Wednesday, October 19, 2011

:: Kuliah Baru (Siri 7) ::

Bismillah hirrahman nirrahim.

Berikut dikongsikan isi kuliah maghrib yang telah di sampaikan oleh Ustaz Haji Abdul Halim (4 Okt 2011-Masjid Paroi Jaya)

Mukaddimah.

Kepentingan dan kekuatan sesebuah negara adalah diukur dan dilihat dari segi kekuatan ketenteraan.Jika dilihat apa jua kuasa besar di dunia ini,pasti ia dikaitkan dengan faktor kekuatan tenteranya.Ini faktor yang berterusan sejak dahulu kala lagi.

Menggerak bala tentera.

Khalifah (ketua negara Islam) mesti mempunyai ciri mampu mengerakkan bala tentera.Ini terbukti apabila Saidina Abu Bakar,khalifah pertama selepas wafatnya Rasulullah SAW antara tindakan awalnya adalah memerangi golongan murtad yang tidak membayar zakat.Walaupun Saidina Abu Bakar yang dikenali sebagai orang yang jalannya tunduk,suaranya halus tapi apabila ada penganut agama Islam yang tidak mengikut perintah agama,mada Saidina Abu Bakar mengistihar perang kepada golongan ini.

Persoalannya,adakah Presiden OIC yang menjadi ketua bagi badan/organisasi yang mewakili umat Islam di dunia ini boleh dikategorikan sebagai khalifah?

Majlis Keselamatan PBB.

Majlis Keselamatan (Security Council) adalah satu organisasi penting dalam PBB bagi mengekalkan keamanan dunia.China, Perancis, Great Britain, Amerika Syarikat, dan Rusia adalah ahli tetap (yang mempunyai kuasa VETO) dalam Majlis Keselamatan dan terdapat 10 ahli lain yang dilantik secara giliran.Antara kuasa yang ada pada Majlis Keselamatan PBB ini adalah menggerakkan tentera yang terdiri dari tentera negara anggota ke sesuatu negara yang difikirkan perlu.

Kata pepatah, "Untuk mengelakkan sesebuah peperangan adalah dengan bersedia untuknya."

Asas-Asas Islam
(Jilid 1)

Khalifah Saidina Abu Bakar.

Ketika Zaman Rasulullah SAW masih hidup,apabila Saidina Abu Bakar ingin keluar berniaga,Saidina Abu Bakar akan terlebih dahulu memerah susu kambing dan akan diagihkan kepada wanita-wanita miskin.

Namun,apabila Saidina Abu Bakar menjadi khalifah,Saidina Abu Bakar sudah tidak sempat untuk memerah susu kambing lagi.Maka apabila wanita-wanita miskin yang sudah tidak lagi menerima susu,maka mereka telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.Apabila Khalifah menyedari akan hal itu,maka Khalifah pun menyedari akan kecuaiannya lalu berdoa ke-Hadrat Allah agar Allah memberikan kekuatan kepadanya agar boleh memerah susu seperti dahulu.

2 tahun yang mencabar.

Saidina Abu Bakar hanya sempat memerintah negara sebagai khalifah hanya dalam masa 2 tahun sahaja.Maka dalam masa yang singkat itu,tugas khalifah kebanyakkanya adalah menyelesaikan urusan dalam negara sahaja.Berbanding Saidina Umar yang memerintah sebagai khalifah lebih kurang 10 tahun.Maka Saidina Umar,selain dari dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di dalam negara,masalah-masalah di luar negara juga dapat ditangani.Oleh sebab itulah ketika pemerintahan Saidina Umar,kerajaan sebesar dan segemilang Rom dan Parsi dapat dijatuhkan.

Menyebar Islam.

Kaedah penyebaran Islam terbahagi kepada :

1.Akidah Islam boleh disebar melalui dakwah ke tempat tertentu.
2.Sistem Islam pula disebar dengan kaedah perang.

Contohnya :

1.Mesir diperangi kerana pemerintah mereka telah menghalang dakwah Islam di negara mereka.Maka dengan itu tentera Islam telah dihantar ke sana bagi memerangi mereka.Setelah dikalahkan oleh tentera Islam,kerajaan Islam telah memerintah Mesir tetapi tidak memaksa rakyatnya untuk masuk Islam.Namun lama-kelamaan,rakyat Mesir melihat akan kebaikan Islam dan akhirnya mereka memeluk Islam dengan sukarela.

2.Kerajaan Melaka telah didatangi oleh para pedagang dan pendakwah dari Hadratul Maut ,Yaman.Mereka berdagang dengan baik dan bagus yang akhirnya menyebabkan ketika itu ramai yang memeluk agama Islam.Maka ketika itu tiada jihad/perang yang berlaku ketika pengislaman di Melaka.

Dengan kata lain,agama Islam itu berkait rapat dengan hati manakala perlaksanaan agama Islam itu berkait dengan badan/anggota.

Bagaimana Rasulullah mendidik sahabatnya.

Tauladan 1.

Pada satu peperangan,tentera kafir telah di kalahkan oleh tentera Islam.Dan Rasulullah SAW yang menjadi Ketua agama bagi seluruh Jizyah Arab berhak untuk mendapat 1/5 daripada harta rampasan perang.Selepas pulang dari perang,maka isteri-isteri Nabi telah berbincang sesama mereka akan perihal harta rampasan perang yang menjadi hak Rasulullah SAW yang juga suami mereka.Apabila ditanya kepada Rasulullah SAW akan harta itu,Rasulullah SAW mengatakan yang harta itu sudah tiada kerana telah diserahkan kepada Baitul Mal.

Sebagai sahabat yang amat rapat dengan Rasulullah SAW,Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah menyedari akan peristiwa di atas.Lalu mereka bertanyakan kepada anak mereka yang juga isteri Rasulullah SAW,iaitu Saidatina Aisyah dan Habsyah,"Adakah kamu minta apa-apa yang tiada pada Nabi?"

Lalu mereka mereka berkata,"Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat."

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. "Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar". (al-Ahzab 28-29)

Tauladan 2.

Suatu hari Rasulullah SAW terpandang yang Saidatina Aisyah telah menggantung langsir bergambar burung di dalam rumahnya.Baginda mengarahkan Aisyah untuk menurunkan langsir berkenaan,kerana jelas Baginda,Baginda akan teringat akan keduniaan apabila memandang langsir berkenaan.

Didikan dari Nabi.

Hasil didikan seperti di asatlah yang menjadikan walaupun kegemilangan Islam makin cemerlang,namun zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar menjadi khalifah mereka masih lagi zuhud.

Segera melakukan kebaikan.

...petikan dari buku ASAS ASA ISLAM.

Pengajaran :

Apa yang patut kita usahakan adalah agar manusia di atas muka bumi ini kembali kepada akhlak seperti para sahabat Rasulullah SAW.Kerana, akhlak,kehidupan dan perjuangan para sahabat Rasulullah SAW telah disahkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran :

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. (A-li'Imraan 3:110)

Moga perkongsian memberikan menafaat,InsyaAllah.

Wak,
TDI.

No comments: