Wednesday, February 24, 2010

:: ALLAH yang beri REZEKI ::

Selalulah merenung KEBESARAN CIPTAAN ILLAHI.
"Sesungguhnya dengan banyak mengingat akan Allah,hati akan menjadi tenang"

Sebagai renungan sejenak :

Cabaran kecil di tempat kita : Tempat kerja mengalami kerugian.Bos kata kilang nak tutup.Semua pekerja kena VSS.Pakat kelam kabut dan pakat fikir macamana nak sambung hidup.Mula meniaga kecil kecilan.Sibuk dengan urusan 'setup' perniagaan sehingga berserabut cara hidup.Solat berjemaah pun dah mula lompang sana sini.
Itu baru ujian kecil akibat hilang kerja.

Cabaran ‘kecil’di tempat orang : Anak hilang ketika gempa bumi.Rumah di bom oleh bala tentera pendatang.Suami di penjara tanpa jejak etc...Agaknya kalau kita di tempat mereka,apakah kita mampu menanggung ujian 'kecil' sebegitu?

Boleh di fikir fikirkan.....

Kisah Abu Zar al-Ghifari.

Abu Zar ketika datang ke Mekah untuk memeluk Islam,dia datang seorang diri.Meninggal dunia juga sebatang kara di padang pasir dan jenazahnya telah di uruskan sahabat Nabi SAW, Abdullah ibnu Mas’ud.Kerana sifat peribadinya yang begitu,Abu Zar juga antara yang banyak meriwayat hadith berkaitan dengan zuhud.

Ketika perang Tabuk,di sebabkan fizikal dan tenaga yang amat terhad,Abu Zar adalah antara sahabat Nabi SAW yang paling lewat sampai ke medan perang.

Namun apa kata sahabat sahabat Nabi SAW yang lain.

“Ya Rasulullah! Kami melihat suatu susuk menuju arah kita!” . Baginda berucap mudah-mudahan itu Abu Zar. Tubuh itu semakin dekat, dan memang itu adalah Abu Zar! Namun dengan tenaga yang lemah dan dicengkam kehausan, dia tiba di hadapan Nabi SAW .Baginda yang bimbang beliau akan pengsan segera menyuruh sahabat memberikannya air, tetapi Abu Dzar berkata serak bahawa dia mempunyai air. Nabi SAW berkata: “Engkau mempunyai air, tetapi engkau hampir mati kehausan!”
“Benar, ya Rasulullah! Ketika saya mencicipi air ini, saya menolak meminumnya sebelum sahabatku Rasulullah.”

Begitulah kisah kecintaan sahabat kepada Nabi SAW.

Kita pula bagaimana?

Kisah usaha dan hidayah.

Usaha dalam sesuatu perkara terutamanya dalam bidang dakwah mengajak manusia ke arah kebaikan adalah tugas kita sebagai manusia yang berakal waras.

Hidayah yang turun ke atas seseorang pula adalah di bawah Kekuasaan Allah SWT.

Hikmah kuasa pemberian hidayah tidak diberi kepada manusia : Manusia tidak akan ‘frust’ apabila usaha dakwah mereka menemui jalan buntu.

Kisah rezeki siapa yang beri.

Seorang anak menyambut hari lahirnya tanpa si bapa yang ‘outstation’ di luar negara.Apabila di tanya sejumlah hadiah yang terkumpul ketika itu,siapakah yang memberinya,maka menjawablah kanak kanak itu, "Hadiah A dari ummi,hadiah B dari Abang,Hadiah C dari kakak dan envelop D dari posmen."
Tetapi hakikatnya envelop berisi cek untuk di simpan di dalam akaun anak itu datangnya dari bapanya yang di pos sebelum tibanya sambutan sempena hari lahirnya.

Kisah lain pula.....

Seorang pekerja dengan bangganya mengatakan gaji yang masuk ke dalam akaunnya datang dari tempat kerjanya.Sekiranya gajinya tidak masuk/lambat masuk maka hidupnya akan menjadi huru hara.

Adakah hakikatnya begitu?

Jika keimanannya begitu,jawapan pekerja tadi sama tarafnya dengan jawapan seorang anak yang masih kecil.

Pertanyaan kepada pembaca pula.

Rezeki kita siapa yang beri?

Akhir sekali....

Ingatlah dosa zalim sesama makhluk dan derhaka kepada 2 ibubapa akan di balas oleh Allah SWT di dunia dan akan di simpan hingga hari akhirat.

Ish...Tak takut ke?

Ada tak kita menzalimi sesama makhluk? Ada tak kita derhaka kepada ibu bapa?

JOM!!!!! Check balik segala amalan kita selama ini...

Namun sebelum itu......

Kepada peminat dan pengkaji sejarah,saya tujukan soalan soalan di bawah untuk di renung dan di kaji bersama.

Soalan 1.
Di manakah Eng-land? Ire-land? Scot-land?
Mengapa nama tempat itu Eng-land? Ire-land? Scot-land?

Tapi yang peliknya daerah Nusantara kita ini,ada pula tempat yang di beri nama Thai-land.
Mengapa pula?

Mengapa ada kerajaan SIAM?
Mengapa ada kerajaan THAI-LAND?

Soalan 2.

England/Tanah Inggeris seperti dalam peta amat besar luasnya.Atas sempena nama tersebut maka selat yang berada di dalam peta di namakan Selat Inggeris/English Channel.

















Melaka,sekiranya hendak di bandingkan dengan keluasan Semenanjung Malaysia amatlah kecil.Tetapi mengapa selat di dalam peta di namakan Selat Melaka/Malacca Strait?

Betulkah nama Melaka datang dari kancil yang menendang pokok Melaka?
Ataupun nama Melaka itu datang dari perkataan Muluk=Kerajaan?

Wallahua`alam.

Antara isi kuliah bulanan Ustaz Haji Hambali Saad di Surau Taman Seri Pagi (22 Feb 2010)

Tuesday, February 23, 2010

:: Lidah yang lembut itu ::


"Bergema suara takbir di angkasa,
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa,"

Agaknya bagaimanakah pencipta pencipta lirik lagu mendapat idea dan ilham mereka.Kadangkala secara tidak langsung,bila kita mendengar lirik yang sudah di melodikan itu,ia dapat menyentuh jiwa kita yang mendengarnya.

Lirik di atas adalah antara lirik lagu yang saya kira mesejnya agak memberangsangkan minda untuk berfikir.Saya bukanlah ahli seni,jauh sekali boleh menafsir seni sesuatu rekaan.Namun dalam diri saya,saya amat meminati seni.( Sekadar luahan rasa…)

Bertempat di Masjid Bandar Baru Senawang tanggal 11 Feb 2010, Ustaz Jemputan Al Fadhil Tn Haji Hambali bin Saad telah menyampaikan kuliah maghribnya.
(minta maaf di sebabkan agak terlambat sampai saya tidak pasti kitab apa yang menjadi rujukan dan tajuk kuliah malam itu.)

Di bawah di kongsikan isi kuliah yang sempat di catat.

Antara adab ziarah orang sakit.

1. Mendoakan kesejahteraan pesakit.Namun tidak perlu sehingga menadah tangan,di takuti di salah anggap oleh sesetengah orang.
(Beberapa hari lepas saya ada terbaca 1 artikel mengapa kita menadah tangan ketika bedoa.Menadah tangan menghala ke langit itu sebagai menandakan arah kiblat doa.Sepertimana solat,doa juga mempunyai kiblatnya.Jadi kiblat doa ini sedikit sebanyak memberi penjelasan Allah bukan berada di langit,hanya kiblatnya sahaja ke sana.Wallahua’alam)
2. Ziarah tidak terlalu lama.Hanya sekadar 10~15 minit bergantung kepada keadaan.
3. Sekiranya pesakit adalah bukan mahram,perlu menjaga adab dan aurat.
4. Memberi hadiah yang sesuai.Contoh hadiah : Buku buku yang mempunyai kandungan yang ringan,terutama sekali yang memberi ingatan dan input input agama.Sekiranya di fikirkan tidak sesuai,boleh di ganti dengan biji tasbih.Walaupun kadangkala tasbih itu sendiri tidak di guna sepanjang masa oleh si pesakit,setidak tidaknya tasbih tadi dapat menjadi pengingat kepada sesiapa yang memandangnya.

Kisah Abu Lu’lu’ah.

Di zaman Saidina Umar r.a menjadi khalifah,telah di keluarkan arahan tidak lagi dibenarkan orang kafir (yahudi,nasrani,majusi) duduk lagi di dalam tanah haram.Mughirah bin Syu’bah mempunyai seorang hamba berbangsa Parsi yang bernama Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi. Abu Lu’lu’ah adalah seorang yang mahir dalam bidang kayu, batu dan besi.Di ketika Abu Lu’lu’ah tinggal bersama Mughirah bin Syu’bah,dia telah membuat sebilah pisau bermata dua.Dan dengan pisau inilah dia telah membunuh Saidina Umar dan beberapa orang sahabat lain ketika solat subuh.

Kisah Amru Al Asr.

Sewaktu hampir meninggal dunia,sahabat Nabi ini mengenang kembali sejarah hidupnya.
Katanya, “ Tiada siapa yang lebih aku benci melainkan apabila melihat Rasulullah SAW.Aku paling suka dalam diriku apabila aku menjumpai Baginda SAW,aku akan bunuhnya.Sekiranya aku mati ketika itu,pastilah aku menjadi ahli neraka kerana tidak mentaati ajaran Nabi SAW."

Sambungnya lagi,
“Apabila Islam memasuki hati dan diriku,aku berjumpa Nabi SAW dan menyatakan hajatku untuk memeluk agama Islam.Aku menyatakan 1 syarat ketika itu supaya segala dosa aku sebelum ini di hapuskan.Ketika itu,aku terlalu kasih kepada Nabi SAW sehinggakan aku tidak mampu mengangkat muka untuk bertentang mata dengan Nabi SAW di sebabkan kehebatan yang ada dalam diri Baginda.Sekiranya aku mati ketika itu,aku berharap aku dapat masuk syurga”

Di beritakan juga,ketika perjanjian Hudaibiyah,Amru Al Asr lah antara orang yang memprotes isi perjanjian tersebut.Bencinya Amru Al Asr terhadap Nabi SAW,sehinggakan dia menyuruh pihak Islam memadam nama Muhammad Rasulullah di dalam perjanjian itu.Saidina Ali KWJ yang mendengar ketika itu menolak permintaan Amru Al Asr.Namun Nabi SAW yang mendengar protes itu menyuruh nama Baginda di padam selepas di tunjuk oleh sahabatnya di manakah nama Baginda di tulis.

Begitulah iktibar kisah para sahabat.Ustaz menjelaskan,jangan kita hina orang yang menentang Islam.Mungkin penentangannya di sebabkan ketidakfahamannya tentang Islam itu sendiri.Bersangka baik dan usaha dakwah ke atas mereka harus di perhalusi.Dengan kita sabar berdakwah ke atas golongan tersebut,moga moga doa dan usaha kita,Allah SWT turunkan HIDAYAH terhadap mereka.

Ingatlah,kita sendiri tidak tahu lagi apa kesudahan hidup kita.

Apakah kita akan ingat akan akhirat sedangkan sekarang kita sibuk mengejar dunia?
Apakah kita akan kekal dapat mengingat tentang akhirat walaupun kita sibuk berusaha ke arah itu?

Wallahua’alam.
Peringatan untuk diriku yang selalu lupa.

Thursday, February 11, 2010

:: Mara menuju cita ::

mulakan hari dengan solat..

Berikut sedikit mukadimah dan lintasan ilmu bagi kuliah Subuh Surau Al Amin yang di sampaikan oleh Ustaz Haji Hambali (Feb 6th 2010) yang sempat di catat.

Hujung tahun 70-an adalah antara detik bersejarah di negara kita.Ketika itu di khabarkan oleh ustaz,tudung mini telekung telah diperkenalkan.Pada masa yang sama,rata rata kaum wanita di kala itu amat jarang bertudung.Yang ada pun hanyalah ‘trend’ mini tudung yang hanya menutup rambut,namun leher dan anggota lain yang perlu di tutup masih lagi terdedah.Jadi,mini telekung yang di perkenalkan dapat menambah baik kualiti pemakaian tudung ketika itu.Di ketika itu juga,pertubuhan Al Arqam yang dikenali ramai mulai aktif sekitar awal 80-an.

Adakah ini secara kebetulan?

Sedikit perkongsian pengalaman :

Saya pernah berada di perkampungan Al Arqam suatu ketika dahulu.Keberadaan saya di sana ketika itu ialah kerana menziarahi salah seorang saudara saya yang juga aktif di perkampungan itu.Oleh kerana usia ketika itu terlalu muda (sekitar pertengahan tahun 80-an) tidak banyak memori yang dapat dirakam.Hanya yang saya ingat,saya di ajak oleh anak lelaki saudara saya itu solat berjemaah di surau.Ketika itu,apabila saya sampai di surau,ramai juga golongan anak anak kecil sebaya saya telah terlebih dahulu sampai.Pakaian mereka mirip sama,berserban dan berjubah.
solat itu tiang agama....

Seperti keadaan di mana mana musolla,apabila Imam mula mengangkat Takbiratul Ihram,jemaah yang lain pun mengangkat takbir yang sama.Tapi yang menariknya di sana ketika itu, ada beberapa lelaki dewasa yang mengawasi saf kanak kanak yang ada di belakang saf orang dewasa.Lelaki lelaki berkenaan akan membetulkan saf kami yang berterabur.Ada yang di angkat ke dalam saf disebabkan berdiri agak jauh dan terpisah dari saf.Selepas keadaan saf kami agak sempurna dan kami berada di dalam keadaan yang berdisplin,barulah lelaki lelaki tadi masuk ke saf utama untuk memulakan solat mereka pula.Keadaan ini saya tidak pernah jumpa lagi di mana mana jua musolla yang saya pernah singgahi.

Selesai solat kami pulang untuk makan tengahari.Antara kami dalam perjalanan pulang itu,singgah di sebuah bangunan yang mirip seperti sekolah.Saya pun tidak pasti.Di rumah,kami di jamu selaku tetamu.Tuan rumah mengatakan,kalau hari biasa mereka makan di dalam talam.Tetapi hari itu,kami makan di dalam pinggan seperti kebiasaan orang orang awam yang lain.Selepas makan saya bermain main dengan anak anak yang lain.Sambil bermain main dengan saya,mulut mereka asyik mengalun nasyid dan zikir.Yang peliknya,ia keluar dari mulut mereka seolah olah mereka sudah biasa mempraktikkanya.Yang bagusnya,selang beberapa ketika ada beberapa zikir yang saya mampu alunkan bersama sama mereka.

Sekadar itu sahaja memori yang mampu di ulang kembali ketika ini…

Cantikkan kalau suasana rumah dan persekitaran kita juga kita mampu jadikan begitu.Di samping urusan dunia yang perlu kita selesaikan,urusan akhirat juga di sempurnakan dengan sebaik mungkin.Urusan dunia pula di lakukan di selang seli dengan zikir zikir yang dapat mengelakkan dari hati lalai dari mengingati Allah SWT.

Kembali kepada isi kuliah....

Ustaz khabarkan lagi,sekitar pertengahan 80-an,menutup aurat samada lelaki atau perempuan ketika itu seperti sudah menjadi lumrah.Terutamanya,pertambahan kadar menutup aurat (bertudung mini telekung) bagi kaum wanita.Ketika itu juga,murid murid perempuan yang datang ke sekolah hampir kebanyakkannya bertudung.Sehinggakan kerajaan Indonesia ketika itu memuji usaha kerajaan Malaysia menerapkan pemakaian tudung dalam sistem pendidikan kita.

Seingat saya pun...
datang ke sekolah bertudung....
(hanya gambar hiasan...)

Sekitar pertengahan 80-an,ketika itu di dalam kelas saya sendiri pun,sewaktu sekolah rendah sudah tiada murid yang memakai baju kemeja ber'pinafore' yg mendedahkan aurat bagi pelajar perempuan.Kawan kawan saya hampir semua datang ke sekolah dengan berbaju kurung dan bertudung litup.

Namun....20 tahun selepas suasana tersebut....

Kini jemaah Al Arqam telah di haramkan di Malaysia.Saya sendiri secara peribadi cuba membaca sedikit demi sedikit sejarah Al Arqam dari mula penubuhannya sehinggalah ianya di putuskan haram sehingga ke hari ini.Tapi yang jelas hadirnya jemaah Al Arqam ini bukanlah sia sia.Kerana Allah SWT menjadikan kita bukan sia sia.

Saya titipkan sedikit apa yang saya temui dalam pembacaan saya.....

"Sebagai sebuah pertubuhan Islam dan gerakan dakwah, peranan dan penglibatan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam di negara kita tidak boleh diketepikan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 sehingga membawa kepada pengharamannya pada tahun 1994, Al-Arqam telah memainkan peranan sebagai agen perubahan sosial yang penting di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Al-Arqam bukan sahaja memaparkan satu cara hidup yang tersendiri, malahan telah memperkenalkan sistem, model dan cara hidup Islam berdasarkan keyakinan yang dipegang oleh para anggota Jemaahnya."

Tetapi di sebalik pengharaman Al Arqam lain pula jadinya.

Kini,antara masyarakat sedar atau tidak,ikatan antara masyarakat Islam di mana mana juapun dengan penutupan aurat semakin hari semakin longgar.Di kawasan taman saya sendiripun,dapat di lihat ramai di antara murid murid sekolah yang menunggu van di pagi hari untuk ke sekolah,beruniform tanpa tudung.Malah banyak lagi situasi situasi lain,yang kalau tidak di sebutkan di sini pun hampir ramai antara kita sedia maklum bahawa semakin hari semakin banyak kejadian keruntuhan akhlak generasi muda.

Mengapa ini terjadi?

Dengan asakan budaya mewarnakan rambut datang bertalu talu,media massa pula samada elektronik ataupun media cetak asyik menayangkan program realiti yang semakin hari semakin seolah olah tiada pengawalan,mampukah anak anak kita terselamat dengan fitnah pada hari ini?

Ustaz memberi penegasan.Antara garis batasan busana muslimah adalah :

1. Memakai tudung sehingga ke paras bawah dari dada.
2. Pakaian tidak jarang,ketat dan singkat.
3. Pakaian tidak berfungsi sebagai perhiasan (tabarruj).
4. Tidak menyerupai pakaian ahli ibadah agama lain.
5. Tidak memakai wangi wangian.

Namun berdasarkan garis batasan di atas,berapa ramaikah antara kaum wanita di luar sana mampu mengikutnya 100%.Sedangkan menutup aurat itu wajib.

Di sebalik itu,usaha harus di giatkan.Jika Al Arqam sudah ‘tiada’ adakah kita generasi muda tidak mampu membuktikan sesuatu di sepanjang usia kita?

Sebagai ingatan.....

Janganlah memandang hina golongan golongan yang di lihat tidak mengikut landasan agama.Mereka mungkin jahil.Mereka mungkin tidak tahu.Ataupun mereka sedang lalai.Mungkin juga mereka mengharap ada orang akan mengingatkan dan menyedarkan kita.

"Seperti kita yang sedang nyenyak tidur,kita akan terasa enak jika tidur itu dapat di teruskan agak panjang.Namun yang tidur itu juga mengharapkan sekiranya dia tidak mampu jaga dari tidur pada waktu tertentu,moga moga ada sesiapa yang akan mengejutkannya demi meneruskan hidup.Bukankah hakikatnya begitu?"

Sekali lagi,usaha menyedarkan manusia ke arah menuju agama harus digiatkan.Kita sendiri pun tidak pasti apakah yang akan terjadi dan berlaku di penghujung hidup kita.

Ya Allah! Jadikanlah aku hamba yang beramal dengan ikhlas.
Ya Allah! Jadikanlah aku hamba yang beramal dengan ikhlas.
Ya Allah! Jadikanlah aku hamba yang beramal dengan ikhlas.

Saturday, February 6, 2010

:: sepohon ilmu yang rimbun ::

sekadar gambar hiasan...

Teringat sebuah kisah yang di baca hampir 20 tahun yang dahulu.

Siapa masih ingat dengan majalah Al Ain yang pernah di terbitkan oleh Al Arqam suatu ketika dahulu.Isinya berunsur dakwah tapi di selitkan dengan komik komik yang menarik minat membaca bagi golongan muda/cilik ketika itu.

Sedikit perkongsian yang di perolehi dari majalah tersebut :

Suatu masa dahulu,ada seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang kerja,bersiar siar di suatu pekan.Sedang dia melalui satu kawasan,sempat dia memerhatikan gelagat orang orang yang ada di sekeliling pekan tersebut.Dalam asyik membuat perhatian,lelaki tadi tertoleh di satu sudut di mana seakan satu pertunjukan jalanan sedang berlangsung.Lelaki itu mula mendekati gerombolan manusia yang berada tidak jauh dari tempat asalnya tadi.

Sampai di tempat gerombolan manusia itu,dia melihat ada seorang lelaki sedang berdiri di tengah tengah antara mereka.Lelaki yang duduk di tengah gerombolan manusia itu di lihat sedang memegang beberapa bilah pisau.Selang beberapa ketika,di lihat lelaki tersebut melontarkan pisaunya dengan tangan ke udara dan menangkapnya kembali dengan menggunakan mulut.Hadirin yang berada di situ kagum sejenak akan kebolehan semulajadi lelaki tersebut.Lalu mereka pun bertepuk tangan sebagai menghargai persembahan tersebut.

Lelaki yang datang kemudian itu,juga turut kagum dengan persembahan yang disaksikan olehnya.Buat seketika lelaki itu terus menonton persembahan tersebut.Akhirnya,selepas beberapa ketika,lelaki berkenaan mendapat satu akal,bahawa dia juga mampu berbuat demikian sekiranya dia berlatih bersungguh sungguh.

Setelah mendapat akal berkenaan,lelaki tadi pun berlalu pergi dan bertekad hendak berlatih bersungguh sungguh supaya dia juga dapat membuat persembahan seperti lelaki tadi.Pada keesokan harinya,lelaki tersebut pun memulakan latihannya.Setelah alatan di kumpulkan,dia pun mula melontarkan pisaunya ke udara dan cuba untuk menangkapnya dengan mulut.Namun usahanya gagal buat kali pertama.Namun dengan tekad yang kuat dan usaha yang gigih,akhirnya buat pertama kalinya lelaki tersebut berjayalah menangkap pisaunya yang di lontar ke udara dengan mulut.Gembiralah lelaki berkenaan.Dia pun meneruskan latihannya sehinggalah dia yakin dia mampu melakukannya di hadapan khalayak ramai.

Setelah sampai hari yang di rasakannya sesuai,lelaki tersebut keluarlah ke sebuah pekan.Tiba di pekan,lelaki terbabit mencari cari tempat yang sesuai untuk memulakan persembahan solonya yang pertama.Setelah menemui tempat yang agak bersesuaian,lelaki tersebut pun mula menarik perhatian ramai dengan mengumumkan dia akan membuat satu persembahan yang mampu menarik perhatian ramai.Orang ramai yang lalu lalang di situ amat tertarik dengan pengumuman tersebut.Lalu mereka pun mula mengelilingi tempat lelaki itu berdiri.Melihat keadaan yang mula menggalakkan itu,lelaki tersebut pun mula mengeluarkan peralatan untuk membuat pertunjukkan.

Beberapa ketika selepas itu,lelaki tadi pun mula melontarkan pisaunya ke udara.Saat pisaunya jatuh kembali,dia dengan segera menangkapnya dengan mulutnya sendiri.Hadirin yang melihat kebolehan lelaki tersebut terus sahaja bersorak tanda kagum dengannya.Lama kelamaan semakin ramailah orang yang berkumpul di situ dan tertarik untuk menyaksikan persembahan lelaki berkenaan.

Hasil dari persembahan hari itu,orang ramai mula melontarkan beberapa siling sebagai hadiah kepada lelaki berkenaan.Gembiralah lelaki tersebut kerana persembahannya bukan sahaja berjaya dan menarik perhatian ramai,bahkan para penonton pula memberi ganjaran kepada persembahannya itu.

Bermula dari detik tersebut,nama lelaki itu mula meniti di bibir bibir orang di situ.Namanya semakin popular di sekitar kawasan tersebut.Orang ramai semakin ramai mengenali lelaki itu dan jadilah dia seorang yang terkenal dengan kebolehannya menangkap pisau dengan mulut.

Dek kerana terlalu terkenal,pada suatu ketika datang seorang lelaki yang kagum dengan persembahannya menemui lelaki berkenaan.Lelaki yang datang bertanya itu terlebih dahulu mengucapkan terima kasih dengan persembahannya hari itu dan ia berasa cukup kagum.Lalu di tanyakan oleh lelaki tersebut dimanakah si pembaling pisau tadi menuntut ilmu itu.Siapakah gurunya? Lantas jawab si pembaling pisau,dia mengatakan dia tidak belajar dari sesiapa pun ilmu tersebut dan dia tiada guru yang mengajarnya ilmu itu.Malahan dia belajar dan berlatih sendiri sehinggalah dia mampu melakukan aksi yang ada sekarang.

Setelah berlalu lelaki tersebut,pulanglah si pembaling pisau ke tempatnya dan kembali semula ke esokan harinya untuk membuat persembahan lain.

Hari tersebut,seperti biasa,orang ramai telah mula memenuhi kawasan pertunjukkan.Ada yang datang dari dekat namun ada juga yang datang dari jauh.Ada yang datang sudah berulang kali,namun ada juga yang datang untuk pertama kalinya.

Sedang rancak membuat persembahan,tetiba hadirin di gamatkan seketika dengan satu kejadian.Si pembaling pisau tiba tiba tidak berjaya menangkap pisaunya kembali dengan mulut.Yang lebih malang,pisau itu bukan sahaja tidak berjaya di tangkap,bahkan menusuk pipi si pembaling pisau itu pula.Riuh rendah hadirin dengan kejadian tersebut.Ada yang terkejut,ada yang hairan dan tidak kurang juga yang menyindir.
Menyindir sebab mereka datang dari jauh dan membayar untuk menyaksikan persembahan tersebut.Tapi, hasilnya satu persembahan yang gagal.

Oleh kerana malu dengan kejadian tersebut,si pembaling pisau tidak lagi membuat persembahan buat seketika waktu.Dalam ketika dia tidak membuat persembahan itu,dia mula menilai di mana silapnya sehinggakan kejadian yang tidak di ingini itu menimpanya.Sedangkan sebelum ini,kejadian gagal menangkap pisau tidak berlaku langsung dalam ketika dia membuat persembahan.

Dalam dia memikirkan faktor kegagalannya itu,si pembaling pisau tiba tiba teringat akan lelaki yang datang bertanyakan kepadanya dahulu.Dia cuba mengingat kembali apakah soalan yang di tanyakan oleh lelaki tersebut.Setelah di ingat kembali,memang benar,dia memang tidak pernah berguru di mana mana.Bahkan dia sendiri yang berlatih bersungguh sungguh sehinggalah dia mahir menangkap pisau dengan mulutnya.Cuma,dia mendapat akal itu setelah melihat satu persembahan yang sama suatu waktu dahulu.

Dari situ dia mulai sedar.Orang yang di lihatnya mula mula dahulu membuat persembahan tersebutlah gurunya ,walau tidak secara langsung.Setelah sedar dan mula berpijak di bumi yang nyata,bertaubatlah si pembaling pisau tentang keegoannya.Dia sedar,kepopularannya selama ini menutup sifat rendah diri di dalam hatinya.Dan keegoan itu jugalah yang hampir hampir memusnahkan erti kehidupan dalam dirinya.

Selepas dari itu,maka si pembaling pisau itu pun tidak lagi meninggi diri dan menjauhkan diri dari sifat ego dan jadilah dia seperti manusia biasa.

Tamat.

(setelah di olah sedikit isi cerita dari cerita asal,di atas kelemahan ingatan ku…)

Sejenak teringat kembali aktiviti minggu lepas di pantai Port Dickson di hadapan Hotel Seri Malaysia.Program 3 hari 2 malam bersama kohai INTEC sungguh memberi tinggalan memori yang cukup mendalam.

Di suasana yang masih hening selepas solat subuh,Ustaz Redha membawa kami ke tepi pantai menikmati udara segar pagi hari.Kami di arah supaya memandang laut yang tidak nampak hujungnya itu.Ya...Air yang melaut luas itu memang tidak nampak apapun melainkan satu permukaaan tanpa hujung.Lalu ustaz Redha mencelupkan tangannya ke dalam air laut tersebut.Ustaz Redha menyuruh kami melihat air yang menitis dari hujung tangannya itu.Ustaz menerangkan itulah nisbah ilmu kita semua.Dan air laut yang meluas itu adalah nisbah ILMU Allah SWT.

SubhanaLlah..........

Masih ada kah sifat ego dalam diri kita??


kunci ilmu adalah sentiasa merendah diri....(sekadar gambar hiasan)

Mari muhasabah diri kita pula....

Friday, February 5, 2010

:: Pengubat Mata Dunia ::

berjalan,bermusafirlah...
melihat kebesaran Allah,
meninjau,menitilah...
rahsia ciptaan Allah.

Selalu orang memperkatakan dan memperingatkan tentang kepentingan mencari keberkatan dalam rezeki.

Berkat tu apa? Jom sama sama menelaah…..

Berikut adalah isi kuliah Ustaz Hj Hambali (Taman Jasmin-28 Jan 2010)

Di antara tanda keberkatan dalam mencari rezeki ialah,Allah bantu hamba-Nya dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Kisah 1.

kesungguhan dalam mencari rezeki,
tanpa mengenal penat & jerih,
(sekadar gambar hiasan)

Ustaz mengisahkan bagaimana seorang penjual ikan yang memulakan harinya dengan bertahajud.Selesai tahajud,keluarlah si penjual ikan itu ke tempat peraih ikan.Selesai urusannya di pasar,si penjual ikan tadi pulang untuk solat jemaah subuh.Selepas solat subuh,dia menghabiskan zikir harian dan selepas waktu israk,mulalah dia menjual ikan ke kampung kampung.

Dengan sebelah tangan memegang tasbih untuk berzikir dan sebelah tangan lagi menekan hon motor,si penjual ikan itu pun berlegar legar untuk mencari pelanggan.Apabila ada pelanggan yang menahan,dia akan memberhentikan motornya bagi membolehkan pelanggannya memilih ikan di dalam bakul di belakang motornya. Sekiranya ramai pelanggan yang membeli ikannya,maka cepatlah dia pulang ke rumah dan sebaliknya.

Apabila sampai di rumah,si penjual ikan segera menunaikan solat zohor secara berjemaah.Selepas berehat seketika selepas solat,dia meluangkan masa yang ada bersama keluarga.Ketika itulah dia akan melihat perkembangan pembelajaran anaknya dan menegur mana yang perlu.Malamnya di isi dengan mendengar kuliah kuliah agama yang ada di masjid masjid. Begitulah rutin si penjual ikan.Walau untung dari pendapatannya tidaklah banyak tetapi hidupnya yang penuh sederhana itu tidak di bebankan dengan masalah masalah yang rumit.

Ustaz juga mengesahkan perbandingan bagaimana seorang peniaga/usahawan besar yang di lihat berjaya tetapi di belakangnya hutang menimpa nimpa.Walaupun nampak berjaya dalam bidangnya namun hakikat sebenar hatinya tidak tenang dengan apa yang di milikinya.

Begitulah hakikat dunia.

Sepertimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :

"Dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini sebagai syurga bagi orang kafir sedang kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya."

Kisah 2.

Satu ketika Hassan al Basri mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain mencari isi isi khutbah yang pernah di sampaikan oleh Baginda SAW.Selama 4 tahun beliau menyelusuri ekspidisi sehinggalah bertemu dengan Jabir bin Abdullah r.a,seorang Ansar yang ada menyimpan isi khutbah Baginda SAW.Lalu Jabir pun membacakan antara isi khutbah Baginda SAW kepada Hassan al Basri yang berbunyi :

“Adalah dunia dunia ini di ciptakan untuk kamu tetapi kamu di ciptakan untuk akhirat”

Kata ustaz lagi,

Sesungguhnya hamba Allah itu berada di antara 2 perkara.
1. Tidak tahu apakah kedudukan dosa,kesalahan dan taubatnya.
2. Tidak tahu apakah perkara perkara yang akan terjadi dengan baki umurnya.

Kisah 3.

Sahal Attustari biasa membelanjakan kekayaannya dalam segala jalan yang menuju taat kepada Allah SWT.Lalu ahli keluarganya menyampaikan hal itu kepada Abdullah bin Almubarak (salah seorang guru Imam Bukhari).Mereka berkata: "Bahawa orang itu jika sedekah tidak kira-kira,kerana itu kami khuatir kalau ia menjadi miskin."

Maka Abdullah bin Almubarak menyampaikan keluhan ibu dan saudara-maranya itu kepada Sahal Attustari. Jawab Sahal: "Ya Aba Abdirrahman, bagaimana pendapatmu bila ada orang kota telah membeli tanah kebun di desa.Dan di dapati tanah di desa itu lebih subur dari tanah di bandar dan lagi ia akan pindah kedesa itu.Apakah harus meninggalkan apa-apa di kota, padahal ia tidak akan kembali lagi kekota itu?" Abdullah bin Almubarak berkata: “Siapa yang akan pindah ketempat lain tidak seharusnya ia meninggalkan apa-apa ditempat yang akan ditinggalkan itu, demikian pula orang yang akan pindah dari dunia keakhirat, mengapakah harus meninggalkan apa-apa didunia ini."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Ali, empat macam tanda celaka iaitu:
• Mata yang kering dari menangis di hadapan Allah SWT.
• Hati yang keras (kerana tidak mengingta Allah)
• Cinta dunia
• Jauh angan-angan

Ustaz juga memberi perbezaan kehidupan sahabat di zaman Nabi SAW dahulu.Mereka tidak lupa untuk berusaha kepada dunia tetapi bukanlah sampai ke tahap cintakan dunia.Usaha ke atas dunia ini kata ustaz,seperti sebuah bekas.Dari bekas inilah nanti Allah meletakkan rezeki kedalamnya.Jadi untuk mudah faham,jika tiada bekas (tupperware,dulang,pinggan) masakan kita dapat makanan yang sedang di agih agihkan di suatu majlis kenduri. Wallahua`lam....

Ustaz juga menceritakan bagaimana beza keyakinan sahabat dengan kita di zaman ini.

Zaman sahabat : Mereka suka bersedekah sehinggakan untuk diri mereka sendiri tiada apa yang berbaki.
Zaman kita : Membuat simpanan di dalam bank atau belanja peribadi.
Zaman sahabat : Yakin mereka tentang limpahan rezeki amat tinggi walaupun mereka amat ringan tangan untuk bersedekah.
Zaman kita : Sedekah? Ish..Aku makan pun cukup cukup je.Kalo sedekah sedekah ni,ko tak takut kebulur ke? (mungkin ada yang berfikir begitu)

"Sesungguhnya dengan banyak berzikir,hati akan menjadi tenang."