Tuesday, January 22, 2013

:: Kunjungan Sheikh Aleey at-Tohiri ke Senawang ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Berikut dikongsikan Ceramah Maulidur Rasul di Surau Taman Seri Pagi oleh Sheikh Aleey at-Tohiri (Pengerusi 'Alamiyah Institute,London)-19 Jan 2012.

Sheikh Aleey at-Tohiri.

1.Kita akan jadi kuat bila kita berhimpun dengan niat hendak bersatu dan dengan niat yang satu.

Contohnya pada amalan solat.Seluruh manusia menghadap pada kiblat yang 1,iaitu Kaabah.

2.Kita hendaklah memeriksa niat kita sebelum berbuat sesuatu perkara.
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu bergantung pada niat-niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan sesuai apa yang diniatkannya. Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa berhijrah kepada dunia yang dikejarnya atau wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang diniatkannya.

3.Bila manusia tidak sedar akan Kebesaran Allah SWT dan kasih sayang Rasulullah SAW pada ummatnya maka kita akan suka/leka pada benda yang lain.Maka hati dan perhatian kita tertarik kepada itu dan ini.

4.Pentingnya zikrullah.

Ghaflah-lalai (dari perkataan ghafiluun) dan pengaruhnya telah menguasai dunia.

Majlis ilmu itu memberi kesedaran pada semua.Majlis ilmu akan menceritakan kalam ulama yang menceritakan kalam ulama sebelumnya yang menceritakan kalam Rasulullah SAW yang menyampaikan KALAM ALLAH SWT.

5.Apabila barat menjajah Sepanyol,mereka amat kagum dengan kewujudan taman-taman yang indah dibelakang rumah orang Islam.Taman-taman ini sebenarnya gambaran kerinduan orang Islam yang membaca ayat-ayat AL Quran yang ada mengisahkan tenatng keindahan taman-taman di syurga.Lalu taman itu dibina bagi mengubati kerinduan mereka.Lalu taman inilah juga yang ditiru oleh barat dan eropah dan dijadikan pelbagai jenis taman yang kita lihat sekarang di negara mereka.

6.Apabila pusat tumpuan kita lari maka datanglah 10 penyakit hati :

Kuat makan,banyak bercakap,cepat marah,hasad,dengki,kedekut,kasih pada harta miliknya,takjub,riak dan ujub.

7.Apabila kita jaga hati,maka hadirlah 12 perkara di dalam diri kita :

Taubat,syukur,khauf dan roja`,tauhid,tawakal,fakir dan zuhud,niat ikhlas,mahabah,redha,muraqabah dan muhasabah,tafakur dan zikrullah.

8.Solat 5 waktu adalah latihan untuk memusatkan tumpuan.

9.Sesihat-sihat mata,apabila di dalam bilik yang gelap tidak akan dapat melihat kecuali jika ada cahaya.Sebaik-baik akal,tidak akan dapat berfungsi dengan sempurna tanpa ada cahaya/Nur dari Al Quran.
Hadirin yang memenuhi surau.
Moga ALlah menurunkan Rahmat untuk semua.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat,

Wak,
TDI.

Saturday, January 19, 2013

:: Hayya Alal Falah (第一)

Bismillah hirrahman nirrahim.


Bola sepak Liga Malaysia baru sahaja bermula.Bahang kemeriahannya mula dirasai.Bermula dengan pasukan Pahang yang baru sahaja naik dari Liga Premier (Perdana) ke Liga Super lalu terus sahaja mendahului takhta liga dengan rekod tanpa kalah setakat ini.Malah musim ini turut dimeriahkan dengan Pasukan JDT yang menampilkan ramai pemain STAR dalam kesebelesan utamanya.

Itu cerita dalam negara.

Baru-baru ini Lionel Messi mencatat sejarah dalam bola sepak dunia apabila mengekalkan anugerah Ballon d`Or buat kali ke 4 berturut-turut (2009~2012).Beliau manusia pertama dalam dunia yang berjaya meraih gelaran tersebut sebegitu.Untuk rekod beliau hanya berusia 22 tahun ketika menerima anugerah itu pada kali pertama pada tahun 2009.Malah bukan itu sahaja,Messi juga telah mengatasi rekod Gerd Muller (85 gol dalam 1 tahun -1972).

Ia tentu satu pencapaian yang hebat bukan?

Biarpun pasukan Pahang mahupun Messi,tentu masing-masing ada resepi masing—masing untuk berjaya.Dan dunia bolasepak pastinya tidak akan lari dari menggunakan faktor LATIHAN sebagai salah satu resepi untuk berjaya.

Lalu,

Apakah anda hanya mahu melihat orang lain berjaya tanpa anda sendiri merasai kejayaan sepertimana yang mereka telah kecapi (dalam apa jua bidang sekalipun).

Oleh itu,

Mahupun anda seorang yang mahu berjaya mencapai impian dalam kumpulan (seperti Pahang) mahupun individu (seperti Messi),rasanya menerapkan faktor LATIHAN dalam jadual kehidupan kita,mampu membawa kita ke satu tahap pencapaian yang hebat.InsyaAllah

Ayuh kita mulakan dengan membuat LATIHAN memuhasabah diri.

Apa kata kita buat muhasabah harian,muhasabah mingguan dan muhasabah bulanan.

Apa yang harus kita muhasabahkan?

Ikuti siri kedua,InsyaAllah.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat,

Wak,
TDI.

Wednesday, January 16, 2013

:: Nasi Arab Dapur Kayu ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Tergerak hati pada minggu lepas (entri ini mula ditulis pada 5 Jan) untuk mencari resepi nasi arab.Setelah mencari dan membaca beberapa resepi di dalam internet,akhirnya dengan izin Allah saya berjumpa dan berkenan dengan satu resepi yang agak lengkap.

Jumaat malam,sedang saya dan isteri menyiapkan barang untuk memasak nasi arab,kakak ipar saya menelefon isteri saya.Katanya mereka sekeluarga hendak datang bertamu ke rumah kami pada esok harinya.Alhamdulillah,mungkin rezeki mereka dapat merasa nasi arab (walaupun dalam percubaan).

Hari Sabtu,seawal pagi lagi saya telah memulakan operasi.Dengan budget basmathi 2 kg dan ayam 2 ekor,dengan lafaz Bismillah saya pun memulakan proses memasak.

Nasi Arab Dapur Kayu.

Alhamdulillah,sedang elok nasi di periuk kering,tetamu dari Johor pun sampai.Bersama mereka juga adalah saudara mereka dari Felda Kahang,Kluang.Mereka sebanarnya dalam perjalanan untuk menziarahi ahli keluarga mereka yang sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar,Seremban.

Selepas tetamu selesai menunaikan solat zohor,kami semua pun menjamu selera dengan hasil percubaan nasi arab.Alhamdulillah,menu hari itu dapat dihidangkan kepada tetamu yang datang dari jauh.Moga ada berkat yang masuk ke dalam teratak buruk kami dengan kedatangan mereka semua.

Terima kasih juga pada penulis resepi nasi arab (saya lupa sumbernya-saya sertakan resepinya seperti di bawah.).Hasil kerja menaip dengan hujung jari anda itu memberikan menfaat kepada kami semua di luar ini.

Klik imej untuk paparan besar.


Kata Sheikh Nuruddin (@Masjid Klana Petra Sendeng-5 Jan 2013),Nabi SAW pernah berpesan agar berhati-hati dengan hujung jari kerana ia boleh membinasakan (lebih kurang maksud hadith).Sheikh Nuruddin menerangkan hujung jari boleh membinasakan contohnya seperti bila hujung-hujung jari itu digunakan untuk menaip sesuatu yang tidak benar maka ada manusia lain yang akan mendapat kesan buruk dari hasil tulisan itu.Sudahlah yang menulis itu menulis sesuatu yang tidak elok,tulisan itu pula kekal di medianya sehingga bila-bila.

Oleh itu berhati-hatilah ketika menggunakan hujung jari ketika menulis.

Jom berusaha untuk menulis yang bermenfaat.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat,

Wak,
TDI.

Thursday, January 3, 2013

:: Moga menjadi anak yang musleh ::

Bismillah hirrahman nirrahim.


Alhamdulillah,semalam (2 Jan 2012) anak kedua saya,Abdul Hadi selamat mendaftar darjah 1 Ibnu Khaldun di SRIAS.

Berikut laporan bergambarnya.

Sessi perhimpunan pertama 2013.
Abdul Hadi bersama kawan kawan barunya.

Senarai nama 1 Ibnu Khaldun.
Seramai 36 murid yang berada di dalam kelas.
23 lelaki dan 13 perempuan.
Cikgu Kelas adalah Mlmh Norazlin.

Setiap murid dibekalkan dengan
tag nama sementara sepanjang
minggu orientasi.

Ice breaking di dalam kelas.

Abdul Hadi in action.
Excited dengan pencil box Ben10nya.

Sessi penerangan bersama penjaga pelajar baru 2013.

Mualim Syafruddin membuka majlis.

Mudirah Nurhayati memberi penerangan
kepada ibubapa.

Moga menjadi anak yang soleh dan musleh.

Moga perkongsian dapat memberikan menfaat.

Wak,
TDI.