Thursday, March 25, 2010

:: Daya Tarikan Magnet ::

"Ya Allah! Curahkanlah yang bermanafaat"
....Amin

Segala puji pujian bagi Allah SWT,Tuhan pentadbir sekalian yang telah menurunkan nikmat hujan di bumi Senawang 2,3 hari kebelakangan ini.Bumi yang kering kontang kerana tersejat kandungan airnya dek kerana teriknya pancaran matahari kini kembali segar di basahi air hujan.Cuaca malam yang kadangkala bahangnya membuatkan tidur menjadi tidak selesa secara tiba tiba menjadi nyaman bersama hembusan angin malam juga asbab dari turunnya hujan yang merupakan Rahmat (kasih sayang) dari Allah SWT kepada hambanya.

Amma ba`du.Arakian.....

Seusai kuliah maghrib Muntakhab Ahadis di Surau Al Amin yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj Hambali (insyaAllah dalam proses mengedit isi kuliah untuk dien3kan dalam blog) entah mengapa motor EX5 yang di tunggang oleh saya di lencongkan ke jalan `belakang` .Walaupun jalan itu agak gelap,saya amat suka menghirup udara segar jalan tersebut yang jauh dari kesibukan lalulintas.Namun ianya hanya sebentar,tidak sampai beberapa minit saya telahpun tiba di persimpangan besar Taman Matahari Height menuju ke Desa Ixora.

Dan entah mengapa juga,motorsikal saya di lencongkan sekali lagi ke deretan kedai di Taman Matahari dan bukannya terus menuju ke Desa Ixora.Hala tuju saya adalah 2 kedai `BUNDLE` yang berada di situ.Walaupun pada asalnya saya hanya ingin ke X BUNDLE ,tapi tarikan Y BUNDLE(YB) pada malam tadi lebih kuat menyebabkan kaki saya melangkah masuk ke dalam pintu kedai tersebut.
contoh kedai bundle yang menjual pakaian kanak kanak di Jepun

Memang agak lama saya tidak melangkah masuk ke kedai YB.Kerana melihat susun atur dalaman kedai berkenaan agak berlainan pada malam tadi membuatkan hati saya tertarik untuk melihat dengan lebih dekat apa sebenarnya kelainan berkenaan.

Sebelum itu,
.....setiap orang mempunyai kegemarannya masing masing

Entah mengapa,saya amat gemar dengan barangan terpakai.Semua sedia maklum,kedai baju bundle adalah salah satu dari kedai barangan terpakai selain kedai `used car`,kedai menjual alatan eletrik,perabut dan bermacam lagi.Pendek kata,selagi barangan itu mempunyai nilai jualan walaupun sudah di guna pakai,sudah tentunya akan wujud kedai yang menjualnya semula sebagai barangan terpakai.Jangan tak percaya,atap genting pun masih ada harga tau,jangan di buang kalau sudah tidak mahu di guna.
........yang menjadi idaman sesetengah jejaka `buttonfly` levis 501

Semasa di Jepun dahulu pun saya amat gemar ke kedai barangan terpakai.Kebanyakkan koleksi seluar jeans saya,di beli dari kedai kedai tersebut.Bayangkan,manalah taraf seorang pelajar membeli sepasang jeans Levis 501 original yang harganya kalau di Jepun mencecah hingga kira kira 15,000 yen (lebih kurang RM500) minimum dan sudah tentulah ada yang lebih mahal lagi.Kerana terlalu mengidam untuk merasai nikmat menyarung sehelai Levis 501 original,jadi saya membuat `operasi` dengan mencari di merata kedai di sana.Akhirnya dalam mencari cari itu,saya berjumpa dengan sebuah kedai menjual pakaian yang agak berjenama berdekatan dengan tempat saya tinggal.Namun apa yang menarik,di sebahagian rak rak yang tersusun rapi di dalam kedai,ada di letakkan khas beberapa ruangan untuk pakaian terpakai dan salah satunya adalah rak seluar jeans Levis 501.Dan yang lebih menarik lagi,harganya hanya sekitar 4000~10,000 yen (sekitar RM120~RM 300) mengikut kualiti.Apa lagi,dalam pada semangat yang teruja dan sibuk memilih,sempat juga saya menyambar 2 pasang Levis 501 yang telah lama di impikan dan dompet saya hanya luak 7000 yen sahajan ketika itu.

Iklan sedikit...

antara kedai yang di usahakan oleh golongan masyarakat
orang asli di Rengit atau lebih di kenali dengan 'Kedai Kuala'

Dan sesiapa yang ingin mencari perabut,barang eletrik,perkakas rumah,barang permainan kanak kanak,set golf dan macam macam lagi dengan harga yang agak murah dan masih berkualiti,bolehlah pergi ke `KUALA` sebuah pertempatan orang asli di Rengit Batu Pahat.Pasti anda akan tersenyum berpuas hati sekiranya anda berkenan dan dapat membeli barangan di sana.Dan yang pastinya semua adalah barangan terpakai dari Singapura.

Kembali ke kedai YB.

Memang benar,mata kita memang tidak pernah menipu.Hanya mulut sahaja yang bersifat begitu.ehehhehe...Kesian si mulut.Kerana mulut badan binasa.Kerana mata dompet ’binasa’.Boleh ke macam tu?

Banyak benar perubahan dalam kedai YB yang dapat saya perhatikan malam tadi.Pakaian kanak kanak yang menjadi barangan utama kedai berkenaan semakin banyak dan di gantung rapi.Ada tambahan ruangan di mana ada sebuah bilik kaca yang mengasingkan dari ruangan utama.Di dalamnya masih lagi pakaian kanak kanak dan ada di tambah sedikit jaket dan baju lengan panjang.

Setelah 2,3 round mencuci mata,ada seorang pekerja menegur saya.
.........hanya ilustrasi penulis

Pekerja : Nak cari apa bang? (ayat skema)
Saya : Tengok2 je (ayat skema gak)
Saya : Baju2 ni harga dia macamana? (walo ada tag harga..tanya sbb nak ‘memancing’harga)
Pekerja : Yang bahagian sini (ruang utama) semua pakaian bawah RM 10.
Saya : Memang dah tetap ke harga?
Pekerja : Mengangguk kepala.
Saya : Kalau tulis RM 8.90 memang tak boleh kurang lagi?
Pekerja : Mengangguk kepala lagi.
Saya : ………… (kecewa sedikit sebab takde chance untuk tawar menawar)
Pekerja : Tapi bang,kalau beli lebih RM50,dapat membership dan kalau datang next,boleh beli barang gred A kat bilik cermin tu less 30%.
Saya : Oooo...yang dalam bilik cermin tu barang gred A (dalam hati saya).

Saya pusing 1 round lagi,dan terus keluar kerana tiada lagi apa yang menarik kerana harganya tidak memenuhi citarasa saya.

Dalam hati saya,dari luar memang ada gaya tarikan,susun atur juga menarik perhatian,kualiti barangan juga tak kalah dan banyak pilihan namun harganya sahaja sudah cukup untuk membunuh selera membeli saya dan mungkin juga selera orang kebanyakkan yang lain.

Serba sedikit aspek yang saya pertimbangkan untuk membeli di kedai bundle adalah :
1.Murah
2.Ada kualiti
3.Ada jenama
4.Murah.

Mengapa sampai 2 kali murah saya senaraikan??

Murah pertama itu harga yang di tawarkan oleh pemilik kedai dari asal memang murah,dan murah yang kedua itu adalah harga barangan yang menjadi lebih murah selepas saya tawar lagi harganya.eheheh...

Percaya atau tidak saya pernah membeli baju bundle kanak kanak sehelai berharga RM1 dan kualitinya amat puashati dan saya bagi 4 bintang.Dan hasilnya saya memborong hampir 20 helai pasang baju pada malam tersebut di sebuah kedai bundle di dataran senawang ketika bulan Ramadhan yang lepas.Baru RM20.Walaupun di dalam kedai yang sama,ada barangan bundle yang lain untuk di jual dengan harga yang agak berbeza,namun dengan meletakkan rak untuk RM1 sehelai itu sahaja sudah menjadi daya penarik untuk pelanggan singgah sebentar mencuci mata di kedainya.Jadilah,janji ada yang singgah untung untung ada yang berkenan.Masuk juga duit dalam poket.Betul tak?

Jadi apa implikasinya?

Sesungguhnya dalam minda pencinta bundle yang sejati,barangan bundle itu biasanya adalah barangan terpakai dengan harga jualan semula yang biasanya berlipat ganda jauh lebih murah dari barangan baru.Jika menjual barangan bundle dan kesemua barangan itu pula di jual dengan harga yang tidak jauh dari barangan baru,walaupun ianya berjenama lambat laun sudah pasti pencinta bundle akan beralih arah atas alasan,’kalau harga macam tu,baik aku beli baru.tambah sikit je duit’

Tamat di situ??

Tidak,sesungguhnya hidup ini berkait antara satu sama lain antara sedar atau tidak.
Antara langkah awal dakwah Nabi SAW di Madinah
adalah membina masjid.Dan dari situlah jentera dakwah
di susun dan di gilap agar sentiasa aktif  membuat usaha.

Begitu juga dalam hal kita beramal dalam ajaran agama.Jangan di sebabkan sesuatu tindakan yang kita buat,membuatkan orang yang mahu dekat pada agama kembali menjauhinya.

Dan.....

Yang pasti,sabit dengan hadith Nabi SAW,walaupun iman di dalam seseorang Muslim itu hanya sebesar zarah,hakikatnya dengan Rahmat Allah,iman itu jugalah yang membolehkan tuan punya badan masuk ke dalam Syurga Allah SWT.

Sebab itulah.....

Kita jangan memandang serong kepada si pelaku maksiat.Mungkin ada di antara mereka benar benar jahil tentang hukum hakam.Pandanglah golongan ini dengan penuh kasihan,kerana dengan asbab itu mereka mahu dekat ke arah agama.Makin kita sisihkan mereka,makin jauhlah mereka dari batas batas agama.

Dan....

Kalau ada tanda tanda mereka mahu mendekati agama,sambutlah mereka dengan sebaik mungkin dengan muka yang manis walaupun kita bukanlah pakar dalam bidang hal ehwal agama.Dan wajib di ingat,kerja agama ini adalah kerja warisan dari Nabi yang amat mulia.Ia bukan untuk di bangga bangga jauh sekali untuk di jual mahal.

Kesimpulannya.....

1.Barang bundle janganlah semuanya di jual dengan harga yang mahal hanya kerana mementingkan keuntungan dan untuk mendapatkan pulangan modal yang berlipat kali ganda tanpa mengekalkan identiti asal istilah BUNDLE.Takut takut nanti ’mati’ industri bundle yang majoritinya saya lihat di usahakan oleh Melayu Islam.

2.Islam adalah 1 deen dan cara hidup yang lengkap dan melengkapi.Jangan serongkan pandangan orang terhadap agama tercinta ini hanya kerana kita hanya mementingkan keuntungan dunia ataupun keuntungan peribadi.

Moga untung dunia,untung akhirat dan moga berjumpa di Syurga Firdaus.

Amin.

Thursday, March 18, 2010

:: KoMPiL@Si ::

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah: (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

Semalam (15 Mar 2010),sekali lagi kuliah bulanan di Surau Taman Seri Pagi yang di sampaikan oleh Ustaz Haji Hambali telah berlangsung.Hadith di atas antara hadith yang di baca oleh ustaz pada malam itu.

Ustaz juga membacakan hadith berikut :

Kabsyah al-Anmary berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya;
1. Tidak akan berkurangan harta 1 orang hamba dengan sebab bersedekah.
2. Seorang yang kena zalim dengan 1 kezaliman dan dia sabar dengan kezaliman yang kena padanya,melainkan Allah akan menambahkan kehebatan dalam dirinya
3. Apabila seorang hamba membuka pintu untuk meminta minta,Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya” (HR. Ahmad).

Di penghujung kuliah ustaz ada mengingatkan para ahli jemaah tentang hakikat berhutang.

Pesan ustaz,

"Orang yang berhutang akan terbeban dengan 2 perkara dalam hidupnya:

1. Pada siang hari,mukanya menjadi tebal kerana setiap orang mengetahui sifat buruknya suka berhutang.
2. Pada malam hari,berasa risau kerana memikirkan cara untuk menyelesaikan hutang keliling pinggang."


Sempat `ziarah` blog Ustaz Amin (di sini) pagi tadi dan terus jatuh hati dengan barisan ayat-ayat di atas.Saya baca dan terus `paste` kan di sini.Dan tiba-tiba,terus sahaja teringat ayat Ustaz Haji Hambali dalam salah satu kuliahnya di Surau Al Amin :

"Orang yang biasa menjaga solat,walau sempit bagaimana pun keadaannya,pasti dia akan dapat menjaga solatnya walau ketika itu dia terlantar di katil hospital".Dan kata ustaz lagi,"salah satu kekuatan untuk dapat menjaga solat,adalah berkawan dengan orang orang yang kuat menjaga solat."

Terkadang kita sibuk dengan pelbagai urusan sehinggakan terlalai dan tidak sedar bahawa solat fardhu sudah pun masuk waktunya.Jika kawan kawan kita orang yang jaga solat,tentulah mereka dapat mengingatkan kita ketika itu.

Macamana pula kalau waktu berseorangan? Siapa yang boleh sedarkan kalau kita terlalai.

Sebelum di jawab soalan itu,pernah terbaca kisah Saidina Umar r.a?

Ketika selepas di tikam dengan Abu Lu`luah al majusi,keadaan Saidina Umar r.a agak tenat.Sehinggakan susu yang di minum,keluar dari kesan tikaman di badannya.Akibat dari kecederaan itu,Saidina Umar pengsan tidak sedarkan diri.Namun bila tibanya masa untuk solat fardhu,Saidina Umar r.a terus sedar dari pengsannya dan bersolat dalam keadaan yang termampu ketika itu.Selepas solat,Saidina Umar kembali pengsan seperti keadaan sebelumnya.Dan bila tiba waktu solat,beliau akan sedar kembali.

Mungkin kerana kesan amalan yang Saidina Umar r.a lakukan menjadikan peribadinya menjadi begitu.Wallahua`alam.

Tetapi.....

Kata ustaz lagi,

Orang yang biasa tidak menjaga solatnya,walau macamana lapang sekalipun waktu yang di miliki, pasti solatnya akan terabai begitu sahaja walaupun baru sahaja pulang dari menunaikan haji di Mekah.Adakah orang yang sama di atas akan dapat menjaga solat sewaktu dalam keadaan sempit seperti terlantar di atas katil hospital? .......Saya tiada jawapan untuk itu.

Saya sendiri tidak tahu bagaimana keadaan saya kelak.Mungkin sekarang kita boleh menjaga solat kita,namun masa mendatang tak siapa yang tahu melainkan Allah SWT.

Di kesempatan ini,saya kongsikan sebuah puisi yang di sampaikan oleh Adik Umar Al Faruq anak murid Ustaz Drs Nur Salam Abd Mutalib Al-Hafiz , Mudir Ma’ahad Tahfiz Darul Hufaz Lampung , Indonesia ketika berceramah sempena Maulidur Rasul di Surau Al Irsyadiah pada 7 Mar 2010 yang lalu.

Sebelum membaca puisi yang saya edit sedikit dengan ayat saya,cuba bayangkan seorang kanak kanak yang baru berumur 10 tahun dan telah menghafaz 4 juzuk Al Quran memberi tazkirah di hadapan hadirin yang hadir yang umurnya mungkin sebaya dengan umur bapanya di Indonesia.

Hayatilah.....
"untuk ingatan pada diriku yang selalu lupa...."

Wednesday, March 17, 2010

:: Aku sebuah kereta ::

kereta di peringkat awal penjelajahan teknologi

Semua dari kita sedia maklum bahawa sejarah penciptaan kereta melalui zaman yang panjang sebelum di iktiraf berjaya hingga ke peringkat sekarang ini.Melalui penciptaan dan perkembangan teknologi pembuatan kereta,ia sebenarnya menyumbang pelbagai faktor dalam kehidupan manusia di zaman ini.Manusia sebagai pengguna monopoli teknologi kereta,secara tidak langsung membentuk perkumpulan mengikut sudut pandangan masing masing mengenai KERETA.

Mari kita renungi sejenak kisah di bawah ini......

Secara umumnya di Malaysia,pengguna kereta boleh di kategorikan dalam beberapa golongan di bawah :

Golongan 1.
sekadar gambar hiasan sahaja

Golongan ini memilih dan membeli mengikut kemampuan mereka.Kerana kengkangan ekonomi,mereka hanya mampu membeli samada kereta buatan tempatan ataupun kereta terpakai (used car).

Golongan 2.
sekadar gambar hiasan sahaja

Golongan ini memilih dan membeli mengikut kemampuan mereka.Kerana tiada kengkangan ekonomi,kebanyakkan pilihan dan kereta yang di miliki adalah dari buatan luar yang sudah pasti harganya agak mahal.Kadangkala golongan ini juga memiliki lebih dari 2 atau 3 biji kereta dalam satu satu masa.Malahan ada juga dari golongan ini menjadikan kereta bukan sebagai kenderaan tetapi lebih sebagai koleksi peribadi dan di jadikan sebagai hobi sampingan.

Golongan 3.
sekadar gambar hiasan sahaja

 Golongan ini membeli kereta kerana ingin mengubah suai kenderaan berkenaan.Golongan ini pula boleh di pecahkan dalam beberapa kumpulan.Ada yang mengubahsuai luaran kereta sahaja,ada yang mengubahsuai dalaman kereta sahaja,malah yang mempunyai kemampuan ekonomi,bukan sahaja luaran dan dalaman kereta yang di ubah,prestasi enjin juga turut di ubah mengikut citarasa.

Apa pun.....

Pesan Ustaz Haji Hambali (16 Mar 2010 @ Surau Al Amin),dalam apa jua perkara berbelanjalah dengan jangan terlalu kedekut dan tidak membazir.Janganlah kerana mengidam `sport rim` baru,perbelanjaan keluarga terpaksa di catu sehingga makan pun hanya asyik berlauk kangkung yang di petik belakang rumah,kicap dan telur goreng.

Dan.....

Janganlah pula berbelanja `sakan` sehinggakan anak anak terkadang hanya mencuit sedikit sahaja makanan yang ada kemudian mencuit makanan yang lain pula dengan meninggalkan begitu sahaja makanan yang mula mula di cuit tadi dek kerana terlalu ghairah dengan makanan yang `terlampau` banyak.

Terkadang.....

Anak anak pula sampai meleleh air liur walau hanya memandang sebuah lori tembikai yang lalu di hadapan matanya dek kerana bapanya terlalu berkira untuk berbelanja isi rumah.

Kata Ustaz lagi,

"Kata setengah dari setengah pendapat,harta yang di infakkan untuk keluarga tidak akan di hisab di hari akhirat kelak"

Moga cerita cerita di atas dapat di jadikan pedoman dan batas sempadan dalam kita mengejar hidup dunia dan beramal untuk bekalan di hari akhirat.

Sebagai perkongsian ilmu dari Ustaz Haji Hambali sendiri,

Sekiranya di landa kesempitan hidup,amalkanlah doa di bawah.Bacalah setiap pagi dan petang.(InsyaAllah dengan izinNya...)


"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Amin....

Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin....

Friday, March 12, 2010

:: Mengukur baju di badan sendiri ::

Senyumlah...senyumlah..wahai cik mek molek..
(senyum juga salah satu dari ibadah sedekah)

Segala puji pujian kepada Allah SWT dalam segala hal.Moga moga nikmat syahadah,iman dan Islam dapat terus kita kecapi sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Dengan keadaan suasana persekitaran kehidupan kita sekarang ini yang kebanyakkannya tidak membantu dan membawa kepada taqwa kepada Allah SWT,seharusnya usaha dakwah kepada cara hidup Islam mengikut apa yang di tunjuk oleh Baginda SAW haruslah dilipat gandakan.

Ya Allah...Jauhilah kami dari fitnah sebegini...
(hanya sekadar peringatan)

Tragedi pembuangan bayi,kanak kanak sudah pandai merogol,kanak kanak di bunuh dengan kejam dan bermacam lagi fitnah ke atas ummat Islam berlaku di kala ini.Dengan tekanan seperti ini,sekiranya kita masih mengekalkan cara hidup seperti yang ada sekarang,pasti dan pasti gejala gejala lebih buruk bahkan yang tidak pernah terlintas akan melanda masyarakat kita akan berlaku.

Tahukah anda?

Fakta 1.

Masyarakat Malaysia secara purata hanya membaca 4 muka surat buku setahun.
Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya 'meningkat' kepada dua muka surat pada 2002.
(di sini )

Fakta 2.

Dalam sehari masyarakat Malaysia secara puratanya menonton televisyen selama 3 jam.

Cukuplah 2 fakta ini bagi menggambarkan serba sedikit perihal aktiviti masyarakat kita dewasa ini.

Komen Ustaz Haji Hambali ketika kuliah di Surau Al Amin (9 Mar 2010),sekiranya menonton TV selama 3 jam sehari itu di peruntukkan untuk membaca bahan ilmiah,dalam masa setahun insyaAllah seorang itu boleh menimba ilmu dengan berlipat ganda.MasyaAllah.

Bak kata pepatah melayu “masa itu EMAS”

Terang ustaz lagi,sesungguhnya dengan banyak melihat Kebesaran Allah SWT kita akan dapat bermuhasabah tentang diri kita sendiri.

Contohnya,

Dengan melihat pertukaran antara kejadian siang dan malam mengajar kita bahawa masa yang berlalu dan beredar pergi tidak akan menunggu kita.Masa yang beredar pergi itu kadangkala membawa bersama dosa dosa yang kita lakukan samada dalam sedar ataupun tidak.Dan maka dengan itulah kita di tuntut untuk memperbanyakkan istighfar sebagai tanda penyesalan kita terhadap dosa yang kita telah lakukan.

Satu perkara lagi,

Dengan banyak melihat kebesaran ciptaan Allah SWT akan timbul satu perasaan tenang di dalam hati.Tidak pernah terjadi pada seorang yang melihat bintang di langit lalu hatinya merasa gusar dan tidak senang hati.Yang pasti,bila melihat dan merenung kejadian bintang yang bertaburan di langit itu hati kita akan merasa senang dan terpukau dengan keindahan ciptaan-Nya.Subhanallah.

Dan….

Perasan atau tidak,sekiranya di renung sejenak,masa yang ada pada kita sekarang ini seperti bergerak terlalu cepat.Dalam diam tahun 2010 telah masuk bulan Mac.Rasanya seperti beberapa hari lepas sahaja kita menyambut dan meraikan Tahun Baru Masihi.Anak kita yang sulung dalam tidak sedar hampir menjangkau umur 7 tahun.Dan tanpa sedar juga antara waktu subuh hari ini dengan waktu subuh semalam seperti sela masa yang terlalu sekejap.Rasanya antara sela masa tersebut tidak banyak pun perkara yang dapat kita selesaikan.

Naper ek? (guna slang orang muor skit…eheheh)

Jom kita reverse kebelakang sebentar sekitar 20 atau 30 tahun yang lepas.

.
tali besen (television) zaman 70-an

Sekitar tahun 70-an,penduduk Malaysia masih lagi kebanyakkannya bekerja sebagai petani.Antara mereka,ada yang ke sawah,ada yang ke kebun getah,ada yang ke kebun sawit malah ada yang ke kebun sayur.Yang ke sawah,bila tiba waktu dhuha,mereka membersihkan diri lalu menyempatkan diri untuk solat sunat dhuha di tepi bendang.Bila matahari hampir tegak di kepala,mereka lekas lekas pulang untuk bersiap solat jemaah zuhur di surau atau masjid.Waktu malam pula di isi dengan mendengar kuliah pengajian dari mana mana ustaz.Waktu itu kewujudan TV dalam rumah pada setiap kampung hanya boleh di bilang dengan jari.Menonton TV secara beramai ramai sesama penduduk kampung hanya bila berlangsungnya musabaqah Tilawah Al Quran.Begitulah terang ustaz.Waktu itu,kebanyakkan masyarakat merancang hidup demi untuk kesesuaian agama.

Kita lihat pula versi 2010-an.

Masyarakat di kala ini kebanyakkannya terdiri dari golongan yang makan gaji.Kalau di N9 ini,ada penduduknya mencari rezeki sehingga sampai ke KL dan Selangor.Untuk itu,mereka perlu bersiap dan bertolak awal demi untuk sampai di tempat kerja tepat pada masanya.Bagi yang menggunakan kenderaan awam (bas) mereka perlu berada di stesen seawal 6 pagi kerana bas akan bertolak sekitar itu juga.Tiba ke destinasi yang di tuju sekitar jam 7 lebih.Satu persoalan,yang beragama Islam,berapa ramaikah yang mampu menjaga solat subuh dengan desakan keadaan seperti itu?

Tidak tamat di situ,kebanyakkan pejabat tamat waktu bekerjanya sekitar jam 5 setengah atau jam 6.Sudah semetinya,mereka yang pulang untuk ke destinasi yang jauh akan segera menuju kembali ke stesen bas.Dan bas akan bertolak pulang sekitar jam 7 dan sampai destinasi sekitar jam 8. Satu persoalan lagi,yang beragama Islam,berapa ramaikah yang mampu menjaga solat maghrib dengan desakan keadaan seperti itu?

Begitulah ragam manusia menyesuaikan hidupnya.Samada urusan dunia yang di kejar sambil urusan akhirat tidak di cicirkan atau sebaliknya,itu semua sebenarnya bukan masalah peribadi tapi masalah kita semua.Jika antara kita masih tidak mengendahkan permasalahan ini dan usaha dakwah tidak dijalankan untuk membetulkan keadaan,sebut apa sahajalah cadangan/usaha pasti ia tidak akan bertahan lama dan masalah yang pernah di sebut di atas pasti akan berulang kembali.

Jom jom…

Dengan lafaz Basmallah,
Doa itu senjata ummat ISLAM

Saya menyeru diri saya dan rakan pembaca semua agar mari kita beramai ramai berdoa ke atas diri kita,keluarga kita,jiran jiran kita,saudara mara kita,sahabat sahabat kita agar mereka mempunyai kesedaran tentang kepentingan membuat dan menjaga usaha atas agama,dan moga moga kita dapat kekal dalam iman dan mati dalam iman,bangkit di akhirat kelak dengan iman dan Allah masukkan kita ke dalam Jannat ul-Firdaus.

Amin…
(sekadar gambar hiasan)

"sesungguhnya kalau setiap orang menyapu kotoran di setiap halaman rumah mereka,pasti dan pasti sebuah Negara itu akan menjadi bersih"

Catatan dari isi kuliah ustaz Haji Hambali dari diri yang lemah,moga mendapat iktibar.

Thursday, March 11, 2010

:: hOmeLEss ::

Homeless atau golongan yang tidak berumah kerap boleh kita jumpai di bandar bandar besar.Di Malaysia saya belum pernah jumpa atau dengar ada kawasan yang menjadi pilihan golongan homeless ini untuk menetap.Mungkin juga wujud,tapi kewujudan mereka tidak mendapat liputan.Wallahua`alam.
homeless @ sidewalk

Ketika saya belajar di Jepun,saya dapat tahu golongan homeless ini memang ramai dan ada di merata tempat,terutama sekali di bandar bandar besar.Pertama kali saya menjumpai golongan homeless ini ketika saya di bawa melawat bandar Osaka oleh salah seorang senior saya.Apa yang saya dapat perhatikan ketika itu adalah,seorang yang agak tua dan duduk betul betul di kaki lima jalanraya.Berdekatan dengan tempat duduknya (juga di atas kaki lima) terdapat beberapa kotak kecil yang saya kita mungkin di isi dengan barang keperluannya.Di tepinya pula terdapat kotak yang sudah di jadikan alas tempat dia berbaring.Keadaan diri pakcik tua itu amat tidak terurus namun kewujudannya di situ tidak menyemakkan pemandangan.Segala alatan dan perkakasnya terurus kemas dan di susun rapi.Tidak pula saya lihat pakcik tua itu cuba untuk meminta sedekah.Bagaimanakah agaknya dia menyara dirinya. Wallahua`alam.
penduduk dhaif @ Malaysia

walaupun dhaif rakyat Malaysia masih lagi mempunyai rumah...

Bagi saya dan mungkin ramai lagi pelajar Malaysia yang belajar di Jepun,fenomena manusia homeless amatlah janggal di tempat kita.Mungkin pelbagai anggapan akan terlintas di minda masing masing apabila mereka terserempak dengan golongan ini.Tentu ada lintasan fikiran yang berasa,walaupun Malaysia tidaklah semaju Jepun,namun rakyatnya masih mampu mempunyai rumah walaupun kadangkalanya tidaklah sesempurna mana.

Agaknya apa kaitan fenomena homeless dengan negara maju??

Selang beberapa bulan selepas itu (kalau tak silap ingatan ini…) ada sebuah dokumentari Jepun yang di terbitkan oleh salah satu siaran TV swasta mereka menerbitkan perihal golongan homeless ini.Rancangan itu di rakam khas sekitar kehidupan realiti golongan ini.Saya tidak dapat ingat babak dan adegan kesemua rakaman berkenaan,namun apa yang saya dapat kongsikan melalui pemerhatian saya,kebanyakkan golongan homeless yang di rakamkan ketika itu mempunyai kerjaya yang agak kukuh.Pelikkan.

Mengapa mereka jadi begitu?

Dalam rancangan itu,seorang homeless dengan sukerela bersetuju kehidupan uniknya itu untuk di rakam.Dia telah menjadi golongan homeless agak lama.Dia memilih untuk hidup homeless berdekatan dengan sebuah taman awam di sebabkan taman awam itu mempunyai tandas dan bilik air serta persekitaran di situ agak selamat.Maka lelaki tersebut tinggallah di dalam sebuah kotak kertas yang telah di ubahsuai dan di jadikan tempat tidur pada waktu malam.Pada waktu pagi,ketika rakaman tersebut di teruskan,tandas berkenaan memang menjadi destinasi pertama lelaki tersebut.Walau pun tandas itu tidak ada sesiapa yang masuk ke dalamnya kecuali lelaki tersebut,namun yang keluar dari tandas berkenaan adalah seorang lelaki yang hampir tidak di kenali.Kalau tadinya lelaki yang masuk adalah seorang yang agak compang camping,tapi yang keluar adalah lelaki yang lengkap berkemeja lengan panjang dengan sepasang kot yang agak kemas di samping tali leher dan beg bimbit di sebelah tangan.Agak hairan kan?

Apa sebenarnya yang terjadi dalam sela masa yang singkat itu?

Sebenarnya lelaki tersebut bekerja sebagai ‘salariman’ atau salesman jikalau bahasa biasa kita di sini.Salesman atau jurujual mengikut kata lelaki itu hidupnya tidak menentu.Kadangkala terpaksa berpergian jauh dan kadangkala terpaksa kerja hingga larut malam.Dengan cara hidup yang sebegitu,baginya adalah tidak berbaloi untuk mempunyai sebuah rumah sendiri mahupun rumah yang di sewa.Hidup yang banyak masanya di habiskan di luar rumah mungkin baginya amat tidak berbaloi sekiranya wang hasil pendapatannya di peruntukkan untuk membayar sewa.Semua sedia maklum,taraf hidup di Jepun amat tinggi di tambah pula sewa rumah juga cukup mahal walaupun hanya menyewa sebuah bilik yang kecil.Dengan alasan itulah,lelaki tadi memilih untuk menjadi homeless.Sekurang kurangnya hasil pendapatannya dapat di gunakan di tempat lain ataupun di simpan di dalam bank.Pelik juga kan.

mungkin juga ada homeless yang begini.mungkin
juga mempunyai laman blog sendiri.siapa tahu....

Namun itulah hakikatnya.Itu baru kisah seorang homeless.Ada beribu malahan mungkin ramai lagi golongan yang seperti itu di Jepun ketika itu.Dan yang pasti mereka juga mungkin ada alasan sendiri mengapa mereka memilih untuk menjadi golongan homeless.

Baru baru ini…..(ayat apa pulak ni? Tergantung pulak tu… Eheheh…)

Keluar sejenak dari tajuk perbincangan….

Sejak saya mengikuti kuliah Ustaz Haji Hambali,jadual hidup saya kembali berisi.Dunia saya yang dahulunya penuh dengan lopak dan kadang kala bertakung air,namun saya dapat rasakan dari pengisian pengisian Ustaz yang saya dapat ikuti menjadi asbab mengapa kini dunia saya sudah berturap walaupun tidak secantik jalan di lebuhraya,

Dan suatu yang menarik dalam kuliah kuliah pengajian Ustaz selain dari berjalan aktif di beberapa surau yang berdekatan adalah cara penyampaian Ustaz sendiri.Dari pemerhatian saya yang serba dhaif ini,setiap kali kuliah pengajian di jalankan,Ustaz pasti akan menyelitkan samada kisah kisah zaman sahabat Nabi SAW mahupun kisah kisah peribadi yang ada kaitan secara langsung dengan isi kuliah.

Baru baru ini (sambungan dari sinopsis di atas…eheheh) dalam sebuah kuliah,Ustaz ada menceritakan kisah bagaimana seorang homeless yang tiba tiba menjadi kaya secara sekelip mata.Di takdirkan pada suatu hari,seorang homeless menjumpai sehelai tiket loteri dan di takdirkan juga tiket loteri itu mendapat hadiah utama (jack pot barangkali).Maka tidak kepalanglah gembiranya si homeless itu tadi kerana mengikut firasatnya tentulah dengan hadiah wang tunai yang dia akan perolehi nanti hidupnya akan berubah serta merta menjadi `orang senang`.

Apa jadi selepas itu….

Selepas beberapa ketika,sebuah rancangan televisyen telah menemuramah si homeless yang telah bertukar menjadi `orang senang` ketika itu.Memang benar,si homeless itu telah menjadi apa yang di firasatkannya dahulu.Hidupnya kini mewah dan dikelilingi dengan kemudahan yang tidak pernah terpikir dan tergambar malahan terlintas yang ianya akan berlaku kepada dirinya ketika dia menjadi homeless dahulu.

Namun…
aku suka tempat ni,jadi aku tidurlah
di sini,walaupun di tepi jalan.apa orang kata nanti??
"Peduli apa aku..."

Di akhir temuramah itu,si `orang senang` itu menyatakan yang hakikatnya dalam dirinya memberontak untuk kembali menjadi seorang homeless seperti dahulu.Baginya walaupun sekarang kehidupannya telah berubah menjadi orang yang berharta namun itu hanya pada pandangan mata kasar sahaja.Kalau dahulu dia boleh tidur di mana sahaja yang dia suka tanpa memikirkan apa pandangan umum terhadapnya kini dia terpaksa tidur di tempat yang berkualiti demi menjaga pandangan umum terhadapnya.Hidupnya terkongkong dengan harta dan pandangan masyarakat keliling.Orang yang tidak di kenali pun mengaku saudara di saat dia di limpahi dengan harta.Keadaan ini bagi dirinya amat tidak menyelesakan dan sebab itulah dalam hati nuraninya dia lebih menyukai cara hidupnya dahulu walaupun hanya sebagai seorang homeless.

Agak agaknya,kalau kitalah berada di tempat lelaki homeless itu…..Apalah yang akan terjadi pada diri kita…

Memetik sedikit isi ceramah Maulidur Rasul yang di sampaikan oleh Ustaz Khusairi di surau Senawang Jaya (8 Mar 2010) tempohari.Terang ustaz,ketika Isra` dan Mikraj,Nabi SAW telah melawat syurga Allah SWT yang mana di perlihatkan olehNya,bahawa penghuni syurga itu ramainya terdiri dari golongan miskin.Dan ketika Nabi SAW melawat Neraka Allah SWT yang mana di perlihatkan olehNya,bahawa penghuni neraka itu ramainya terdiri dari golongan wanita.(Nauzubillah…)

Mengapa golongan miskin dipilih oleh Allah SWT untuk meramaikan isi syurga??
bawah lori pun Kastam DiRaja Malaysia buat pemeriksaan.
agak agak kalau bawa basikal cabuk,Kastam buat pemeriksaan atau tidak?

Kata ustaz lagi,pihak kastam selalu akan membuat pemeriksaan yang terperinci kepada penumpang kapal terbang yang baru mendarat yang membawa banyak barangan bersamanya.Sebaliknya melepaskan tanpa memeriksa penumpang yang tidak langsung membawa bersamanya sebarang barangan.Begitulah perbandingan orang miskin di akhirat kelak,kerana tiada sebarang harta ketika di dunia,maka HISAB bagi dirinya akan menjadi mudah dan sebaliknya.

Di akhir ceramah ustaz memberi peringatan kepada hadirin semua tentang anjuran Nabi SAW tentang hakikat doa.Nabi SAW mengajar ummatnya supaya berdoalah ke Hadrat Illahi supaya dengan Rahmat Allah SWT kita dapat masuk ke syurga Firdaus dan di jauhkan dari siksa api neraka jahannam.

Amin....

Banyakkanlah berdoa dengan hati yang tunduk dan penuh tawaddu`.

Thursday, March 4, 2010

:: Persidangan Meja Bulat ::

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Memang benar sepertimana yang Ustaz Abdul Basit kongsikan pada Forum Maulidur Rasul yang lepas,bila kita duduk dengan orang `alim (orang yang berilmu),kita akan terasa diri kita memang jahil.

..............secangkir kopi gebres

Malam kelmarin selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Surau Irsyadiah,salah seorang dari mereka mengajak kami untuk `ngeteh` di sebuah warung tidak jauh dari taman kami.Apalagi,kata salah seoarang antara kami,rezeki jangan di tolak,musuh jangan di cari.Dan jangan tak percaya,dengan hanya menunggang EX5 saya membonceng seorang YB malam kelmarin untuk pergi ke warung berkenaan.(eheheh…iklan je ni)

Sampai di warung dan setelah order di ambil,masing masing agak pelik mengapa sahabat di sebelah saya tidak mahu makan.Kata sahabat di sebelah saya,"dah berbulan aku tak makan roti canai." Sahabat yang lain mulalah `mencucuk` menu nasi lemak pula kepadanya.Sahabat saya membalas,"nasi lemak lagi berat,mahu pukul 1 baru boleh tidur." Seorang lagi sahabat menambah,"mengikut kajian memang betul,dalam sistem pencernaan badan,makanan yang di telan dan mula masuk ke dalam salur esofagus hanya boleh sampai ke perut dalam masa 4 jam.Dalam masa 4 jam itulah makanan yang di telan akan di lembutkan oleh enzim enzim tertentu.Sebab itulah tidak di galakkan makan berulam dengan air.Makanan yang cepat sampai ke perut di sebabkan tekanan air akan menyebabkan makanan tidak cukup lembut dan perut mudah meragam." Panjang lebar Haji B menerangkan.Saya yang dari tadi khusyuk menghirup teh tarik hanya mengangguk-angguk sahaja.

Bermula dari situlah menjalar perbualan kami tentang cerita bab makanan.Pelbagai jenis makanan menjadi topik sehinggakan terkadang pecah juga gelak antara kami kerana lawak jenaka yang spontan.Perbualan kembali rancak bila masuk cerita madu yang di jual oleh orang asli di sepanjang sungai Perak.Kata salah seorang sahabat dan bekas askar yang pernah membeli madu di tempat itu,orang asli yang menjual madu itu hanya menjadi alat pembekal madu berkenaan.Setelah di kaji,madu tersebut bukanlah madu asli.Hakikat ini masih ramai yang tidak tahu kerana sesetengah pelanggan menganggap madu yang di jual itu benar benar asli kerana telah di kaburi dek kerana penjualnya orang asli.

Salah seorang pegawai FAMA yang ada malam itu juga membenarkan penyataan itu.Pihak FAMA yang mempunyai kilang penghasilan madu sendiri ada mengambil sampel sampel madu yang di jual oleh orang asli berkenaan,ternyata bukan madu asli sepertimana tanggapan orang ramai.Jumlah kandungan airnya tinggi,kadangkala ada yang di campur dengan gula kabung.

Tiba tiba saya teringat cerita Ustaz Hambali di mana suatu hari seorang Indonesia menceritakan kepada ustaz bagaimana madu tiruan di hasilkan.Kawah yang besar akan di isi dengan air dan di masukkan kuantiti gula yang agak banyak dan bagi menampakkan warna seperti madu,gula merah akan di jadikan salah satu bahan dalam resepi tiruan itu.Dan akhir sekali,bagi menambah `kick` madu tiruan berkenaan,tuak akan di campurkan ke dalam bahan tadi.Dan bila madu tadi di minum,memang terasa seperti asli dan terasa panas di dalam badan dek kerana sifat tuak tadi.Dan yang paling besar peranan tuak tadi,bila gabus penutup botol madu di buka,akan berbunyi `pop`.Kerana bunyi `pop` itu kata sesetengah `pakar` madu sebagai tanda madu itu benar benar asli.Dalam hati saya,ingatkan bila sebut pakar,memang betul betul pakar,rupanya tauke madu itu lagi pakar mengelentong.

Bila sudah masuk cerita sekitar orang asli,tambah seronok lah perbualan malam tadi apabila bekas askar tadi menceritakan pengalamannya yang kadangkala terpaksa bertugas di dalam hutan selama 6 bulan berturut turut.Sebenarnya kata saudara F,"orang asli ni ramai yang ambil kesempatan.kebanyakkan tauke tauke perniagaan besar membeli bahan hasil hutan dari mereka namun dengan harga yang cukup murah.Umpannya mudah,rokok dan bekalan daging babi.Cukup bulan pula,akan di punggah orang orang asli ini dengan lori untuk di bawa ke bandar Bentong untuk menonton wayang.Percaya atau tidak,orang asli antara filem yang mereka minati adalah filem Hindustan." Wah,hebat juga mereka ini bermain strategi dan sandiwara.Kesian orang asli itu di akal akal oleh peraih/pemborong barangan hutan,sedangkan rotan,manau dan pelbagai hasil hutan itu kalau hendak di bandingkan kuantiti dan keuntungan mereka sebagai peraih jauh lebih besar di banding dengan bayaran dan sogokan bulanan yang di beri.

Selain dari itu,salah satu pihak lain yang mengambil kesempatan ke atas orang asli adalah pihak `missionary` dari gereja.Salah satu faktor kejayaan pihak ini di bandingkan pendakwah agama Islam adalah sumbangan material mereka lebih besar dari pendakwah kita.Bayangkan ada satu ekspidisi pendakwah kita masuk ke dalam perkampungan orang asli mendapati bangunan gereja telah terbina di dalam kampung mereka sejak agak lama dulu.Kampung mereka itu pula telah lengkap dengan keperluan asas termasuk eletrik yang di jana oleh generator sumbangan pihak gereja.Bekalan-bekalan makanan telah di salur ke setiap rumah hampir tidak putus.Dan bila sampai satu masa,bila mereka bertanya mengapa bekalan yang selalu mereka terima seperti sudah putus,di sini lah `jarum-jarum` mereka akan mula berfungsi.Para pendakwah pendakwah gereja itu tadi akan mengatakan,mereka sudah tidak akan menghantar makanan ke rumah-rumah,namun mereka boleh mendapatkan bekalan yang sama sekiranya mereka pergi sendiri ke gereja mereka.

Nampakkan taktik mereka??

Umpan di pasang dan akhirnya bila umpan mengena,secara tidak langsung gereja mereka pun ada pengunjung tetap.Dan paderi yang menunggu sebagai wakil mereka dapatlah menjalankan dakwah ketika itu.Dan terang saudara F lagi malam itu,antara salah satu sebab lagi selain dari dana yang besar sebagai peruntukkan pihak gereja yang kebanyakkannya tidak mampu di tandingi oleh badan badan dakwah kita adalah sumbangan makanan ruji mereka iaitu daging babi yang turut di sumbang oleh pihak gereja.Kata saudara F,"takkan pendakwah kita nak sumbang benda yang sama,iaitu daging babi itu".Semua yang ada malam tadi khusyuk mendengar pengalaman dan kisah benar tersebut.

Salah seorang antara kami malam tadi memang aktif dengan ABIM dan biasa menyertai badan dakwah yang lain dan pergi ke kampung-kampung orang asli serata semenanjung Malaysia.Dan katanya,antara faktor dakwah kita kurang berjaya adalah kerana pihak gereja lebih awal sampai ke kampung-kampung mereka dan orang orang asli itu telah di doktrin dengan materialistik.Sehinggakan pendakwah kita pun di aju dengan soalan yang sama dari orang asli berkenaan,dapat duit/rokok etc kalau mereka datang program dakwah kita.Sekali sekala mungkin boleh di raikan,kata sahabat ABIM berkenaan.Tetapi kalau sudah tiap kali,terang sahabat saya,itu bukan cara dakwah kita kepada orang bukan Islam.Dalam hati saya,sampai begitu sekali cabaran untuk berdakwah kepada mereka.Diam diam saya doakan semoga usaha dakwah dapat di teruskan walaupun cabarannya tinggi dan moga moga Hidayah Allah SWT turun kepada mereka.

Hmmm...orang lain duk sibuk berdakwah sana sini.Kita pula sibuk dengan EPL,Raja Lawak,FBing etc...

Cerita malam tadi tidak terhenti di situ sahaja.Tiba tiba sahaja saya di jadikan bahan bicara antara kami.Entah mengapa tiba tiba sahaja YB menyelit,"kalau nak suruh cakap Jepun,Rizal ni pandai." Saya sendiri tak pasti mengapa ayat tersebut boleh terpancul keluar di saat itu.Mulalah mereka menyoal selidik saya dengan apa yang saya buat ketika di Jepun.Mujur ada satu bab yang di sentuh oleh Haji B malam tadi dapat melarikan kisah saya dari topik perbincangan.Kata Haji B,untung pelajar ke Jepun tajaan JPA sebab tajaan kami tidak perlu di bayar balik.Sedangkan student JPA yang belajar bidang perubatan terpaksa berkhidmat dengan hospital kerajaan sekurang kurangnya 5 tahun untuk `melepaskan` diri dari pembayaran balik kos pembelajaran yang memang agak tinggi.Dari titik cerita itulah,saudara F turut menambah,"banyak juga lepasan JPA bidang perubatan yang memasuki tentera sebagai doktor.Selain mendapat layanan yang istimewa mereka juga cepat naik pangkat.Panggil Tuan Doktor pun dapat panggilan Kapten etc pun dapat.2 dalam 1." Saudara F juga berkata,"ustaz ustaz pun ramai masuk tentera di bawah KAGAT (kor agama Islam).Dulu sebelum KAGAT di wujudkan,memang ada di tempatkan di setiap kem seorang ustaz,namun di sebabkan ustaz ini di bawah jawatan awam,mereka tidak boleh menegur sebarang kesalahan dalam tentera.Jadi bila KAGAT di perkenalkan,ustaz ustaz ini di serap ke dalam tentera dan di beri pangkat.Dari sebab KAGAT di wujudkan dan ustaz ustaz sudah pun berpangkat,maka mudahlah mereka berdakwah di dalam tentera."

Perbualan malam tadi semakin rancak bila saudara F menceritakan lebih lanjut tentang KAGAT."Dalam tentera,bila wujud KAGAT,sesiapa yang ingin bernikah dan mendirikan rumahtangga perlu menjalani kursus intensif selama lebih kurang 2 bulan.Di hujung 2 bulan itu nanti akan di adakan temuramah dan soal selidik sekitar kursus intensif yang telah di lalui,sekiranya memuaskan barulah surat pengiktirafan LULUS akan di keluarkan.Dengan sijil itu sahajalah pemohonan kahwin seseorang askar itu akan di luluskan.Sekiranya sebaliknya,akad nikah tidak boleh di jalankan walaupun persiapan perkhawinan telah lengkap." Detik hati saya,macam ni baru betul betul intensif.Pengendali kursus kahwin untuk orang awam patut mengambil langkah yang sama untuk persediaan bakal bakal pengantin.Kursus nikah yang selama 2 hari itu,saya rasa belum cukup memantapkan persiapan bakal pengantin terutama dalam bab persediaan rohani.

Sekitar jam 11 malam,cawan teh tarik pun sudah nampak dasarnya.Pinggan roti canai sudah lama kosong dan tekak pun sudah kering kerana terlalu banyak bercakap.Eheheheh…

Namun sebelum pulang Haji B sempat lagi berkongsi dengan kami semua isi ceramah yang beliau hadiri baru baru ini.Ustaz yang memberi ceramah menerangkan aspek perubatan di dalam Islam.Terang ustaz bekenaan,setiap punca penyakit dan ubat untuk penyakit tersebut biasanya tidak duduk jauh.Contohnya Nabi SAW menyuruh kita menenggelamkan keseluruhan badan lalat yang jatuh ke dalam makanan/minuman kita.Ini kerana sayap lalat itu salah satunya membawa penyakit dan salah satunya membawa ubat.

Kata ustaz tersebut :

Untuk pesakit gout yang alah makan udang : Hendaklah makan kulit udang sebagai ubat.
Untuk pesakit gout yang alah makan seafood : Sangan (goreng tanpa minyak) sejumlah garam laut sehingga hitam dan masukkan ke dalam kain dan tuam pada kaki yang gout.

Untuk gatal gatal kerana resdung : Sapukan tahi hidung di kawasan yang gatal.

Untuk pesakit kulit dan gatal gatal : Sapukan air liur basi.

Wallahua`lam.

Sesengguhnya hidup ini satu perkongsian.

Akhir kalam,ucapan terima kasih kepada semua atas perkongsian kisah mereka semua malam kelmarin.

......ikhlas dari :
Fakir Ilallah (`_`)

Tuesday, March 2, 2010

:: Maulidur Rasul era 2010 ::

Seperti yang telah di janjikan,ku titipkan di sini hasil catatan lemahku ketika Forum Maulidur Rasul anjuran Surau Taman Tasik Jaya pada tanggal 14 Rabiul awal yang lepas.

Forum kali ini di laksanakan di halaman surau dengan pengerusi surau sendiri menjadi moderator pada malam itu.Panel jemputan adalah terdiri dari Al Ustaz Tuan Haji Khazri bin Osman (Pensyarah UKM) sebagai ahli panel pertama dan Al Ustaz Tuan Haji Abdul Basit bin Abdul Rahman sebagai ahli panel kedua.

Berikut adalah catatanku.

Segala puji pujian hanya untuk Allah Tuhan sekian Alam.
Selawat dan salam pada Nabi Junjungan Baginda Muhammad SAW.

Round 1 (Jawapan dari ahli panel pertama)

Makna sebenar kelahiran Nabi SAW menurut Syed Qutb ialah :
1. Membersihkan hati dari sifat syirik kepada mentauhidkan Allah SWT.
2. Membersihkan amal dari hidup bersosial tanpa adab dan peraturan kepada hidup yang berpandukan peraturan dan ketetapan dari Illahi.

Lahirnya Nabi SAW ketika membuat usaha dakwah kepada penduduk Mekah ketika itu amat tidak di senangi dari kaum kerabat Baginda.Ini kerana kehidupan masyarakat ketika itu adalah terlalu mengejar keduniaan.Perangai hampir kebanyakkan masyarakat jahiliyah ketika itu adalah tatayyur/tasayyur iaitu terlalu mempercayai akan ada hari yang baik dan ada hari yang tidak baik,ada binatang yang baik dan ada binatang yang tidak baik.Tambahan pula mereka amat gemar menggunakan ahli nujum dan tukang telek untuk menentukan nasib mereka.

Atas sebab masyarakat Arab Jahiliyah ketika hidup tanpa asas panduan deen (agama),maka mereka menganggap kalau tidak kerana si fulan berbuat begitu atau begini,maka kita tidak dapat begitu dan begini (mendapat sesuatu kebaikan,menafaat ataupun sebarang harta).Oleh sebab itulah,kebanyakkan si fulan yang rata rata mempunyai kuasa telah membuat syarat tertentu,sekiranya orang ramai tidak mengikut syarat yang di tentukan maka mereka tidak dapat sesuatu yang mereka harapkan.Jadilah masyarakat jahiliyah ketika itu menganggap dan berpikiran,manusialah yang berkuasa memberikan sesuatu.Sekiranya manusia yang berkuasa itu tidak di sokong maka rakyat biasa akan menerima padahnya.

Sekiranya di renung kisah di atas,masih adakah manusia yang berpikiran sebegitu di kala zaman yang di anggap moden kini? Tentu para pembaca ada jawapan masing masing.Dan ustaz menerangkan jahiliyah itu bukanlah berlaku pada masa lampau sahaja,bahkan ia adalah satu fahaman yang akan berlaku pada bila bila masa sahaja sekiranya hidup tidak berpandukan deen (agama) yang di wahyukan dari Allah SWT.

Agak agak masih jahiliyyah ke kita? Saya tinggalkan persoalan ini kepada para pembaca.

Round 1 (Jawapan dari ahli panel ke 2)

Sedikit sejarah awal sambutan Maulidur Rasul:

Maulidur Rasul sebenarnya hanya di sambut 300 tahun selepas Nabi SAW wafat.Pertama kali ia di sambut ketika zaman pemerintahan Khalifah Abasiyah dan sambutan di lakukan di Iraq.

Hakikat tuntutan dalam Islam :

Sebenar benarnya sambutan Maulidur Rasul adalah salah satu cara untuk kita mengembalikan ingatan dan memperkasakan jiwa kita supaya sentiasa mengingati Nabi SAW dan cara hidup Baginda.Namun begitu,sesungguhnya bukan malam Maulidur Rasul sahaja kita mengenang dan mengingati Nabi SAW,tetapi selagi jiwa dan raga kita hidup menarik nafas menyedut udara kurniaan Allah,maka di situ kita WAJIB mengikut cara hidup Nabi SAW.

Sebahagian dari kita,secara tidak di sedari terkadang hanya mengikut cara dan gaya hidup Nabi SAW apabila berada di dalam masjid atau surau samada ketika solat ataupun ibadah ibadah sunat yang lain.Malang sekali,apabila setengah dari kita,bila keluar sahaja dari kawasan masjid atau surau,kita sudah tidak lagi mengikut seruan dan ajaran yang datang dari Nabi SAW.

Sesungguhnya Al Fadil Ustaz mengingatkan bahawa perbuatan,tingkahlaku dan perkataan yang datang dari Nabi SAW adalah Khudwah Hasanah (ikutan yang baik).Dengan contoh contoh cara hidup yang di tunjukkan oleh Nabi SAW inilah sepatutnya yang menjadi panduan dan cara hidup kita.

Kita juga seharusnya menanam kecintaan kita terhadap Nabi SAW sepertimana yang para sahabat/sahabiah Nabi SAW lakukan.Mereka dengan penuh taat dan patuh mengutip segala apa sahaja ajaran Nabi.Ustaz mengatakan para sahabat faham kemuliaan yang ada di dalam diri Nabi SAW dengan sebenar benarnya.Atas kefahaman inilah maka apa sahaja yang keluar dari Nabi SAW mereka berebut mengambil keberkatan darinya sekalipun ludah dan darah bekam yang keluar dari jasad Nabi SAW sekalipun mereka ambil dan minum.Ustaz menegaskan,air ludah dan darah bekam Nabi SAW adalah mulia kerana ia lahir dari sifat tawadduk dan ketakwaan dari seorang hamba Allah yang paling mulia di muka bumi ini.

Ada 1 kisah di mana sahabat Nabi SAW,ibnu Umar r.a suatu hari mengikut Nabi SAW berjalan jalan.Sampai di suatu kawasan,Nabi SAW berpusing 2 kali di tempat tersebut dan ibnu Umar pun mengikut sahaja tindakan Nabi SAW tanpa soal dan periksa.Di sini ustaz menerangkan bahawa segala apa tindak tanduk Nabi SAW adalah mengikut wahyu dari Allah SWT.Dan sesungguhnya ilmu dan hikmah dari tindak tanduk Rasulullah SAW sebenarnya kadangkala tidak mampu di tafsir oleh akal manusia biasa.Atas kefahaman inilah para sahabat r.a mengikut sahaja apa tindak tanduk dan tunjuk ajar Nabi SAW.

Ustaz juga ada menyatakan,bahawa segala wahyu Allah SWT yang turun ke atas Nabi SAW mendahului sebarang ilmu,kajian dan analisa.Dengan sebab itu jugalah,apa yang para sahabat r.a lakukan apabila mendapat curahan ilmu dari Nabi SAW adalah memahami,menghafal dam mempraktikkan.Sebagai contoh Nabi SAW mengajar para sahabat r.a mencolet sedikit garam ke lidah sebelum makan.Ketika itu Nabi SAW tidak menyatakan sebarang fadhilat tentang perlakuan Baginda itu.Kebelakangan ini barulah manusia tahu,bahawa dengan mencolet garam ke lidah akan merangsang kepekaan dalam otot otot lidah untuk bersedia dalam proses pemakanan.

Ustaz Abdul Basit menutup round pertama dengan mengingatkan para hadirin bahawa orang yang mengikut dan menjadikan Nabi SAW adalah orang yang sentiasa berzikir.Berzikir dengan hati sentiasa ingat pada Allah SWt dalam keadaan berdiri,duduk ataupun berbaring.Berzikir bukan sahaja dalam erti kata yang terzahir dari perkataan yang terucap,bahkan zikir juga boleh di laksanakan dengan amal amal ibadah dari anggota kita yang lain.
Antara isi di dalam Qasidah Nabawiyah As Sofa
(Yayasan Sofa Negeri Sembilan) 

Round 2 (Jawapan dari ahli panel pertama)

Kata Ustaz Khazri,sesungguhnya tiada skala tertentu untuk membuat perbandingan sejauh manakah kita mengikut Sunnah Nabi SAW.

Namun antara kerisauan Nabi SAW terhadap ummat akhir zaman adalah terlalu cintakan harta dunia.Dan sesungguhnya kata Ustaz lagi,manusia akhir zaman ini bersifat halua’ iaitu bila di timpa musibbah orang itu akan menjadi kelam kabut dan berkeluh kesah namun bila orang yang sama itu mendapat sebarang kebaikan dia menjadi seorang yang amat kedekut.

Dan Ustaz menerangkan Nabi SAW adalah manusia paling adil di muka bumi ini.Di kisahkan,seminggu sebelum Nabi SAW wafat,dalam keadaan demam Nabi SAW yang masih belum kebah,Nabi SAW masih lagi bertanya,”Besok aku di mana,besok aku di mana”. Iaitu Nabi SAW bertanyakan pada isteri isteri baginda,esok dan esok giliran rumah siapa untuk Nabi SAW bermalam.Dan isteri isteri Nabi SAW sepakat bahawa Nabi SAW berada di rumah Saidatina Aisyah r.ha dan akhirnya di rumah itu jugalah Nabi SAW wafat.

Ustaz juga mengisahkan bagaimana ada seorang hamba Allah yang menuntut hutang dari Nabi SAW sebanyak 3 dirham.Ustaz membandingkan unit dirham ini sebagai unit sen dalam matawang kita.Sekiranya di ikut kan logik akal,hutang dalam lingkungan sen kalau nak di halalkan ke atas orang yang bergelar penghulu segala Nabi memang wajar.Tetapi bagi Nabi saw,itu adalah tuntutan hak.Tanpa Nabi SAW tanya dengan lebih lanjut sebab apa Baginda berhutang dengannya,di mana etc,Nabi SAW menyuruh sepupunya membayar hutang lelaki tersebut.Sepupu Nabi SAW pun membayarkan hutang tersebut.Dengan itu,ustaz menegaskan,membayar hutang juga adalah salah satu sunnah Nabi SAW.

Ustaz Khazri menutup soalan dari moderator dengan mengisahkan bahawa Abu Zar al Ghifari adalah org yang tidak suka dengan jawatan dan tidak suka melihat orang mendapat jawatan.Kerana baginya,jawatan adalah amanah yang akan di tanya balik bila di hari akhirat kelak.

Round 2 (Jawapan dari ahli panel ke 2)

Ustaz Abdul Basit menyatakan slogan yang seringkali di gunakan untuk satu satu sambutan.Sambutan Maulidur Rasul tahun ini membawa slogan Memantapkan Ukhwah Memperkasakan Umat.Bagi ustaz,walau slogan kadangkala berubah ubah mengikut masa,namun apa yang penting bagi ummat Islam adalah prinsip yang di pegang perlulah tidah berubah ubah.Dan prinsip yang di pegang itu semestinyalah bersandarkan dari AL Quran dan sunnah Nabi SAW.

Meneliti sedikit tentang slogan sambutan Maulidur Rasul tahun ini,Ustaz menyatakan ukhwah (persaudaraan) yang berdasarkan deen (agama) lebih besar nilainya dan lebih kuat ikatannya berbanding persaudaraan nasab (talian darah).Ini kerana ikatan nasab boleh putus sekiranya tidak di sandarkan dengan asas deen (agama).

Dan ustaz mengingatkan kepada hadirin malam itu bahawa antara tanggungjawab dan hak yang perlu di jaga sesama muslim adalah :

1. Jangan menzalimi saudara seIslam kita.
2. Jangan serah saudara seIslam kita kepada musuh.
3. Jangan mengecewakan sebarang hasrat.

Ustaz Abdul Basit mengambil contoh hak yang ke 3 untuk di sentuh sedikit.Ketika mantan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dahulu berkhidmat,beliau selalu menegaskan tentang menitik beratkan supaya sebarang hasrat yang datang dari pengunjung jabatan mufti harus di ambil perhatian.Ini memandangkan yang datang ke jabatan mufti adalah orang yang berhajat dan ditambah pula Jabatan Mufti berada di tingkat 4,sudah tentulah tenaga yang di kerah oleh pengunjung akan mengecewakan mereka sekiranya di sambut dengan dingin oleh kakitangan beliau.Begitulah kata Ustaz,kalau kita duduk dengan orang `alim kita akan berasa diri kita jahil dan bila kita duduk dengan geng geng kita,mulalah kita rasa kitalah yang paling bagus antara mereka.

Ustaz Abdul Basit menutup round ke 2 dengan menyatakan,bahawasanya Al Quran adalah mukjizat terbesar dalam muka bumi.Dengan ayat sejumlah 6000 lebih itu,pelbagai ilmu serta rahsia terkandung dalam ayat ayat Al Quran.Dan segala rahsia dalam ayat ayat Al Quran sebenarnya terkandung di dalam Surah Al Fatihah.Dan segala rahsia dalam Al Fatihah itu sebnarnya terkandung dalam Basmallah di permulaan ayat Al Fatihah.Maka dengan hikmah dan rahsia yang amat besar itulah Ustaz menggesa para hadirin yang datang pada malam itu supaya beramal dengan membaca Basmallah ketika hendak memulakan sebarang kerja.

Begitulah tamat majlis forum Maulidur Rasul yang saya kira penuh dengan informasi informasi yang amat bernilai harganya.Dan ketika forum itu jugalah Ustaz Abdul Basit menerangkan,sebenarnya sambutan Maulidur Rasul bukan hanya sebagai sambutan tahunan,tapi ia adalah kemuncak aktiviti kita sepanjang tahun.Sepanjang tahun surau dan masjid qariah ada menyusun pelbagai aktiviti,contohnya majlis ilmu,taffaquh,usrah dan pelbagai majlis amal lain dan sebagai kemuncak aktiviti sepanjang tahun,maka diadakan sambutan Maulid Nabi.Jika kita tidak menjana pemikiran kita begitu,maka bila tamatnya sambutan Maulidur Rasul maka tiada lagi kesinambungan sambutan melainkan bila tibanya sambutan pada tahun berikutnya.

Boleh di renung dan di kongsi kongsi informasi ini.

Wallahua`alam.

Monday, March 1, 2010

:: Jalan jalan,makan makan ::

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan
dari pelbagai jenis bangsa (sekadar gambar hiasan).

Manusia memang tak lari dari mencari.Sampaikan ada ungkapan melayu yang menegaskan, “Rezeki jangan di tolak,musuh jangan di cari”.Biasanya ungkapan ini di ucap bila ada sahabat kita yang agak malu malu bila kita mempelawa sesuatu juadah makanan.Biasalah,adat melayu kita ini,mengajar kita agar tidak terus menerima pelawaan secara terang terang.Tapi dalam bab makan je lah….Bab lain,tolak batu dengan kayu je.Eheheh…(dah lama tidak memasukkan entri santai dalam blog saya ini)

Jom Jom…..

Jalan jalan cari makan 1.
Takoyaki....amat menggoda nafsu ketika ini
(gambar hiasan)

Ketika menjadi student di Jepun dahulu,antara makanan Jepun yang pertama kali saya nikmati adalah TAKOYAKI.Itupun setelah di perkenalkan oleh salah seorang senpai saya di sana.Takoyaki kalau di terjemah bermaksud sotong yang di bakar.Tapi tidak begitu fizikalnya.Ia mirip kaya ball kalau di Malaysia.Acuan di isi dengan tepung yang di bancuh dengan bahan bahan tertentu.Sebelum di masak dengan acuan berkenaan,sehiris sotong ‘taki’akan di maksudkan ke dalam tepung tadi.Setelah di masak jadilah ia TAKOYAKI.Finishing masakan tadi amat menarik.Isi ikan yang di ketam menjadi penghias seolah olah habuk kayu yang telah di ketam.Yang menariknya lagi,isi ikan yang di ketam nipis itu bergerak gerak bila di tiup angin seolah olah ia hidup lagi.Kreatif kan?

Apa jadi masa tu.
Acuan takoyaki.
(gambar hiasan)

Hari yang bersejarah menjamah TAKOYAKI saya kenang hingga ke hari ini.Senpai yang baik hati pada hari itu sudi membayar harga TAKOYAKI berkenaan sekitar 650 yen.Seperti orang mengantuk di sorongkan bantal,saya yang agak kelaparan ketika itu,terus sahaja memasukkan sebutir TAKOYAKI ke dalam mulut.Tuhan sahaja yang tahu ‘nikmat’sebenar ketika itu.Saya rasa melecur lidah saya hari itu dek haba yang `meletus` dari dalam TAKOYAKI tersebut.Nampak macam dah sejuk,rupanya panas yang amat di dalam.Senpai berkenaan menahan gelak.Rupanya dia dulu pun menerima padah yang sama ketika senpainya berbaik hati membelanjanya TAKOYAKI.Oooooo…turun menurun le ni eh? (agak hati saya….)

Tapi saya tak salahkan senpai saya.Memang salah saya tak bertanya cara makan TAKOYAKI yang sebenar.Nampak sedap terus sahaja ‘pulun’.Lepas dari itu,saya terus menjadi penggemar TAKOYAKI di sebabkan rasanya yang memang sedap.Sedap dan memang sedap.
Isi takoyaki...Ermmm...
(ada juga takoyaki yang berisi mayonis/kobis dll)

Tapi sedapnya rasa TAKOYAKI tidak lah sampai ingin `mengenakan` kohai saya pula.Biarlah kenikmatan rasa TAKOYAKI itu di rasai dengan cara yang betul.

Jalan jalan cari makan 2.
Contoh kedai 'Kaiten Sushi'
(gambar hiasan)

Masuk sahaja scholar pertama ketika waktu study di Jepun dahulu,senpai sekali lagi mengajar dan membawa saya untuk menikmati salah satu makanan istimewa masyarakat Jepun.Tidak lain dan tidak bukan adalah sushi.Kebetulan tidak jauh dari asrama kami ada sebuah restoran ‘kaiten sushi’ yang beroperasi.Jadi di situlah tempat kami menjamu selera.Sepinggan berisi dua ketul sushi berharga 100 yen.Memang itu pun yang saya pilih.Ada banyak lagi jenis jenis sushi yang berbeza harganya.Tapi nak ‘pulun’makan kenalah ambil yang berharga ‘budget’.Ehehehhe…Sekali makan abis 15 pinggan.Baru 1500 yen.Green tea minumlah sampai puas dan ianya tidak di kenakan sebarang bayaran.
Sushi mempunyai nilai berbeza dan mudah
di bezakan harganya dengan melihat warna pinggan.

Kerana penangan pertama sushi itulah,masuk sahaja scholar (3 bulan sekali) maka tanpa melengahkan masa,destinasi yang paling awal yang di tuju selain dari mesin ATM adalah kedai `kaiten sushi`.

Namun kini hanyalah tinggal kenangan…

(minta maaf ye isteriku dan anak anakku sekelian sekiranya terliur membaca entri kali ini.Bapak belum jumpa restoran makanan Jepun yang sedap…ehehehehe..boleh kan guna alasan tu? )

Jalan jalan cari makan 3.

Sewaktu kecil dahulu saya memang kerap mengikut arwah emak pergi ke rumah atok (bagi sesetengah orang jawa `atok` adalah panggilan untuk kedua dua nenek dan datuk).
Apabila ke rumah arwah atok Hj Sakir,ayat yang pertama keluar dari mulut arwah adalah,
"Yah (panggilan datuk kepada nenek saya Hajah Masiah) endi milo ne? Iki putu ne kan wes teko" (Yah,mana tin milonya.Ni cucunya dah sampai).

Sampai sekarang saya tidak pernah lupa dengan ayat itu.Dan saya masih lagi tidak lupa tabiat saya suka meratah milo di rumah nenek.Eheheh..memang sedap...sampai gebres(comot) mulut.Dan tabiat itu masih tidak dapat saya buang hingga ke hari ini.Nampak sahaja tin milo,saya akan meratahnya walaupun sedikit.(syttt…isteri saya tak tau lagi yang saya kuat meratah stok milo di rumah tu…ehehhe..)

Apa nak buat,itulah yang di 'ajar' oleh arwah atok.Secangkir cawan buatan cina zaman dahulu,sudu besi yang berwarna hijau (rasanya hampir sukar untuk menemui perkakas pinggan mangkuk seperti itu di kala ini) dan isinya adalah milo untuk di ratah.Pasti menu yang tidak akan ‘miss soru’ sekiranya saya melawat ke rumah atok.Tetapi hakikat yang perlu di terima oleh kanak kanak generasi sekarang,milo zaman sekarang rasanya tidak dapat menandingi 'kick' MILO zaman saya kanak kanak 20 tahun dahulu.

Jalan jalan cari makan 4.

Baru baru ini saya kuat me’redah’dari 1 kedai pancing ke kedai pancing yang lain.Saya bukanlah kaki pancing yang tegar.Kebetulan saya ada memelihara beberapa ekor ayam kampung di belakang rumah saya ketika ini.Dan ayam kampung kalau di biarkan bebas,memang tak cukup tanah d buatnya.Habis rumah rumah jiran menjadi tandas awam baginya.Jadi niat saya merayap ke kedai kedai pancing adalah mencari jaring pukat untuk di buat penghalang dari ayam ayam itu ‘sesat’ ke rumah jiran.Namun di dalam kebanyakkan kedai pancing,ada 1 sudut yang agak menarik perhatian saya.Di sudut tersebut ada tergantung umpan ikan.Di label umpan ikan tersebut pula ada pelbagai perasa bagi umpan tertentu.Ada rasa vanilla,pandan,coklat dan macam macam lagi.Setahu saya,kalau dahulu ikan hanya makan umpan cacing tanah.Kalau canggih sedikit,ikan di umpan dengan umpun umpun dan pelbagai macam lagi kekreatifan kaki kaki pancing.Tapi sekiranya umpan berperisa ini,baru kali pertama saya temui.Pelik jugak bunyinya…

Namun saya biarkan lamunan itu..

Pagi tadi saya duduk makan pagi bersama sama otai otai kaki pancing tempat saya bekerja.Sibuk mereka menceritakan aktiviti memancing mereka hujung minggu yang lepas.Ada yang begitu,ada yang begini,saya yang sibuk makan tergelak juga bila mendengar celoteh mereka.Tapi yang membuatkan lamunan saya terhenti bila mereka menyebut umpan mereka menggunakan perisa tertentu."Ha…ini macam jawapan yang di cari cari ni",detik hati saya.

Barulah saya tahu,mengapa umpan ikan sekarang memang ada yang mempunyai perisa.Kata salah seorang otai tersebut,"dah kita ajar makan umpan ada perisa,ikan pun pandai le demand".Ooo…macam tu rupanya.Betul juga kan...Kalau kita ajar makan umpan cacing,cacinglah yang menjadi pilihan.Begitu juga umpun umpun,dedak,roti dan pelbagai lagi jenis umpan yang lain.Dan kalau kita bagi makan umpan berperisa,letaklah perisa apa pun..kalau sedap di mulut ikan…sangkutlah mata kail kita.Alhamdulillah ada rezeki kita hari ini.

Begitulah resmi ikan…

Jalan jalan cari makan 5.

Anak saya yang sulung,Abdul Aziz adalah pengalaman pertama kami suami isteri mendidik anak secara langsung.Mungkin bagi isteri saya,ia bukan merupakan satu pengalaman baru kerana anak saudaranya sahaja mencapai 60 orang (wah...ramainya...).Namun saya secara peribadi yang kurang pengalaman mendidik anak,secara bahasa kasarnya,anak sulung ini banyak di didik melalui langkah ‘try & error”.Seolah olah bahan ujikaji kami suami isteri.Salah satu ujikaji kami adalah memberi minum R@B$na kepada anak saya.Hasilnya ‘pintu pagar’yang menjadi alat penapis air liur dari memercik keluar dari mulut ketika bercakap telah habis rongak.Wallahua`lam.Tapi yang pasti,bila saya menukar dari minuman tersebut ke susu sebatian,keadaan giginya tidak semakin teruk.

Sekarang anak saya amat gemar minum milo.Sampaikan anak saya yang ketiga,walaupun belum petah bercakap sudah pandai menyebut `LO` bila menagih simpati umminya untuk meminum milo.

Ajar anak kita minum air berperisa anggur,maka itulah yang akan di minum dan di tagihnya.Ajar anak kita minum milo,maka itulah juga yang akan di minum dan di tagihnya bila kehausan kelak.

Cukuplah 5 destinasi jalan jalan cari makan…ehehehh…
Kesimpulannya...Apa yang di ajar,itulah yang kita makan.

Jalan jalan cari makan yang belum menemui destinasi.

Seingat saya,bila Ustaz Nuruddin Al Banjari datang memberi kuliah di mana manapun surau di Negeri Sembilan,pasti sebelum kuliah bermula akan ada alunan qasidah atau apa sahaja selawat memuji junjungan Nabi SAW yang sangat merdu bunyinya.

Saya secara peribadi,tercolet juga di dalam hati kehebatan selawat dan qasidah yang kebanyakkannya pertama kali saya dengar.Walaupun tidak saya fahami maksud selawat dan qasidah yang pelbagai jenis itu,dalam diam saya simpan hasrat untuk mencari rakaman selawat atau qasidah yang berkaitan untuk di jadikan koleksi dan halwa telinga.

Punyalah lama mencari,rupanya minggu maulid yang di sambut baru baru ini menjadi asbab saya dapat memiliki CD rakaman qasidah dari beberapa sumber.Alhamdulillah,malam kelmarin saya dapat memiliki CD yang memang saya cari cari.CD itu merupakan qasidah yang pernah di bacakan oleh Ustaz Khusairi sebelum ini.Walaupun CD itu bukanlah dari suara Ustaz Khusairi sendiri,namun bagi saya,siapapun yang mengalun yang penting isi penghayatannya.Tambahan pula CD yang saya miliki kelmarin di lengkapi dengan lirik dan terjemahannya.Alhamdulillah.

Percaya atau tidak,tidak sampai 3 round saya pasang di rumah,anak saya yang sulung sudah boleh mengikut liriknya yang saya kira amat menarik kalau di renung renung.Yang bertambah berbunga hati saya,pagi tadi sebelum saya pergi ke tempat kerja,saya dengar suara isteri saya ‘miming’salah 1 qasidah yang ada dalam CD berkenaan.Mungkin lepas ini,isteri saya dapat mengalunkan qasidah tanpa miming harapnya.Di doakan dalam hati :)

Jadinya....

Bagi makan `Raja Lawak` maka lawaklah yang menjadi peberet (favorite).Bagi makan `AF` maka afundilah yang menjadi peberet.Bagi makan qasidah,maka qasidah lah yang menjadi peberet.

Bak kata Ustaz Hj Hambali,kalau sekiranya lori pasir eksiden,maka pasir lah yang termuntah dari dalam lori.Dan sekiranya lori ayam eksiden,ayam lah yang bertempiaran lari dari dalam lori.Dan begitulah hidup kita……

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?. Sahih Muslim

....tunggukan posting untuk Maulid Nabi versi 2010.Sama sama berdoa untuk saya.