Friday, October 28, 2011

:: Travelog Anak Kampung-7 ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Pintu gerbang SMSS.

Bagi kami ketika itu,kehidupan sekolah berasrama penuh adalah tempat yang terkongkong dan penuh dengan jadual.Bangun seawal 5 setengah pagi,mandi dan bersiap,solat subuh berjemaah,berkejar ke dewan makan untuk sarapan pagi,turun ke kelas,naik semula ke dewan makan jam 10 setengah untuk minum pagi,turun ke kelas semula,naik ke dewan makan jam 1 untuk makan tengahari,solat zohor berjemaah,turun semula ke kelas jam 2 petang untuk kelas persediaan petang (prep petang),naik semula ke dewan makan jam 4 setengah untuk minum petang,solat asar berjemaah,jam 5 setengah turun ke padang untuk riadah,6 setengah selesai riadah,berkejar ke asrama untuk mandi,usrah dan solat maghrib,jam 8 pergi ke dewan makan untuk makan malam dan terus turun ke kelas semula untuk prep malam sehingga jam 11,naik semula ke dewan makan untuk minum malam,solat isyak berjemaah dan balik ke dorm untuk bersiap tidur.Ia list yang panjang dan itulah kehidupan kami selama 5 hari seminggu.

Pada hari sabtu pula kami dikehendaki turun ke kawasan sekolah jam 8 pagi untuk aktiviti persatuan badan beruniform.Ia berlanjutan sehingga jam 11.Selepas itu kami diberikan kebebasan untuk membuat sebarang aktiviti.

Pada hari ahad,kuliah subuh akan disampaikan oleh warden bertugas,diikuti dengan riadah pagi (biasanya berjogging di Taman Tasik Permaisuri,Bandar Tun Razak-Lokasi Erra dan Yusri berkhawin).Selepas bersarapan pagi,biasanya pelajar terbahagi kepada dua kelompok,samada terus balik ke dorm ataupun menyambung riadah di padang pula.Jam 9 pagi kami dikehendaki bersedia di kelas untuk prep pagi sehingga jam 12 dan selepas makan tengahari,kami bebas untuk melakukan sebarang aktiviti.

Itulah rutin kami selama seminggu yang berulang-ulang.

Keluar Bandar.

Antara yang dinanti-nanti oleh kami sebagai 'penunggu' asrama adalah aktiviti keluar bandar pada hujung minggu (outing).Ia adalah aktiviti yang dibenarkan 2 minggu sekali dan diselang selikan dengan kebenaran untuk balik bermalam.Bagi kami yang kampung halaman nun jauh dimata,aktiviti adalah hanya keluar ke bandar.

Bayangkan sahajalah baru sekitar umur 13 tahun,budak kampung yang tidak pernah merayau di bandar sebesar Muar seorang diri,tiba-tiba terus sahaja meronda-ronda kotaraya Kuala Lumpur.Apalah jadinya?

Bas mini vs Bas Tong Fong

Di awal-awal tahun 1992,kami akan menaiki bas Tong Fong (no bas 123) untuk berulang alik ke KL.Stesen terakhir adalah di hadapan Plaza Kotaraya.Selang beberapa masa selepas itu,bas mini mula diperkenalkan.Maka bertambahlah pilihan kami untuk pergi ke KL,samada menaiki bas 123 (Kotaraya),bas mini 52 (Metrojaya) atau bas mini 36 (Chow Kit).Malah dengan adanya bas mini 36,langkah kami semakin panjang hingga ke Chow Kit dengan hanya bermodalkan 60 sen (bayaran tiket bagi 1 hala).

Apa yang kami buat ?

Apalah hendak diharap sangat yang ada di dalam dompet atau poket kami.Jadinya,terkadang (baca : selalu) bila kami keluar bandar,hanya berbekalkan beberapa ringgit sahaja. "Janji tambang bas lepas untuk dibayar"-itu prinsip dan slogan kami.Selebihnya aktiviti samada 'melepak' di hadapan TV di dalam SOGO yang menayangkan filem,itupun bergantung kepada nasib.Selalunya filem yang dimainkan adalah sama ketika 2 minggu lepas.

Sekiranya begitu keadaannya,pilihan kedua adalah window shopping di sekitar pasaraya SOGO dan Kompleks Pertama ataupun membaca komik di kedai mamak di bawah Medan Mara.Sebelum balik semula (berjalan kaki) ke Kotaraya untuk menaiki bas balik ke asrama,target terakhir biasanya adalah Pasar Seni.Biasanya aktiviti di sini juga adalah sekitar 'mencuci mata'.Sebelum menuju ke Kotaraya,kami akan ke tingkat atas Pasar Seni (CM-Central Market) untuk bersolat zuhur.Terima kasih kepada kawan-kawan seOUTING yang sentiasa sporting bila tiba waktu solat.

Nota :
SMS Selangor.

1.Berikut adalah rakan seperjuangan ketika berada di Ting 1 Usaha-3 Usaha (1992-94).

Nor Izzatun Udda Mohamed,Norazahlina Mohamed,Siti Aida Idris,Maslina Md Aris,Nor Salnizah Yusof,Siti Syuhairah Abd Rahim,Erny Affazly Mokhtar,Rina Irdawati,Sabeha Jamaluddin,Roslin Nor Kamal,Anizamazmi Ahmad,Azny Abdullah,Suzieyana Kasnon,Nor Faizal Mohamed,Mohd Asri Yusof,Noor Khairul Anuar Ismail,Muhammad Afizi Abd Majid,Shuhaini Asnan,Lukman Che Hassan,Zainuddin Haron,Zairul Isham Abdul Malik,Ruzaihan Jaafar,Shahmizart Tumingan dan Mohd Rizal Salikon (penulis)

2.Bas Tong Fong kemudiannya digantikan dengan bas Intrakota bernombor sama iaitu 123 tetapi tambangnya sudah menjadi 90 sen.

...kisah akan datang : "di pow!"

Wak,
TDI.

No comments: