Thursday, August 27, 2009

mENcaRi GerAnGAn

.: madrasah 6 Ramadhan :.

Sudah sekian lama saya mengikuti dan membaca dengan setia satu demi satu entry Ustaz Hambali di dalam blog nya http://hambalialorstari.blogspot.com/

Banyak maklumat yang saya perolehi setiap kali saya mebaca hasil penulisannya.
Dalam blognya juga ada di sertakan Jadual Kuliah untuk sebulan setiap kali bulan baru bertukar.Ini amat memudahkan sesiapa sahaja untuk mengikuti kuliahnya di mana sahaja dekat mahupun yang jauh.

Saya adalah salah seorang yang memasang niat yang kuat untuk turut sama mengikuti kuliah pengajiannya.Memang saya belum pernah kenal Ustaz Hambali sebelum ini.Dengar namanya pun belum pernah.Saya hanya ‘mengenali’ beliau melalui blognya,itupun selepas seorang sahabat saya mencadangkan untuk membaca penulisan ustaz pada suatu hari.

Membaca penulisannya sahaja menjadikan sesiapa pun boleh ‘jatuh cinta’ dan akan sentiasa merindui dan tertunggu tunggu bilakah masanya penulisan seterusnya dapat di baca..Menyeluruh dan padat serta memberi impak maksima-itu komen saya secara ikhlas dan jujur.

Ada sekali saya ‘mengorbankan’ salah satu kuliah pengajian yang saya selalu ikuti semata mata untuk mendengar dengan lebih dekat kuliah pengajian Ustaz Hambali.Ini adalah usaha saya yang pertama untuk mengenal sendiri dan mendekati Ustaz.Namun kita merancang dan Allah SWT yang Menentukan.Samada saya salah melihat jadual ataupun memang kuliah pada hari itu di batalkan.Kerana sampai sahaja saya ke halaman surau,tiada seorang pun jemaah di dalamnya.Lalu saya terus menukar destinasi saya ke Kuliah Ust Nor Azman di MBBS.

’Tak kenal maka tak cinta’-begitu indah bait bait ayat yang orang dulu dulu cetuskan.

Percubaan saya kali kedua adalah pada minggu lepas sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan.Alhamdulillah,kali ini Allah telah Menentukan saya dapat bersua muka dengan Ustaz Hambali.Surau Taman Lavendar telah menyusun jadual supaya Ustaz menyampaikan kuliah subuh pagi ahad lepas dan saya adalah salah seorang pendengarnya,

Saya sampai ketika kuliah subuh sudah bermula.Keadaan parking kereta agak sesak dengan deretan kereta pelbagai jenis.Saya hanya berjaya memakir kereta saya betul betul di belakang sebuah kereta.’Kena keluar awal aku nanti,kalau tak waja ni tak boleh nak reverse keluar,’ cetus hati saya sebaik sahaja kaki saya melangkah masuk ke dalam surau.

Penuh! Apa yang penuh?

Bukan sahaja jemaah yang penuh memenuhi surau pagi itu,di beberapa sudut surau pula kelihatan beberapa orang jemaah menutup penuh mulut dan hidung mereka dengan ‘face mask’.Semua gara gara libasan maut dari apit kanan H1N1 yang belum ada mana mana ‘pasukan’ yang mampu menangkisnya.Jauh sekali untuk menampan.(…hanya Iklan)

Ketika saya melabuhkan punggung,Ustaz sedang menceritakan pengalaman perjalanan seorang sahabat baik Ustaz dari selatan Thailand menuju ke Bangkok bersama jemaah Tabligh yang lain.Kisahnya sekitar perbandingan puasa dan menahan lapar dari makan dan minum.Ceritanya begini….

Dalam perjalanan ke Bangkok,rombongan jemaah Tabligh tadi ada singgah di satu kawasan tempat orang bertapa.Tempat bertapa itu merupakan satu tempat yang agak terpencil dan agak tersorok.Di tempat bertapa itu ada seorang yang sedang menapakan dirinya.Keadaan dirinya sangat kusut masai.Rambutnya panjang dan badannya penuh daki.Tubuh badannya kurus,mungkin kerana tidak makan dan minum.Salah seorang ahli jemaah Tabligh tadi telah memotong sedikit rambut si penapa tadi dan menyebut kalimah Iman,Laailahaillallah di hadapan lelaki itu.

Lantas dengan tiba tiba,terbuka mata lelaki tadi.Lalu di bawa oleh jemaah Tabligh tadi ke sebuah surau berdekatan.Di situ lelaki tadi di bersihkan.Selepas beberapa ketika,bila ditanya oleh ahli jemaah,lelaki itu menceritakan pula pengalamannya ketika bertapa.Rupanya lelaki tadi boleh berbahasa Melayu.Ini kerana kebanyakkan masyarakat di selatan Thailand boleh bertutur bahasa Melayu dengan fasih tetapi dalam loghat Kelantan.

Lelaki tadi sebenarnya telah bertapa berbulan lamanya tanpa makan dan minum.Ketika bertapa akan ada jin yang mendekatinya dan mengajarkannya akan ilmu ilmu tertentu.Tetapi lelaki tadi amat terkejut,bila ahli jemaah menyebut kalimah Laailahaillallah,jin jin yang sebelum ini ada dekat dengan dirinya terus melarikan diri.Sebab itulah matanya terbuka ketika itu.

Diringkaskan cerita,setelah di tarbiyah maka lelaki itu pun mengucap kalimah Lailahaillallah.

Hanya kerana untuk mendapat ilmu yang tidak pasti sumbernya,manusia boleh menahan lapar dan dahaga untuk mencapai hasratnya.

Selepas selesai menceritakan pengalaman Ustaz di selatan Thailand tadi,Ustaz terus sahaja membaca satu hadith berkaitan dengan puasa yang agak panjang matan hadithnya.

Sambil itu juga Ustaz ada menceritakan bagaimanakah keadaan Syurga pada malam 1 Ramadhan.

Teruja tak nak tahu.....??

Bila malam 1 Ramadhan tiba,akan ada satu angin yang bertiup melalui bawah Arash Allah dan akan membuka pintu syurga.Bunyi angin itu amat sedap di dengar begitu juga ketika pintu syurga berkuak juga akan menghasilkan bunyi yang amat meerdu.

Untuk catatan lebar sebelah pintu syurga adalah sepanjang 40 tahun perjalanan.

Apabila angin itu masuk ke dalam syurga,bidadari syurga akan berlari lari menuju ke pintu syurga dan bertanya ke pada malaikat penjaga syurga-Malaikat Ridwan,gerangan apakah angin yang mendatangkan bunyi yang mengasyikkan tadi.Lantas Malaikat Ridwan mengatakan itulah angin yang bertiup sekali sahaja dalam setahun bagi menandakan telah tibanya bulan Ramadhan.

Ustaz menceritakan pula keadaan bidadari tadi.Bidadari tadi memakai 70 lapis pakaian.Setiap lapis pakaian mempunyai warna yang berbeza.Setiap bidadari tinggal di mahligai tersendiri.Di dalam setiap mahligai ada 70 bilik.Setiap bilik ada 70 katil dan setiap katil ada 70 pembantu.Dan bila masuknya ramadhan,di hiaslah syurga dengan bermacam macam hiasan yang cantik.

Lalu ustaz bertanya pada jemaah yang mendengar.Dapat tak gambaran bagaimana keadaan syurga.

Ustaz membuat perbandingan,sekiranya kita tiada maklumat tentang sesuatu kita tidak mungkin dapat menggambarkan keadaan sesuatu keadaan.Contohnya,walaupun sesetengah orang tidak pernah sampai ke Perancis,tetapi di sebabkan membaca atau pernah melihat di mana mana tempat,maka mereka akan tahu di Perancis ada menara Eiffel.

Eiffel Tower,Paris.

Begitu juga dengan keadaan di Amerika.Sebut sahaja Las Vegas,tentu sahaja yang tergambar dalam fikiran orang yang mendengar adalah lampu neon yang berkerlipan siang dan malam tanpa henti di tempat yang terkenal sebagai pusat perjudian.Adakah mereka mereka ini pernah sampai kesana.Jauh sekali….Tapi di sebabkan maklumat tentang menara Eiffel atau Las Vegas ada di dalam kepala mereka,mereka dapat gambarkan keadaan masing masing.

Panorama Las Vegas

Begitu juga dengan syurga.Sekiranya kita tiada maklumat tentang syurga di dalam pemikiran kita,kita tidak akan dapat gambaran keadaan syurga.Jauh sekali teruja untuk melakukan amal ibadah sepertimana amalan para sahabat Nabi.Ini kerana sahabat ini,adalah contoh golongan yang mendapat maklumat tentang syurga terus dari Rasulullah SAW.

Sedar tak sedar,jam di dinding surau Taman Lavendar menunjukkan hampir 7 setengah pagi.Selesai bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Ustaz,saya bergegas ke kereta kerana saya sedar kereta saya sedang menghalang beberapa kenderaan lain.Beberapa kenderaan berdekatan sudah mula meninggalkan halaman surau,dapatlah saya ruang untuk mengundurkan kereta saya dengan selesa.Ada seorang pakcik menyapa saya dan menghulurkan bantuan ketika saya mengundurkan kereta.Ruangan agak sempit,sesungguhnya pertolongan pakcik itu amat membantu dan saya ucapkan terima kasih.Saya selamat keluar dari halaman surau dengan selamat.

Jumpa lagi surau Taman Lavendar....

Sebenarnya ada beberapa lagi kisah yang ustaz ceritakan dan ingin saya kongsikan.Kisah Nabi Musa dengan Firaun,mumia Firaun,kotak kayu dalam bahasa IBRANI dan ‘keistimewaan’ cincin ustaz Hambali.Mungkin pada kesempatan akan datang.InsyaAllah…

pesanan untuk diri sendiri dan rakan rakan....

Tuesday, August 25, 2009

Hujan emas ke hujan batu....

'Narita is the gateway to Japan.'
Saya pernah terbaca ayat itu suatu masa dahulu.Tertanya tanya saya akan maksud kenyataan ayat tersebut.Saya hanya memahaminya ketika saya sendiri telah sampai ke Narita,Japan pada tahun 1999-sepuluh tahun yang lepas. ...

Narita adalah salah satu lapangan terbang terawal yang dibina di Jepun.Jadi bagi pelawat dan pelancong asing,Narita Airport menjadi salah satu pintu masuk utama mereka untuk menerokai keindahan dan keunikan sebuah tempat yang mendapat jolokan nama ‘negara matahari terbit’ itu.

Hampir 3 tahun saya menimba ilmu di Tanah Jepun.Hampir 3 tahun itu jugalah saya hidup di kelilingi dengan budaya dan cara hidup masyarakat di sana.Dan hari ini saya ingin menceritakan sedikit salah satu kebudayaan mereka yang amat unik.

Ini adalah kenangan ketika pertama kali saya di bawa melawat ke sebuah rumah milik seorang kakitangan pejabat kolej saya En.Takegami.Saya agak pelik kerana ketika saya naik ke pintu masuk rumah beliau,tuan rumah membetulkan keadaan susun atur kasut kasut kami.Kami berlima ketika itu.Saya dengan spontan bertanya mengapa dia berbuat begitu.” Nanti mudah tetamu nak balik,” jawabnya mudah.

keadaan susunan kasut di genkan


Sambil masuk ke dalam rumah,En Takegami ada menerangkan,bagi masyarakat Jepun ‘GENKAN’ atau pintu masuk utama rumah adalah struktur yang amat penting bagi mereka.Genkan adalah tempat pertama tuan rumah akan menjemput dan menerima tetamu.Genkan juga akan menggambarkan pandangan pertama seseorang tetamu terhadap tuan rumah.Bahkan keadaan genkan jugalah sebenarnya melambangkan keadaan sebenar isi rumah.

contoh GENKAN rumah jepun

Serba sedikit cerita di atas mendidik jiwa saya untuk turut sama menitik beratkan keadaan dan susun atur genkan rumah saya.

Masih cerita yang sama tapi di tempat lain pula.

Tahun 2006 saya berkesempatan untuk pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Indonesia,itupun di sebabkan ada urusan kerja di sana.Soekarno Hatta adalah lapangan terbang yang menerima dan menghantar pemergian saya.

Kebetulan waktu itu adalah bulan ramadhan.Kapal terbang untuk pulang ke tanah air telah di jadualkan sekitar jam 8 malam dan saya terpaksa berbuka di kawasan lapangan terbang.Dan ketika waktu berbuka saya telah pun berada di dewan menunggu untuk berlepas.Alhamdulillah,pihak pengurusan ada menyediakan juadah berbuka.Walaupun agak sederhana tapi cukupl menggembirakan untuk orang yang berpuasa.
Bukankah Allah telah menjanjikan antara saat yang menggembirakan untuk orang yang berpuasa itu adalah ketika berbuka.

Selesai berbuka,saya bersiap siap untuk masuk ke dalam pesawat.Biarlah awal sedikit kali ini kerana bukan tabiat saya untuk masuk awal ke dalam pesawat.Namun langkah saya terhenti seketika apabila saya nampak ada beberapa orang yang berada sama di dalam dewan menunggu menuju ke arah satu destinasi.Ke tandas agaknya.Elok juga,selesa sedikit,tandas kapalterbang seperti yang semua orang sedia maklum selalunya sempit.

Namun telahan saya meleset.Orang orang tadi rupanya pergi ke surau di tingkat bawah yang hanya beberapa langkah tangganya.Walaupun saya sudah niat untuk jamak takhir,namun alhamdulillah saya sempat berjamaah jamak takdim maghrib dan isyak.Dalam hati saya,manalah tahu jadi apa apa ketika dalam perjalanan nanti,sudah selesai tanggung jawab saya.

Selesai solat saya bersyukur dan berterima kasih di dalam hati kerana adanya ruang solat yang dekat dan mudah telah di sediakan oleh pihak pengurusan walaupun tidak sebesar mana.Ringkas dan mudah.Saya suka ‘quote’ tu…..

Mungkin kalau di tanya kepada pada pihak pengurusan tentang adanya surau mini itu,mungkin jawapan mereka,untuk memudahkan tetamu solat sebelum pulang ke tanah air masing masing.

Hampir miripkan dengan jawapan En. Takegami??…. Wallahua’alam….

Kita ke Thailand pula…..Kali ini yang menjemput dan menghantar saya pulang adalah Lapangan Terbang antarabangsa Suvarnabhumi.Satu lapangan terbang yang baru sahaja selesai dibina namun agak jauh dari kota Bangkok.Itu komen kawan kawan saya yang pernah ke sana.Saya pun tidak pasti…..
Sebelum pulang,kerana masih banyak masa terluang saya sempat mundar mandir meninjau ninjau kawasan airport.Tidak jauh beza dengan airport mana mana negara yang pernah saya kunjungi.Tetap ada kawasan untuk membeli belah cenderahati buat buah tangan dan ada juga tempat untuk menjamu selera.Dan yang pasti kedai menjual minyak wangi tidak ketinggalan.Ada di mana mana airport.Pelik juga mengapa..

Ketika saya sedang leka mundar mandir,tiba tiba mata saya terhenti pada satu barisan pelajar lelaki yang lengkap berseragam.Warna coklat seingat saya.Kemana agaknya destinasi mereka.Namun mereka berhenti di satu ruang legar tidak jauh dari tempat saya berdiri.Oleh kerana di sediakan tempat duduk,saya pun menyertai kumpulan pelajar tadi duduk.Langsung tidak faham apakah buah butir percakapan mereka,namun saya pasti itu bahasa Thailand.(sawadee…itu sahaja yang sempat saya tangkap.)

Selang beberapa minit,datang pula kumpulan pelajar lain namun seragamnya masih sama berwarna coklat.Tapi kali ini pelajar perempuan yang lengkap memakai tudung.Hampir ke semuanya bertudung labuh malahan ada yang berpurdah. Manisnya…usia muda di pilih Allah untuk mendapat hidayah dan di beri kekuatan untuk mengamalkan ajaran Islam sebaik mungkin.

Kumpulan pelajar perempuan ini pula duduk berjauhan sedikit dari kumpulan yang pertama.Setelah beberapa ketika barulah saya sedar yang mereka ini rupanya duduk sambil menunggu mahu menunaikan solat.Pada mulanya saya langsung tidak perasan ada sebuah surau yang agak luas di ruang legar itu.Mungkin surau itu terhimpit dengan gerai gerai di kanan kirinya menyebabkan mata saya tidak perasan.(Alasan saya semata mata…)

Bila saya masuk ke dalam surau,suasana tetap sama dengan tempat solat di mana mana.Ada susunan Al Quran dan ada susunan kitab kitab.Tidak ketinggalan kitab Fadhail Amal yang sering di baca oleh jemaah Tabligh.Cuma bahasanya sahaja yang berbeza kerana dalam tulisan bahasa Thailand.

Di papan kenyataan surau,ada beberapa artikel yang tidak saya fahami buah butirnya.Di satu sudut lain ada satu senarai jadual khatib yang bertugas untuk membaca khutbah sebelum solat Jumaat.Lengkap tempat solat airport ni.Detik hati saya.Mudah di cari kerana berdekatan dengan laluan utama malahan sesiapa sahaja boleh memilih untuk menunaikan solat jumaat di situ.Mudah dan lengkap….saya pun suka ‘quote’ yang ini…

“Hujan emas di Negara orang,hujan batu di negeri sendiri…baik lagi di negeri sendiri.”

Pepatah orang dulu dulu….

Rasa ramai antara kita telah sampai ke KLIA Sepang.Mak Aji dan Pak Aji sudah tentulah.

Ringkas soalan saya.Dimana letak surau di dalam KLIA.

Yang dapat saya pastikan,di tingkat atas kawasan untuk check-in ada sebuah.Walaupun di sediakan asas keperluan namun bagi saya kurang mesra alam.Agak jauh ke dalam lokasinya.Mengapa tidak di letak sebaris dengan kedai kedai ataupun di tempat tumpuan ramai.Saya tak jumpa jawapannya…

Ada sebuah lagi surau di kawasan ruang legar sebelum sampai ke terminal berlepas.Itupun di tingkat atas barisan kedai kedai menjual barangan.Tangganya agak jauh dan mudah sesat.Sunyi dan boleh mengundang pelbagai bahaya jika keseorangan.

Namun ada juga pujian,sebab sebuah lagi surau ada di sediakan berhampiran tempat menunggu bagasi.Tidak jauh dan agak strategik.Sambil membuang jemu menunggu bagasi yang tak muncul muncul batang hidungnya,bolehlah menunaikan apa sahaja solat yang patut,sunat mahupun yang wajib.

Cukuplah 3 contoh genkan antarabangsa.1 situasi genkan di negara jiran yang mana rata ratanya penduduk dan pemerintahnya beragama Islam,1 situasi genkan di Negara jiran yang rata ratanya penduduk dan pemerintahnya bukan beragama Islam dan situasi genkan di tanah air sendiri.

Dah dapat gambaran….??

Jom bina genkan sendiri….

Monday, August 24, 2009

Raja Gam...

.: Madrasah 3 Ramadhan :.

Gam 1.

Ketika ramadhan tahun lepas,keadaan tembuk batu di halaman rumah saya amat menyakitkan mata yang memandang.Warna coklat semakin pudar,dan ada sebahagian kawasan yang catnya pun sudah tertanggal.Lalu keputusan di ambil.Tembuk batu perlu di berikan nafas baru.Perlu di cat semula.

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman dalam kerja cat mengecat rumah,saya telah berkira kira apakah warna yang akan dipilih untuk kali ini.Puas saya meronda kawasan taman sekitar tempat saya tinggal tetapi tiada rumah yang boleh di jadikan contoh.Kebanyakan warna yang berkenan di hati dan mata tuan rumah,tidak berkenan di hati dan mata saya.Akhirnya saya memilih untuk pergi terus ke kedai hardware dan akan memilih bergantung warna yang ada di dalam katalog cat.

Namun sebelum itu saya juga ada membuat sedikit kerja rumah.Kalau sebelum ini kerja mengecat hanya di lakukan di rumah orang tua saya,tapi kali ini saya akan mengecat untuk rumah sendiri.

Menurut kawan saya yang berpengalaman dalam kerja cat mengecat ini,musuh utama pada lapisan cat adalah kelembapan.Kerana kelembapan tadi akan mengundang kulat untuk hidup.Kulat tadi akan menjadi satu lapisan asing dan lama kelamaan ia akan merebak.Ini akan menyebabkan cat yang setebal manapun di sapu akan mudah tertanggal.


Jadi untuk menyelesaikan masalah,atau untuk mengelakkan cat mudah tertanggal dari permukaan dinding,permukaan dinding haruslah di bersihkan dari segala kekotoran.Sekiaraya ada,haruslah di kikis dengan bersih.Selepas itu satu lapisan yang di panggil `wall sealer` harus di sapu pada permukaan dinding.Wall sealer tadi akan bertindak sebagai anti fungus dan pada masa yang sama akan menjadi `gam` antara dinding dan lapisan cat.2 dalam 1......

Sebelum ini saya memang akui tidak pernah mengetahui tentang adanya wall sealer dan kepentingannya.

Setelah wall sealer di sapu dan kering,barulah lapisan cat boleh di sapu mengikut daya kreativiti masing masing.

Akhirnya selesailah kerja mengecat tembuk di halaman rumah.Bibir mengukir senyuman sendiri tanda puas melihat hasil kerjatangan setelah selama beberapa hari mengerah keringat.Alhamdulillah cat masih kekal warnanya hingga ke hari ini.Belum ada lagi nampak tanda tanda ada lapisan yang akan tertanggal.Gam masih lekat agaknya.Bisik hati saya.

Gam 2.

Dahulu syarikat tempat saya kerja merupakan pengeluar komponen eletronik.Dari sekeping papan litar (PWB) lalu komponen tertentu di pasang pada proses yang telah di tetapkan.Lalu setelah selesai melalui pelbagai proses dan pemeriksaan,maka lengkaplah komponen tadi.Jadilah produk yang di panggil tetikus (mouse),joystick,game pad dan floppy disk drive.Itulah sebahagian dari produk syarikat saya.Para pelanggannya adalah Microsoft untuk game amusement dan untuk produk komputer di guna pakai untuk sebahagian pengeluar komputer syarikat jepun.

Tapi kini,syarikat baru tempat saya bekerja pula,adalah syarikat pengeluar papan litar (PWB).Terdapat dua jenis iaitu papan litar besi dan papan litar aluminium.Seperti tidak percaya yang suatu hari saya akan bekerja di syarikat yang dahulu saya adalah pengguna produknya.

Saya ceritakan serba sedikit proses pembuatan PWB.....

Dari sekeping besi yang besar di potong menjadi kepingan yang agak kecil.Sebelum itu kepingan besi itu akan di lapik dengan penebat dan lapisan copper.Lalu lapisan lapisan itu akan di masak pada suhu yang telah di tetapkan di dalam mesin yang di panggil hot presss.Proses ini bagi membolehkan supaya ketiga tiga bahan mentah (besi,penebat dan copper) tadi akan melekat.Maka bersedialah lapisan material sambil menunggu akan di corak di dalam bilik printing mengikut kehendak pelanggan.

Yang menjadi masalah ketika proses memasak material tadi adalah penebat yang merangkap gam antara copper dan besi tidak berfungsi dengan baik.Antara masalah yang biasa di kesan adalah,lapisan penebat tidak boleh cair dengan baik di sebabkan masalah bahan mentahnya tidak cukup sempurna.Masalah kedua pula adalah lapisan tidak melekat secara keseluruhannya.Ini biasanya terjadi di sebabkan oleh adanya benda asing antara lapisan lapisan tadi.

Walau apa pun masalah pada lapisan material sebelum di corak tadi kesannya tetap sama,litar akan mudah tidak berfungsi dengan baik.Dan kesannya samada akan di kesan awal di tempat kami ataupun di tempat pelanggan.Sekiranya dapat di kesan di tempat kami,ia akan di buang dan akan di kira sebagai reject.Sekiranya banyak reject yang di buang maka rugilah pihak syarikat dari segi masa,tenaga kerja bahkan juga keuntungan.Tetapi sekiranya di jumpai di tempat pelanggan,kesannya lebih lagi.Bukan sahaja kerugiaan yang telah di sebutkan,imej syarikat akan terjejas bahkan kepercayaan pelanggan kepada kami juga akan berkurang.Maka tahap kualiti produk kami akan terjejas dan pelanggan punya banyak pilihan samada untuk menuntut ganti rugi ataupun yang paling merugikan,pelanggan akan lari ke syarikat pengeluar yang lain.Itu yang kami paling kami titik beratkan.Oleh itu faktor kualiti amatlah di pentingkan walau sekecil manapun.

Kerana habuk setitik rosak PWB seluruhnya.....

Gam 3.


Alam percintaan adalah saat indah antara uda dan dara (satu istilah yang hampir pupus dalam dunia melayu).

Manakan tidak,dara yang menjadi idaman hati kini menjadi milik si uda.Mungkin juga si dara tadi adalah gadis pingitan ramai.Maka makin tidak terhinggalah perasaan si uda.

Apakah penyebab si uda terpikat pada si dara?
Mungkin juga kerana kecantikannya,mungkin juga kerana baik tingkah lakunya dan mungkin juga kerana si dara mudah mesra pada siapa jua uda yang pandai mengambil hatinya.

Apa pun jua faktor percintaan,ia hadir kerana ada daya tarikan antara satu sama lain.
Sama ada sedar atau tidak,walaupun perasaan itu tidap dapat di lihat,tanpa daya tarikan,mana mungkin sesuatu hubungan terjalin.

Beberapa contoh di atas menggambarkan dengan adanya sesuatu sebab maka dua benda yang mulanya asing,atau terpisah namun akan bersatu bahkan terjalin. Tapi percaya atau tidak,jalinan yang terhubung atau perkara yang bersatu akan terurai jua sekiranya terdapat faktor yang akan mempengaruhinya.Kulat akan menyebabkan cat mudah tertanggal dari dinding,lapisan copper tidak dapat melekat dengan lapisan besi sekiranya terdapat kotoran.Bahkan uda dan dara yang hangat bercinta juga boleh berpisah kerana hadirnya orang ketiga,ataupun masing sudah tidak ada daya tarikan yang mampu mengekalkan hubungan mereka lagi.

Cuba hayati kisah terakhir ini pula....

Gam 4.

Menurut cerita orang yang terhampir dengan Allahyarham Ustaz Asri (kumpulan Rabbani),ketika saat saat terakhir sebelum beliau tidak sedarkan diri ketika berlatih satu program,beliau ada meminta pada pihak penganjur majlis,akan kitab Al Quran.Namun ketika itu tiada Al Quran yang dapat di berikan mungkin atas sebab yang hanya Allah SWT yang tahu.Mengapa di saat itu Allahyarham meminta Al Quran samada untuk di baca atau selainnya?? Mungkin agakan yang boleh di buat ada satu tabiat Allahyarham Ustaz dan tabiat itulah yang membuatkan Al Quran begitu dekat di hati Allahyarham Ustaz. Wallahua`alam...

Sebenarnya beribadah dalam seharian juga perlukan daya tarikan dan perlu ada pemangkin bagi sesuatu ibadat itu melekat di dalam jiwa seseorang.Banyak kaedah kita boleh praktikan.Sekiranya ibadah itu wajib,maka sudah tentulah `gamnya` adalah ketaatan hamba yang tidak berbelah bahagi kepada Tuannya iaitu Allah SWT.Ibadah sunat juga mungkin begitu kaedahnya yang membezakan adalah hukum sahaja.

Mungkin juga kecintaan kepada sesuatu ibadah itu timbul dan lebih kita sayang bila kita tahu fadhilat mengamalkannya.Fadhilat atau kelebihan tadi akan membuatkan seseorang itu teruja itu melakukan sesuatu ibadah.Contoh yang paling relevan untuk dikaitkan dengan bulan Ramadhan adalah kebaikan malam Lailatul Qadar,iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.Itupun kalau kita penuhi aktiviti dengan beribadah,sekiranya tidak,berlalu sahajalah malam yang mulia itu.

Ada juga kaitan istiqamah dalam beribadat.Istiqamah atau berterusan melakukan ibadah walaupun ibadah itu kecil akan menjadikan si pengamal sayang untuk meninggalkannya.Di sebabkan istiqamah tadi,wujud 1 `gam` semulajadi antara makhluk dengan ibadahnya.Kalau inilah yang terjadi,pastinyalah kebarangkalian untuk tidak melengah lengahkan satu ibadah tidak akan terjadi.Jauh sekali untuk meninggalkanya tanpa sebab musabab.

Apa yang dapat di simpulkan adalah,Allah SWT menetapkan sesuatu kejadian itu dengan sebab.Samada kita berusaha mencari sebab ataupun sesuatu perkara itu tidak mungkin akan berlaku kepada kita.Berusahalah,sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Lagi lagi pada bulan Ramadhan yang penuh barokah ini.


Jom tambah amal…..

Mulakan hari dengan Basmallah.

Saturday, August 22, 2009

.: kurikulum dan silibus hidup :.


Madrasah 1 Ramadhan.....

Agaknya ada lagi ke istilah KBSR dan KBSM?

Silibus dan kurikulum pembelajaran bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang seingat saya di perkenalkan pada pertengahan 80-an.

Semasa di perkenalkan dengan kurikulum itu,usia saya masih terlalu mentah untuk memahami secara mendalam apakah maksud sebenar di sebalik istilah istilah tersebut.Jauh sekali untuk membuat perbandingan dengan sistem yang di guna pakai sebelum itu.Cuma yang pernah saya di ajar dan di beritahu matapelajaran bagi KBSR ada berbeza dengan sistem pembelajaran yang lama.

Contohnya :
A.Subjek matapelajaran sistem lama sebelum KBSR : Ilmu alam,ilmu hisab,tawarikh dll.
Peperiksaan penilaan darjah 5 : (matapelajaran tidak dapat dipastikan tetapi 5 subjek)

B.Subjek matapelajaran sistem KBSR : Alam & manusia,matematik dll.
Peperiksaan UPSR darjah 6 : 4 subjek.Bahasa Inggeris,BM (pemahaman),BM (penulisan),Matematik.

Kalau di Johor pula mempunyai sistem sekolah agama yang di tadbir oleh kerajaan negeri.Antara kami lebih ‘glamour’ dengan istilah sekolah petang.Sebabnya sekolah di adakan pada sessi petang selepas paginya bersekolah kebangsaan.

Para pelajar layak untuk mengikuti sistem ini mengikut syarat tertentu.Jadual masa di susun seawal jam 2 hingga jam 3 setengah petang untuk pelajar Darjah 1~3.Manakala untuk pelajar Darjah 4~6 dari jam 3 setengah hingga jam 6 setengah.

Antara matapelajaran untuk darjah 1~3:
Adab,Ibadat,Tauhid,Tajwid,Tarikh,Bahasa Arab,Al Quran,Amali dll…
Antara matapelajaran untuk darjah 4~6:
Ibadat,Tauhid,Tajwid,Faraid,Muamalat,Munakahat,Jenayat,Bahasa Arab dll..

Walau apa pun jua bentuk kurikulum atau silibus,pasti pada asalnya ia di wujudkan dan di laksanakan untuk mencapai matlamat yang telah di rancang.Dan di sepanjang perlaksanaan itu barulah di ukur sejauh mana keberkesanan.Mungkin juga ada tokok tambah bagi memperbaiki serba sedikit kelemahan yang di kesan.Sudah lumrah manusia,tidak lepas dari sifat cacat cela di atas segala usaha walau bagaimana terperinci susunannya.

Hidup tu kan satu perkongsian…

Suka saya kongsikan sedikit sebanyak kisah cerita bersangkut paut dengan korikulum dan silibus ini.

Sepanjang tahun 1992,bermula jam 6 setengah petang di sudut sebuah surau terlihat satu kelompok besar pelajar yang sudah lengkap berbaju melayu,kain pelikat dan songkok berkumpul.Di hadapan kelompok besar itu ada seorang pelajar yang sedang berdiri dan menyampaikan sesuatu,pelajar yang sedang duduk pula sibuk memasang telinga.Selepas seketika,kelompok yang besar tadi berpecah menjadi beberapa kelompok yang lebih kecil.Situasi tetap sama,setiap kelompok kecil akan ada seorang pelajar yang akan menyampaikan sesuatu dan pelajar lain akan mendengar sambil tangan sibuk mencatat sesuatu.Bila azan maghrib berkumandang,maka bersurailah mereka mengikut kelompok masing masing.Selepas itu ada yang memperbaharui wuduk,ada yang sibuk membentang kain safrah saf dan ada pula yang sudah bersedia di dalam saf.

Begitulah senario harian surau SMSS,setiap hari.Selepas sahaja tamat waktu riadah petang atau lebih glamour dengan ‘main petang’ para pelajar tingkatan 1 di wajibkan untuk turun usrah.Surau adalah destinasi utama selepas sahaja bersiap.Buku nota dan alat tulis di bawa bersama sebagai nota catatan.

Di surau,naqib biasanya sudah setia menunggu.Naqib biasanya terdiri dari pelajar tingkatan 2.Bila semua pelajar tingkatan 1 sudah berkumpul,maka salah seorang naqib akan membuka majlis dan menyampaikan beberapa pesanan ataupun teguran harian.Selepas itu,para pelajar akan di pecahkan ke dalam kelompok usrah yang lebih kecil mengikut dorm.Dan pada setiap kelompok kecil tadi ada pula seorang naqib yang akan membimbing aktiviti.Biasanya samada naqib akan membacakan kitab atau buku sirah yang mudah ataupun membuat perbincangan dengan tajuk yang di tetapkan.

Menjelang hampir maghrib,ketua naqib akan datang memantau aktiviti harian.Sekiranya ada perkara mustahak,barulah ketua naqib akan memanggil semua anak usrah termasuk naqib naqib untuk mendengar pesanan dan teguran.Semuanya dengan satu tujuan,untuk memastikan semua pelajar tingkatan 1 hidup dengan adab dan peraturan dan memastikan naqib pula membimbing dengan cara yang telah di tetapkan.

Itu aktiviti harian….

Setiap hujung minggu pula,aktiviti rasmi pelajar tingkatan 1 adalah mengutip segala macam habuk atau sampah yang bertaburan di atas permaidani surau.Berbaris lah semua pelajar mengambil sebaris saf setiap seorang.Berbekalkan rehal plastik sebagai tempat bekas habuk yang di kutip,merangkak lah setiap pelajar setapak demi setapak.Naqib setiap kumpulan pula akan meronda dan memastikan tiada pun sebutir sampah yang tertinggal di atas dan sekeliling saf.

Begitulah rutin setiap pelajar blok D.Program dan aktiviti telah di susun oleh PPI (Persatuan Pelajar Islam) yang di pimpin oleh pelajar Tingkatan 5 dan di naungi oleh seorang Ustaz yang merangkap warden asrama.

Dan kemuncak bagi segala usrah dan aktiviti harian,mingguan dan bulanan merupakan Malam Kebudayaan Islam (MKI).MKI akan di adakan di hujung tahun yang akan di isi dengan pelbagai aktiviti.Dan antara aktiviti yang menjadi tumpuan adalah persembahan dari anak anak usrah.Biasanya persembahan adalah nasyid yang di selitkan seli dengan pentomin.Setiap kumpulan akan berbincang dan memilih sendiri tajuk nasyid mereka.Biasanya tajuk nasyid di ambil dari nasyid nasyid yang di hafal dan di praktikkan ketika aktiviti usrah.Tetapi yang menjadi tarikan pada MKI adalah pentomin yang terhasil dari idea original dan asli anak anak usrah.Persembahan ini akan di adili dan persembahan terbaik akan dipilih untuk menjadi juara.

................................................
Berjalan,bermusafirlah,
Melihat keAgungan Allah,
Meninjau menitilah,
Rahsia ciptaan Allah,

Kunjungilah makam kekasih Allah,
Kenangilah Rasulullah,
Bangunkan jiwa jihad Islami,
Semangat syuhada Illahi,

Marilah bermusafir,
Laksanakan tuntutan jiwa,
Bermusafir,berkelana,
Luaskan pandangan saujana,
Bermusafir berkelana……..

Antara lirik nasyid yang boleh saya ingat.Itupun setelah memerah segala daya dan ingatan….Itu pun sudah hampir lupa melodinya…

Begitulah serba sedikit silibus hidup pelajar asrama tingkatan 1 SMSS.Usrah yang di praktikan membina tali kekuatan antara kami.Susah senang di harung bersama.Segala masalah di bawa berbincang antara naqib dan anak usrah.Segala kesilapan di tegur dan manisnya tentulah kenangan yang mungkin tidak akan di lupa,MKI.Di situlah titik tolak permulaan hidup baru kami.

Selepas sahaja MKI,pelajar tingkatan 1 sudah tidak diwajibkan turun usrah.Ada yang menganggap ia merupakan saat kemerdekaan.Waktu petang hari sudah tidak perlu berkejar untuk mandi takut lewat ke usrah.Petang hujung minggu tidak lagi di ‘ganggu’ dengan aktiviti mengutip sampah di dalam surau dan boleh di ganti dengan tidur panjang yang lena.

Begitulah pemikiran ketika itu yang sudah tentunya masih lagi mentah dengan erti hidup.Namun yang pasti,kehidupan tanpa usrah adalah kehidupan tanpa bimbingan dan pemerhatian.Hanya mengharap bekal yang di beri ketika setahun usrah untuk meneruskan perjalanan hidup di dalam asrama.Cukupke??

Mujurlah PPI cekap dan punyai strategi bagi menangani gejala ini.Pelajar pelajar tingkatan 1 yang telah melalui MKI dan mempunyai potensi di pilih menjadi naqib untuk sessi tahun hadapan.Golongan yang di pilih inilah yang akan meneruskan nafas usrah di SMSS.Itu pun hanya sebilangan kecil yang berpotensi.Apa pula akan terjadi kepada anak anak usrah yang lain.

Secara zahirnya mereka yang tidak terpilih menjadi naqib atas alasan tidak berpotensi.Namun secara batinnya,mereka juga harus mendapat bimbingan yang berterusan bagi mengekalkan dan menambah baik peristasi dan akhlak mereka.Kerana mereka mereka ini walau tidak menjadi naqib,tetapi akan menjadi contoh pula pada pelajar bawahan.Junior akan mengikut senior.Dan yang banyaknya senior akan memberi tunjuk ajar kepada junior.Jika tunjuk ajarnya betul,maka betullah didikan.Jika sebaliknya,rosaklah junior dengan tunjuk ajar senior.

Begitulah hakikat sebenar kehidupan….

Walau contoh yang diambil adalah situasi yang hanya berlaku di dalam sebuah asrama sekolah,namun ia sebenarnya mewakili sebahagian kehidupan.

Hidup yang tanpa bimbingan dan teguran akan menyebabkan jiwa leka dengan dugaan dan cabaran dunia.Keseronokkan memanglah pilihan hati,tetapi ada hadnya…

Untuk itu carilah semula sinar yang boleh menjadi penyuluh dalam hidup.Dalam dunia yang serba moden ini,perhubungan dapat di jalin dengan mudah.Gunakanlah untuk kebaikan.Seorang ustazah ketika sessi forum yang bertajuk ‘Di Ambang Ramadhan’ ada mengingatkan hadirin dan hadirat supaya mengamalkan gaya hidup bermasyarakat.Dan sudah pastinya masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat yang berlandaskan hukum hakam agama mengikut cara yang di tunjukkan oleh Rasulullah SAW menjadi pilihan.

InsyaAllah….

Jom daftar diri untuk Madrasah Ramadhan…

Friday, August 14, 2009

Senior kah kita?

(lagi edisi tanpa gambar.....)

Saya di lahirkan di hujung era 70-an.Di ketika usia saya masih kanak kanak,teknologi dan kemajuan tidak semaju seperti zaman sekarang.Waktu itu bekalan elektrik masih lagi belum sampai ke kampung kami.Bekalan air bersih hanya datang dari perigi atau kolam yang di gali dengan tenaga manusia.Di tambah kawasan kampung kami di kelilingi dengan tanah gambut.Hanya air hujanlah menjadi punca bekalan air bersih untuk sumber minuman.Namun alhamdulillah saya dapat membesar seperti kanak kanak lain di bandar yang taraf hidup mereka mungkin lebih baik dibandingkan dengan kami.

Di takdir kan pada tahun 1992,saya berjaya memasuki sekolah berasrama harian di Bandar Muar.Walaupun jarak kampung saya untuk ke Muar tidaklah terlalu jauh,namun begitu jelas perbezaan taraf hidup mahupun gaya hidup masyarakat setempat.

Disebabkan asrama harian,iaitu hanya sebahagian pelajar sahaja yang tinggal di asrama,keketaraan tertampil jelas bagi pelajar pelajar yang memang asal mereka dari kawasan bandar.Cara pemakaian mereka,cara percakapan,gaya berkawan semuanya saya anggap amat berbeza.Kadangkala kehidupan mereka terlalu bebas dalam bergaul sesama mereka sehinggakan pelajar pelajar senior bebas menghisap rokok di belakang tandas ketika waktu rehat.Untuk catatan,zaman 1990-an aktiviti pelajar sekolah merokok amat asing sekali dan hanya mereka yang bergelar senior sahaja yang berani merokok di kawasan sekolah,itupun secara sembunyi sembunyi.Dan yang pastinya kami pelajar tingkatan 1 hanya mampu ‘melihat’ kejadian itu dengan mata yang di paksa tutup.Mulut pula jauh sekali untuk di buka.Bagi saya,senior ketika boleh melakukan apa sahaja yang mereka ingin lakukan dan pelajar junior hanya mampu melihat sahaja tindak tanduk mereka.

Seperti sudah ditentukan,selepas sebulan di Sek Tun Perak,saya mendapat tawaran ke Sekolah Maahad Muar,sebuah sekolah yang menjadi rebutan ramai bagi mereka mereka yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah.Sekali lagi saya di dedahkan dengan hidup berasrama.Kali ini,para pelajar yang ada datang dari pelbagai latar belakang.Namun para pelajar masih di terapkan untuk memberi penghormatan kepada pelajar yang lebih senior.

Bayangkan kalau pelajar tingkatan 6 atas yang berusia 20 tahun dan saya yang baru sahaja berusia 13 tahun.Terlalu jauh jarak umur kami.Memang ketika itu 'dunia' hidup asrama hampir kerap di selubungi ketakutan.Mungkin size tubuh badan para senior ataupun riak muka mereka yang garang? Saya pun tidak berapa pasti.Tapi menurut senior yang agak dekat jarak usia kami,iaitu pelajar tingkatan 2 atau 3,kami di kehendaki mengucap salam apabila berselisih dengan pelajar senior.Mungkin kerana perasaan terlalu takut sehinggakan ada sahabat saya mengucapkan salam kepada senior kami di hadapan tandas.Apa lagi…dengan percuma junior itu mendapat ‘khidmat nasihat’ secara tunai.Herdikan yang agak kasar bagi kami yang mempunyai tubuh badan yang memang ketara kerdil.

Jodoh saya tak lama di Maahad Muar.Cukup sebulan saya mendapat pula tawaran di SMSS sebuah sekolah berasrama penuh di KL.

Hijrah lagi…..

Kalau di 2 buah sekolah terdahulu,saya tinggal di dorm yang bercampur dengan senior yang lain.Kehidupan dan rutin harian adalah agak ketat.Kami pelajar Ting 1 di paksa awal dalam semua hal.Mandi pagi awal (seawal 5 pagi),masuk surau awal,sarapan awal,pergi ke kelas awal dengan alasan untuk tidak menganggu ‘schedule’ para senior.Tak sabar rasanya nak jadi senior ketika itu…….

Tetapi di SMSS kami pelajar Ting 1 di tempatkan di blok khas 3 tingkat yang hanya di huni oleh pelajar tingkatan 1-Blok D.Namun setiap dorm yang kami tinggal ada seorang Ketua Dorm Ting 4.Sekali lagi berhadapan dengan kerenah dan birokrasi ketua dorm merangkap senior.

Banyak kisah pahit manis yang kalau hendak di nukilkan,mungkin boleh di bukukan menjadi biografi seorang pelajar asrama.Tetapi suka saya nukilkan satu 'kisah' dimana hanya batch kami yang mampu realitikan.Tidak pernah terjadi dan belum lagi berulang tragedi yang sama sepanjang sejarah pembinaan dan tertubuhnya SMSS iaitu sejak 1974.(Ye ke?? correct me if i`m wrong...)

Ceritanya begini…..

Di satu malam yang hening,di dalam dewan besar SMSS,maka terjadilah satu peristiwa di mana semua pelajar Ting 1 meluahkan rasa tidak puas hati kami terhadap ketua dorm masing masing kepada ketua warden asrama yang juga merupakan guru displin sekolah.Dari yang sekecil biji sawi sehinggalah yang sebesar dinosaur semua terdedah dan di’londeh’ malam itu.Apa lagi….bagai halilintar yang menyambar mangsa.Tindakan drastik telah di lakukan oleh pihak asrama,iaitu ‘menghalau’ semua ketua dorm yang ada dari sarang ‘mewah’ mereka di Blok D kembali ke banglo semi sederhana di blok B.Malam itu mereka sudah tidak lagi kebal bahkan pada malam terakhir mereka menikmati saat saat sebelum meninggalkan sarang ‘mewah’,mereka hanya mampu memberi amaran yang hanya kami pandang dengan sebelah mata.

Apa komen ketua ketua dorm kami??

'Koranglah batch yang paling tak reti di untung.’

Ehehehe….Tu lah….Masa ada ‘power’ tak sedarkan diri.Buat tindakan ikut nafsu dan perasaan.Kami ini manusia yang boleh bersuara dan ada yang mahu mendengar luahan ikhlas kami.Agaknya,begitulah antara isi hati kami semua ketika itu.Sudah tidak perlu risau kehadiran malam Jumaat.Malam ‘assembly’ rasmi blok D.Malam di mana pertuduhan di bacakan di hadapan ramai dan di hukum tanpa bicara.Di tuduh tanpa di benarkan membela diri…

Cukuplah sekadar itu dahulu…

Tamat zaman era persekolahan,masuk pula era pendidikan tinggi.Sekali lagi kami berhadapan dengan ‘kerenah’ dan ‘songel’ senior.Kali ini senior hanyalah berbeza setahun.Namun senior tetap senior.

Kali ini apa pula kerenah mereka??

Mungkin ramai antara kita tidak berpeluang menjamu aiskrim di bilik gelap.Tiada alasan mengapa mahu menjamu aiskrim di bilik gelap kan? Mungkin hanya inilah cara yang dapat di fikirkannya oleh senior kami bagi ‘menundukkan’ dan ‘menakut nakutkan’ kami namun mereka licik dengan memberi alasan ‘ice breaking’.
Siapalah punya idea dan konsep ‘ice breaking’ ini? Sehingga kini saya belum berjumpa dengan ‘tokoh’ yang berkenaan….

Kita ketepikan sebentar kisah zaman menuntut ilmu…

Tempat saya bertugas sekarang adalah syarikat ketiga semenjak saya memulakan kerier sebagai pekerja kilang.Syarikat yang berlatarbelakangkan bidang elektronik dan mula ditubuhkan pada tahun 1995 iaitu 14 tahun yang lepas.Pekerja syarikat terdiri dari pelbagai lapisan jawatan dari Pengarah Urusan sehinggalah kepada operator pengeluaran.
Setiap lapisan jawatan mempunyai status senior bagi membezakan antara satu sama lain.Maka di wujudkanlah jawatan senior operator,senior clerk,senior officer malah sehingga senior manager.

Yang menarik perhatian dan pemerhatian saya adalah cara dan tindak tanduk seseorang yang telah bergelar senior.Masing masing menjalankan skop tugas mereka,tetapi ada segelintir individu yang terlalu mengagumi jawatan senior mereka.Malah ada yang terlalu bangga dengan kesenioran yang mereka ada.Walaupun secara zahirnya,mereka hanya di anggap senior di sebabkan mereka telah bertugas dalam tempoh masa yang agak lama.Namun dalam situasi sebenar,seperti wujud satu ‘twilight zone’ antara senior dengan yang bukan senior.

Keadaan sebegitu menjadi budaya sehinggakan senior yang berikutnya pula meneruskan ‘budaya’ senior yang ada.Kadangkala terfikir sejenak,mengapa mereka boleh jadi begini??

Sewaktu saya mula mula bertugas di sebuah kilang di Johor yang di asaskan seawal tahun 1979,saya amat tertarik dengan kemesraan para pekerja di sana.Tiada rasa ganjil/kekok sekiranya pekerja jawatan atas makan semeja dengan pekerja biasa.Malahan boleh bergurau mesra.Bayangkan ada seorang Line Leader yang bertugas sejak tahun 1979,sedangkan waktu itu saya baru sahaja di lahirkan ke muka bumi ini.Kalau hendak di ukur tahap kesenioran,tentulah tidak dapat disangkalkan lagi dan memang layak beliau di iktiraf sebagai senior.Mahukan tidak,ketika itu sahaja dia telah menghabiskan masa selama tidak kurang 24 tahun di syarikat tersebut.24 tahun??? Tapi cara dan tindak tanduk beliau amat saya hormati.Penuh sabar menunjuk ajar kepada setiap pekerja di bawah jagaan beliau walau kadangkala nampak ketegasan beliau di sesuatu keadaan.Itu perkara lumrah dan biasa….

Jika di nilai kembali beberapa kisah benar di atas,kita memang tidak boleh lari dari pelbagai ragam dan kerenah manusia.Namun persoalan yang masih belum terjawab,apakah istilah ‘senior’ itu relevan dengan gaya kehidupan masyarakat umum.Adakah ‘senior’ itu menjadi penanda ukur untuk sesuatu perkara atau ‘senior’ itu menjadi syarat kepada penentuan keadaan.

Cuba kembalikan sedikit memori kita yang ada.Kita di ajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari kita.Kita juga di didik sekian lama untuk taat kepada ketua.Namun dari cerita dan kisah di atas,saya tidak dapat untuk mengkategorikan dimana duduknya kelas ‘senior’ itu.Samada senior itu konsep yang diadakan 'kemudian' ataupun itu satu budaya/konsep yang boleh di amalkan.Saya akan kemukakan jawapan sekiranya saya ketemui jawapan mahupun hujah yang relevan.

Memang sukar untuk membuat rumusan…

Jom muhasabah lagi……

Thursday, August 13, 2009

Ketika jiwa terbuai.....

Kekadang pelik gak rasanya.Semakin banyak yang kita tahu,rupa rupanya semakin banyak lagi yang kita tak tahu.Terasa diri ini semakin kecil jika hendak di bandingkan dengan keluasan ilmu yang terbentas luas di hadapan kita.

Masa zaman kanak kanak dulu,perkara yang paling di impi impikan adalah saat boleh menunggang basikal.Melihat abang abang atau kakak kakak yang sudah boleh menunggang basikal adalah satu cabaran lantas menjadi dorongan dan semangat kepada diri sendiri.Apa yang bermain di minda adalah keseronokkan nikmat berbasikal dan yang paling penting tidak perlu lagi berlari/berjalan kaki untuk ke kedai atau seumpamanya.Penat rasanya berjalan kalau mahu ke kedai atau ke tempat berlatih perang.

Tamat zaman kanak kanak,lain pula cabarannya.Zaman persekolahan pula,mula terasa keinginan untuk menunggang motorsikal.Agaknya kaki sudah mengeluh kerana hampir tiap masa tugasnya hanya mengayuh basikal.Akhirnya berjaya juga menunggang motorsikal sendiri seawal sekolah rendah…….

Agak lama ‘feel’ keseronokkan menaiki motorsikal ini dapat di rasa.Hanya semasa tamat zaman belajar barulah hilang ‘feel’ keseronokkannya.Itupun kerana beralih ke dunia bekerja.Cubaan dan dugaan datang bertalu talu.Hujan dan panas terik menjadi alasan untuk bertukar mood.Kali ini kereta pula yang menjadi igauan sehinggakan terbawa bawa ke dalam mimpi tidur.

Akhirnya zaman ‘merempit’ di tamatkan dengan beralih angin ke zaman melaram dengan kereta yang telah lama di idamkan….

Memang benar agaknya.Semakin bertambah usia kita,semakin bertambah kehendak diri kita.Setelah mencapai kehendak yang ada teringin pula kehendak yang lain...

Berbalik kita kepada persoalan utama....
Pengetahuan yang kita tahu dan yang kita belum tahu…..
(bergantung samada kepada kita cari atau kita tak cari…)

Minggu lepas ketika melayan fikiran sambil mendengar kuliah Ust Abd Rahman,tiba tiba telinga saya menangkap sesuatu input yang baru.Antara isi pentingnya…..

Apakah sebenarnya yang patut kita risaukan dalam kita menyediakan diri untuk menghadapi titik perjalanan kita di muka bumi ini,iaitu saat kematian….??

Penuh dengan tanda soal dan tanda tanya…..

Sesetengah orang beranggapan mati itu adalah saat nyawa di cabut dari jasad.Saat di mana azab dan kesakitan ketika itu di gambarkan dengan banyak kisah dan perumpamaan.
Tetapi sekiranya azab atau kesakitan ketika saat kematian itu menjadi keutamaan untuk di fokuskan,di khuatiri kita tersasar dari tujuan dan hala tuju hidup kita.

Kenapa agaknya boleh jadi begitu…
Contohnya begini:

Dahulu semasa zaman kanak kanak,saya kerap di suruh untuk ke kedai memberi barang keperluan rumah yang kehabisan.Pada suatu hari,saya di minta untuk membeli tepung.Tapi di pertengahan jalan,mata saya terhenti pada 1 kelompok kawan kawan saya yang khusyuk sedang bermain guli.Di sebabkan saya tidak membawa bekalan guli sendiri,saya berhutang dahulu beberapa biji guli dengan seorang kawan saya untuk saya sama sama dapat bermain dengan mereka.Pulangannya agak lumayan…Bukan sahaja saya dapat memulangkan hutang saya,tapi saya mendapat ‘untung’ dalam permaianan hari itu.Tapi malangnya,kerana terlalu khusyuk,sehingga saya lengahkan tujuan asal saya untuk ke kedai membeli tepung.Akhirnya…….ranting kecil menjadi saksi keatas betis saya yang berbirat….

Jadinya,apa yang hendak disampaikan di dalam kuliah Ust Abd Rahman adalah,beliau mengingatkan ada perkara lebih utama yang perlu dititik beratkan ketika menyediakan diri untuk menghadap saat kematiaan.Perkara itu adalah,memastikan setiap dari kita mengakhiri hayat kita dengan kalimah Lailahaillallah dan mati dalam keadaan iman masih di dalam dada.

Apa yang perlu kita usahakan?
Cuba kita mengambil iktibar beberapa cerita di bawah :

Seorang jemaah surau taman tempat saya tinggal pernah bercerita tentang pengalaman kisah benar yang beliau lalui sendiri.

Pada satu ketika,di surau sebuah kampung datang 1 jemaah tabligh.Kebiasaan jemaah tabligh akan tinggal dan membuat aktiviti mereka di sesebuah masjid/surau adalah selama tidak kurang dari 3 hari.Ditakdirkan pada ketika jemaah tabligh ini sedang menjamu makanan mereka datang seorang penduduk tempatan mengherdik jemaah ini dengan mengatakan mereka mereka ini datang membuat sepah di surau kampung mereka.Lantas pakcik itu menyepak dulang makanan dengan kakinya.Di takdirkan ketika dalam perjalanan pulang pakcik itu telah kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.Innalillah……

Di waktu lain pula,ketika satu perkumpulan jemaah tabligh yang lain sedang melakukan aktiviti mereka,salah seorang dari mereka telah di timpa kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.Innalillah…


Masjid Sri Petaling

Satu situasi yang sama tapi kesudahan hidup yang berlainan.

Seorang pakcik yang meninggal dalam kebencian terhadap usaha jemaah tabligh dan satu lagi kisah tentang seorang jemaah tabligh yang meninggal dalam usaha beliau menarik ummat manusia untuk hidup dalam ruang lingkup batas hukum Allah SWT mengikut cara Rasulullah SAW.

Agaknya bagaimana kesudahan hidup kita nanti….Namun itu semua di bawah Kuasa dan Ketetapan Illahi.

amalan mulia...selalu berdoa keHadrat Illahi...

Namun kita boleh berikhtiar dari sekarang untuk berusaha mengakhiri kesudahan hidup kita dengan baik.Ataupun kita biarkan peluang masa hidup ini dengan perbuatan sia sia dan akhirnya kesudahan hidup kita pun sia sia.Maka yang menunggu adalah kehidupan yang ‘rugi’ di akhirat sana….Wanau’zubillah…

“Ya Allah! Ampunkanlah dosa dosa kami dan terimalah amal perbuatan kami yang sedikit ini”

Di dunia ini ada bermacam macam enjin kereta dari pelbagai pengeluar.Merc,BMW,Nissan,Honda,CamPro…
Tidak tersenarai…Performance masing masing amat berbeza,,,,,

Jom check balik performance diri kita!

Wednesday, August 5, 2009

Impianku....

Laman web forbes.com telah menyenaraikan orang terkaya di dunia dalam artikel nya:

The World's Billionaires 2008.

Untuk senarai 3 teratas adalah seperti berikut :
1.Warren Buffett -USD62 bil
2.Carlos Slim HelĂș –USD60 bil
3.William Gates III -USD58 bil

The World's Billionaires 2009.

Untuk senarai 3 teratas adalah seperti berikut :
1.William Gates III -USD40 bil (↓ 18 bil)
2.Warren Buffett -USD37 bil (↓ 25 bil)
3.Carlos Slim HelĂș -USD35 bil (↓ 25 bil)

3 nama yang mungkin tidak lagi asing dalam dunia ekonomi.

Angka angka di atas mungkin tidak dapat kita 'istilah'kan,namun bagi mereka mungkin ada 'istilah' di sebalik angka angka tersebut.Dan yang agak jelas,walaupun ada sedikit sebanyak penurunan,mereka pasti berusaha untuk memperbaiki reputasi mereka detik demi detik.

Di sebalik masalah ekonomi yang teruk telah dan yang sedang melanda Amerika,tidak dapat di jangkakan apa yang akan berlaku pada 2010.Mungkin pakar pakar ekonomi dapat menjangkakan sesuatu.

Namun begitu,dapat di rumuskan serba sedikit seperti berikut:

Manusia yang mempunyai aset samada yang bergerak atau tidak,secara teori ekonominya akan terus mencari pelbagai strategi demi untuk mengembangkan potensi yang ada.Bagi mereka,pusingan jam adalah gambaran modal yang ada perlu terus dipusingkan.Aset yang ada di jadikan modal pusingan demi untuk mendapatkan pulangan yang menguntungkan.Pusingan ini akan berkitar semula sehinggalah ke penghujung tahun.Nanti akaun yang ada difailkan untuk di audit oleh pakar pakar audit seperti PricewaterhouseCoopers.Dari situ nanti,barulah dapat di nilai samada sepanjang 1 tahun kebelakang apakah yang dapat dijana hasil dari kerja keras dan titik peluh yang di perah.Samada dapat disimpulkan,akaun telah meraih keuntungan ataupun sebaliknya menanggung defisit.

Tetapi...sehingga bilakah pusingan ini akan berakhir?

Mungkinkah barangkali sehingga tanah memenuhi mulut… ???

Cuba bandingkan dengan kisah di bawah ini pula......

Seorang tua hidup dan tinggal di sebuah kampung yang agak terpinggir dari kawasan bandar.Hidupnya hanya bermodalkan kudrat yang Allah kurniakan dan berusaha dengan apa yang ada.Mungkin dengan mengusahakan sekangkang kera kebun getah ataupun sepetak dua sawah padi.Di sisi rumahnya pula ada beberapa ekor ayam kampung yang di biarkan lepas bebas.Mungkin sampai masanya ayam ayam tadi akan membiak maka bertambahlah bilangan ayam yang sedia ada.Ataupun mungkin ayam ayam yang sedang membiak tadi menjadi rezeki si musang atau biawak yang pantang lepa melihat ayam lepas bebas.

Namun,bagi si pakcik tua,ayam yang di bela itu tadi mungkin bukan rezeki untuknya seorang.Dan mungkin pakcik itu sedar,ayam ayam itu memang telah di tulis olehNYa untuk makhluk Allah lain yang melata.Bagi pakcik tua itu,cukuplah dengan segala nikmat yang di kecapi selama ini.Mungkin dia berharap,selepas ini ada ketentuan untuknya pula mendapat nikmat yang lain.

1 soalan.....Apakah kesamaan pakcik tua dengan 3 individu di atas?

Jawapannya…mereka semua sama sama kaya.
3 individu di atas kaya dengan harta dan pakcik tua itu kaya dengan jiwa.

Sekarang…kita boleh pilih sendiri jalan manakah yang kita kehendaki…

Tatapilah peribahasa ini ;
Air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan.



Jom mengapai impian sebenar!