Friday, January 15, 2010

mENyemAi beNiH cinTa


Suatu ketika dahulu saya di beri kesempatan masa dan peluang oleh Allah SWT pentadbir sekalian alam untuk bercucuk tanam dalam skala yg sederhana.Segalanya hanya berlaku dengan kebetulan.

Ceritanya begini…..

Seorang kawan saya sedang mengusahakan tanah yang di sewanya dengan menanam jagung secara komersil.Datang seorang petani yang mengusahakan pitaya menawarkan kepada kawan saya itu sebahagian tanah yang sedang disewa untuk di usahakan.Oleh kerana sitausi tidak mengizinkan,kawan saya itu pula menawarkannya kepada saya.

Diringkaskan cerita,setelah berlaku rundingan ‘face to face’ maka saya dan seorang lagi rakan saya bersetuju untuk mengusahakan sebahagian dari tanah yang sedang di sewa oleh petani pitaya itu.

Jenis tanaman yang ingin di usahakan adalah jagung madu (sweet corn).

Kerja yang perlu di selesaikan terlebih dahulu sebelum memulakan projek penanaman jagung madu ini adalah membersihkan kawasan tanah.

Bermulalah episod seorang petani dalam kamus hidup saya.

Tugas pertama.

Membersihkan kebun adalah kerja yang amat berat bagi seorang yang tiada pengalaman bertani seperti saya ini.Setelah mendapat sedikit panduan,kami mengambil keputusan untuk menyewa sebuah mesin khas dari Persatuan Peladang Kuala Pilah.Mesin yang lebih mirip kepada traktor ini mempunyai 2 fungsi.Memelau dan merotor.

a. Memelau.

Contoh jentera memelau.Perhatikan mata pisau di belakang jentera.

Sebelum proses memelau,traktor perlu di pasang dengan set pelau yang berupa seperti mata pisau.Apabila mata pelau telah di setkan dengan keadaan tanah traktor pun akan mula bergerak.Pada masa yang sama mata pelau yang berada di belakang traktor akan memotong permukaan tanah dan selepas di pelau permukaan tanah yang tadinya rata menjadi bongkah bongkah yang agak besar.Tanah yang pada awalnya penuh dengan rumput mula menunujukkan perubahan.Rumput yang tumbuh melata akan tumbang bersih dalam proses ini.Proses memelau akan diteruskan sehinggalah seluruh kawasan tanah di bersihkan.

Contoh tanah yang sudah di pelau.Masih dalam bongkah bongkah besar.

b. Merotor.


Contoh jentera merotor.Perhatikan mata 'boomerang' di belakang jentera.

Oleh kerana tanah masih lagi dalam keadaan berbongkah bongkah besar dan amat tidak sesuai untuk pertumbuhan sebarang biji benih,ia perlu digemburkan atau di rotor.Traktor perlu di pasang dengan set rotor yang berupa seperti boomerang.Konsepnya sama seperti rotor,di mana selepas mata rotor di setkan dengan keadaan tanah,traktor akan mula bergerak dan pada masa yang sama mata rotor akan berpusing dan sekali gus menghancurkan bongkah bongkah tanah tadi.Apabila proses rotor selesai maka tanah akan menjadi halus dan gembur.Pada masa yang sama batas sudah mulai kelihatan di mana tanah yang gembur tadi akan menjadi lebih tinggi dari tanah yang tidak di gemburkan.Keluasan batas boleh ditentukan dengan kedalaman mata rotor.Semakin dalam mata rotor semakin banyak tanah yang di gembur dan semakin tinggi dan lebar batas yang terhasil.

Tanah yang sudah di rotor dan batas sudah mula kelihatan.

Setelah kerja asas pembersihan tanah selesai,barulah kerja kerja pemasangan alat pengairan boleh bermula.Jika segalanya berjalan lancar dan alat ‘sprinkler’ pun berfungsi dengan baik,barulah boleh di mulakan penyedian medium untuk penanaman biji benih boleh di mulakan.

Untuk catatan,proses memelau,selain membongkar semula struktur tanah yang sudah padat bagi menambah baik pengaliran udara ia juga dapat membongkar benda benda yang tertanam di permukaan bahagian atas tanah.Ini penting bagi mengelakkan pertumbuhan akar biji benih nanti dari terbantut.Kayu yang reput juga sekiranya tidak di buang dari dalam tanah akan menyebabkan semut akan suka membuat rumah di situ akhirnya semut tadi merosakkan biji benih yang ada.

Masuk ke bab penyedian medium untuk penanaman biji benih.

c.Meneutralkan tanah

Tanah yang sudah di gembur melalui proses merotor tadi akan di taburkan dengan sejenis kapur pertanian yang di beri nama GML(Ground Magnesium Lime).Tujuan kapur ini di tabur di permukaan tanah di atas batas adalah untuk merawat tanah yang masam atau berasid supaya kembali neutral dan sesuai untuk biji benih tumbuh.

d.Membaja tanah

Setelah di biarkan beberapa hari,tibalah giliran tinja ayam untuk di tabur di atas batas.Tinja ayam yang di tabur di atas batas tadi akan di rotor sekali lagi bagi membuatkan ia sebati dan bergaul di dalam tanah.

Setelah semuanya selesai barulah proses penanaman biji benih boleh di mulakan setelah proses menanda lubang di buat.

e.Menyemai dan menjaga biji benih
Sekiranya biji benih mula bercambah,bolehlah mula proses menjaga anak benih sehinggalah pokok dewasa dan matang untuk mengeluarkan jagung sebagai hasilnya.

Semua kitaran ini akan berulang setiap 3 bulan,kerana jagung akan matang dan boleh di kutip hasilnya selepas 52 hari di tanam.

Tamatlah kisah JAGUNG.


Tanah yang dulu terbiar dan semak kini pokok jagung mula membesar dan menampakkan hasil.

Take 5 sebentar.....

Adakah Allah menjadikan sesuatu kejadian itu hanya untuk di lihat tanpa kita mengambil iktibar?

Cuba renung kisah di bawah ini :

Setiap hati manusia mempunyai cita cita dan kesukaannya masing masing.
Ada yang suka mengumpul harta kekayaan.
Ada yang suka membina rumah yang besar besar.
Ada yang suka membeli kereta mewah.
Ada yang suka bercucuk tanam.
Ada yang suka memelihara binatang.

Semua ini memang fitrah manusia seperti yang terungkap di dalam Surah Ali-Imran ayat 14:

Allah berfirman yang maksudnya :

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Tetapi adakah perkara dunia menjadi tumpuan untuk di kejar?

Apa yang di kejar oleh manusia semua bergantung kepada hati.

Nabi SAW bersabda:-

ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب
( رواه البخاري ومسلم)

"Ketahuilah sesungguhnya pada sesebuah jasad itu ada seketul daging jika baik ketulan daging tersebut maka baiklah keseluruhan jasad tadi dan jika rosak ketulan daging tersebut maka rosak jualah keseluruhan jasad.Ketahuilah ia adalah hati"

........sedangkan “pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)."

Bagaimana hendak menjadikan hati cinta akan Allah sedangkan di dalam hati yang sama juga masih ada sifat cinta akan dunia.

Oleh itu kita kenalah buat kerja yang boleh mendatangkan hati kita sentiasa ingat akan Allah dan Kebesaran sifat Allah itu sentiasa tertanam dan hidup subur di dalam hati kita.

Apa kerja kita nak buat?

Langkah 1
Perkara pertama kita kenalah keluarkan kebesaran dunia dari dalam hati.

Macam mana kita nak keluarkan? Boleh pelau ke pakai traktor?

Boleh pelau,tapi bukan dengan traktor.Kita boleh mengeluarkan kebesaran dunia secara perlahan lahan dari dalam hati dengan banyak melihat tanda Kebesaran Allah dengan mata.

Melihat bulan bercahaya tanpa ada kuasa bateri dan tidak perlu di cas berulang kali...Subhanallah.
Melihat matahari menerangi bumi tanpa ada sebarang janakuasa eletrik....Allahuakbar.
Dapat menghirup udara secara percuma...Alhamdulillah
Melihat pada air sungai yang mengalir dari atas bukit....Subhanallah.

Boleh mulakan praktik begitu?

Langkah 2

Ya! Selain melihat kebesaran Allah,zikir juga boleh mendatangkan rasa Kebesaran Allah di dalam hati.

Zikir juga boleh di umpamakan rotor yang menggemburkan hati.

Langkah 3

Selain itu juga,dengan banyak bercerita tentang kebesaran Allah juga boleh memberi kesan positif terhadap hati.Semakin banyak bercerita tentang kebesaran ALlah semakin neutral hati kita dari sifat masam dan berasid dek kerana terlalu cintakan dunia.

Allah jadikan setiap manusia mempunyai cap ibu jari yang berbeza.
Allah jadikan ibu jari tangan supaya kita boleh mengenggam.Apa jadi kalau ibu jari tiada atau sudah hilang?
Allah jadikan kuku supaya hujung tangan kita menjadi keras dan mudah untuk memegang sebarang benda.

Itu baru kejadian tangan.Itu pun belum habis untuk menceritakan kepada orang lain akan Kebesaran Allah.
Jadinya...ceritalah lagi dan lagi..supaya hati kita tidak lagi masam dan berasid seperti sifat tanah yang padat yang sudah di tinggalkan lama.

Langkah 4

Setelah hati sudah neutral dari sifat masam dan berasid,mulalah membajanya dengan banyak mendengar kisah kisah mengenai kebesaran Allah.Semakin kita bajai hati kita dengan banyak mendengar kisah kisah sebegitu,semakin suburlah hati kita untuk bersedia di semai perasaan kasih dan sayang terhadap Allah.

Langkah 5

Siramilah benih yang sudah di tanam ke dalam hati dengan banyak duduk majlis ilmu.Dengan duduk di majlis ilmu ini,kita akan semakin faham dengan hukum hakam serta perintah dan larangan Allah SWT.

Langkah 6

Untuk memastikan benih yang di semai tadi membesar dengan sempurna sehingga boleh di tuai,jagalah hati dengan banyak mengingati mati.Pastikan hati kita terus hidup dan segar.

Begitulah kitaran hidup kita.

Untuk apa kita masukkan kebesaran Allah ke dalam hati kita?

Satu soalan yang hanya boleh di jawab sekiranya kita tahu asal usul diri kita,tahu tujuan mengapa kita hidup di muka bumi ini dan kita tahu apa akan berlaku selepas kita mati nanti.

Renung renungkanlah....

Setelah membaca perkongsian ilmu di atas,apa isi hati kita di kala ini...

Masih cinta akan dunia?
Masih cinta akan binatang?
Masih cinta akan harta?
Masih cinta akan rumah yang besar?
Masih cinta akan kereta yang mewah?
Berasa sedih sekiranya perkara perkara di atas tiba tiba hilang sekelip mata?

Ataupun kita merasa sedih sekiranya ada pihak yang cuba merampas cinta kita terhadap Allah?

Ayuh HIJRAH!!

2 comments:

aiDa said...

nukilan yg menyentuh pemikiranku.. soalan: apakah petani pitaya tu??

WAK said...

aiDa :
TQ.pitaya=dragon fruit=buah naga