Monday, December 21, 2009

.: anTAr@ $i K@ya & C m!$k1N :.


Siapa antara kita yang tidak teruja sekiranya ada peluang yang terbuka luas untuk menambah pendapatan bulanan kita?

Siapakah antara kita yang tidak mempunyai perasaan iri hati sekiranya ada kawan kawan yang meraih kejayaan lebih dari kita.

Dan siapakah antara kita berpuas hati dengan taraf kehidupannya selama ini?

Di manakah sebenarnya kita dalam mencari hala tuju kehidupan?

Moga perkongsian di bawah dapat di cerna dan di hadam sebagai pedoman.

Sedikit pengongsian kuliah Ust Abdul Rahman pada sabtu yang lepas.
Masih lagi di dalam perbincangan bab fakir dan zuhud (Siyarus Salikin)


A.Antara golongan yang ramai masuk neraka adalah :
i. Orang kaya
ii. Wanita

B.Tatabahasa arab yang betul :
Kita selalu menggunakan istilah di bawah :
Allahyarham : Apabila menyebut nama seorang lelaki yang sudah meninggal dunia.
Allahyarhamah : Apabila menyebut nama seorang perempuan yang sudah meninggal dunia.

Dalam bahasa arab,penggunaan ‘Ta Marbutah’ untuk mewakili perempuan hanya pada isim (kata ganti nama),sedangkan ‘yarham’ adalah fi`il mudhari`.

Penggunaan yang betul adalah :
Almarhum : Apabila menyebut nama seorang lelaki yang sudah meninggal dunia.
Almarhumah : Apabila menyebut nama seorang perempuan yang sudah meninggal dunia.

Pesan ustaz lagi,sebagai seorang muslim kita mempunyai tanggungjawab terhadap saudara kita yang hidup dan yang mati.Antara sumbangan yang boleh kita lakukan kepada saudara kita yang sudah mati adalah menyedekahkan Al Fatihah apabila melalui kubur mereka.

C.Sebagai peringatan :
Apabila ada golongan yang mencari harta tanpa peduli orang yang fakir,tunggulah kemurkaan Allah swt iaitu :
1. Di kurangkan hujan
2. Sultan yang zalim
(seperti zaman Firaun)
3. Pemerintah yang menyusahkan dan membebankan rakyat
4. Musuh amat mengancam kita.

D.Terang ustaz lagi :
Di Padang Mahsyar kelak antara golongan yang akan masuk syurga awal dengan Rahmat Allah adalah golongan Fukoro` (golongan fakir yang benar iaitu yang sabar dan menerima ketentuan Allah SWT).Pada masa yang sama Allah SWT akan memerintahkan golongan fukoro` tadi mencari golongan yang pernah membantunya semasa di dunia dahulu.Dan golongan kaya yang membantu golongan fukoro` tadi juga turut sama sama masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah SWT.

Sebagai motivasi :

Kita boleh memilih untuk tidak menjadi kaya sekiranya kita risau kita akan di soal secara terperinci di akhirat kelak langsung menjadi antara golongan yang ramai masuk ke dalam neraka.Nauzubillah....

Tetapi kita boleh juga merebut untuk menjadi kaya,dengan harapan golongan miskin yang kita gemar bantu dengan ikhlas itu akan menarik kita ke dalam syurga di akhirat kelak.

Dan ingat sekiranya usia kita selama ini dan yang akan datang adalah amanah dari Allah SWT begitulah juga dengan unsur kekayaan yang kita perolehi juga suatu amanah.






Sama samalah kita bermuhasabah....

Tuesday, December 15, 2009

.: Ilmu Hisab :.

Pernah bercinta??



Maha Suci Allah yang Berkuasa di atas segala makhluk ciptaanNya.

Baru baru ini saya ada mengikuti satu perbicaraan yang agak panjang di kalangan bloggers sekitar tajuk PERSEPSI.Entah mengapa tajuk itu tiba tiba menjadi hangat.Adakah kita manusia di ajar untuk membuat telahan? Adakah kita manusia di ajar untuk membuat tafsiran melalui pandangan mata? Atau tidakkah ada anjuran dalam Islam tentang cara dan kaedah yang tepat untuk kita membuat keputusan secara adil.Namun apa yang saya faham sekitar 'perbahasan' para bloggers tersebut,PERSEPSI mereka lebih berat merujuk apa yang nampak pada pandangan mata kasar.Saya tidak 'mampu' mengeluarkan contoh terhadap sebarang PERSEPSI tersebut memandangkan saya juga sedang menimbang dan berharap ada sedikit petunjuk.Moga moga dengan petunjuk tersebut saya dapat memahami apa sebenarnya terselindung di sebalik perkataan PERSEPSI yang di bincangkan.

Berbalik kepada tajuk asal.Mengenai cinta...

Saya baru sahaja jatuh cinta dengan dunia blog.Melihat tumbuhnya blog blog baru sekian masa bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan,mendorong saya untuk tidak ketinggalan untuk turut serta.Blog menjadi salah satu medium interaksi saya secara tidak langsung dengan sesiapa sahaja di luar sana.

Sebelum ini saya juga pernah jatuh cinta dengan perasaan...

Jatuh cinta ketika itu,atas dasar dorongan perasaan remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baru.Ketika itu jatuh cintanya hati saya dengan seorang gadis anak kepada pasangan suami isteri yang saya sendiri tidak kenal siapakah mereka.Hanya kerana kami satu sekolah,saya gunakan alasan tersebut untuk memikat hati si gadis.

Banyak kisah yang boleh di ceritakan kembali tetapi hanya satu aspek yang ingin saya ketengahkan.Masa itu ketika hangat bercinta,kononnya yang menjadi sebab 'kekal'nya hubungan kami adalah di sebabkan banyaknya persamaan antara kami berdua.Itu PERSEPSI rakan rakan saya.

Sehingga kini saya masih belum jumpa jawapan adakah faktor 'banyak persamaan' itu menjadi sebab sesuatu hubungan itu boleh berkekalan.

Saya kaitkan kisah benar di atas dengan PERSEPSI yang dibincangkan oleh para bloggers yang saya kisahkan di awal tadi.

1.Benarkah PERSEPSI itu penting sebagai sumber untuk kita membuat sesuatu andaian?
2.Adakah faktor 'banyak persamaan' membawa kepada keutuhan sesuatu hubungan?
3.Mampukah kita menangani PERSEPSI luaran di kala kita sedang menghadapi masalah dalaman?
4.Bagaimanakah kita menangani PERSEPSI?

berfikir sejenak di luar kotak....

Pernah atau tidak kita perasan apa perbezaan antara bapa yang pulang dari menuntut ilmu dengan seorang ibu yang juga pulang dari menuntut ilmu.

Cuba hisab diri kita sebentar.....

Sebagai seorang lelaki,kita biasa mendengar khutbah sebelum solat Jumaat.Selepas pulang solat Jumaat apa yang sering kali kita lakukan?

1. Kongsi bersama dengan isteri tentang isi khutbah Jumaat?
2. Balik rumah dan terus bersiap untuk pergi ke tempat kerja semula?
3. Tanya kawan kawan apa isi khutbah Jumaat masjid mereka?

Baca situasi di bawah ini pula :

Seorang ibu baru pulang dari Kelas Memasak anjuran KEMAS.Selepas pulang apa yang Ibu ini lakukan?

1. Menceritakan pada suami apa yang dipelajarinya di kelas tadi?
2. Mempraktikkan dengan membuat masakan mengikut resepi yang baru di pelajari agar semua ahli keluarga dapat merasa makanan tersebut?
3. Bertanyakan dengan rakan rakan lain sekiranya ada resepi baru untuk di cuba?
4. Mengulang semula langkah 2 di atas?

Biasa atau tidak dengan situasi di atas?

Di mana kita?

Adakah kita seorang yang suka berkongsi.

Kena ingat selalu,kita akan di tanya dengan apa yang kita ada KELAK.

Hidup ini kan satu perkongsian.











"Dan yang pentingnya apa PERSEPSI kita tentang pentingnya perkongsian ILMU."

Monday, December 14, 2009

:: Mutiara Ilmu ::


Solat...Tiang Agama!!

"Setiap muslim wajib menuntut ilmu. Rasulullah saw bersabda: “Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap muslim laki-laki dan perempuan”. Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu dalam firman-Nya dalam Al-Qur`an surat Al-Mujaadilah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”. Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.Menuntut Ilmu wajib bagi semua muslimin dan muslimat."

Mari renung sejenak situasi di bawah ini…

A. Dalam sehari siang dan malam,berapa kalikah kita menyebut-nyebut tentang hal dunia.Dan dalam sehari semalam yang sama,berapa kalikah kita menyebut-nyebut tentang hal akhirat.
B. Dalam seratus orang yang kita temui berapa ramaikah yang mempunyai kekuatan untuk menyebut cerita/perihal yang boleh mengajak kita mengingati Pencipta kita walaupun sedetik/sebaris ayat.
C. Dalam sejumlah rezeki yang kita kecapi,berapa yang kita peruntukkan untuk urusan dunia.Dan dalam sejumlah rezeki yang sama berapakah yang kita peruntukkan untuk urusan akhirat. (nota : nikmat penglihatan juga salah satu dari rezeki dariNYa)

Tarikh 10 Nov 2009 mungkin menjadi tarikh yang begitu terkesan pada diri saya.Ketika masih dalam mesyuarat dengan rakan sekerja yang lain,saya menerima panggilan telefon dari salah seorang sepupu saya mengkhabarkan akan kembalinya ke RahmatuLLah pakcik saya yang tercinta Allahyarham Hj Tasimin Bin Salam.Alfatihah….

Seingat saya,antara rumah yang paling saya suka kunjungi adalah rumah beliau.Perwatakkannya agak serius tapi seringkali di selit dengan lawak jenaka yang serius juga menjadi sebahagian faktor mengapa saya suka menziarahinya semasa hidup.Dalam pada perwatakkan dan lawak jenaka yang serius itu seringkali dalam perbualan kami bersama, ada di selitkan perkongsian tentang ilmu dunia dan ilmu akhirat.Seingat saya,perjumpaan kali terakhir saya bersama beliau,kami membuat perbincangan akan hal kepentingan faraid dan pembahagian harta pusaka.Satu cabang ilmu yang saya pernah belajar suatu ketika dahulu namun telah banyak juga yang saya lupa akan isi kandungan dan sifir perkiraanya.Dalam perbincangan itu,banyak input input yang dapat saya perolehi di samping mengemaskan ingatan tentang ilmu yang pernah saya pelajari di bangku sekolah dahulu.

Bukan sekadar itu sahaja,banyak lagi pesanan dan ingatan dari beliau yang saya kira banyak yang boleh di ambil iktibar.Contohnya kesusahan membesarkan anak yang ramai ketika zaman kesempitan wang pada zaman penjajah di Malaya.Mungkin boleh di ambil iktibar memandangkan kadangkala kita tiada sandaran yang utuh dan kukuh ketika mendidik anak.

Bagi saya,bukan senang bagi seseorang individu untuk membina kekuatan menyebut tentang perihal ilmu akhirat ketika berinteraksi sesama kita.Dan yang paling utama,semangat berkongsi ilmu itu amat di galakkan bagi menjadi bekal saham untuk ke muka keAdilan Illahi kelak.

Adakah kita juga mempunyai kekuatan sebegitu dalam kita berbicara,berborak dengan rakan rakan dalam hidup seharian kita?


Ataupun kita ada usaha untuk cuba dan menanam hasrat untuk kita selitkan dalam kehidupan seharian kita untuk mengajak sahabat sahabat kita sama sama mengingati hakikat kehidupan yang sebenar.


Ataupun kita lebih gemar berborak kosong tanpa pengisian yang berfaedah?

Sama sama kita muhasabah….

Semoga roh Allahyarham pakcik saya di cucuri Rahmat dariNya dan mendapat keampunan dan Rahim dari Allah SWT.

*********************************************************************
Keluangan sedikit masa antara solat Maghrib dan Isya' sabtu yang lepas saya gunakan untuk menadah Ilmu dari ustaz jemputan Surau An Nur,BB Bangi.Kali ini Ustaz Sufian Mawaddah di jemput bagi menggantikan ustaz yang sepatutnya di jadualkan mengisi kuliah.

Kuliah tidak bersiri kali ini membawa tajuk “Mengharap Redha Allah”.

Mukadimmah kuliah pengisian di isi dengan pembacaan ayat 56 Surah al-Dzariyat dan tafsirnya :

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"

Antara faktor bagi memperolehi keRedhaan Allah adalah :

1. Bersyukur dengan nikmat pemberian Allah.

Banyak contoh di bawa oleh ustaz bagi menunjukkan ada lagi masyarakat yang hidup lebih dhaif dari kita.

Antaranya :
i. Ramai yang masih tinggal di dalam rumah tanpa bekalan api dan air.
ii. Ada lagi warga kita yang atap rumahnya bocor di sana sini.
iii. Masih ada lagi warga desa yang memasak menggunakan dapur kayu.
iv. Sesetengah dari anggota masyarakat yang masih tinggal di dalam rumah yang lebih teruk keadaanya berbanding ‘reban ayam’ kepunyaan sesetengah dari kita.

Apakah ada alasan kita untuk tidak bersyukur dengan keadaan kita selama ini kalau hendak di bandingkan dengan kehidupan mereka?


Adakah kita masih lagi ingin menambah baik kabinet dapur kita dengan yang lebih canggih?


Ataupun kita gunakan lebihan rezeki itu untuk membantu fakir dan miskin yang lebih memerlukan.

2. Banyakkan berdoa kepada Allah.

3. Membantu urusan saudara seIslam.

Untuk di fikir fikirkan...

a. Kita mampu untuk membeli makanan yang sedap dan enak tetapi adakah kita mampu untuk membeli kenikmatan makanan tersebut?

b. Kita mampu membeli tilam yang mahal tetapi mampukah kita membayar nikmat tidur yang nyenyak dan lena.

c. Kita mampu membeli apa sahaja dengan wang yang kita ada tetapi apakah mampu kita membayar harga suatu kebahagiaan.

Ustaz juga ada mengatakan bahawa di Syurga nanti antara puncak nikmat yang diperolehi oleh ahlinya adalah mendapat KEREDHAAN dari Allah SWT.Begitulah besarnya nikmat tersebut.

Setelah membaca perkongsian di atas..............

Teruja kah kita untuk mengambil iktibar?


Terujakah kita untuk beramal dengan ilmu yang ada?


Terujakah kita untuk menyampaikan ilmu yang kita perolehi?

Dan…….

Terujakah kita untuk melihat Negara Malaysia beramal dengan segala isi AL Quran mengikut tunjuk ajar dari Baginda Muhammad SAW?

Sama sama kita renung sejenak….

“Hidup ini satu perkongsian”

Thursday, December 10, 2009

:: hADam ::



Baru sahaja menghabiskan sambil menghadam buku tulisan Pahrol Mohamad Juoi (PMJ) ‘Nota hati seorang lelaki.’ Secara peribadi isinya tidaklah terlalu berat dan kalau di letakkan istiqamah untuk membaca,5 hari rasanya di perlukan sambil sambil tangan memegang pensil mencatat isi isi penting.Isinya padat tetapi ringkas serta merangkumi pelbagai ruang lingkup.

(kredit untuk Pn Zahriah kakak iparku kerana sudi meminjamkan buku yang amat menarik isi dan huraiannya)

Memang terdetik dalam hati sanubari saya untuk membuat perkongsian tentang buku tersebut.Tetapi sebab dek terlalu banyak isi yang ingin di kongsi bersama,membuatkan saya ‘mati kutu’ untuk membuat rumusan secara keseluruhan tentang isi buku tersebut.

Namun,kelmarin lain pula ketentuanNya.Saya telah membaca salah satu blog yang kerap saya membaca isi kandungan dan luahan hati si penulis blog.Kebetulan tajuk yang saya baca semalam adalah tentang perkembangan minda kanak kanak.Si penulis ada mengutarakan kerisauan mereka suami isteri terhadap kecenderungan salah seorang anak lelaki mereka yang berminat dengan alat permainan ‘masak masak’.Apa yang merisaukan mereka adalah di khuatiri anak lelaki mereka cenderung untuk menjadi ‘mat lembut’ bila dewasa kelak.

Berikut sedikit info yang saya kongsikan di dalam blognya itu.....

(kredit untuk blog kohai saya ini)

“Ingin berkongsi sedikit pengalaman di masa saya menjadi pelajar di Jepun.Memang ada beberapa kajian yang saya sempat baca tentang huraian mengapa org Jepun terkenal dengan kebijaksanaan mereka dalam pelbagai bidang.Salah satu faktornya adalah mereka BANYAK mengambil sumber protein yang datang dari ikan yang mereka makan.

Dan yang mengkagumkan lagi,latihan memakai hashi (chopsticks) membuatkan otak kanak kanak mereka cepat berkembang.Boleh bandingkan fakta ini dengan perkembangan otak kanak kanak cina.Anak anak kita mungkin lebik elok/afdal makan pakai tangan berbanding chopsticks sebab ikut sunnah Nabi SAW.Mungkin sebagai ganti untuk latihan tangan,permainan sebegitu (main masak2) juga boleh di perbanyakkan.Wallahua`alam.


Pasal istilah 'mat lembut' ni banyak faktor yang menyumbang ke arah itu.Tapi sekadar suka main masak2,rasanya tiada larangan dari mana mana pihak lagi yang mengatakan ia boleh memberi sebarang mudarat contohnya mudah menjadi ‘mat lembut’.Mana le tau tabiat itu (suka masak2) berkekalan sehingga ke dewasa,untung juga bakal menantu esok.Senang ada suami yang pandai memasak.

Sedikit nak kongsi petikan dari buku 'nota hati seorang lelaki'-ust pahrol mohd juoi tentang mendidik anak perempuan.

-Anak perempuan kita bakal menjadi isteri.Jadi bayangkanlah bagaimana sifat isteri yang sejati.Itulah 'mind end' yang perlu sewaktu kita mendidik anak perempuan.Didik dengan sifat taat,malu,menjaga kecantikan dan lebih suka duduk di rumah.Dan didiklah juga sebagaimana sifat ibu sejati.Didik supaya anak perempuan kita punyai sifat kasih sayang & sabar.Sebab itu anak perempuan di galakkan bermain dengan anak patung.Itu menyuburkan kasih sayang kepada bayi.

Mungkin nota di atas boleh di jadikan panduan dalam mendidik anak lelaki.Tanam di 'mind end' kita supaya anak lelaki kita juga bakal menjadi suami dan bapa yang sejati.

Akhir sekali pesan ust pahrol :
Biasa orang akan bertanya,'mana lagi susah,mendidik anak lelaki ke mendidik anak perempuan?'

Sepatutnya soalan itu di ubah : ‘ada beza tak cara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan?’

boleh di fikir fikirkan....”

Alhamdulillah dengan asbab saya membaca blog kohai saya itu,akhirnya dapat juga saya berkongsikan serba sedikit isi buku –Nota hati seorang lelaki.InsyaAllah,selepas ini saya cuba untuk memilih mana mana isi yang menarik untuk di kongsikan bersama di dalam blog ini dengan harapan para pembaca dapat menghayati apa yang ingin di sampaikan oleh penulis sebenar buku tersebut.

Hidup ini memang penuh dengan asbab…..

Wednesday, December 9, 2009

:: aNTarA seMangAT & TaNguNGjaWab ::


Setelah sekian lama tidak melangkahkan kaki ke surau Al Amin (SAA) Taman Rose Mewah/Cempaka 2,akhirnya sampai jua saya ke sana malam kelmarin.Kuliah hadith malam itu di isi oleh Ustaz Hambali (UH) seperti yang ada dalam jadual kuliah SAA.

Sebelum itu....

Petang kelmarin saya pulang kerja sedikit awal dari waktu biasa.Dengan tujuan dapatlah saya meronda kawasan sekeliling rumah sambil meninjau kalau kalau ada bahagian yang perlu di kemas atau di baiki.Belum sempat meninjau kawasan sekeliling rumah,saya dapati longkang di hadapan rumah saya tersumbat.

Sedang asyik saya membersihkan longkang dan mencari cari punca lain yang menyebabkan longkang itu tersumbat,tiba tiba datang seorang pakcik memberi salam kepada saya.Pakcik yang berbaju melayu dan berkain pelikat itu bertanyakan saya akan arah jalan ke stesen minyak ESSO.Detik hati saya,jarang orang melayu bertanyakan stesen minyak ESSO kalau bukan ada tujuan tertentu.Kerana mengikut bancian saya sendiri,hampir 70% orang melayu mengisi minyak di petronas.Tentu ESSO yang di maksudkan oleh pakcik ini adalah ESSO di hadapan Taman Seri Pagi.Agak saya lagi.

Melihat pakaian yang di pakai oleh pakcik ini nampak gaya seperti orang yang sudah siap sedia untuk ke masjid atau surau.Lantas saya bertanya,”Pakcik nak pergi ke kuliah Ustaz Hambali ke?” Pakcik itu pun mengatakan memang benar,dia memang mencari jalan ke tempat Kuliah Ustaz Hambali.Dengan senang hati saya terus memberi petunjuk jalan untuk sampai ke Surau Al Amin.Pakcik itu pun berlalu dengan motosikalnya tanpa saya sempat tanyakan di manakah pakcik itu tinggal.

Setelah pakcik itu berlalu pergi,cepat cepat saya selesaikan tugas saya membersihkan longkang yang tersumbat itu.Dalam hati saya,kalau pakcik yang jauh itu boleh berkorban masa untuk pergi ke kuliah UH,inikan pula saya yang dekat ini.Malulah nanti….

Manusia merancang,Allah Maha Penentu….

Saya bercadang untuk bergegas ke surau untuk solat berjemaah di SAA tapi apakan daya,saya sedikit lewat untuk keluar rumah dan hanya sempat solat berjemaah di Masjid Bandar Baru Senawang (MBBS).Selesai solat sunat,saya bergegas keluar menuju ke parking kereta.Baru sahaja menapak keluar dari ruang legar masjid,saya berselisih dengan Ustaz Nor Azman yang memang jadualnya pada malam itu akan mengajar Tafsir Al Munir (Juz Amma) di MBBS.Apa kan daya,malam itu saya sudah berniat untuk ke SAA.Saya memberi salam kepada ustaz dan sempat bertanya khabar lalu terus menuju ke kereta.Sayang juga kuliah di MBBS tapi hati saya lebih kuat untuk ke SAA.

Sampai di SAA,kuliah UH sudahpun bermula.Saya mengambil tempat duduk dan tidak berapa lama,barulah UH membuka kitab hadithnya.UH membacakan dua buah hadith dari Nabi SAW.Selepas membacakan tafsirnya barulah UH mula menghuraikan hadith yang pertama.

Hadith yang pertama di riwayatkan oleh An-Huzaifah ibn Yaman.Hadith menerangkan sekitar ujian yang datang dari keluarga iaitu anak dan isteri.

Sebelum mula menghurai,UH menceritakan sedikit kisah sirah berkaitan sahabat nabi yang bernama An-Huzaifah itu.Huzaifah adalah seorang yang di amanahkan oleh Nabi SAW sebagai penyimpan rahsia Baginda.Pernah sekali peristiwa ketika perang Khandak,beliau di perintahkan oleh Baginda SAW untuk menjadi pengintip pihak musuh.Sebenarnya,Huzaifah berdoa supaya beliau tidak di pilih kerana beliau ketika itu berada dalam kesejukkan di sebabkan tidak mempunyai baju untuk di pakai.Namun Baginda SAW tetap memilihnya.Sampai di kawasan musuh,Huzaifah mula duduk bersama kumpulan mereka di dalam gelap dan mula mengira kekuatan tentera musuh.Namun kedatangan beliau di sedari pihak musuh dan ketua pihak musuh mengarahan mereka berpegang antara mereka supaya dapat mengesan siapakah yang masuk ke kawasan mereka.Tetapi di sebabkan Huzaifah turut sama berpegang antara mereka,beliau pun terselamat dari dapat di kesan.Dalam pada itu,Huzaifah dapat melihat kelibat Abu Sufyan dan ingin membunuhnya.Tetapi di sebabkan Baginda SAW telah berpesan supaya Huzaifah tidak berbuat apa apa melainkan merisik,niatnya di batalkan begitu sahaja.

Tamat sedikit kisah sirah sahabat,UH terus menghurai isi hadith.

1. Ujian/fitnah dari anak dan isteri.

Kisah ujian/fitnah seorang isteri/ibu yang curang.

Seorang lelaki yang mendapat tauliah menangkap kes khalwat mendapat aduan dari seorang kanak kanak kecil yang mengatakan ibunya bersama dengan lelaki lain di dalam rumah mereka.Bapa mereka bekerja jauh dan mereka tinggal 5 beradik.Setelah di serbu dan di tangkap pada awal pagi,memang pasangan itu bukan suami isteri.Setelah si suami sebenar perempuan itu di maklumkan tiada tindakan lanjut di buat.Isteri tidak di ceraikan memandangkan si suami kasihankan akan anak anak mereka dan lebih mementingkan masa depan mereka.

Ulasan UH : Bahawa suami yang dayus tidak akan masuk syurga.

Kisah ujian/fitnah seorang anak.

Seorang anak yang tinggal bersama sama ibunya di dapati berzina berdekatan dengan rumah mereka sedang ibunya khusyuk menonton televisyen.

UH memberi sedikit contoh bagaimana keperihatinan Nabi Nuh dan Luqman ul-Hakim menasihati anak anak mereka.Nasihat Nabi Nuh kepada anak Baginda dengan kalimah tauhid- Laailahaillallah.Begitu juga nasihat Luqman ul-Hakim kepada anak nya supaya tidak mensyirikkan Allah SWT.

(kisah di bawah ini contoh yang yang amat terkesan pada diri saya..)

UH memberi perbandingan sedikit dalam aktiviti seharian kita.Atuk,nenek,ayah,ibu dan anak anak boleh duduk bersama menonton TV sesuatu rancangan.Jika sesuatu rancangan itu memaparkan kisah sedih,atuk,nenek,ayah,ibu dan anak anak turut sama sama bersedih malah ada yang turut menangis.

Tetapi orang yang sama tadi,atuk,nenek,ayah,ibu dan anak anak tidak mampu duduk bersama mendengar bacaan hadith Rasulullah SAW.Jauh sekali untuk mengambil iktibar dari bacaan hadith tersebut.

Bagaimana di kisahkan juga oleh UH tentang kerisauan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail.Walaupun sudah berkhawin,Nabi Ibrahim tetap menziarahi anak dan menantunya sambil sambil menasihati mereka.Rasanya semua sudah sedia maklum tentang kisah 2 orang Nabi tersebut.Bagaimana kisah Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya supaya bila Nabi Ismail balik nanti di suruhnya menukar alang pintu mereka sebagai kiasan perangai menantunya yang tidak di senangi oleh Nabi Ibrahim.Juga bagaimana kisah apabila Nabi Ibrahim menziarahi Nabi Ismail selepas kejadian itu dan berpesan kepada menantunya yang baru,supaya bila Nabi Ismail balik nanti di suruhnya mengekalkan alang pintu rumah mereka sebagai kiasan perangai menantunya yang di senangi oleh Nabi Ibrahim.

Lihatlah keperihatinan seorang bapa terhadap anaknya walaupun mereka sudah berumahtangga.Bagaimana agaknya keadaan pasangan suami isteri zaman sekarang sekiranya mendapat teguran dari keluarga atau keluarga mertua mereka.Adakah mereka menerimanya seperti Nabi Ismail atau sebaliknya.Masing masing di luar sana ada jawapan mereka sendiri.

UH juga menerangkan ujian juga boleh datang dari jiran tetangga kita.

Ujian juga boleh datang dari harta benda kita.

Sedikit pesanan UH tentang tips supaya kita dapat melepasi ujian ujian di atas :
1. Banyak bersolat,sedekah,mengajak keluarga,anak anak dan juga jiran kepada jalan yang benar (amal makruf nahil munkar)
2. Banyakkan membaca Al Quran,solat sunat danmembaca hadith di dalam rumah.Kerana kesan ibadah tersebut akan meresap secara langsung kepada anak dan isteri.Isteri akan tunduk kepada suami yang taat perintah Allah SWT.
3. Sentiasa berdoa : “ Ya Allah jauhkan lah dari ujian yang aku tidak mampu menanggungnya”

Kuliah di tangguhkan sejurus sahaja masuk waktu Isya’ di sebabkan UH mempunyai urusan lain selepas itu.
Ketika menjamu selera selapas solat,saya berjumpa semula dengan pakcik yang bertanyakan arah jalan kepada saya yang saya kisahkan sebelum ini.Sempat saya tanyakan serba sedikit tentang beliau.Pakcik itu datang dari Paroi dan mendapat maklumat tentang kuliah UH dari sahabatnya yang di takdirkan tidak dapat hadir pada malam itu.Supaya saya mendapat kekuatan untuk menadah ilmu dari pelbagai sumber seperti semangat pakcik itu juga.Amin.

Tuesday, November 24, 2009

:: Tuntutan hidup dunia ::

Terkadang ilmu kita boleh timba secara formal di dalam kelas atau di dalam kuliah dari guru yang tertentu.

Terkadang kita boleh menuntut ilmu secara tidak formal di luar kelas melalui orang perseorangan yang ikhlas berkongsi ilmu.

Terkadang pula ilmu itu Allah takdirkan kita perolehi tanpa kita sangka atau duga.Meskipun terkadang dari borak borak kosong ketika waktu rehat.

Contoh menimba ilmu secara rasmi.

A.Kuliah Subuh Ust Abd Rahman

Kitab Siyarus Salikin
Bab 4.Fakir dan Zuhud. (21 Nov 2009-Surau Senawang Jaya)

Fakir : Penolakan dengan zahir mengenai harta dunia.
Zuhud : Penolakan dengan hati mengenai harta dunia.

Dari Imam Ghazali :
Golongan fakir di bahagikan kepada 5 martabat.

i.Martabat pertama
Bahawa dia benci adanya harta padi dirinya. (ZUHUD)

ii.Martabat kedua.
Bahawa adalah dia tidak lari dari harta dan tidaklah pula suka akannya. (REDHA)

iii.Martabat ketiga
Suka akan harta yang ada pada dirinya namun lebih suka sekiranya harta itu tiada pada dirinya.(QANAAH)

iv.Martabat keempat
Amat berkehendak akan harta dan suka akannya.Tetapi di sebabkan tidak berdaya dia tidak mengejar harta.(TAMAK HALOBA)

v.Martabat kelima
Kalau harta itu tidak ada padanya,memberi mudhrat kepadanya.

B. Kuliah Maghrib Ust Khusairi Hamthan.

Kitab Fikh Sirah (21 Nov 2009-MBBS)
Tajuk : Tahun kesedihan ('Aamul Huzni')

Kupasan dan pengkisahan semula sirah Nabi ketika tahun kesedihan.Bagaimana di terangkan cabaran ketika dakwah Nabi secara sembunyi sembunyi dan secara terang terangan.Perubahan cara dakwah Nabi ini juga di perintahkan oleh Allah SWT di sekitar tahun kesedihan (Aamul Huzni)

Sedikit teguran membina dari Ust Khusairi :

i.Larangan semasa majlis perkhawinan Islam.

a.Memakai inai yang di corak corak bagi lelaki/perempuan pada anggota badan yang boleh di kategorikan sebagai tatoo.
b.Memakai rantai perhiasan bagi pengantin lelaki tanda menyerupai perempuan.

ii.Larangan tunduk (bow) sesama manusia.
Adalah haram tunduk (bow) lebih rendah dari keadaan semasa kita rukuk dalam solat.

Contoh menimba ilmu secara tidak rasmi.

 A.Baru baru ini saya ada menziarahi seorang sepupu saya yang giat menternak ayam kampung di belakang kawasan rumahnya di Johor.Banyak perkara yang saya belajar dari segi penjagaan dari sekecil kecil anak ayam sehinggalah sebesar besar penjantan dan baka.

Juga saya dapat belajar cara menjaga kebersihan persekitaran reban ayam dan tempat mereka makan dan bertelur.Dan sebagai bonus saya dapat melihat inkubator yang di gunakan untuk menetaskan telur telur ayam kampung yang agak canggih saya kira teknologinya.

B.Ketika saya pulang ke rumah mertua saya baru baru ini,saya sempat berbual dengan abang ipar saya sekitar teknologi pembuatan TAUHU.Abang ipar saya sendiri telah sekian lama mengusahkan pembuatan tauhu yang di warisi dari arwah bapa mertua saya.

Banyak juga ilmu yang dapat di cedok secara teori.Antaranya yang sempat saya ‘korek’ adalah pemilihan jenis kacang soya,teknik pembuatan tauhu dan yang paling mencabar adalah tekanan harga bahan mentah yang amat tinggi di bandingkan harga pemintaan barangan yang agak terhad keuntungannya.

Contoh ilmu yang di dapati secara tidak di sangka sangka.

Ketika saya minum pagi di kantin kilang,tiba tiba sahabat saya menceritakan kisah sahabatnya yang membuat perusahaan cendawan.Cerita sekitar ujian di peringkat permulaan yang di alami oleh sahabatnya itu.Sampai satu tahap walaupun pengeluaran cendawan agak mengalakkan dari kebun cendawannya tapi permintaan amat sedikit.Stok cendawan semakin hari semakin banyak sehinggalah cendawan itu di bahagi bahagikan secara percuma kepada penduduk setempat dan rakan rakan.Niatnya adalah untuk mengelakkan cendawan yang sedia ada dari terbuang dan membazir begitu sahaja.Di takdirkan Tuhan,rupanya dengan membahagi bahagikan secara percuma itu tadi secara tidak langsung menjadi promosi terhadap cendawan yang di usahakannya.Bermula dari situlah perusahaan cendawannya berkembang dan bertahan maju sehingga ke hari ini.

Maha Suci Allah yang Maha Kaya dan ilmuNya tidak dapat di jangkau semuanya dengan usaha kita.

Pengajaran :

i.Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad.
ii.Jangan mendabik dada dengan ilmu yang kita ada.
iii.Kongsikan ilmu yang kita ada dengan sesiapapun dengan ikhlas.

Semoga Allah memberkati ilmu dalam dadaku.

"Rabbizidni ‘ilman naafia"

Tuhanku! Tambahkan daku ilmu yang berguna.Amin.

Friday, November 20, 2009

.: TeLApaK TanGAn yAng KeciL ITu :.

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang di kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Dalam kehidupan,pelbagai peristiwa dan kejadian adalah antara guru yang tidak kenal erti masa dan lelah dalam mengajar manusia di muka bumi ini.

Kehadiran 4 orang putera puteri tersayang saya di sambut oleh para petugas dari 3 hospital yang berlainan.Anak pertama saya,Abdul Aziz bin Mohd Rizal di lahirkan di Hospital Besar Batu Pahat (13 Okt 2004).Anak ke dua saya,Abdul Hadi bin Mohd Rizal di lahirkan di Hospital Besar Tuanku Jaafar,Seremban (27 Ogos 2006).Anak ketiga saya,Ain Sofiah bte Mohd Rizal di lahirkan di Hospital Putrajaya (26 May 2008).Anak keempat saya,Abdul Halim bin Mohd Rizal di lahirkan di Hospital Besar Tuanku Jaafar,Seremban (27 Okt 2009).

Kelahiran mereka bukan sahaja menjelaskan lagi bukti Kebesaran Allah Yang Maha Esa tetapi memberi pelbagai pengajaran kepada saya.

Anak pertama saya di lahirkan selepas waktu subuh.Tanda tanda awal sakit untuk bersalin mula di rasa oleh isteri saya sekitar jam 3 pagi.Tanpa berlengah saya start enjin kereta dan terus menuju ke hospital.Perjalanan agak lancar memandangkan tidak terlalu banyak kenderaan di atas jalanraya tambahan pula masih awal pagi.Tiba di wad kecemasan hospital isteri saya terus di tolak dengan menggunakan kerusi roda entah ke mana sedangkan saya di arah untuk memakir kereta saya di tempat yang di sediakan.

Akhirnya saya dapat tahu isteri saya telah berada di dewan bersalin dan bersedia untuk melahirkan anak.Oleh sebab terlalu lama menunggu saya bertanyakan kepada petugas di dewan bersalin tentang keadaan isteri saya.Saya tidak di benarkan masuk ke dewan bersalin kerana bayi yang di lahirkan perlu melalui proses vacuum.

Selepas solat subuh,sekali lagi saya bertanyakan keadaan isteri dan anak yang saya sendiri tidak tahu sudah di lahirkan atau belum.Alhamdulillah,bayi kami telah selamat di lahirkan dan saya telah di beri kesempatan untuk mengazankan bayi lelaki kami.Sewaktu pertama kali saya mendakap bayi saya,kelihatan bayi itu membuka matanya seolah menoleh kepada saya.Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saya ketika itu.

Dan kenangan yang tidak akan saya lupakan adalah isteri saya terpaksa duduk di katil tambahan memandangkan wad bersalin terlalu ramai ketika itu.Katil yang begitu rendah dan sedikit kecil dari katil normal di letakkan di ruang tengah untuk laluan orang ramai.Dengan keadaan yang kurang selesa dan susun atur di dalam wad bersalin yang agak kelam kabut.Saya kira perlu ada pembaikan yang perlu di perhatikan oleh pihak pentadbiran hospital berkenaan.Ini perlu memandangkan hospital adalah salah satu tanggungjawab penting pihak kerajaan terhadap rakyat yang memilih mereka sebagai pentadbir Negara.

Anak kedua saya lahir juga selepas subuh.Isteri saya mula menunjukkan tanda awal kesakitan untuk bersalin sewaktu hampir waktu subuh.Selepas solat subuh yang sempat ditunaikan hanya di rumah,saya terus menuju ke hospital.Kali ini perjalanan agak dekat memandangkan rumah sewa saya di Bukit Chedang hanya beberapa kilometer sahaja dengan Hospital Tuanku Jaafar.

Kali ini keadaan hampir serupa dimana saya terus menghantar isteri saya ke wad kecemasan dan isteri saya terus di tolak menggunakan kerusi roda ke tingkat 1 bangunan utama hospital.Saya terus memakir kereta saya.Kerana masih awal pagi,proses memakir kereta agak mudah dan tidak perlu membuang masa yang lama.

Saya sampai di dewan bersalin agak lewat kerana perjalanan saya terhalang oleh kekurangan penunjuk jalan di dalam hospital.Hospital sedang di ubahsuai dan keadaan sedikit kurang mesra pengguna.Papan penghadang di sana sini menyebabkan saya sendiri tidak tahu ke mana hendak di tuju.

Namun ada Rahmat dariNya di sebalik kepayahan saya mencari dewan bersalin.Kali ini nasib saya baik kerana saya di benarkan untuk masuk ke dewan bersalin.Saya masuk ke dalam dan mendapati isteri saya dalam tahap terakhir untuk melahirkan anak.Saya pegang tangan isteri saya dan memberi semangat bersama sama jururawat yang turut sama membantu.Alhamdulillah,itulah kali pertama saya dapat melihat dengan mata saya sendiri,bayi saya lahir ke dunia secara LIVE.

Anak ketiga saya dilahirkan berbeza sedikit keadaannya.Di takdirkan saya perlu menghadiri temuduga di Dengkil pada hari tersebut.Paginya saya bertugas seperti biasa dan petangnya saya mengambil cuti untuk tujuan temuduga.Sampai sahaja di rumah untuk bersiap ke Dengkil saya dapati isteri saya juga sudah bersiap dengan anak anak.
Saya sendiri pada awalnya tidak merancang untuk membawa keluarga bersama untuk sessi temuduga.Tapi di sebabkan isteri saya mengatakan sudah ada tanda tanda awal kesakitan untuk bersalin,saya bawa mereka semua bersama ke Dengkil.

Saya tiba di Dengkil dalam keadaan isteri saya sudah mengadu sakit untuk bersalin.Tetapi sela masanya masih belum ketara.Saya masuk ke bilik temuduga walaupun hati sedikit tidak tenteram.Selesai temuduga saya dapati di sebelah kereta saya ada seorang kakak seperti sedang berkata kata sesuatu dengan isteri saya.Rupanya sela masa kesakitan isteri saya sudah sampai tahap hampir sangat dengan waktu untuk bersalin.

Tanpa di duga duga,seperti sudah ketetapan Illahi,ada seorang kakitangan di situ sudi menunjuk jalan ke hospital dalam keadaan yang tidak terduga langsung ketika itu.Dengan melalui jalan Dengkil saya terus di bawa ke Putrajaya.Dan sampai di hospital,isteri saya terus di hantar ke dewan bersalin.Dan tidak lama kemudian,lahirlah bayi perempuan kami ke dunia apabila saya selesai solat maghrib.Anak saya yang berdua itu saya tinggalkan bersama adik saya yang kebetulan sama sama menghantar isteri saya ke hospital,sementara saya melihat ummi dan bayinya di dalam wad bersalin.

Anak saya yang ke empat di lahirkan baru baru ini.Mungkin posting yang lepas saya ada menyatakannya serba sedikit.

Cuma sedikit cerita yang ingin saya coretkan di sebalik kelahiran anak saya baru baru ini.Semasa di dalam wad bersalin,salah seorang jiran katil isteri saya adalah seorang ibu muda yang lebih awal melahirkan anak dari isteri saya.Bila saya menghantar isteri saya bersama sama jururawat dari dewan bersalin ke dalam wad bersalin,ibu muda yang berbangsa cina tadi telah di temani oleh suaminya dan dua orang lagi ahli keluarga mereka.

Mungkin kerana melihat saya sibuk dengan urusan ketika itu,mereka berbual sahaja antara mereka dalam bahasa cina.Sebaik sahaja saya urusan saya sedikit reda,saya bertegur sapa dengan suaminya yang saya kira lebih tua sedikit dari saya.

Sapaan saya di sambut baik oleh mereka.Sempat juga lelaki cina itu menceritakan itulah anak mereka yang pertama.Dia bertanya pula kepada saya.Apabila saya katakan umur saya baru 30 tahun dan itu adalah anak saya ke empat,nampak riak terkejut dalam muka lelaki itu.Terus sahaja dia berkata sesuatu dalam bahasa cina kepada kaum keluarga mereka.Lantas saya juga nampak riak terkejut antara mereka.Mungkin lelaki itu menceritakan semula ayat saya tadi dalam bahasa yang lebih mudah mereka fahami.

Sebelum balik,sempat saya ucapkan tahniah kepada lelaki yang baru sahaja bergelar bapa itu.

Keesokannya apabila saya datang semula ke wad tersebut,saya lihat lelaki itu juga ada di situ.Rupanya isteri kami akan sama sama keluar pada hari tersebut.Sambil menunggu segala butiran di lengkapi oleh pihak hospital saya hanya melayan kerenah anak anak saya yang sudah semalaman berpisah dengan umminya.

Selesai butiran borang di lengkapkan oleh pihak jururawat,saya di kehendaki pergi ke kaunter tingkat bawah untuk membayar bil yang di sertakan.Oleh kerana setiap keluarga mendapat borang tersebut mengikut giliran,jadi setiap mereka pergi membayar bil yang ada sejurus mendapat borang yang di agihkan.Saya tertinggal kebelakang sedikit ketika pergi ke kaunter pembayaran.Kebetulan di kaunter pembayaran ramai pula yang sedang beratur.Saya mencari cari kaunter yang agak lengang.Tiba tiba ada seorang lelaki melambai lambai ke arah saya.Rupa rupanya lelaki yang berbangsa cina tadi.Dia melambai ke arah saya supaya saya beratur di belakangnya.Kebetulan barisan itu tidak ramai orang.Saya lantas pergi ke kaunter tersebut dan melunaskan tugasan saya tanpa perlu membuang masa dengan lama.Untung juga dapat kawan baru,walaupun tidak kenal lama namun dengan pertolongannya di kaunter itu serba sedikit memudahkan dan mempercepatkan tugasan saya.

Agak agaknya itulah kelebihan orang punya ramai sahabat……

Jangan lupa Nabi SAW adalah salah seorang yang punya ramai sahabat,tidak kira bangsa dan tidak kira ugama…..
Marilah kita menghidupkan sunnah Nabi SAW.Siapa tahu,di suatu masa apabila kita dalam kesusahan Allah jadikan asbab sahabat kitalah yang akan membantu kita ketika itu.Tapi itu bukanlah tujuan kita dalam bersahabat.

Bak kata pepatah melayu…

Berat sama di pikul,
Ringan sama di jinjing.

Ke bukit sama di daki,
Ke lurah sama di turuni.

Kan cantik tu... (",)

:: Di aNjuNg saNa ::

Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati.

Antara tanggungjawab anak apabila ibubapa sudah lagi tiada di dunia adalah menyambung tali silaturrahim ke atas keluarga dan sahabat handai mereka.Begitulah yang di ajarkan kepada saya oleh seorang Ustaz suatu ketika dahulu.

Berbetulan emak saya yang tercinta sudahpun di jemput Illahi 7 tahun dahulu.Jadinya tanggungjawab menyambung silaturrahim ke atas keluarga dan sahabat handai emak,menjadi tanggung jawab saya sekarang.

Siapa pun tahu dan sedar tanggung jawab bukanlah sesuatu yang mudah.Saya bekerja di Negeri Sembilan dan keluarga serta sahabat handai emak kebanyakkannya di Johor tanah kelahiran saya.Tentulah amat sukar untuk menyambung tali silaturrahim seerat yang emak saya bina dahulu dalam keadaan saya sekarang.Namun tanggung jawab tetap perlu di laksanakan.Itu panduan yang saya praktikkan sekarang.

Baru baru ini saya sempat mengunjungi salah seorang makcik saya.Walaupun tidaklah sekerap mana,namun sekiranya saya balik ke kampung saya akan usahakan untuk selitkan aktiviti saya dengan menziarahi saudara mara saya walaupun hanya sebuah rumah daripada banyak banyak rumah yang ada.

Dalam saya mengunjungi rumah makcik saya,sempat juga berbual tentang perkembangan keluarga sebelah arwah emak saya.Alhamdulillah tiada cerita yang tidak sedap di dengar yang di khabarkan kepada saya.Dan yang paling menarik,makcik sempat berpesan kepada saya dengan pesanan yang ringkas tetapi penuh bermakna.

Pesan makcik…

Apabila kita di datangi tetamu,layanlah sebaik mungkin tetamu yang hadir.Walau sesibuk mana pun kita,luangkan masa yang sekejap itu untuk berbual mesra antara kita.Mungkin ketika itu kita ada perkara yang perlu di selesaikan,tetapi sekiranya boleh di tangguhkan adalah lebih afdhal kiranya.

Dan yang paling penting jangan biarkan kedatangan tetamu ke rumah kita berperasaan kedatangan mereka seperti mengganggu kita.Dan yang paling makcik saya tegah,bila ada tetamu datang janganlah membuat perkara lain selain dari melayan mereka.Janganlah sewaktu mereka datang,kita sibuk dengan jemuran kita atau kerja kerja yang lain yang boleh di buat kemudian.

Kalau kita sendiripun,apabila kita bertamu di rumah orang di dapati tuan rumah sibuk dengan kerja lain,pasti kita berprasangka yang kedatangan kita menganggu aktiviti mereka.

Begitulah pemahaman saya serba sedikit tentang pesanan yang ingin di sampaikan oleh makcik saya itu.....

Pesan makcik saya lagi…

Tetamu biasa paling lama pun mungkin 2 atau 3 jam sahaja bertamu di rumah kita,itupun mungkin setahun sekali.Takkanlah tidak boleh di peruntukkan sedikit masa…

Saya dengar dengan teliti pesanan itu.Maklumlah setelah ketiadaan emak kandung lagi di dunia ini,makcik makcik sayalah yang saya anggap sebagai ganti emak saya.

Tidak saya sangkalkan walau sepatah pun peringatan dan pesanan makcik saya itu.Iyalah,kita orang muda kadangkala keseronokkan yang lebih di cari dalam mengisi kepuasan hidup di dunia.Saya sendiri kadangkala kurang selesa apabila kita bertamu ke rumah orang sambil tuan rumah sibuk menonton televisyen.Mungkin juga kerana keputusan idea untuk berborak.Saya hanya bersangka baik setakat mana yang saya mampu….

Namun pesanan dari makcik saya itu,tidak sekali kali saya akan lupakan.InsyaAllah….

Thursday, November 5, 2009

::: $1mB0lik :::

Hidup dan Mati adalah di bawah Tadbir Allah SWT.
Begitu jugalah dengan jodoh dan pertemuan.....

Sebagai kenangan dan tatapan sepanjang zaman,suka saya nukilkan kisah di bawah ini…..

IPIJ menjadi wadah pertemuan antara saya dengan Ustaz Abdul Halim Abdullah (UAH).Seingat daya ingatan saya,Ustaz Abdul Halim yang dahulu menemui IPIJ dengan daya usaha beliau sendiri.Dengan adanya teknologi IT dan internet,maklumat boleh di dapati di hujung jari.Mungkin juga itulah asbab yang menemukan UAH dengan kami (IPIJ) khususnya dan dengan saya amnya.

Semuanya bermula dengan program di TOYOHASHI sekitar tahun 2001/2002.Atas usaha dan kerjasama semua pihak,kami berjaya juga akhirnya bertemu muka dengan UAH walaupun sebelum itu perbincangan hanya berlaku di dunia tanpa wayar.

Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan pengisian di TOYOHASHI antara yang memberi impak agak maksima kepada semua peserta ketika itu.Program yang agak padat di samping pendekatan yang di buat oleh UAH agak berbeza dengan program program sebelum ini,membuahkan satu idea baru buat kami sebagai pihak penganjur untuk dijadikan rujukan bagi program program selepas itu.

Entah bagaimana,sebelum saya bertolak ke TOYOHASHI saya di gerakkan hati untuk mencari sebuah video kamera untuk kegunaan ketika program.Semuanya tanpa di rancang.Sudah di tentukan rezeki saya,akhirnya dapat juga saya membeli sebuah video kamera yang agak memuaskan hati saya (SONY DCR PC110E) yang masih dalam keadaan baik sehingga kini.Itupun saya beli di 'yahoo auction japan' dengan harga yang agak murah ketika itu,memandangkan model 110E adalah untuk pasaran luar jepun.Agaknya itulah sebab saya tidak mempunyai saingan hebat dalam tempoh auction.Dan akhirnya saya dapat memiliki 110E saya dengan hanya 54,000 yen (lebih kurang RM 1,500).Walaupun barangan terpakai,saya percaya pemilik sebelum saya itu,amat jarang menggunakannya memandangkan kualiti barangnya menghampiri kualiti barang baru (bak kata juru jual kereta terpakai : like show room condition!! ).Puas hati saya… :)

Seperti yang di rancangkan di awal awalnya,saya bawa segala peralatan kamera saya termasuk tripod,charger,stok kaset perakam mini dan kamera CANON EOS kiss saya ke TOYOHASHI.Lagaknya seperti pemberita yang ingin membuat liputan.Memang itupun niat saya.Sayang sekali kalau segala ilmu yang bakal di tadah di TOYOHASHI di biarkan tanpa bekas tadahan yang setimpal.

Alhamdulillah,saya berjaya merekodkan dan merakam segala ilmu yang di kongsikan oleh UAH di sana dan saya simpan semuanya dengan elok sehingga kini.Itu semua menjadi salah satu harta saya yang tidak ternilai harganya.

Mungkin antara saat yang tidak di lupakan ketika di TOYOHASHI adalah pertandingan nasyid antara peserta program.Dan yang paling meriah sekali UAH juga sudi menjadi salah seorang peserta pertandingan dan merangkap peserta jemputan khas kami.Saya antara salah seorang ahli kumpulan nasyid tersebut.

Penat juga memikirkan judul nasyid untuk di persembahkan bagi pertandingan tersebut.Saya memerah otak mencari lirik nasyid yang pernah saya hafal ketika usrah di zaman SMSS dahulu.Mujurlah ada Sdr Sufian junior saya di SMSS dahulu yang sama sama menyertai program di TOYOHASHI.Dapatlah saya mengembleng tenaga dengannya mengingat kembali senarai nasyid yang sesuai.Malangnya tiada satu nasyid pun yang kami dapat lengkapkan liriknya .

Di tengah kekalutan mencari judul nasyid dan lirik untuk di persembahkan,muncul UAH bertanyakan perkembangan latihan kumpulan kami bersama.Setelah di khabarkan kebuntuan kami,UAH lantas meberikan kami satu judul nasyid yang kami sungguh berkenan dengan liriknya.Nasyid yang berlatarbelakangkan sekitar perjuangan dan pengorbanan di bumi Palestin itu menjadi nasyid yang akan kami persembahkan pada malam berkenaan.

Setelah berlatih dan membuat rehearsal serba sedikit,kami mengambil keputusan membuat sedikit gimik untuk persembahan kami.Beberapa orang ahli nasyid akan keluar dahulu sambil berlari dan di tembak oleh pihak musuh lalu terkorban.Sejurus selepas itu barulah keseluruhan ahli nasyid akan keluar dan terus mengumandangkan nasyid kami.Semua berjalan lancar seperti yang di rancangkan.Dan berbaloi juga usaha kami kerana kami berjaya menggondol juara pada malam itu.Sayangnya saya tidak membuat perancangan awal supaya persembahan nasyid itu dapat di rakam.Sayang sekali ‘LIVE’ dan penampilan sulung UAH bersama kami tidak sempat di abadikan.

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan sebenarnya sepanjang tempoh program di TOYOHASHI.Walaupun program tidak sampai seminggu,banyak yang dapat kami pelajari di sana.

Mungkin kenangan abadi sahaja yang akan saya coretkan di sini.

Di akhir program ketika majlis muhasabah,UAH ada menyampaikan beberapa pesanan akhir buat kami.Pastinya doa di akhir majlis yang amat mendalam maknanya memberikan kesedaran kepada kami secara total tentang kepentingan 'deen' sebagai cara hidup yang sempurna.Saya kira tidak seorang pun yang ketinggalan menitiskan air mata ketika doa di panjatkan oleh UAH.Esakan demi esakan dapat di dengar dari segala penjuru rumah ketika itu.Dan selawat NABI yang mengakhiri majlis secara rasmi menjadi saksi bahawa sesungguhnya kita semua ummat Islam adalah bersaudara dan mempunyai tanggungjawab tertentu yang perlu di laksanakan dengan sepenuhnya.

Saya tamatkan seketika kisah saya dan UAH di TOYOHASHI sampai di sini.

2005 menjadi antara titik sejarah bagi saya.Pertama kali saya di berhentikan kerja oleh pihak syarikat yang sudah tidak mampu meneruskan operasinya.Pertama kali saya bertugas di luar negeri kelahiran saya.Pertama kali saya berkampung dan bermastautin di sebuah daerah di Negeri Sembilan.Pertama kali saya hanya berjaya bertugas selama 3 bulan di sebuah syarikat pembancuh air (tempoh yang cukup singkat) dan pertama kalinya saya bertemu dengan masjid yang mempunyai IMAM yang mampu menyampaikan khutbah tanpa membaca teks.Dan banyak lagi yang kalau mahu di senaraikan sejarah peribadi saya sepanjang tahun 2005.

Dan tahun 2005 lah menjadi titik pertemuan saya kembali dengan UAH.

Ceritanya begini…

Memang menjadi tabiat saya menjelajah dari 1 masjid ke 1 masjid,1 surau ke 1 surau untuk solat berjemaah.Bukan apa tujuannya hanya 1,jauh perjalanan luas pemandangan.Lagi banyak kita berjalan,lagi banyak kita dapat ilmu baru.

Kebetulan pada suatu malam saya sempat singgah solat Isya di masjid kariah Rasah.Selesai solat saya pun meluangkan masa yang ada untuk membaca apa yang tertulis di papan kenyataan masjid.Sedang saya khusyuk membelek,tiba tiba mata saya menangkap satu pamplet kecil yang mengiklankan pakej umrah.Bila saya perhati dengan teliti,rupanya pamplet itu di edarkan atas nama Ustaz Abdul Halim Abdullah.Lantas saya cuba memutar kembali memori minda saya.Mungkin agaknya Ustaz Abdul Halim ni UAH yg saya kenali.Saya catat nombor teliponnya di dalam buku nota saya.

Selang beberapa hari,saya kebetulan menghantar anak saya ke klinik Abdullah di Ampangan.Saya teringat untuk menelifon pejabat Ustaz Abdul Halim untuk memastikan pejabat itu milik UAH atau tidak.Alhamdulillah,tekaan saya tidak meleset.Memang pejabat yang menguruskan pakej umrah itu milik UAH dan telefon itu di jawab oleh salah seorang kakitangan beliau.

Segera saya dapatkan nombor telefon UAH untuk di hubungi.Setelah memperkenalkan diri saya serba sedikit,Alhamdulillah UAH masih ingat TOYOHASHI walaupun tidak kenal saya yang mana satu.Temu janji di tetapkan untuk berjumpa UAH.Tempatnya di restoran berdekatan dengan Tabung Haji Ampangan.

Pada masa yang di tetapkan saya bersama isteri bertemu muka semula dengan UAH dan isteri beliau sambil menjamu selera makan tengahari.Seperti tak di sangka sangka,walaupun hampir 3 tahun telah berlalu,Allah takdirkan kami bertemu kembali di tanahair yang tercinta.

Bermula dari saat itu,saya terus mengikuti perkembangan dan aktiviti yang UAH hadiri.Sempat jugalah saya menyertai pasukan bola UAH,Landak FC bermain bola di hujung minggu di Gedong Lalang.Tamat sessi main bola,akan ada tazkirah pendek di tepi padang.Walaupun ringkas ia amat bermakna dan secara langsung menjadi amal ibadah untuk semua yang hadir.

Ada sekali,saya sempat berhari keluarga di pantai Port Dickson bersama jemaah UAH.Memang seronok dapat kumpul sekali sekala.Tambahan lagi ketika itu hanya kaum lelaki sahaja yang hadir program.Bermacam sukaneka di anjurkan dan pada akhir setiap sukaneka akan di terangkan hikmah di sebalik sukaneka tersebut.Dan yang paling seronok dalam sukaneka tersebut adalah acara menyelamatkan bola tennis dari di rampas kumpulan lawan.Bergelut kami sesama kami di atas pasir pantai.Tidak ada yang membezakan kami ketika itu.Doktor,ustaz,professional,cikgu,peniaga,pelajar semua bercampur mesra seperti sudah lama kenal lagaknya.ALhamdulillah acara di sana dapat di sempurnakan dengan jayanya.

Banyak lagi kalau hendak di ceritakan….

Mungkin saya akhiri pengkisahan ini dengan majlis perkhawinan anak UAH di Sikamat tempohari.Saya di undang ke majlis tersebut beberapa hari selepas ‘Edul Fitri.Memang ramai tetamu yang datang ketika itu.Sambutan memang meriah,maklumlah 2 pasang pengantin yang di raikan.Tambahan pula UAH sudah bergelar datuk sekarang.Sekalung TAHNIAH saya ucapkan kepada UAH dan keluarga.Semoga Allah lanjutkan usia UAH untuk terus berbakti kepada warga bumi.Dan saya juga berdoa supaya usaha murni beliau di berkati Allah dan secara tidak langsung saya mengharapkan tempiasnya mengenai saya sekeluarga biarpun sedikit.

Begitulah serba sedikit kisah yang saya rasa sukar untuk di luahkan secara keseluruhannya tapi secara peribadi saya amat rasakan peribadi UAH amat istimewa.Mungkin bagi pembaca sukar untuk menggambarkan perwatakan sebenar UAH,bolehlah membaca tulisan beliau di (UAH blog's).

Saya rasa ada satu kerugian kalau saya tidak abadikan sesuatu dari kehadiran UAH dalam diri kami sekeluarga.Moga moga dengan mengabadikan sesuatu tentang UAH dalam hidup kami,sekurang kurangnya saya sentiasa bertekad dan berusaha untuk berusaha gigih seperti UAH juga.

Oleh itu......

Dengan perasaan mendalam dan amat menyanjung usaha UAH selama ini....
Dengan lafaz BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM….

Dengan ini saya namakan anak saya yang ke empat yang telah lahir ke dunia pada 27 Oktober 2009 yang lalu dengan nama ABDUL HALIM BIN MOHD RIZAL.Semoga Allah memberkati anak kami yang baru lahir ini dan semoga semangat yang ada di dalam jiwa UAH dapat di warisi serba sedikit oleh anak saya ini.InsyaAllah.....

Jauh berkayuh ke Pulau Jawa,
Untuk berdagang emas berlian,
Semangat UAH tanam di jiwa,
Menjadi bekalan di hari kemudian.

Wednesday, October 21, 2009

:: pahit pahit MENGKUDU ::

.: Konflik :.

Konflik biasa dikaitkan dengan perselisihan.Perselisihan pula dikaitkan dengan perbezaan.Perbezaan pula berlaku bila adanya dua perkara yang berlainan.Dua perkara yang berlainan ini pula wujud adalah kerana adanya pilihan.Pilihan itu wujud kerana adanya beberapa sudut pandangan.

Why conflict happen? –due to clash of opinion
Why they clash? –due to they have difference of thinking.
Why have difference? –due to subject come from two sources.
Why have two sources? –due to ability of choice.
Why have choice?-Due to point of view.

Jenuh juga nak mempraktikkan ‘5 WHY’ dalam kehidupan seharian.Tapi itulah antara tugas seharian saya bila berlakunya masalah di bahagian produksi.Terutama sekali sekiranya ada komplen dari pelanggan.

Pelanggan hanya mahukan barangan mereka penuh berkualiti.Apa nak buat,seluruh dunia telah di jaja ‘CUSTOMER is always right’.Motto ini amat mempengaruhi bidang perniagaan terutamanya.Sehinggakan kadangkala pihak pengeluar tertekan dengan keadaan sedemikian.Motto itu sendiri,saya akui memang mempunyai ‘POWER’/'KICK' yang tersendiri.Itulah peranan MOTTO.

Macam iklan kat TV tu..It’s finger licking good-Enak sehingga menjilat jari.Habis makan sahaja,mesti jilat jari,bukan setakat makan ayam sahaja tau!!!! (iklan sisipan)

Kembali pada tajuk asal perbincangan iaitu konflik.

Agak besar sebenarnya ruang lingkup untuk membincangkan tajuk ini.Banyak pendekatan yang boleh di bawa untuk mentelaah dan mendefinasikan perkataan tersebut.Dan banyak juga cara untuk kita membuat pendekatan bagaimana konflik itu hendak di selesaikan.Dan yang pasti kita amat kerap berhadapan dengan konflik dalam kehidupan seharian.Betul kan?

Kaedah ‘5 WHY’ adalah salah satu daripadanya.Soalan ‘MENGAPA’ yang di ulang ulang sebanyak 5 kali membawa kita ke masalah sebenar,mengapa satu satu konflik itu boleh terjadi.Setiap kali soalan ‘MENGAPA’ di ajukan,jawapan itu akan di perhalusi lagi dengan soalan ‘MENGAPA’ yang seterusnya.Contoh yang saya berikan di atas boleh di jadikan panduan bagaimana untuk mempraktikkan kaedah ‘5 WHY’.

Mungkin bagi yang pakar dalam bidang ini,mereka mempunyai banyak lagi kaedah bagi panduan mana mana individu dalam menyelesaikan konflik masing masing.

Sekali lagi perlu di ingat,lain situasi,lain konflik,lain pula cara penyelesaian.
Macam orang tua tua kata : Lain padang lain belalang.

"Kalau macam itu…susah juga hendak menangani konflik sekiranya tiada rumusan yang jelas tentang cara penyelesaiannya" mungkin ada yang bertanggapan begitu...

Jom kita keluar sebentar dari ‘ruang kotak’ yang ada……

.: Membaca jambatan ilmu :.

Membaca adalah antara cabang ilmiah yang penting.Malah asas pembelajaran sekolah rendah juga memperkenalkan sistem 3M iaitu mengeja,membaca dan mengira.Sejauh mana sebenarnya membaca ini mempengaruhi kehidupan kita?

Sejarah kepentingan membaca ini banyak di nukilkan oleh pelbagai generasi masa demi masa memandangkan ianya amat memberi kesan yang mendalam dalam peradaban dunia ini.Kita lihat sahaja ayat Al Quran yang pertama di turunkan berbunyi : IQRA’-yang membawa maksud : BACALAH!

Mengapa IQRA’? Tentu ada sebab yang tertentu……

Sukar sebenarnya membuat perbandingan antara orang yang membaca dengan orang yang tidak membaca.Namun begitu pasti ada perbezaan memandangkan membaca sesuatu perkara itu boleh mendatangkan menafaat dan ilmu pengetahuan.Ilmu itu pula yang akan menjadi cahaya yang mungkin boleh membezakan antara yang suka membaca dengan tidak.

Cuba bayangkan sebentar hakikat beza antara orang yang buta dengan orang yang celik.Kesukaran hidup bagi si buta dalam menyusun hidup mereka adalah kerana keterbatasan dalam pergerakan mereka.Dengan kurangnya salah satu dari unsur pancaindera iaitu mata yang berfungsi untuk melihat memberi kesan yang amat mendalam.

Bayangkan sahajalah sekiranya anda berjalan di dalam kegelapan malam.Dengan keterbatasan penglihatan dalam kegelapan yang hanya bersuluh dengan lampu itu pun amat sukar bagi kita,ini kan pula bagi si buta yang tidak dapat membezakan antara siang mahupun malam.Kegelapan adalah selamanya.Dan anak kunci yang dapat menerangi kegelapan adalah cahaya.

Perbandingan kehidupan tanpa membaca yang menjadi kunci ilmu juga seperti hidup dalam kegelapan.Ilmu yang menjadi kunci kehidupan hanya berfungsi apabila kita mula membaca.Ilmu yang ada akan bertambah juga dengan proses membaca.

Dan banyak lagi kepentingan membaca sebenarnya….

Cuba luangkan masa anda sedikit,untuk membaca kisah di bawah.Mungkin boleh di jadikan latihan pertama untuk menanam sikap suka membaca.InsyaAllah…

Begini kisahnya….

Antara pengangkutan awam yang utama dan bergiat cergas di Jepun adalah pengangkutan keretapi.Mungkin kerana kemudahan dan kelengkapan infrastruktur yang lengkap di tambah dengan teknologi yang terkini membuatkan keretapi menjadi salah satu pilihan utama masyarakat di sana.Penggunanya juga ramai dan dari segenap lapisan masyarakat.Dari pekerja kilang,jurujual,pesara awam,pelajar hinggakan ke tahap golongan atasan.Tapi apa yang amat menarik perhatian saya adalah sikap mereka ketika menaiki keretapi terbabit.

Situasinya begini...

Apabila saya sendiri menaiki keretapi di Jepun,saya akan nampak akan ada beberapa orang yang sama gerabak dengan saya di lihat sedang membaca.Pasti ada.Berapa jumlah atau peratusnya saya tidak berani mengeluarkan sebarang fakta.Tapi pasti ada tak kurang dari 5 orang.Itu yang berani saya nyatakan.

Habit membaca dalam keretapi kadangkala menjadi ikutan saya.Bukan apa,perjalanan yang memakan masa di tambah dengan terasa keseorangan menyebabkan buku menjadi pilihan sebagai teman.Walaupun tidak dapat menghabiskan keseluruhan buku dalam satu masa,sekurang kurangnya saya dapat sedikit info.Namun adakalanya bacaan bacaan ringan yang menjadi pilihan,komik,majalah ataupun katalog barangan yang boleh di dapati dengan percuma di mana mana.

Satu ketika lain pula,sewaktu menaiki LRT menuju ke Suria KLCC rasa keseorangan itu menjelma lagi.Lalu saya buka bag-pac saya dan mengeluarkan sebuah buku kecil dan terus membacanya sambil menunggu untuk sampai ke destinasi.Sampai di suatu ketika,saya dapat rasakan ada beberapa pasang mata mula memerhatikan gelagat saya.Bila saya pandang ke kanan dan ke kiri,baru saya sedar,hanya saya seorang sahaja yang sedang khusyuk membaca buku.Penumpang yang lain sibuk dengan hal masing masing.Tapi kebanyakkannya sibuk dengan telefon bimbit mereka.Saya tidak mahu menyalahkan orang yang memerhatikan gelagat saya mahupun mereka mereka yang di sekeliling saya,namun itulah situasi sebenar dan gambaran sebahagian dari aktiviti masyarakat kita bila berada di dalam kenderaan awam khususnya LRT,STAR atau Komuter.

Mengapalah susah susahkan diri nak membaca?

Saya sediakan jawapan mengikut versi saya sendiri…

.: Fadhilat :.

Fadhilat atau kebaikan biasa di kaitkan dengan amal ibadah kita.Contohnya :

1. Fadhilat bersedekah selain dapat membantu golongan fakir ia juga salah satu jalan untuk meluaskan pintu rezeki kita.
2. Fadhilat membaca dapat menambahkan ilmu.

Banyak lagi kategori dan jenis amalan yang memang ada fadhilatnya tersendiri.Cuma apa yang ingin saya katakan adalah,fadhilat ini kita boleh umpamakan sebagai enzim.

Enzim ialah sejenis protein yang bertindak sebagai pemangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel.

Fadhilat juga sebenarnya menjadi faktor dan daya tarikan/pemangkin untuk kita berminat membuat sesuatu amalan.

Akhirnya saya rumuskan begini.....

Dengan kita tahu fadhilat/kebaikan membaca kita akan mula gemar dan akan terus mengamalkan tabiat membaca.Dan dari membaca tadi kita akan tahu pelbagai info dan ilmu.Termasuk jugalah cara cara menangani konflik.

Menarikkan rantaian antara satu faktor dengan faktor yang lain.
Saling lengkap melengkapi... Simbiosis?

Adakah cara hidup Islam (DEEN) itu tidak lengkap?

Saya tinggalkan persoalan itu untuk di hadam oleh pembaca semua....

Muhasabah selepas Ramadhan fasa 4.
Pahit pahit mengkudu kalau di hadam,juga ada banyak faedahnya....

Wednesday, October 14, 2009

.:: Pengubat Duka ::.

"...sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya.
hayatilah lirik nasyid di bawah ini.....
ditujukan kepada para kawan kawanku di luar sana...
terutamanya yang baru pulang dari medan N31..."

Sunnah Berjuang
by : Hijjaz


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, tegang silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang










Sebenarnya nasyid di atas adalah antara nasyid nasyid awal yang kami hafal ketika zaman Usrah di SMSS.Terima kasih kepada Abg Fadhil,Abg Mustaqim,Abg KAS,Abg Jijoe,Abg Khairil,Abg Khairul Azam,Abg Mizan yang menjadi naqib naqib kami ketika itu.Mungkin ada ramai lagi nama yang tidak di sebut,namun usaha mereka saya doakan semoga mendapat keberkatan dariNya.Amin....

Lirik nasyid di atas juga adalah menjadi salah satu hadiah perkhawinan pada hari pernikahan saya dengan isteri saya yang tercinta.Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian. InsyaALlah....

Lirik sunnah berjuang :
Hadiah hari pernikahan buat isteri (29.11.03)

Muhasabah selepas Ramadhan fasa 4 :

Sayangnya Ramadhan kepada kita,
setiap tahun pasti akan datang menziarahi kita.....
Sayangnya Jumaat kepada kita,
setiap minggu pasti akan datang menziarahi kita....
Sayangnya Solat kepada kita,
5 kali sehari pasti akan datang menziarahi kita.
Tapi sayangkah kita dengan Ramadhan,Jumaat dan Solat kita??

Monday, October 12, 2009

twinkle twinkle little S.T.A.R



"Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are.
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Twinkle, twinkle, little star,
How I wonder what you are!"



Siapa yang tidak tahu lirik lagu di atas?

Hampir pasti ramai antara kita pernah tahu akan lirik lagu yang biasa mula di ajar seawal sekolah tadika atau darjah 1 kepada semua orang.

Apa kata kita toleh sejenak apa yang ada di 'belakang' kita...

Jom...Jom.......

Star 1.

Zaman saya sekolah rendah dulu,seringkali di adakan pertandingan untuk murid murid sekolah.Pelbagai bentuk pertandingan di anjurkan dan yang pasti tujuan dan objektifnya adalah untuk mencungkil bakat murid murid yang ada.

Masih ingat lagi ketika saya bersama sama kumpulan saya menyediakan sebuah buku skrap berbahasa Inggeris.Murid murid di dalam kelas saya telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan diberikan tugas untuk menyiapkan buku skrap masing masing dalam tempoh yang telah di tetapkan.Bersandarkan bakat dan kemahiran masing masing,kami berhempas pulas menyiapkan tugasan yang telah di berikan.Dan akhirnya setelah menyiapkan tugasan,kami menyerahkan hasil kerja kami kepada Cikgu yang terbabit.Selepas diperiksa dan di nilai,akhirnya keputusan pertandingan di umumkan.Dan tanpa di duga kumpulan kami di umumkan pemenangnya.

Berita kemenangan itu merupakan satu khabar gembira kepada kami.Walaupun hadiah yang di berikan tidak seberapa,namun penat lelah kami terbalas jua akhirnya.Sungguhpun kumpulan kami bergelar juara,namun entah mengapa kegembiraan yang kami perolehi tidak sepenuhnya saya kecapi.Mungkin kerana saya tidak dapat menyumbang tenaga dan idea yang sepatutnya.Saya akui penguasaan saya dalam Bahasa Inggeris agak lemah ketika itu,jadi sedikit sebanyak faktor itu menghadkan penglibatan saya dalam menjayakan projek buku skrap tersebut.Mujur kumpulan kami mempunyai anggota yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang cukup baik.

Star 2.

Di satu pertandingan yang lain,kami setiap murid di berikan tugas untuk mereka cipta replika rumah melayu tradisional.Kami di beri pilihan samada bergerak secara individu ataupun berkumpulan untuk menjayakan projek tersebut.Kali ini saya mengambil keputusan untuk bergerak secara individu.Seingat saya,hampir berminggu juga saya habiskan untuk menyempurnakan projek tersebut.

Gayanya seakan arkitek kecil ketika berusaha mencari idea rumah kampung ciptaan saya sendiri.Bahan utama untuk binaan rumah tersebut adalah kad manila.Setiap sudut binaan saya ukur secara terperinci.Rumah yang berbentuk empat segi panjang itu saya masukkan juga beberapa ruangan kecil mirip rumah kampung lama.Rumah kecil itu saya lengkapi dengan pagar dan ruangan di kelilingnya saya letakkan rumput hijau yang saya ambil dari lumut yang tumbuh di tepi longkang.

Setelah tempoh masa yang di berikan sampai,saya pun menyerahkan hasil kraftangan itu kepada cikgu saya.Saya kira tentangan ketika itu amat kuat juga dari rakan rakan saya yang lain.Ada yang memilih untuk melaksanakan projek secara individu seperti saya dan tidak kurang juga yang memilih untuk membuat aktiviti secara berkumpulan.Di ringkaskan cerita,masa yang di tunggu tunggu pun tiba.Setelah para pengadil dan juri membuat perkiraan masing masing,keputusan penghakiman di buat dan ia boleh di semak di ruang dewan besar sekolah rendah saya.Saya tidak pasti hadiah di sediakan untuk berapa kategori ketika itu,tapi yang jelas dan menggembirakan saya adalah replika rumah yang saya siapkan berjaya mendapat tempat pertama.Entah mengapa,kepuasan ketika itu sukar di gambarkan.Setelah berpenat lelah dengan bantuan idea dari rakan rakan lain saya berjaya juga menyempurnakan replika rumah saya.Tapi kepuasan ketika itu amat bermakna tambahan pula replika saya dan replika yang lain di jadikan pameran untuk beberapa ketika untuk tatapan murid lain.

Star 3.

Tingkatan 2 Usaha SMSS tahun 1993 memang terkenal di sebabkan sentiasa meraih tempat tercorot dalam pertandingan kebersihan kelas yang di anjurkan setiap bulan oleh pihak sekolah.Hampir setiap bulan apabila di umumkan keputusan bulanan pada hari perhimpunan adalah hampir mustahil tempat kami itu di rampas oleh kelas kelas yang lain.Entah mengapa kelas kami di anggap terlalu kotor ketika itu.Sedangkan kelas kami duduk letaknya betul betul di belakang bilik pengetua sekolah.Cuma yang pasti dan yang saya perasan ketika itu,bilik kelas kami di kelilingi dengan grill pada setiap cermin 'nako' tetapi tidak pada kelas kelas yang lain.Tidak tahu mengapa....Jadinya aktiviti mencuci cermin agak sukar dan warna grill yang hampir kusam itu menyebabkan kelas kami nampak tidak cantik dan kurang ceria.

Senior senior ketika itu memang marah betul dengan kami sekelas.Jarang benar kelas kami terkeluar dari carta tercorot.Seperti ada 'badi' di situ.Guru guru jangan di ceritakan lah tanggapan mereka kepada kami,yang pasti memang ketika itu kelas kami mendapat pandangan serong dari semua pihak.

Tahun 1994,kelas 3 Usaha di tempatkan di atas kelas 2 Usaha.Memang begitulah tradisi susun atur kelas di sekolah kami.Entah mana datangnya ‘energy’ ketika itu,kelas 3 Usaha berjaya mengorak langkah keluar dari kelompok ‘kekotoran’.Pelbagai usaha di buat,mengambil sempena nama kelas kami 3 U.S.A.H.A bagi membersihkan nama kelas kami.Dan sebagai ganjarannya kelas kami berjaya meraih tempat pertama kebersihan kelas untuk kali pertamanya bila sahaja sessi 1994 membuka tirai.Gembiranya tidak kepalang ketika itu.Dan yang paling menggembirakan sekali adalah kami berjaya mengekalkan kedudukan kami itu agak lama juga.Sehinggakan sekiranya keputusan ingin di umumkan pada pagi perhimpunan,akan ada suara suara kecil yang akan membuat keputusan dahulu."3 usaha...3 usaha",begitulah bunyi suara kecil tersebut.Dan ketika itu,ketua tingkatan kami seperti sudah dapat membaca keputusan dan terus sahaja bersedia untuk mengambil piala pusingan yang akan di berikan dari Tuan Pengetua.Seperti sudah di jangkakan…..Memang itulah keputusannya.3 Usaha sekali lagi mengekalkan gelaran buat sekian kalinya.....

‘Badi’ 1993 telah kami lupakan.Semangat 1994 itu memberikan impak yang besar kepada kami.Sekurang kurangnya ia menjadi kenangan abadi antara kami.Siapa sangka,kelas 2 Usaha yang comot dahulu boleh bergelar Juara Kebersihan Kelas pada tahun berikutnya.Itu semua ketetapan Illahi.....

Star 4.

1996.Sukan sekolah tahun tersebut hanya di anjurkan di padang Wembly SMSS.Seperti biasa,sekiranya sukan sekolah di adakan di padang sekolah sahaja,maka pertandingan wajib adalah menghias khemah kumpulan rumah masing masing.Apa lagi,rumah Perwira bersama ahli ahlinya memulakan projek menghias khemah yang di dirikan oleh pihak sekolah.Begitu juga dengan rumah Panglima,Pendekar dan Pahlawan.

Aktiviti menghias khemah memerlukan ketelitian dalam perancangan.Ini kerana idea kita mungkin akan di ciplak oleh pasukan lain.Idea dan perahan keringat akan di laksanakan mengikut motif atau tema yang di pilih oleh ahli pasukan rumah masing masing.

Seingat saya ketika tahun tersebut,kami sanggup masuk  dan meredah sampai ke hutan Merak di Rimba semata mata ingin mencari pokok yang agak besar untuk di jadikan tiang seri khemah kami.Bayangkanlah ‘survival’ ketika itu.Pokok yang telah di tebang di angkut secara manual ke dalam kawasan padang oleh beberapa sahabat saya.Kami jangkakan faktor tiang seri itu akan menjadi daya penarik khemah kami.Apakan daya,idea kami telah di ciplak jua akhirnya.....

Kami tidak keputusan idea.Segera kami mencadangkan idea baru kepada cikgu yang bertanggung jawab ke atas pasukan rumah kami.Seni kraftangan melayu kami jadikan tema baru.Bermodalkan daun pokok kelapa yang di bawa sendiri oleh cikgu terbabit dari rumahnya,kami anyam daun kelapa itu seperti menganyam tikar mengkuang.Hasilnya amat memberangsangkan.Bebarapa helai anyaman daun kelapa itu kami jadikan dinding hadapan khemah kami.Itu pun kami hanya dapat selesaikan ‘last minute’ di sebabkan kami menukar tema khemah kami.Alhamdulillah,rata rata ahli kumpulan kami berpuas hati dengan kerja tangan kami semua.Junior junior yang sama kumpulan rumah dengan kami juga banyak memberikan pujian di samping memberi pertolongan.Tidak lupa juga maskot yang kami berikan nama WIRA.Kami letakkan betul betul di muka masuk khemah kami,sebagai tanda alu aluan.Jangan tak tau..kami sarungkan baju PERWIRA berwarna biru ke badan maskot kami :) Semangat lah katakan....

Ketika itu ramai di antara kami telah berkira kira khemah kami akan berjaya meraih JUARA.Tapi apa kan daya,ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari.Entah di mana silap khemah kami,kami tidak berjaya menggondol sebarang hadiah.Samada dari aspek keceriaan,kekemasan mahupun kekreatifan.

Namun pasukan kawad perbarisan yang berjaya menggondol tempat pertama menjadi pengubat duka kami.Apa kan daya,pengadilan adalah terlalu subjektif.Kami terima hakikat dengan seadanya.

Tapi,walaupun kalah,kepuasan berjaya menyempurnakan hiasan khemah pasukan kami amat terasa.Walaupun idea telah di ciplak,kami tidak putus asa.Semoga semangat itu menjadi dorongan ketika saya di rundung kekecewaan.

Star 5.

Suka saya memetik kata kata Ustaz Idham Lim ketika menyampaikan kuliah subuh di Surau An-Nur,Bangi pada ahad yang lepas."Adakah kita boleh istiharkan sesuatu barang itu milik kita,sedangkan barang itu adalah barang yang di curi"

Tapi yang saya faham dari ayat di atas adalah…..
"Adakah kita boleh istiharkan sesuatu kemenangan itu milik kita,sedangkan kemenangan itu adalah kemenangan yang di curi"

Wallahua’alam.

Banyak sebenarnya kisah kemenangan dan kekalahan yang sering berlaku pada kita.Samada kita sedar atau tidak sahaja.Memang kemuncak segala usaha kita adalah saat kemenangan yang kita nanti dan impikan.Tapi apa kan daya,setiap sesuatu ada ketentuan masing masing.Ada ketika mungkin kita berada di pihak yang menang dan tidak mustahil di suatu ketika yang lain kita berada di pihak yang kalah.Ketika menang mungkin saat yang manis dan ketika kalah mungkin saat dan ketika yang pahit untuk di terima.Saat saat itu pasti banyak mengajar kita.Memang itulah hakikat kehidupan.Jangan sampai kita pula termasuk dalam golongan orang yang langsung tidak mengenal erti kalah dan menang....Hanya menjadi pemerhati di atas segala kemenangan dan kekalahan yang orang lain kecapi.Ruginya......

Bak kata kawan saya,"Macam mana nak tau perasaan kalah atau menang kalau langsung tak berusaha membuat sesuatu."

Ada betulnya juga kenyataan itu kalau di renung dalam dalam....

Muhasabah selepas Ramadhan fasa 3.

Tuesday, October 6, 2009

P.O.W.E.R




Hidup ini penuh dgn pilihan.....gambar dalam perpustakaan

Kalau di beri pilihan,mana yang anda pilih :

Kedai A.

Sebuah kedai runcit di kawasan taman perumahan yang sedang beroperasi di bangunan rumah kedai.Susun atur di dalamnya seperti kedai kedai yang kita biasa kunjungi.Di ruang hadapan di letakkan rak surat khabar dan beberapa majalah.Lokasinya betul betul berdekatan dengan kaunter bayaran.Di bahagian dalam di bahagikan kepada 3 ruang yang besar.1 bahagian untuk barangan makanan dan minuman,1 bahagian untuk barangan cucian dan pakaian dan 1 bahagian lagi tiada kategori (others).

Di dalam kedai ada beberapa pembantu Indonesia yang akan mengemas dan menyusun atur mana yang perlu.Dan di bahagian paling belakang kedai di tempatkan store barangan.

Di hadapan kaunter pula terdapat deretan peti ais bersaiz besar berisi sayuran dan minuman manakala peti ais bersaiz kecil diisi dengan ais krim serta makanan sejuk beku.

Di belakang kaunter,seperti yang kerap di perhatikan,terdapat rak di susun atur dengan pelbagai macam jenis rokok.Ruangan yang biasanya mendapat perhatian ramai di mana mana kedai sekalipun.

Kedai B.

Susun aturnya hampir mirip dengan kedai A.Cuma pembantu kedai nya sahaja di datangkan dari India.Harga barangan pula ada sedikit berbeza.Sesetengahnya ada yang lebih murah sesetengahnya pula ada yang lebih mahal.

Walaupun susun atur barangan hampir sama dengan kedai A,tetapi untuk setiap barangan mempunyai lebih banyak pilihan dari pelbagai jenama.Sebagai contoh,untuk diapers kanak kanak sahaja ada 5~6 jenama pelbagai kuantiti dan pelbagai jenis.

Bahagian depan kaunter pula di atas barisan peti ais di letak rak panjang berisi bekas makanan dan minuman plastik serta yang seangkatan dengannya.

Yang lebih menariknya,penjaga kaunternya amat cekap melayan,walau ramai manapun pelanggan.Dan yang nampak ketara,pelanggan tidak perlu beratur menunggu giliran yang terkadang membawa barangan yang bukan sedikit jumlahnya.

Kedai C.

Susun aturnya juga hampir sama dengan 2 kedai di atas.Cuma bahagian majalah dan suratkhabar di letakkan pelbagai lagi pilihan.Suratkhabar diletakkan di tepi kaki lima tempat orang ramai lalu lalang.Manakala deretan majalah pelbagai genre di letakkan di sisi laluan masuk utama ke dalam kedai.Pembantu kedai terdiri dari anak anak tuan punya kedai di samping seorang pembantu tetap dari Bangladesh.

Barangan di susun agak padat menyebabkan agak sukar mencari barang tertentu.Kadangkala ada yang di pamerkan tapi masih di dalam kotak dan di letak sahaja di atas lantai tanpa tanda harga.

Barangan tin ada yang berhabuk di bahagian penutupnya.Store kedai nampak kelam kabut sedikit susun aturnya.Pernah sekali pembantu kedai menarik keluar perangkap tikus dari bawah sebuah rak ketika kedai masih dikunjungi pelanggan.Dan banyak lagi….

Mini market D.

Ruangan kedai yang besar boleh menempatkan lebih banyak barangan keperluan pengguna.Penggunaan penghawa dingin selain memberi keselesaan kepada pengguna ia juga boleh menambah baik kualiti udara di dalam ruangan kedai.Habuk juga dapat di kawal.

Oleh kerana tuan punya pasaraya sering mengedarkan pamplet harga barangan semasa,jadi pengguna mudah merancang perbelanjaan mereka.Perbandingan harga juga mudah di laksanakan.

Yang lebih utama,semua barangan di kawal selia dan nampak kesungguhan mereka dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan untuk datang membeli.

Pasaraya E.

Parking berbumbung dan tiada ‘parking fee’ merupakan 1 daya tarikan yang amat penting.Pengawal keselamatan nampak kerap melakukan rondaan bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku di kawasan premis.

Kawasan lobi di sediakan troli dan bakul kecil untuk keperluan pengguna memunggah barang ke kaunter.Terdapat juga senarai harga bergambar yang terkini di lekatkan di papan kenyataan.
Ruang membeli belah di mudahkan dengan adanya ‘signboard’ khas (contoh:pakaian kanak kanak,makanan kering,keperluan harian etc).Mungkin tanda harga yang tidak di letakkan pada setiap barang kadangkala mengelirukan pembeli.Namun dengan adanya ‘bar code reader’ masalah ini mungkin sedikit sebanyak dapat di selesaikan. Yang jelas dan nyata barangan yang di cari mudah di ‘akses’ tanpa perlu merayau rayau walaupun tiada pembantu kedai yang melayan kita.

Deretan kaunter yang panjang walaupun kadangkala penuh sesak dengan pelanggan di tambah baik dengan adanya kaunter ekspress untuk pengguna yang membeli kurang dari 10 barang.Di kaunter pula dua orang pembantu sedia menanti,seorang bertugas sebagai juruwang dan seorang lagi bertindak sebagai penyusun barang ke dalam beg plastik.Ini boleh mempercepatkan proses pembayaran.

Begitulah serba sedikit realiti sebenar dan gambaran perbandingan tempat kita berurusan untuk proses jual beli keperluan harian.Mungkin banyak lagi.......

Soalannya….

Manakah tempat/kedai untuk membeli barangan keperluan yang menjadi pilihan anda?

Soalan ini tidak termasuk di dalamnya,faktor bila masa ketika membeli,jarak dari tempat tinggal,barangan yang hendak di beli atau siapakah pemilik premis.

Menjadi pilihan masing masing atas dasar gambaran dari sudut pandangan mata dan cara setiap premis menarik pelanggan untuk masuk dan membeli di dalamnya..

A,B,C,D,E ???

Sudah membuat pilihan?

Adakah pilihan anda itu di praktikan sehari hari?

Mungkin agak sukar soalan tersebut untuk di jawab kerana banyak lagi faktor yang kita perlu pertimbangkan dalam proses kita membeli sesuatu jenis barangan.Namun kita sebagai pengguna,adakah kita tidak boleh mengubah suasana??

Adakah dalam proses jual beli hanya penjual berkuasa sepenuhnya??

Kita boleh pikirkan bersama…

Pengguna sekarang kebanyakkannya bercitarasa tinggi,’ luah seorang kawan saya baru baru ini.

Itu tidak saya nafikan.Tapi sejauh manakah impak ini di ambil peduli oleh para peniaga di luar sana.

Pernah satu ketika saya memerhatikan,seorang pakcik tua berbangsa cina mengucapkan terima kasih setiap kali pembeli membayar sejumlah wang di kaunter kedainya.Tidak terkecuali walaupun yang datang membayar hanyalah seorang kanak kanak sekolah yang membeli gula gula sebanyak 10 sen.

Seorang kakak berbangsa India pula sering menegur dan bertanyakan sesuatu kepada anak anak saya apabila saya membawa mereka bersama sama saya ke kedai.

'Boy semua dah makan ke?' begitulah antara ayat yang sering di tanyakan.

Seorang pakcik melayu yang pernah membuka kedai berhampiran rumah saya di kampung dahulu sering mempelawa saya makan bersamanya.Ruangan kedai yang berdekatan dengan rumah pakcik itu membolehkan isterinya sering menghantar apa jua juadah makanan ke hadapan kedai.Dan saya adalah antara penjamah rasmi juadah itu walaupun saya bukanlah pelanggan yang membeli barangan.

Kisah kecil di atas jangan di pandang sebelah mata.Masih saya ingat lagi antara buah bicara ketika saya menjual nasi lemak dahulu dengan seorang jemaah tabligh.

'Kita berniaga ni akan nampak maksud tawakkal yang sebenarnya.Kerana kita tidak memanggil masuk/datang pelanggan kita,mereka yang masuk/datang sendiri kerana di gerakkan hati mereka oleh Allah,' ayat yang tidak mungkin akan saya lupakan.Penuh hikmah kata kata itu.

Tapi adakah kita di ajar hanya bertawakkal sahaja tanpa berusaha?

Kisah di atas mungkin salah satu usaha peniaga yang ikhlas dalam berniaga barangan mereka.

Jadi,samada kita sebagai penjual atau pembeli berlaku adillah dalam tindak tanduk kita.Sebab kata lawan bagi adil adalah zalim.Zalim pula membawa maksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Namun yang menggusarkan hati saya adalah,dalam contoh kelima lima situasi di atas,hanya seorang sahaja sebenarnya dari mereka adalah peniaga muslim.Yang mana satu antara mereka biarlah saya sahaja yang tahu.

Satu sahaja perkongsian saya hari ini…(mengambil sempena ayat yang sering saya ungkapkan…hidup ini kan satu perkongsian….) Bantulah peniaga muslim yang ada di luar sana.Bantulah bukan bermaksud membeli sahaja barangan yang mereka jual,malahan memberi pandangan dan buah pikiran kepada mereka supaya mereka dapat menambah baik perniagaan mereka.

Berilah sokongan kepada peniaga muslim kita!

Muhasabah selepas ramadhan fasa 2.Renung renungkanlah…..

Untuk muhasabah sebenar ramadhan : klik (di sini)

Jom muhasabah!