Thursday, March 11, 2010

:: hOmeLEss ::

Homeless atau golongan yang tidak berumah kerap boleh kita jumpai di bandar bandar besar.Di Malaysia saya belum pernah jumpa atau dengar ada kawasan yang menjadi pilihan golongan homeless ini untuk menetap.Mungkin juga wujud,tapi kewujudan mereka tidak mendapat liputan.Wallahua`alam.
homeless @ sidewalk

Ketika saya belajar di Jepun,saya dapat tahu golongan homeless ini memang ramai dan ada di merata tempat,terutama sekali di bandar bandar besar.Pertama kali saya menjumpai golongan homeless ini ketika saya di bawa melawat bandar Osaka oleh salah seorang senior saya.Apa yang saya dapat perhatikan ketika itu adalah,seorang yang agak tua dan duduk betul betul di kaki lima jalanraya.Berdekatan dengan tempat duduknya (juga di atas kaki lima) terdapat beberapa kotak kecil yang saya kita mungkin di isi dengan barang keperluannya.Di tepinya pula terdapat kotak yang sudah di jadikan alas tempat dia berbaring.Keadaan diri pakcik tua itu amat tidak terurus namun kewujudannya di situ tidak menyemakkan pemandangan.Segala alatan dan perkakasnya terurus kemas dan di susun rapi.Tidak pula saya lihat pakcik tua itu cuba untuk meminta sedekah.Bagaimanakah agaknya dia menyara dirinya. Wallahua`alam.
penduduk dhaif @ Malaysia

walaupun dhaif rakyat Malaysia masih lagi mempunyai rumah...

Bagi saya dan mungkin ramai lagi pelajar Malaysia yang belajar di Jepun,fenomena manusia homeless amatlah janggal di tempat kita.Mungkin pelbagai anggapan akan terlintas di minda masing masing apabila mereka terserempak dengan golongan ini.Tentu ada lintasan fikiran yang berasa,walaupun Malaysia tidaklah semaju Jepun,namun rakyatnya masih mampu mempunyai rumah walaupun kadangkalanya tidaklah sesempurna mana.

Agaknya apa kaitan fenomena homeless dengan negara maju??

Selang beberapa bulan selepas itu (kalau tak silap ingatan ini…) ada sebuah dokumentari Jepun yang di terbitkan oleh salah satu siaran TV swasta mereka menerbitkan perihal golongan homeless ini.Rancangan itu di rakam khas sekitar kehidupan realiti golongan ini.Saya tidak dapat ingat babak dan adegan kesemua rakaman berkenaan,namun apa yang saya dapat kongsikan melalui pemerhatian saya,kebanyakkan golongan homeless yang di rakamkan ketika itu mempunyai kerjaya yang agak kukuh.Pelikkan.

Mengapa mereka jadi begitu?

Dalam rancangan itu,seorang homeless dengan sukerela bersetuju kehidupan uniknya itu untuk di rakam.Dia telah menjadi golongan homeless agak lama.Dia memilih untuk hidup homeless berdekatan dengan sebuah taman awam di sebabkan taman awam itu mempunyai tandas dan bilik air serta persekitaran di situ agak selamat.Maka lelaki tersebut tinggallah di dalam sebuah kotak kertas yang telah di ubahsuai dan di jadikan tempat tidur pada waktu malam.Pada waktu pagi,ketika rakaman tersebut di teruskan,tandas berkenaan memang menjadi destinasi pertama lelaki tersebut.Walau pun tandas itu tidak ada sesiapa yang masuk ke dalamnya kecuali lelaki tersebut,namun yang keluar dari tandas berkenaan adalah seorang lelaki yang hampir tidak di kenali.Kalau tadinya lelaki yang masuk adalah seorang yang agak compang camping,tapi yang keluar adalah lelaki yang lengkap berkemeja lengan panjang dengan sepasang kot yang agak kemas di samping tali leher dan beg bimbit di sebelah tangan.Agak hairan kan?

Apa sebenarnya yang terjadi dalam sela masa yang singkat itu?

Sebenarnya lelaki tersebut bekerja sebagai ‘salariman’ atau salesman jikalau bahasa biasa kita di sini.Salesman atau jurujual mengikut kata lelaki itu hidupnya tidak menentu.Kadangkala terpaksa berpergian jauh dan kadangkala terpaksa kerja hingga larut malam.Dengan cara hidup yang sebegitu,baginya adalah tidak berbaloi untuk mempunyai sebuah rumah sendiri mahupun rumah yang di sewa.Hidup yang banyak masanya di habiskan di luar rumah mungkin baginya amat tidak berbaloi sekiranya wang hasil pendapatannya di peruntukkan untuk membayar sewa.Semua sedia maklum,taraf hidup di Jepun amat tinggi di tambah pula sewa rumah juga cukup mahal walaupun hanya menyewa sebuah bilik yang kecil.Dengan alasan itulah,lelaki tadi memilih untuk menjadi homeless.Sekurang kurangnya hasil pendapatannya dapat di gunakan di tempat lain ataupun di simpan di dalam bank.Pelik juga kan.

mungkin juga ada homeless yang begini.mungkin
juga mempunyai laman blog sendiri.siapa tahu....

Namun itulah hakikatnya.Itu baru kisah seorang homeless.Ada beribu malahan mungkin ramai lagi golongan yang seperti itu di Jepun ketika itu.Dan yang pasti mereka juga mungkin ada alasan sendiri mengapa mereka memilih untuk menjadi golongan homeless.

Baru baru ini…..(ayat apa pulak ni? Tergantung pulak tu… Eheheh…)

Keluar sejenak dari tajuk perbincangan….

Sejak saya mengikuti kuliah Ustaz Haji Hambali,jadual hidup saya kembali berisi.Dunia saya yang dahulunya penuh dengan lopak dan kadang kala bertakung air,namun saya dapat rasakan dari pengisian pengisian Ustaz yang saya dapat ikuti menjadi asbab mengapa kini dunia saya sudah berturap walaupun tidak secantik jalan di lebuhraya,

Dan suatu yang menarik dalam kuliah kuliah pengajian Ustaz selain dari berjalan aktif di beberapa surau yang berdekatan adalah cara penyampaian Ustaz sendiri.Dari pemerhatian saya yang serba dhaif ini,setiap kali kuliah pengajian di jalankan,Ustaz pasti akan menyelitkan samada kisah kisah zaman sahabat Nabi SAW mahupun kisah kisah peribadi yang ada kaitan secara langsung dengan isi kuliah.

Baru baru ini (sambungan dari sinopsis di atas…eheheh) dalam sebuah kuliah,Ustaz ada menceritakan kisah bagaimana seorang homeless yang tiba tiba menjadi kaya secara sekelip mata.Di takdirkan pada suatu hari,seorang homeless menjumpai sehelai tiket loteri dan di takdirkan juga tiket loteri itu mendapat hadiah utama (jack pot barangkali).Maka tidak kepalanglah gembiranya si homeless itu tadi kerana mengikut firasatnya tentulah dengan hadiah wang tunai yang dia akan perolehi nanti hidupnya akan berubah serta merta menjadi `orang senang`.

Apa jadi selepas itu….

Selepas beberapa ketika,sebuah rancangan televisyen telah menemuramah si homeless yang telah bertukar menjadi `orang senang` ketika itu.Memang benar,si homeless itu telah menjadi apa yang di firasatkannya dahulu.Hidupnya kini mewah dan dikelilingi dengan kemudahan yang tidak pernah terpikir dan tergambar malahan terlintas yang ianya akan berlaku kepada dirinya ketika dia menjadi homeless dahulu.

Namun…
aku suka tempat ni,jadi aku tidurlah
di sini,walaupun di tepi jalan.apa orang kata nanti??
"Peduli apa aku..."

Di akhir temuramah itu,si `orang senang` itu menyatakan yang hakikatnya dalam dirinya memberontak untuk kembali menjadi seorang homeless seperti dahulu.Baginya walaupun sekarang kehidupannya telah berubah menjadi orang yang berharta namun itu hanya pada pandangan mata kasar sahaja.Kalau dahulu dia boleh tidur di mana sahaja yang dia suka tanpa memikirkan apa pandangan umum terhadapnya kini dia terpaksa tidur di tempat yang berkualiti demi menjaga pandangan umum terhadapnya.Hidupnya terkongkong dengan harta dan pandangan masyarakat keliling.Orang yang tidak di kenali pun mengaku saudara di saat dia di limpahi dengan harta.Keadaan ini bagi dirinya amat tidak menyelesakan dan sebab itulah dalam hati nuraninya dia lebih menyukai cara hidupnya dahulu walaupun hanya sebagai seorang homeless.

Agak agaknya,kalau kitalah berada di tempat lelaki homeless itu…..Apalah yang akan terjadi pada diri kita…

Memetik sedikit isi ceramah Maulidur Rasul yang di sampaikan oleh Ustaz Khusairi di surau Senawang Jaya (8 Mar 2010) tempohari.Terang ustaz,ketika Isra` dan Mikraj,Nabi SAW telah melawat syurga Allah SWT yang mana di perlihatkan olehNya,bahawa penghuni syurga itu ramainya terdiri dari golongan miskin.Dan ketika Nabi SAW melawat Neraka Allah SWT yang mana di perlihatkan olehNya,bahawa penghuni neraka itu ramainya terdiri dari golongan wanita.(Nauzubillah…)

Mengapa golongan miskin dipilih oleh Allah SWT untuk meramaikan isi syurga??
bawah lori pun Kastam DiRaja Malaysia buat pemeriksaan.
agak agak kalau bawa basikal cabuk,Kastam buat pemeriksaan atau tidak?

Kata ustaz lagi,pihak kastam selalu akan membuat pemeriksaan yang terperinci kepada penumpang kapal terbang yang baru mendarat yang membawa banyak barangan bersamanya.Sebaliknya melepaskan tanpa memeriksa penumpang yang tidak langsung membawa bersamanya sebarang barangan.Begitulah perbandingan orang miskin di akhirat kelak,kerana tiada sebarang harta ketika di dunia,maka HISAB bagi dirinya akan menjadi mudah dan sebaliknya.

Di akhir ceramah ustaz memberi peringatan kepada hadirin semua tentang anjuran Nabi SAW tentang hakikat doa.Nabi SAW mengajar ummatnya supaya berdoalah ke Hadrat Illahi supaya dengan Rahmat Allah SWT kita dapat masuk ke syurga Firdaus dan di jauhkan dari siksa api neraka jahannam.

Amin....

Banyakkanlah berdoa dengan hati yang tunduk dan penuh tawaddu`.

No comments: