Wednesday, September 25, 2013

WW


Wak,
TDI.

Wednesday, September 11, 2013

Erti hidup pada memberi (Siri 3)

Bismillah hirrahman nirrahim.

Luar Biasa-Kaya Amal.

Saya suka dengar pengisian dari Ustaz Pahrol Md Juoi di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).Antara yang terkesan di dalam hati adalah,Ustaz menerangkan begini, “Dunia diciptakan untuk manusia dan manusia diciptakan untuk akhirat.”

Lalu seperti yang saya dididik dari kecil lagi,sebagai seorang Islam kita kena membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah SWT seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Seperkara lagi,dalam kehidupan seharian,kita tidak boleh lari dari bercampur gaul dengan masyarakat sekeliling.Oleh itu,selain tuntutan agar beramal untuk diri sendiri,kita juga ada tanggungjawab untuk mengajak orang agar turut membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Inilah yang saya rasa bab yang agak berat bila menyentuh mengajak orang lain membuat perkara yang dituntut untuk dibuat dan meninggalkan perkara yang dituntut untuk ditinggalkan.Ia sebuah tembok besar yang penuh dengan cabaran.

Impian itu memotivasikan diri.

Apa yang saya sedari,apabila saya mempunyai MENTOR,banyak ilmu yang saya pelajari.Samada ilmu berkaitan kehidupan dunia mahupun berkaitan dengan akhirat.

Antara tugas awal yang perlu saya lakukan dalam usaha melangkah dan meraih keKAYAan dan menuju hidup LUARBIASA adalah melaksanakan beberapa amalan seperti yang tercatat dalam MASTER CHECK LIST yang disediakan oleh MENTOR saya.

Antara amalan yang saya perlu istiqomah melakukannya adalah solat sunat dhuha setiap hari.Sambil itu,MENTOR saya pun menerangkan apakah fadhilat solat sunat dhuha.Antaranya akan melebarkan pintu rezeki kita.

Berdoalah dalam solat dhuha.

Mentor saya juga berkongsikan yang beliau pernah berjumpa dengan SUPER MILLIONAIRE,seorang melayu yang sangat suka membantu.Antara rahsia kejayaan SUPER MILLIONAIRE itu adalah istiqomah dalam melakukan solat sunat dhuha.

Di samping itu,MENTOR saya juga menekankan kepentingan berdoa.Berdoa agar kita bersih hati.Berdoa agar kita mendapat kekuatan untuk beramal.Berdoa agar apa sahaja yang kita buat mendapat keredhaanya.Berdoa agar BISNES yang kita buat dipermudahkan segala urusan.

Antara lain juga MENTOR saya melalui MASTER CHECK LIST itu,menekankan agar setiap dari kami dikehendaki menyenaraikan 30 perkara baik yang ingin kita perolehi.Lalu perkara yang kita senaraikan itu disebut 1 hari 1 perkara sebelum tidur.Bila cukup 1 bulan 30 perkara baik itu pun kita telah sebut kesemuanya selama 30 malam.Ia adalah sebagai MOTIVASI kepada diri dan sebenarnya MOTIVASI itu memberi kesan kepada MINDA BAWAH SEDAR kita.

Bukan itu sahaja,

Mentor saya juga mengajar agar kita mendoakan orang lain juga.Mendoakan agar orang lain berjaya dalam hidup.Mendoakan agar orang lain mendapat menafaat dari BISNES yang kita buat.Mendoakan orang lain mendapat kesihatan yang sebaiknya.

Pendek kata,selain dari beramal untuk diri sendiri,kita juga beramal agar orang lain mendapat menfaat dari amalan kita itu.Bukankah itu suatu yang LUARBIASA.

Akhir sekali,MENTOR saya selalu berpesan.Apa pun perkara yang kita buat,selalulah membuat pergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.Dengan erti kata lain mengharap sepenuhnya bantuan Allah SWT.Mengharap sepenuhnya agar keputusan yang kita perolehi mendapat keredhaan Allah SWT.Meletakkan sepenuh kepercayan bahawa,KAYA itu datangnya dari Allah SWT.Terbukanya pintu BISNES juga datang dari Allah SWT.Berkongsikan ilmu dengan orang lain itu juga kerana Allah SWT.

Lalu insyaAllah,akhirat yang kita kejar dan tuju,dunia akan mengikut kita dari belakang.KAYA AMAL yang kita praktikkan menjadi MAGNET dengan KAYA HARTA yang mendatang.

Bukankah secara tidak langsung kita juga sebenarnya sudah memecahkan tembok besar dalam usaha mendidik diri dan orang lain agar membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.Kata kuncinya AMAL dan DOA.

LUAR BIASA kan?
Dan untuk anda teman-teman semua,saya kongsikan e-Book PERCUMA agar semua mendapat menafaat dan faedah yang LUAR BIASA,InsyaALlah.

Bacalah : www.ebookniaga.com/sorryboss/zaitonothman

Jumpa lagi pada episod seterusnya...

Sorry Boss! Saya Terpaksa Berhenti Kerja!

Erti hidup pada memberi.

Wak,
TDI.

Tuesday, September 10, 2013

Erti hidup pada memberi (Siri 2)

Bismillah hirrahman nirrahim.

Saya rasa semua orang sukakan perubahan yang positif.Lagi-lagi perubahan dari segi taraf pendidikan,taraf hidup termasuklah taraf ekonomi.Malah ada juga golongan yang mahu menjadi LUARBIASA.Di dalam bahasa Inggeris ia diistilahkan sebagai EXTRA ORDINARY.

 
Ordinary vs EXTRA ORDINARY.

Saya salah seorang darinya.

Jom saya kongsikan dengan anda bagaimana mahu mengubah perspektif hidup.

Luar Biasa-Kaya Harta.

Saya adalah orang yang biasa-biasa.Alhamdulillah,sudah 10 tahun berkhawin dan mempunyai 5 orang anak.

Seperti rakyat Malaysia biasa-biasa yang lain,saya membeli rumah dan kereta-2 keperluan asas yang utama dalam kehidupan secara bayaran ansuran dengan bank-dengan kata lain BERHUTANG.Untuk melangsaikan bayaran hutang kereta,saya memerlukan 9 tahun (108 bulan) komitmen.Untuk melangsaikan bayaran rumah,saya memerlukan 30 tahun (360 bulan) komitmen.Seriknya membayar jangan dikata.

Lalu saya berfikir begini.

Kalaulah aku jadi kaya,dengan runtunan jiwa dan nafsu,kebarangkalian untuk menukar kereta lama dengan kereta yang lebih baru adalah tinggi.BERHUTANG lagi.

Itu belum kehendak-kehendak kecil yang lain (walaupun besar sebenarnya).

Dalam fikiran saya lagi,walaupun kaya tetapi masih berhutang,di mana kebenaran yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak bila kita kaya-kita bebas dari HUTANG.

Itu baru 1 faktor.Dan banyak lagi faktor yang saya fikirkan mengapa saya lebih selesa dengan keadaan sekarang tanpa mahu menjadi seorang yang KAYA seterusnya KAYA RAYA dan seterusnya JUTAWAN.

Dek kerana dilema ini sering menghantui,saya kongsikan dengan teman-teman yang lain.Soalan saya mudah kepada mereka,”Apa yang mereka citakan kalau mereka KAYA.”

Antara jawapan yang popular adalah,melangsaikan HUTANG keliling pinggang yang ada sekarang.Malah ada yang memberitahu saya HUTANG mereka yang ada sekarang ini pun bayaran bulanannya melebihi 60~70% dari jumlah gaji bersih mereka.

Dan pelbagai macam jawapan lagi,sekitar impian apabila menjadi KAYA.

Lalu saya tanyakan lebih lanjut lagi mengenai langkah mereka untuk menjadi KAYA RAYA sehinggakan bukan sahaja boleh melangsaikan HUTANG,malah menrealisasikan impian-impian yang lain.

Rata-rata menyatakan,tidak banyak yang boleh mereka lakukan.Lebih-lebih lagi dengan kekangan masa.Bayangkan sahaja waktu bekerja dari jam 8 pagi hingga 6 petang.Kerja lebih masa pula seperti rutin utama demi menampung keperluan hidup.Sabtu juga perlu datang ke tempat kerja.Selebih masa yang ada dipenuhi dengan melangsaikan urusan keluarga dan peribadi.Waktu rehat hanya sekadar ruang masa yang agak terhad.Akhirnya impian KAYA ditelan oleh kesibukan dan keletihan.

Ada juga yang ingin berniaga.Namun niat tersekat dirongga tekak dek kerana tidak tahu apa yang nak diniagakan,modal tiada dan stigma takut menanggung rugi.

Dari respon di atas,nampaknya orang lain juga mempunyai kehendak untuk KAYA tetapi kekangan membuatkan mereka `puashati` berada di tahap yang sekarang.Ia berterusan walaupun terkadang niat untuk KAYA itu sudah di tanam sejak 10 tahun dahulu.

Sedikit sebanyak saya terpengaruh dengan respon dan realiti semasa.Lalu delima terus menjadi delima.

Macam mana nak KAYA?
Untuk apa kita jadi KAYA?

Sehinggalah suatu hari saya membaca satu tulisan yang berbunyi begini,

“Islam tidak pernah melarang penganutnya untuk menjadi KAYA.
Tetapi kita diajar agar beriman dan meyakini bahawa harta KEKAYAAN itu tidak boleh dibawa mati.

Lalu untuk apa kita KAYA.Penat-penat kita usaha untuk menjadi KAYA,bila MATI,harta ditinggalkan di dunia.

Bukankah Islam juga mengajar,harta KEKAYAAN bila kita sedekahkan,pahalanya akan mengalir terus ke dalam akaun kita walaupun kita telah meninggal dunia.Lagi banyak KEKAYAAN itu disedekahkan lagi banyak pahala yang berterusan mengalir ke dalam buku akaun kita.”

Oh..Saya seperti tersedar dari khayalan.Membaca ayat di atas seperti memberi renjatan elektrik ke dalam diri saya.

Ya sekarang saya sudah tahu untuk apa kita KAYA.

Lalu apa yang perlu saya lakukan.

Tak susah,mentor saya yang baik hati telah memberi panduan yang cukup baik.Lalu saya kongsikan kepada anda.Dan ia PERCUMA.

Tips PERCUMA untuk jadi KAYA di : www.ebookniaga.com/sorryboss/zaitonothman

E-Book PERCUMA untuk anda.

Erti hidup pada memberi.

Nantikan Luar Biasa-Kaya Amal untuk entri seterusnya,InsyaAllah.

Wak,
TDI.

Monday, September 9, 2013

Erti hidup pada memberi (Siri 1)

Bismillah hirrahman nirrahim.

Faktor kerisauan adalah salah 1 perkara yang terkadang menghantui pemikiran kita.

Risau.
Kekadang ia tidak berasas.

Ada seorang sahabat tiba-tiba menghantar mesej kepada saya.Dia berkongsikan dengan saya niat beliau untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya.Sekarang beliau berkerjaya begitu juga dengan suaminya.Kedua-dua mereka berkhidmat dalam bidang yang cukup mulia,iaitu bidang pendidikan.

Katanya oleh kerana kekangan tertentu,beliau terpaksa meletak sasaran 10 tahun lagi untuk menjadi surirumah tangga sepenuhnya.Namun pada masa yang sama,beliau meminta sedikit perkongsian dari saya untuk dijadikan inspirasi baginya.

Saya cuba membantu begini.

Apa kata kita melihat situasi yang lain dari sudut yang sama.

Banyak kali saya berkesempatan untuk berkampung-mesyuarat sebelum majlis perkhawinan dilangsungkan.Biasanya yang hadir dalam mesyuarat ini adalah ketua taman/pengerusi KRT,tukang masak,jiran-jiran dan termasuklah tuan rumah yang bakal melangsungkan majlis.

Walaupun kehadiran ahli pada mesyuarat adalah terdiri dari orang-orang yang cukup berpengalaman,salah satu yang MENGHANTUI tuan rumah adalah faktor `cukup ke tidak makanan yang akan dihidangkan kepada tetamu jemputan.` Bagi tuan rumah,apabila ada tetamu jemputan yang datang ke majlis tetapi makanan tidak mencukupi,ia adalah sesuatu yang memalukan.Seboleh mungkin TRAGEDI ini dihindari demi menjaga imej tuan rumah.

Dan secara realitinya,dalam kebanyakkan majlis Kenduri Kahwin,hanya beberapa kes terpencil sahaja timbul isu makanan tidak mencukupi.Itu pun di atas sebab yang terang,biasanya disebabkan oleh kad jemputan yang diedarkan last minute tanpa dilaraskan semula bajet makanannya.

Ok,kita lihat 1 lagi situasi.

Kesihatan adalah 1 nikmat yang cukup besar.Kalau nak dikira asbab doa menjadi faktor kita mendapat kesihatan,mungkin bukan setiap kali kita berdoa kita akan pohonkan agar Allah memberi kesihatan kepada kita.Tapi kita terus juga mendapat nikmat kesihatan itu.Pasti ada faktor lain.

Kalau dikira asbab usaha kita menjaga makanan maka kita mendapat kesihatan yang berpanjangan,mungkin bukan setiap masa kita jaga faktor pemakanan kita.Masyarakat Malaysia terkenal dengan gaya hidup pemakanan yang kurang terkawal.Namun kita masih lagi sihat dan sihat dan sihat.Pasti ada faktor lain.

Apakah faktor itu?

Dari satu situasi yang lain pula,bila kita tidak sihat,biasanya kita akan berikhtiar untuk mencari ubat dan penawar agar kita cepat sembuh.

Bukankah itu fitrah kejadian kita.

Kita kembali kepada tajuk asal perbincangan.
Ramai di antara kita yang menginginkan sesuatu yang LUAR DARI BIASA-LUARBIASA.

Saya suka kongsikan begini,untuk menjadi luarbiasa kita kena berfikir dan bertindak secara luarbiasa juga.

Kepada sahabat saya itu,saya menyokong penuh niat mulianya itu untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.Dari pandangan peribadi saya lagi cepat lagi bagus.Cumanya kenalah membuat sesuatu yang luarbiasa agar ianya menjadi realiti yang luarbiasa juga.

Untuk sahabat saya itu dan teman-teman di luar sana,mulakan dengan membaca e-book ini.InsyaAllah,ia umpama sejenis ubat untuk penyakit risau dan takut.Harus diingat,ubat yang sama tidak semestinya menjadi penawar bagi penyakit yang sama.Sesungguhnya penyakit itu datang dari Allah, swt dan penawarnya juga datang dari Allah swt.

Bacalah : www.ebookniaga.com/sorryboss/zaitonothman

Buah tangan dari saya.
Sebuah e-book PERCUMA!

Perkara-perkara di atas saya tak akan dapat sekiranya saya tidak belajar.Dan kita akan lebih cepat belajar kalau kita ada MENTOR.Dan penulis e-book itulah mentor saya.

Akhir sekali saya ungkapkan begini,

"Anda akan lebih tenang membuat sesuatu perkara sekiranya perkara yang anda lakukan itu lebih mendekatkan hati kepada Pencipta kita-Allah swt-Ia suatu nikmat yang luarbiasa."

Jumpa lagi pada episod seterusnya...

Sorry Boss! Saya Terpaksa Berhenti Kerja!

Erti hidup pada memberi.

Wak,
TDI.

Thursday, September 5, 2013

Oh Ibu!

Bismillah hirrahman nirrahim.

Segala puji bagi Allah swt yg mengidupkan saya dalam Iman dan Islam.

Allah,lamanya tidak mengupdate blog.
Alhamdulillah,hari ini Allah memberi saya kesempatan dan kekuatan.

Oh Ibu!

Entah mengapa enam-tujuh menjak ini saya terlalu rindu dengan  arwah emak saya,Allahyarhamah Hjh Misemah binti Hj Sakir (Al Fatihah buat beliau.).Mungkin sahaja baru lepas Aidil Fitri,saya bersangka begitu.

Kadangkala saya cukup cemburu bila ada kawan-kawan yang sebaya dengan saya mengupdate status Fbnya dengan kata-kata begini,"Alhamdulillah baru sampai kat kg.Sedapnya mak masak lauk kg hr ni." Bagi sesetengah orang,ia mungkin hanya satu update biasa,tapi tidak bagi saya.

Arwah nenek saya meninggal 2,3 tahun lepas.Ketika itu umur abah sudah pun menjangkau 65 tahun.Bayangkan sahajalah betapa cemburunya saya melihat situasi itu.Abah yang sudah pun menjangkau umur 65 tahun,tapi masih ada emak di sisi.Tidak seperti saya,umur 24 tahun,arwah emak pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Ya,emak adalah orang yang melahirkan kita.Kasih sayangnya tidak berbelah bagi terhadap anak-anak.Bayangkan betapa berertinya emak pada kita semua kalau anda sekarang pun masih mengharap pada emak.Sakit sikit telefon emak di kampung.Pergi Bandung teringatkan emak di kampung,lalu kita belikan ole-ole.Sampai sakit terpijak kaca pun menjerit,"Aduh mak sakitnya."

Sesungguhnya kebersandaran kita kepada susuk tubuh bernama emak adalah amat kuat tautannya.

Tiba-tiba sahaja,Allah gerakkan hati saya untuk menulis ini.

Emak yang melahirkan kita,yang melimpahkan kasih sayang kepada kita.Dikala kita susah hati emaklah penenang jiwa.Di masa kita kebuntuan emaklah yang menjadi penyumbang idea.Di masa kita meluahkan masalah,emaklah pendengar setia.Sebab itulah erti kewujudan emak bagi kita dan saya adalah amat besar maknanya.

Tapi terkadang kita terlepas pandang kepada 1 perkara.

Allah yang menciptakan kita.Allah melimpahkan Rahmat dan Kasih Sayang kepada kita hambaNya.Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati dan lubuk sanubari kita.Allah Maha Mendengar.Allah Maha Pemberi.

Bahawa sesungguhnya jikalau kebersandaran kita kepada susuk tubuh bernama emak adalah amat kuat tautannya maka jika kita mengetahui hakikat sebenarnya,keperluan kebersandaran/pengharapan kita kepada Allah SWT sebenarnya perlu lebih lagi tinggi berbanding segalanya.

Ya Allah ampunilah aku.Bantulah aku dalam hidup ku di dunia menuju ke alam akhirat milikMu.

Wak,
TDI.