Monday, April 19, 2010

:: ButA mATa ::

mengalirkan ILMU yang kita perolehi dengan IKHLAS

Perkongsian 1.

Tempat : Masjid Bagan,Rengit.
Tarikh : 17 April 2010

Imam Masjid membicarakan :

"Antara sedar atau tidak,

Antara doa yang sering kita TIDAK LUPA/TINGGAL untuk membacanya adalah doa memohon supaya kita di kurniakan kekayaan dariNya.

Antara doa yang sering kita LUPA/TINGGAL untuk membacanya adalah doa memohon supaya kita di kurniakan keampunan dariNya."

Berdoa bukan sahaja terhad di atas sejadah,bahkan di mana mana,hatta di atas padang bola sekalipun.

Perkongsian 2.

Tempat : Rumah nenekku.
Tarikh : 18 April 2010

Kata nenek,

"Nek arek gawe ngumah,seng alon-alon.Sampekke seng jobo ndisek.seng neng jero ngumah,kan nek wes keyupan,kepenak nek arek gawe popo.ngumah kan arek kanggo sue.arek mangan pun sak emplok sak emplok baru warek."

Alih bahasa :
Kalau nak membina rumah,siapkan bahagian luar dahulu.Bila kerja pembinaan di bahagian luar dah siap (tembok dah naik dan bumbung dah dipasang) senanglah nak buat kerja di bahagian dalam rumah.Masa tu pun dah selesa sebab dah teduh dari sinaran matahari.Tak kisah kalau lambat siap,lagipun rumah kan nak pakai lama.Macam kita makan,bukannya terus kenyang.Suap demi suap itulah yang menjadi asbab kita kenyang.

Pengajaran :
Janganlah buat kerja terburu buru hanya kerana untuk mengejar impian semata tanpa menitik beratkan implikasi di kemudian hari.

Perkongsian 3.

Tempat : di sini dan di sini2

"Ketuklah besi sementara besi masih lagi panas.Kalau dah hangat takut nanti jadi hangat hangat tahi ayam."

Perkongsian 4.

Tempat : Surau Pelajar Putera
Tarikh : ........??

Entah mengapa,ingatan dan minda di imbas kembali dengan sebuah lirik yang pernah di ajar ketika zaman usrah di SMSS suatu ketika dahulu.Lantas jari terus menaip ke internet untuk mencari lirik lengkapnya.Hayatilah senikatanya dahulu....

Album : Yang Dirindu
Munsyid : Nadamurni
Tajuk Lirik : Buta Mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti


si buta yang hanya berpandu kepada tongkatnya.KITA???

No comments: