Ada orang yang bangun pagi terus minta ‘bibik’ buatkan kopi.
Ada orang yang bangun pagi terus panaskan enjin kereta.
Ada orang yang bangun pagi terus siram pokok bunga.
Ada orang yang bangun pagi terus pergi jogging.
Di tempat lain.....
Ada orang yang bangun pagi di dapati kehilangan keluarga kerana perang.
Ada orang yang bangun pagi di dapati anaknya masih hilang dalam timbusan bangunan akibat gempa bumi.
Ada orang yang bangun pagi................
...dan bermacam lagi rencah dalam kehidupan.Sesungguhnya hidup ini amat mencabar.
Dalam zaman yang mencabar ini,sebagai penganut agama Islam,kita diajar supaya sabar dan bertakwa dalam menempuh hidup di dunia.
Di zaman yang penuh mencabar ini juga,fitnah boleh menimpa seseorang di mana mana,hatta di dalam masjid sekalipun.
Di dalam masjid masih ada golongan yang taksub dengan amalan amalan ajaran sesat yang tidak pasti dari mana datangnya.
Di luar masjid terlampau banyak fitnah yang kalau di sebut bolehjadi ia sudah menjadi tanggapan biasa bagi sesetengah orang.Manusia sudah tidak segan silu melanggar batas agama.Perempuan/lelaki Islam ramai yang di lihat mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram.Golongan remaja seperti tidak hiraukan masyarakat keliling.Pelajar sekolah sudah semakin ramai yang menghisap rokok.Solat di tinggalkan begitu sahaja tanpa alasan.
Apa akan jadi kepada kita?
Adakah apabila kita mati esok,anak dan waris kita akan mendoakan kesejahteraan kita.Adakah ada ‘talian hayat’ lagi dari mereka.Jika tiada sedekah jariah,tiada ilmu yang bermanafaat kita tinggalkan dan tiada pula anak anak yang soleh dan solehah yang mendoakan kita,apalagi yang boleh kita harapkan?
Apa yang boleh kita lakukan sekarang?
1.Banyakkan berdoa perkara perkara yang baik.
2.Banyakkan pergi dan mendengar majlis ilmu.
3.Berusaha untuk menjadi seorang Islam yang baik.
4.Sentiasa bertanyakan kepada Ustaz tentang sebarang kemusykilan agama.
Sedikit pengisian dari kuliah Ustaz Khusairi Hamthan (24 Jan 2010-Surau Taman Jasmin)
Kuliah mingguan menggunakan kitab Manhaj Fiqh.
manhaj fiqh yang dijual di pejabat mufti N9
.....sedikit tentang kitab Manhaj Fiqh.....
Buku ini merupakan terjemahan daripada buku al-Fiqh al-Manhaji ‘ Ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i yang dikarang oleh tiga ulama yang terkemuka iaitu Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji. Kandungan Manhaj Fiqh ini mencakupi fiqh ‘Ibadat, mu'amalat, munakahat dan jinayah.
Minggu ini kuliah di teruskan dengan penerangan rukun solat ke :
9. Tahiyyat/Tasyahud akhir. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya.
10. Duduk ketika tahiyyat akhir.
11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekurang-kurangnya; “Allahumma-solli ‘ala Muhammad.”
12. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah “Assalamu’alaikum” bermaksud “salam sejahtera ke atas kamu.”
13. Tertib. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah.
Tamat kuliah mingguan tersebut,sejenak saya berfikir...
"Pemahaman aku selama ini,yang perlu kita jaga dan berhati hati adalah tentang bacaan Al Fatihah.Ini ditakuti lari maksud kerana Al Fatihah adalah salah satu rukun solat.Tapi tadi ustaz ada menerangkan bacaan Tasyahud juga kena betul dan sempurna sepertimana kita perlu jaga bacaan Al Fatihah.Betul ke bacaan Tasyahud aku selama ini? Sempurnakah makhrojnya (tempat keluar hurufnya)? Banyak lagi yang aku tak tau pasal ilmu fekah ni rupanya...."
Ustaz juga menerangkan tentang larangan melintas di hadapan orang solat,kepentingan SUTRAH/batas sempadan orang yang solat iaitu di penghujung tempat sujud.
.....bersambung (InsyaAllah)
No comments:
Post a Comment