Thursday, December 10, 2009
:: hADam ::
Baru sahaja menghabiskan sambil menghadam buku tulisan Pahrol Mohamad Juoi (PMJ) ‘Nota hati seorang lelaki.’ Secara peribadi isinya tidaklah terlalu berat dan kalau di letakkan istiqamah untuk membaca,5 hari rasanya di perlukan sambil sambil tangan memegang pensil mencatat isi isi penting.Isinya padat tetapi ringkas serta merangkumi pelbagai ruang lingkup.
(kredit untuk Pn Zahriah kakak iparku kerana sudi meminjamkan buku yang amat menarik isi dan huraiannya)
Memang terdetik dalam hati sanubari saya untuk membuat perkongsian tentang buku tersebut.Tetapi sebab dek terlalu banyak isi yang ingin di kongsi bersama,membuatkan saya ‘mati kutu’ untuk membuat rumusan secara keseluruhan tentang isi buku tersebut.
Namun,kelmarin lain pula ketentuanNya.Saya telah membaca salah satu blog yang kerap saya membaca isi kandungan dan luahan hati si penulis blog.Kebetulan tajuk yang saya baca semalam adalah tentang perkembangan minda kanak kanak.Si penulis ada mengutarakan kerisauan mereka suami isteri terhadap kecenderungan salah seorang anak lelaki mereka yang berminat dengan alat permainan ‘masak masak’.Apa yang merisaukan mereka adalah di khuatiri anak lelaki mereka cenderung untuk menjadi ‘mat lembut’ bila dewasa kelak.
Berikut sedikit info yang saya kongsikan di dalam blognya itu.....
(kredit untuk blog kohai saya ini)
“Ingin berkongsi sedikit pengalaman di masa saya menjadi pelajar di Jepun.Memang ada beberapa kajian yang saya sempat baca tentang huraian mengapa org Jepun terkenal dengan kebijaksanaan mereka dalam pelbagai bidang.Salah satu faktornya adalah mereka BANYAK mengambil sumber protein yang datang dari ikan yang mereka makan.
Dan yang mengkagumkan lagi,latihan memakai hashi (chopsticks) membuatkan otak kanak kanak mereka cepat berkembang.Boleh bandingkan fakta ini dengan perkembangan otak kanak kanak cina.Anak anak kita mungkin lebik elok/afdal makan pakai tangan berbanding chopsticks sebab ikut sunnah Nabi SAW.Mungkin sebagai ganti untuk latihan tangan,permainan sebegitu (main masak2) juga boleh di perbanyakkan.Wallahua`alam.
Pasal istilah 'mat lembut' ni banyak faktor yang menyumbang ke arah itu.Tapi sekadar suka main masak2,rasanya tiada larangan dari mana mana pihak lagi yang mengatakan ia boleh memberi sebarang mudarat contohnya mudah menjadi ‘mat lembut’.Mana le tau tabiat itu (suka masak2) berkekalan sehingga ke dewasa,untung juga bakal menantu esok.Senang ada suami yang pandai memasak.
Sedikit nak kongsi petikan dari buku 'nota hati seorang lelaki'-ust pahrol mohd juoi tentang mendidik anak perempuan.
-Anak perempuan kita bakal menjadi isteri.Jadi bayangkanlah bagaimana sifat isteri yang sejati.Itulah 'mind end' yang perlu sewaktu kita mendidik anak perempuan.Didik dengan sifat taat,malu,menjaga kecantikan dan lebih suka duduk di rumah.Dan didiklah juga sebagaimana sifat ibu sejati.Didik supaya anak perempuan kita punyai sifat kasih sayang & sabar.Sebab itu anak perempuan di galakkan bermain dengan anak patung.Itu menyuburkan kasih sayang kepada bayi.
Mungkin nota di atas boleh di jadikan panduan dalam mendidik anak lelaki.Tanam di 'mind end' kita supaya anak lelaki kita juga bakal menjadi suami dan bapa yang sejati.
Akhir sekali pesan ust pahrol :
Biasa orang akan bertanya,'mana lagi susah,mendidik anak lelaki ke mendidik anak perempuan?'
Sepatutnya soalan itu di ubah : ‘ada beza tak cara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan?’
boleh di fikir fikirkan....”
Alhamdulillah dengan asbab saya membaca blog kohai saya itu,akhirnya dapat juga saya berkongsikan serba sedikit isi buku –Nota hati seorang lelaki.InsyaAllah,selepas ini saya cuba untuk memilih mana mana isi yang menarik untuk di kongsikan bersama di dalam blog ini dengan harapan para pembaca dapat menghayati apa yang ingin di sampaikan oleh penulis sebenar buku tersebut.
Hidup ini memang penuh dengan asbab…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment