Friday, October 28, 2011

:: Travelog Anak Kampung-7 ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Pintu gerbang SMSS.

Bagi kami ketika itu,kehidupan sekolah berasrama penuh adalah tempat yang terkongkong dan penuh dengan jadual.Bangun seawal 5 setengah pagi,mandi dan bersiap,solat subuh berjemaah,berkejar ke dewan makan untuk sarapan pagi,turun ke kelas,naik semula ke dewan makan jam 10 setengah untuk minum pagi,turun ke kelas semula,naik ke dewan makan jam 1 untuk makan tengahari,solat zohor berjemaah,turun semula ke kelas jam 2 petang untuk kelas persediaan petang (prep petang),naik semula ke dewan makan jam 4 setengah untuk minum petang,solat asar berjemaah,jam 5 setengah turun ke padang untuk riadah,6 setengah selesai riadah,berkejar ke asrama untuk mandi,usrah dan solat maghrib,jam 8 pergi ke dewan makan untuk makan malam dan terus turun ke kelas semula untuk prep malam sehingga jam 11,naik semula ke dewan makan untuk minum malam,solat isyak berjemaah dan balik ke dorm untuk bersiap tidur.Ia list yang panjang dan itulah kehidupan kami selama 5 hari seminggu.

Pada hari sabtu pula kami dikehendaki turun ke kawasan sekolah jam 8 pagi untuk aktiviti persatuan badan beruniform.Ia berlanjutan sehingga jam 11.Selepas itu kami diberikan kebebasan untuk membuat sebarang aktiviti.

Pada hari ahad,kuliah subuh akan disampaikan oleh warden bertugas,diikuti dengan riadah pagi (biasanya berjogging di Taman Tasik Permaisuri,Bandar Tun Razak-Lokasi Erra dan Yusri berkhawin).Selepas bersarapan pagi,biasanya pelajar terbahagi kepada dua kelompok,samada terus balik ke dorm ataupun menyambung riadah di padang pula.Jam 9 pagi kami dikehendaki bersedia di kelas untuk prep pagi sehingga jam 12 dan selepas makan tengahari,kami bebas untuk melakukan sebarang aktiviti.

Itulah rutin kami selama seminggu yang berulang-ulang.

Keluar Bandar.

Antara yang dinanti-nanti oleh kami sebagai 'penunggu' asrama adalah aktiviti keluar bandar pada hujung minggu (outing).Ia adalah aktiviti yang dibenarkan 2 minggu sekali dan diselang selikan dengan kebenaran untuk balik bermalam.Bagi kami yang kampung halaman nun jauh dimata,aktiviti adalah hanya keluar ke bandar.

Bayangkan sahajalah baru sekitar umur 13 tahun,budak kampung yang tidak pernah merayau di bandar sebesar Muar seorang diri,tiba-tiba terus sahaja meronda-ronda kotaraya Kuala Lumpur.Apalah jadinya?

Bas mini vs Bas Tong Fong

Di awal-awal tahun 1992,kami akan menaiki bas Tong Fong (no bas 123) untuk berulang alik ke KL.Stesen terakhir adalah di hadapan Plaza Kotaraya.Selang beberapa masa selepas itu,bas mini mula diperkenalkan.Maka bertambahlah pilihan kami untuk pergi ke KL,samada menaiki bas 123 (Kotaraya),bas mini 52 (Metrojaya) atau bas mini 36 (Chow Kit).Malah dengan adanya bas mini 36,langkah kami semakin panjang hingga ke Chow Kit dengan hanya bermodalkan 60 sen (bayaran tiket bagi 1 hala).

Apa yang kami buat ?

Apalah hendak diharap sangat yang ada di dalam dompet atau poket kami.Jadinya,terkadang (baca : selalu) bila kami keluar bandar,hanya berbekalkan beberapa ringgit sahaja. "Janji tambang bas lepas untuk dibayar"-itu prinsip dan slogan kami.Selebihnya aktiviti samada 'melepak' di hadapan TV di dalam SOGO yang menayangkan filem,itupun bergantung kepada nasib.Selalunya filem yang dimainkan adalah sama ketika 2 minggu lepas.

Sekiranya begitu keadaannya,pilihan kedua adalah window shopping di sekitar pasaraya SOGO dan Kompleks Pertama ataupun membaca komik di kedai mamak di bawah Medan Mara.Sebelum balik semula (berjalan kaki) ke Kotaraya untuk menaiki bas balik ke asrama,target terakhir biasanya adalah Pasar Seni.Biasanya aktiviti di sini juga adalah sekitar 'mencuci mata'.Sebelum menuju ke Kotaraya,kami akan ke tingkat atas Pasar Seni (CM-Central Market) untuk bersolat zuhur.Terima kasih kepada kawan-kawan seOUTING yang sentiasa sporting bila tiba waktu solat.

Nota :
SMS Selangor.

1.Berikut adalah rakan seperjuangan ketika berada di Ting 1 Usaha-3 Usaha (1992-94).

Nor Izzatun Udda Mohamed,Norazahlina Mohamed,Siti Aida Idris,Maslina Md Aris,Nor Salnizah Yusof,Siti Syuhairah Abd Rahim,Erny Affazly Mokhtar,Rina Irdawati,Sabeha Jamaluddin,Roslin Nor Kamal,Anizamazmi Ahmad,Azny Abdullah,Suzieyana Kasnon,Nor Faizal Mohamed,Mohd Asri Yusof,Noor Khairul Anuar Ismail,Muhammad Afizi Abd Majid,Shuhaini Asnan,Lukman Che Hassan,Zainuddin Haron,Zairul Isham Abdul Malik,Ruzaihan Jaafar,Shahmizart Tumingan dan Mohd Rizal Salikon (penulis)

2.Bas Tong Fong kemudiannya digantikan dengan bas Intrakota bernombor sama iaitu 123 tetapi tambangnya sudah menjadi 90 sen.

...kisah akan datang : "di pow!"

Wak,
TDI.

Thursday, October 27, 2011

:: Lakaran Sejarah ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Barangkali ramai di antara kita yang mengikuti perkembangan Palestin (isu Gaza dan Baitulmaqdis) samada dari dekat mahupun jauh.

Tidak kiralah samada anda mengikuti isu ini ataupun tidak,isu Palestin sebenarnya adalah isu ummat Islam,tidak kiralah di mana kita berada,bukannya isu orang Palestin sahaja.Tanah Palestin adalah tanah milik orang Islam.Mungkin ada di antara kita yang berjaya melawat masuk ke Baitul Maqdis.Ia tidak mendatangkan banyak kebaikan kepada Palestin,malah memberikan pulangan pula pada negara haram Israel.Antaranya :

1. Bila ingin memasuki Baitul Maqdis,akan dikenakan bayaran,khabarnya sebanyak USD150.Dan wang bayaran ini sudah tentunya akan dimasukkan ke dalam akaun Negara.
2. Kerajaan Malaysia tidak membenarkan rakyatnya melawat Israel (sila lihat passport antarabangsa).Jika kita datang melawat juga,tentulah Israel gembira melihat kita melanggar undang-undang negara kita sendiri.

Nota : Apabila masuk ke dalam Baitul Maqdis,passport kita tidak akan di cop,tetapi pelawat akan diberikan pas masuk.

3. Apabila kita melawat Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa,kawasan itu sebenarnya kawasan aman.Jadinya apabila kita melihat kawasan tersebut aman,tentulah kita akan menceritakan apa yang kita lihat kepada orang lain.Dan tentulah orang lain juga akan termakan dengan cerita kita.Dan inilah yang menguntungkan Israel.

Khabar terkini.

Beberapa minggu lepas,liputan akhbar dan media internet (dalam dan luar negara) begitu sibuk melaporkan salah satu kejayan terbesar kerajaan Hamas di Palestin.Ianya berkisar tentang pertukaran sejumlah 1027 tahanan Palestin dengan seorang tawanan perang Israel.Berikut adalah salah satu petikan akhbar tempatan :

Laporan NST (19 Oct-Wed)
Komen saya : Tidak pasti mengapa liputannya
menjadi begitu.Mengapa gambar Ghilad Shalit
sebegitu gah?Seolah-olah,dialah wira negara haram mereka.
Sedangkan pada pertukaran sessi pertama,sejumlah
400 lebih warga Palestin dibebaskan.
Mengapa ia seperti dikaburkan-dengan gambar sekecil itu?
Ingat,gambar juga bisa berbicara.....

Apapun,satu perkembangan positif telah berlaku di Palestin.Ia menggambarkan satu kejayaan yang membawa ummat Islam setapak lagi ke hadapan dalam usaha kita membebaskan Palestin.

Ayuh!!

Wak,
TDI.

Tuesday, October 25, 2011

:: Aktif vs Pasif ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Dalam istilah bahasa,pasif bermakna tidak bergerak/melakukan kerja sendiri.Manakala istilah aktif adalah kata lawan bagi pasif.Dalam ilmu sains,matahari adalah bersifat aktif,di mana ia mengeluarkan cahaya sendiri.Manakala bulan pula dikategorikan sebagai pasif kerana tanpa matahari,bulan tidak dapat mengeluarkan sinaran pada waktu malam.

Cahaya adalah sumber keperluan di dalam kehidupan.

Iklan.

Dalam ‘budaya’/trend dan gerak kerja dakwah masakini,pelbagai usaha dan teknik digunakan dalam menggerakkan ummat agar mereka juga turut sama menyuburkan aktiviti keIslaman.

Contohnya,apabila hendak menganjurkan sesuatu aktiviti berupa majlis,sessi penerangan mahupun ceramah yang akan melibatkan umum,antara pendekatan untuk mengajak masyarakat sekeliling untuk turut hadir ke majlis yang akan dianjurkan adalah dengan menggunakan kaedah pengiklanan.Penggunaan media cetak seperti bunting,banner,flyer adalah salah satu contoh pengiklanan.

Selain itu dengan bantuan teknologi terkini,maka pengiklanan juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah mewar-warkan majlis yang akan dianjurkan itu melalui e-mail,hebahan di e-groups ataupun membuat entry tertentu di dalam laman blog.

Membuat panggilan telefon juga antara kaedah lama yang masih dipraktikkan sehingga kini memandangkan impak/kesan/pengaruhnya yang tinggi.Biasanya kaedah menelefon ini dipraktikkan pada rakan-rakan terdekat sahaja memandangkan ia memerlukan kos.Maka untuk mengimbangi kos,teknologi sistem maklumat ringkas (sms) yang telah diperkenalkan juga antara yang menjadi pilihan bagi penggerak-penggerak/jentera pengiklanan untuk satu-satu majlis/acara.Selain kosnya yang agak murah,segala maklumat akan dapat disampaikan tanpa sebarang ketinggalan,malah maklumat juga boleh diedit dan sebagainya.Lebih dari itu,maklumat itu akan sentiasa ada pada orang yang telah kita sampaikan mesej berkenaan selagi sms itu tidak dipadam oleh penerima.

Terbaru,kemajuan dalam bidang sistem maklumat telah dipertingkatkan.Maka terhasilah teknologi SMS blaster.Sistem maklumat ringkas (sms) yang telah kita rangka boleh di hantar/disebarkan kepada ramai penerima dengan hanya satu klik sahaja.Selain ia menjimatkan masa,kos yang tertanggung juga jauh lebih murah berbanding dengan sistem sms yang sedia ada.Lagi cepat,lagi mudah,lagi murah itulah pilihan masyarakat zaman serba canggih kini.

Sasaran dan objektif.

Tangga sering dikatkan dengan
usaha untuk menuju kejayaan.

Dengan erti kata mudahnya,antara objektif pengiklanan adalah untuk menarik masyarakat bagi menghadiri majlis/acara yang dianjurkan,samada ia dianjurkan secara kecil-kecilan mahupun sebaliknya.Kerana,majlis yang dianjurkan sudah pastinya mempunyai mesej-mesej penting yang ingin disampaikan kepada masyarakat samada untuk kesan jangka masa pendek mahupun kesan jangka masa panjang.Lagi ramai masyarakat yang datang,lagi banyaklah yang akan menerima mesej berkenaan.Maka mereka-mereka yang datang itu pula diharap dapat menyampaikan maklumat/mesej yang mereka terima itu kepada orang lain pula yang tidak dapat hadir ke majlis berkenaan.Jika proses ini berterusan,maka maklumat yang disampaikan pastinya akan sampai jauh hingga ke akar umbi masyarakat.Sudah tentunyalah ini satu perkembangan yang positif dalam pada usaha penggerak-penggerak dakwah membina semula masyarakat yang kian hari kian ditekan oleh anasir-anasir luar samada secara terang-terangan mahupun secara halus.

Tetapi sejauh mana?

Namun,walaupun pelbagai usaha telahpun dirancang/diatur/dibuat/dijalankan tapi sejauh manakah ia mampu menarik audien untuk hadir ke majlis yang dianjurkan.Mungkin untuk pergi sejauh pengiklanan di kaca TV,di radio mahupun di suratkhabar arus perdana memerlukan belanja yang amat tinggi,namun tentunya pihak penganjur serta ahli jawatankuasanya mengharapkan audien yang hadir mampu sekurang-kurangnya mencapai target sasaran.Ini penting kerana dengan jumlah kehadiran audienlah menjadi antara kayu pengukur kepada keberjayaan/keberkesanan pengiklanan.

Nisbah kadar kehadiran.

Nisbah kadar kehadiran sebenarnya mempunyai angka keramat.Angka keramat ini sebenarnya adalah hasil dari beberapa kajian mengenainya dijalankan.Mengikut kajian,sekiranya kita berjaya mengedarkan sejumlah flyers/e-mail/sms maka peratusan yang hadir ke majlis itu adalah sekitar 5~10 peratus.Manakala sekiranya yang dijemput itu mempunyai hubungan keakraban,peratusan yang hadir adalah sekitar 25~30 peratus.

Cukupkah audien yang hadir hanya sekadar itu jumlahnya,jika diambil kira angka keramat itu?

.......keluar sebentar dari kotak perbincangan.

MLM.

Pernahkah melihat bagaimana para penggiat MLM membuat promosi? Pertamanya mereka akan berjumpa siapa sahaja untuk mempromosikan barangan mereka.Tidak kiralah samada individu itu orang yang mereka kenali ataupun tidak.Sambil mempromosikan barangan agar sipendengar itu mencuba barangannya (baca : membelinya),mereka akan juga mempromosikan agar sipendengar itu turut sama menjadi ahli kepada skim MLM mereka.

Adakah tamat sehingga itu sahaja?

Mungkin sebahagian kita tahu hakikatnya bahawa bagi penggiat MLM yang benar-benar agresif,mereka sanggup berkorban sehingga menjemput dan menghantar mana-mana individu yang berjaya mereka pujuk untuk hadir ke dewan/pejabat mereka.Ini bagi mereka memberi peluang kepada individu tadi mendengar penjelasan yang lebih berinformasi yang datangnya dari ’otai-otai’ yang telah berjaya menjawat jawatan yang tinggi yang sudah tentunya mempunyai gaji sehingga 5 angka atau lebih.Sudah tentu dengan mendengar sahaja angka gaji berkenaan,maka ramailah yang terbeliak mata mendengarnya.Inilah sebenarnya antara killer point di dalam bidamng MLM..Kebanyakkan mereka yang telah hadir ke majlis penerangan yang diberikan tadi,peratusan mereka untuk menyertai MLM syarikat mereka amat tinggi.

Insurans.

Dalam bidang insurans (insurans hayat) juga mereka mempunyai angka keramat yang tersendiri.Antara mereka berpendapat,berdasarkan kajian,jika agen insurans menemui 10 pelanggan,2 orang dari mereka akan menyertai insurans syarikat mereka ketika itu juga,3 orang dari mereka akan menyertai juga kemudian,2 orang lagi adalah golongan atas pagar (jika usaha lebih sedikit,golongan ini pasti akan turut serta akhirnya),manakala baki 3 orang lagi tidak langsung akan menyertai sehinggalah bila-bila walau apapun usaha yang dilakukan.

Tetapi bagaimanakah mereka mengumpul jumlah 10 orang berkenaan?

Setiap agen insurans sebenarnya mempunyai skil tersendiri untuk mengumpul sejumlah nama untuk dihubungi dan selanjutnya menyusun masa untuk mereka dapat duduk bersemuka.Disinilah nanti ilmu yang dipelajari dipraktikkan dalam membuat persembahan/presentation kepada pelanggan mahupun calon pelanggan.Konsep mereka mudah,mereka tidak perlu tertekan samada sipendengar tadi akan menyertai skim insurans mereka itu tadi atau tidak,kerana dalam diri mereka sudah tersemat dengan sifir angka keramat tadi.Selain itu,agen-agen ini sebenarnya selain berkongsikan ilmu (baca :produk syarikat insurans) dalam pada masa yang sama juga mereka akan mempelajari banyak perkara baru berdasarkan feedback dari pendengar mereka.Feedback-feedback inilah nantinya akan dijadikan homework apabila agen ini kembali ke pejabatnya kelak.

Jemaah Tabligh.

Jemaah tabligh.Usaha dan pengorbanan mereka
memang tidak dapat disangkalkan.
(sekadar gambar hiasan)

Sebut sahaja Jemaah Tabligh,pasti kita akan sedia maklum.Mereka ada dimerata dunia,malah dipelusuk dunia sekalipun.Sehinggakan tidak perlu diperkenalkan lagi mengenai kewujudan mereka di dunia ini.Keterlibatan golongan di dalam jemaah mereka amatlah meluas.Dari setinggi-tinggi pemerintah/tokoh politik,ahli akedemik,tokoh masyarakat,pekerja kerajaan,pekerja swasta,golongan tua,golongan muda,golongan pelajar,bekas penagih dadah,artis,malah sebut sahaja golongan mana,pasti dalam puluhan juta manusia di dalam jemaah tabligh itu pasti akan ada sosok yang kita mungkin tidak sangka mereka juga turut menyertai jemaah ini.

Apa pendekatan mereka?

"Jumpa dan terang mengapa manusia diutuskan ke muka bumi."

Pasif vs aktif.

Dengan erti kata lain,walau secanggih mana teknologi,walau se-gah mana pun peranti elektronik yang kita ada (kata orang sekarang : dunia di hujung jari) untuk mengajak seseorang kepada sesuatu yang baru,ia perlukan tindakan yang AKTIF!!.Dan ianya lebih memberi impak/kesan yang mendalam apabila kita berjumpa muka,bertanya khabar,menjalin ukhwah lalu dilanjutkan dengan melakukan aktiviti seperti beriadah bersama,berbincang dan bertukar-tukar pandangan.Itu suatu konsep dan realiti yang perlu kita titik beratkan.

Usaha dan Tawakal.

Kembali kepada tajuk asal,kerja dakwah adalah kerja yang berterusan,ianya perlu dibuat sehinggalah kepenghujung nafas kita di dunia ini.Tidak kira apa jua angka keramat,sebenarnya hati itu milik Allah.Yang menggerakkan hati itu untuk membuat keputusan adalah Allah.Hidayah yang turun itu juga milik Allah.Tetapi sebagai makhluk,kita perlu berusaha keras dan istiqamah dalam pada kita bertekad untuk menggegar masyarakat agak mereka sedar akan tanggungjawab dan tujuan mereka hidup di dunia ini.Kita tidak boleh hanya mampu berpuashati dengan sekadar berdakwah mengajak manusia ke arah kebaikan dengan memberi bukti dan berhujah kelak bahawa kita sebenarnya telah mengajak mereka.Tetapi sejauh manakah ajakkan itu kita perhalusi.Adakah sekadar hanya sms? Flyers/banner/bunting yang disebarkan di tempat-tempat tumpuan ramai? Ataupun kita sudah mengahantar e-mail dan sebagainya? Sedangkan kita dapat melihat golongan lain mampu mengajak masyarakat umum berbondong-bondong kepada apa yang mereka kejar (kejayaan dunia).

Ayuh para ummat Islam sekelian!

Pasif vs Aktif.Mana pilihan kita?

Nota :
Di atas adalah sebahagian dari perbincangan/bedah siasat selepas penganjuran Malam Bebaskan Palestin yang lepas.

Moga perkongsian memberikan menafaat.

Wak,
TDI.

Thursday, October 20, 2011

:: Kuliah Baru (Siri 8)

Bismillah hirrahman nirrahim.

Berikut dikongsikan isi kuliah maghrib yang telah di sampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Halim (18 Okt 2011-Masjid Paroi Jaya)

Masjid Paroi Jaya.
Kuliah ilmunya hidup dan subur.
Terus berkekalankah ia?

Mukaddimah.

Apabila kita membaca/mendengar pembentangan kisah sahabat Rasulullah SAW,secara langsung kita boleh mengambil contoh cara kehidupan mereka.Ini kerana kehidupan para sahabat adalah merupakan terjemahan amali berkenaan ajaran agama yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.Tambahan lagi akhlak,kehidupan dan perjuangan mereka telah di endorse (disahkan) oleh Allah SWT di dalam Al Quran :

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.(A-li Imran: 110)

Apabila ummat manusia mengkaji cara kehidupan para sahabat,bagaimana permulaan hidup mereka,apa perjuangan mereka,apa pengorbanan mereka,lalu mereka yang mengkaji ini mengambil iktibar dari kisah yang mereka kaji itu,maka mereka boleh berjaya dalam kehidupan ini.Dan sifat-sifat yang dikaji itu pula perlulah di semai dalam masyarakat dan keluarga sejak mereka dari kecil lagi.Jika ini tidak dilakukan dan dilaksanakan dari seawal usia lagi,maka kecuaian ini akan menyebabkan jiwa generasi dan anak-anak muda kita akan kosong tidak dikemudi.Maka kesannya,jiwa yang kosong tadi itu akan mudah terisi dan dipergunakan oleh barat serta musuh-musuh Islam yang sentiasa sahaja bersedia dengan jarum serangan,samada yang halus mahupun yang terang ternyata.

Hidup ini,seperti yang kita sedia maklum,memang mempunyai pelbagai bentuk cabaran,samada ia datangnya dari luar mahupun dari dalam diri kita sendiri.Sebagai contoh,gelombang tsunami dari barat sentiasa sahaja meredah kehidupan ummat manusia dengan mempengaruhi gaya hidup kita agar mengikut gaya hidup mereka.Ternyata,telah wujud dan sampai kepada kita pelbagai bentuk gelombang yang mereka cipta dengan bertujuan tidak lain agar mengalih hala tuju hidup kita agar lebih cintakan kehidupan dunia dan kebendaan.

Kita lihat sahaja disekeliling kita kala ini,kita dilambakkan dengan pelbagai sumber,ideologi yang semestinya bisa mempengaruhi kehidupan kita.Tiap masa dan ketika,ada sahaja samada media massa,tokoh,filem,sistem pendidikan,rancangan TV,artis yang berjenama barat masuk sehingga ke dalam rumah kita melalui pelbagai cara.Maka apabila perancangan teliti yang telah mereka (barat) buat memasuki minda,jiwa dan pemikiran kita,maka tidak mustahillah akan hilang nilai masyarakat yang baik dari dalam diri kita masing-masing.

Kita lihat masyarakat di negara China kala ini.Contohnya,Ghuangzhou adalah salah sebuah negara yang maju di China.Dahulunya bandar ini dikenali sebagai Canton (di negara kita,bangsa cina yang bertutur dengan bahasa kantonis adalah berasal dari Canton).Pesatnya perkembangan di bandar Ghuangzhou jika dibandingkan dengan bandar di negara lain di Asia ini tentulah agak maju ke hadapan.Lapangan terbangnya besar dan lebih canggih dari lapangan terbang KLIA.Bangunan-bangunan tinggi juga pesat membangun.Pendek kata,jika dilihat akan perkembangan dan kemajuan ekonomi mereka,mungkin sedikit masa lagi mereka (negara China) akan menjadi salah satu kuasa besar ekonomi dunia.

Tetapi dunia pada minggu lepas digemparkan seketika bagaimana salah satu CCTV di negara China telah merakamkan satu kejadian yang amat memilukan.Seorang kanak-kanak kecil telah dilanggar oleh lori dihadapan lorong deretan kedai tanpa mendapat belas kasihan dari sesiapun.Malah pemandu lori itu sendiri yang telahpun menyedari akan kejadian itu pun tidak langsung peduli.Lebih teruk lagi,ia terus berlalu pergi malah membiarkan tayar belakang lorinya sekali lagi menggilis kanak-kanak itu.Akhirnya,ada seorang tua yang pergi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Mengapa sehingga sebegitu?
Adakah sifat keperimanusiaan sudah luntur atau hilang?

Kisah di atas bukan satu-satunya sahaja peristiwa yang sedemikian.Kita mungkin pernah dengar kisah-kisah sebegitu ditempat lain,terutamanya di negara-negara yang kononnya diisytihar sebagai negara maju.

Adakah perkara sebegitu tidak mungkin berlaku di Malaysia?

Ustaz Abdul Halim sendiri menceritakan pengalaman beliau.Sekali beliau dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah keluarganya.Dalam perjalanan beliau terserempak dengan satu kemalangan.Khabarnya motorsikal yang ditunggang oleh mangsa kemalangan telah dilanggar lari.Malang bertimpa-timpa lagi bila si mangsa sekali lagi dilanggar oleh kenderaan yang lain pula.Lebih teruk lagi,tiada siapa pun mengambil peduli akan nasib si mangsa.Ketika sampai di tempat kejadian,ramai yang mengerumuni mangsa,tetapi tidak seorang pun yang membuat sebarang tindakan.Lalu Ustaz sendiri menghantar mangsa berkenaan ke Hospital Seremban untuk mendapatkan rawatan.Sebaliknya ajalnya sudah sampai,mangsa meninggal dunia ketika di rawat di hospital berkenaan.

Mengapa ketidakpedulian kita sehingga ke tahap itu?

Tidak disangkalkan lagi,bila kecanggihan,kemajuan dan kemewahan kebendaan yang dikejar semata,manusia akan sedikit demi sedikit hilang nilai kemanusiaan.Apabila matlamat hidup hanyalah kekayaan,kemewahan dan limpahan harta benda,maka manusia akan menjadi seolah-olah seperti mesin.Bila mesin di ON kan,mesin akan berjalan dan berfungsi seperti apa yang telah diprogramkan.Dan manusia apabila sudah diprogramkan mengikut program barat/kuasa luar,maka outputnya adalah sepertimana apa yang telah diprogramkan.

Akhirnya,seerah Rasulullah SAW dan kisah para sahabat baginda hanya tinggal kisah sahaja.Adapun hanya sekadar menjadi silibus dalam sistem pendidikan,dan ianya hanya diambil kisah untuk sekadar lulus peperiksaan tanpa ada sebarang langkah atau tindakan supaya mereka-mereka ini mengambil tauladan di atas kisah yang mereka pelajari.Jauh sekali untuk menerapkannya ke dalam cara hidup dan untuk dijadikan panduan di dalam menempuh dugaan kehidupan yang banyak onak dan durinya.

Banyak tempat dan negara,sistem pendidikan mereka adalah
berasaskan 'LULUS PERIKSA'.
Wajarkah?
(sekadar gambar hiasan)

Moga Allah memelihara kita dan generasi akan datang dari tsunami kebendaan,keduniaan,kebaratan dan kesesatan.

Ayat Al Quran dikumpulkan.

...dari buku ASAS ASAS ISLAM.
(klik gambar untuk paparan besar)

Setelah Al Quran dikumpulkan,100~200 tahun kemudian barulah ada usaha untuk membukukan/ mengumpulkan hadith berjalan.Para sahabat dan tabiin serta golongan seterusnya berusaha bersungguh-sungguh dalam merealisasikan usaha di atas.Mereka sanggup meredah ribuan kilometer bergerak ke utara,selatan,timur dan barat semata untuk mendapatkan sebuah hadith dan meneliti sendiri susur galur perawinya.Namun begitu,walaupun mereka mendapat 1,2 (baca:sedikit) hadith,tetapi hadith yang mereka perolehi itu mereka amalkan dengan betul-betul sehingga menjadi darah daging mereka.

Berbanding dengan kita di zaman serba canggih ini,Al Quran yang jumlah ayatnya 6000 lebih boleh di baca samada dengan membuka mushaf ataupun lebih canggih lagi Al Quran boleh dipaparkan melalui skrin telefon bimbit kita.Bahkan lebih dari itu,ribuan hadith yang telah dikumpulkan dengan titik peluh para golongan terdahulu juga dapat kita baca dan rujuk juga dengan hanya kita mencarinya di dalam perisian di dalam telefon bimbit pintar kita.

Bukankah mudah?

Namun tugas kita,setelah golongan terdahulu bersusah payah berkorban masa,tenaga,wang ringgit bahkan nyawa untuk usaha yang semulia itu,kita juga perlu berkorban sedaya upaya kita agar ayat-ayat Al Quran dan hadith Nabi tadi,kita baca dan hayati,lalu kita pindahkan di dalam hati,di amalkan agar ia sebati dalam darah daging kita.

Cintanya golongan dahulu dengan ilmu.

Seorang tabiin telah bertemu dengan Abdullah ibni Masud r.a dan bertanyakan bagaimana kehidupannya ketika zaman Rasulullah SAW masih hidup.Walaupun banyak kisah yang boleh diceritakan kembali,tetapi Abdullah bin Masud menceritakan begini :

"Zaman Rasululluh SAW masih hiudp dulu,kami bila belajar ayat Al Quran,kami akan belajar 10 ayat setiap kali.Dari 10 ayat itu,kami akan memahamkan isi ayat berkenaan,amalkannya dalam kehidupan seharian barulah kami akan duduk lagi di hadapan Nabi untuk mempelajari 10 ayat berikutnya.Kami tidak akan belajar ayat-ayat yang baru sehinggalah kami berjaya menguasai sepenuhnya ayat-ayat yang telah dipelajari."

Begitulah keagungan kisah para sahabat radiallahuanhum.

Semangat orang Barat.
Combat.Cerita yang cukup glamour
di tahun 60~70-an.
Adakah ini rancangan licik barat?

Semasa kita kecil dahulu,kita dapati barat menerbitkan begitu banyak filem perang.Kisah Combat adalah antara salah satu filem terbitan mereka.Antara kesan dari pada ini,anak watan Amerika diterap dengan semangat kebangsaan dan darah mereka sentiasa bersemangat untuk pergi ke medan perang.Lalu berjayalah taktik Amerika untuk meramaikan tentera mereka samada untuk mengisi pengkalan-pengkalan di dalam negara bahkan untuk mengisi pula di pengkalan-pengkalan di luar negara.Jadilah negara-negara yang mempunyai pengkalan tentera Amerika di tempat mereka di tadbir secara tidak langsung oleh Amerika melalui kedutaan dan kekuatan ketenteraan mereka di sana.

(Untuk Nota : Jika bangunan kedutaan Malaysia di Mesir adalah bangunan 3 tingkat,bangunan kedutaan Amerika di Mesir adalah menara berkembar.)

Khabarnya,Amerika akan mengundurkan tentera mereka dari Iraq pada penghujung tahun ini.Tetapi sebaliknya,mereka sedang giat menyempurnakan bangunan besar untuk Kedutaan mereka di Iraq.Maka apalah maknanya berundurnya tentera mereka jika bangunan kedutaan mereka dibina sedemikian rupa?

Kesimpulan.

Masih lalai dan cuai kah kita?

Moga perkongsian memberikan menafaat.

Wak,
TDI.

Wednesday, October 19, 2011

:: Kuliah Baru (Siri 7) ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Berikut dikongsikan isi kuliah maghrib yang telah di sampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Halim (4 Okt 2011-Masjid Paroi Jaya)

Mukaddimah.

Kepentingan dan kekuatan sesebuah negara adalah diukur dan dilihat dari segi kekuatan ketenteraan.Jika dilihat apa jua kuasa besar di dunia ini,pasti ia dikaitkan dengan faktor kekuatan tenteranya.Ini faktor yang berterusan sejak dahulu kala lagi.

Menggerak bala tentera.

Khalifah (ketua negara Islam) mesti mempunyai ciri mampu mengerakkan bala tentera.Ini terbukti apabila Saidina Abu Bakar,khalifah pertama selepas wafatnya Rasulullah SAW antara tindakan awalnya adalah memerangi golongan murtad yang tidak membayar zakat.Walaupun Saidina Abu Bakar yang dikenali sebagai orang yang jalannya tunduk,suaranya halus tapi apabila ada penganut agama Islam yang tidak mengikut perintah agama,mada Saidina Abu Bakar mengistihar perang kepada golongan ini.

Persoalannya,adakah Presiden OIC yang menjadi ketua bagi badan/organisasi yang mewakili umat Islam di dunia ini boleh dikategorikan sebagai khalifah?

Majlis Keselamatan PBB.

Majlis Keselamatan (Security Council) adalah satu organisasi penting dalam PBB bagi mengekalkan keamanan dunia.China, Perancis, Great Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia adalah ahli tetap (yang mempunyai kuasa VETO) dalam Majlis Keselamatan dan terdapat 10 ahli lain yang dilantik secara giliran.Antara kuasa yang ada pada Majlis Keselamatan PBB ini adalah menggerakkan tentera yang terdiri dari tentera negara anggota ke sesuatu negara yang difikirkan perlu.

Kata pepatah, "Untuk mengelakkan sesebuah peperangan adalah dengan bersedia untuknya."

Asas-Asas Islam
(Jilid 1)

Khalifah Saidina Abu Bakar.

Ketika Zaman Rasulullah SAW masih hidup,apabila Saidina Abu Bakar ingin keluar berniaga,Saidina Abu Bakar akan terlebih dahulu memerah susu kambing dan akan diagihkan kepada wanita-wanita miskin.

Namun,apabila Saidina Abu Bakar menjadi khalifah,Saidina Abu Bakar sudah tidak sempat untuk memerah susu kambing lagi.Maka apabila wanita-wanita miskin yang sudah tidak lagi menerima susu,maka mereka telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.Apabila Khalifah menyedari akan hal itu,maka Khalifah pun menyedari akan kecuaiannya lalu berdoa ke-Hadrat Allah agar Allah memberikan kekuatan kepadanya agar boleh memerah susu seperti dahulu.

2 tahun yang mencabar.

Saidina Abu Bakar hanya sempat memerintah negara sebagai khalifah hanya dalam masa 2 tahun sahaja.Maka dalam masa yang singkat itu,tugas khalifah kebanyakkanya adalah menyelesaikan urusan dalam negara sahaja.Berbanding Saidina Umar yang memerintah sebagai khalifah lebih kurang 10 tahun.Maka Saidina Umar,selain dari dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di dalam negara,masalah-masalah di luar negara juga dapat ditangani.Oleh sebab itulah ketika pemerintahan Saidina Umar,kerajaan sebesar dan segemilang Rom dan Parsi dapat dijatuhkan.

Menyebar Islam.

Kaedah penyebaran Islam terbahagi kepada :

1.Akidah Islam boleh disebar melalui dakwah ke tempat tertentu.
2.Sistem Islam pula disebar dengan kaedah perang.

Contohnya :

1.Mesir diperangi kerana pemerintah mereka telah menghalang dakwah Islam di negara mereka.Maka dengan itu tentera Islam telah dihantar ke sana bagi memerangi mereka.Setelah dikalahkan oleh tentera Islam,kerajaan Islam telah memerintah Mesir tetapi tidak memaksa rakyatnya untuk masuk Islam.Namun lama-kelamaan,rakyat Mesir melihat akan kebaikan Islam dan akhirnya mereka memeluk Islam dengan sukarela.

2.Kerajaan Melaka telah didatangi oleh para pedagang dan pendakwah dari Hadratul Maut ,Yaman.Mereka berdagang dengan baik dan bagus yang akhirnya menyebabkan ketika itu ramai yang memeluk agama Islam.Maka ketika itu tiada jihad/perang yang berlaku ketika pengislaman di Melaka.

Dengan kata lain,agama Islam itu berkait rapat dengan hati manakala perlaksanaan agama Islam itu berkait dengan badan/anggota.

Bagaimana Rasulullah mendidik sahabatnya.

Tauladan 1.

Pada satu peperangan,tentera kafir telah di kalahkan oleh tentera Islam.Dan Rasulullah SAW yang menjadi Ketua agama bagi seluruh Jizyah Arab berhak untuk mendapat 1/5 daripada harta rampasan perang.Selepas pulang dari perang,maka isteri-isteri Nabi telah berbincang sesama mereka akan perihal harta rampasan perang yang menjadi hak Rasulullah SAW yang juga suami mereka.Apabila ditanya kepada Rasulullah SAW akan harta itu,Rasulullah SAW mengatakan yang harta itu sudah tiada kerana telah diserahkan kepada Baitul Mal.

Sebagai sahabat yang amat rapat dengan Rasulullah SAW,Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah menyedari akan peristiwa di atas.Lalu mereka bertanyakan kepada anak mereka yang juga isteri Rasulullah SAW,iaitu Saidatina Aisyah dan Habsyah,"Adakah kamu minta apa-apa yang tiada pada Nabi?"

Lalu mereka mereka berkata,"Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat."

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. "Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar". (al-Ahzab 28-29)

Tauladan 2.

Suatu hari Rasulullah SAW terpandang yang Saidatina Aisyah telah menggantung langsir bergambar burung di dalam rumahnya.Baginda mengarahkan Aisyah untuk menurunkan langsir berkenaan,kerana jelas Baginda,Baginda akan teringat akan keduniaan apabila memandang langsir berkenaan.

Didikan dari Nabi.

Hasil didikan seperti di asatlah yang menjadikan walaupun kegemilangan Islam makin cemerlang,namun zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar menjadi khalifah mereka masih lagi zuhud.

Segera melakukan kebaikan.

...petikan dari buku ASAS ASA ISLAM.

Pengajaran :

Apa yang patut kita usahakan adalah agar manusia di atas muka bumi ini kembali kepada akhlak seperti para sahabat Rasulullah SAW.Kerana, akhlak,kehidupan dan perjuangan para sahabat Rasulullah SAW telah disahkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran :

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (A-li'Imraan 3:110)

Moga perkongsian memberikan menafaat,InsyaAllah.

Wak,
TDI.

:: Have a break.... ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Seharian di tempat kerja kadangkala amat melesukan.Kadangkala waktu kerja yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk menyelesaikan kerja yang tidak mengenal masa untuk kunjung tiba.Terpaksalah mengorbankan masa yang ada untuk kerja lebih masa pula.

Bak kata cerita P Ramlee, "Selagi mata tak pejam,Kerja! Kerja! Kerja! "

Melihat dan melayan kerenah anak-anak di rumah adalah antara terapi terbaik menghilangkan kelesuan badan dan fikiran dek sepanjang matahari terbit hingga matahari terbenam tumpuan diberikan di tempat kerja.

Jom terapi jom!

Abdul Aziz.
Baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya
yang ke 7 pada 13 Oktober yang lepas.
Ingin merakamkan hasil kerja tangannya.

Ini sebenarnya hasil kerja tangannya.
Van Cik Aziz-Van sekolahnya.
Di samping melukis mulutnya berceloteh sendiri-
"Ini bulatan,ini kubus,ini kuboid,ini...ini..."

Abdul Hadi.
Sedang 'memaksa' bapaknya yang keletihan untuk melukis sesuatu.

Ini hasil lukisan bapaknya yang sudah
siap di warna oleh Abdul Hadi.Jim Ya Dal!!
Spiderman versi ABC.
(Air Batu Campur-kalerful)

Ini gambar originalnya...
aduhai..

Ain Sofiah.
Sekadar berpossing....tapi sebenarnya..
"Bapak,apa ek yang warna warni tu.Ada pink,ada putih,ada kuning"
Guess what??
Dia sedang meng'ayat' nak ais krim Mat Kool
yang tersimpan di dalam peti ais.
Aduhai....Fening :)

Abdul Halim..
Gedebus...
Setelah kepenatan bermain seharian tanpa tidur siang.

Apa kes ni??
Orang lain semua dah tidur,ada seorang hamba Allah yang
masih lagi celik dan merakam gambar ini.
Kamera sebenarnya telah disorokkan sebelumnya,tetapi berjaya dikesan akhirnya.
Bila di lihat pada rekod,gambar ini telah dirakam jam 12:22 pagi.
Aduhai...
Abdul Hadi oh Abdul Hadi!

Wak,
TDI.


Monday, October 17, 2011

:: Malam Bebaskan Palestin ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT, "MALAM BEBASKAN PALESTIN" telah berjaya dianjurkan seperti yang dirancangkan pada 15 Oktober 2011 yang lepas.

Ikuti laporannya :
Ustaz Abdul Halim Abdullah selaku pengerusi majlis
memberikan ucapan alu-aluan.
Turut mempromosikan Himpunan Sejuta Ummat
(22 Okt-Stadium Shah Alam) untuk menyatakan
pendirian ummat Islam perihal gejala Kristinisasi dan murtad.

Nazir Masjid Sikamat,Ustaz Jamil Abdul Wahab sedang memberi ucapan.
Ucapan telah disampaikan dalam Bahasa Arab di terjemahkan oleh Ustaz Abdul Halim.
Beliau sentiasa bersedia dan menyokong dengan apa sahaja aktiviti
yang bersesuaian untuk dilakukan di Masjid Sikamat.

Ustaz Zamani-Tengah (Pimpinan ISMA Seremban) juga sudi memberikan ucapan.
Kata beliau, "Jangan jadi semangat ala Coca-Cola.Bila digoncang ia
berbuih dan membuak-buak,tapi reda selepas beberapa ketika.
Jadilah seperti api dalam sekam,tanpa disedari berjaya membakar satu kilang habuk papan."

Panel pertama Asy Syeikh Naji Pilastiny.
"Untuk menangkan Islam di atas muka bumi ini,ada harga yang perlu dibayar.
Isu Palestin bukanlah isu kemanusiaan.Ia adalah isu jihad pembebasan
tanah hak orang Islam yang dijajah secara haram."
"23.6.2006 Gilad Shalit (seorang tentera Israel) menjadi tawanan perang tentera Hamas.Minggu ini,1 peristiwa berlaku di mana setelah bertukar 3 Perdana Menteri,barulah Israel bersetuju dengan tuntutan/tekanan Hamas untuk membebaskan kira-kira 1026 orang
(antara mereka ada yang sudah 35 tahun menjadi tahanan Israel)
dengan tukaran Gilad Shalit seorang.Ia satu kemenangan besar bagi Hamas di Palestin."

Panel kedua Ustaz Mejar Haji Nazri bin Musman
(Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia)

Sejarah bermula.
Tahun 1897-Kongres Pertama Zionist di Switzerland.
Mereka mensasarkan untuk membentuk negara Yahudi
di Palestin selapas 50 tahun.
(antara slide yang dipaparkan oleh Ustaz Nazri)

Antara hadirin yang hadir.

Moga perkongsian mendatangkan menafaat,InsyaAllah.

Wak,
TDI.

Friday, October 7, 2011

:: Ugly Bag? ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Begku.
Ugly Sport Bag by Canterbury of New Zealand.

Beg ini terlalu berjasa pada saya.Ia dibeli ketika saya berada di tingkatan 3 dengan duit hasil berjimat cermat selama beberapa lama.Ia adalah beg yang menjadi idaman saya ketika itu.Walaupun keadaannya sudah sedikit uzur,sehingga tarikh artikel ini di tulis,beg ini masih boleh berfungsi dengan baik.


Sejarahnya.

Beg ini juga menjadi tulang belakang perjalanan hidup saya selama ini.Beg ini berkhidmat dengan penuh setia selama 3 tahun ketika saya di SMSS.Kemudian ia menyambung bakti dengan penuh cemerlang sepanjang 2 tahun saya di PPKTJ.Lalu dari tahun 1999~2002,saya membawa beg ini mengembara jauh hingga ke negara matahari terbit,Jepun.Dari 2002 hingga 2005,beg ini menjadi teman rapat saya ketika berulang alik pada hujung minggu dari rumah sewa saya di Jalan Congkak,Taman Hajat,Parit Bilal ketika bekerja di Batu Pahat untuk balik kampung di Muar.Pada masa yang sama beg ini mula berkhidmat juga dengan isteri saya sebagai beg pakaian rasmi keluarga sehingga kini.

Cerita di sebalik sejarah.

Setiap sekolah mesti mempunyai acara tahunan bagi memeriahkan takwim aktiviti.Antara yang menjadi acara tahunan SMSS adalah perlawanan bola antara kelas.Perlawanan ini dibahagikan kepada 2 kategori iaitu menengah rendah (Ting 1~Ting 3) dan menengah atas (Ting 4 ~ Ting 5).Dan secara tradisinya para pelajar Tingkatan 3 ditugaskan sebagai pengendali/pihak penganjur bagi setiap edisi.

Untuk edisi 1994,secara tradisinya kamilah pelajar Tingkatan 3 pada tahun tersebut yang akan menjadi penganjur dan urusetianya.Saya ditugaskan untuk sebagai AJK bahagian hadiah.

1993 vs 1994.

Berdasarkan kepada keputusan edisi 1993,pasukan bolasepak kelas kami ketika itu 2 Usaha,memperolehi keputusan yang memberangsangkan walaupun tidak memperolehi 3 tempat teratas.Jadinya untuk edisi 1994, pasukan bolasepak kelas kami ketika itu 3 Usaha menjadi antara pasukan pilihan,selain dari pasukan bolasepak kelas 3 Budi,yang juga merupakan musuh ketat kami ketika di padang.

Oleh kerana menjadi pasukan pilihan,makanya sebagai AJK bahagian hadiah saya bertekad untuk mencari hadiah yang agak menarik sedikit agar berbaloi kemenangan yang bakal diraikan kelak.Memandangkan kami tinggal di asrama penuh,peruntukkan masa untuk mencari hadiah amat terhad.Ia bukanlah satu halangan.

Setelah berbincang dengan Tuan Syed (cikgu Kemahiran Hidup merangkap jurulatih Ragbi sekolah untuk bawah 15),beliau telah bersetuju untuk membawa saya ke pejabat Alumni kami SMS Old Boys di Taman Maluri,Cheras untuk urusan penempahan hadiah.

Pada hari dan waktu yang dijanjikan,saya bersama Tuan Syed,dengan menunggang motor Honda Cup C70nya menuju ke Taman Maluri yang tidak berapa jauh dari SMSS yang terletak di Bandar Tun Razak (Kampung Congo).Tiba di pejabat Alumni,saya dibawa berjumpa dengan staff yang ada disitu.Setelah menerangkan tujuan kedatangan kami,staff berkenaan telah menunjukkan kepada saya beberapa sample hadiah yang sesuai.Dengan sedikit nasihat dari Tuan Syed dan dengan mengambil kira budget yang ada,kami pun bersetuju untuk memilih hadiah yang berbentuk medal.Medal yang ditempah akan siap dalam tempoh yang ditetapkan dan apabila ianya siap,akan terus dihantar ke SMSS.Sebagai servis,saya akan diberikan satu medal extra.Bertuah juga menjadi AJK hadiah,kalau sekiranya 3 Usaha tidak berjaya menduduki 3 tempat teratas,sekurang-kurangnya saya sudah ada medal kenangan.

Sebelum pulang semula ke SMSS setelah selesai urusan menempah hadiah,mata saya menangkap sesuatu ketika berada di dalam pejabat Alumni.Ya,ia sebuah beg yang sudah lama menjadi idaman.Setelah melalui proses tawar menawar,saya berjaya juga membawa pulang beg idaman tersebut dengan harga yang berpatutan.

Hari penentu.

Setelah tiba hari yang dijanjikan,medal yang ditempah pun siap beberapa hari sebelum perlawanan bola sepak tersebut.

Menjadi penganjur dan urusetia sesuatu aktiviti merupakan tanggungjawab yang besar.Di tambah ketika itu kami juga perlu menumpukan perhatian kepada perlawanan-perlawanan bola yang kami perlu tempuhi.Ya lah,memandangkan juara adalah impian kami,maka sudah tentulah usaha yang lebih perlu dibuat untuk merealisasikan impian kami.

Ke Akhir.

Setelah berhempas pulas untuk memenangi setiap perlawanan yang dijalankan di Padang Sahara,akhirnya seperti yang dijangkakan pasukan 3 Usaha bertemu pasukan 3 budi di perlawanan akhir.Perlawana ketika itu diadakan di padang rasmi SMSS iaitu Padang Wembly.

Dengan kerjasama semua pemain,akhirnya pasukan kami muncul juara kategori menengah rendah edisi 2004 dengan mengalahkan pasukan 3 Budi 1-0.Untuk kenangan,saya sendiri menjadi penjaring tunggal untuk perlawanan tersebut.

Berbaloi-baloi.

Setelah selesai pertandingan saya tersenyum seorang diri.Beg idaman dapat,medal cenderahati dapat,medal JUARA pun dapat.Sungguh berbaloi-baloi.

Akhir kata.

Setiap benda/perkara pasti ada cerita/peristiwa disebaliknya yang kita panggil sejarah/history walaupun ia sekecil cerita sebuah beg lama.Apatah lagi kalau ia membabitkan sesuatu perkara yang besar seperti sejarah sesuatu negara contohnya,tentu lebih banyak dan menarik cerita yang ada disebaliknya.

Selain sejarah sesuatu perkara yang terjadi itu dapat diketahui dengan membaca tulisan (buku,majalah,surat khabar,artikel,manuskrip dll) ia juga dapat diketahui dengan mendengar sendiri cerita berkenaan dari individu tertentu.

Tentunya amat sukar untuk mengetahui kisah sebenar sesuatu sejarah.Namun jika kita cuba untuk mengetahuinya dengan bertanya/membuat kajian walaupun kita tidak bertemu dengan punca/cerita sebenar,itu lebih baik dari kita hanya menjadi PAK TURUT,yang hanya percaya bulat-bulat dengan sumber yang 1 yang dipersembahkan oleh pihak tertentu demi untuk menjaga kepentingan mereka sahaja.

Wallahua’alam.

Wak,
TDI.

Thursday, October 6, 2011

:: Untuk Hebahan Umum ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Pada tanggal 15 Oktober 2011 nanti,1 program kesedaran umat Islam mengenai isu Palestin yang dinamakan "Malam Bebaskan Palestin" akan diadakan di Masjid Sikamat,Seremban dengan anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).Majlis akan bermula pada jam 7 malam iaitu Solat Maghrib secara berjemaah di Masjid Sikamat,diikuti dengan
Masjid Sikamat,Seremban.

1. Ceramah oleh wakil AMAN PALESTIN,Asy Syeikh Naji Pilastiny (Rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza,Palestin)
2. Tayangan slide dan video Palestin oleh Ustaz Mejar Haji Nazri bin Musman (Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia)
3. Persembahan nasyid oleh Kumpulan Nasyid E-MAN Brothers.

Expo Dunia Islam juga akan diadakan di tempat yang sama bermula pada jam 5 petang.

Semua hadirin dan hadirat,muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir beramai-ramai sambil menyatakan sokongan semangat dan menghulurkan sumbangan kepada kempen pembebasan Palestin dan Masjid Al Aqsa pada malam tersebut.

sementara itu....

Persiapan sebelum majlis dianjurkan pun sudah bermula.

...Anak-anak dengan bunting untuk promosi.

Bunting promosi @ Masjid Rasa Sayang.

Bunting promosi @ Masjid Kg Paroi.

Bunting promosi @ Masjid Bandar Baru Senawang.

Bunting promosi @ simpang Giant Senawang.

Jom luangkan masa anda semua!!

Wak,
TDI.