Saturday, November 12, 2011

Cahaya Mata Baru (Part 4 - Urut Bersalin)

Bismillah hirrahman nirrahim.

Urut orang bersalin.

Urut selepas bersalin bukanlah sesuatu yang dimestikan.Tetapi ia amat digalakkan.Itu yang diajar oleh Arwah Emak Mertua (AEM) saya ketika isteri saya dalam tempoh berpantang selepas anak saya yang pertama dilahirkan.Ujar AEM mertua saya lagi,"Orang lepas bersalin ni senang masuk angin,jadi berurut dengan mak bidan tu selain buang angin dalam badan,nak betulkan balik kedudukan rahim dalam badan orang perempuan." Saya bak kata perpatah melayu,"Buah cempedak di luar pagar….."-mengikut sahaja kata orang tua,mana yang baik.

Apabila anak yang kelima ini lahir,ia adalah pengalaman pertama kami suami-isteri,berpantang tanpa pantauan dari sesiapa.Semua kami perlu uruskan sendiri dari A-Z.Dengan bantuan Allah,Alhamdulillah,satu persatu urusan kami dapat diselesaikan dengan mudah.

Mula perkenalan.

Beberapa bulan yang lalu,salah seorang staff saya sakit-sakit badan.Lalu beliau pergi berurut dengan tukang urut yang diperkenalkan oleh kakak iparnya.Tukang urut itu khabarnya duduk tidak jauh dari rumah kakak iparnya itu.Berdasarkan testimoni yang yang dikongsikan dengan saya,nampak gayanya tukang urut itu boleh saya ambil khidmatnya jika perlu dikemudian hari kelak.Lalu saya mengambil nombor telefon tukang urut berkenaan dari staff saya tadi.

Tawakkal.

Apabila tempoh jangkaan tarikh bersalin isteri saya semakin hampir,saya telah menghubungi tukang urut tersebut.Itupun setelah mengambil kira banyak faktor dan ia dibincangkan agak teliti bersama isteri saya.Kata sepakat telah diambil,cuba dahulu dan sekiranya tukang urut itu 'jodoh' maka kami akan meneruskan urutan lepas bersalin sehingga selesai-itu kata putus kami.

Hari pertama.

Sebelum pergi berurut,hari sebelumnya saya telah sekali lagi menelifon tukang urut berkenaan untuk menentukan tarikh dan masa.Akhirnya kami bersetuju untuk isteri saya mula berurut pada 1 Nov 2011 jam 8 pagi di rumahnya.Jam 7 setengah pagi,setelah semuanya bersiap (ummi dan baby) kami bersarapan pagi dan terus ke rumah tukang urut berkenaan.Jarak rumahnya tidak jauh sekitar 5km dari rumah kami.

Saya hantar isteri saya di hadapan rumah tukang urut dan katanya urusan mengurut lebih kurang memakan masa 2 jam.Saya pun balik semula ke rumah sementara menunggu urusan urut selesai.

Akhirnya sekitar jam 11 barulah saya datang menjemput isteri saya kembali.Alhamdulillah secara umumnya isteri saya berpuas hati dengan cara urutan kakak tersebut.Urutannya tidak sakit bahkan diulang-ulang urutannya diseluruh badan.Sebelum pulang,bengkong yang telah dibawa dari rumah,diikat rapi oleh tukang urut.Bayi pula lengkap dimandikan dan dibedakkan pada hari tersebut oleh tukang urut.

Ketika balik,kami dibekalkan dengan pelbagai jenis daunan (serai wangi,daun kunyit,daun sireh,daun pandan,daun limau purut,daun halia-untuk stok 3 hari) untuk dijadikan bahan mandian isteri saya kelak.

Hari kedua.

Hari kedua urutan tertumpu pada bertungku.Terlena juga isteri saya dibuatnya disebabkan syoknya bertungku.Yang lain semuanya sama seperti pada hari pertama.Cumanya selepas urutan yang pertama,ketulan-ketulan darah yang agak besar keluar bersama darah nifas selepas isteri saya pulang ke rumah.Kata tukang urut berkenaan,darah beku itu apabila keluar memang agak sakit,tetapi sekiranya belum keluar,tukang urut akan mengurut lagi pada bahagian berkaitan bagi membolehkan darah beku yang berketul itu keluar.

Hari ketiga.

Selesai sessi mengurut ( 3 Nov 2011).Memandang air muka isteri saya,nampak dia berpuas hati dengan hasil urutan kakak tersebut.Saya pula yang serba salah untuk membayar kepada kakak berkenaan.Terlebih bayar tidak mengapa,takutnya terkurang dari sepatutnya.Ini memandangkan kakak berkenaan tidak menetapkan bayaran.Saya amat berharap bayaran saya itu dapat membantu kakak berkenaan untuk apa urusan sekalipun.Untuk membalas khidmatnya dengan bayaran yang sepatutnya,saya sendiri tidak tahu berapa.

Orang berbudi kita berbahasa.

Sebagai membalas jasa kakak tukang urut berkenaan,saya mengambil kesempatan untuk mewar-warkan khidmat urut beliau (apa sahaja jenis urut-jatuh,terseliuh,mencari zuriat) di dalam blog ini,khusus untuk orang N9 atau yang ingin mencuba berurut dengannya.Kesannya saya tidak janjikan apa-apa jaminan,saya hanyalah membantu dan saya pula tidak mempunyai apa-apa jua kepentingan/kaitan dengan khidmat beliau.

Cubalah,mana tahu 'jodoh',InsyaAllah.

Papan tanda Taman Senawang Indah.
Jalan masuk ke dalam taman berada di sebelah kanan
sebelum berjumpa dengan Taman Bandar Senawang.

Nama jalan.
Jalan Orkid 6.


Tanyalah dengan orang di mana 'Kak Kas tukang urut'
pasti ditunjukkan di mana rumahnya. 


Wak,
TDI.

31 comments:

Unknown said...

Askm, saya tinggal di Seremban dan dah nak masuk sebulan bersalin. Saya nak berurut, insyaallah minggu ni saya nak cari bidan anda... Saya baru setahun di sini, jadi tak biasa area sini... Nasib baik ada navigator, harap-harap tiada masalah mencari. Terima kasih kerana merekomen.

WAK said...

Waalaikumsalam.

Tahniah di atas kelahiran anak yang baru.Moga anak yang baru dilahirkan itu menjadi anak yang soleh/solehah.

Saya mendoakan juga agar dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga.

Selamat berurut! :)

Anonymous said...

asmlkm.

harap tuan rumah boleh kongsi kan no telepon tukang urut berkenaan.

Trima kasih

WAK said...

Anony.

Sila inbox saya di : paritzain@yahoo.com

Mîss Rôry said...

as slm..

sy inbox anda utk no telefon tukang urut tu..

terima kasih..

Anonymous said...

blh tak pm sy no akak yg mengurut ni?wawaewing83@yahoo.com

dEsPeRiDiNe said...

Blh tak pm sy no bidan tu. wawaewing83@yahoo.com

dEsPeRiDiNe said...

Blh tak pm sy no bidan tu. wawaewing83@yahoo.com

maryam nabielah said...

Salam . Boleh pm no. Terima kasih. Dr.smaba@ gmail. Com

wantedst butet said...

Salam wak.
Boleh email kan saya no fon bidan tu.
wantedst@yahoo.com
Terima kasih wak

Anonymous said...

salam...boleh text nuber kak kas kt sy x...ni nuber sy 0134714562

Melissa Imran said...

Salam saudara, boleh tak email kan no kak kas tu? Tq. farrahmelissa@gmail.com

Saliza Ramly said...

Salam. Mohon emailkan no kakak tu pd saye.. nak cuba.. terima kasih ye.. sally_za213@yahoo.com

Anonymous said...

Mohon emailkan nombor talipom bidan ni leh? Mrzitto@yahoo
Com. Tq

Anonymous said...

Salam, boleh x pm no kak kas? Emel sy, akiemz@yahoo.com.tq

Adaa said...

salam, boleh pm saya nombor akak ni? tq :)

Anonymous said...

Assalam..bole bg no tepon kakak tukang urut ni..ni email sy.. kodoqx_28@yahoo.com..tq

Anonymous said...

Assalam..bole bg no tepon kakak tukang urut ni..ni email sy.. kodoqx_28@yahoo.com..tq

Anonymous said...

Salam.boleh x emailkan sy no tpon kak kas ni.ni email sy faez_ija@yahoo.com. Urgent nak guna khidmat dia.tq

Anonymous said...

Boleh inbox no bidan ni.. ni no sy 0123235629.. cikgu fariza

Anonymous said...

Tukg urut ni bleh dtg rumh ke kna jmput?bleh bg contact no nye to 0136707100..tq

Anonymous said...

As salam. Boleh x bg ctc number? Email ke zue1975@gmail.com . T.kasih

Anonymous said...

boleh emailkan no phone nya?
fndfe_adz@yahoo.com.my

Anonymous said...

Assalam ble emailkan sy num fon tkg urut.tq..tulip_blacktulip5356@yahoo.com

Anonymous said...

assalamualaikum tuan, boleh tolong fwdkan no telefon kak kas tu pada saya di 7afad7@gmail.com. syukran jazillan tuan.

Anonymous said...

saya nk no tpon kak kas.. emel sy : neesa_tempey@yahoo.com.

Anonymous said...

Salam..boleh share no telefon kak kas?? Terima kasih. cikgugja07@gmail.com

Anonymous said...

Salam, boleh email phone no kak kas kt saya? TQ
eyza_laydee1809@yahoo.com

Fara Diza said...

Pm sy ni tel tukang urut ni kak faradiza198@gmail.com

zaiton othman said...

Assalamualaikum. Minta maaf pada semua yg kami x reply commentnyer. Blog ni dah lama terabai. Jika ada yg berminat untuk no. Kak kas, bleh wassap kami di 018 2888396 @ zaitonothman.blogspot.com.

Terima kasih dan maaf sekali lagi :)

zaiton othman said...

Assalamualaikum.

Minta maaf pada semua yang kami blom reply eh.

Bleh wassap kami di 018 2888 396 untuk fast reply.

Terima kasih :)