Thursday, March 18, 2010

:: KoMPiL@Si ::

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah: (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

Semalam (15 Mar 2010),sekali lagi kuliah bulanan di Surau Taman Seri Pagi yang di sampaikan oleh Ustaz Haji Hambali telah berlangsung.Hadith di atas antara hadith yang di baca oleh ustaz pada malam itu.

Ustaz juga membacakan hadith berikut :

Kabsyah al-Anmary berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga hal di mana aku bersumpah di dalamnya;
1. Tidak akan berkurangan harta 1 orang hamba dengan sebab bersedekah.
2. Seorang yang kena zalim dengan 1 kezaliman dan dia sabar dengan kezaliman yang kena padanya,melainkan Allah akan menambahkan kehebatan dalam dirinya
3. Apabila seorang hamba membuka pintu untuk meminta minta,Allah akan membukakan pintu kefakiran kepadanya” (HR. Ahmad).

Di penghujung kuliah ustaz ada mengingatkan para ahli jemaah tentang hakikat berhutang.

Pesan ustaz,

"Orang yang berhutang akan terbeban dengan 2 perkara dalam hidupnya:

1. Pada siang hari,mukanya menjadi tebal kerana setiap orang mengetahui sifat buruknya suka berhutang.
2. Pada malam hari,berasa risau kerana memikirkan cara untuk menyelesaikan hutang keliling pinggang."


Sempat `ziarah` blog Ustaz Amin (di sini) pagi tadi dan terus jatuh hati dengan barisan ayat-ayat di atas.Saya baca dan terus `paste` kan di sini.Dan tiba-tiba,terus sahaja teringat ayat Ustaz Haji Hambali dalam salah satu kuliahnya di Surau Al Amin :

"Orang yang biasa menjaga solat,walau sempit bagaimana pun keadaannya,pasti dia akan dapat menjaga solatnya walau ketika itu dia terlantar di katil hospital".Dan kata ustaz lagi,"salah satu kekuatan untuk dapat menjaga solat,adalah berkawan dengan orang orang yang kuat menjaga solat."

Terkadang kita sibuk dengan pelbagai urusan sehinggakan terlalai dan tidak sedar bahawa solat fardhu sudah pun masuk waktunya.Jika kawan kawan kita orang yang jaga solat,tentulah mereka dapat mengingatkan kita ketika itu.

Macamana pula kalau waktu berseorangan? Siapa yang boleh sedarkan kalau kita terlalai.

Sebelum di jawab soalan itu,pernah terbaca kisah Saidina Umar r.a?

Ketika selepas di tikam dengan Abu Lu`luah al majusi,keadaan Saidina Umar r.a agak tenat.Sehinggakan susu yang di minum,keluar dari kesan tikaman di badannya.Akibat dari kecederaan itu,Saidina Umar pengsan tidak sedarkan diri.Namun bila tibanya masa untuk solat fardhu,Saidina Umar r.a terus sedar dari pengsannya dan bersolat dalam keadaan yang termampu ketika itu.Selepas solat,Saidina Umar kembali pengsan seperti keadaan sebelumnya.Dan bila tiba waktu solat,beliau akan sedar kembali.

Mungkin kerana kesan amalan yang Saidina Umar r.a lakukan menjadikan peribadinya menjadi begitu.Wallahua`alam.

Tetapi.....

Kata ustaz lagi,

Orang yang biasa tidak menjaga solatnya,walau macamana lapang sekalipun waktu yang di miliki, pasti solatnya akan terabai begitu sahaja walaupun baru sahaja pulang dari menunaikan haji di Mekah.Adakah orang yang sama di atas akan dapat menjaga solat sewaktu dalam keadaan sempit seperti terlantar di atas katil hospital? .......Saya tiada jawapan untuk itu.

Saya sendiri tidak tahu bagaimana keadaan saya kelak.Mungkin sekarang kita boleh menjaga solat kita,namun masa mendatang tak siapa yang tahu melainkan Allah SWT.

Di kesempatan ini,saya kongsikan sebuah puisi yang di sampaikan oleh Adik Umar Al Faruq anak murid Ustaz Drs Nur Salam Abd Mutalib Al-Hafiz , Mudir Ma’ahad Tahfiz Darul Hufaz Lampung , Indonesia ketika berceramah sempena Maulidur Rasul di Surau Al Irsyadiah pada 7 Mar 2010 yang lalu.

Sebelum membaca puisi yang saya edit sedikit dengan ayat saya,cuba bayangkan seorang kanak kanak yang baru berumur 10 tahun dan telah menghafaz 4 juzuk Al Quran memberi tazkirah di hadapan hadirin yang hadir yang umurnya mungkin sebaya dengan umur bapanya di Indonesia.

Hayatilah.....
"untuk ingatan pada diriku yang selalu lupa...."

No comments: