Thursday, January 7, 2010

:: aMaNaH ::



Bumi minangkabau di limpah Rahmat Illahi sekali lagi bulan ini.Dengan kunjungan Syeikh Nuruddin al-Banjari ke Malaysia kali ini,kami dapat limpahan ilmu-Nya dan moga moga Allah memberi keberkatan di atas ilmu tersebut.Amin….

3 hb Jan bertempat di Surau Al Amin(SAA) Taman Rose Mewah/Taman Cempaka 2 berlangsunglah majlis ilmu yang memang telah di rancang awal.Sebelum sampai ke SAA,Ustaz Nuruddin terlebih dahulu menyampaikan kuliah ilmu di Kedah dan Selangor.Di Negeri Sembilan pula,3 surau telah menganjurkan majlis yang sama.Kali ini seperti kebiasaannya,Surau An Nur Bandar Seremban Selatan(Kuliah Subuh),Surau TTJ 2 (Kuliah Dhuha) dan SAA sendiri.

Di SAA majlis ilmu bermula seawal selepas solat fardhu maghrib.Selesai solat sunat ba’diyah,Ustaz Khusairi memimpin para jemaah dengan bacaan madeh/qosidah/burdah (saya tidak pasti…) Namun yang pasti,jemaah turut sama sama mengalunkannya dengan semangat.Di tambah malam itu tidak seperti biasa,kami mendapat skrip madeh/qosidah/burdah (saya tidak pasti…) jadi kami dapat sama sama mengalunkannya dengan betul.

Tajuk kuliah ilmu malam itu adalah sekitar AMANAH bersempena dengan nama SAA.

Kata ustaz, Al amanah : Jujur dan Al amin : Orang yang jujur.
Dan antara yang terawal di angkat dari muka bumi ini adalah amanah iaitu sifat jujur.
Samada jujur dalam hidup mahupun jujur dalam ibadah.

Contoh tidak amanah dalam ibadah :

Seorang muazin yang tidak jujur telah melaungkan azan sebelum masuk waktu solat Maghrib kerana tidak tahan haus dan lapar ketika berpuasa.Jadinya orang yang hendak berbuka puasa yang hanya berpandukan kepada seruan azan turut sama berbuka puasa sedangkan waktu maghrib belum lagi tiba.Begitu jugalah dengan orang yang terus bersolat setelah azan di kumandangkan juga melakukan solat sebelum masuknya waktu.

Contoh tidak amanah dalam hidup :

Suatu masa Abu Jahal telah membeli beberapa ekor unta dari Al Irashi.Namun sampai satu ketika Abu Jahal masih tidak membayar hutang unta tersebut.Lalu Al Irashi bertemu dan mengadu dengan pemimpin Arab Quraisy.Lalu para pemimpin Quraisy itu menyuruh Al Irashi bertemu dengan seorang lelaki yang sedang beribadah di hadapan Kaabah,tidak lain dan tidak bukan adalah Baginda SAW.Pemimpin Quraisy itu menyuruh Al Irashi bertemu dengan Baginda SAW dengan tujuan untuk melaga lagakan Baginda SAW dan Abu Jahal.

Oleh kerana percayakan kata pemimpin Quraisy itu dan keadaan telah mendesak,pergilah Al Irashi bertemu Baginda SAW.Lalu Baginda SAW mengajak Al Irashi ke rumah Abu Jahal.Sampai di rumah Abu Jahal,Baginda SAW pun mengetuk rumah Abu Jahal.Bila Abu Jahal keluar,Baginda SAW segera menyuruh Abu Jahal membayar hutangnya kepada Al Irashi.Dengan terketar ketar Abu Jahal pun masuk ke dalam rumah kembali untuk mengambil wangnya lalu menyerahkannya kepada Al Irashi.Kejadian itu juga di perhatikan oleh seorang perisik yang di hantar oleh pemimpin Quraisy yang di ceritakan di awal tadi.Khabar Abu Jahal terketar ketar membayar hutang Al Irashi tadi sampai kepada para pemimpin Quraisy.Mereka amat terkejut.

Selang beberapa ketika,para pemimpin Quraisy tadi datang bertanya kepada Abu Jahal.
Mereka berasa hairan mengapa Abu Jahal yang memang terkenal dengan sikap bengis dan keras hati itu boleh tunduk dengan Baginda SAW malahan terketar ketar ketika menjelaskan hutang Al Irashi.Bagi mereka tindakan Abu Jahal ini memalukan mereka dan menghancurkan rancangan mereka untuk melaga lagakan Baginda SAW dengan Abu Jahal.Lantas Abu Jahal menceritakan,ketika dia membuka pintu rumahnya,dia nampak 2 ekor ular yang besar sedang berdiri di belakang Baginda SAW dan bersedia untuk mematuknya.Itu yang menyebabkan dia takut lantas membayar hutangnya kepada Al Irashi dengan terketar ketar.

Begitulah kisah Abu Jahal yang tidak amanah dalam muamalatnya dengan Al Irashi.

Kisah orang yang jujur di zaman Nabi.

1. Kisah Al Ghamidiyah yang telah berzina dan mengaku di hadapan Nabi SAW.
Bagaimana kisah cara Nabi SAW menjalankan hukuman keatasnya. (kisah sepenuhnya di sini)
Selanjutnya ketika para sahabat Nabi menanyakan mengapa Nabi SAW menyolatkan jenazah Ghamidiyah,Nabi SAW bersabda, “Taubat Ghamidiyah ini sekiranya di bahagi bahagikan,setara dan dapat melingkungi taubat 70 orang penduduk Madinah.

2. Kisah Saidina Maiz yang mengaku berzina di hadapan Nabi SAW

Juga kisah bagaimana kejujuran Muhammad ibn Sirin ketika di penjara.Ketika beliau di penjara,petugas di situ membenarkannya untuk pulang ke rumah pada waktu malam dan pada siangnya pulang semula ke dalam penjara dengan senyap senyap tanpa pengetahuan orang lain.Namun dengan tegas Muhammad ibn Sirin menolak dan berkata, “ aku tidak mahu membiasakan kamu curang dan tidak jujur/tidak amanah dalam urusan kerja.’ (kisah sepenuhnya di sini)

Ustaz juga ada meninggalkan pesan bahawa solusi terhadap setiap masalah adalah datang dari Allah SWT bukannya dari makhluk.

Di akhir majlis Ustaz sekali lagi berpesan supaya Imam juga melaksanakan amanahnya dengan betul walaupun dalam ibadah zikir yang hukumnya sunat.Zikir subhanallah 33x,alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 34x harus di kira dengan betul.Ini kerana makmum biasanya tidak akan membilang dengan tasbih atau ruas jari dan hanya berpandukan dengan bacaan imam.

Sessi soal jawab di isi dengan 2 soalan.
Pertama : Penggunaan perkataan Allah oleh penganut agama lain.

Di Indonesia juga terjadi.Malahan lebih teruk,ada pasangan yang beragama Islam mengahwinkan anak mereka dengan orang yang beragama lain.

Ustaz juga ada menegur adab kita dengan Al Quran.Sesetengah tempat ada yang meletakkan sesuatu di atas Al Quran.Sedangkan Al Quran sepatutnya di letakkan lebih tinggi dari benda lain.

Kedua : Maksud istilah riba` : bertambah atau melebihi.










Moga perkongsian ini dapat memberikan panduan dan manafaat.

No comments: