Friday, December 31, 2010

:: Selamat Tahun Baru 2011 ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Masih ingat tak dulu-dulu masa kita kecil,kita kerap bermain dengan 'bayang-bayang tangan'.Seingat saya itulah antara permainan saya ketika membuang bosan kala bekalan tenaga eletrik yang masih tidak stabil dan kerap terganggu ketika pertengahan 80-an.Mungkin sekarang rumah yang dilimpahi cahaya lampu kalimantang atau 'downlight' agak sukar mempraktikkan permainan seperti ini.
Bayang bayang yang membentuk arnab...

Pernah sekali saya cuba berkongsikan pengalaman dengan anak-anak saya dengan permainan 'bayang-bayang tangan' ini.Saya gelapkan ruang bilik tidur mereka,lalu saya nyalakan lampu suluh dari handphone saya.Saya halakan cahaya lampu suluh itu ke tangan saya lalu jadilah bayang-bayang hitam di muka dinding.Mula-mula mereka agak sedikit terkejut.Saya jauhkan cahaya lampu,maka bayang-bayang tangan tadi semakin mengecil.Bila saya dekatkan cahaya lampu ke tangan saya pula,bayang-bayang tangan saya menjadi besar.Anak-anak saya mula berasa seronok setelah saya ulang perbuatan saya itu 2-3 kali.

Cahaya menjauhi objek -> bayang-bayang menjadi kecil.

Cahaya mendekati objek -> bayang-bayang menjadi besar.

Bila saya melihat mereka sudah mulai seronok,saya tukar formasi tangan kepada beberapa 'objek' yang lain.Lalu saya bentuk tangan saya agar bayang-bayangnya kelihatan seperti rama-rama.Saya tunjukkan lagi kepada mereka beberapa lagi objek lain,ternyata mereka seronok dengan permainan itu.Bila saya membuat objek kepala serigala,berlarian mereka di sekeliling ruang bilik bila bayang-bayang itu mengejar mereka.Namun bila saya membuat bayang-bayang rama-rama yang sekejap mengecil dan sekejap membesar,habis bayang-bayang itu pula dikejar kembali,mereka ingin menangkapnya.

Apakan daya mereka,apabila saya sorokkan tangan saya dari terkena cahaya lampu,maka hilanglah 'rama-rama' berkenaan.Sebaliknya,anak-anak saya pula yang merengek mencari-cari 'rama-rama' tadi.Untuk tidak mengecewakan mereka,saya membuat kemunculan 'rama-rama' terakhir untuk malam itu.Saya biarkan sahaja 'rama-rama' itu statik di muka dinding.Dapatlah mereka menangkap 'rama-rama' tersebut tapi hakikatnya mereka tidak dapat menggenggamnya.Tatkala itu,saya terangkan pada anak-anak saya bahawa 'rama- rama' di muka dinding itu hanyalah bayang-bayang sahaja,tangan yang bergerak-gerak di depan cahaya inilah 'objek' asalnya.Bila tangan ini membentuk seperti rama-rama,begitulah bayang-bayangnya.Bila tangan ini membentuk seperti kepala serigala,begitulah juga bayang-bayangnya.Seperti faham apa yang saya cuba sampaikan,serentak dengan itu,anak saya yang sulong terus sahaja menangkap tangan saya.

Apa yang berlaku????

Dapatlah dia menangkap dan menggenggam 'rama-rama' berkenaan tetapi masih tetap dalam bentuk bayang-bayang di muka dinding.Namun terpancar juga cahaya kegembiraan di wajah mereka dalam kesamaran cahaya lampu suluh handphone saya...

Baru-baru ini....

Tafsir Al-Munir Juz `Amma.

Ustaz Nor Azman dalam kuliah tafsir Al Munir ( Juz 'Amma) di Masjid Bandar Baru Senawang ketika membicarakan Tafsir Surah Al-'Aadiyaat ayat 9~11 ada memperkatakan tentang manusia yang tabiatnya suka mengejar bayang-bayang.
Al ~Aadiyat : 9~11

Kejar bayang-bayang?

Ya,itulah hakikatnya.Biasanya bayang-bayang yang suka dikejar oleh manusia itu pula kebanyakkannya adalah kesedapan dunia.Contohnya,manusia kadang-kadang berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar dan mencari kekayaan harta dunia.Bila harta dan kekayaan di dunia sudah terkumpul,pada pikiran dan tanggapan mereka,mereka dapat menukar ganti harta dunia tersebut dengan kesedapan atau kenikmatan sesuatu perkara.Contohnya kenikmatan memakan makanan yang lazat-lazat yang harga makanan itu pula mungkin tidak terbayar oleh orang biasa.
Sepotong Red Velvet seenak ini,berapakah tukaran wang
yang perlu di bayar agaknya untuk menikmatinya.
Saya juga teruja dan mempunyai keinginan
untuk merasai kenikmatannya.
Nikmat dari melihat...

Nikmat makan memang kadangkala mempunyai daya tarikan yang tersendiri.Siapa pun pasti tergiur melihat makanan yang sedap dan enak seperti Kek Red Velvet di atas.Tambahan pula,makan itu mempunyai nama dan daya tarikan yang unik,di masak pula oleh pakar tukang masak.Makanan itu pula dihidang dan dihias agar nampak lebih menarik dan terserlah.Lalu makananitu di jamu pada tetamu disebuah majlis yang amat prestij.Tentu sahaja makanan itu tampak begitu menarik perhatian.

Nikmat dari menghidu...

Bila makanan itu terhidang di hadapan kita,kita pasti akan terhidu akan aroma kesedapannya.Bau yang meresap masuk ke dalam hidung memberi input kepada otak dan otak menafsirkannya sebagai satu kenikmatan yang tidak dapat ditafsirkan.

Nikmat merasa...

Lalu dengan tidak berlengah lagi,makanan itu pun mula dijamah perlahan-lahan untuk menikmati segala keenakkan bahan resepi yang ada di dalamnya.Lidah memainkan peranan penting.Sel-sel rasa pada permukaan lidah terus saja merangsang otak bagi menafsirkan keenakkan makanan tersebut.'Marvelous!!' kata orang muda-muda sekarang.

Nikmat menelan...

Apabila makanan sudah dikunyah perlahan-lahan dan dinikmati,maka dengan penuh perasaan yang tidak terhingga,makanan tadi ditelan dengan penuh kenikmatan yang masih dirasa bersisa di dalam mulut.Alangkah indahnya menikmati hidangan makanan yang sebegitu.

Sampai manakah nikmat tersebut??

Bila makanan sudah memasuki tekak,masih terasakah kenikmatannya di sana?
Bila makanan sudah memasuki perut,masih bersisakah kenikmatannya?

Sudah tentu tidak.Kenikmatan dan kesedapan makanan tadi hanya sampai ke pangkal tekak sahaja.Selepas itu makan tadi sudah tidak mempunyai rasa lagi bila melalui organ-organ lain.

Itulah hakikatnya...

Sebenarnya keenakan,kenikmatan di dunia ini hanyalah sementara dan umpama bayang-bayang.Bila hilang cahaya hilanglah bayang-bayang begitulah juga kenikmatan dunia.Bila mati anak adam,maka hilanglah segala kesedapan dan kenikmatan dunia.

Lantas,apa yang dikejar dan mampu kekal?

Sesungguhnya dalam kehidupan ini,kehidupan di Alam Akhiratlah yang akan kekal selama-lamanya.Dan kita jugalah yang akan menjadi peghuninya di sana nanti.Kejarlah di dunia ini dengan mencari bekal secukup-cukupnya untuk dibawa ke sana kelak,agar kita mendapat kenikmatan yang sebenarnya di Syurga Allah nanti.

Selamat Tahun Baru Bekerja/Bersekolah untuk sessi 2011.Moga ada kebaikan yang bisa kita raih nanti.Kuatkan semangat dengan menekadkan azam,merealisasikannya dengan usaha yang berlipat ganda dan merendahkan diri segala kemampuan kita dengan banyak berdoa kepada Rabbul Jalil.

Wak.
31 Disember 2010M.
Taman Desa Ixora,
Senawang,Negeri Sembilan.

Saturday, December 25, 2010

:: Edisi Mesra Alam ::

(...artikel ini mula di tulis pada 8 Nov 2010)

Jom!! Mesra alam!!


Musim kenduri kahwin datang lagi.Begitulah kalau sudah hampir dengan cuti persekolahan.Masing masing berlumba-lumba menempah tarikh yang paling sesuai untuk melangsungkan hari yang cukup bersejarah ini,terutamanya bagi pasangan pengantin baru.

Beberapa hari lepas,Kapten (B) A baru sahaja menyempurnakan majlis walimah bagi anak lelakinya,yang juga seorang pegawai tentera berpangkat Kapten.Sungguh meriah,almaklumlah istiadat perkhawinan tentera memang agak unik.Siap dengan kawad pedang dan tiupan Scotland Pipe.

Sebelum itu...

Sudah menjadi kebiasaan di dalam taman tempat saya tinggal,bila ada sahaja majlis walimah,tuan rumah akan mengiklankan majlis mereka di white board surau.Kadangkala sehingga 3,4 majlis dalam satu minggu,maka penuhlah ruangan di white board berkenaan.

Meriah!!!

Tidak ketinggalan bagi Kapten A,sesudah beliau mengiklankan majlis yang akan di langsungkan,beliau sendiri juga menjemput saya sekeluarga untuk sama sama memeriahkan majlis belaiu.Oleh kerana ada 2 tradisi di dalam taman saya,saya bertanyakan kepada beliau samada majlis berkenaan dilaksanakan secara catering ataupun berkampung (baca : rewang).Dengan wajah yang sentiasa dalam senyuman,Kapten A menjawab soalan saya dengan menjemput untuk sama-sama rewang majlis beliau bermula selepas solat Jumaat.

"Nasi beriani,chef orang batu pahat,tapi orang sini kenalah sedia pisau untuk potong-potong," terang beliau sebelum kami berpisah malam itu.

Petang Jumaat saya tiba di surau untuk solat Asar seperti biasa.Bau aroma masakan sudah menyapa hidung.Saya tiba untuk rewang lewat sedikit petang itu kerana menyelesaikan urusan keluarga di Melaka pada sebelah paginya.Usai solat asar,saya terus sahaja menukar persalinan kepada pakaian rewang.Tempat yang di tuju adalah dapur surau kami,yang juga berada di belakang rumah Kapten A.Kelihatan jemaah yang lain sedang menikmati juadah minum petang,mereka lebih awal datang rewang daripada saya.Juga team chef dari Batu Pahat sudah mula menggoreng ayam di sisi dapur.Di kejauhan nampak Kapten A sedang sibuk dengan membuat panggilan telefon.

Saya mendekati Kapten A sambil memohon maaf di atas kelambatan tiba ditempat rewang.Tika itu baru saya tahu yang Kapten A sedang sibuk mencari di mana boleh mendapatkan kayu api.Kepala saya memutar ligat,sambil mengikut dari belakang Kapten A menuju kehadapan rumahnya.Rupanya Kapten A mahu melihat rimbunan pokok pelam yang sudah mennyembah bumi,tapi sayang kayunya masih basah dan tidak sesuai untuk dijadikan kayu api.Lalu berpatah semula ke dapur tempat memasak dan disapa oleh salah seseorang mengatakan yang ada sahabatnya sanggup memberi pinjam kayu api yang digunakannya untuk membakar lemang.Lantas saya dengan segera membonceng Kapten A menuju ke tempat pembakaran lemang tidak jauh dari surau.Ternyata memang ada longgokan kayu api ditepi pelangai,tapi sayang ianya masih lagi ala-ala kayu balak.

Entah bagaimana,kepala saya teringatkan Abang U,jiran rumah saya.Beberapa hari sebelum itu,ketika berkampung di rumah Abang Z,Abang U ada mengatakan yang kayu api baki dari majlis anaknya tempoh hari masih banyak dan masih boleh digunakan.Apa lagi kami terus sahaja ke situ.Alhamdulillah memang rezeki Kapten A,Abang U sanggup menjual kayu apinya itu.Apa lagi,kami membawa sebuah lori 1 tan dari surau terus memunggah kayu api ke dalam lori untuk dibawa pulang ke surau.Selesai 1 masalah.Dapat juga Beriyani Batu Pahat di tanak di atas kayu api.

....aroma nasi beriyani Batu Pahat
memang mempunyai 'KICK' yang tersendiri
dan mampu memberi 'pukulan maut'.
(sekadar gambar hiasan)
Hari Majlis.

Tiba hari majlis,yang merupakan acara kemuncak kepada segala persiapan yang telah di jalankan dan dirancangkan sebelumnya.Tatkala tetamu datang berpusu-pusu,yang penting ketika itu adalah memastikan semua hadirin dapat menjamu selera tanpa sebarang halangan yang tidak di kehendaki (contohnya : lauk habis dipertengahan jalan).Memanglah tugas yang amat berat,lagi-lagi tuan rumah sibuk di halaman melayan tetamu yang baru datang dan yang hendak pulang.Dan yang memainkan peranan penting ketika itu adalah ahli rewang yang diberi tanggungjawab tertentu. (contohnya : penjaga air dan lauk-pauk).Tanpa mereka sudah pasti perjalanan sambutan Majlis Perkhawinan pasti akan tidak berjalan dengan lancar.

Mana datangnya ahli rewang?

Dalam situasi Kapten A,kebanyakkan ahli rewang adalah jemaah surau dan anak-anak mereka.Saya lihat ahli rewang yang terdiri dari jemaah surau itu memang bertungkus lumus memastikan segala perjalanan majlis berjalan lancar.Lauk-pauk dan termos nasi yang mula berkurang di tambah segera,pinggan dan cawan sentiasa tersedia di atas meja malah di dapur team membasuh dan mengelap pinggan mangkuk turut berkerja-keras.Suasana ini berterusan sehinggalah majlis selesai kira-kira jam 5 petang.Alhamdulillah.

Budaya rewang,sehinggalah generasi
bilakah ia mampu bertahan??
(sekadar gambar hiasan)
Suatu ketika dahulu.

Teringat suatu ketika dahulu sewaktu Kapten A baru sahaja berpindah ke taman kami,Haji F yang merupakan jiran terdekat Kapten A ada berkata,"Orang lain dok sibuk mencari rumah jauh dari surau,tapi tengok Kapten A,rumah yang dekat dengan suraulah yang dia cari." Alhamdulillah,Kapten A memang salah seorang jemaah yang aktif di surau taman kami walaupun baru sahaja menghuni di taman tersebut dan beliau juga amat ramah bertegur sapa dengan kami semua.Secara tidak langsung sifat itu membuatkan jemaah yang lain mudah mesra dengan beliau.

"Dahlah dapat umah dekat dengan surau,jalan kaki je dah sampai.
Dapat pulak jiran-jiran yang baik dan suka membantu,senang je hati di tempat baru.
Bila buat majlis,ramai pula jemaah surau yang sedia membantu,jimat duit belanja.
(bayang dan kira sahajalah kalau majlis yang dibuat menggunakan khidmat catering dan bandingkan pula dengan majlis yang di buat secara gotong-royong)"
.
.
.
.
.
.
.
Dan banyak lagi hikmah dan kebaikan yang boleh didapati jika kita membuat dan mengukuhkan tali silaturahim sesama kita.

Masjid/Surau di tempat kita juga tidak
mustahil boleh seramai ini jemaahnya...

Tak nak rebut ke??

Jom le joint jadi ahli masjid/surau....

Wak,
24 Disember 2010.
Taman Desa Ixora,
Senawang N9.

Friday, December 24, 2010

:: Kutiplah yang berterabur ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Anak-anak saya bila tiba waktu makan,memang mudah diajak walau macamana sibuk mereka bermain sekalipun.Tapi akibat aura bermain itu masih ada bersisa,kadangkala bila tiba di atas tempat makan,akibatnya anak-anak saya menjamu makanan sambil bermain-main.Ada adegan usik-mengusik disamping mulut pula becok berceloteh.Akibatnya,habis berterabur nasi disekeliling bekas makanan.Kerap juga saya tegur,namun setiap kali makan,setiap kali itu juga pasti akan ada butir nasi yang berterabur dan yang paling mengusik jiwa saya sebenarnya adalah mereka membiarkan sahaja butir nasi itu tanpa mengutipnya kembali.
Dalam semangkuk nasi,kita tidak tahu
butiran nasi yang manakah yang mendatangkan barokah.

Suatu hari,tanpa dirancang,saya membawa balik beberapa artikel tentang banjir yang baru melanda Pakistan beberapa bulan yang lepas.Ketika saya membacanya di ruang tamu,mereka juga sibuk ingin melihat apa yang sedang saya baca.

Lalu terjadilah perbualan seperti di bawah.

Abdul Hadi : Bapak baca apa tu?
Saya : Adik nak tengok ke gambar banjir.
Abdul Hadi : Nak,nak.Tapi,banjir tu apa bapak?
Saya : Banjir tu air dalam sungai naik sampai atas jalanraya lepas tu masuk dalam rumah.
Abdul Hadi : ………………..
Saya : Adik nak tau tak apa jadi bila banjir?
Abdul Hadi : ………………….. (sambil membelek kertas yang saya baca)
Saya : Bila banjir,sebab air dah masuk rumah,semua barang jadik rosak.
Abdul Hadi : ……… (masih lagi membelek kertas dan gambar yang ada)
Saya : Bila barang dah rosak,makanan pun rosak jugak.Kesian orang yang duduk dalam banjir,nak makan nasi pun susah.Nak dapat air yang bersih pun susah.Tengok gambar dalam banjir tu,air pun coklet je warnanya kan.Kesian tak?
Abdul Hadi : Kesian,kesian,kesian… (sambil mengayakan mukanya mengikut karektor Upin dan Ipin)
Saya : ………..(umpan sudah mengena)

Sejak dari itu,bila tiba waktu makan dan apabila saya dapati mereka makan berterabur,saya akan ulangi dialog di atas,”Kesian orang kat Pakistan tu kan anak-anak bapak,susah nak dapat makanan,”dan serentak dari itu anak-anak saya terus sahaja mengutip butir nasi yang berterabur dikeliling bekas makanan mereka.

Begitulah,hati manusia memang mudah terkesan bila melihat sesuatu kejadian terutamanya yang melibatkan alam sekeliling.

Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal (KLIK di sini) :
"Berdamping dengan alam lebih bahagia berbanding berdamping dengan bangunan pencakar langit. Bangunan dibuat oleh manusia,manakala alam pula dibuat oleh Allah secara langsung dengan 'sentuhan'-Nya. Semakin 'dekat' dengan Allah, semakin bahagialah jiwa."

Bagaimana pula dengan diri saya sendiri?

Saya sendiri mengakui kerap memberi komplen bila menerima sesuatu yang tidak memuaskan hati.Pada masa yang lain pula kerap tidak mensyukuri bila mendapat nikmat pemberian Allah yang dianugerahkan secara percuma.

Mengapa agaknya?

Pernah saya mendengar satu kuliah yang di sampaikan oleh seorang ustaz yang membicarakan tentang keyakinan manusia pada dunia melebihi keyakinan mereka terhadap akhirat.Ini mengakibatkan golongan manusia seperti ini berusaha bersungguh-sungguh pada urusan dunia tanpa diseimbangi dengan usaha yang sama untuk urusan akhirat.Maka tidak pelik jika ditanya mengapa mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengumpul harta,mereka mengatakan yang harta tersebut untuk tinggalan kepada ahli keluarga selepas mereka meninggal dunia.

Kematian pemutus segala kesedapan.

Hakikatnya yang kita semua sedia maklum bahawa dunia adalah tempat untuk kita mencari bekal untuk dibawa ke akhirat sana.Inilah yang menjadi batasan dan garis panduan untuk kita dalam kita hidup di muka bumi Allah ini.Rezeki yang ada/diterima,kita mestilah gunakannya sebaik mungkin tanpa ada unsur pembaziran dan pada masa yang sama rezeki itu juga boleh dilorongkan kepada jalan-jalan membantu golongan yang memerlukan.

Ingatlah,segala harta yang kita belanjakan akan
dihisab/ditanya/diperinci/diaudit di akhirat kelak.

Bukankah anak-anak yang kita tinggalkan di dunia boleh berusaha untuk mencari rezeki.Malah lebih dari itu,bukankah Allah SWT Tuhan Yang Maha Pengasih lgi Maha Pemurah yang Memberi rezeki kepada kita semua hambaNya?

Yakinlah!!

Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang,N9.

Thursday, December 23, 2010

:: Banyak vs Sikit ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Alhamdulillah,segala puji-pujian bagi Allah SWT yang menganugerahkan nikmat Iman dan Islam kepada kita semua.

Pada tanggal 18 Disember 2010 yang lalu,anak-anak dan cucu-cucu kepada Allahyarhamah Hajah Rianah bte Bakri telah bergotong-royong beramai-ramai untuk majlis kenduri dan tahlil arwah untuk bonda dan nenda tercinta.Maka secara tidak langsung berkumpullah kami beramai-ramai ahli keluarga nenak di rumah pusaka nenek untuk kali pertamanya tanpa nenda tercinta disisi.

Acara gotong-royong bermula dari pagi hari untuk menyediakan persiapan bahan masakan.Kemuncak majlis yang merupakan majlis bacaan Yaasin dan Tahlil dilakukan selepas sahaja solat Isya` dan telah dihadiri oleh seluruh penduduk Kampung Parit Haji Zain.Sebelum solat Isya`,kami ahli keluarga menjamu selera terlebih dahulu sebelum tetamu tiba,satu kelainan dari kebiasaan.Biasanya ahli keluarga kami akan menjamu selera selepas sahaja jemaah yang hadir pulang setelah selesai kenduri.

Maka bermulalah pengajaran demi pengajaran yang cukup bermakna kepada saya ketika itu.

Sedikit juga nikmat.

Oleh kerana senggang masa antara waktu Maghrib dan Isya’ yang amat singkat,jamuan untuk ahli keluarga dihidang di dalam talam,nasi dan lauk diletak sekali (ala-ala nasi ambeng).Ahli keluarga perempuan makan bersama antara mereka manakala ahli keluarga lelaki pula mendominasi ruang tamu hadapan.Saya pula memilih untuk makan setalam dengan sepupu yang rata-ratanya masih lagi bersekolah.Mereka cukup berselera makan pada malam tersebut.Sambil makan,saya 'mendulang' anak saya yang kecil di atas riba.Nampaknya Abdul Halim,anak saya itu juga begitu berselera menjamah hidangan.Sambil-sambil itu juga saya menyuap sesuap dua nasi ke mulut kerana tergiur dengan menu lauk untuk kenduri malam itu.Sedang asyik menjamu selera,terdengar deruman dua,tiga biji motorsikal mula masuk ke halaman rumah menandakan para tetamu mula hadir.Kami lantas mengemas ruang hadapan untuk memberi ruang para tetamu mengambil tempat duduk mereka,walaupun tika itu talam kami masih lagi berbaki makanan.Saya pula terus sahaja ke ruang dapur untuk menyambung kerja menyiapkan juadah untuk majlis malam itu.(dalam hati sempat terdetik,lepas kenduri nanti boleh sambung makan).

Ahli keluarga di dahulukan.

Alhamdulillah,sekitar jam sepuluh malam,para tetamu telah mula meninggalkan rumah nenek tanda majlis kenduri arwah dan bacaan tahlil telah selesai.Ahli keluarga pula mula bertungkus-lumus mengemas rumah,ada yang mengangkat talam dan bekas minuman ke dapur,ada yang mencuci pinggan manguk dan periuk belanga dan ada pula yang membungkus makanan untuk diagihkan sesama ahli keluarga yang datang.Nyatanya,kerja yang di buat bersama-sama memang cepat selesai.

Selesai sahaja mengemas,ada ahli keluarga yang mula mahu meminta diri.Mereka dibekalkan dengan bungkusan berisi makanan dan serba-sedikit kuih muih sebagai ole-ole.Saya pula duduk di ruang hadapan melepaskan lelah mengemas.Sambil-sambil itu saya membayangkan,sekiranya jamuan untuk ahli keluarga di buat selepas kenduri,mungkin selera makan mereka tidak sama seperti di buat seawal sebelum kenduri.Manakan tidak,kala itu badan yang penat mungkin sahaja menutup selera walaupun lauk yang sesedap hidangan istana.Malam pun sudah makin larut.

Perbandingan dalam kehidupan harian.
Gambar juga boleh menyampaikan mesej.

Namun dalam pada itu pikiran saya berputar sebentar mengimbas kesedapan lauk kenduri yang saya hanya mampu 'cicipi' hanya sesuap dua.Belum puas rasanya merasa juadah masakan yang ada kala itu.Tapi 'cicipan' yang sedikit itulah nikmat,kalau saya 'membaham' habis hidangan yang ada di dalam talam,tentu sahaja dengan perut yang serba kekenyangan bisa membatas pergerakkan,silap haribulan bukan mengah membuat kerja,tapi mengah menghadam makanan.

Maha Suci Allah yang mengkehendaki hambaNya hidup secara bersederhana.Dalam bersedekah pula,ahli keluarga terdekat perlu juga di ambil kira terlebih dahulu.Begitulah moleknya ajaran Islam.Memang banyak hikmahnya.

Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang,N9.

Wednesday, December 22, 2010

:: Pilihan di tangan anda ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Hidup ini memang penuh dengan pilihan.Seorang pengkaji motivasi mengatakan,manusia sekurang-kurangnya membuat 200 atau lebih pilihan dalam sehari.Kalau di fikir sebentar macam tidak percaya kita mampu membuat pilihan sebanyak itu.Tapi itulah hakikatnya.

Pilihan sentiasa berada di depan mata,
tinggal bagaimana cara kita memilihnya sahaja.

Untuk apakah pilihan itu kita buat semuanya?

Sebagai contoh :
Bangun dari tidur sahaja manusia akan mula membuat pilihan.
1) Mahu terus bangun atau
2) Mahu terus sambung tidur.
Bagi yang terus bangun,
1) Mahu terus pergi ke bilik air atau
2) Duduk dulu di atas sofa.
Bagi yang terus ke bilik air,
1) Mahu terus mandi atau
2) Melihat sahaja air yang keluar dari pili air.
Setelah selesai segala persediaan untuk keluar pergi ke tempat kerja,
1) Mahu sarapan nasi lemak atau
2) Roti canai.
Yang telah sampai ke tempat kerja,
1) Mahu terus membuat kerja atau
2) Bersembang dahulu dengan rakan sekerja.

Oleh kerana terlalu banyak pilihan sehinggakan kadang-kala kita tidak tahu ingin membuat pilihan dengan jelas.

Susahnya nak memilih...Tapi memang betulkah susah untuk memilih??

Dalam buku yang bertajuk "Mengapa saya menganut agama Islam"-karangan Fathi Yakan ada menyebutkan "Dalam membuat pilihan sebenarnya diri kita sendiri yang membuat keputusan."

Maka dengan pernyataan di atas,sebenarnya tidak boleh diterima pakai ungkapkan perkataan 'TER' yang memang sudah menjadi kebiasan sebahagian dari kita menuturkannya.Contohnya seperti,TERlanjur membuat maksiat,TERluah rasa marah,TERsepak dan banyak lagi ungkapan TER yang biasa kita gunakan,kerana segala perbuatan itu,kitalah sebenarnya yang memilih untuk berbuat demikian.Dengan kata lain,kita yang memilih untuk MARAH sedangkan kita juga punya pilihan untuk TIDAK MARAH.

Oleh yang demikian,sekiranya kita menjumpai orang yang telah membuat maksiat dan mereka mengatakan maksiat yang mereka lakukan kerana TERLANJUR,maka berilah peringatan kepada mereka dengan penuh hikmah bahawa setiap perlakuan itu diri kita sendirilah yang sebenarnya membuat pilihan sedemikian.

Mengapa manusia berfikir sebegitu?

Biasanya bila kita menyedari yang kita telah melakukan kesalahan/maksiat,kita cepat-cepat mencari alasan untuk melepaskan diri dari dituduh sebagai pelaku salah.Maka bila kesalahan yang dilakukan itu 'dilapik' dengan 'TER' maka seolah-olah ianya dilakukan tanpa sengaja/di luar batas kawalan sipelakunya.

Mengapa pula manusia membuat maksiat tapi cuba melepaskan diri?

Bila dalam diri manusia hilangnya keyakinan pada wujudnya syurga dan neraka,pahala dan dosa,maka golongan ini akan mudah tersasar dari jalan-jalan yang diperuntukkan dalam agama Islam.Bila ini terjadi,maka gejala maksiat kerap berlaku,saban hari dan saban masa.Namun bila ditanya kepada golongan ini,yang peliknya hampir semua dari mereka tidak mahu menjadi golongan yang dimasukkan ke dalam neraka,tapi sayang,pada masa yang sama mereka tidak memilih jalan untuk ke Syurga Allah SWT.

Lantas......Di manakah pula kita?

Wak,
Taman Desa Ixora.
Senawang,N9.

Thursday, December 9, 2010

:: Berputik cinta 7 tahun dahulu... ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT.
Selawat dan salam kepada Junjungan Baginda Nabi Muhammad SAW.

...Dan begitulah aturan dan perancangan Yang Maha Agong,walaupun manusia merancang dan berusaha untuk mencari jodoh,namun Yang Maha Kaya lebih Maha Mengetahui apakah yang terbaik buat hambaNya.

Bunga dan hati kerap dikaitkan
dengan lambang sebuah percintaan.
(sekadar gambar hiasan)

Tanggal 29 November 2003 bersamaan 5 Syawal 1424,saya dengan secara rasmi dan sah menjadi suami kepada Cik Zaiton bte Othman setelelah dinikahkan oleh Imam Masjid Pekan Rengit,Ustaz Saiful di Masjid Kampung Sungai Bagan,Rengit.Berkongsi kegembiraan dan kenangan ketika itu adalah sahabat saya Haji Faizul Hilmy dan pasangannya Cik Zahriah bte Othman yang juga di nikahkan dalam majlis yang sama.Haji Faizul Hilmy merupakan sahabat yang sama-sama belajar di PPKTJ dan kemudiannya sama-sama melanjutkan pelajaran ke Jepun.
29 November setiap tahun menjadi saat
untuk mengenang semula ikatan yang
kami mula bina bersama...

Apa lagi yang lebih menggembirakan sebuah pasangan melainkan hubungan itu dihalalkan dengan akad nikah.Dalam melangkah ke gerbang perkhawinan dalam usia yang baru menjangkau 24 tahun dan isteri masih lagi bergelar seorang siswi,tentulah banyak perkara yang perlu didalami dengan lebih teliti.Ditambah dengan selepas sahaja berkhawin,kami terpaksa duduk berasingan.Itu juga menjadi cabaran besar antara kami.

Namun,siapapun pasangan suami isteri,pasti inginkan kelahiran cahaya mata.Ini sebagai mengeratkan lagi hubungan suami isteri.Begitu juga kami,dengan izin Allah SWT,isteri telah di sahkan mengandung setelah isteri membuat pemeriksaan di sebuah klinik panel syarikat di pekan Yong Peng.Tentunya itu berita yang paling menggembirakan kami dan yang paling meriah adalah sambutan rakan-rakan isteri saya.Manakan tidak,mereka yang rata-ratanya masih lagi bujang mempunyai rakan sekuliah yang sudah berkhawin dan ketika itu pula sudah mengandungkan anak kami yang pertama.Tentunya layanan mereka juga amat istemewa kepada isteri saya,dan ketika itu sayalah yang merasa paling bersyukur kerana merekalah yang menjadi pengganti saya sementara isteri menyudahkan semesternya yang terakhir.

Setelah hampir setahun duduk berasingan,tibalah hari yang ditunggu-tunggu,iaitu Majlis Konvokesyen yang menjadi acara kemuncak menandakan sessi pembelajaran isteri saya tamat dengan rasmi dan sempurna.Ketika majlis tersebut,kandungan sudah semakin membesar dan siapa sangka,anak dalam kandungan telah terlebih dahulu menerima ijazahnya walaupun belum lahir ke dunia.Alhamdulillah.

Kini setelah 7 tahun melayar bahtera perkhawinan,Alhamdulillah kami telah dikurniakan 3 orang putera dan 1 orang puteri.Hidup semakin berseri walaupun kadangkala terselit juga duka yang menjadi rencah kehidupan.
anak-anak sebagai pengikat
hati antara suami dan isteri....

Hakikatnya,begitulah perjalanan perkhawinan,bernikah,mempunyai anak,mempunyai menantu,mempunyai cucu dan seterusnya jika usia mengizinkan mempunyai cicit dan mungkin kita sempat melihat generasi yang ke 4.Pusingan yang semua orang akan dapat merasainya jika di beri kesempatan oleh Allah.

Namun alangkah hambarnya pusingan itu bagi saya jika tidak di selang-selikan dengan sesuatu yang boleh menambah erat hubungan yang sedia terjalin.Hubungan suami isteri seperti juga tumbuhan yang kita tanam,tanahnya perlu digembur dan dibaja serta disirami saban masa.

Selain tuntutan zaman yang memerlukan taraf pendidikan anak pada peringkat yang terbaik,pendidikan kepada isteri juga perlu dititik beratkan secara samarata.Isteri perlu dididik untuk taat segala perintah Allah SWT mengikut cara yang telah diajar oleh Rasulullah SAW.Di dalam rumah pula perlu di hidupkan sunnah sebaik mungkin.Anak-anak diajar dengan adab-adab dan doa-doa tertentu bagi membiasakan mereka dengan amalan beragama.Segala kebaikan yang mereka lakukan perlu diberi pujian sewajarnya.Sebaliknya segala kesilapan perlu ditegur dengan penuh hikmah,bagi mendidik dan menyedarkan mereka tentang kesilapan yang telah mereka lakukan.

Cukupkah dengan itu?

Bapa dan suami pula sebagai ketua rumahtangga perlulah pada masa yang sama kreatif memperuntukkan masa sebaik mungkin.Kadangkala keletah dan permintaan anak memang merimaskan,terutama sekali tatkala kita baru pulang dari kerja.Namun jiwa yang sehalus mereka cepat terguris sekiranya kita culas meladeninya.

Ruang singgang yang ada kadangkala diperuntukkan untuk berehat dan bersantai kadangkala perlu disesak dengan pembacaan buku-buku samada yang berbentuk ilmiah mahupun yang berbentuk santai.Tabiat sebegini secara tidak langsung menjadikan ia ikutan kepada anak-anak.

Sibuk sangatkah kita?

Siapa pun di dunia ini kebanyakkannya memperuntukkan sebahagian besar dari masanya dengan bekerja mencari nafkah demi memberi sesuap nasi kepada ahli keluarga.Semakin besar keluarga semakin besarlah tanggungan dan makin sibuklah kita dalam mencari rezeki.Tentulah suami yang menjadi ketua keluarga mempunyai azam dan menginginkan kesenangan dalam kehidupan.Apalagi yang menggembirakan hati bapa dan suami selain melihat ahli keluarganya hidup senang dan bahgia.

Namun,sejauh manakah kesenangan yang ingin kita kecapi?

Adakah ia di ukur dengan BMW atau MERC atau BANGLO atau BANYAK ASET?

Mari kita renung sejenak kisah di bawah ini.

Kisah di bawah merupakan perbualan di antara seorang pelancong (A) dengan seorang nelayan (B) di tepi sebuah pantai di perkampungan Mexico.
...sekadar gambar hiasan.
A : Banyak dapat ikan hari ni pakcik?
B : Adalah sikit.
A : Musim tak banyak ikan ke?
B : Memang biasanya tangkapan kami memang banyak ni je.
A : Berapa lama biasanya pakcik pergi ke laut?
B : Biasanya tak lama.
A : Kenapa pakcik tak pergi lama sikit ke laut.Manalah tau,untung-untung dapat ikan lebih lagi.
B : Bukanlah kami tak nak tangkap ikan yang banyak,tapi cukuplah apa yang kami tangkap ini untuk keperluan kami sekeluarga.
A : Kalau macam tu,apa yang pakcik buat selepas balik dari laut? Bukankah banyak lagi masa yang ada.
B : Biasanya bila malam saya tidur agak lewat.Tapi sebelum itu saya banyak peruntukkan masa saya bersama keluarga dan jiran-jiran. Tengahari biasanya saya akan tidur sebentar melepaskan lelah.Selepas itu biasanya saya akan bermain dan bergurau senda bersama isteri dan anak-anak.Kadangkala pula saya pergi melawat jiran sambil berborak dan minum petang.Saya rasa hidup saya penuh diisi.
(pelancong itu tiba-tiba memotong percakapan pakcik tersebut)
A : Macam gini pakcik.Saya adalah seorang graduan MBA lulusan Universiti Harvard.Saya rasa pakcik patut mula pergi lebih lama ke laut setiap hari.Nanti pakcik boleh menjual lebihan tangkapan ikan yang pakcik dapat.Dengan itu pakcik akan mendapat lebihan kutipan hasil jualan dan pakcik boleh beli bot yang lebih besar.
Pakcik nelayan itu mula mendengar penerangan pelancong itu dengan teliti.
B : Lepas itu?
A : Bila bot dah semakin besar,pakcik boleh pergi jauh lagi ke tengah laut dan tangkapan ikan akan menjadi semakin banyak.Dengan tangkapan sebegitu,pakcik boleh membeli bot yang kedua,ketiga dan seterusnya sehinggalah jeti ini boleh dipenuhi dengan bot pakcik sahaja.Lebih dari itu,kalau sebelum ini pakcik menjual ikan kepada peraih,mungkin bila bot dan tangkapan ikan pakcik sudah banyak,pakcik boleh jual terus hasil tangkapan ke tempat penjualan dan pasar.Atau pakcik boleh terus sahaja membuka tempat penjualan dan pemprosesan ikan sendiri.Bila sudah sampai ke tahap itu,pakcik boleh memikirkan untuk berpindah ke bandar yang lebih besar seperti Mexico City,Los Angeles atau terus ke New York.Dari sana pakcik boleh mengurus rangkaian bisnes pakcik yang semakin berkembang luas itu.
B : Berapa lama perlu diperuntukkan untuk sampai ke tahap itu?
A : Emmm….mungkin 10,15 tahun.
B : Dan selepas itu?
A : Selepas itu? Wah….pakcik nampak berminat ni.Bila sudah sampai ke tahap itu,perkembangan bisnes akan menjadi lebih menarik. (pelancong itu menjawab sambil ketawa.) Bila bisnes pakcik sudah berkembang besar,pakcik boleh mula membeli dan menjual saham.Tahu tak pakcik,dari situ pakcik akan mendapat keuntungan yang banyak dan pakcik boleh menjadi seorang jutawan.
B : Jutawan…Ye ke? Dan selepas itu?
A : Kalau duit dah cukup banyak,pakcik boleh serahkan sahaja bisnes pakcik itu kepada anak-anak dan pakcik bolehlah bersara dan hidup senang lenang dengan duit hasil titik peluh pakcik sendiri.Jika waktu pakcik berbisnes,pakcik tinggal di bandar yang serba sibuk,waktu bersara,pakcik bolehlah pilih untuk hidup di mana pakcik suka.Mungkin pakcik boleh membeli sebuah rumah di tepi pantai yang damai.Waktu itu pakcik bolehlah menghabiskan masa dengan bersuka ria dengan keluarga.Berehat-rehat dan bersantai bersama isteri dan kawan-kawan.Waktu petang,pakcik boleh duduk berborak dengan mereka sambil minum dan makan petang.Jika pakcik suka,pakcik bolehlah pergi memancing di tepi pantai itu.Ikan yang pakcik dapat nanti,bolehlah pakcik makan bersama ahli keluarga.Bukankah seronok begitu.
B : Anak muda,pakcik cukup kagum dengan idea dan saranan kamu itu.Tapi apa yang dikisahkan pada pengakhiran cerita itu bukankah apa yang saya sedang lakukan sekarang ini? Jadi,apa perlunya saya membazirkan 10,15 tahun untuk mengecap perkara yang sama?

Moral dari cerita :
"Know where you`re going in life,you may already be there!!"

Buat isteriku yang tercinta,
Selamat hari ulangtahun perkhawinan yang ke VII.

Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang,N9.

Wednesday, December 8, 2010

:: HIJRAH itu Menuntut Kesungguhan ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Antara salah satu aspek yang perlu dipertimbangkan secara serius untuk terus berdaya maju dalam kehidupan di dunia yang serba mencabar di zaman ini adalah konsep Muhassabah/Post Mortem dalam hidup.Jika dalam perniagaan,akaun untung rugi adalah antara salah satu dokumen yang akan di nilai untuk muhassabah perjalanan urusniaga sepanjang setahun.Maka dalam kehidupan kita seharian sebagai seorang Hamba Allah begitulah juga sepatutnya.

Sepatutnya yang bagaimana?

Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung.Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi.Barangsiapa yang hari ini dia,lebih teruk dari semalam,maka dia di kalangan orang yang celaka."

...sekadar gambar hiasan.

Persoalannya bagaimanakah kita boleh lebih baik dari semalam?

Salah satunya adalah dengan HIJRAH.

Apa makna HIJRAH?

Imam Ibnu Hajar mengertikan hijrah sebagai :
Dari segi bahasa : Meninggalkan secara mutlak.
Dari segi syara’ : Berpindah dari Negara kafir ke Negara Islam kerana takutkan fitnah.
(Perpindahan Nabi Muhammad SAW dan Ummat Islam dari Mekah ke Madinah.)
Dari segi hakikat : Meninggalkan kejahatan menuju kebaikan.

Apa yang perlu untuk kita HIJRAH?

1.Niat.

Amirul Mukminin Abu Hafsh 'Umar bin Khahtab r.a. berkata,Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat,dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya.Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya,maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya "

2.Kesungguhan.

Daripada Ibn ‘Abbas r.a katanya,Rasulullah SAW bersabda, "Tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, sebaliknya hanya jihad dan kesungguhan.Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah." (Riwayat al-Bukhari 1986M: 3/1025)

3.Meninggalkan yang tidak perlu.

Rasulullah SAW bersabda, "Antara tanda keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan perkara yang tiada kena mengena dengannya."
Penerangan yang lebih lanjut di sini (link)

Kesimpulan.

Manusia yang hakikat kejadiannya bersifat baharu dan tidak kekal,perlulah mempunyai niat,kesungguhan dan hala tuju/sasaran dalam memastikan keberjayaan untuk menjadi penganut Islam yang sejati,bukanlah hanya menjadi penganut Islam yang hanya berstatuskan Islam pada kad pengenalan sahaja.

Sabda Rasulullah SAW, "Muslim yang sejati ialah seorang yang menyelamatkan muslim yang lain dengan lidah dan anggotanya yang lain."

Masihkah kita mahu kekal begini selamanya tanpa berHIJRAH?
Dahulu,Kini dan Selamanya?

HIJRAHlah wahai para sahabatku yang dikasihi sekalian.

"Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432H !!
Kullu Aam wa Antum Bi Khair."

Wak,
Taman Desa Ixora,
Senawang.

Thursday, December 2, 2010

:: Tawadhu' ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Nota kuliah maghrib Ustaz Hj Nor Azman.
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang.
Tarikh : 30 November 2010 (Selasa).

Jihad terbahagi kepada empat :
1. Jihad melawan nafsu.
2. Jihad melawan syaitan.
Antara janji syaitan di hadapan Allah SWT adalah ingin menyesatkan ummat manusia supaya manusia juga mengikut syaitan ke lubang neraka.
Sombong,bongkak,ego...
Takbur,riak dan ujub...
semuanya adalah perangai syaitan.Nauzubillah!

Antara lain juga syaitan memainkan peranan dengan menghias amalan ummat manusia dengan riak,takbur dan ujub.Mungkin ada golongan manusia yang boleh mudah terlepas dengan riak dan takbur,tapi dalam diam-diam terlintas dalam hati manusia itu ketika selepas membuat sesuatu amalan,"orang lain dah tentu tak semua dapat buat amalan seperti aku ini." (baca : ujub) Itulah kerja syaitan.
3. Jihad melawan kafir harbi.
Jihad kategori ini adalah untuk proses menyampaikan syiar Islam kepada orang kafir dan ianya perlulah melalui beberapa peringkat.Agama Islam yang hadirnya sebagai agama (deen) yang 'rahmatan lil 'aalamin' iaitu memberi rahmat kepada seluruh alam.Jadinya atas maksud berkenaanlah,proses penyebaran Islam perlu dibuat secara menyeluruh dan ke segenap pelusuk tempat.Dalam proses itu sekiranya ada kawasan/masyarakat yang tidak mahu menerima ajaran Islam,mereka akan diberi kefahaman terlebih dahulu tentang ajaran Islam.Sekiranya mereka tetap tidak mahu menerima ajaran berkenaan,sampai disatu tahap mereka boleh diperangi dan inilah jihad melawan kafir harbi.
4. Jihad menentang fasik (golongan yang memain-mainkan agama).

Kisah Imam as-Sya`rawi.

Imam As-Sya`rawi merupakan seorang tokoh ulama yang mashur terutama di bumi arab.Beliau terkenal dengan kitab tafsirnya iaitu tafsir As-Sya`rawi.Beliau juga adalah antara salah seorang ulama yang berani menyebut perihal kebenaran walaupun di hadapan pemimpin yang zalim.Pernah diceritakan,beliau memberi peringatan kepada Presiden Mesir,Hosni Mubarrak dengan menepuk dahulu bahu Presiden yang terkenal dengan sifat kediktatorannya itu.Bukan calang-calang orang boleh membuat teguran secara sebegitu.

Disebalik itu,sifat tawadhu yang di tunjukkan oleh Syeikh As-Sya`rawi memang patut di teladani.
....seperti resmi padi,semakin berisi semakin tunduk.
sekadar gambar hiasan.

Kisah Tawadhu` 1.

Antara trademark di dalam Al Azhar adalah kopiah berwarna maroon dan serban berwarna putih.Pernah sekali khabar berita Syeikh As-Sya`rawi disebut-sebut akan menjadi Syeikhul Azhar.Beliau lantas menukar kopiahnya kepada kopiah putih bagi mengelakkan orang umum membuat tanggapan sesuatu kepada dirinya.

Kisah Tawadhu` 2.

Beliau seperti mana ulama-ulama yang lain amat gigih dan aktif memberikan pengisian kuliah di merata tempat.Sekiranya di Malaysia,sesuatu kuliah yang dihadiri sekitar 60~70 orang sudah dikira ramai.Tetapi kuliah yang disampaikan oleh Syeikh As-Sya`rawi biasanya mencecah ribuan orang hadirin yang datang mendengar.Oleh itu apabila kuliah tamat,ramai hadirin yang datang berebut untuk bersalaman dengan beliau.Sekali apabila sudah tamat kuliah,dalam perjalanan pulang Syeikh As-Sya`rawi meminta pemandunya berhenti di sebuah masjid.Pemandunya pun memberhentikan kereta berkenaan dan menunggu Syeikh As-Sya`rawi di dalam kereta.Oleh kerana sudah terlalu lama dan risaukan keadaan Syeikh As-Sya`rawi,pemandunya itu pergi mencari beliau.Akhirnya pemandunya itu menemui Syeikh As-Sya`rawi sedang mencuci tandas di masjid berkenaan.Melihat kejadian itu,pemandunya itu berasa hairan lantas bertanyakan kepada Syeikh As-Sya`rawi. Syeikh As-Sya`rawi menjawab,"sebentar tadi ketika aku selesai menyampaikan kuliah,ramai bertemu dengan ku untuk bersalaman.Aku risau akan terlintas di dalam hatiku rasa riak lalu aku merendahkan diriku di depan Allah SWT dengan mencuci tandas ini."

Subhanallah....

Bagaimana dengan kita?

Wak,
Taman Desa Ixora,Senawang,
Negeri Sembilan.

Wednesday, December 1, 2010

:: Spontan ::

Mungkin perkara yang sekilas/spontan itu jarang kita ambil kira nilai yang ada di sebaliknya....

Situasi 1.

Tarikh : 28 November 2010.

Dalam hujan yang renyai-renyai,tiba-tiba api dapur gas yang sedang bernyala terus sahaja menjadi kecil dan akhirnya padam.Sah tong gas sudah kosong.Oleh kerana ketika itu sudah hampir masuk waktu maghrib,aku lantas terus bersiap untuk ke surau.Oleh kerana masih ada ruang masa,aku merancang untuk singgah ke kedai dahulu untuk mendapatkan tong gas yang baru.Sementara menunggu enjin kereta panas,aku pergi ke pili paip di luar rumah untuk mengambil wudhu.

Sampai di kedai,aku terus memesan satu tong gas besar kepada tuan kedai yang duduk di kaunter yang merupakan seorang kakak berbangsa India.

Aku : Kak,tong gas besar 1.
Tauke : Ok.Nak hantar rumah tak?
Aku : Emm..Tak perlulah,saya dah bawak tong.
Tauke : Periya gas tong wonneeee!!
(...tong gas besar 1!!-jerit kakak tauke kepada pekerjanya yang berada di luar kedai)
Aku : Berapa kak?
Tauke : 25 setengah.
Aku pun menyerahkan RM26 ke kaunter.Lalu kakak berkenaan memulangkan syiling 50 sen kembali kepada aku.Aku segera mahu mengambilnya.
Tauke : Dah ambik sembahyang kan?
(sambil meletakkan baki wang syiling di atas kaunter mungkin untuk mengelakkan tersentuh tanganku)
Aku : Terima kasih kak.
(dan aku pun berlalu pergi)

......aku berlalu namun lintasan hati mengatakan situasi yang spontan sebentar tadi perlu dijadikan iktibar dan dikongsi bersama.

Situasi 2.

Tarikh : 30 November 2010.

Pada awal bulan (baca : hari gaji) antara kawasan/tempat yang menjadi tumpuan ramai orang adalah mesin ATM.Di bank-bank tertentu,ternyata akan kita dapati situasi dimana ramai yang beratur panjang untuk mengeluarkan duit gaji mereka.
....sekadar gambar hiasan

Begitu juga dengan aku,kelmarin setelah beratur panjang dan berjaya mengeluarkan sejumlah wang gaji,aku terus ke Bank Rakyat untuk membayar ansurans bulanan rumah.Sampai sahaja di hadapan Cash Machine,ada seorang pakcik India sedang membuat urusan.Seperti menghadapi masalah,dia mencuba beberapa kali memasuk dan mengeluarkan kepingan duitnya dari tempat meletak wang di dalam mesin berkenaan.Mungkin ada sebab tertentu menyebabkan mesin berkenaan tidak dapat mengesahkan transaksi yang ingin dilakukan.Pada masa yang sama beberapa orang lagi telah mula memanjangkan barisan yang terbentuk dibelakang aku.

Mungkin dengan sifat ingin membantu,seorang lelaki berbangsa India di belakangku menegur pakcik berkenaan.Oleh kerana mereka berbahasa tamil,aku tidak dapat menangkap apakah buah butir perbualan mereka serta apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh pakcik berkenaan.Namun yang pastinya,selepas dari itu,pakcik berkenaan berjaya menyelesaikan urusannya.Sebelum pakcik itu berlalu pergi,dia sempat menoleh kepada saya sambil berkata,"Sorry adik..",mungkin dia menyedari saya menunggu lama dibelakangnya sejak dari tadi.Saya hanya mengangkat tangan sebagai tanda "No Problem."

Tiba giliran saya membuat transaksi.Setelah memasukkan sejumlah wang di dalam mesin,tiba-tiba beberapa keping wang tidak dapat diterima oleh mesin berkenaan.Saya mencuba untuk kali kedua,namun masih tidak berjaya.Untuk kali ketiga,saya sudah tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan wang berbaki yang sepatutnya mencukupkan jumlah bayaran.Mulut terkumat-kamit memohon doa.Tiba-tiba lelaki India yang sama yang membantu pakcik didepan saya sebentar tadi menegur saya,"Cuba kemikkan sikit duit tu dik,duit baru biasalah…" Saya terus sahaja mencuba saranannya.Alhamdulillah menjadi.Setelah saya selesai berurusan,saya mengangkat tangan dan mengucapkan terima kasih kepada lelaki India berkenaan.

Pengajaran :

1. Kadangkala penganut agama lain lebih peka/mempunyai sensitiviti yang lebih dalam situasi tertentu berbanding penganut agama kita sendiri.
Fakta sokongan :
       a. Ketika aku mula-mula sampai di Jepun,aku bertanyakan kepada senior yang menjemput aku di airport samada aku boleh solat atau tidak di dalam airport berkenaan.Senior berkenaan memberikan jawapan yang negatif.Aku bertekad untuk solat juga bersama-sama rakan yang lain selepas itu.Ternyata walaupun beberapa orang pegawai keselamatan airport mundar-mandir di sisi kami,mereka tidak menyapa aktiviti kamu jauh sekali untuk melarang.
       b. Aku membuat Latihan Industri ketika aku belajar di Jepun.Hari pertama aku masuk mendaftar LI,aku nyatakan hasratku kepada pihak kilang supaya memberikan sedikit ruang tempat untuk aku bersolat dan memberi sedikit kelonggaran masa untuk aku bersolat walaupun bukan pada waktu rehat.Alhamdulillah pihak kilang memberikan ruang dan masa kepada aku tanpa mengenakan sebarang syarat apapun.

...senyum sebagai sedekah yang tidak perlu bermodal
sekadar gambar hiasan.

2. Dalam dunia yang serba moden dan maju ini,manusia lebih terjurus kepada hidup dalam ruang lingkup privacy yang tinggi dan seringkali amat kurang mengindahkan perihal orang lain.Namun pada masa yang sama masih ada golongan yang mempunyai sopan-santun dan budaya bertegur-sapa yang terpuji dan patut kita contohi.

Bagaimana pula dengan kita?

Wak,
Taman Desa Ixora,Senawang,
N Sembilan.

Thursday, November 25, 2010

:: Langit tak selamanya biru ::

Bismillah hirrahman nirrahim.
Nun di sana langit kelihatan sungguh membiru,
di bawahnya alunan ombak beralun lesu,
dan isi bumi tabah menadah rezeki dan restu.

Kebelakangan ini antara sedar atau tidak,Negara kita telah dilanda pelbagai bentuk bencana/bala.Samada bencana/bala yang datang secara berterusan mahupun yang datang sekali sekala.

Kes bunuh.

Terlampau banyak kes bunuh yang berlaku di Negara kita.Saban hari di dada akhbar pasti akan ada liputan mengenai kes pembunuhan.Walaupun dengan motif berbeza,namun bila sebut sahaja kes bunuh pasti kematian mangsa adalah amat mengerikan.Dari sekecil-kecil bayi sehinggalah seusia datuk atau nenek,mereka tidak dapat lari dari menjadi mangsa pembunuhan.Itu belum lagi kes-kes yang 'terpencil' dan langsung tidak mendapat liputan.

Kes kemalangan maut.

Sebut sahaja berapa jumlah kematian per hari,samada ketika dipantau seperti pada musim perayaan ataupun pada hari-hari biasa,manusia seperti sudah tidak menghiraukan kenyataan itu malah mereka mengalpakannya begitu sahaja.Saban hari jumlah kenderaan yang berada di atas jalanraya semakin bertambah ganda.Maka dengan kadar sebegitu,kebarangkalian untuk pengguna jalanraya ditimpa kemalangan memang ada.Namun kesedaran tentang perlunya berhati-hati dijalanraya masih terlalu jauh untuk dinilai sebagai mencapai tahap keselamatan.Lampu kuning dianggap tempoh untuk menekan pedal minyak bukan untuk memperlahankan kenderaan malah yang gemar dengan aktiviti 'mencucuk angin' dari belakang kenderaan bukan sikit jumlahnya.Bukankah itu boleh membahayakan keadaan.

Para pemerintah pula seperti tidak sedar yang peripentingnya mereka mengalih pandangan rakyat agar bertukar arah menggunakan kenderaan awam bagi mengurangkan jumlah kenderaan yang berada di jalanraya.Malah sesetengah tempat,sistem pengangkutan awam kita masih jauh dibawah paras mesra pengguna menyebabkan rakyat lebih suka menggunakan kenderaan sendiri.

Renunglah sejenak….

Di Palestin,rakyat mereka ramai yang mati di atas jalan jihad ketika perang menentang Zionis tapi dalam pada masa yang sama rakyat kita ramai yang mati di atas jalanraya.

Banjir.

Samada banjir kilat,banjir musim tengkujuh ataupun banjir disebabkan sistem saliran yang buruk,tanah air tumpah darah kita ini kerap digenangi air.Parasnya sahaja yang berbeza-beza.Di kawasan pantai timur,bagi penduduk di sana,fenomena banjir mungkin sudah menjadi acara tahunan,maka mereka sudah tidak pelik.Bagaimana dengan fenomena 'banjir termenung' yang pernah melanda kawasan Johor beberapa tahun lepas?
Banjir 'termenung' di Seri Medan,Johor.
Keadaan muka bumi yang seperti kawah menyebabkan
air bergenang di kawasan rendah dan tidak kunjung surut.

Baru-baru ini pula,kawasan utara tanah air pula di landa banjir.Kawasan Bandaraya Alor Star menjadi lumpuh akibat banjir berkenaan.Lapangan terbang di genangi air dan terpaksa ditutup untuk sebarang penerbangan.Malah majlis konvokesyen di sebuah Universiti di sana juga terpaksa di tangguhkan dan di pindahkan ke ibu kota di atas masalah yang sama.Perlu diingat,Bandaraya Alor Star adalah kawasan yang jarang sekali di landa banjir.

Pembuangan bayi.

Seolah-olah entah bila akan berakhirnya gejala buruk ini,yang anehnya banyak pihak masih lagi tidak sepakat akan penyebab utama munculnya gejala ini.Walaupun gejala ini mula berombak tinggi di zaman era millennium,namun peningkatan datanya amat menggerunkan.Ada bayi yang di buang dan terus menemui ajalnya dan ada pula bayi yang dibuang dengan harapan ada yang datang mengambilnya.Itu belum termasuk bayi yang dilahirkan di luar nikah.Apakah masih ada harapan pada masa hadapan mereka?

Penagihan dadah.

'Teknologi' penyalahgunaan dadah makin lama makin berkembang.Kalau dahulu hanya terdengar nama jenis dadah seperti candu,ganja,morfin ataupun heroin.Namun sekarang sudah ada ecstasy,phetamine,syabu dan bermacam lagi nama yang pelik,tetapi fungsi dan kesan penggunaannya hanya satu,mendatangkan khayal pada si penggunanya.

Berapakah sebenarnya jumlah masyarakat kita yang telah ketagihan dadah?  1000? 10,000? 1,000,000?
Bukankah tenaga mereka boleh disalurkan ke tempat yang lebih bermanafaat sekiranya mereka tidak terlibat dengan najis dadah.

edar dadah = hukuman gantung = selesai masalah?

Hukumlah bunuh di tali gantung sebanyak kali manapun,hakikatnya jumlah penagih dan pengedar dadah akan sentiasa berubah dan semakin berkembang sehinggalah penguatkuasa benar-benar menjalankan sekatan di mana sumber dadah itu sendiri tidak masuk dan di hasilkan/di proses di tanah air tercinta kita ini.

Penyelewengan harta dan kuasa.

Saya pernah menjadi fasilitator pada 1 kursus motivasi yang di anjurkan oleh sebuah institusi kerajaan suatu ketika dahulu.Di hujung program,saya di beri kejutan kerana dalam tempoh saya mencurah tenaga sebagai fasilitator,sebagai tanda terima kasih sedikit elaun akan di beri kepada saya.Ianya tidak dimaklumkan terlebih dahulu.Namun sebelum saya mendapat elaun berkenaan saya perlulah mengisi 2 jenis borang.Borang berkenaan perlu saya isikan berkenaan dengan maklumat lengkap diri saya dan ebebrapa maklumat lain termasuk nombor akaun bank.

Setelah selesai mengisi borang berkenaan,pegawai yang bertugas sebagai wakil pihak institusi berkenaan memaklumkan kepada saya,proses pembayaran elaun mengambil sedikit masa,kerana perlu mendapat kelulusan banyak pihak.Diam tak diam hampir 2 bulan lebih,akhirnya cek bayaran elaun berkenaan telah diposkan ke rumah saya.Walaupun jumlahnya tidaklah sebesar mana,tapi ia cukup membungakan hati saya kerana serba sedikit curahan keringat saya dihargai oleh mereka.

Tetapi di sebalik itu,saya terkadang agak sedikit terkilan,bagaimana agaknya dalam prosedur yang pelbagai borang perlu di isi,pengesahan banyak pihak perlu di perolehi sebelum pembayaran sesuatu perkara dapat di tunaikan,tapi mengapa agaknya duit yang berjuta malah berbillion dapat digelapkan malah disenyapkan begitu sahaja kehilangannya.Sedangkan duit yang digelapkan itu bukan milik individu tertentu tapi milik orang ramai.Adakah penguatkuasaan sesuatu prosedur itu hanya pada rakyat biasa seperti saya namun tidak pada golongan yang tertentu.

Sistem ekonomi dan masyarakatnya.

Pihak pemerintah lebih sukakan dasar yang di gubal entah pakar dari mana asal-usulnya.Sistem ekonomi di ciplak dari sistem kapitalis yang terlalu mengejar keuntungan sedangkan ada golongan yang 'terjerut' di bawah sana .

Cubalah fikir sejenak wahai manusia sekalian.

Di peringkat Negara :

Belumpun kita mula berniaga,malah barang niaga kita yang ingin kita import masih lagi di luar sana,kita sudah dikenakan cukai sehinggakan 300 % sedangkan dalam ajaran Islam,zakat perniagaan akan dikenakan setelah jaul beli di jalankan dan mendatangkan pulangan.Itupun sekiranya cukup nisab dan haul.

Di peringkat masyarakat :

Terlalu sukar masyarakat kita untuk memisahkan tradisi turun temurun yang sudah sebati dengan kehidupan.Majlis perkhawinan masih lagi bercampur baur dengan tradisi entah dari mana datangnya.Sambil memasak lauk pauk,ada golongan kelompok manusia yang khusyuk membelek daun terup sambil beberapa wang kertas dipertaruhkan di atas meja.Bersanding,menepung tawar,joget lambak,karaoke masih lagi kental melekat bila saja majlis berlangsung.Di balik dapur pula bermacam-macam tangkal di letakkan untuk menghalang hujan.

Adakah ini semua ajaran/praktikal yang di ambil dari Al Quran dan As Sunnah?

Itu baru sekelumit permasalahan yang sepatutnya perlu di ambil tindakan sewajarnya.Malah,di luar sana masih lagi banyak selupat-selupat yang perlu di bersihkan bahana maksiat dan dosa yang kita kongsikan bersama sahamnya sekiranya kita duduk diam tanpa menyuarakan kebenaran.

Ayuh,bangunlah anak bangsaku.

Masih tidak sedarkah kita?

Apalagi yang boleh kita harapkan di muka bumi ini sekiranya cara hidup dan sandaran pegangan masyarakat tidak berlandaskan Al Quran dan Sunnah yang telah di ajar oleh Baginda Nabi SAW.

Indonesia yang hanya sepelaung jaraknya sudah di uji beberapa kali dengan pelbagai musibah yang amat dahsyat.Kita di Malaysia,jika sekiranya sesuatu tindakan pembaikpulihan tidak dilakukan segera,kita hanya meletakkan negara tanah tumpah darah kita ini tempat  menunggu giliran untuk di azab yang boleh tiba bila-bila masa sahaja.Nauzubillah!
Sehari selepas TSUNAMI melanda Indonesia.

5 tahun selepas itu....

5 tahun selepas itu juga...
Gunung Merapi pula yang meletus dan inilah
kesannya...Masih tidak insafkah kita?

Masihkah kita mahu duduk selesa di zon yang kita ada selama ini?

Al Quran dan ayatnya terbentang luas di hadapan kita.Saban hari kita mengulang bacanya.Namun hakikatnya kita jarang menghadam maksud dan tafsiran dari ayat berkenaan.Jauh sekali untuk mengetahui asbabun nuzulnya.

Renung lah sedalam-dalamnya wahai manusia yang dianugerahkan akal fikiran dan kewarasan oleh Allah SWT :

"Katakanlah lagi (kepadanya): ‘Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Az Zumar :9)

"Ya Allah Dikau jauhkan lah muka bumi ini dari bala bencana dan azab seksa yang kami sesungguhnya tiada kuasa dan tiada daya untuk menanganinya."

Wak,
Senawang,N9.

Wednesday, November 24, 2010

:: Perginya tidak akan kembali ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Tidur adalah rehat yang sementara,
Mati adalah rehat selamanya.

Tanggal 11 November 2010,jam 5:20 minit pagi,saya menerima 1 panggilan telefon dari pakcik saya,mengkhabarkan akan kematian Nenek saya,Allahyarhamah Hjh Rianah bte Bakri.
Innalillahi wainnailai hiroojiun.
Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan jasa.

Selepas selesai solat subuh,kami sekeluarga mula berkemas untuk bertolak ke rumah pakcik saya di Taman Sri Pulai,Johor Bahru,di mana jenazah nenek saya berada.Mereka (pakcik dan makcik saya) telah sepakat ingin mengkebumikan jenazah Nenek di sana walaupun rumah  dan kampung halaman nenek berada di Kampung Parit Haji Zain,Ayer Hitam,Muar,Johor.

Jam 8:00 pagi saya telah berada di tol Senawang dan bersedia untuk bergerak menuju ke destinasi.Setelah singgah sebentar di kampung untuk mengambil kakak dan anaknya,saya teruskan baki perjalanan dan sampai ke destinasi lebih kurang jam 12:20 tengahari.Ketika saya sampai,jenazah sudah siap di kapankan dan telah bersedia untuk di bawa ke Masjid Intan Abu Bakar,Taman Sri Pulai untuk solat jenazah.

Dunia hanya tempat persinggahan sementara.
Akhirat adalah tempat yang kekal selama lamanya.
(Masjid Intan Abu Bakar : Tempat jenazah atok di solatkan)

Setelah solat zohor,para jemaah yang solat berjemaah telah solat jenazah untuk Allahyarhamah Nenek (baca : atok).Dan Jenazah nenek selepas itu di bawa ke tanah perkuburan Islam Kangkar Pulai,kira-kira 15 km dari Taman Sri Pulai.

Jam 3:00 petang,imam telah menyelesaikan bacaan talkin,maka selesailah majlis pengkebumian.

Jam 3:30 petang,para jemaah yang hadir sekali lagi berkumpul di rumah Tn Hj Bajuri untuk membaca tahlil arwah dan selepas tahlil,semua hadirin menjamu selera dengan juadah yang telah dihidangkan.

Jam 4:00 petang,jemaah telah selesai menjamu selera dan mereka mula pulang ke rumah masing masing.

Jam 5:00 petang,atas urusan keluarga,saya meminta diri dari rumah pakcik untuk pulang ke kampung di Muar,Johor.

Sorotan Kisah.
1.Muqaddam itu.

Ketika umur saya 5 tahun,suatu hari atok dalam perjalanan untuk ke Pasar Minggu Parit Sulong,telah singgah ke rumah abah.Kebetulan pula tiada siapa di rumah ketika itu.Dengan spontan saya lari naik ke rumah dan turun semula ke bawah bertemu atok dengan membawa muqaddam saya.Muqaddam yang sedikit koyak itu saya tunjukkan kepada atok dengan harapan mendapat muqaddam yang baru.Alhamdulillah,selepas atok pulang dari Parit Sulong,hajat saya tertunai jua akhirnya.Arwah emak yang sedikit pelik dengan hadiah pemberian atok itu,akhirnya mendapat tahu yang saya yang meng'order'nya terlebih dahulu sebelum itu.

2.Lepat pulut atok.

Lazimnya,tradisi di kampung saya,bila tiba hari lebaran,antara juadah rasmi adalah ketupat/nasi impit,ayam masak kicap,kuah lodeh dan sambal kacang.Tapi di rumah atok,saban tahun akan ada sahaja juadah tambahan yang amat istimewa iaitu lepat pulut.

Sehari sebelum raya pasti atok akan 'nyetuk’'di tepi tangga memilih 'janor' kelapa yang berdaun lebar untuk di jadikan pembungkus lepat.Beras pulut yang telah di rendam dengan santan dan di campur sedikit dengan kelapa dan sedikit garam akan dibungus dan diikat dengan tali raffia.

Apabila sudah di rebus bersama-sama ketupat dan sudah cukup masak,lepat pulut tadi akan di gantung di tepi pintu bagi membolehkan air dari bekas rendaman tos dengan sempurna.Ini bagi membolehkan lepat pulut dapat bertahan dengan lebih lama.
Lepat pulut.
(sekadar gambar hiasan)

Lepat pulut vs sambal kacang atok memang akan dikenang selamanya.

3.Suara kecik.

Walaupun sejak saya kecil atok jarang demam atau sakit yang berat,tapi salah satu cara untuk mengesan atok 'tak sedap badan' adalah bila mendengar suaranya di kecilkan agak lirih.

4.Banjir.

Satu ketika dahulu banjir amat kerap melanda kampung kami.Oleh kerana atok duduk seorang diri di rumah,abah telah membawa atok ke rumah kami.Tatkala banjir hampir surut,abah telah membina titi dari batang paip PVC untuk ke kolam yang terletak di belakang rumah kami.Entah bagaimana ketika atok meniti titi buatan itu,atok telah tergelincir dari atas titi tersebut.Akibat kejadian itu,tulang di bahagian tangan atok patah dan telah disimen oleh salah seorang pakar urut di Parit Jawa.

Oleh kerana tidak mahu merisaukan hati anaknya yang lain,atok tidak menghebahkan kejadian tersebut.Namun apabila salah seorang pakcik saya pulang ke kampung dan menyedari tangan atok sedang di simen,mereka agak terkejut.Itupun mereka dapat tahu secara kebetulan kerana atok sedaya upaya menyembunyikan tangannya yang berbalut itu.

5.Di hujung usia.

Sesungguhnya nikmat di dunia ini hanya sementara.

Di hujung usia atok,jarak penglihatan atok tidak begitu sempurna,namun Alhamdulillah atok masih dapat mengenal tetamunya berdasarkan suara.Kerap ditanyakan kepada saya,apa yang boleh dibuat dalam pada keadaan kesihatan yang semakin lemah itu.Saya hanya mampu menggenggamkan tangan atok dengan erat dengan utasan tasbih yang memang sedia ada di sisi atok saban masa.

Dan pada usia atok 87 tahun,maka ajalnya telah dijemput oleh malaikat maut.

Mungkin banyak lagi kenangan-kenangan yang dapat di cungkil sepanjang saya bersama atok ketika hayatnya.Namun cukuplah sekadar itu yang mampu saya coretkan dengan hati yang berat dan penuh sebak.

Ternyata pemergian atok amat meninggalkan kesan mendalam kepada diri saya.Namun dalam hati saya,saya yakin banyak hikmah baik yang akan muncul di sebalik ketiadaan atok di muka bumi ini.Saya doakan ukhwah anak cucu atok akan bertambah erat dan moga mereka juga dapat sama sama mendoakan moga roh atok dicucuri Rahmat.

Atok telah menyelesaikan perjalanannya di muka bumi ini.Kami yang tinggal,masih ada banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan."Ya Allah,matikanlah kami dalamana keadaan kami bersedia untuk mati."

Khususan illa Allahyarhamah Hjh Rianah binti Bakri,Al Fatihah.
"Allahumma firlaha warhamha waafini wa’fuanha."

Wak,
Senawang,
Negeri Sembilan.