Memang benar sepertimana yang Ustaz Abdul Basit kongsikan pada Forum Maulidur Rasul yang lepas,bila kita duduk dengan orang `alim (orang yang berilmu),kita akan terasa diri kita memang jahil.
..............secangkir kopi gebres
Malam kelmarin selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Sambutan Maulidur Rasul Surau Irsyadiah,salah seorang dari mereka mengajak kami untuk `ngeteh` di sebuah warung tidak jauh dari taman kami.Apalagi,kata salah seoarang antara kami,rezeki jangan di tolak,musuh jangan di cari.Dan jangan tak percaya,dengan hanya menunggang EX5 saya membonceng seorang YB malam kelmarin untuk pergi ke warung berkenaan.(eheheh…iklan je ni)
Sampai di warung dan setelah order di ambil,masing masing agak pelik mengapa sahabat di sebelah saya tidak mahu makan.Kata sahabat di sebelah saya,"dah berbulan aku tak makan roti canai." Sahabat yang lain mulalah `mencucuk` menu nasi lemak pula kepadanya.Sahabat saya membalas,"nasi lemak lagi berat,mahu pukul 1 baru boleh tidur." Seorang lagi sahabat menambah,"mengikut kajian memang betul,dalam sistem pencernaan badan,makanan yang di telan dan mula masuk ke dalam salur esofagus hanya boleh sampai ke perut dalam masa 4 jam.Dalam masa 4 jam itulah makanan yang di telan akan di lembutkan oleh enzim enzim tertentu.Sebab itulah tidak di galakkan makan berulam dengan air.Makanan yang cepat sampai ke perut di sebabkan tekanan air akan menyebabkan makanan tidak cukup lembut dan perut mudah meragam." Panjang lebar Haji B menerangkan.Saya yang dari tadi khusyuk menghirup teh tarik hanya mengangguk-angguk sahaja.
Bermula dari situlah menjalar perbualan kami tentang cerita bab makanan.Pelbagai jenis makanan menjadi topik sehinggakan terkadang pecah juga gelak antara kami kerana lawak jenaka yang spontan.Perbualan kembali rancak bila masuk cerita madu yang di jual oleh orang asli di sepanjang sungai Perak.Kata salah seorang sahabat dan bekas askar yang pernah membeli madu di tempat itu,orang asli yang menjual madu itu hanya menjadi alat pembekal madu berkenaan.Setelah di kaji,madu tersebut bukanlah madu asli.Hakikat ini masih ramai yang tidak tahu kerana sesetengah pelanggan menganggap madu yang di jual itu benar benar asli kerana telah di kaburi dek kerana penjualnya orang asli.
Salah seorang pegawai FAMA yang ada malam itu juga membenarkan penyataan itu.Pihak FAMA yang mempunyai kilang penghasilan madu sendiri ada mengambil sampel sampel madu yang di jual oleh orang asli berkenaan,ternyata bukan madu asli sepertimana tanggapan orang ramai.Jumlah kandungan airnya tinggi,kadangkala ada yang di campur dengan gula kabung.
Tiba tiba saya teringat cerita Ustaz Hambali di mana suatu hari seorang Indonesia menceritakan kepada ustaz bagaimana madu tiruan di hasilkan.Kawah yang besar akan di isi dengan air dan di masukkan kuantiti gula yang agak banyak dan bagi menampakkan warna seperti madu,gula merah akan di jadikan salah satu bahan dalam resepi tiruan itu.Dan akhir sekali,bagi menambah `kick` madu tiruan berkenaan,tuak akan di campurkan ke dalam bahan tadi.Dan bila madu tadi di minum,memang terasa seperti asli dan terasa panas di dalam badan dek kerana sifat tuak tadi.Dan yang paling besar peranan tuak tadi,bila gabus penutup botol madu di buka,akan berbunyi `pop`.Kerana bunyi `pop` itu kata sesetengah `pakar` madu sebagai tanda madu itu benar benar asli.Dalam hati saya,ingatkan bila sebut pakar,memang betul betul pakar,rupanya tauke madu itu lagi pakar mengelentong.
Bila sudah masuk cerita sekitar orang asli,tambah seronok lah perbualan malam tadi apabila bekas askar tadi menceritakan pengalamannya yang kadangkala terpaksa bertugas di dalam hutan selama 6 bulan berturut turut.Sebenarnya kata saudara F,"orang asli ni ramai yang ambil kesempatan.kebanyakkan tauke tauke perniagaan besar membeli bahan hasil hutan dari mereka namun dengan harga yang cukup murah.Umpannya mudah,rokok dan bekalan daging babi.Cukup bulan pula,akan di punggah orang orang asli ini dengan lori untuk di bawa ke bandar Bentong untuk menonton wayang.Percaya atau tidak,orang asli antara filem yang mereka minati adalah filem Hindustan." Wah,hebat juga mereka ini bermain strategi dan sandiwara.Kesian orang asli itu di akal akal oleh peraih/pemborong barangan hutan,sedangkan rotan,manau dan pelbagai hasil hutan itu kalau hendak di bandingkan kuantiti dan keuntungan mereka sebagai peraih jauh lebih besar di banding dengan bayaran dan sogokan bulanan yang di beri.
Selain dari itu,salah satu pihak lain yang mengambil kesempatan ke atas orang asli adalah pihak `missionary` dari gereja.Salah satu faktor kejayaan pihak ini di bandingkan pendakwah agama Islam adalah sumbangan material mereka lebih besar dari pendakwah kita.Bayangkan ada satu ekspidisi pendakwah kita masuk ke dalam perkampungan orang asli mendapati bangunan gereja telah terbina di dalam kampung mereka sejak agak lama dulu.Kampung mereka itu pula telah lengkap dengan keperluan asas termasuk eletrik yang di jana oleh generator sumbangan pihak gereja.Bekalan-bekalan makanan telah di salur ke setiap rumah hampir tidak putus.Dan bila sampai satu masa,bila mereka bertanya mengapa bekalan yang selalu mereka terima seperti sudah putus,di sini lah `jarum-jarum` mereka akan mula berfungsi.Para pendakwah pendakwah gereja itu tadi akan mengatakan,mereka sudah tidak akan menghantar makanan ke rumah-rumah,namun mereka boleh mendapatkan bekalan yang sama sekiranya mereka pergi sendiri ke gereja mereka.
Nampakkan taktik mereka??
Umpan di pasang dan akhirnya bila umpan mengena,secara tidak langsung gereja mereka pun ada pengunjung tetap.Dan paderi yang menunggu sebagai wakil mereka dapatlah menjalankan dakwah ketika itu.Dan terang saudara F lagi malam itu,antara salah satu sebab lagi selain dari dana yang besar sebagai peruntukkan pihak gereja yang kebanyakkannya tidak mampu di tandingi oleh badan badan dakwah kita adalah sumbangan makanan ruji mereka iaitu daging babi yang turut di sumbang oleh pihak gereja.Kata saudara F,"takkan pendakwah kita nak sumbang benda yang sama,iaitu daging babi itu".Semua yang ada malam tadi khusyuk mendengar pengalaman dan kisah benar tersebut.
Salah seorang antara kami malam tadi memang aktif dengan ABIM dan biasa menyertai badan dakwah yang lain dan pergi ke kampung-kampung orang asli serata semenanjung Malaysia.Dan katanya,antara faktor dakwah kita kurang berjaya adalah kerana pihak gereja lebih awal sampai ke kampung-kampung mereka dan orang orang asli itu telah di doktrin dengan materialistik.Sehinggakan pendakwah kita pun di aju dengan soalan yang sama dari orang asli berkenaan,dapat duit/rokok etc kalau mereka datang program dakwah kita.Sekali sekala mungkin boleh di raikan,kata sahabat ABIM berkenaan.Tetapi kalau sudah tiap kali,terang sahabat saya,itu bukan cara dakwah kita kepada orang bukan Islam.Dalam hati saya,sampai begitu sekali cabaran untuk berdakwah kepada mereka.Diam diam saya doakan semoga usaha dakwah dapat di teruskan walaupun cabarannya tinggi dan moga moga Hidayah Allah SWT turun kepada mereka.
Hmmm...orang lain duk sibuk berdakwah sana sini.Kita pula sibuk dengan EPL,Raja Lawak,FBing etc...
Cerita malam tadi tidak terhenti di situ sahaja.Tiba tiba sahaja saya di jadikan bahan bicara antara kami.Entah mengapa tiba tiba sahaja YB menyelit,"kalau nak suruh cakap Jepun,Rizal ni pandai." Saya sendiri tak pasti mengapa ayat tersebut boleh terpancul keluar di saat itu.Mulalah mereka menyoal selidik saya dengan apa yang saya buat ketika di Jepun.Mujur ada satu bab yang di sentuh oleh Haji B malam tadi dapat melarikan kisah saya dari topik perbincangan.Kata Haji B,untung pelajar ke Jepun tajaan JPA sebab tajaan kami tidak perlu di bayar balik.Sedangkan student JPA yang belajar bidang perubatan terpaksa berkhidmat dengan hospital kerajaan sekurang kurangnya 5 tahun untuk `melepaskan` diri dari pembayaran balik kos pembelajaran yang memang agak tinggi.Dari titik cerita itulah,saudara F turut menambah,"banyak juga lepasan JPA bidang perubatan yang memasuki tentera sebagai doktor.Selain mendapat layanan yang istimewa mereka juga cepat naik pangkat.Panggil Tuan Doktor pun dapat panggilan Kapten etc pun dapat.2 dalam 1." Saudara F juga berkata,"ustaz ustaz pun ramai masuk tentera di bawah KAGAT (kor agama Islam).Dulu sebelum KAGAT di wujudkan,memang ada di tempatkan di setiap kem seorang ustaz,namun di sebabkan ustaz ini di bawah jawatan awam,mereka tidak boleh menegur sebarang kesalahan dalam tentera.Jadi bila KAGAT di perkenalkan,ustaz ustaz ini di serap ke dalam tentera dan di beri pangkat.Dari sebab KAGAT di wujudkan dan ustaz ustaz sudah pun berpangkat,maka mudahlah mereka berdakwah di dalam tentera."
Perbualan malam tadi semakin rancak bila saudara F menceritakan lebih lanjut tentang KAGAT."Dalam tentera,bila wujud KAGAT,sesiapa yang ingin bernikah dan mendirikan rumahtangga perlu menjalani kursus intensif selama lebih kurang 2 bulan.Di hujung 2 bulan itu nanti akan di adakan temuramah dan soal selidik sekitar kursus intensif yang telah di lalui,sekiranya memuaskan barulah surat pengiktirafan LULUS akan di keluarkan.Dengan sijil itu sahajalah pemohonan kahwin seseorang askar itu akan di luluskan.Sekiranya sebaliknya,akad nikah tidak boleh di jalankan walaupun persiapan perkhawinan telah lengkap." Detik hati saya,macam ni baru betul betul intensif.Pengendali kursus kahwin untuk orang awam patut mengambil langkah yang sama untuk persediaan bakal bakal pengantin.Kursus nikah yang selama 2 hari itu,saya rasa belum cukup memantapkan persiapan bakal pengantin terutama dalam bab persediaan rohani.
Sekitar jam 11 malam,cawan teh tarik pun sudah nampak dasarnya.Pinggan roti canai sudah lama kosong dan tekak pun sudah kering kerana terlalu banyak bercakap.Eheheheh…
Namun sebelum pulang Haji B sempat lagi berkongsi dengan kami semua isi ceramah yang beliau hadiri baru baru ini.Ustaz yang memberi ceramah menerangkan aspek perubatan di dalam Islam.Terang ustaz bekenaan,setiap punca penyakit dan ubat untuk penyakit tersebut biasanya tidak duduk jauh.Contohnya Nabi SAW menyuruh kita menenggelamkan keseluruhan badan lalat yang jatuh ke dalam makanan/minuman kita.Ini kerana sayap lalat itu salah satunya membawa penyakit dan salah satunya membawa ubat.
Kata ustaz tersebut :
Untuk pesakit gout yang alah makan udang : Hendaklah makan kulit udang sebagai ubat.
Untuk pesakit gout yang alah makan seafood : Sangan (goreng tanpa minyak) sejumlah garam laut sehingga hitam dan masukkan ke dalam kain dan tuam pada kaki yang gout.
Untuk gatal gatal kerana resdung : Sapukan tahi hidung di kawasan yang gatal.
Untuk pesakit kulit dan gatal gatal : Sapukan air liur basi.
Wallahua`lam.
Sesengguhnya hidup ini satu perkongsian.
Akhir kalam,ucapan terima kasih kepada semua atas perkongsian kisah mereka semua malam kelmarin.
......ikhlas dari :
Fakir Ilallah (`_`)
No comments:
Post a Comment