zaman anak anak kita bersekolah.
mengimbau pula zaman kita bersekolah.
bagaimana ya??
"Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai."
Biasa tak dengan ayat di atas??
Ayat yang biasa kita baca sewaktu sekolah rendah dahulu,bila di arah menjawab di dalam kertas latihan yang di beri oleh guru kita.
Juga....
Dalam diari seorang yang mengaku Islam sebagai agama anutan kita,arahan mirip di atas juga ada.
"Isikan ruang masa yang ada dengan amalan yang sesuai."
Hakikatnya bagaimana??
Awal pagi,kita biasanya mengisi masa yang ada dengan bersarapan.Malah,ada sesetengah individu,sarapan hampir menjadi perkara wajib bagi mereka.Bagi golongan ini,sekiranya awal pagi tanpa roti canai atau nasi lemak dan teh tarik,mereka rasakan pagi mereka seperti tidak sempurna.
Nak tanya ni.Salah ke makan roti canai?
Ehehehhe...Tak salah.Cuma,sendiri makan sendiri bayar eh.... (IKLAN semata)
Sepanjang pagi hingga ke senja pula,biasanya masa di isi dengan aktiviti di tempat kerja.
Awal malam bila tiba di rumah dari tempat kerja,masa kebanyakkan di isi dengan aktiviti di dalam rumah.Makan malam,menonton televisyen,mengemas rumah,menyediakan kelengkapan untuk esok dan tidur.
Lalu....
Bangun semula pagi esok dan bermulalah putaran yang sama sehingga tak sedar usia sudah mencecah setengah abad.
Ada yang tak kena ke???
Wallahua`alam.
Cuba baca balik ayat di perenggan 'roti canai' di atas.
Jumpa ayat yang di bold kan tu??
Rata rata antara kita mungkin dengan yakin dan berani mengangkat tangan,sebagai tanda kita termasuk golongan yang tidak pernah mis-sarapan pagi setiap hari.
Betul tak?
Tapi…
Siapa yang berani angkat tangan dengan yakin dan berani bahawa dia tak pernah mis-tahajjud setiap malam???
Ermmmm.....
"Eh…Ibadah mana boleh tunjuk tunjuk.Nanti timbal rasa riak."
Takpelah,kita meraikan jawapan tersebut bagi menghormati fikrah mereka.
Tapi kita nak juga masuk golongan orang yang mereka rasakan pagi mereka seperti tidak sempurna jika tidak bangun TAHAJJUD.
Tahukah anda?
Rasulullah SAW adalah seorang ketua agama Islam.Baginda juga adalah seorang ketua negara Islam.Baginda juga ketua panglima perang.Baginda adalah ketua bagi segala ketua.Baginda juga ketua keluarga baginda.
Dan ....
Baginda Nabi Muhammad SAW dalam hidupnya antara amalan baginda yang tidak pernah ditinggalkan adalah solat Tahajjud dan solat sunat sebelum Solat subuh.
Hmmm...
Kita macam mana?
Hmmm...
"Itu Nabi,bolehlah.....Kita manusia biasa."
Hmmm...susah juga nak TUNE minda kita ni kan.
Oklah,senang cerita macam nilah...
Sebelum tu…
layannnnnnnn dulu cerita sensasi ni....
Kisah 1.Kisah suami isteri.
Suasana di bilik tidur.
Suami : Yah,Banyak lagi ke baju nak lipat tu?
Isteri : Sikit je lagi ni.Kat opis tadi ok bang?
Suami : Ok. (sambil capai bantal peluk)
Isteri : Tadi kak ngah tepon.Dia bagi tau result exam semester dia dah keluar.Dapat no 2 katanya dalam kelas.
Suami : Hmmm...Alhamdulillah.Baguslah tu.
Isteri : Kita pergi jengok dia kat asrama eh bang ujung minggu ni.Nak tak bang?
Suami : InsyaAllah.
Isteri : Tadikan, masa tengahari adik tu terjatuh kat depan umah.Berdarah sikit mulut dia.
Suami : Hmmm...Ok x?
Isteri : Ok.Tapi biasalah,nangisnya mcm apa.1 taman bleh dengar.Irah plak masa makan tengahari,abis 1 dapur di sepahkan.Mula2 tumpahkan air dalam jug.Baru nak lap,kuah lauk pulak dia tumpahkan......................bla bla bla.................................................................................................
.....................................Bla bla bla......Lupa lak nak bagi tau.Beras kat dapur tu dah abis.Bila abang nak g kedai? Nak kirim sekali gula dengan minyak.Bang! ooo bang!
Suami : ZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz (dah berdengkur dah pun)
Isteri : ................................................. :(
Biasa dengan situasi di atas?
Ustaz kata,sifat perempuan/isteri/ibu memang mengkehendakkan perhatian.Kadangkala kesibukan mereka menguruskan rumah seharian meyebabkan mereka stress.Sebab itulah,bila suami mereka pulang ke rumah,antara tindakan luar kawal mereka,menceritakan perihal yang berlaku sepanjang seharian mereka di dalam rumah.
Apakah suami tidak peka tentang ini?
Kebanyakkan suami yang bekerja kadangkala kesibukkan mereka di tempat kerja menyebabkan rentak sibuk itu terbawa bawa hingga ke dalam rumah.Penat di tempat belum pun hilang sampai di rumah bertambah lagi penatnya kerana tune tidak di tukar.
Bagaimana cara mengatasinya?
Cuba praktikkan amalan di bawah :
"Solat berjemaah ummat akan berubah."
Bangsa yahudi sendiri ada mengatakan,sekiranya ramainya jemaah yang datang ke masjid untuk solat subuh seperti ramainya jemaah yang datang untuk solaat Jumaat maka itulah tanda tanda bangsa Yahudi akan jatuh.
Mustahil ke?
Soalan ini biar kita masing masing memikirkan jawapannya.
Kisah 2.Kisah si buta.
Diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari Abu Hurairah bahwa di kisahkan bahwa Abdullah bin Ummi Maktum seorang yang buta pernah meminta keringanan untuk tidak shalat berjama’ah di masjid dan mengemukakan berbagai macam udzurnya,seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak memiliki penuntun yang bisa menuntunku ke masjid”. Abdullah bin Ummi Maktum meminta keringanan kepada Rasulullah Shalallahu’alaihi wa Sallam. Maka Rasulullah pun mengizinkannya. Namun kemudian ketika Abdullah bin Ummi Maktum berpaling, Rasulullah Shalallahu’alaihi wa Sallam memanggilnya seraya berkata: “Apakah engkau mendengar panggilan untuk shalat?” Dia menjawab: “Ya”. Maka beliau Shalallahu’alaihi wa Sallam bersabda: “Kalau begitu penuhilah!”
Dalam hadits di atas sangat jelas disebutkan bahwasannya Rasulullah Shalallahu’alaihi wa Sallam tidak memberikan udzur bagi orang yang buta tersebut, jika ia masih mendengar panggilan adzan.
Lagi lagi....Nak dengar lagi...
Ehehheheh....
Rilek2..slow2...
Sambung lagi........
Kisah agung tentang Nabi Muhammad SAW
Suatu hari Atha' bertemu Saidatina Aisyah ummul mukminin dan bertanyakan tentang amalan Nabi yang luar biasa.Lalu Saidatina Aisyah menceritakan,tatkala giliran Nabi SAW ke rumahku,ketika berada di bawah selimut,tiba tiba Rasulullah berkata dengan suatu bahasa yang amat sedap di dengar, "Aisyah, izinkan aku menyembah Tuhanku," Aisyah menjawabnya, "Aku lebih senang berada didekatmu tetapi aku tidak dapat mencegahmu untuk mengutamakan menyembah padaNya." Maka aku izinkan beliau meninggalkanku. Kemudian Baginda SAW mengambil wudhu. Selanjutnya beliau berdiri melakukan sholat, lalu menangis sehingga air mata beliau mengalir sampai ke dada lalu Baginda SAW ruku' dan menangis, kemudian sujud dan menangis lalu mengangkat kepala dan menangis tiada hentinya beliau berada dalam keadaan yang begitu sampai Bilal mengumandangkan azan Subuh.
SubhanaLlah.Maha Suci Allah.
Masih nak kata," Itu Nabi,bolehlah.....Kita manusia biasa."
Terpulang.Tepuklah dada.Ada rasa berdebar tak kalau malaikat MAUT datang nak menjemput kita esok pagi????
(Di atas adalah antara isi kuliah Ustaz Haji Hambali di surau Al Amin,Taman Cempaka 2,Senawang N9-6 April 2010 dan sedikit isi yang di edit oleh penulis)
dan.....
Ku hadiahkan buat para pembaca yang budiman,lirik nasyid yang ku pernah pelajari ketika usrah di SMSS 1992.
Suasana pagi makin berseri-seri,
Bila matahari mula menjenguk diri,
Terlukis keindahan dalam keharmonian,
Terpamer kekuasaan ar-Rahman,
Burung-burung berkicau di celah pohon hijau,
Menitislah embun dari hujung dedaun,
Lembut bayu menyepah bagai membelai jiwa,
Menggilap dosa-dosa yang terseksa,
Redhalah aku hanya padamu dan kurniaan kehidupan rabbani,
Redhalah aku hanya padamu dan limpahan nikmat di bumi ini,
Keindahan alam keindahan Islam,
Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan,
Islam jadi pegangan, taqwa jadi hiasan,
Biarpun kehinaan di mata insan,
Segala keperitan jadi rencah perjuangan,
Itulah sunnatullah dari zaman Rasulullah,
Biarpun tumpah air mata dan darah,
Berjuang menegakkan Illahi,
Wahai teman-teman majulah ke hadapan,
Islam takkan kalah begitu janji Allah,
Kemenangan milik kita,
Syahid adalah cita.............
No comments:
Post a Comment