Thursday, April 15, 2010

:: Permata Gemilang 2 ::

Perkongsian isi Kuliah Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki @ Surau Al Amin,Taman Cempaka 2(10 & 11 April 2010)

Kisah 1.

Ibrahim bin Adham adalah seorang yang berketurunan bangsawan.Suatu hari,beliau telah pergi berburu di suatu tempat.Sedang dia asyik berburu,tiba tiba datang satu suara yang menyebut,"Apakah untuk ini kamu di ciptakan."Sejurus mendengar suara tersebut,beliau telah berhenti sejenak,namun meneruskan semula pemburuannya.

Beberapa ketika selepas itu,Ibrahim bin Adham mendengar lagi suara yang sama seperti tadi, "Apakah untuk ini kamu di ciptakan." Sejurus mendengar suara tersebut,beliau telah berhenti sejenak,namun meneruskan semula pemburuannya buat kali kedua.

Namun,selepas dari itu,Ibrahim bin adham mendengar lagi suara yang sama seperti tadi buat kali ketiga.Suara itu tetap menyebut ayat yang sama,"Apakah untuk ini kamu di ciptakan." Sejurus mendengar suara tersebut,beliau telah telah turun dari kudanya.Beliau menghentikan tujuan asalnya untuk berburu dan meneruskan perjalanannya bersama kudanya.Tiba di suatu tempat,Ibrahim bin Adham telah berjumpa dengan seorang hamba.Beliau telah menawarkan kepada hamba yang beliau temui itu dengan segala pakaian kebesarannya dan harta yang ada pada dirinya ketika itu kepadanya.Dan Ibrahim bin Adham meminta pada hamba yang beliau temui itu pakaiannya sebagai pertukaran.Dan selepas hamba itu bersetuju,kini Ibrahim bin Adham telah tidak lagi berpakaian seperti orang bangsawan tetapi dengan pakaian seorang hamba.Dan bermulalah kehidupan beliau yang baru yang akhirnya menjadikan beliau seorang ahli sufi yang cukup di kenali ramai dan amat merendahkan dirinya.

Kisah 2.

Di suatu ketika,ada seorang lelaki sedang berdoa," Ya Allah,Kau ampunilah aku walau aku tahu Engkau tidak akan mengampuni ku." Doa itu di ulang ulang sehinggalah orang ramai bertanyakan kepada lelaki tersebut,mengapa dia berdoa sedemikian.Lalu lelaki tersebut menceritakan kisahnya suatu ketika dahulu.
Lelaki tadi adalah salah seorang yang bersumpah untuk memukul Khalifah Saidina Othman.Dan dia telah menunaikan sumpahnya apabila Saidina Othman syahid di bunuh.Sejurus sahaja lelaki itu berjaya memukul muka Saidina Othman,isteri Saidina Othman telah berdoa supaya orang yang memukul suaminya itu buta,lumpuh dan dosanya tidak di ampuni Allah.Kata lelaki itu,dua dari doa isteri Saidina Othman makbul ketika itu juga iaitu buta matanya dan lumpuh anggota badannya.Dan kini lelaki itu yakin,doa yang ketiga itu juga Allah makbulkan.Sebab itulah lelaki itu berdoa sedemikian rupa.

Lihat,betapa yakinnya seorang yang pernah memukul Saidina Othman dengan doa orang yang di zalimi.Bagaimana dengan kita.

Pernahkah kita menzalimi orang?
Pernahkah kita berdoa kepada Allah SWT supaya dosa kita di ampunkan?

Sedarkah kita?? (siri 1)

Pernah tak kita mendoakan atau sekadar mengharap artis yang kita sokong/gemari,menang dalam pertandingan yang mereka sertai.Sedar atau tidak,doa kita itu menyebabkan mereka semakin angkuh dengan Allah dek sebab kemenangan mereka itu.Dengan sebab itu jugalah,secara tidak langsung maksiat di muka bumi ini semakin menjadi jadi.Sedarkah kita??

Sedarkah kita?? (siri 2)

Kita amat cemburu,hasad,dengki,benci dan banyak lagi perasaan bila :

1. Kita lihat kawan kita lebih berjaya dalam kerjaya lebih dari kita.
2. Kawan sekolah kita dahulu,mempunyai rumah yang besar,kereta mewah serta mempunyai pendapatan yang lumayan.
3. Perniagaan rakan kita lebih berjaya dan mempunyai pelanggan yang begitu ramai dan semakin hari perniagaannya semakin berkembang.

Tapi pernahkah kita sedar,dari manakah kejayaan,harta itu semua datang.Adakah kita berasa cemburu,hasad,dengki dan benci sebab kejayaan mereka di ambil dari harta kita.
Maka dengan itu,harta dan simpanan kekayaan kita berkurang dan dengan itu kita wajar
berasa cemburu,hasad,dengki dan benci sebab kejayaan mereka?

Ataupun...

Harta,kejayaan,kekayaan itu datang dan di beri dari khazanah kekayaan Allah SWT.Malahan harta,kejayaan,kekayaan itu datang dan di beri tanpa sedikit pun mengurangkan khazanah dan kekayaan Allah SWT.

Pernahkah kita muhasabah diri kita bila kita berasa cemburu,hasad,dengki,benci dan lain lain lagi perasaan tidak baik (mazmumah) bahawa sesungguhnya perasaan kita itu tidak betul dan hanya datang hanya di sebabkan hawa dan nafsu serta bisikan syaitan.

Sedarkah kita?? (siri 3)

Pernah atau biasakah anda menonton drama melayu?

Drama melayu yang kebanyakkan di tayang di layar television adalah sekitar kehidupan kita bangsa melayu yang rata rata adalah beragama Islam.Dan sudah tentu dalam siri cerita drama yang ditayangkan,mesti tidak lari akan di selit dengan 2,3 shot tentang pengamalan kita dalam beragama.Solat,menziarahi kubur,kenduri arwah,kenduri khawin dan pelbagai lagi ritual dalam agama adalah antara shot yang di tontonkan kepada ramai.Dan salah satu yang biasa kita lihat dan tonton adalah shot amalan berdoa.

Biasa atau tidak kita tonton,bila di episod 10 (contoh) ada shot orang sedang berdoa dan bila masuk episod 11 (contoh) doa di episod 10 itu sudah di makbulkan.Mudahnya kan?Namun hakikatnya,ternyata doa itu di 'makbulkan' oleh pengarah drama berkenaan bukannya di makbulkan oleh Allah SWT,Pemilik sekalian Alam.

Dan...

Dalam dunia nyata ini,kita juga kerap kali berdoa.Kadangkala untuk hajat umum dan kadangkala untuk hajat khusus.Dan dalam masa berdoa itu juga,kadangkala doa kita tetap belum mendatangkan kesan dan di makbulkan Allah SWT.Namun,ada juga sesetengah orang yang berdoa terus sahaja makbul walaupun kalau di lihat secara perwatakannya,orang itu tadi kerapkali melanggar batasan agama.Mengapa itu terjadi??

Kata Syeikh Nuruddin lagi,

Bagi orang Islam yang betul betul beriman,doa mereka biasanya antara terus di kabulkan ataupun di simpan dan di tangguhkan oleh Allah SWT.Mengapa di tangguhkan atau di simpan? Ini kerana Allah SWT seronok mendengar hambaNya berdoa dan terus berdoa.

Dan

Kata Syeikh Nuruddin lagi,

Afdalnya doa adalah dengan menghadapkan tapak tangan ke muka dengan hati yang bening (bersih).

Tahukah anda??

Seoarang pemain tinju ada salah seorang yang zalim.Bukan sahaja dia menganiaya pihak lawan malah dia juga menganiayai dirinya sendiri.Bayangkan apakah perasaan peninju apabila muka dan kepalanya di biarkan di tinju oleh pihak lawan.Bukankah di kepala itu Allah tempatkan otak,organ untuk manusia berfikir.Dan di situ jugalah akal kita terletak.Apalah lagi yang tinggal dalam diri manusia kalau otak dan akal di biar begitu sahaja di tinju tanpa belas kasihan.

Akhirnya pada sessi soal jawab sempat saya bertanya 1 soalan yang lebih kurang bunyinya begini :

"Apabila anak kita tidak solat,kita akan berasa marah.Pada masa yang sama Allah juga Murka kepada hambaNya yang tidak menunaikan solat.Bagaimanakah kita hendak memahami dan memahamkan kepada orang yang sesungguhnya marah kita itu tidak sama dengan Murka Allah SWT"

Terang Syeikh Nuruddin :

Allah SWT bersifat Maha diatas segala sifatnya.Maha Tinggi,Maha Kaya,Maha Pengampun dll.Dan sifat Allah itu pula adalah tidak terbatas sedangkan manusia pula sifatnya terbatas.Contohnya,sekiranya manusia itu kaya,kaya manusia itu terbatas.

Kata Syeikh Nuruddin lagi :

Contohnya kalau kita mengadakan sesuatu jamuan kepada orang ramai.Walaupun kita mengundang ramai tetamu yang datang,tentulah tidak sama sambutan jamuan yang kita adakan itu berbanding dengan sambutan jamuan yang di lakukan oleh orang kenamaan.
Mungkin tetamu kita hanyalah sahabat handai dan saudara terdekat sahaja berbanding dengan tetamu orang kenamaan itu mungkin sahaja dari rakan niaga,penyokong dan mungkin juga sesetengahnya adalah artis,pelakon dan penyanyi yang sudah tentunya di kenali ramai.

Itu baru perumpamaan antara sifat manusia dengan manusia,walau berbeza status tapi di sisi ALlah SWT,mereka adalah hambaNya.Dan sifat Allah SWT tentulah jauh lebih Tinggi dari makhlukNya.

Begitulah yang saya dengar dan yang saya faham.

Moga sedikit perkongsian dari kuliah yang begitu berharga dan bernilai yang datangnya dari seorang ulama terkenal dapat memberi sedikit tempias kepada kita.Sesungguhnya hidup tanpa petunjuk dan hala tuju hanya membawa kita sesat dan jauh semakin sesat.

Memetik kata seorang buta,

"Aku hairan bagaimana seorang yang celik dan mampu melihat tapi dalam dirinya tidak timbul satupun impian ataupun cita cita."

.....Jom renung renungkan.

Nota :
Isi kuliah yang di catat oleh penulis yang serba lemah ini,tidaklah setepat penyampaian sebenar dari Syeikh Nuruddin.Dan ada beberapa tempat yang di edit sedikit oleh penulis dengan tujuan untuk menghidupkan jalan cerita.Wallahua'alam.

No comments: