Tuesday, January 19, 2010

:: MATI sebelum MATI ::


sekadar gambar hiasan untuk di ambil iktibar

Mukadimah

Berkata Ibnu Omar r.a: Pada suatu hari aku datang berjumpa Rasulullah s.a.w yang sedang berada di tengah kalangan sahabat yang terkemuka. Lalu berdirilah seorang sahabat daripada Ansar bertanya Rasulullah dengan berkata:


"Ya Rasulullah! Siapakah yang paling pintar dan siapa pula yang paling cerdas akalnya?"


Rasulullah menjawab: "Yang paling cerdas dan yang paling pintar ialah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak bekal menghadapi mati. Merekalah yang paling pintar dan yang paling cerdas kerana mereka mendapat kemuliaan di dunia dan kehormatan di akhirat."

MATI nya HATI sebelum MATI nya JASAD.

3 perkara yang menyebabkan hati mati :

1. Banyak ketawa.
2. Berterusan dalam melakukan dosa kecil.
3. Bergaul dengan wanita bukan mahram.

Akibat dari hati yang mati :

1. Malas untuk beramal
(cth : malas berdoa,zikir harian makin merosot,makin kerap tinggal solat jemaah)

2. Benci tengok orang beramal.

Sedikit kisah tauladan :

Kisah 1.

Di ceritakan,seorang sahabat ini kerap di hujani dengan kisah kisah peribadi kawan kawan perempuan sepejabatnya yang datang bercerita kepadanya.Keadaan ini seolah olah kawan sepejabatnya itu tiada tempat lain untuk meluahkan masalah.Jadilah sahabat ini kaunselor secara tidak lansung walaupun tidak mempunyai latar belakang yang rasmi.Sahabat ini pula seorang yang cepat berasa kasihan dan tidak sampai hati untuk menolak sekiranya ada kawan kawannya datang mengadu.

Bermula dengan datang mengadu di meja kerja.Lalu kerana mahukan lebih ‘privicy’,si pengadu mengajak sahabat ini untuk mendengar ceritanya di kantin pejabat.Sambil bercerita.sambil masing masing makan mee dan nasi goreng.Makin lama makin banyak perkongsian cerita.Dahulunya pertemuan dua rakan sekerja ini di temani dengan dua pinggan dan dua gelas air.Namun setelah 'perhubungan' tidak lagi hanya sekitar berkongsi masalah,kini pinggan dan gelas hanya tinggal satu.Hanya penyedut minuman dan sudu garfu sahaja yang masih 2.

Hubungan yang pada awalnya hanyalah atas dasar mendengar masalah rakan sekerja kini sudah tidak dapat di bendung lagi.Perasaan lain pula yang timbul.Di sebabkan sudah semakin mesra dan ada keserasian antara mereka,si lelaki menceraikan isterinya dan si perempuan meminta cerai dari lelakinya.Akhirnya pasangan rakan sekerja tadi berkhawin antara mereka.Adakah perkhawinan yang berlatarbelakangkan sebegitu akan mencapai kebahagiaan hakiki dunia dan akhirat?

Kisah 2.

Seorang anak pengembala kuda istana hidup di zaman Dinasti Mongul.Suatu hari Sultan ingin memilih beberapa orang yang amanah dan telus untuk menjadi pembantu Sultan di istana.

Di ringkaskan cerita dilantiklah Ayash anak kepada pengembala kuda istana tadi sebagai pembantu Sultan di atas sebab sifat peribadinya yang amat menyerlah.

Suatu hari Sultan telah memanggil para menteri dan para pembantu Sultan.Setelah semuanya datang mengadap,Sultan mengeluarkan dari simpanannya sebuah batu permata yang di warisi semenjak dahulu lagi dari keturunannya.Batu permata itu pula adalah batu permata yang paling mahal dalam simpanan sultan.Lalu Sultan memanggil salah seorang menterinya datang mengadap di hadapannya.Sultan berkenaan menitahkan supaya menteri berkenaan mengetuk batu permata itu dengan tukul yang di sediakan.

Menteri yang baru mendengar titah sultan tersebut amat terkejut lantas berkata dia tidak akan berbuat demikian kerana batu permata itu amat mahal harganya dan tidak berbaloi untuk di musnahkan begitu sahaja.

Tamat sessi dengan menteri pertama,menteri berikutnya pula datang mengadap.Sultan memberi arahan yang sama dan jawapan menteri yang kedua itu tetap sama dengan jawapan menteri yang pertama.Berulanglah situasi itu antara sultan dengan menteri menterinya yang lain.

Tibalah giliran Ayash datang menghadap.Bila Ayash sampai di hadapan sultan bersemayam,baginda sultan memberikan arahan yang sama kepada Ayash iaitu mengetuk batu permata sultan dengan tukul yang di sediakan.Tanpa melengahkan masa,Ayash pun mengambil tukul tadi lalu menhentak batu permata tersebut di hadapan sultan.Berkecai lah batu permata tersebut dalam sekelip mata.

Dewan istana tiba tiba menjadi riuh rendah.Para menteri yang hadir amat terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi.Malah ada suara suara yang mengherdik tindakan Ayash itu.Mereka mengatakan Ayash melakukan satu tindakan yang bodoh dan tidak berfikir panjang.

Dalam keadaan riuh rendah itu,sultan telah memanggil Ayash datang ke hadapannya dengan lebih dekat.Apabila Ayash sampai ke hadapan sultan,sultan telah memeluknya ke dada.Hadirin yang melihat kejadian tersebut amat terkejut dan terpinga pinga.

Selepas keadaan sedikit tenang,lalu sultan bertitah,bahawasanya menteri menteri yang di panggil tadi,masih ada tersemat di dalam hati mereka akan kebesaran nilai sesuatu harta melebihi besarnya nilai arahan yang di keluarkan oleh baginda sultan.

Di ringkaskan cerita lagi,selepas itu keterampilan Ayash dan amanahnya lebih menyerlah dan membuatkan raja melantiknya sebagai menteri kewangan Negara.Dari seorang anak pengembala kuda istana yang hidup sederhana,Ayash kini bergelar seorang menteri yang penuh dengan pengaruh.

Mari kita lihat dan renung apakah yang terjadi pada peribadi Ayash ketika menjawat jawatan menteri.

Pada suatu malam,Ayash ketika menjawat jawatan menteri kewangan telah di perhatikan masuk ke kandang kuda tempat bapanya bekerja suatu ketika dahulu.Selepas seketika,di dapati Ayash telah menukar bajunya dengan baju yang agak lusuh milik bapanya dahulu.Lantas Ayash berdiri di hadapan cermin sambil berkata kata sendirian.Ayash mengatakan yang dahulunya dia adalah anak pengembala kuda yang tiada siapa pedulikan.Di ikuti dengan beberapa ayat yang mengenang kisah silamnya.

Selesai dia berdiri di hadapan cermin,lantas Ayash berdiri melakukan solat sunat di dalam kandang kuda itu.Selesai melakukan solat sunat,Ayash berdoa keHadrat Illahi sambil air matanya mengalir berjujuran.Begitulah hebatnya Ayash.

Kisah kisah Ayash ini banyak di jadikan syair syair terutamanya di dalam kitab 'masnawi' yang banyak menceritakan kisah tokoh kesufian.

(.....kisah yang seperti di dalam Kuliah Ustaz Haji Hambali-16 Jan 2010.Surau Al Amin.....)

...............................................................................................................................................................

Moga kisah kisah di atas dapat di jadikan panduan dalam hidup kita sehari hari.

“Sesungguhnya,pada bila-bila masa sekalipun, tidak ada ruang dalam hidup Nabi SAW, dalam hidup para khalifah dan para sahabat r.a. yang mengasingkan cara hidup seharian dengan agama dan agama dari cara hidup seharian.” …..(kata kata Ulama Kelantan)

No comments: