Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan
dari pelbagai jenis bangsa (sekadar gambar hiasan).
Jom Jom…..
Jalan jalan cari makan 1.
Takoyaki....amat menggoda nafsu ketika ini
(gambar hiasan)
Ketika menjadi student di Jepun dahulu,antara makanan Jepun yang pertama kali saya nikmati adalah TAKOYAKI.Itupun setelah di perkenalkan oleh salah seorang senpai saya di sana.Takoyaki kalau di terjemah bermaksud sotong yang di bakar.Tapi tidak begitu fizikalnya.Ia mirip kaya ball kalau di Malaysia.Acuan di isi dengan tepung yang di bancuh dengan bahan bahan tertentu.Sebelum di masak dengan acuan berkenaan,sehiris sotong ‘taki’akan di maksudkan ke dalam tepung tadi.Setelah di masak jadilah ia TAKOYAKI.Finishing masakan tadi amat menarik.Isi ikan yang di ketam menjadi penghias seolah olah habuk kayu yang telah di ketam.Yang menariknya lagi,isi ikan yang di ketam nipis itu bergerak gerak bila di tiup angin seolah olah ia hidup lagi.Kreatif kan?
Apa jadi masa tu.
Acuan takoyaki.
(gambar hiasan)
Hari yang bersejarah menjamah TAKOYAKI saya kenang hingga ke hari ini.Senpai yang baik hati pada hari itu sudi membayar harga TAKOYAKI berkenaan sekitar 650 yen.Seperti orang mengantuk di sorongkan bantal,saya yang agak kelaparan ketika itu,terus sahaja memasukkan sebutir TAKOYAKI ke dalam mulut.Tuhan sahaja yang tahu ‘nikmat’sebenar ketika itu.Saya rasa melecur lidah saya hari itu dek haba yang `meletus` dari dalam TAKOYAKI tersebut.Nampak macam dah sejuk,rupanya panas yang amat di dalam.Senpai berkenaan menahan gelak.Rupanya dia dulu pun menerima padah yang sama ketika senpainya berbaik hati membelanjanya TAKOYAKI.Oooooo…turun menurun le ni eh? (agak hati saya….)
Tapi saya tak salahkan senpai saya.Memang salah saya tak bertanya cara makan TAKOYAKI yang sebenar.Nampak sedap terus sahaja ‘pulun’.Lepas dari itu,saya terus menjadi penggemar TAKOYAKI di sebabkan rasanya yang memang sedap.Sedap dan memang sedap.
Isi takoyaki...Ermmm...
(ada juga takoyaki yang berisi mayonis/kobis dll)
Tapi sedapnya rasa TAKOYAKI tidak lah sampai ingin `mengenakan` kohai saya pula.Biarlah kenikmatan rasa TAKOYAKI itu di rasai dengan cara yang betul.
Jalan jalan cari makan 2.
Contoh kedai 'Kaiten Sushi'
(gambar hiasan)
Masuk sahaja scholar pertama ketika waktu study di Jepun dahulu,senpai sekali lagi mengajar dan membawa saya untuk menikmati salah satu makanan istimewa masyarakat Jepun.Tidak lain dan tidak bukan adalah sushi.Kebetulan tidak jauh dari asrama kami ada sebuah restoran ‘kaiten sushi’ yang beroperasi.Jadi di situlah tempat kami menjamu selera.Sepinggan berisi dua ketul sushi berharga 100 yen.Memang itu pun yang saya pilih.Ada banyak lagi jenis jenis sushi yang berbeza harganya.Tapi nak ‘pulun’makan kenalah ambil yang berharga ‘budget’.Ehehehhe…Sekali makan abis 15 pinggan.Baru 1500 yen.Green tea minumlah sampai puas dan ianya tidak di kenakan sebarang bayaran.
Sushi mempunyai nilai berbeza dan mudah
di bezakan harganya dengan melihat warna pinggan.
Kerana penangan pertama sushi itulah,masuk sahaja scholar (3 bulan sekali) maka tanpa melengahkan masa,destinasi yang paling awal yang di tuju selain dari mesin ATM adalah kedai `kaiten sushi`.
Namun kini hanyalah tinggal kenangan…
(minta maaf ye isteriku dan anak anakku sekelian sekiranya terliur membaca entri kali ini.Bapak belum jumpa restoran makanan Jepun yang sedap…ehehehehe..boleh kan guna alasan tu? )
Jalan jalan cari makan 3.
Sewaktu kecil dahulu saya memang kerap mengikut arwah emak pergi ke rumah atok (bagi sesetengah orang jawa `atok` adalah panggilan untuk kedua dua nenek dan datuk).
Apabila ke rumah arwah atok Hj Sakir,ayat yang pertama keluar dari mulut arwah adalah,
"Yah (panggilan datuk kepada nenek saya Hajah Masiah) endi milo ne? Iki putu ne kan wes teko" (Yah,mana tin milonya.Ni cucunya dah sampai).
Sampai sekarang saya tidak pernah lupa dengan ayat itu.Dan saya masih lagi tidak lupa tabiat saya suka meratah milo di rumah nenek.Eheheh..memang sedap...sampai gebres(comot) mulut.Dan tabiat itu masih tidak dapat saya buang hingga ke hari ini.Nampak sahaja tin milo,saya akan meratahnya walaupun sedikit.(syttt…isteri saya tak tau lagi yang saya kuat meratah stok milo di rumah tu…ehehhe..)
Apa nak buat,itulah yang di 'ajar' oleh arwah atok.Secangkir cawan buatan cina zaman dahulu,sudu besi yang berwarna hijau (rasanya hampir sukar untuk menemui perkakas pinggan mangkuk seperti itu di kala ini) dan isinya adalah milo untuk di ratah.Pasti menu yang tidak akan ‘miss soru’ sekiranya saya melawat ke rumah atok.Tetapi hakikat yang perlu di terima oleh kanak kanak generasi sekarang,milo zaman sekarang rasanya tidak dapat menandingi 'kick' MILO zaman saya kanak kanak 20 tahun dahulu.
Jalan jalan cari makan 4.
Baru baru ini saya kuat me’redah’dari 1 kedai pancing ke kedai pancing yang lain.Saya bukanlah kaki pancing yang tegar.Kebetulan saya ada memelihara beberapa ekor ayam kampung di belakang rumah saya ketika ini.Dan ayam kampung kalau di biarkan bebas,memang tak cukup tanah d buatnya.Habis rumah rumah jiran menjadi tandas awam baginya.Jadi niat saya merayap ke kedai kedai pancing adalah mencari jaring pukat untuk di buat penghalang dari ayam ayam itu ‘sesat’ ke rumah jiran.Namun di dalam kebanyakkan kedai pancing,ada 1 sudut yang agak menarik perhatian saya.Di sudut tersebut ada tergantung umpan ikan.Di label umpan ikan tersebut pula ada pelbagai perasa bagi umpan tertentu.Ada rasa vanilla,pandan,coklat dan macam macam lagi.Setahu saya,kalau dahulu ikan hanya makan umpan cacing tanah.Kalau canggih sedikit,ikan di umpan dengan umpun umpun dan pelbagai macam lagi kekreatifan kaki kaki pancing.Tapi sekiranya umpan berperisa ini,baru kali pertama saya temui.Pelik jugak bunyinya…
Namun saya biarkan lamunan itu..
Pagi tadi saya duduk makan pagi bersama sama otai otai kaki pancing tempat saya bekerja.Sibuk mereka menceritakan aktiviti memancing mereka hujung minggu yang lepas.Ada yang begitu,ada yang begini,saya yang sibuk makan tergelak juga bila mendengar celoteh mereka.Tapi yang membuatkan lamunan saya terhenti bila mereka menyebut umpan mereka menggunakan perisa tertentu."Ha…ini macam jawapan yang di cari cari ni",detik hati saya.
Barulah saya tahu,mengapa umpan ikan sekarang memang ada yang mempunyai perisa.Kata salah seorang otai tersebut,"dah kita ajar makan umpan ada perisa,ikan pun pandai le demand".Ooo…macam tu rupanya.Betul juga kan...Kalau kita ajar makan umpan cacing,cacinglah yang menjadi pilihan.Begitu juga umpun umpun,dedak,roti dan pelbagai lagi jenis umpan yang lain.Dan kalau kita bagi makan umpan berperisa,letaklah perisa apa pun..kalau sedap di mulut ikan…sangkutlah mata kail kita.Alhamdulillah ada rezeki kita hari ini.
Begitulah resmi ikan…
Jalan jalan cari makan 5.
Anak saya yang sulung,Abdul Aziz adalah pengalaman pertama kami suami isteri mendidik anak secara langsung.Mungkin bagi isteri saya,ia bukan merupakan satu pengalaman baru kerana anak saudaranya sahaja mencapai 60 orang (wah...ramainya...).Namun saya secara peribadi yang kurang pengalaman mendidik anak,secara bahasa kasarnya,anak sulung ini banyak di didik melalui langkah ‘try & error”.Seolah olah bahan ujikaji kami suami isteri.Salah satu ujikaji kami adalah memberi minum R@B$na kepada anak saya.Hasilnya ‘pintu pagar’yang menjadi alat penapis air liur dari memercik keluar dari mulut ketika bercakap telah habis rongak.Wallahua`lam.Tapi yang pasti,bila saya menukar dari minuman tersebut ke susu sebatian,keadaan giginya tidak semakin teruk.
Sekarang anak saya amat gemar minum milo.Sampaikan anak saya yang ketiga,walaupun belum petah bercakap sudah pandai menyebut `LO` bila menagih simpati umminya untuk meminum milo.
Ajar anak kita minum air berperisa anggur,maka itulah yang akan di minum dan di tagihnya.Ajar anak kita minum milo,maka itulah juga yang akan di minum dan di tagihnya bila kehausan kelak.
Cukuplah 5 destinasi jalan jalan cari makan…ehehehh…
Kesimpulannya...Apa yang di ajar,itulah yang kita makan.
Jalan jalan cari makan yang belum menemui destinasi.
Seingat saya,bila Ustaz Nuruddin Al Banjari datang memberi kuliah di mana manapun surau di Negeri Sembilan,pasti sebelum kuliah bermula akan ada alunan qasidah atau apa sahaja selawat memuji junjungan Nabi SAW yang sangat merdu bunyinya.
Saya secara peribadi,tercolet juga di dalam hati kehebatan selawat dan qasidah yang kebanyakkannya pertama kali saya dengar.Walaupun tidak saya fahami maksud selawat dan qasidah yang pelbagai jenis itu,dalam diam saya simpan hasrat untuk mencari rakaman selawat atau qasidah yang berkaitan untuk di jadikan koleksi dan halwa telinga.
Punyalah lama mencari,rupanya minggu maulid yang di sambut baru baru ini menjadi asbab saya dapat memiliki CD rakaman qasidah dari beberapa sumber.Alhamdulillah,malam kelmarin saya dapat memiliki CD yang memang saya cari cari.CD itu merupakan qasidah yang pernah di bacakan oleh Ustaz Khusairi sebelum ini.Walaupun CD itu bukanlah dari suara Ustaz Khusairi sendiri,namun bagi saya,siapapun yang mengalun yang penting isi penghayatannya.Tambahan pula CD yang saya miliki kelmarin di lengkapi dengan lirik dan terjemahannya.Alhamdulillah.
Percaya atau tidak,tidak sampai 3 round saya pasang di rumah,anak saya yang sulung sudah boleh mengikut liriknya yang saya kira amat menarik kalau di renung renung.Yang bertambah berbunga hati saya,pagi tadi sebelum saya pergi ke tempat kerja,saya dengar suara isteri saya ‘miming’salah 1 qasidah yang ada dalam CD berkenaan.Mungkin lepas ini,isteri saya dapat mengalunkan qasidah tanpa miming harapnya.Di doakan dalam hati :)
Jadinya....
Bagi makan `Raja Lawak` maka lawaklah yang menjadi peberet (favorite).Bagi makan `AF` maka afundilah yang menjadi peberet.Bagi makan qasidah,maka qasidah lah yang menjadi peberet.
Bak kata Ustaz Hj Hambali,kalau sekiranya lori pasir eksiden,maka pasir lah yang termuntah dari dalam lori.Dan sekiranya lori ayam eksiden,ayam lah yang bertempiaran lari dari dalam lori.Dan begitulah hidup kita……
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?. Sahih Muslim
....tunggukan posting untuk Maulid Nabi versi 2010.Sama sama berdoa untuk saya.
1 comment:
emmm.....menarik tertarik more info
Post a Comment