Friday, June 26, 2009

UntUk hebAHan UMum


Tiba tiba teringat beberapa pesanan Ustaz Khusairi berkenaan amalan harian merangkap petua mudah untuk keberkatan hidup.

1) Menjaga kualiti makanan.
Jangan biarkan makanan terdedah.Biarpun tidak di tutup dengan tudung saji haruslah di tutup biarpun dengan sebatang pen berserta dengan Basmallah.

2)Menjaga keselamatan harta benda.
Sebelum mengunci mangga pagar,kunci pintu rumah atau menekan punat remote kereta dahulukan dengan Basmallah.

3)Mendapat kemurahan rezeki.
Memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun tiada penghuni di dalam.Di susuli dengan membaca sekali surah Al Ikhlas.

Pesanan dari Ustaz Lukman Mamat. (warden SMSS 1992-1996)

1)Untuk permudahkan menyelesaikan segala urusan harian dunia dan akhirat.
Membaca surah Yaasin selepas solat Subuh.

Di kutip dari sumber yang tak berapa ingat:

1)Untuk melembutkan hati anak anak.
Bacakan sekali surah Surah Al Inshirah dan tiupkan pada ubun ubun anak.

Istiqamahlah dalam beribadah......

"Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan

Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami
Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami"

"Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting

Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat"


Apo kono jang..termenung yo...Jom Hijrah!!!

Thursday, June 25, 2009

...Jumaat dan iktibar...


Minggu yang sudah ketika di Masjid Lobai Kampung,Ustaz Nuruddin Al Banjari ada menyentuh sedikit tentang jemaah masjid yang tidur ketika mendengar khatib membaca khutbah.Samada secara kebetulan atau tidak perkara ini juga terjadi di Indonesia.

Saya bandingkan di tempat saya,yang rata rata jemaah masjid pada hari Jumaat adalah warga industri.Satu kelainan kalau nak di bandingkan dengan masjid masjid lain ketika hari Jumaat.Pemandangan biasa adalah jemaah yang hadir samaada berbaju melayu lengkap bersamping ataupun dengan berkain pelikat sahaja.Tapi tidak di masjid kami,jemaah yang hadir dengan uniform/seragam kilang atau pejabat masing masing.Nampak kelainan di situ dan biasanya mereka ini suka duduk berkelompok menambahkan lagi keceriaan masjid dengan jemaah yang hadir.Tapi masalah tetap sama,jemaah tetap tidur ketika khatib membaca khutbah.(mungkin dasar kerajaan perlu di perbaiki supaya Jumaat di jadikan cuti umum bagi setiap minggu)



Tapi ada beberapa titipan kisah yang saya alami sendiri berkaitan dengan khutbah dan khatib.Beberapa tahun dahulu ketika melawat Bandaraya Ipoh,kami sempat singgah untuk solat Jumaat di sebuah masjid yang tidak ingat namanya.Sebelum masuk ke dewan masjid sempat lagi menjamu selera dengan air sirap dan pisang yang di sedekahkan oleh Hamba Allah.(seperti sinonim buah pisang dengan solat jumaat…di mana mana masjid pasti ada)Tiba tiba apabila sampai masa khatib membacakan khutbah tanpa di sangka sangka khutbah yang di bacakan adalah di dalam bahasa Tamil.Kami memandang sesama sendiri.Rupanya asyik makan pisang tadi membuatkan kami tidak menghiraukan jemaah sekeliling.Barulah kami perasan majoriti jemaah pada hari tu adalah kaum India Muslim.Apapun itu pengalaman beberapa tahun dahulu.

Namun begitu pengalaman dapat bersolat Jumaat di Masjidil Haram merupakan pengalaman manis yang tak mungkin di lupakan.Walaupun dalam bahasa Arab,tapi saya sendiri dapat rasakan 'aura' khutbah berkenaan.Walaupun hampir sebahagian besar isi khutbah tidak dapat difahami tetapi di sebabkan khatib yang membaca khutbah dengan penuh semangat dan dengan roh yang ada dalam isi khutbah itu membuatkan jemaah khusyuk mendengar.(Sebenarnya khatib juga memainkan peranan ketika membaca khutbah demi 'menarik' perhatian jemaah yang hadir)

2 tahun lepas,saya di bawa oleh jiran saya untuk bersolat jumaat di tempat lamanya menyewa rumah.Oleh kerana ada keluangan masa di tambah Jumaat itu jatuh cuti umum saya pun cuba cuba menukar selera.Tapi kali ini 'hidangan' memang betul betul kena dengan selera saya (rasanya jemaah lain mungkin begitu juga.)Khutbah dapat di hadam dengan penuh khusyuk seolah olah saya memasuki satu kawasan yang tidak pernah saya masuki.Khatib penuh semangat membaca khutbah walaupun tanpa teks yang kadangkala teks itu sendiri membuatkan jemaah 'muak' dengan isinya.
Mendengar khutbah dari khatib yang tidak membaca teks ini merupakan pengalaman baru dari saya.Tapi sayang,jarang jarang saya mendapat peluang untuk ke masjid itu lagi.Ada hikmahnya juga,kadang kadang yang selalu itu membuatkan kita 'jemu'.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Al Imam Ustaz Khusairi Hamthan.
Sempat juga saya meminta pada beliau nombor untuk di hubungi sekiranya khidmat beliau di perlukan.Mungkin suatu hari nanti sahabat diluar sana akan saya ketemukan dengan beliau.InsyaAllah.


Nak tunggu apa….Jom Hijrah!!!

...cara & penjelasan...




Akhir akhir ini terlalu banyak isu yang di bangkitkan.Semua media hampir membuat liputan/ulasan yang hampir sama.Dalam sekelip mata isu yang di bangkitkan menggamit tarikan ramai dan secara tidak langsung ramai yang memberi perhatian yang tinggi.Masa demi masa mereka mereka ini seolah olah menjadi seperti orang yang dahagakan maklumat dan akan terus mengikuti perkembangan semasa sehinggalah mereka 'jemu'.Saya istilahkan 'jemu' kerana akan sampai 1 masa,isu lain yang lebih hangat akan muncul ataupun isu yang di bincangkan menjadi 'mendatar' dan hilang selera pembaca mahupun pengulas untuk menyelidik isu tersebut.

Baru baru ini seorang ustaz yang sedang menyampaikan kuliah magrib ada mengulas sedikit tentang 1 seminar yang baru sahaja di anjurkan.Para peserta seminar ada dari golongan pegawai pegawai masjid seluruh negeri (Tuan Nazir & Tuan Imam).Tajuk seminar : Wahabi dan..... (lebih kurang tajuknya begitu).Apa yang menarik perhatian Ustaz berkenaan,Wahabi di negeri ini tidak serius bahkan tiada aduan orang ramai mengenai penyebar pahaman Wahabi ini.Untuk apa sebenarnya seminar itu di anjurkan.Tambahan pula seminar itu akan di anjurkan lagi di daerah daerah lain.Tujuannya mungkin untuk menyedarkan bahayanya fahaman Wahabi itu,tetapi alangkah baiknya jika di terangkan dengan lebih jelas dahulu Tauhid yang sahih dengan tujuan memberi lebih kefahaman perkara fardhu dari memberikan penjelasan sesuatu yang masih lagi baru bagi masyarakat umum.Melainkan perkara itu sudah mula menjadi penyakit.


Ustaz mengambil contoh sifat 20 iaitu sifat wajib bagi Allah SWT.Terlalu luas pengertiannya dan masih lagi kita lihat jarang jarang ada pendengar yang 'hard core' untuk sama sama duduk dalam kuliah kuliah Tauhid sebegitu.Setelah faham masak masak akidah sebenar,baru nanti dapat di bezakan sekiranya terdapat akidah yang menyimpang.Begitu lebih kurang pemahaman saya terhadap penjelasan ustaz.

sedikit saya kutip posting saya di yahoo groups siMadu.

"pepatah melayu:
mengukur baju biarlah di badan sendiri....

Kejadian dan ketetapanNya itu perlu di gunakan sebaiknya mengikut landasan yang telah di tetapkan.



Bagi saya,lelaki yang sudah nekad untuk beristerikan lebih dari 1 tidak dapat di tahan niat mereka...langkah menahan mereka itu bak menahan air dari terus mengalir.
Yang pentingnya di sini adalah pendedahan,samada peringkat permulaan dan seterusnya.

Kita jarang sekali didedahkan dengan perkara Munakahat.Bab nikah kahwin dan salah satunya bab poligami.Mungkin pihak yang berpengetahuan perlu menekankan lebih lagi aspek ini demi kebajikan semua.

Sebagaimana konsep 1Malaysia di perjelaskan...seharusnya dalam konsep poligami juga perlukan penjelasan samada dari pihak berwajib mahupun dari golongan ilmuwan yang saya pasti mereka mahir dalam bidang mereka.
"

Wahhhh...bab poligami ke...Mungkin isinya sedikit menyimpang...tapi pointnya tetap sama.Cara penerangan membuatkan kita faham dan mengelakkan kita dari silap faham.

Apa tunggu lagi...Jom Hijrah!!!

Saturday, June 20, 2009

Syukur...Demi menjaga amanahNya



Subuh yang biasa di isi dengan 'ketenangan' meluruskan tulang belakang di atas tilam empok...tiba tiba di sedarkan dgn kokokan ayam jantan yang entah dari mana datangnya...


Serungkai pesanan dari Al Ustaz Nuruddin Al Banjari :

5 perkara yang bila memandangnya akan mendapat pahala.

1) Memandang AL Quran
2) Memandang Kaabah
3) Memandang telaga zam zam
4) Memandang ulama
5) Memandang ibu bapa atau salah satunya.

Sebahagian dari pengisian al Ustaz sepanjang beberapa hari di Tanah Minangkabau yang penuh barakah ini.Selepas malam tadi di Taman Kiambang,subuh di Al Amin dan di sambung selepas waktu dhuha di Pusat Dakwah dan selepas maghrib di Masjid Lobai Kampung.

Semoga barakah yang turun terkena tempiasnya kepada semua hadirin yang datang termasuklah pada makanan dan minuman yang di sajikan.
Begitulah pesan al Ustaz...makanan yang di sajikan juga membawa barakah kerana di sajikan dengan disertai sebelum itu dengan bersolat secara berjamaah,berzikir membesarkan Pencipta,duduk di dalam majlis ilmu...manakan tidak makanan itu juga akan mendapat tempias barakah yang turun......

Dan bersyukurlah golongan manusia yang di pilih ALlah untuk datang ke Masjid terutamanya pada waktu subuh.

Mana ada makhluk menolak sekiranya di pelawa untuk makan beriani atau nasi kandar atau nasi minyak sedangkan hari hari biasa hanya berlaukkan ikan masin di sulam dengan sky juice....jauh sekali ayam goreng berlada.....Sudah pasti tiada...

Tapi seringkali kita jumpa dengan golongan yang masih suka dengan 'jamuan' yang biasa di makan tiap hari tanpa mengindahkan 'jamuan' yang lebih enak,lebih banyak,lebih kekal dengan solat berjamaah di tempat di mana Muazzin melaungkan azan...

Pilihan di depan mata..kaki harus melangkah...

Jom hijrah!!!

Friday, June 19, 2009

Keheningan yang menggamit....

Suatu masa dahulu...tuan puan...malahan diri ini sendiri tidak akan terfikir kita akan menjadi seperti apa yang kita alami sekarang...Kalaulah sang cermin dapat merakam....Alangkah indahnya dunia ciptaanNya.

langkah seterusnya

Kemudian hari kita akan ditanya....adakah kita sudah bersedia dengan jawapan pada setiap soalan