Tuesday, April 27, 2010

:: Tautan Kasih Ini ::

Di suatu pagi......

Lihatlah....
Setelah 18 hari bertungkus lumus....

Akhirnya...tanda tanda telur akan menetas telah kelihatan..
(perhatikan telur di sebelah kiri gambar.cengkerang telur sudah mula di piping)
Adakah ini yang dikatakan retak menunggu belah??
Tidak semena mena,dari lubang piping kelihatan muncung anak ayam.
Kata orang tua tua lagi,sekali air bah sekali pasir berubah.
Sekejap sahaja kamera di alihkan,yang retak sudah terbelah.
Mana pergi isinya???
Dah jumpa!!!!
Si comel yang masih basah bulunya.
Dan....
Akhirnya,kemunculan pertama si Comel di khalayak umum.

Dulu masa zaman kanak kanak,sering juga lihat ibu ayam mengiring anaknya yang masih kecil ke sana ke mari.Bila ayam tadi sedang mengais tanah dan menjumpai sesuatu (cacing etc.),ibu ayam akan mengeluarkan bunyi khas bagi menarik perhatian anaknya supaya datang dekat padanya.Dan ketika itulah,cacing tanah yang di jumpai di rebut oleh sesama anaknya.Maka mengais semulalah ibu ayam tadi untuk mencari cacing atau sumber makanan yang lain.Langkah ini di ulang dan di ulang sehinggalah ke semua anaknya tidak lagi 'berdecit'.Dan ketika itulah kelihatan anak ayam yang tadi sibuk mengekori ibunya,mula duduk diam sambil membersihkan bulu bulunya pelepahnya.Yang peliknya,ketika ibu ayam tadi sibuk mengais makanan untuk di berikan kepada anaknya,bilakah masanya pula ibu ayam tadi mengisi temboloknya pula??? Wallahua`alam.

Di suatu ketika lain,

Tiba tiba ibu ayam tadi mengeluarkan bunyi khas lain yang agak garau.Anak anak ayam yang tadi kelihatan berkeliaran terus sahaja masuk berselindung di sebalik kepak dan di bawah badan ibu ayam.

Apa yang terjadi??

Rupa rupanya ibu ayam telah dapat mengesan seekor helang sedang terbang berlegar legar di atas udara yang hanya menanti mangsa untuk di sambar.Tindakan ibu ayam tadi sebenarnya untuk melindungi anak anaknya dari menjadi mangsa si helang.

Tamat kisah ayam,jom perhati telatah kanak kanak pula.

Zaman saya kanak kanak (sekitar awal tahun 80-an),kanak kanak perempuan memang gemar bermain dengan anak patung.Seingat saya,masa di TADIKA Kemas pun ada pelajar perempuan yang membawa anak patung itu ke TADIKA.Di belai belai anak patung itu,di sikat rambutnya,bajunya di tukar bila kotor dan kadangkala tuala kecik di jadikan seperti bedung bayi melilit tubuh anak patung tadi.

dan sebaliknya...

Pelajar lelaki pula,amat gemar menyakat pelajar perempuan yang khusyuk bermain dengan anak patung mereka.Kadangkala sakatan pelajar lelaki tadi itu berlarutan sehingga anak patung tadi dirampas dan dilarikan dari pelajar perempuan dan di campak di tepi longkang bangunan TADIKA.Mulalah kecoh di dalam TADIKA dengan teriakan pelajar perempuan tadi kerana anak patung kesayangannya dirampas dan dicampak keluar.Di ambil kembali anak patung yang dicampak keluar tadi,lalu pelajar perempuan itupun membersihkan kotoran yang melekat pada anak patungnya.

Unik kan??

Begitulah fitrah makhluk ciptaan Allah SWT.Di anugerahkan kepada makhlukNya sifat kasih sayang yang merupakan sifat semulajadi mereka.

Tetapi.....

Mengapa jadi begini??
kes pembuangan bayi.saban hari ada sahaja kes yang dijadikan liputan.
bagaimana yang tidak laporkan?? berapa banyak kes sebenarnya??
(gambar ihsan dari rakan blogger)

Apakah manusia sudah hilang sifat semulajadinya?
Di manakah kewajaran mereka membuang bayi yang tidak berdosa ini?
Tidak takutkah mereka tentang dosa?
Kenapa pembuangan bayi/maksiat ini terjadi?

Semua persoalan ini mungkin pernah terlintas di minda antara kita.Namun,oleh kerana kes ini amat kerap dan acapkali berulang,sesetengah masyarakat semacam telah menganggapnya seperti perkara biasa.Seolah olah tiada apa yang terjadi.

Mengapa jadi begini??

Sesungguhnya manusia hidup perlukan cahaya.Manusia boleh membezakan sudu dan garfu sebab ada bantuan cahaya.Bila cahaya hilang,sudu dan garfu yang sama tadi agak sukar di bezakan.Begitu jugalah dalam hidup.Manusia perlukan cahaya (Hidayah) dari Allah swt untuk hidup di muka bumi ini.Untuk berzikir kalimah ALlah yang ringan di bibir itu pun,kalau tidak mendapat Hidayah Allah,pasti dan pasti kita tidak mampu melakukannya.Begitu juga dengan tingkah laku/ibadah/amal kita yang lain,tanpa Hidayah (cahaya panduan) dari Allah SWT maka tindakan kita akan lari dari fitrah kejadian kita.Hati dan fikiran sudah gelap dan buntu sehinggakan kewajaran dalam tindakan juga sudah tidak ada.

Apa yang perlu kita buat??
Macamana nak dapat Hidayah??

Bahawa sesungguhnya,Hidayah Allah adalah bukan di bawah tadbir kuasa kita.Hidayah Allah adalah di bawah Kuasa dan Tadbir Allah SWT.Tetapi usaha untuk mendapat dan mencari Hidayah perlulah di lakukan agar kita tidak terus jauh sesat dari batasan dan cara hidup Islam.

Dan..

Apa yang saya baru belajar dan dengar tentang di mana kita boleh merebut hidayah ini adalah dengan.....

Nak tau???

"dengan membuat usaha dakwah,mengajak orang amal makruf dan mencegah mungkar Hidayah Allah akan turun di kawasan itu."

Maka....

Rebutlah usaha tersebut.
Rebutlah dengan sungguh sungguh.
Rebutlah dengan istiqamah.

Satu persoalan...

Adakah kita mahu menjadi makhluk yang lebih buruk/hina dari binatang melata seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah seperti di bawah ini??

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya)...(Al-Anfal:20.)

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya)...(Al-Anfal:21.)

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)...(Al-Anfal:22.) "

.................................................................................................................................................................

Mungkin cerita/kisah/kejadian/peristiwa/tragedi seperti yang diceritakan di atas (kes pembuangan bayi) sudah kerap kali berlaku dan kerapkali jugalah kita membaca/mendengar/melihatnya.Maka salah satu jalan penyelesaiannya adalah dengan kembali ke jalan yang telah di ajar oleh Nabi Muhammad SAW.

Nota :
Petikan dan catatan dari bayan maghrib Ustaz Haji Hambali sempena majlis 3 hari di Surau Taman Teratai (24~26 April 2010) yang di edit sedikit oleh penulis yang serba lemah ini.

No comments: