Wednesday, June 9, 2010

:: Melentur Buluh Biar Dari Rebung - Bahagian 1 ::

Bismillahirrahmannirrahim.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya,"Menuntut ilmu adalah fardhu  (wajib) atas setiap muslim (lelaki dan perempuan)." (Thabrani)

Mukadimah.

Bila sebut tentang ilmu,setiap perkara yang ingin kita lakukan perlu di sertakan dengan ilmu.Kerja semudah memasak nasi pun memerlukan ilmu.Jika memasak nasi tanpa ilmu,beras yang di masak bisa tidak tanak gara gara tidak cukup sukatan air.Mujur sahaja nasi yang di masak tidak tanak,namun masih boleh di tambah air.Kalau kena gayanya nasi tadi akan masak dengan sempurna akhirnya.Apa jadi kalau beras yang hendak di masak terlebih pula sukatan airnya.Mungkin menjadi seperti pepatah melayu,"Nasi dah menjadi bubur."

Seperti kata kata yang biasa kita baca, "TUNTUTLAH ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD"

Penangan Toyohashi.

Saya pertama kali mendengar secara terperinci penerangan tentang persediaan dan perancangan pendidikan anak anak,ketika saya menghadiri satu gathering di Toyohashi suatu masa dahulu.Pembentangan kertas kerja ketika itu di sampaikan oleh ustaz jemputan dari Malaysia,Ustaz Hj Abdul Halim bin Abdullah.

Ketika penerangan kertas kerja berkenaan berlangsung,banyak perkongsian ilmu dan input baru yang saya perolehi.Antara yang di terangkan ketika itu adalah persediaan yang perlu di buat oleh ibu bapa dalam memilih bentuk dan corak serta sistem pendidikan yang hendak di gunapakai bagi mendidik anak anak.Juga yang penting untuk di pertimbangkan adalah hala tuju pendidikan anak peringkat demi peringkat.Namun dalam banyak banyak perkara yang di bincangkan oleh Ustaz Hj Abdul Halim ketika itu,ada 1 perkara yang menjadi tanda tanya dalam diri saya.Kata Ustaz,untuk mendapatkan sistem pendidikan yang bagus,ibu bapa sendiri harus memastikan kedudukan ekonomi mereka kukuh demi untuk merealisasikan impian.Mengapa ya??

Namun semua itu terjawab apabila anak saya yang sulung mula memasuki era pendidikan secara formal walaupun baru berumur 6 tahun.

Ekspo Pendidikan Islam.

Bagi mengadaptasikan apa yang saya pelajari dan saya dengar ketika di Toyohashi dahulu,tahun lepas (penghujung 2009) saya bersama sama isteri dan anak anak di beri kesempatan oleh Allah SWT meluangkan masa melihat dan menghadiri satu Ekspo Pendidikan Islam Negeri Sembilan anjuran bersama Surau Taman Alamanda dan Masjid Bandar Baru Senawang.Tema ekspo adalah-Nak hantar anak ke mana : Tadika? Sekolah rendah? Lepas UPSR,PMR SPM?
pamplet EKSPO Pendidikan Islam

Saya dapati ekspo yang julung julung kalinya di anjurkan itu amat berguna bagi ibubapa.Terutama sekali yang tercari cari kemana hala tuju pendidikan anak mereka.Malah ia menjadi satu medium pendedahan kepada anak anak yang bakal menjejaki alam baru persekolahan tidak kira apa peringkat.
Antara pusat pendidikan yang mengambil bahagian
(Maahad Tahfiz As Sa`idiyah)

Bagi pandangan saya sendiri,ekspo sebegitu wajib di teruskan tahun demi tahun bagi menggarap tujuan utama ekspo demi untuk mendedahkan masyarakat tentang pentingnya pendidikan berlatarbelakangkan Islam kepada anak anak.Ekspo sebegitu juga serba sedikit dapat menjelaskan kepada masyarakat yang sebahagian kecil masih ada yang beranggapan negatif terhadap sistem pendidikan yang berjenamakan 'Pendidikan Islam'.

Bayangkan anak saya yang sulung,Abdul Aziz begitu teruja melihat gantungan baju T Shirt dan Baju Rasmi Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang berbetulan membuka ‘booth’ mereka pada ekspo tersebut.Saya dan isteri sengaja membiarkan Abdul Aziz dan adik adiknya bermain main sekitar kawasan ekspo.Sementara itu kami berdua pula mengambil kesempatan untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut tentang sistem pembelajaran di PASTI.Walaupun penerangan dari urusetia wakil dari pihak PASTI nampak simple dan ringkas tapi serba sedikit kami mendapat gambaran kasar tentang apa yang bakal anak kami pelajari/lalui sekiranya kami hantar anak kami ke PASTI.Dengan yuran pendaftaran dan bulanan yang agak munasabah,saya terus mengisi borang pendaftaran ketika itu juga.Sambil saya mengisi borang,isteri meneruskan sessi temubual dengan urusetia bertanyakan lebih lanjut tentang silibus dan jadual waktu di PASTI.Kebetulan pula,PASTI ada membuka cawangannya di dalam taman tempat saya tinggal.'Elok sangat le tu',bisik hati saya.
'booth' PASTI N9.

Gempar.

Saat saat sessi persekolahan hampir bermula,segala persiapan untuk persekolahan Abdul Aziz kami sediakan semampunya.Alhamdulillah,beg sekolah Abdul Aziz tahun ini telah di sumbangkan oleh makciknya Pn Hasnita Salikon.Bukan main suka lagi anak saya bila menerima beg barunya itu.Timbul masalah pula bila si kecil yang berdua itu juga mahukan beg transformer yang sama.Apalagi…inilah sebagai pemujuk hati mereka. 
Beg Transformer Abdul Aziz

Beg Transformer Abdul Hadi & Ain Sofiah yang telah di 'transform'kan.
(asal asalnya beg bergambar lain,kemudiannya di jahit dengan gambar TRANSFORMER)

Tiba masa untuk Abdul Aziz mendaftar diri di PASTI (4 Jan 2010) yang berbetulan tempat saya bekerja memang memberikan cuti khas kepada pekerja mereka untuk menghantar anak ke sekolah untuk sessi baru.Nampak pada riak muka Abdul Aziz pada pagi itu cukup ceria,maklumlah hari pertama untuk pergi ke sekolah walaupun tanpa menyarung uniform rasmi PASTI.Berbekalkan stokin dan kelengkapan lain yang hampir semuanya baru (walaupun baju dan seluar adalah baju jalan jalan anak saya) saya pun menghantar anak saya ke PASTI yang jaraknya hanya lebih kurang 1km di Taman Desa Ixora.Sampai di PASTI jam tepat 8 pagi dan saya lihat ada beberapa ibu bapa sedang mendaftarkan anak mereka seperti juga saya.Bagi pelajar pelajar lama,saya lihat mereka sudah mula duduk di meja tempat mereka belajar untuk memulakan aktiviti pembelajaran mereka.
Aksi seorang WIRA di hari pertama sebelum melangkah masuk ke dalam alam persekolahan.

Oleh kerana saya terlebih dahulu telah mengisi borang semasa Ekspo tempoh hari,jadi pada pagi itu saya hanya melunaskan baki yuran yang sepatutnya di bayar.Selepas beberapa ketika,saya dan Abdul Aziz di bawa oleh salah seorang tenaga pengajar di situ ke kelas untuk pelajar berusia 6 tahun.Di dalam kelas berkenaan ada lebih kurang 7~8 murid lain ketika itu.Yang lebih beruntungnya Abdul Aziz,selain dapat bertemu rakan baru,anak jiran saya pasangan Cikgu Azmi dan Pn Rehan juga menghantar anak mereka,Nani ke PASTI yang sama.Harap hati saya agar Abdul Aziz tidak kekok di tempat baru dengan hadirnya anak jiran saya itu.Nani,walaupun sama sama baru mendaftar diri di PASTI nampak tidak kekok memandangkan sebelum ini ketika berusia 5 tahun,dia sudahpun memasuki Taman Didikan Kanak (TADIKA) di tempat lain.

Saya luangkan masa saya sedikit untuk memerhatikan apakah aktiviti mereka di PASTI kala pagi.Tenaga pengajar yang tadinya membawa saya dan anak saya ke dalam kelas 6 tahun masuk kembali ke dalam kelas tersebut.Tenaga pengajar tadi terus memberikan arahan kepada murid murid agar membaca sesuatu berupa doa saya kira.Kerana adanya pelajar lama,maka pelajar lamalah yang mengikut arahan tenaga pengajar tersebut.Anak saya yang masih tidak mengerti apa apa ketika itu hanya diam membisu.

Selepas aktiviti doa selesai,para pelajar di berikan beberapa helai kertas dan di arah untuk mewarna beberapa objek di dalamnya.Anak saya pun menerima tugasan yang sama dan saya lihat dia pun turut sama melakukan aktiviti mewarna dengan pensil warna yang juga baru di bekalkan oleh pihak PASTI.Sementara anak saya khusyuk dengan dunia barunya di kelas berkenaan,saya sekali lagi bertemu dengan penyelaras PASTI Al Hazim untuk bertanyakan beberapa persoalan termasuk pengurusan pengangkutan bagi anak anak PASTI.Sedang asyik saya bertanya,tiba tiba saya mendengar satu tangisan yang biasa saya dengar.Rupa rupanya Abdul Aziz sudah perasan saya meninggalkannya sewaktu dia asyik mewarna tadi.Walaupun dia dapat mencari saya di dalam pejabat PASTI,namun tangisannya masih lagi bersisa.

Seketika saya biarkan dahulu tangisan anak saya reda sebelum saya melangkah keluar dari pejabat PASTI untuk pulang ke rumah.Rupanya Abdul Aziz belum dapat menerima hakikat bahawa alam persekolahan tidak membenarkan ibubapa duduk di sisi untuk jangka masa yang panjang.Namun saya gigihkan juga semangat saya untuk pulang dan meninggalkan Abdul Aziz di PASTI bagi menyambung sessi pembelajarannya.Walaupun sayup sayup terdengar jeritan dan tangisan memohon simpati anak saya,saya jadikannya sebagai cabaran bahawa mendidik anak perlu menempuhi pelbagai dugaan.

Tamat kisah hari pertama yang penuh mencabar tiba pula hari kedua persekolahan.Saat ini lagi mencabar di mana Abdul Aziz masih lagi tidak dapat menerima hakikat dia akan di tinggalkan keseorangan tanpa saya di sisinya.Walaupun sayu,namun atas dorongan seorang bapa pelajar yang mengatakan,’Biasalah tu,lepas seminggu tu oklah nanti.’ Saya tinggalkan juga Abdul Aziz di PASTI dengan doa agar dia dapat menyesuaikan dirinya di sana biarpun mengambil masa.Alhamdulillah masuk minggu kedua,Abdul Aziz mula menyesuaikan dirinya di PASTI.Sudah tidak kedengaran lagi tangisan Abdul Aziz ketika saya meninggalkannya di pintu pagar PASTI.Malah celoteh celotehnya tentang kisah ketika di PASTI membuktikan dirinya telah menyerap suasana persekitaran barunya.
Uniform rasmi PASTI.

Kisah dari Seorang Bapa.

Saudara Zul,salah seorang rakan sekerja saya juga menghantar anaknya yang kedua ke PASTI berdekatan rumah beliau di Sikamat.Dengan senang hati beliau menceritakan pengalaman barunya itu kepada saya.Katanya,walaupun terpaksa membayar lebih (kerana anak sulungnya sebelum ini di hantar ke TADIKA lain dan bayaran bulanannya agak murah) namun kesan dari sistem pembelajaran yang di praktikkan oleh PASTI amat berlainan dan memberi kesan.Hasilnya,anaknya itu sudah petah membaca doa sebelum makan dengan lancar.

Kisah saya sendiri.

Memang benar,walaupun saya tidak ada pengalaman menghantar anak ke TADIKA lain,namun bagi saya,saya rasa bersyukur kerana usaha saya menghantar anak saya ke PASTI sedikit sebanyak mula membuahkan hasil yang agak menyenangkan hati saya sendiri dan menyedapkan mata memandang.

Selanjutnya...Antara aktiviti di PASTI.

(......biar gambar yang berbicara.)
antara buku teks yang di gunakan di PASTI.

Latihan menulis Jawi.

Menghafal Hadith dan maksudnya.

Hari sukan PASTI peringkat Rembau.
(dari kecil anak sudah di asuh supaya menutup aurat)

Apo yang ponting..kojosamo.

Nota :
1.InsyaAllah untuk bahagian 2 saya akan kongsikan persediaan untuk ke sekolah rendah dan perkembangan Abdul Aziz selepas peperiksaan semester PASTI.
2.Gambar di atas sebahagian adalah ehsan dari saudara Rozmal (http://waghih.blogspot.com/) - (sila klik pada gambar untuk melihat imej dengan lebih jelas)

:: Mencahayakan rumah dengan amal ::

Di bawah adalah catatan yang dapat di buat pada kuliah maghrib Ustaz Hj Hambali di Surau Taman Cempaka Fasa 1 (4 Jun 2010-Jumaat)

Mukaddimah

Perlayaran hidup terkadang tenang terkadang dilanda ombak.(sekadar gambar hiasan)

Ustaz Hj Hambali memulakan kuliah pada malam tersebut dengan menerangkan dan menceritakan kembali pada jemaah yang hadir tentang sejarah negara Islam yang pernah di jajah oleh negara asing pada perang dunia sebelum ini.British ketika itu telah menjajah negara seperti Mesir,Arab Saudi,India (yang kemudiannya berpecah menjadi Pakistan,Bangladesh dan India) dan tidak ketinggalan Malaysia.Peranchis pula menjajah Morocco.Itali juga telah menjajah Libya,Tunisia dan Algeria.Negara negara penjajah ini menjajah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menipu dan menghancurkan ummat Islam.

Semenanjung Tanah Melayu yang semua sedia maklum di kelilingi dengan lautan.Tanah Melayu pula ketika itu mempunyai armada tentera laut yang cukup kuat dan telah membuatkan Stamford Raffles merasa gusar dan ragu ragu memikirkan bagaimanakah cara untuk menakluki Tanah Melayu.Akhirnya dengan bantuan sepoi sepoi (tentera) dari India,tentera Thai dan orang melayu yang memberontak,Stamford Raffles berjaya memasuki Tanah Melayu.Selepas dari itu bermulalah aktiviti pihak penjajah untuk menghancurkan Islam sehinggakan terbitnya kitab BIBLE yang diterjemahkan dalam tulisan Jawi Lama yang di tulis oleh Munsyi Abdullah.

Ustaz mengingatkan jemaah bahawa usaha pihak luar untuk  menghancurkan ummat Islam masih berterusan hingga ke saat ini.Dan ustaz mengingatkan bila ada usaha dari mana mana pihak sekalipun dengan tujuan untuk menghancurkan Islam,jalan keluar dari fitnah tersebut adalah dengan kita menggiatkan lagi amal agama kita.

Supaya ingatan di atas dapat menyedarkan kita semua tentang tanggungjawab sebenar kita sebagai seorang hamba Allah yang beragama Islam.

Ustaz Hj Hambali pada malam itu telah membacakan sepotong hadith riwayat dari Abi Kabasyah Al Anmari r.a,bahwa Nabi SAW bersabda yang maksudnya lebih kurang begini :
"3 perkara yang aku bersumpah ke atasnya dan aku ceritakan kepada kamu.
-Bahawa tidak akan berkurangan harta benda dengan sebab bersedekah.

Ustaz menerangkan dengan bersedekah kita akan mendapat keberkatan dalam hidup berkeluarga.Di sini ustaz memberi saranan supaya kita kerap berdoa kepada Allah SWT agar kita di kurniakan rezeki dan dapat bersedekah dan di jauhkan dari sifat kedekut..

Dalam kitab Al-Hisnul Haseen yang di karang oleh Imam Ibn al-Jazari,Ustaz Hj Hambali ada mengesyorkan satu amalan di mana agar kita membaca:

SubhanaLlahiwabihamdihi, SubhanaLlah hilazim,Astaghfirullah sebanyak 100 kali antara azan dan iqamat solat subuh/antara sebelum matahari naik selepas solat subuh.

Fadhilat/Kelebihan amalan di atas : Memurahkan dan memudahkan rezeki pengamalnya.

-Bahawa apabila orang yang kena zalim itu bersabar,maka Allah SWT akan tambah kemuliaan kepadanya.

Ustaz mengisahkan perumpamaan bagaimana suatu hari seorang hamba Allah A telah di langgar keretanya dari belakang oleh hamba Allah B ketika berhenti menunggu lampu isyarat bertukar dari merah menjadi hijau.Si B yang melanggar dari arah belakang,entah apa alasannya terus sahaja memarahi si A.Bukan sahaja di marahi,Si B terus sahaja memaki hamun si A dengan kata kata yang tidak enak di dengar.Si A yang tahu dirinya tidak bersalah dengan rendah diri dan tidak menunjukkan sebarang reaksi walau di marah dan di maki terus sahaja meminta maaf kepada si B dengan kejadian yang berlaku.

Tamat sahaja peristiwa tersebut,si A pun terus sahaja ke bengkel untuk membaiki keretanya yang rosak akibat kemalangan berkenaan.Dalam masa yang sama,si A memberitahu pihak pejabat tempat dia bekerja tentang kelewatannya masuk kerja pada hari tersebut.Setelah selesai kerja membaiki keretanya di bengkel,si A terus sahaja pergi ke tempat kerjanya kerana pada hari tersebut, si A yang merupakan seorang penjawat awam perlu membuat sessi temubual kepada calon calon yang memohon untuk mendapatkan rumah.

Tiba di pejabat,setelah menemubual beberapa calon,tibalah giliran calon berikutnya.Tidak semena mena yang masuk ke dalam bilik untuk di temubual oleh si A adalah si B,orang yang telah melanggar keretanya sebelum ini dan orang yang telah memarahi dan memakinyanya tanpa usul periksa itu.Si B yang telah masuk ke dalam bilik berkenaan bila terpandang sahaja muka si A terus sahaja berubah wajah.Seperti tidak percaya dengan apa yang di lihatnya,si B seolah olah serba tak kena dengan situasi berkenaan.Namun si A dengan muka penuh senyuman melayan si B seperti tidak pernah berlaku sebarang peristiwa buruk antara mereka sebelum ini.Borang permohonan si B di teliti seperti mana calon calon lain dan si A mengatakan bahawa sekiranya si B layak dan memang Allah menetapkan rezeki si B,maka rumah yang di pohon ada kebarangkalian besar si B akan memperolehinya.

Si A walau dalam keadaan mempunyai kuasa dan kesempatan untuk membalas dendam atau membuat tindakan bagi membalas tindakan si B sebelum ini,tetap bersabar dan melakukan tanggungjawabnya yang sebenar.Maka kesan dari itu,si B (sekiranya dia seorang yang normal) tadi tentu akan melihat si A sebagai orang yang mulia,sabar dan penuh dengan ketakwaan.

-Dan tidaklah seorang hamba yang suka meminta minta kecuali Allah akan membuka pintu kefakiran bagi dirinya.

Dikisahkan oleh Ustaz,bahawa sahabat r.a yang faham dengan hadith ini,apabila mereka menaiki binatang dan di takdirkan cemeti mereka terjatuh ke tanah,mereka akan turun sendiri untuk mendapatkan semula cemeti tersebut walaupun ketika itu mereka mempunyai hamba sahya yang boleh di arah bila bila masa.

Di kisahkan juga bagaimana Khalifah Harun ar Rasyid (khalifah abassiyah) yang juga merupakan wali Allah suatu masa apabila sedang tidur sambil di kipas oleh dayang dayang istana tiba tiba mendapati salah seorang dayangnya tertidur akibat keletihan mengipas baginda.Lalu baginda apabila sedar dari tidur,baginda mengipas dayang yang sedang tidur tadi dengan kipas yang sama.Tiba tiba dayang yang tertidur tadi tersedar dari tidur,terus sahaja meminta maaf kepada Khalifah Harun ar Rasyid.Namun Khalifah Harun ar Rasyid mengatakan,'Sekiranya aku suka ketika aku tidur sambil di kipasi oleh kamui,aku yakin kamu juga suka di perlakukan seperti itu juga'

Di kisahkan juga dalam kisah yang lain,suatu ketika Khalifah Harun ar Rasyid tersedar dari tidur dalam keadaan tekak yang begitu dahagakan air.Dalam senyap senyap Khalifah Harun ar Rasyid,walaupun seorang Raja yang berpengaruh besar,pergi sendiri ke dapur istana untuk mengambil air dan meminumnya di sana.

Satu kisah di zaman Nabi SAW,di mana seorang sahabat bernama Hakim bin Hizam r.a datang kepada Nabi SAW meminta sesuatu kepada Baginda,dan Baginda memberinya sesuatu.Perkara ini berulang sebanyak 3 kali dan selepas kali ketiga Nabi SAW menasihati Hakim bin Hizam ra supaya memintalah pada Allah SWT.Dengar sahaja nasihat Nabi SAW,Hakim bin Hizam r.a terus berkata bahawa dia tidak akan meminta kepada seorangpun selepas ini sehingga dia meninggal dunia.

Benar seperti apa yang di ucapkan,pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar,Amirul Mukminin telah menawarkan harta Baitul Mal kepada Hakim bin Hizam r.a tetapi telah ditolak oleh sahabat berkenaan.Begitu juga di zaman pemerintahan Saidina Umar al Khatab,Hakim bin Hizam r.a tetap menolak pemberian harta oleh Amirul Mukminin.Namun akhirnya,di zaman pemerintahan Saidina Uthman,Hakim bin Hizam r.a menjadi seorang yang kaya.

Moga perkongsian di atas dapat memberi manafaat kepada semua.InsyaAllah.......

(nota : font biru bertulisan condong adalah maksud hadith sementara tulisan di antaranya adalah penerangan ustaz tentang maksud hadith)

Wednesday, June 2, 2010

:: Edisi Khas - Selamat Pengantin Baru ::

cincin sebagai lambang tautan kasih dalam perkhawinan.

Selamat Pengantin Baru kepada adik bongsu saya, S Norazura binti Salikon dengan pasangannya Mohamed Ackiel bin Mohamed Ali.Mereka selamat diijabkabulkan pada Jumaat 28 Mei 2010 lalu di Masjid Jamek Batu 15 Ayer Hitam,Muar,Johor oleh Al Fadhil Ustaz Aman.Barakallahu lakuma, wa barik alaikuma, wa jama’a bainakuma fil khair. Saya dan isteri bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih sebagai wakil keluarga Tn Hj Subari kepada semua yang terlibat sehingga semua urusan berjalan dengan selamat dan meriah sekali.

Menambah meriah suasana majlis Aqad pada hari tersebut dengan kehadiran saudara terdekat baik dari sebelah Abah dan juga dari sebelah arwah Emak,tidak lupa juga keluarga ipar saya yang datang dari Bandar Baru Bangi dan juga jiran tetangga.

Dari pihak pengantin lelaki,rombongan telah membawa bersama sama mereka Maulana Shaykh Afeefuddin Al-Jailani dan keluarga beliau.Selain itu,rombongan pihak lelaki juga di iringi dengan Ibu Bapa pengantin dan juga keluarga terdekat mereka.

Majlis Aqad selesai dengan lancarnya dan di tambah keberkatan dengan di iringi dengan doa dari tetamu kehormat pada hari tersebut iaitu Maulana Shaykh Afeefuddin Al-Jailani.Moga majlis berkenaan dicucuri RahmatNya.InsyaAllah.

Setelah selesai majlis Aqad,rombongan dari pihak lelaki telah kami alukan ke rumah kami,di Kampung Parit Haji Zain,Ayer Hitam Muar Johor untuk menjamu selera.

Berfoto bersama Maulana Shaykh Afeefuddin Al-Jailani di rumah Abah.Di dalam gambar adalah keluarga ipar saya dari Bandar Baru Bangi,Isteri dan anak-anak saya.

Semoga Allah swt memberkati kedua-dua mempelai dan memberkati kesemua umat Muhammad SAW yang ikhlas dan bersungguh berusaha membina rumahtangga dan keluarga Islam yang sejati. Kasih Sayang Dalam Keluarga dan Dakwah adalah asas penting dalam membina mahligai rumahtangga. Bergitu juga berkahwin dalam usia muda memerlukan sedikit sebanyak pengkongsian pengalaman untuk sedikit sebanyak membantu kita melayari kehidupan baru yang sudah tentu berbeza dengan alam remaja atau bujang. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina oleh pasangan pengantin baru Ackiel dan Azura akan menjadi salah sebuah rumahtangga contoh ke arah Membina Generasi Harapan, insyaAllah.

“Wahai Tuhan kami, kurniakan untuk kami dari kalangan pasangan-pasangan kami dan zuriat kami, sebagai penyejuk mata. Dan jadikan kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan). Ameen.
Apabila Allah swt mengutuskan rasul, Dia menyediakan baginya isteri yang mendokongnya dalam menjalankan tugas Dakwah, seperti kata Khadijah ra, “Demi Allah! Allah sekali-kali tidak mensia-siakan kamu!!” .Dari sini, Allah swt menggambarkan kehidupan berumahtangga dengan suatu pengertian yang tinggi, firmanNya bermaksud, “Dan diantara tanda-tanda (keterangan dan kekuasaanNya), Dia menciptakan untuk kamu dan (jenis) kamu isteri-isteri agar kamu tenang kepadanya. Dan dia menjadikan diantara kamu cinta dan kasih. Sungguh dalam yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Ruum:21). Ayat di atas menyatakan bahawa tujuan perkahwinan adalah menubuhkan satu struktur keluarga yang stabil dan berterusan. Islam menolak matlamat perkahwinan hanya untuk memuaskan nafsu atau fizikal semata-mata. Bahkan diantara tujuannya ialah mewariskan Jalan yang panjang ini kepada generasi seterusnya. Anak mewarisi bapa dan ibu. Anak berkongsi risalah Dakwah ini bersama ibu bapanya. “(Ya Allah) kurniakanlah untukku wali dari sisiMu, mewarisi aku dan mewarisi dari keluarga Yakub ..” (surah Maryam:5). “Dan apabila Ibrahim bersama Ismail mengangkat asas dari Kaabah (dan berdoa) ya Allah terimalah (usaha) dari kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqarah:133). Oleh itu wasiat ayah kepada anaknya adalah agar si anak terus menyambung Jalan (Perjuangan)nya selepas ketiadaannya. Firman Allah swt, “Tidakkah kamu menyaksikan apabila Yakub hampir meninggal dunia, ketika (itu) dia berkata kepada anak-anaknya apakah yang akan kamu sembah selepas (kematian)ku. mereka berkata,’Kami menyembah Tuhanmu, Tuhan ayahmu Ibrahim, Ismail, Ishak, Tuhan Yang Satu, kepadaNya kami menyerahkan diri” (Al-Baqarah). (petikan dari blog Ustaz Abdul Halim Abdullah )

Tuesday, May 25, 2010

:: kOMpilAsi ::

Bismillahirrahmanirrahim.

Di bawah adalah perkongsian beberapa kisah yang berlaku dalam sejarah Islam yang di ambil dari beberapa kuliah Ustaz Hj Hambali di beberapa kuliah maghrib beliau.Moga mendapat manafaat dan dapat kita mengambil iktibar.

Hadith 1 (di bacakan di Surau Ibn Khaldun,Lavender Heights-21 May 2010)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Sesiapa yang mencari rezeki halal di dunia untuk membanyakkan harta semata-mata, untuk berbangga-bangga dan untuk menunjuk-nunjuk (riya`), dia akan menemui Allah di hari Kiamat dalam keadaan Dia murka kepadanya."

Harta dunia bukan untuk di agung agungkan dan di besar besarkan...

Kisah Al-Hajjaj Bin Yusuf as Saqofi (di kisahkan di Surau Al Amin,Taman Cempaka 2-18 May 2010)

Al Hajjaj bin Yusuf as Saqofi adalah seorang gabenor yang terkenal dengan suka menumpahkan darah manusia.Seseorang yang di hadapkan kehadapannya dengan sebab kesalahan tertentu akan terus di pancung mati tanpa di siasat terlebih dahulu.
 
Namun dengan sifatnya yang sebegitu zalim pun Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah bermimpi bahawa Al Hajjaj bin Yusuf as Saqofi masuk syurga.Dan setelah di selidik,antara sumbangan besar Al Hajjaj bin Yusuf as Saqofi adalah memberi arahan supaya tulisan di dalam Al Quran di beri baris supaya mudah di baca.Dan sehinggalah ke hari ini,Al Quran yang ada di hadapan kita di lengkapi dengan baris baris dan memudahkan untuk kita membacanya.Lantas bermula dari saat itu,Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Aku tidak akan bersangka buruk lagi terhadap sesama manusia.

Al Quran...Mukjizat sepanjang zaman.

Kesabaran Ummu Salamah (di kisahkan di Surau Taman Seri Pagi-24 May 2010)

Abu Salamah, isterinya (Ummu Salamah), dan anaknya (Salamah) telah bersama-sama dengan Rasulullah SAW melakukan hijrah ke Madinah.Di tengah perjalanan,mereka telah dihadang oleh kaum Bani Makhzum (kaum Ummu Salamah). Keluarga Abu Salamah (Bani Asad) ikut campur tangan dan mereka menolak menyerahkan Salamah, bahkan si anak dirampas dan dijauhkan dari ibunya. Sedangkan Bani Makhzum menahan Ummu Salamah dari terus berhijrah ke Madinah. Adapun Abu Salamah dibiarkan ke Madinah dengan hati penuh kesedihan karena harus berpisah dengan isteri dan anaknya.Keadaan demikian berjalan kurang lebih setahun lamanya.

Ummu Salamah terus-menerus menangis karena kecewa atas perbuatan kaumnya, sehingga akhirnya ada seorang laki-laki dari kaumnya membawa Ummu Salamah menyusul suaminya di Madinah. Adapun Bani Asad menyerahkan kembali Salamah kepada Ummu Salamah. Akan tetapi, banyak rintangan yang harus dia hadapi, dan berkat keimanan dan keinginan yang kuat,dia mampu mengatasi semua itu dan tiba di Madinah.

Tidak lama selepas bertemu kembali dengan suami dan anaknya yang tersayang,Abu Salamah telah meninggal dunia.Belumpun dapat melepaskan rindu terhadap suaminya,Allah SWT telah mentakdirkan Ummu Salamah terpaksa berpisah dengan Abu Salamah di dunia selamanya.Sungguh berat ujian yang di tempuh oleh Ummu Salamah.Ketika saat selepas Abu Salamah meninggal dunia,Rasulullah SAW telah berpesan kepada Ummu Salamah dengan sabdanya, "Barang siapa yang ditimpa suatu musibah, maka ucapkanlah sebagaimana yang telah dperintahkan oleh Allah, -'Innalillahi wainnailaihirojiuun' (Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan).

Seterusnya Rasulullah SAW mengajar satu doa kepada Ummu Salamah yang maksudnya,"Ya Allah, kurniakanlah bagiku dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik daripadanya."

Ummu Salamah patuh dengan sabdaan Rasulullah SAW dan terus beramal dengan doa yang telah di ajar oleh Baginda dengan penuh yakin Allah akan membantunya.Dan ternyata,ganti Abu Salamah sebagai suami Ummu Salamah adalah Rasulullah SAW sendiri.Rasulullah SAW telah menjadikan Ummu Salamah sebagai isteri Baginda dan menjadikan Ummu Salamah sebagai ahlul bait.

Kisah Istana di Syurga (di bacakan di Surau Ibn Khaldun,Lavender Heights-21 May 2010)

Suatu ketika dahulu,ada seorang lelaki hendak menjual sebuah istana yang di buat dari pasir dengan harga 200 dirham.Antara ramai ramai yang melihat istana pasir yang hendak di jual itu,Siti Zubaidah adalah salah seorang darinya.Kebetulan Siti Zubaidah lalu berdekatan dengan tempat lelaki itu duduk berjual.Siti Zubaidah mengarahkan pemandu kereta kudanya memberhentikan kereta kudanya dekat dengan lelaki tersebut.Lalu Siti Zubaidah telah membeli istana pasir tersebut dengan harga 200 dirham.

Apabila Siti Zubaidah pulang ke istana,suami siti Zubaidah iaitu Khalifah Harun ar Rashid telah pun mengetahui tentang kisah isterinya itu lalu mentertawakan tindakan isterinya itu.Apabila malam tiba,Khalifah Harun ar Rasyid telah bermimpi bahawa baginda telah melihat sebuah istana yang amat besar di dalam syurga.Baginda datang menghampiri istana berkenaan dan cuba untuk masuk ke dalam istana berkenaan.Niat baginda itu tidak kesampaian kerana di halang oleh penjaga istana berkenaan.Penjaga istana di syurga itu mengatakan kepada baginda bahawa istana tersebut dimiliki oleh Siti Zubaidah isteri baginda.

Rupa rupanya yang menjual istana pasir kepada Siti Zubaidah,permaisuri Khalifah Harun ar Rasyid adalah Bahlul al-Majnun seorang wali Allah.Duit 200 dirham dari hasil jualan istana pasir tadi, Bahlul al-Majnun telah sedekahkan kepada fakir miskin yang memerlukan.Mengetahui tentang itu,kemudiannya Khalifah Harun ar Rasyid pergi menjumpai Bahlul al-Majnun untuk membeli istana yang sama.Tatkala menyuarakan hasrat baginda,Bahlul al-Majnun mengatakan,"Sesuatu yang sudah nampak kini sudah tiada nilainya" dan hampalah Khalifah Harun ar Rasyid untuk memiliki istana di dalam syurga seperti yang baginda nampak di dalam mimpinya.
Dunia adalah hiasan semata mata..
Akhirat sanalah yang kekal abadi...

(.....Posting khas sempena setahun jagung kelahiran blog ku ini)

Thursday, May 13, 2010

:: Pengajaran Dalam Kisah ::

Ringkasan dari catatan kuliah bulanan Ustaz Hj Hambali di Surau Lavender Height (23 April 2010)
Keindahan alam keindahan Islam,
Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan,
Persada kecintaan taqwa jadi hiasan,
Biarpun kehinaan di mata insan....

4 Golongan manusia di dunia.

Ulama membahagikan manusia kepada empat golongan berdasar keadaan dan sikap mereka dalam hal yang berkaitan dengan ilmu dan harta :

Golongan pertama : Golongan manusia yang dikurniakan Allah Taala ilmu dan harta.
Sekiranya mereka takutkan Allah dan sedar harta itu hak Allah, lalu sebahagiannya dibelanjakan di jalan Allah. Inilah golongan manusia pilihan.
Golongan kedua : Golongan manusia yang dikurniakan Allah Taala ilmu tanpa harta.
Sekiranya golongan ini berniat akan berbelanja di jalan Allah jika dikurniakan harta kelak,maka golongan ini akan mendapat ganjaran seperti golongan pertama tadi.
Golongan ketiga : Golongan manusia yang dikurniakan Allah Taala harta tanpa ilmu.
Sekiranya golongan ini bakhil,berlaku curang dan tidak bertakwa kepada Allah SWT,inilah sejahat-jahat manusia
Golongan keempat : Golongan manusia yang tidak dikurniakan Allah harta dan ilmu.
Namun sekiranya golongan ini berniat hendak berbelanja untuk tujuan keduniaan apabila dikurniakan harta,maka mereka berdosa sama kedudukan mereka seperti golongan ketiga.
HARTA bukan segala galanya dalam hidup.

Kisah Luahan Hati.

Seringkali sekiranya berlaku perselisihan dalam rumahtangga,bilamana keadaan menjadi kritikal,ada pasangan yang mengambil inisiatif untuk bertemu kaunselor.Dalam salah satu sessi perbincangan antara kaunselor,si suami mungkin mampu menyenaraikan 1000 keburukan isteri yang menyebabkan mengapa rumahtangga mereka nampak retak.Si isteri pula juga mampu menyenaraikan 1000 keburukan suami atas sebab yang sama.
"......Jangan biarkan perselisihan faham membawa pergaduhan."

Tapi nasihat ustaz,sekiranya berlaku perselisihan antara suami dan isteri,rujuklah kisah di bawah ini :

Seorang telah datang untuk menemui Saidina Umar r.a kerana hendak mengadu tentang tingkah-laku isterinya, lalu dia berdiri di hadapan pintu rumah beliau, menunggunya keluar. Ketika itu dia mendengar isteri Umar sedang meleter bercakap panjang. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Lalu lelaki tadi beredar.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Lelaki tadi menjawab,"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku.Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

Kisah 'Kecik Hati'

Ustaz mengisahkan,

Ada kisah di mana Imam solat berjemaah di suatu tempat berkecil hati apabila tidak ramai jemaah yang ikut berzikir bersamanya setelah selesai bersolat fardhu.Sedangkan di awal solat,jemaah yang menyertai solat berjemaah begitu ramai.Tetapi dalam banyak keadaan,tidak ramai Imam yang berkecil hati dengan ramai lagi sebenarnya orang di luar sana masih lagi tidak datang solat berjemaah bersama sama di masjid/surau.
Tasbih dan zikir tidak dapat di pisahkan. (hanya gambar hiasan)

Sessi soal jawab :

Saya ambil kesempatan dalam sessi soal jawab untuk bertanyakan 1 soalan kepada ustaz Hj Hambali :

"Sekiranya kita mengajak kawan kita ke arah jalan yang di redhai Allah SWT,tetapi atas kelemahan diri kita,kawan kita tidak juga berubah sehingga kini.

Soalannya :
Sampai tahap manakah yang dikatakan tanggungjawab saya menyeru (dakwah) kepada kawan saya tadi di katakana sudah terlepas? "

Jawapan dan penerangan ustaz :

"Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW adalah sebaik baik penciptaanNya.Lahirnya Nabi Muhammad SAW ke dunia membawa cahaya kepada kehidupan masyarakat,bukan pada masyarakat zaman itu sahaja bahkan hingga ke hari akhirat.

Dan dalam bab berdakwah,Nabi Muhammad SAW bukan hanya berdakwah semata mata dengan kata kata.Bahkan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah,mempamirkan akhlak yang cukup baik dan cukup mulia.Selain dari itu,amalan amalan dalam kehidupan seharian Baginda juga menggambarkan dan membuktikan Nabi Muhammad SAW mengajak dan mengamalkan apa yang Baginda sebut dan sampaikan kepada ummatnya.

Selain itu,terang ustaz Hambali,dakwah yang boleh memberi kesan dan hikmah kepada orang yang kita dakwah,juga lahir dari amalan seperti bangun tahajjud secara istiqamah.

Kata ustaz lagi,

Baginda RasuluLlah SAW berulang kali berjumpa dengan Abu Jahal atas maksud dakwah walaupun Abu Jahal masih lagi degil dan masih lagi kekal dengan pendiriannya.

Walaupun begitu,

Kata ustaz lagi,tidak akan rugi kalau kita berjumpa dengan orang yang kita dakwah,tetapi orang yang kita dakwah itu tidak mahu berubah.Sesungguhnya Hidayah (cahaya) untuk seseorang itu berubah/taat perintah Allah dan beramal dengan sesuatu amalan adalah datang dari Allah SWT.
dalam menuntut ilmu di institusi pendidikan juga,bukan semua pelajar berjaya di didik sampai ke tahap cemerlang.semua memerlukan pengorbanan untuk berjaya.

Dan pesan ustaz lagi,

Sekiranya orang yang kita dakwah(ajak kepada cara dan jalan hidup yang lebih baik mengikut ajaran agama Islam) itu berubah,hendaklah kita banyakkan beristighfar takut takut nanti apa yang kita telah sampaikan,tidak mampu kita amalkan di masa hadapan."
semua pihak perlu memainkan peranan untuk berjaya....

(Moga dapat menafaat dari perkongsian yang serba sederhana ini.Sebahagian nota di atas ada yang di edit olehku....)

Tuesday, May 11, 2010

:: Tautan Antara Hati ::

Intipati/ringkasan/catatan dari Kuliah Ustaz Hj Hambali di Surau Taman Matahari Heights (7 May 2010).

Bismillah hirrahman nirrahim.

1.Tawadhu'

Sifat tawadhu' kata Ustaz Hj Hambali bukanlah di amal dan di bawa dalam peribadi kita sampai kita di hina oleh masyarakat.Namun begitu sifat tawadhu' itu perlulah di amal dan di bawa ke mana mana bukan memilih keadaan/tempat.Contohnya,bila kita berjumpa dengan golongan yang tertentu kita membawa sifat tawadhu' tetapi bila kita berjumpa dengan 1 golongan yang lain kita letakkan di tepi sifat tawadhu' itu atas sebab tertentu.Ini satu konsep yang salah dalam pada kita meletakkan diri untuk beramal.
Rasmi padi,semakin berisi semakin tunduk ke bumi.

Nota :
Tawadhu’ adalah sifat yang dituntut oleh Islam. Tawadhu' yang diertikan oleh Imam Hassan Al-Basri ialah seseorang itu tidak melihat dirinya lebih daripada orang lain. Tawadhu' lawannya takabbur, sombong dan riak. Tawadhu' ini sentiasa akan membuatkan diri seseorang itu menerima kebenaran tanpa ada sebarang takabbur. Di antara ciri-ciri tawadhu' ialah kita menerima kebenaran daripada sesiapa pun samada orang miskin, kaya, tua atau muda.

Jika dilihat atau diamati makna yang selalu kita faham bila di sebut tawadhu',ia kerap dikaitkan dengan sifat rendah diri.Merendah diri itu sendiri bukanlah membawa maksud kita ini merasa merendah diri sehingga menjadikan diri kita terhina dan dipinggirkan di tengah-tengah masyarakat. Maksud Tawadhu' di sini adalah mengambil jalan tengah yakni sederhana di antara dua perkara yang membinasakan. Iaitu antara terlalu melebih-lebihkan dirinya yang mengakibatkan sombong dan merasa rendah diri yang membawa kesan ke arah kekurangan dan kehinaan diri.


Tawadhu' juga boleh diertikan dengan meletakkan sesuatu pada tempat yang selayaknya dan memberikan sebarang hak kepada orang yang sememangnya berhak menerimanya.

2.Harga sebuah pengorbanan.
Dalam beragama,bukan bilangan/jumlah menjadi ukuran.

Di kisahkan oleh Ustaz Hj Hambali,di mana ketika ramai ummat Islam membuat persediaan menuju ke medan perang di zaman Rasulullah,ada seorang sahabat tidak mempunyai apa apa untuk di infaqkan bagi menjadi bekal tentera muslimin.Lalu sahabat tadi telah bekerja di sebuah ladang yahudi dengan mengambil upah menyiram tanaman di kebun tersebut.Dengan tangannya yang kudung,sahabat tadi berusaha juga untuk mengambil air dari telaga yang ada.Air yang dapat di cedok terus sahaja di siram pada tumbuh tumbuhan di kebun berkenaan.Setelah selesai kerjanya,sahabat Nabi tadi pun mendapat upah segenggam kurma.Segenggam kurma tadi di bawa kehadapan RasuluLlah SAW untuk di infaqkan ke jalan Allah.Walaupun hanya segenggam kurma,RasuluLlah SAW telah menerima infaq sahabat tadi lalu RasuluLlah SAW meletakkan kurma tadi paling atas dari sekalian harta infaq yang lain atas maksud besarnya nilai pengorbanan sahabat Nabi tadi walaupun dengan keadaan peribadinya yang serba kekurangan.

3.Di sebalik tabir miskin dunia.

Sekali ketika ustaz Hj Hambali berada di India,apa yang ustaz ceritakan adalah rumah kebanyakan penduduk India di sana menampal tinja lembu (najis lembu) pada dinding dapur.Ini bertujuan untuk mengeringkan tinja lembu tadi.Apabila tinja tadi kering,ia di jadikan bahan api untuk memasak.Semua sedia maklum,kebanyakkan tempat di India adalah tanah datar tanpa sebarang tumbuhan.Jadi amat sukar untuk mencari kayu api untuk di jadikan bahan bakar.Sebagai gantinya tinja lembu tadi di guna pakai.Malah ada kedai runcit yang menjual tinja lembu tadi kepada orang ramai sebagai maksud yang sama.Mungkin kita di Malaysia pergi ke kedai kerana kehabisan gas untuk memasak namun jika di India mereka ke kedai kerana 'gas' asli mereka telah kehabisan stok.Sama keadaan tetapi berbeza suasana.
Manafaat/mudharat pada setiap kejadian makhluk
adalah di bawah kuasa ALlah SWT.

Masjid mereka juga dalam keadaan yang amat sederhana.Beratapkan daun yang di anyam dan berlantaikan tanah sahaja.Namun penduduk di sana walau dalam keadaan serba kekurangan dan kedhaifan tapi mereka sentiasa taat pada perintah Allah SWT.

Sesungguhnya kata ustaz,apabila kita melihat orang miskin/dhaif,secara semulajadi hati kita akan berasa simpati terhadap mereka dan terbit rasa syukur dalam diri kita.

Contohnya,

Apabila kita menunggang motosikal,kita kadangkala tidak bersyukur dengan apa yang ada pada kita apabila kita melihat di sisi kita sebuah kereta mewah yang menjalar menyelusuri jalan yang sama.Namun apabila kita berselisih dengan seorang tua yang hanya berbasikal tua,nak tak nak hati kita akan timbul rasi simpati dan kasihan belas kepada orang tua tadi.Secara tidak langsung akan timbul rasa syukur dalam hidup kita.

Kata ustaz lagi,itu hanya baru melihat keadaan orang yang miskin.Bagaimana agaknya kalau kita bergaul dan berdamping dengan mereka.Tentu lebih banyak hikmah dan pengajaran yang kita dapat ambil.Sebab itulah ustaz berpesan,sunat kita bergaul dengan orang miskin sebagai usaha dan cara untuk kita sentiasa bersyukur dengan keadaan kita sekarang.

4.Ikhlas.

Dialog 1.
A : Sedap betul suara ko azan tadi.
B : Alhamdulillah :)

Dialog 2.
A : Ada orang kata azan ko tadi macam @$!#!!!
B : Apa?????

Renung situasi di atas.Ustaz Hj Hambali mengingatkan hadirin yang mendengar kuliahnya bahawa,orang yang ikhlas dalam beramal,akan sama sahaja perasaan mereka samada di puji mahupun di caci.Ini kerana mereka beramal betul betul kerana Allah SWT.

5.Sangka buruk.

Ustaz Hj Hambali mengingatkan lagi,untuk mengelakkan dari orang bersangka buruk terhadap kita,kita hendaklah dengan sedaya upaya mengunci diri kita dari melakukan apa jua perbuatan/amalan yang boleh menyebabkan orang boleh bersangka buruk terhadap kita.Sepertimana kita menjaga segala macam harta kita dari di curi orang,dengan menyimpan harta berkenaan di tempat yang selamat,begitulah juga dengan amalan dan tingkah laku kita.

6.Ilmu dan kefahaman.

Ustaz menegaskan di mana,dalam kita menuntut ilmu ada 2 golongan yang akan terhasil.Golongan pertama adalah orang yang hanya mendapat ilmu sahaja manakala golongan kedua adalah orang yang mendapat ilmu dan mendapat kefahaman dari ilmu berkenaan.Ilmu itu kata ustaz satu perkara dan kefahaman tentang ilmu itu adalah satu perkara yang lain.

Wallahua’alam.

Semoga perkongsian dapat memberi manafaat kepada pembaca dan dapat memberi peringatan kepada diri ku sendiri.

Monday, May 10, 2010

:: Cinta di langit Gaza ::

Dalam sejarah hidup saya,belum pernah lagi rasanya saya menghadiri sebuah majlis yang di namakan mengupas isi buku.Dalam hati saya terlintas satu persoalan,apakah agaknya pengisian majlis yang dinamakan 'Mengupas isi buku/bedah buku' itu.

Majlis Bedah Buku dari penulis Sebenar 'Cinta di langit Gaza'

Untuk maksud itu,selesai sahaja tugasan saya semalam (5 May 2010),tepat jam 8 malam saya terus ke Surau Apartment Seroja,Taman Tasik Jaya untuk pergi ke majlis yang saya dapat maklumatnya dari rakan blogger. (kredit untuk waghih@blogspot.com)

Saya tiba di tempat majlis ketika itu Ustaz Riduan Mohamad Nor telah berada di hadapan jemaah dan telah mula mengupas buku yang berjudul,Cinta di langit GAZA.

Buku tersebut merupakan buku yang di tulis sekitar pengalaman dan kisah benar yang dilalui oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor selaku penulis buku berkenaan.

Sebelum itu baca dahulu sinopsis buku :

"Cinta,sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia.Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang.Cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya. Buku ini diletakkan tajuk ‘ Cinta dilangit Gaza ‘, bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya.Kehadiran di bumi Isra’ itu sangat meruntum jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu. Merindui sebuah kebebasan kepada Al Quds, kiblat pertama umat islam, juga kerinduan hidup dibawah Syariat Islam.

Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS. Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua.

Buku ini juga wahana untuk berkongsi pengalaman dengan niat merangsang insan lain untuk turut meletakkan telapak kaki di atas jalan kebaktian, menerusi kerja-kerja amal adalah niat utama untuk saya meninta pengalaman ini. Saya telah diberikan kesempatan oleh Allah yang Maha Perkasa untuk melangkahi beberapa benua untuk menyantuni umat islam yang disengat kesusahan dan kejerihan.

Misi kemanusiaan dengan kepayahan yang berbeza, perang di Palestin, gempa bumi di wilayah perbukitan Pakistan dan Kashmir, kemelaratan dan pengasingan di Cambodia, Tsunami di Acheh dan Jawa Barat, di keronyok gempa di Jogjakarta, menyantuni pelarian di Lubnan, berkongsi sedikit kemewahan dengan umat Islam Bangladesh melalui program korban. Allah yang saya cintai sentiasa membuka ruang untuk saya dan teman-teman berbuat kebaikan .Kasih sayang Allah yang melimpah juga telah membawa saya kesebahagian besar dunia ini, melihat dunia yang sangat rencam dan pelbagai." – Ustaz Riduan Mohamad Nor.

Kata Ustaz Riduan Mohamad Nor,

Sejarah kekejaman puak Yahudi dan rejim Zionis bukan berlaku di era sekarang ini sahaja,bahkan sejak lama dahulu lagi.Sejarahnya agak panjang.

Antara contoh kezaliman puak Yahudi terhadap Islam adalah kisah Zainab binti Al-Harith yang meracun Nabi Muhammad SAW.

Tragedi Nabi di racun berlaku selepas tentera Islam menang dalam perang Khaibar.Walaupun kalah dalam perang tersebut,ramai dari pihak Yahudi masih menyimpan dendam terhadap tentera Islam dan salah seorangnya adalah Zainab binti Al-Harith.

Zainab binti Al-Harith telah menghadiahkan kepada Nabi SAW kambing bakar yang telah di beri racun.
Nabi menerima hadiah Zainab binti Al Harith itu dan ketika mengunyahnya dengan perlahan lahan namun kemudian memuntahkan daging paha kambing itu sambil berkata,”Sesungguhnya tulang (paha kambing) ini memberi tahu kepadaku bahwa dia diberi racun.”

Walaupun RasuluLlah SAW tidak makan daging berkenaan,namun bisa racun itu meresap sedikit ke dalam tubuh Nabi hingga memberi kesan sehingga ketika Hajjatul Wada’.

Begitulah,sejak dari dahulu lagi dendam kesumat mereka terhadap ummat Islam memang di tunjuk tanpa ada selindung.

Dalam rancak ustaz mengulas isi buku,ustaz sempat bertanya pada hadirin,mengapa yahudi memilih Palestin sebagai tapak aktiviti mereka.

Nak tahu jawapannya???

Tentu dalam buku yang harganya Cuma RM20 ini ada jawapannya.Apa tunggu lagi….
Cinta di langit Gaza-Kenangan dari majlis bedah buku.
(ops!!! Jazakumullah Ustaz sebab sudi meninggalkan kata kata 'TERUSKAN JIHAD' di buku ini)

Namun sebagai tambahan,kenyataan dan pengkisahan semula Ustaz Riduan Mohamad Nor ketika menceritakan balik kisah rakyat Palestin yang di seksa oleh rejim zionis amat menyentuh hati nurani saya.

Namun dalam banyak banyak mangsa yang menderita akibat serangan pihak zionis,bagi diri Ustaz Riduan Mohamad Nor,kanak kanaklah mangsa yang amat memilukan keadaan mereka.Bagaimana di ceritakan apabila bom phosphorus (bom yang terlarang di gunakan) di gugurkan ke bumi Gaza dan mengenai mangsa,mangsanya akan menderita di bakar api kerana phosporus tadi akan bertindak balas dengan oksigen lalu terbakar.Orang ramai yang melihat mangsa yang terkena hujanan phosporus tadi akan memdamkan api pada badan mangsa dengan pasir.Sekiranya api pada badan mangsa di padamkan dengan air,nescaya luruhlah daging mereka dari tulang.
Ina lillah wa ina ilayhi raji'oon ....Mangsa bom phosphorus
(dari ikhsan rakan blogger)

Sebab kesan bom phosporus ini sangat merbahayalah,maka dengan sebab itu Pihak Keselamatan PBB mengharamkan penggunaanya.Namun,bangsa Yahudi puak zionis yang merupakan puak dan bangsa yang keras kepala mana mungkin tunduk dengan larangan mana mana pihak sekalipun.

Cerita ustaz lagi,

Tidak cukup dengan itu,ambulans yang menghantar mangsa ke hospital juga menjadi sasaran bedilan senjata pihak Yahudi.(.........Kejam sungguh mereka ini.)

Namun kata ustaz lagi,

Kekuasaan Allah mengatasi segala kuasa yang ada pada makhluknya.Ada 1 peristiwa di mana puak zionis ini ingin melancarkan 'carpet bombing' (taktik perang di mana bom di jatuhkan secara berterusan) di bumi Gaza tetapi pesawat pejuang mereka tidak dapat terbang rapat ke ruang udara Gaza.Ada sumber yang menyatakan apabila pesawat pejuang tentera Zionis ingin menghampiri ke ruang angkasa Gaza,tetapi mereka melihat ada satu lembaga putih yang sangat tinggi berada di ruang udara.Apakah makhluk ini? Wallahua`alam.

Dan,

Ketika Ustaz melawat mangsa serangan di hospital di Gaza,kelihatan begitu ramai magsa yang terlantar di wad wad yang kebanyakkannya dengan sumber ubatan dan peralatan hospital yang cukup dhaif.Namun yang peliknya dalam keadaan yang kritikal itu,tidak pula kelihatan keadaan seperti huru hara.Semuanya dalam keadaan tenang walaupun sedang menderita kesakitan.

Dan kisah di bawah boleh di ambil sebagai pengajaran kepada kita.

Kisah 1.

Ustaz ada melihat,seorang mangsa serangan terkumat kamit membaca hafazan ayat ayat Al Quran ketika mana anggota badannya di bedah oleh doktor.Bagi mereka ayat ayat Al Quran inilah menjadi pengganti kepada ubat bius yang memang sukar untuk di perolehi ketika ini.Lihat lah betapa hati dan badan mereka yakin dan beriman dengan ayat ayat Allah.

Kisah 2.

Seorang kanak kanak yang masih kecil (sekitar 7 tahun) di tegur dan di sapa oleh rombongan ustaz berkeadaan yang amat menderita kerana tangannya yang sebelah telah putus.Namun bila di tanya oleh salah seorang rombongan tentang penderitaannya maka kanak kanak tadi menjawab,'tanganku kini sudah berada di Syurga,hanya badan ku sahaja yang masih di bumi.' (SubhanaLlah)

Kisah 3.

Seorang kanak kanak yang lain ketika di temuramah oleh seorang wartawan tentang bagaimana perasaan mereka ketika itu dengan keadaan mereka yang terlantar sakit dan ibu bapa juga tiada di sisi.Jawab kanak kanak itu, Hasbunallah wa Ni’mal Wakiil-"Cukuplah Allah bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

Lihatlah dari 3 kisah di atas dan banyak lagi kisah yang boleh di kutip dan di ambil iktibar.Betapa mereka penduduk Palestin terutamanya di bandar Gaza begitu sabar hati mereka terhadap ketentuan Illahi dan kecekalan hati mereka serta tahap tawakkal yang tinggi yang tertanam di jiwa mereka patut menjadi iktibar kepada kita.Lihatlah kalau kanak kanak seusia itupun sudah mampu mengucapkan kata kata sebegitu,agaknya apakah sebenarnya semangat yang tertanam di jiwa jiwa pejuang Palestin itu.Wallahua`alam.

Itu cerita di Gaza,Palestin.Cerita yang kerap kali kita dengar dan kita yakin akan kebenarannya walaupun kita tidak pernah sampai ke sana.Manusia yang seagama dengan kita di bantai oleh Yahudi LaknatuLlah tanpa belas kasihan.Yang dibantai/di seksa/di bunuh bukan sahaja para pejuang,bahkan kanak kanak,wanita dan orang orang tua.Bayangkan bumi Gaza yang berkepadatan manusia 25,000/km persegi ini kalau di bom oleh pihak zionis.Berapakah angka yang akan menjadi maksa/terbunuh? Adakah kita masih hendak memeluk tubuh memandang dingin akan tragedi ini???

Kata ustaz,walau kita tidak mampu membantu dari segi jiwa mahupun wang ringgit atau sumbangan material,kita sebagai ummat Islam boleh lagi membantu mereka kerana mereka adalah saudara seIslam kita.Pesan ustaz,

Sebagai saudara Islam,

1) Doakanlah pejuang pejuang Islam di Palestin dengan Qunut Nazilah.Kerana salah satu sebab Qunut Nazilah di bacakan apabila darah ummat Islam di tumpahkan.
2) Boikot barangan Yahudi dan sekutunya.

Apa tunggu lagi,gulung lengan baju dan kaki seluar.Bukan untuk ambil parang panjang dan keris 7 lok,tapi ambillah wudu’ dan panjatkan doa.Sesungguhnya doa itu senjata ummat Islam.

Jom! Selamatkan Gaza! Selamatkan Tanah Suci kita! Selamatkan kiblat pertama ummat Islam!
Jom Boikot!!!!