil yang berdua itu juga mahukan beg transformer yang sama.Apalagi…inilah sebagai pemujuk hati mereka. 
Beg Transformer Abdul Aziz

Beg Transformer Abdul Hadi & Ain Sofiah yang telah di 'transform'kan.
(asal asalnya beg bergambar lain,kemudiannya di jahit dengan gambar TRANSFORMER)

Tiba masa untuk Abdul Aziz mendaftar diri di PASTI (4 Jan 2010) yang berbetulan tempat saya bekerja memang memberikan cuti khas kepada pekerja mereka untuk menghantar anak ke sekolah untuk sessi baru.Nampak pada riak muka Abdul Aziz pada pagi itu cukup ceria,maklumlah hari pertama untuk pergi ke sekolah walaupun tanpa menyarung uniform rasmi PASTI.Berbekalkan stokin dan kelengkapan lain yang hampir semuanya baru (walaupun baju dan seluar adalah baju jalan jalan anak saya) saya pun menghantar anak saya ke PASTI yang jaraknya hanya lebih kurang 1km di Taman Desa Ixora.Sampai di PASTI jam tepat 8 pagi dan saya lihat ada beberapa ibu bapa sedang mendaftarkan anak mereka seperti juga saya.Bagi pelajar pelajar lama,saya lihat mereka sudah mula duduk di meja tempat mereka belajar untuk memulakan aktiviti pembelajaran mereka.
Aksi seorang WIRA di hari pertama sebelum melangkah masuk ke dalam alam persekolahan.

Oleh kerana saya terlebih dahulu telah mengisi borang semasa Ekspo tempoh hari,jadi pada pagi itu saya hanya melunaskan baki yuran yang sepatutnya di bayar.Selepas beberapa ketika,saya dan Abdul Aziz di bawa oleh salah seorang tenaga pengajar di situ ke kelas untuk pelajar berusia 6 tahun.Di dalam kelas berkenaan ada lebih kurang 7~8 murid lain ketika itu.Yang lebih beruntungnya Abdul Aziz,selain dapat bertemu rakan baru,anak jiran saya pasangan Cikgu Azmi dan Pn Rehan juga menghantar anak mereka,Nani ke PASTI yang sama.Harap hati saya agar Abdul Aziz tidak kekok di tempat baru dengan hadirnya anak jiran saya itu.Nani,walaupun sama sama baru mendaftar diri di PASTI nampak tidak kekok memandangkan sebelum ini ketika berusia 5 tahun,dia sudahpun memasuki Taman Didikan Kanak (TADIKA) di tempat lain.

Saya luangkan masa saya sedikit untuk memerhatikan apakah aktiviti mereka di PASTI kala pagi.Tenaga pengajar yang tadinya membawa saya dan anak saya ke dalam kelas 6 tahun masuk kembali ke dalam kelas tersebut.Tenaga pengajar tadi terus memberikan arahan kepada murid murid agar membaca sesuatu berupa doa saya kira.Kerana adanya pelajar lama,maka pelajar lamalah yang mengikut arahan tenaga pengajar tersebut.Anak saya yang masih tidak mengerti apa apa ketika itu hanya diam membisu.

Selepas aktiviti doa selesai,para pelajar di berikan beberapa helai kertas dan di arah untuk mewarna beberapa objek di dalamnya.Anak saya pun menerima tugasan yang sama dan saya lihat dia pun turut sama melakukan aktiviti mewarna dengan pensil warna yang juga baru di bekalkan oleh pihak PASTI.Sementara anak saya khusyuk dengan dunia barunya di kelas berkenaan,saya sekali lagi bertemu dengan penyelaras PASTI Al Hazim untuk bertanyakan beberapa persoalan termasuk pengurusan pengangkutan bagi anak anak PASTI.Sedang asyik saya bertanya,tiba tiba saya mendengar satu tangisan yang biasa saya dengar.Rupa rupanya Abdul Aziz sudah perasan saya meninggalkannya sewaktu dia asyik mewarna tadi.Walaupun dia dapat mencari saya di dalam pejabat PASTI,namun tangisannya masih lagi bersisa.

Seketika saya biarkan dahulu tangisan anak saya reda sebelum saya melangkah keluar dari pejabat PASTI untuk pulang ke rumah.Rupanya Abdul Aziz belum dapat menerima hakikat bahawa alam persekolahan tidak membenarkan ibubapa duduk di sisi untuk jangka masa yang panjang.Namun saya gigihkan juga semangat saya untuk pulang dan meninggalkan Abdul Aziz di PASTI bagi menyambung sessi pembelajarannya.Walaupun sayup sayup terdengar jeritan dan tangisan memohon simpati anak saya,saya jadikannya sebagai cabaran bahawa mendidik anak perlu menempuhi pelbagai dugaan.

Tamat kisah hari pertama yang penuh mencabar tiba pula hari kedua persekolahan.Saat ini lagi mencabar di mana Abdul Aziz masih lagi tidak dapat menerima hakikat dia akan di tinggalkan keseorangan tanpa saya di sisinya.Walaupun sayu,namun atas dorongan seorang bapa pelajar yang mengatakan,’Biasalah tu,lepas seminggu tu oklah nanti.’ Saya tinggalkan juga Abdul Aziz di PASTI dengan doa agar dia dapat menyesuaikan dirinya di sana biarpun mengambil masa.Alhamdulillah masuk minggu kedua,Abdul Aziz mula menyesuaikan dirinya di PASTI.Sudah tidak kedengaran lagi tangisan Abdul Aziz ketika saya meninggalkannya di pintu pagar PASTI.Malah celoteh celotehnya tentang kisah ketika di PASTI membuktikan dirinya telah menyerap suasana persekitaran barunya.
Uniform rasmi PASTI.

Kisah dari Seorang Bapa.

Saudara Zul,salah seorang rakan sekerja saya juga menghantar anaknya yang kedua ke PASTI berdekatan rumah beliau di Sikamat.Dengan senang hati beliau menceritakan pengalaman barunya itu kepada saya.Katanya,walaupun terpaksa membayar lebih (kerana anak sulungnya sebelum ini di hantar ke TADIKA lain dan bayaran bulanannya agak murah) namun kesan dari sistem pembelajaran yang di praktikkan oleh PASTI amat berlainan dan memberi kesan.Hasilnya,anaknya itu sudah petah membaca doa sebelum makan dengan lancar.

Kisah saya sendiri.

Memang benar,walaupun saya tidak ada pengalaman menghantar anak ke TADIKA lain,namun bagi saya,saya rasa bersyukur kerana usaha saya menghantar anak saya ke PASTI sedikit sebanyak mula membuahkan hasil yang agak menyenangkan hati saya sendiri dan menyedapkan mata memandang.

Selanjutnya...Antara aktiviti di PASTI.

(......biar gambar yang berbicara.)
antara buku teks yang di gunakan di PASTI.

Latihan menulis Jawi.

Menghafal Hadith dan maksudnya.

Hari sukan PASTI peringkat Rembau.
(dari kecil anak sudah di asuh supaya menutup aurat)

Apo yang ponting..kojosamo.

Nota :
1.InsyaAllah untuk bahagian 2 saya akan kongsikan persediaan untuk ke sekolah rendah dan perkembangan Abdul Aziz selepas peperiksaan semester PASTI.
2.Gambar di atas sebahagian adalah ehsan dari saudara Rozmal (http://waghih.blogspot.com/) - (sila klik pada gambar untuk melihat imej dengan lebih jelas)

:: Mencahayakan rumah dengan amal ::

Di bawah adalah catatan yang dapat di buat pada kuliah maghrib Ustaz Hj Hambali di Surau Taman Cempaka Fasa 1 (4 Jun 2010-Jumaat)

Mukaddimah

Perlayaran hidup terkadang tenang terkadang dilanda ombak.(sekadar gambar hiasan)

Ustaz Hj Hambali memulakan kuliah pada malam tersebut dengan menerangkan dan menceritakan kembali pada jemaah yang hadir tentang sejarah negara Islam yang pernah di jajah oleh negara asing pada perang dunia sebelum ini.British ketika itu telah menjajah negara seperti Mesir,Arab Saudi,India (yang kemudiannya berpecah menjadi Pakistan,Bangladesh dan India) dan tidak ketinggalan Malaysia.Peranchis pula menjajah Morocco.Itali juga telah menjajah Libya,Tunisia dan Algeria.Negara negara penjajah ini menjajah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menipu dan menghancurkan ummat Islam.

Semenanjung Tanah Melayu yang semua sedia maklum di kelilingi dengan lautan.Tanah Melayu pula ketika itu mempunyai armada tentera laut yang cukup kuat dan telah membuatkan Stamford Raffles merasa gusar dan ragu ragu memikirkan bagaimanakah cara untuk menakluki Tanah Melayu.Akhirnya dengan bantuan sepoi sepoi (tentera) dari India,tentera Thai dan orang melayu yang memberontak,Stamford Raffles berjaya memasuki Tanah Melayu.Selepas dari itu bermulalah aktiviti pihak penjajah untuk menghancurkan Islam sehinggakan terbitnya kitab BIBLE yang diterjemahkan dalam tulisan Jawi Lama yang di tulis oleh Munsyi Abdullah.

Ustaz mengingatkan jemaah bahawa usaha pihak luar untuk  menghancurkan ummat Islam masih berterusan hingga ke saat ini.Dan ustaz mengingatkan bila ada usaha dari mana mana pihak sekalipun dengan tujuan untuk menghancurkan Islam,jalan keluar dari fitnah tersebut adalah dengan kita menggiatkan lagi amal agama kita.

Supaya ingatan di atas dapat menyedarkan kita semua tentang tanggungjawab sebenar kita sebagai seorang hamba Allah yang beragama Islam.

Ustaz Hj Hambali pada malam itu telah membacakan sepotong hadith riwayat dari Abi Kabasyah Al Anmari r.a,bahwa Nabi SAW bersabda yang maksudnya lebih kurang begini :
"3 perkara yang aku bersumpah ke atasnya dan aku ceritakan kepada kamu.
-Bahawa tidak akan berkurangan harta benda dengan sebab bersedekah.

Ustaz menerangkan dengan bersedekah kita akan mendapat keberkatan dalam hidup berkeluarga.Di sini ustaz memberi saranan supaya kita kerap berdoa kepada Allah SWT agar kita di kurniakan rezeki dan dapat bersedekah dan di jauhkan dari sifat kedekut..

Dalam kitab Al-Hisnul Haseen yang di karang oleh Imam Ibn al-Jazari,Ustaz Hj Hambali ada mengesyorkan satu amalan di mana agar kita membaca:

SubhanaLlahiwabihamdihi, SubhanaLlah hilazim,Astaghfirullah sebanyak 100 kali antara azan dan iqamat solat subuh/antara sebelum matahari naik selepas solat subuh.

Fadhilat/Kelebihan amalan di atas : Memurahkan dan memudahkan rezeki pengamalnya.

-Bahawa apabila orang yang kena zalim itu bersabar,maka Allah SWT akan tambah kemuliaan kepadanya.

Ustaz mengisahkan perumpamaan bagaimana suatu hari seorang hamba Allah A telah di langgar keretanya dari belakang oleh hamba Allah B ketika berhenti menunggu lampu isyarat bertukar dari merah menjadi hijau.Si B yang melanggar dari arah belakang,entah apa alasannya terus sahaja memarahi si A.Bukan sahaja di marahi,Si B terus sahaja memaki hamun si A dengan kata kata yang tidak enak di dengar.Si A yang tahu dirinya tidak bersalah dengan rendah diri dan tidak menunjukkan sebarang reaksi walau di marah dan di maki terus sahaja meminta maaf kepada si B dengan kejadian yang berlaku.

Tamat sahaja peristiwa tersebut,si A pun terus sahaja ke bengkel untuk membaiki keretanya yang rosak akibat kemalangan berkenaan.Dalam masa yang sama,si A memberitahu pihak pejabat tempat dia bekerja tentang kelewatannya masuk kerja pada hari tersebut.Setelah selesai kerja membaiki keretanya di bengkel,si A terus sahaja pergi ke tempat kerjanya kerana pada hari tersebut, si A yang merupakan seorang penjawat awam perlu membuat sessi temubual kepada calon calon yang memohon untuk mendapatkan rumah.

Tiba di pejabat,setelah menemubual beberapa calon,tibalah giliran calon berikutnya.Tidak semena mena yang masuk ke dalam bilik untuk di temubual oleh si A adalah si B,orang yang telah melanggar keretanya sebelum ini dan orang yang telah memarahi dan memakinyanya tanpa usul periksa itu.Si B yang telah masuk ke dalam bilik berkenaan bila terpandang sahaja muka si A terus sahaja berubah wajah.Seperti tidak percaya dengan apa yang di lihatnya,si B seolah olah serba tak kena dengan situasi berkenaan.Namun si A dengan muka penuh senyuman melayan si B seperti tidak pernah berlaku sebarang peristiwa buruk antara mereka sebelum ini.Borang permohonan si B di teliti seperti mana calon calon lain dan si A mengatakan bahawa sekiranya si B layak dan memang Allah menetapkan rezeki si B,maka rumah yang di pohon ada kebarangkalian besar si B akan memperolehinya.

Si A walau dalam keadaan mempunyai kuasa dan kesempatan untuk membalas dendam atau membuat tindakan bagi membalas tindakan si B sebelum ini,tetap bersabar dan melakukan tanggungjawabnya yang sebenar.Maka kesan dari itu,si B (sekiranya dia seorang yang normal) tadi tentu akan melihat si A sebagai orang yang mulia,sabar dan penuh dengan ketakwaan.

-Dan tidaklah seorang hamba yang suka meminta minta kecuali Allah akan membuka pintu kefakiran bagi dirinya.

Dikisahkan oleh Ustaz,bahawa sahabat r.a yang faham dengan hadith ini,apabila mereka menaiki binatang dan di takdirkan cemeti mereka terjatuh ke tanah,mereka akan turun sendiri untuk mendapatkan semula cemeti tersebut walaupun ketika itu mereka mempunyai hamba sahya yang boleh di arah bila bila masa.

Di kisahkan juga bagaimana Khalifah Harun ar Rasyid (khalifah abassiyah) yang juga merupakan wali Allah suatu masa apabila sedang tidur sambil di kipas oleh dayang dayang istana tiba tiba mendapati salah seorang dayangnya tertidur akibat keletihan mengipas baginda.Lalu baginda apabila sedar dari tidur,baginda mengipas dayang yang sedang tidur tadi dengan kipas yang sama.Tiba tiba dayang yang tertidur tadi tersedar dari tidur,terus sahaja meminta maaf kepada Khalifah Harun ar Rasyid.Namun Khalifah Harun ar Rasyid mengatakan,'Sekiranya aku suka ketika aku tidur sambil di kipasi oleh kamui,aku yakin kamu juga suka di perlakukan seperti itu juga'

Di kisahkan juga dalam kisah yang lain,suatu ketika Khalifah Harun ar Rasyid tersedar dari tidur dalam keadaan tekak yang begitu dahagakan air.Dalam senyap senyap Khalifah Harun ar Rasyid,walaupun seorang Raja yang berpengaruh besar,pergi sendiri ke dapur istana untuk mengambil air dan meminumnya di sana.

Satu kisah di zaman Nabi SAW,di mana seorang sahabat bernama Hakim bin Hizam r.a datang kepada Nabi SAW meminta sesuatu kepada Baginda,dan Baginda memberinya sesuatu.Perkara ini berulang sebanyak 3 kali dan selepas kali ketiga Nabi SAW menasihati Hakim bin Hizam ra supaya memintalah pada Allah SWT.Dengar sahaja nasihat Nabi SAW,Hakim bin Hizam r.a terus berkata bahawa dia tidak akan meminta kepada seorangpun selepas ini sehingga dia meninggal dunia.

Benar seperti apa yang di ucapkan,pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar,Amirul Mukminin telah menawarkan harta Baitul Mal kepada Hakim bin Hizam r.a tetapi telah ditolak oleh sahabat berkenaan.Begitu juga di zaman pemerintahan Saidina Umar al Khatab,Hakim bin Hizam r.a tetap menolak pemberian harta oleh Amirul Mukminin.Namun akhirnya,di zaman pemerintahan Saidina Uthman,Hakim bin Hizam r.a menjadi seorang yang kaya.

Moga perkongsian di atas dapat memberi manafaat kepada semua.InsyaAllah.......

(nota : font biru bertulisan condong adalah maksud hadith sementara tulisan di antaranya adalah penerangan ustaz tentang maksud hadith)

Wednesday, June 2, 2010

:: Edisi Khas - Selamat Pengantin Baru ::

cincin sebagai lambang tautan kasih dalam perkhawinan.

Selamat Pengantin Baru kepada adik bongsu saya, S Norazura binti Salikon dengan pasangannya Mohamed Ackiel bin Mohamed Ali.Mereka selamat diijabkabulkan pada Jumaat 28 Mei 2010 lalu di Masjid Jamek Batu 15 Ayer Hitam,Muar,Johor oleh Al Fadhil Ustaz Aman.Barakallahu lakuma, wa barik alaikuma, wa jama’a bainakuma fil khair. Saya dan isteri bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih sebagai wakil keluarga Tn Hj Subari kepada semua yang terlibat sehingga semua urusan berjalan dengan selamat dan meriah sekali.

Menambah meriah suasana majlis Aqad pada hari tersebut dengan kehadiran saudara terdekat baik dari sebelah Abah dan juga dari sebelah arwah Emak,tidak lupa juga keluarga ipar saya yang datang dari Bandar Baru Bangi dan juga jiran tetangga.

Dari pihak pengantin lelaki,rombongan telah membawa bersama sama mereka Maulana Shaykh Afeefuddin Al-Jailani dan keluarga beliau.Selain itu,rombongan pihak lelaki juga di iringi dengan Ibu Bapa pengantin dan juga keluarga terdekat mereka.

Majlis Aqad selesai dengan lancarnya dan di tambah keberkatan dengan di iringi dengan doa dari tetamu kehormat pada hari tersebut iaitu Maulana Shaykh Afeefuddin Al-Jailani.Moga majlis berkenaan dicucuri RahmatNya.InsyaAllah.

Setelah selesai majlis Aqad,rombongan dari pihak lelaki telah kami alukan ke rumah kami,di Kampung Parit Haji Zain,Ayer Hitam Muar Johor untuk menjamu selera.

Berfoto bersama Maulana Shaykh Afeefuddin Al-Jailani di rumah Abah.Di dalam gambar adalah keluarga ipar saya dari Bandar Baru Bangi,Isteri dan anak-anak saya.

Semoga Allah swt memberkati kedua-dua mempelai dan memberkati kesemua umat Muhammad SAW yang ikhlas dan bersungguh berusaha membina rumahtangga dan keluarga Islam yang sejati. Kasih Sayang Dalam Keluarga dan Dakwah adalah asas penting dalam membina mahligai rumahtangga. Bergitu juga berkahwin dalam usia muda memerlukan sedikit sebanyak pengkongsian pengalaman untuk sedikit sebanyak membantu kita melayari kehidupan baru yang sudah tentu berbeza dengan alam remaja atau bujang. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina oleh pasangan pengantin baru Ackiel dan Azura akan menjadi salah sebuah rumahtangga contoh ke arah Membina Generasi Harapan, insyaAllah.

“Wahai Tuhan kami, kurniakan untuk kami dari kalangan pasangan-pasangan kami dan zuriat kami, sebagai penyejuk mata. Dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan). Ameen.
Apabila Allah swt mengutuskan rasul, Dia menyediakan baginya isteri yang mendokongnya dalam menjalankan tugas Dakwah, seperti kata Khadijah ra, “Demi Allah! Allah sekali-kali tidak mensia-siakan kamu!!” .Dari sini, Allah swt menggambarkan kehidupan berumahtangga dengan suatu pengertian yang tinggi, firmanNya bermaksud, “Dan diantara tanda-tanda (keterangan dan kekuasaanNya), Dia menciptakan untuk kamu dan (jenis) kamu isteri-isteri agar kamu tenang kepadanya. Dan dia menjadikan diantara kamu cinta dan kasih. Sungguh dalam yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Ruum:21). Ayat di atas menyatakan bahawa tujuan perkahwinan adalah menubuhkan satu struktur keluarga yang stabil dan berterusan. Islam menolak matlamat perkahwinan hanya untuk memuaskan nafsu atau fizikal semata-mata. Bahkan diantara tujuannya ialah mewariskan Jalan yang panjang ini kepada generasi seterusnya. Anak mewarisi bapa dan ibu. Anak berkongsi risalah Dakwah ini bersama ibu bapanya. “(Ya Allah) kurniakanlah untukku wali dari sisiMu, mewarisi aku dan mewarisi dari keluarga Yakub ..” (surah Maryam:5). “Dan apabila Ibrahim bersama Ismail mengangkat asas dari Kaabah (dan berdoa) ya Allah terimalah (usaha) dari kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqarah:133). Oleh itu wasiat ayah kepada anaknya adalah agar si anak terus menyambung Jalan (Perjuangan)nya selepas ketiadaannya. Firman Allah swt, “Tidakkah kamu menyaksikan apabila Yakub hampir meninggal dunia, ketika (itu) dia berkata kepada anak-anaknya apakah yang akan kamu sembah selepas (kematian)ku. mereka berkata,’Kami menyembah Tuhanmu, Tuhan ayahmu Ibrahim, Ismail, Ishak, Tuhan Yang Satu, kepadaNya kami menyerahkan diri” (Al-Baqarah). (petikan dari blog Ustaz Abdul Halim Abdullah )