Bismillah hirrahman nirrahim.
Alhamdulillah,hari ini sudah genap 16 hari Ainul Huda lahir ke dunia.Dengan berat ketika lahir 2.75kg saya dapat mengagak beratnya kini mungkin melebihi 3kg berkat murahnya rezeki yang Allah beri kepadanya melalui susu ibu.
Tali pusatnya juga sudah tanggal beberapa hari yang lepas.Antara petua yang kami gunakan agar tali pusat cepat kering dan cepat tanggal adalah menyapukan tepung ubi sekitar tali pusat bayi.Apabila tali pusat sudah tanggal,umminya sudah boleh memakan lauk pauk yang 'gatal' seperti udang,sotong dan ayam.Proses memandikan bayi juga menjadi semakin mudah,kerana jika masih ada tali pusat,perlu berhati-hati ketika memandikan bayi.
Mengambil kesempatan ini,saya ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua individu yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sehinggalah isteri dan anak saya yang baru lahir selamat dalam segala urusan.Jasa,budi,ucapan,doa kalian semua memang saya tidak mampu membalasnya.Apa yang mampu saya lakukan hanya mendoakan kalian semua sentiasa berada dalam iman,sentiasa dapat menjaga solat lima waktu,dimurahkan rezeki dan dapat masuk syurga dengan izinNya.
Pihak Hospital.
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak hospital Tuanku Jaafar terutamanya pihak yang menyambut panggilan telefon saya.Ketika saya dalam kecemasan dan penuh debaran,suara yang saya tidak kenali itu menjawab panggilan telefon saya dengan penuh berhemah dan berjaya meredakan perasaan saya.
Tidak lupa juga kepada team ambulans (pemandu,pembantu,MO dan bidan) yang cekap menjalankan tugas.Kepada mereka,khas doa dari saya,moga kerja yang diamanahkan menjadi sedekah dan kemudiannya menjadi amal jariah yang pahalanya mengalir sehingga bila-bila.
Tidak lupa juga pada doktor,jururawat (labour room dan wad 1a) yang sentiasa bertungkus lumus memastikan isteri dan anak saya dalam keadaan sihat.Kepada mereka,moga mereka mendapat kejayaan yang lebih dalam kerier mereka masing-masing.
Jiran tersayang.
Kepada Cikgu Azmi,Puan Rehan seisi keluarga dan bibik.Tidak ada kata yang mampu saya ungkapkan.Merekalah yang bersusah payah membantu saya dari menyambut bayi,mengemas kesan darah di atas lantai tempat bersalin,mengunci rumah,menjaga,memandikan dan memberi makan anak saya seharian seramai 4 orang dan banyak lagi sebenarnya jika ingin disenaraikan.Namun yang pastinya saya tidak mampu membalas jasa dan budi mereka semua.
Kepada kakak dan adik tercinta.
Walaupun mereka sebenarnya sedang sarat mengandung,mereka sekeluarga meluangkan masa bukan sekadar melawat isteri saya dan bayi yang baru lahir,bahkan membantu saya menguruskan anak-anak dan isteri yang sedang berpantang.
Aduhai...apalah yang boleh diharap sangat dari saya,seorang bapa yang pandai mengarah sahaja.
Kepada yang lain.
Kepada ipar-duai,sepupu-sepapat,kawan-kawan sekerja & ex-sekerja,se-1sekolah,seJepun,sahabat seusrah,jiran tetangga,ahli jemaah surau Irsyadiah dan yang lain-lain,ucapan dari saya-"Terima kasih di atas segala ucapan tahniah dan doa.Moga-moga Allah memberkati hidup kita semua,menganugerahkan kekuatan untuk terus beramal di atas muka bumi ini dan akhirnya kita mati dalam khusnul khatimah (pengakhiran yang baik) InsyaAllah."
Ya Allah,aku memohon kepadaMu.....
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment