Di sebabkan keadaan yang agak tidak mengizinkan,akhirnya kami sekeluarga mengambil keputusan untuk menyambut Edul Adha pada tahun ini di rumah kami sendiri,di Taman Desa Ixora.
Berikut di kongsikan beberapa aktiviti yang telah disusun oleh jawatankuasa taman.
Solat Hari Raya.
Solat Hari Raya telah dilaksanakan di Masjid Bandar Baru Senawang yang di Imamkan sendiri oleh Ustaz Dato Hj Arshad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan),Imam 1 masjid berkenaan.Solat dimulakan tepat jam 8 pagi.Selesai solat dan khutbah,satu tahlil ringkas telah dibuat dipimpin oleh Ustaz Dato Hj Arshad.
Ibadat Korban.
Surau Irsyadiah Taman Desa Ixora telah membuat program korban berkelompok dan sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya dikumpulkan.Dengan kerjasama sebahagian ahli taman,lembu telah siap dibaringkan di atas tanah sekitar jam 9 setengah pagi sebelum disembelih sendiri oleh Imam kesayangan ramai,Ustaz Dato Hj Arshad.
Satu peristiwa telah berlaku petang sebelum raya di mana salah seekor lembu korban telah berjaya melepaskan diri.Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan,lembu itu masih belum berjaya ditangkap semula sehingga ke hari ini.
Ibadah korban selesai sebaik sahaja azan zohor dikumandangkan.
Sekalung tahniah dan ribuan terima kasih kepada seluruh warga kerja Ibadah Korban Berkelompok Surau Irsyadiah,Taman Desa Ixora edisi 2011!!
Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih pada chef Hj Badar yang saban tahun sudi meluangkan masa dan memerah tenaga untuk memasak sup tulang spesel untuk sajian kami semua.
Takbir rumah ke rumah.
Seperti kelaziman tahun-tahun yang lalu,tahun ini juga aktiviti takbir dari rumah ke rumah masih berjaya dikekalkan.Seperti juga kelaziman biasa,rumah Ustaz Dato Hj Arshad adalah rumah pertama.Pada malam raya,sebanyak 9 rumah telah disenaraikan untuk dikunjungi.Oleh kerana kesuntukkan masa,ahli taman telah dibahagikan kepada 2 kumpulan.Majlis selesai sekitar jam 11 setengah malam.
Bertakbir beramai-ramai selepas solat Isya' berjemaah
pada malam raya di Surau Irsyadiah.
Hampir 50 orang berkumpul pada malam itu.
Takbir rumah ke rumah pada malam raya.
Rumah Ustaz Dato Hj Arshad adalah
rumah pertama yang di kunjungi.
Rumah kedua di rumah Hj Aziz-orang besar KPJ Seremban.
Selepas dari itu,kami berpecah kepada 2 kumpulan
untuk menghabiskan baki 7 lagi rumah.
Takbir rumah ke rumah pada malam raya kedua
di rumah saya.Anak-anak turut meramaikan
tetamu sekitar 20 orang.
Menu : Mee Hoon Singapore,Salad Timun dan Pencuci mulut.
Kebetulan menu malam itu 99% sama dengan menu di rumah
Haji Badar.Kebetulan yang tidak langsung dirancang oleh kami.
Mengambil sedikit ucapan salah seorang warga taman,"Moga aktiviti takbir dari rumah ke rumah pada tahun ini bukanlah untuk kali yang terakhir." InsyaAllah,saya juga mengharapkan begitu.
Akhir kata,mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Edul Adha kepada pembaca blog ini.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment