Thursday, April 1, 2010

:: I.K.H.L.A.S ::

Engkau bagai air yang jernih,
Menyuci hati sanubari,
Menhilangkan titik hitam di hati ini,
Keikhlasan sebagai ganti.

Ikhlas bukan kata semata,
Ikhlas hadir di dalam jiwa,
Biarlah salah di mata mereka,
Biar keikhlasan terlihat sesama kita.
..................................................................
(nasyidkan mengikut irama lagu 'suci dalam debu' by IKLIM)
kredit kepada Ustaz Abdul Malik dari IP Raja Melewar yang mengajarkannya kepadaku...

Sesungguhnya dalam Islam juga ada ruang untuk berhibur.Selagi hiburan itu tidak melalaikan kita dari ingat Allah SWT.

Amma baadu,

Di ceritakan oleh ustaz bahawa sesungguhnya nikmat di syurga nanti adalah sesuatu nikmat yang tidak pernah di pandang oleh mata,tidak pernah terbayang di fikiran dan tidak pernah terlintas oleh hati.

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Di ceritakan lagi,sekiranya seorang bidadari syurga memunculkan sedikit dari bahagian tubuh mereka ke dunia,cahaya yang terpancar dari tubuhnya akan menerangkan seluruh alam dari timur ke barat dan keharuman yang datang dari tubuhnya juga semerbak ke seluruh alam dari timur ke barat.

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Di ceritakan juga di syurga nanti ada kenderaan seperti kereta kuda.Di kisahkan bagaimana tempat letak cemeti kereta kuda itu jika hendak di buat perbandingan,nilai kebesaran tempat letak cemeti itu lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.Itu baru tempat letak cemeti di syurga.

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Juga di kisahkan bagaimana Malaikat Jibril telah pergi melawat syurga yang nantinya menjadi tempat tinggal Saidina Abu Bakar r.a.Ketika melawat itu Malaikat Jibrail terasa kepenatan walaupun mempunyai 600 sayap.Berapa agaknya keluasan syurga yang Allah sediakan untuk Saidina Abu Bakar?

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Dan kata ustaz lagi,kemuncak dari segala nikmat yang ada di dalam syurga adalah Redha ALLAH swt terhadap makhluknya.Bagaimana nikmatnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.


Agaknya begitulah keadaan kita semasa di alam rahim ibu kita dahulu.Kita hanya beranggapan,rahim ibu kita itu sahajalah alam yang ada.Jika di sebutkan pokok kelapa sekalipun,walau ia memang wujud di muka bumi,tentu kita sang bayi langsung tidak dapat menggambarkan apa-apa.Jauh sekali untuk merasa nikmat yang datang dari wujudnya pokok kelapa itu.Dan mungkin juga,di antara kita ada yang berasa ragu-ragu antara yakin atau tidak akan wujudnya pokok kelapa itu.Bagi seorang bayi,kehidupan 9 bulan 10 hari di dalam rahim itu sudah cukup selesa dengan keadaan sekeliling yang memberi cukup keperluan dan perlindungan.

Namun akhirnya,bila lahir ke bumi,melihat segala apa yang ada di atas muka bumi,maka di situlah nanti si bayi akan mula merasa nikmatnya kehidupan baru di alam yang juga baru.Dan merasakan alam di rahim ibu itu hanya tempat persinggahan.

Namun….

Hakikatnya,nikmat sebenar syurga adalah….berganda ganda ganda ganda ganda ganda…….lagi dari cerita di atas.Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya.

Dan....

Antara pesan ustaz lagi,masa kita sakit ni biasanya hati kita mudah ingat ALLAH.

Dan lagi,jadikanlah amalan supaya untaian biji tasbih di letakkan dekat dengan tempat kita berbaring samada kita dalam keadaan sihat atau sakit.Selain boleh di gunakan sebagai `counter` zikir,ia juga boleh menjadi `reminder` kepada hati dan mata kita supaya ingat pada ALlah bila melihat biji tasbih tadi,sepertimana rotan bapak kita mengingatkan kita supaya jangan buah salah.

Tidak lupa juga antara doa yang ustaz ajarkan adalah :

1.Minta jauh diri kita dan kaum kerabat serta keluarga kita dari fitnah ZINA.
2.Doa kepada ALlah SWT supaya kita di kurniakan rezeki dan kita tidak membazir dan tidak kedekut pula untuk membelanjakannya.
3.Sentiasa berdoa supaya kita dan keluarga sentiasa dapat menjaga dan menunaikan solat pada waktunya.

Moga dapat menjadi ingatan pada diriku jua.

(sebahagian isi kuliah Ustaz Haji Hambali di Surau Al Amin-23 Mar 2010)

No comments: