Saturday, January 16, 2010

:: teMPua beRsaRang rENdaH ::

Pernah lihat dan perhati tempua dan sarangnya ?


burung tempua (weaver)

Struktur sarang.

Sarangnya mempunyai struktur besar.Dianyam daripada rumput dan ranting.Ia biasanya yang tergantung pada hujung pokok dan mempunyai laluan masuk yang menjulur. Sarang yang diperbuat daripada helaian halus rumput yang dianyam dengan rapi membentuk struktur seperti kon yang tergantung dari dahan pokok.

Reka bina.

Sarang burung tempua jantan mempunyai tempat bertenggek baginya menunjuk-nunjukkan dirinya, sementara sarang Burung tempua betina mempunyai bahagian bawah yang melengkung bagi menyimpan telur.


tempua sedang membuat sarangnya

Penyesuaian cuaca.

Jika di luar cuaca sejuk,di dalam sarang akan berasa panas.
Jika di luar cuaca panas,di dalam sarang akan berasa sejuk.


sarang burung tempua

Mengelakkan dari musuh.

Sarang biasanya di bina di hujung pucuk pokok.Musuh seperti ular pasti mustahil untuk sampai ke sarang.

Mengelak dari musnah.

Walau sekuat mana pun angin atau ribut,sarang tidak akan tercampak atau terbang dari tempat ia di bina.

(saya perolehi maklumat di atas dari ehsan sahabat sahabat...)

Tugas pembaca pula..............

Bandingkan struktur rumah kita.

Struktur.

Mempunyai bilik untuk tidur dan menyimpan barang peribadi.
Mempunyai ruangtamu untuk beristirehat.
Mempunyai ruang makan untuk menjamu selera.
Mempunyai ruang dapur untuk menyediakan juadah makanan.

Reka bina.

Bumbung biasanya dari zink atau genting.Dinding dari batu bata yang di plaster simen dan lantai biasanya dari marmar.

Antara ciri ciri rumah moden.

Penyesuaian cuaca.

Jika cuaca panas,kipas akan di pasang atau mungkin alat penghawa dingin akan di nyalakan.

Mengelak dari di ceroboh.

Gril/jeriji besi pasang di setiap tingkap dan pintu bagi menghalang pencuri/penceroboh masuk dengan mudah.

Mengelak dari musnah.

Di bina di kawasan rata dan di bina di atas tapak yang telah mempunyai asas struktur yang kukuh.

Adakah rumah fungsinya hanya itu?
Apakah tanggungjawab si pembina rumah/pemilik rumah hanya membina rumah untuk keperluan dasar keluarganya sahaja?

Kalau itu sahaja,tidak ubah sifat kita seperti burung tempua.Betul atau tidak,para pembaca sekalian tentu ada jawapannya.

Cuba renung dan fikir sejenak mengenai kisah sebenar di bawah ini :

Kisah 1.

Seorang remaja melayu Islam di tanya mengapa menghabiskan masa di kelab kelab malam bila tiba hujung minggu.Adakah kelab malam lebih selesa dari rumah mereka?

Antara jawapan :

Rumah mereka memang cukup selesa dan lengkap segala peralatan dari serba serbi.
Oleh kerana ibu dan bapanya amat sibuk dengan hal perniagaan/persatuan/politik jadi mereka rasa bosan dirumah.Kelab malam di jadikan tempat untuk mereka berjumpa sambil berhibur.

Kisah 2.

Seorang remaja Islam ditanya mengapa masih duduk berkumpul di tepi jalan walaupun sudah dinihari.

Antara jawapan :

Jam 3 pagi MU ada lawan Barcelona.Tayang kat astro.Di rumah tiada astro.Ni tengah tunggu.Sekejap lagi kami nak duduk kedai mamak kat dataran.

Kisah 3.

Seorang pemudi ditanya mengapa duduk membonceng motorsikal bersama sama kawan lelaki yang lain.

Antara jawapan :

Dekat rumah pun tak buat apa.Lagipun rumah kecil dan sempit.Adik beradik ramai.Bilik tak cukup.Ayah kerja bawa lori,3~4 hari sekali baru balik.Emak kerja kilang,minggu ni shift malam,ada lah peluang keluar malam.

Kisah 4.

Seorang pelajar sekolah aliran agama di tanya kenapa keluar naik motorsikal dengan seluar pendek sambil hisap rokok.

Antara jawapan :
..........................................................................................................................................
(Terkedu dan tersipu sipu sambil segera meninggalkan gerai nasi lemak saya.)

Dan banyak lagi kisah yang antara sedar atau tidak,amat dekat dengan sekeliling kita.
Mungkin berlaku di negeri sebelah.
Mungkin berlaku di daerah sebelah.
Mungkin berlaku di mukim sebelah.
Mungkin berlaku di taman sebelah.
Mungkin berlaku di lorong sebelah.
Mungkin berlaku di rumah sebelah.
Mungkin berlaku di rumah kita juga.

Nauzubillah......

Tapi sejauh mana kita usahakan supaya rumah dan seisi rumah kita di jauhkan dari kisah kisah di atas.

Yang kaya sibuk dengan urusan.
Yang kurang kemampuan terus mengejar dunia.
Yang ada kesedaran agama,ada usaha untuk memperbaiki keadaan isi rumah tapi masih lompang di sana sini.Suasana dalam rumah tidak di titik beratkan.

Bagaimana mahu di selesaikan?

Kalau kapal berlayar berpandukan radar.
Komando di hutan membuat operasi berpandukan kompas.
Orang dahulu berlayar berpandukan bintang di langit.
Kita membawa kereta berpandukan papan tanda.

Adakah hidup tak perlukan radar,kompas,bintang dan papan tanda atau sebagainya.

Apa yang penting dalam mencari panduan hidup?

Tentulah mendapat petunjuk dan Rahmat Allah.

Bagaimana hendak mendapat petunjuk dalam hidup?

Banyakkan solat hajat.
Banyakkan solat istikharah.
Banyakkan bermesyuarat dengan tertib bersama ahli keluarga.

Bagaimana dan di mana hendak mencari/mendapat Rahmat Allah?

Rahmat adalah kasih sayang.

Apabila kita membuat perintah & meninggalkan larangan Allah di situ ada banyak Rahmat Allah.
Apabila kita mengikut ajaran Baginda SAW di situ ada banyak Rahmat Allah.
Apabila kita pergi ke masjid di situ ada banyak Rahmat Allah.

Berapa banyak Rahmat Allah di muka bumi ini.Tak habis habis ke?

Dari Abu Hurairah r.a,Nabi Saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT. mempunyai 100 Rahmat, hanya satu Rahmat yang diturunkan pada manusia, jin, binatang ternak dan binatang melata di bumi, dengan rahmat tersebut. mereka paling mengasihi. Dan baki 99 Rahmat disimpan dan akan diturunkan untuk merahmati hambaNya pada hari kiamat.

banyaknya Rahmat Allah.......................

Kenapa tidak di rebut?

soalan terakhir buat pembaca dan diri penulis.

Adakah cukup sekadar itu kompas dan usaha kita mencari petunjuk dalam hidup?

Banyak lagi sheikh…..

Bak kata pepatah melayu…

Sedikit sedikit,
Lama lama jadi bukit.

Mana mampu enjin yang sudah lama tidak di kerah bekerja mahu meledak kelajuan sehingga 180 km/j.

Kena servis,check bateri,check minyak hitam dan segalanya bagi melancarkan perjalanan tanpa tersekat sekat.

Moga moga check point yang dapat di kongsi bersama di atas itu dapat membantu melancarkan perjalanan hidup kita semua.InsyaAllah.

5 comments:

Unknown said...

mekasih atas perkongsian ilmu..
harap dpt diteruskan...

WAK said...

da[Y]un : InsyaAllah.Doakan.

Redzlan said...

WAK, thanks for posting my pic. ;)

'Tabib Tempua'

WAK said...

Tabib :
Minta halal penggunaan media tuan untuk posting tersebut.

Redzlan said...

Wak, Halal!