Wednesday, February 24, 2010

:: ALLAH yang beri REZEKI ::

Selalulah merenung KEBESARAN CIPTAAN ILLAHI.
"Sesungguhnya dengan banyak mengingat akan Allah,hati akan menjadi tenang"

Sebagai renungan sejenak :

Cabaran kecil di tempat kita : Tempat kerja mengalami kerugian.Bos kata kilang nak tutup.Semua pekerja kena VSS.Pakat kelam kabut dan pakat fikir macamana nak sambung hidup.Mula meniaga kecil kecilan.Sibuk dengan urusan 'setup' perniagaan sehingga berserabut cara hidup.Solat berjemaah pun dah mula lompang sana sini.
Itu baru ujian kecil akibat hilang kerja.

Cabaran ‘kecil’di tempat orang : Anak hilang ketika gempa bumi.Rumah di bom oleh bala tentera pendatang.Suami di penjara tanpa jejak etc...Agaknya kalau kita di tempat mereka,apakah kita mampu menanggung ujian 'kecil' sebegitu?

Boleh di fikir fikirkan.....

Kisah Abu Zar al-Ghifari.

Abu Zar ketika datang ke Mekah untuk memeluk Islam,dia datang seorang diri.Meninggal dunia juga sebatang kara di padang pasir dan jenazahnya telah di uruskan sahabat Nabi SAW, Abdullah ibnu Mas’ud.Kerana sifat peribadinya yang begitu,Abu Zar juga antara yang banyak meriwayat hadith berkaitan dengan zuhud.

Ketika perang Tabuk,di sebabkan fizikal dan tenaga yang amat terhad,Abu Zar adalah antara sahabat Nabi SAW yang paling lewat sampai ke medan perang.

Namun apa kata sahabat sahabat Nabi SAW yang lain.

“Ya Rasulullah! Kami melihat suatu susuk menuju arah kita!” . Baginda berucap mudah-mudahan itu Abu Zar. Tubuh itu semakin dekat, dan memang itu adalah Abu Zar! Namun dengan tenaga yang lemah dan dicengkam kehausan, dia tiba di hadapan Nabi SAW .Baginda yang bimbang beliau akan pengsan segera menyuruh sahabat memberikannya air, tetapi Abu Dzar berkata serak bahawa dia mempunyai air. Nabi SAW berkata: “Engkau mempunyai air, tetapi engkau hampir mati kehausan!”
“Benar, ya Rasulullah! Ketika saya mencicipi air ini, saya menolak meminumnya sebelum sahabatku Rasulullah.”

Begitulah kisah kecintaan sahabat kepada Nabi SAW.

Kita pula bagaimana?

Kisah usaha dan hidayah.

Usaha dalam sesuatu perkara terutamanya dalam bidang dakwah mengajak manusia ke arah kebaikan adalah tugas kita sebagai manusia yang berakal waras.

Hidayah yang turun ke atas seseorang pula adalah di bawah Kekuasaan Allah SWT.

Hikmah kuasa pemberian hidayah tidak diberi kepada manusia : Manusia tidak akan ‘frust’ apabila usaha dakwah mereka menemui jalan buntu.

Kisah rezeki siapa yang beri.

Seorang anak menyambut hari lahirnya tanpa si bapa yang ‘outstation’ di luar negara.Apabila di tanya sejumlah hadiah yang terkumpul ketika itu,siapakah yang memberinya,maka menjawablah kanak kanak itu, "Hadiah A dari ummi,hadiah B dari Abang,Hadiah C dari kakak dan envelop D dari posmen."
Tetapi hakikatnya envelop berisi cek untuk di simpan di dalam akaun anak itu datangnya dari bapanya yang di pos sebelum tibanya sambutan sempena hari lahirnya.

Kisah lain pula.....

Seorang pekerja dengan bangganya mengatakan gaji yang masuk ke dalam akaunnya datang dari tempat kerjanya.Sekiranya gajinya tidak masuk/lambat masuk maka hidupnya akan menjadi huru hara.

Adakah hakikatnya begitu?

Jika keimanannya begitu,jawapan pekerja tadi sama tarafnya dengan jawapan seorang anak yang masih kecil.

Pertanyaan kepada pembaca pula.

Rezeki kita siapa yang beri?

Akhir sekali....

Ingatlah dosa zalim sesama makhluk dan derhaka kepada 2 ibubapa akan di balas oleh Allah SWT di dunia dan akan di simpan hingga hari akhirat.

Ish...Tak takut ke?

Ada tak kita menzalimi sesama makhluk? Ada tak kita derhaka kepada ibu bapa?

JOM!!!!! Check balik segala amalan kita selama ini...

Namun sebelum itu......

Kepada peminat dan pengkaji sejarah,saya tujukan soalan soalan di bawah untuk di renung dan di kaji bersama.

Soalan 1.
Di manakah Eng-land? Ire-land? Scot-land?
Mengapa nama tempat itu Eng-land? Ire-land? Scot-land?

Tapi yang peliknya daerah Nusantara kita ini,ada pula tempat yang di beri nama Thai-land.
Mengapa pula?

Mengapa ada kerajaan SIAM?
Mengapa ada kerajaan THAI-LAND?

Soalan 2.

England/Tanah Inggeris seperti dalam peta amat besar luasnya.Atas sempena nama tersebut maka selat yang berada di dalam peta di namakan Selat Inggeris/English Channel.

















Melaka,sekiranya hendak di bandingkan dengan keluasan Semenanjung Malaysia amatlah kecil.Tetapi mengapa selat di dalam peta di namakan Selat Melaka/Malacca Strait?

Betulkah nama Melaka datang dari kancil yang menendang pokok Melaka?
Ataupun nama Melaka itu datang dari perkataan Muluk=Kerajaan?

Wallahua`alam.

Antara isi kuliah bulanan Ustaz Haji Hambali Saad di Surau Taman Seri Pagi (22 Feb 2010)

No comments: