Thursday, January 28, 2010

Di sebalik kisah kehidupan....

Sejenak mari kira renungkan :

tuntutlah ilmu walau di mana kita berada.
samada kita di darat,di laut mahupun di udara.

Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi SAW :

Maksudnya: “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam”
(Riwayat Ibnul Abdil Barr.)


selain dari mengalir,air juga boleh memperbaiki
kandungan oksigen dalam udara sekeliling.

Ilmu itu sifatnya seperti air.Mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.Semakin rendah tempat itu berada semakin banyak air yang dapat ditakung.Oleh itu dalam menuntut ilmu secara adabnya kita perlulah sentiasa merendahkan diri.

Mari kita renungkan kisah kisah di bawah

Kisah Jemaah Tabligh :

Dalam jemaah tabligh,pembacaan kitab fadail amal adalah menjadi rutin.Mungkin dalam rutin itu kitab akan di ulang baca setelah ‘katam’ bagi bab tertentu.Hadith hadith akan di ulang baca untuk sekian kalinya.Apa yang biasa saya dengar,dalam adab membaca fadail amal dan adab mendengar bacaan fadail amal setiap hadith yang kita dengar walaupun pernah di dengar sebelum ini hendaklah kita anggap kita baru mendengarnya buat kali pertama.Mungkin ada sebabnya mengapa adab sebegitu di terapkan di dalam rutin tersebut.

Begitu juga dalam sessi bayan.Antara yang memberi bayan dan yang mendengar bayan mungkin ada antara mereka pernah mendengar hadith atau fadhilat yang dibayankan.Adabnya juga sama,yang mendengar hendaklah sentiasa menganggap itulah kali pertama mereka mendengar kalimah kalimah hadith ataupun sebarang fadhilat.Mungkin kita boleh mula praktikkan adab ini dalam usaha kita menuntut ilmu.

Kisah Lukman al Hakim :

Dalam buku ‘Nota Hati Seorang Lelaki’ yang pernah saya coretkan sebelum ini,penulis buku ada mencatatkan bagaimana Lukman al Hakim menuntut ilmu.Lukman al Hakim ada menyarankan supaya kita menuntut ilmu dari si dungu.Kerana dengan melihat si dungu,kita boleh mengelak dari membuat perkara perkara yang si dungu itu lakukan.Dengan ini kita dapat mengelak dari menjadi dungu.Patutlah kisah Lukman al Hakim ini begitu hebat sehingga di catat di dalam Al Quran.Walaupun Lukman al Hakim berkulit gelap dan adalah seorang bekas hamba, pemikirannya cukup dalam dan menjangkau batasan pemikiran orang biasa.Wallahua`alam.

Kisah seorang penulis :

Saya kutip kata kata ini dari sebuah buku yang saya tidak ingat sumbernya.
"Untuk jadi penulis yang baik,penulis itu hendaklah lebih banyak membaca dari menulis"
Mungkin boleh di fikir fikirkan.

Kisah India Muslim :

Sebuah perkampungan hindu di India di dapati ada sebuah musolla yang didirikan oleh minoriti penganut Islam di situ.Suatu masa,ada seorang penganut hindu telah menganut agama Islam dan menghantar anaknya ke maahad tahfiz.Setelah tamat pengajian dan bergelar hafiz,maka anak tadi itu di lantik menjadi imam solat sunat terawih di musolla kampung halamannya.Melihat kejadian itu,penganut Hindu yang ada di sekeliling musolla menjadi pelik.Lalu penganut Hindu itu bertanyakan kepada orang yang ada di dalam musolla.Bagaimana seorang yang baru menganut Islam (anak yang menjadi hafiz tadi) boleh menjadi ketua (Imam) dalam ibadah kamu.Lalu mereka menjawab,Islam bukan agama yang menilai siapa yang dahulu di anggap senior.Islam memandang kepada Ilmu yang ada di dada untuk melantik seseorang itu menjadi ketua.Penganut Hindu tadi sungguh kagum dengan penerangan yang di dengar,lantas mereka memeluk agama Islam dan akhirnya kampung tersebut menjadi sebuah kampung Islam seluruhnya. (seperti yang di kisahkan oleh Ustaz Hj Hambali)

Kisah melihat orang yang berjaya/gagal :

Amalkanlah doa di bawah sekiranya melihat sesuatu kejayaan/kegagalan.



اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ.
Allahumma arinal-haqqa haqqan warzuqnat-tiba'ah, wa arinal-batila batilan warzuqnaj-tinabah.

Ya Allah! Let us see the good as good, and bless us with following it. And show us the falsehood as falsehood, and bless us with staying away from it.

........dan kisah yang paling besar adalah :

Kisah junjungan besar Nabi Muhammad SAW :

Berapa ramai yang biasa mendengar kisah Nabi SAW yang menjahit sendiri pakaiannya yang koyak dan sandalnya yang rosak akan dibaiki oleh Baginda dengan tangannya yang penuh mulia itu sendiri.
Sedangkan kita tahu Nabi SAW adalah seorang ketua agama dan ketua sebuah kerajaan Islam yang besar.
Tapi dalam masa mentadbir dan menjalankan tugasan itu,Nabi SAW masih tetap mempunyai masa untuk tugas tugas yang lain,yang jauh lebih kecil.

Apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah di atas?

Sesungguhnya individu yang boleh menunaikan sekecil kecil pekerjaan walaupun remeh pasti kerja/amanah yang besar juga akan dapat di tunaikan.
Dan sebaliknya seseorang individu yang tidak dapat menyempurnakan sekecil kecil pekerjaan walaupun remeh pasti tidak dapat menanggung amanah bagi kerja yang lebih besar.

saya pinjam kata di bawah ini....

"SHOW ME A MAN WHO CANNOT BOTHER TO DO LITTLE THINGS,
AND I`LL SHOW YOU A MAN WHO CANNOT BE TRUSTED TO DO BIG THINGS"

Bagaimana pula kisah kisah kita?

Semoga kisah kisah di atas dapat memberi iktibar dalam kita menyulam kisah kita sendiri.

No comments: