Hidup ini penuh dgn pilihan.....gambar dalam perpustakaan
Kedai A.
Sebuah kedai runcit di kawasan taman perumahan yang sedang beroperasi di bangunan rumah kedai.Susun atur di dalamnya seperti kedai kedai yang kita biasa kunjungi.Di ruang hadapan di letakkan rak surat khabar dan beberapa majalah.Lokasinya betul betul berdekatan dengan kaunter bayaran.Di bahagian dalam di bahagikan kepada 3 ruang yang besar.1 bahagian untuk barangan makanan dan minuman,1 bahagian untuk barangan cucian dan pakaian dan 1 bahagian lagi tiada kategori (others).
Di dalam kedai ada beberapa pembantu Indonesia yang akan mengemas dan menyusun atur mana yang perlu.Dan di bahagian paling belakang kedai di tempatkan store barangan.
Di hadapan kaunter pula terdapat deretan peti ais bersaiz besar berisi sayuran dan minuman manakala peti ais bersaiz kecil diisi dengan ais krim serta makanan sejuk beku.
Di belakang kaunter,seperti yang kerap di perhatikan,terdapat rak di susun atur dengan pelbagai macam jenis rokok.Ruangan yang biasanya mendapat perhatian ramai di mana mana kedai sekalipun.
Kedai B.
Susun aturnya hampir mirip dengan kedai A.Cuma pembantu kedai nya sahaja di datangkan dari India.Harga barangan pula ada sedikit berbeza.Sesetengahnya ada yang lebih murah sesetengahnya pula ada yang lebih mahal.
Walaupun susun atur barangan hampir sama dengan kedai A,tetapi untuk setiap barangan mempunyai lebih banyak pilihan dari pelbagai jenama.Sebagai contoh,untuk diapers kanak kanak sahaja ada 5~6 jenama pelbagai kuantiti dan pelbagai jenis.
Bahagian depan kaunter pula di atas barisan peti ais di letak rak panjang berisi bekas makanan dan minuman plastik serta yang seangkatan dengannya.
Yang lebih menariknya,penjaga kaunternya amat cekap melayan,walau ramai manapun pelanggan.Dan yang nampak ketara,pelanggan tidak perlu beratur menunggu giliran yang terkadang membawa barangan yang bukan sedikit jumlahnya.
Kedai C.
Susun aturnya juga hampir sama dengan 2 kedai di atas.Cuma bahagian majalah dan suratkhabar di letakkan pelbagai lagi pilihan.Suratkhabar diletakkan di tepi kaki lima tempat orang ramai lalu lalang.Manakala deretan majalah pelbagai genre di letakkan di sisi laluan masuk utama ke dalam kedai.Pembantu kedai terdiri dari anak anak tuan punya kedai di samping seorang pembantu tetap dari Bangladesh.
Barangan di susun agak padat menyebabkan agak sukar mencari barang tertentu.Kadangkala ada yang di pamerkan tapi masih di dalam kotak dan di letak sahaja di atas lantai tanpa tanda harga.
Barangan tin ada yang berhabuk di bahagian penutupnya.Store kedai nampak kelam kabut sedikit susun aturnya.Pernah sekali pembantu kedai menarik keluar perangkap tikus dari bawah sebuah rak ketika kedai masih dikunjungi pelanggan.Dan banyak lagi….
Mini market D.
Ruangan kedai yang besar boleh menempatkan lebih banyak barangan keperluan pengguna.Penggunaan penghawa dingin selain memberi keselesaan kepada pengguna ia juga boleh menambah baik kualiti udara di dalam ruangan kedai.Habuk juga dapat di kawal.
Oleh kerana tuan punya pasaraya sering mengedarkan pamplet harga barangan semasa,jadi pengguna mudah merancang perbelanjaan mereka.Perbandingan harga juga mudah di laksanakan.
Yang lebih utama,semua barangan di kawal selia dan nampak kesungguhan mereka dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan untuk datang membeli.
Pasaraya E.
Parking berbumbung dan tiada ‘parking fee’ merupakan 1 daya tarikan yang amat penting.Pengawal keselamatan nampak kerap melakukan rondaan bagi memastikan tiada sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku di kawasan premis.
Kawasan lobi di sediakan troli dan bakul kecil untuk keperluan pengguna memunggah barang ke kaunter.Terdapat juga senarai harga bergambar yang terkini di lekatkan di papan kenyataan.
Ruang membeli belah di mudahkan dengan adanya ‘signboard’ khas (contoh:pakaian kanak kanak,makanan kering,keperluan harian etc).Mungkin tanda harga yang tidak di letakkan pada setiap barang kadangkala mengelirukan pembeli.Namun dengan adanya ‘bar code reader’ masalah ini mungkin sedikit sebanyak dapat di selesaikan. Yang jelas dan nyata barangan yang di cari mudah di ‘akses’ tanpa perlu merayau rayau walaupun tiada pembantu kedai yang melayan kita.
Deretan kaunter yang panjang walaupun kadangkala penuh sesak dengan pelanggan di tambah baik dengan adanya kaunter ekspress untuk pengguna yang membeli kurang dari 10 barang.Di kaunter pula dua orang pembantu sedia menanti,seorang bertugas sebagai juruwang dan seorang lagi bertindak sebagai penyusun barang ke dalam beg plastik.Ini boleh mempercepatkan proses pembayaran.
Begitulah serba sedikit realiti sebenar dan gambaran perbandingan tempat kita berurusan untuk proses jual beli keperluan harian.Mungkin banyak lagi.......
Soalannya….
Manakah tempat/kedai untuk membeli barangan keperluan yang menjadi pilihan anda?
Soalan ini tidak termasuk di dalamnya,faktor bila masa ketika membeli,jarak dari tempat tinggal,barangan yang hendak di beli atau siapakah pemilik premis.
Menjadi pilihan masing masing atas dasar gambaran dari sudut pandangan mata dan cara setiap premis menarik pelanggan untuk masuk dan membeli di dalamnya..
A,B,C,D,E ???
Sudah membuat pilihan?
Adakah pilihan anda itu di praktikan sehari hari?
Mungkin agak sukar soalan tersebut untuk di jawab kerana banyak lagi faktor yang kita perlu pertimbangkan dalam proses kita membeli sesuatu jenis barangan.Namun kita sebagai pengguna,adakah kita tidak boleh mengubah suasana??
Adakah dalam proses jual beli hanya penjual berkuasa sepenuhnya??
Kita boleh pikirkan bersama…
‘Pengguna sekarang kebanyakkannya bercitarasa tinggi,’ luah seorang kawan saya baru baru ini.
Itu tidak saya nafikan.Tapi sejauh manakah impak ini di ambil peduli oleh para peniaga di luar sana.
Pernah satu ketika saya memerhatikan,seorang pakcik tua berbangsa cina mengucapkan terima kasih setiap kali pembeli membayar sejumlah wang di kaunter kedainya.Tidak terkecuali walaupun yang datang membayar hanyalah seorang kanak kanak sekolah yang membeli gula gula sebanyak 10 sen.
Seorang kakak berbangsa India pula sering menegur dan bertanyakan sesuatu kepada anak anak saya apabila saya membawa mereka bersama sama saya ke kedai.
'Boy semua dah makan ke?' begitulah antara ayat yang sering di tanyakan.
Seorang pakcik melayu yang pernah membuka kedai berhampiran rumah saya di kampung dahulu sering mempelawa saya makan bersamanya.Ruangan kedai yang berdekatan dengan rumah pakcik itu membolehkan isterinya sering menghantar apa jua juadah makanan ke hadapan kedai.Dan saya adalah antara penjamah rasmi juadah itu walaupun saya bukanlah pelanggan yang membeli barangan.
Kisah kecil di atas jangan di pandang sebelah mata.Masih saya ingat lagi antara buah bicara ketika saya menjual nasi lemak dahulu dengan seorang jemaah tabligh.
'Kita berniaga ni akan nampak maksud tawakkal yang sebenarnya.Kerana kita tidak memanggil masuk/datang pelanggan kita,mereka yang masuk/datang sendiri kerana di gerakkan hati mereka oleh Allah,' ayat yang tidak mungkin akan saya lupakan.Penuh hikmah kata kata itu.
Tapi adakah kita di ajar hanya bertawakkal sahaja tanpa berusaha?
Kisah di atas mungkin salah satu usaha peniaga yang ikhlas dalam berniaga barangan mereka.
Jadi,samada kita sebagai penjual atau pembeli berlaku adillah dalam tindak tanduk kita.Sebab kata lawan bagi adil adalah zalim.Zalim pula membawa maksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Namun yang menggusarkan hati saya adalah,dalam contoh kelima lima situasi di atas,hanya seorang sahaja sebenarnya dari mereka adalah peniaga muslim.Yang mana satu antara mereka biarlah saya sahaja yang tahu.
Satu sahaja perkongsian saya hari ini…(mengambil sempena ayat yang sering saya ungkapkan…hidup ini kan satu perkongsian….) Bantulah peniaga muslim yang ada di luar sana.Bantulah bukan bermaksud membeli sahaja barangan yang mereka jual,malahan memberi pandangan dan buah pikiran kepada mereka supaya mereka dapat menambah baik perniagaan mereka.
Berilah sokongan kepada peniaga muslim kita!
Muhasabah selepas ramadhan fasa 2.Renung renungkanlah…..
Untuk muhasabah sebenar ramadhan : klik (di sini)
Jom muhasabah!
No comments:
Post a Comment