Tuesday, April 20, 2010

:: MengGeledah Dosa Lampau ::

Sedikit perkongsian dari kuliah Ustaz Haji Hambali di Surau Taman Seri Pagi (19 April 2010)

Hiduplah dengan SUNNAH dan hidupkanlah SUNNAH walau hanya sekadar memakai alas kaki ketika masuk ke dalam tandas.

1.Hidupkan sunnah.

Sekali dalam satu majlis ilmu di Pakistan,salah seorang murid yang sedang mendengar bertanya kepada ulama yang mengajar tentang persoalan sekitar sunnah dan amalan Nabi SAW.Soalan yang di tanya berkisar tentang mana yang menjadi sunnah Nabi SAW ketika ingin menjamah makanan.Samada di mulakan dengan memakan buah dahulu sebelum makan ataupun atau memakan buah kemudian selepas selesai makan.

Apa jawab ulama tersebut???

"Tak makan itulah sunnah Nabi SAW."

Terang ustaz Hj Hambali,memang sunnah dalam kehidupan Nabi SAW,baginda amat kurang makan dalam kehidupan seharian.

(Selesai 1 bab....Dalam hatiku ini,hanya mampu tersenyum penuh makna.Terkadang kita dalam usaha ingin menghidupkan sunnah dalam kehidupan,langsung tidak terfikir ada lagi sunnah lebih besar yang kita tidak perasan dan tidak teramal walaupun ia dekat dengan kita.)

"Ya Allah,bantulah kami ummat Nabi SAW untuk hidup mengikut kehendakMu sepertimana yang di tunjuk oleh Nabi Muhammad SAW."

2.Pegang.

Allah kurniakan nikmat dari penciptaan tangan salah satunya adalah kita dapat memegang.Namun hakikat nikmat memegang juga ada banyak persepsi kalau hendak diperhatikan dengan lebih terperinci.

Nikmat tangan 1.
Dapat memegang remote control TV/Radio/DVD Player.Dan dengan itu,mata kita dapat memfokus kepada rancangan yang kita minat/hendak tonton/dengar.

Nikmat tangan 2.
Dapat memegang biji tasbih.Dan dengan itu,walaupun terkadang kita tidak bertasbih/tahmid/takbir/istighfar,
sekurang kurangnya biji biji tasbih itu membawa fokus kita kepada ingat kepada Allah SWT.

Pesan Ustaz,
"Ingatlah,selagi kita di gelar manusia,kita akan sentiasa melakukan dosa."

3.Kisah dosa.

Suatu hari Malik bin Dinar pergi melawat salah seorang dari anak muridnya.Ketika dia sampai di tempat anak muridnya,Malik bin Dinar mendapati anak muridnya sedang menggigil tubuh badannya.Malik bin Dinar semakin pelik bila melihat anak muridnya itu hanya memakai sepasang pakaian yang tipis lagi bertampung sedangkan pada ketika itu adalah musim sejuk.Yang bertambah pelik lagi,kelihatan peluh memercik keluar dari tubuh anak muridnya itu.

Bila di tanya oleh Malik bin Dinar mengapa dia berkeadaan begitu,anak muridnya menerangkan, "dahulu di suatu masa aku pernah melakukan dosa di tempat ini.Maka ketika ini aku sedang mengenangkan dosaku yang lalu."

(keadaan kita macam mana???)

4.Gabenor yang tawadu`.
Utbah bin Ghazwan r.a ketika menjadi gabenor telah membaca khutbah pada suatu hari.Di hujung khutbah berkenaan Utbah bin Ghazwan telah berkata, "Ya Allah,aku memohon ampun kepada Engkau sekiranya ada dalam diriku ini perasaan diriku terasa hebat,kerana sesungguhnya dan hakikatnya aku amat kecil dihadapan Engkau"

(Itu contoh Gabenor zaman sahabat Nabi SAW.Contoh dari warga kilang ada tak? "Ya Allah,sesungguhnya aku terlalu lemah walau hanya untuk membuka kelopak mataku ini.Kurniakanlah aku kekuatan.Amin)

5. Hadith Qudsi.

Ustaz Hambali menceritakan dengan bahasa yang mudah di fahami tentang sebuah hadith qudsi,

"Ada seorang musafir yg bermusafir di satu perjalanan yg sangat jauh, di padang pasir yg kering kontang dan tidak ada kehidupan. Musafir itu bermusafir dengan untanya yg sarat dengan bahan makanan dan minuman buat bekalan semasa safarnya.Di dalam perjalanan, beliau merasa kepenatan yg amat sangat, maka beliau pun berehat di bawah pohon.Setelah terjaga daripada tidurnya, beliau dapati, unta tunggangannya hilang.Ini bererti, beliau sudah tidak ada bahan makanan.Tidak ada kenderaan yg boleh meneruskan perjalanan beliau. Pendek kata, beliau tidak punya apa apa lagi.Beliau terus mencari.. mencari dan terus mencari… sehingga beliau berasa letih dan sangat berputus asa.

Sehinggalah, si musafir tadi kembali ke pohon tempat dia berbaring tadi.Beliau mengambil keputusan untuk meneruskan tidurnya dan beranggapan beliau akan mati dalam keadaan sedemikian.

Tiba- tiba,sedang beliau berbaring,beliau terasa seperti ada binatang mendenguskan nafasnya di belakang tempat pembaringannya.Dan alangkah terperanjatnya beliau,bahawa haiwan yang mendengus itu adalah untanya yang hilang tadi.Alangkah gembiranya dan seronoknya bukan kepalang untanya sendiri datang kepadanya setelah berhempas pulas mencari untanya itu.

Kemudian,kata Ustaz :

Nabi SAW menambah lagi dalam hadith qudsi berkenaan,"Allah lebih gembira daripada sang musafir itu yang  mendapat untanya kembali,ketika seorang hambanya yg datang menemuiNya,bertaubat dan memohon keampunan kepada-Nya.
Dan dalam satu hadis qudsi Allah berfirman :" Aku sentiasa membuka TanganKu di waktu siang untuk mereka yang ingin bertaubat daripada dosanya pada waktu malam dan Aku sentiasa membuka TanganKu pada waktu malam untuk mereka yang ingin bertaubat padaKu daripada dosa yg dilakukan pada waktu siang.

(dah bertaubatkah aku.atau aku masih tidak cam lagi dengan dosa aku?)

6.Mencari dosa

Sesungguhnya kata Ustaz Hambali,kita tidak akan berasa diri kita ini banyak dosa sekiranya kita tidak pernah meluangkan masa untuk merenung segala kesilapan lampau kita.Yang kita selalu beranggapan adalah,segala kesilapan itu hanyalah kesilapan kecil yang tidak perlu di hiraukan sedangkan hakikatnya perkara kecil kalau di biarkan tanpa kita ambil peduli boleh menjadi perkara yang besar.

Pesan Ustaz lagi,untuk tujuan kita dapat meluangkan masa untuk merenung dan mengingat kembali segala kesilapan/dosa (mencari/menyelongkar dosa lampau kita),salah satunya yang di anjurkan adalah ketika kita berzikir.InsyaAllah ketika hati kita sibuk berzikir,sedikit demi sedikit hati kita akan menjadi tenang dan sedikit demi sedikit juga ingatan lama kita akan datang kembali.

Dan yang pentingnya,sentiasalah rangsang hati dan nafsu kita supaya kita sentiasa cekal untuk meneruskan ibadah kepada Allah SWT.

Di akhir kuliah,ustaz sempat berseloroh,

"minum air kena sampai habis,takut nanti orang cari ",sambil ustaz berpesan " jangan terlalu taksub dengan guru/ustaz untuk mengambil barokah seperti menghabiskan baki air dalam cawan/mencium tangan,mungkin ada sesetengah guru/ustaz tidak selesa di perlakukan begitu"

Wallahua'alam.

No comments: