Friday, March 12, 2010

:: Mengukur baju di badan sendiri ::

Senyumlah...senyumlah..wahai cik mek molek..
(senyum juga salah satu dari ibadah sedekah)

Segala puji pujian kepada Allah SWT dalam segala hal.Moga moga nikmat syahadah,iman dan Islam dapat terus kita kecapi sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Dengan keadaan suasana persekitaran kehidupan kita sekarang ini yang kebanyakkannya tidak membantu dan membawa kepada taqwa kepada Allah SWT,seharusnya usaha dakwah kepada cara hidup Islam mengikut apa yang di tunjuk oleh Baginda SAW haruslah dilipat gandakan.

Ya Allah...Jauhilah kami dari fitnah sebegini...
(hanya sekadar peringatan)

Tragedi pembuangan bayi,kanak kanak sudah pandai merogol,kanak kanak di bunuh dengan kejam dan bermacam lagi fitnah ke atas ummat Islam berlaku di kala ini.Dengan tekanan seperti ini,sekiranya kita masih mengekalkan cara hidup seperti yang ada sekarang,pasti dan pasti gejala gejala lebih buruk bahkan yang tidak pernah terlintas akan melanda masyarakat kita akan berlaku.

Tahukah anda?

Fakta 1.

Masyarakat Malaysia secara purata hanya membaca 4 muka surat buku setahun.
Jika statistik pada 1997 menunjukkan rakyat hanya membaca satu muka surat buku dalam setahun, ia hanya 'meningkat' kepada dua muka surat pada 2002.
(di sini )

Fakta 2.

Dalam sehari masyarakat Malaysia secara puratanya menonton televisyen selama 3 jam.

Cukuplah 2 fakta ini bagi menggambarkan serba sedikit perihal aktiviti masyarakat kita dewasa ini.

Komen Ustaz Haji Hambali ketika kuliah di Surau Al Amin (9 Mar 2010),sekiranya menonton TV selama 3 jam sehari itu di peruntukkan untuk membaca bahan ilmiah,dalam masa setahun insyaAllah seorang itu boleh menimba ilmu dengan berlipat ganda.MasyaAllah.

Bak kata pepatah melayu “masa itu EMAS”

Terang ustaz lagi,sesungguhnya dengan banyak melihat Kebesaran Allah SWT kita akan dapat bermuhasabah tentang diri kita sendiri.

Contohnya,

Dengan melihat pertukaran antara kejadian siang dan malam mengajar kita bahawa masa yang berlalu dan beredar pergi tidak akan menunggu kita.Masa yang beredar pergi itu kadangkala membawa bersama dosa dosa yang kita lakukan samada dalam sedar ataupun tidak.Dan maka dengan itulah kita di tuntut untuk memperbanyakkan istighfar sebagai tanda penyesalan kita terhadap dosa yang kita telah lakukan.

Satu perkara lagi,

Dengan banyak melihat kebesaran ciptaan Allah SWT akan timbul satu perasaan tenang di dalam hati.Tidak pernah terjadi pada seorang yang melihat bintang di langit lalu hatinya merasa gusar dan tidak senang hati.Yang pasti,bila melihat dan merenung kejadian bintang yang bertaburan di langit itu hati kita akan merasa senang dan terpukau dengan keindahan ciptaan-Nya.Subhanallah.

Dan….

Perasan atau tidak,sekiranya di renung sejenak,masa yang ada pada kita sekarang ini seperti bergerak terlalu cepat.Dalam diam tahun 2010 telah masuk bulan Mac.Rasanya seperti beberapa hari lepas sahaja kita menyambut dan meraikan Tahun Baru Masihi.Anak kita yang sulung dalam tidak sedar hampir menjangkau umur 7 tahun.Dan tanpa sedar juga antara waktu subuh hari ini dengan waktu subuh semalam seperti sela masa yang terlalu sekejap.Rasanya antara sela masa tersebut tidak banyak pun perkara yang dapat kita selesaikan.

Naper ek? (guna slang orang muor skit…eheheh)

Jom kita reverse kebelakang sebentar sekitar 20 atau 30 tahun yang lepas.

.
tali besen (television) zaman 70-an

Sekitar tahun 70-an,penduduk Malaysia masih lagi kebanyakkannya bekerja sebagai petani.Antara mereka,ada yang ke sawah,ada yang ke kebun getah,ada yang ke kebun sawit malah ada yang ke kebun sayur.Yang ke sawah,bila tiba waktu dhuha,mereka membersihkan diri lalu menyempatkan diri untuk solat sunat dhuha di tepi bendang.Bila matahari hampir tegak di kepala,mereka lekas lekas pulang untuk bersiap solat jemaah zuhur di surau atau masjid.Waktu malam pula di isi dengan mendengar kuliah pengajian dari mana mana ustaz.Waktu itu kewujudan TV dalam rumah pada setiap kampung hanya boleh di bilang dengan jari.Menonton TV secara beramai ramai sesama penduduk kampung hanya bila berlangsungnya musabaqah Tilawah Al Quran.Begitulah terang ustaz.Waktu itu,kebanyakkan masyarakat merancang hidup demi untuk kesesuaian agama.

Kita lihat pula versi 2010-an.

Masyarakat di kala ini kebanyakkannya terdiri dari golongan yang makan gaji.Kalau di N9 ini,ada penduduknya mencari rezeki sehingga sampai ke KL dan Selangor.Untuk itu,mereka perlu bersiap dan bertolak awal demi untuk sampai di tempat kerja tepat pada masanya.Bagi yang menggunakan kenderaan awam (bas) mereka perlu berada di stesen seawal 6 pagi kerana bas akan bertolak sekitar itu juga.Tiba ke destinasi yang di tuju sekitar jam 7 lebih.Satu persoalan,yang beragama Islam,berapa ramaikah yang mampu menjaga solat subuh dengan desakan keadaan seperti itu?

Tidak tamat di situ,kebanyakkan pejabat tamat waktu bekerjanya sekitar jam 5 setengah atau jam 6.Sudah semetinya,mereka yang pulang untuk ke destinasi yang jauh akan segera menuju kembali ke stesen bas.Dan bas akan bertolak pulang sekitar jam 7 dan sampai destinasi sekitar jam 8. Satu persoalan lagi,yang beragama Islam,berapa ramaikah yang mampu menjaga solat maghrib dengan desakan keadaan seperti itu?

Begitulah ragam manusia menyesuaikan hidupnya.Samada urusan dunia yang di kejar sambil urusan akhirat tidak di cicirkan atau sebaliknya,itu semua sebenarnya bukan masalah peribadi tapi masalah kita semua.Jika antara kita masih tidak mengendahkan permasalahan ini dan usaha dakwah tidak dijalankan untuk membetulkan keadaan,sebut apa sahajalah cadangan/usaha pasti ia tidak akan bertahan lama dan masalah yang pernah di sebut di atas pasti akan berulang kembali.

Jom jom…

Dengan lafaz Basmallah,
Doa itu senjata ummat ISLAM

Saya menyeru diri saya dan rakan pembaca semua agar mari kita beramai ramai berdoa ke atas diri kita,keluarga kita,jiran jiran kita,saudara mara kita,sahabat sahabat kita agar mereka mempunyai kesedaran tentang kepentingan membuat dan menjaga usaha atas agama,dan moga moga kita dapat kekal dalam iman dan mati dalam iman,bangkit di akhirat kelak dengan iman dan Allah masukkan kita ke dalam Jannat ul-Firdaus.

Amin…
(sekadar gambar hiasan)

"sesungguhnya kalau setiap orang menyapu kotoran di setiap halaman rumah mereka,pasti dan pasti sebuah Negara itu akan menjadi bersih"

Catatan dari isi kuliah ustaz Haji Hambali dari diri yang lemah,moga mendapat iktibar.

No comments: