Dalam istilah bahasa,pasif bermakna tidak bergerak/melakukan kerja sendiri.Manakala istilah aktif adalah kata lawan bagi pasif.Dalam ilmu sains,matahari adalah bersifat aktif,di mana ia mengeluarkan cahaya sendiri.Manakala bulan pula dikategorikan sebagai pasif kerana tanpa matahari,bulan tidak dapat mengeluarkan sinaran pada waktu malam.
Cahaya adalah sumber keperluan di dalam kehidupan.
Iklan.
Dalam ‘budaya’/trend dan gerak kerja dakwah masakini,pelbagai usaha dan teknik digunakan dalam menggerakkan ummat agar mereka juga turut sama menyuburkan aktiviti keIslaman.
Contohnya,apabila hendak menganjurkan sesuatu aktiviti berupa majlis,sessi penerangan mahupun ceramah yang akan melibatkan umum,antara pendekatan untuk mengajak masyarakat sekeliling untuk turut hadir ke majlis yang akan dianjurkan adalah dengan menggunakan kaedah pengiklanan.Penggunaan media cetak seperti bunting,banner,flyer adalah salah satu contoh pengiklanan.
Selain itu dengan bantuan teknologi terkini,maka pengiklanan juga boleh dibuat dengan menggunakan kaedah mewar-warkan majlis yang akan dianjurkan itu melalui e-mail,hebahan di e-groups ataupun membuat entry tertentu di dalam laman blog.
Membuat panggilan telefon juga antara kaedah lama yang masih dipraktikkan sehingga kini memandangkan impak/kesan/pengaruhnya yang tinggi.Biasanya kaedah menelefon ini dipraktikkan pada rakan-rakan terdekat sahaja memandangkan ia memerlukan kos.Maka untuk mengimbangi kos,teknologi sistem maklumat ringkas (sms) yang telah diperkenalkan juga antara yang menjadi pilihan bagi penggerak-penggerak/jentera pengiklanan untuk satu-satu majlis/acara.Selain kosnya yang agak murah,segala maklumat akan dapat disampaikan tanpa sebarang ketinggalan,malah maklumat juga boleh diedit dan sebagainya.Lebih dari itu,maklumat itu akan sentiasa ada pada orang yang telah kita sampaikan mesej berkenaan selagi sms itu tidak dipadam oleh penerima.
Terbaru,kemajuan dalam bidang sistem maklumat telah dipertingkatkan.Maka terhasilah teknologi SMS blaster.Sistem maklumat ringkas (sms) yang telah kita rangka boleh di hantar/disebarkan kepada ramai penerima dengan hanya satu klik sahaja.Selain ia menjimatkan masa,kos yang tertanggung juga jauh lebih murah berbanding dengan sistem sms yang sedia ada.Lagi cepat,lagi mudah,lagi murah itulah pilihan masyarakat zaman serba canggih kini.
Sasaran dan objektif.
Tangga sering dikatkan dengan
usaha untuk menuju kejayaan.
Tetapi sejauh mana?
Namun,walaupun pelbagai usaha telahpun dirancang/diatur/dibuat/dijalankan tapi sejauh manakah ia mampu menarik audien untuk hadir ke majlis yang dianjurkan.Mungkin untuk pergi sejauh pengiklanan di kaca TV,di radio mahupun di suratkhabar arus perdana memerlukan belanja yang amat tinggi,namun tentunya pihak penganjur serta ahli jawatankuasanya mengharapkan audien yang hadir mampu sekurang-kurangnya mencapai target sasaran.Ini penting kerana dengan jumlah kehadiran audienlah menjadi antara kayu pengukur kepada keberjayaan/keberkesanan pengiklanan.
Nisbah kadar kehadiran.
Nisbah kadar kehadiran sebenarnya mempunyai angka keramat.Angka keramat ini sebenarnya adalah hasil dari beberapa kajian mengenainya dijalankan.Mengikut kajian,sekiranya kita berjaya mengedarkan sejumlah flyers/e-mail/sms maka peratusan yang hadir ke majlis itu adalah sekitar 5~10 peratus.Manakala sekiranya yang dijemput itu mempunyai hubungan keakraban,peratusan yang hadir adalah sekitar 25~30 peratus.
Cukupkah audien yang hadir hanya sekadar itu jumlahnya,jika diambil kira angka keramat itu?
.......keluar sebentar dari kotak perbincangan.
MLM.
Pernahkah melihat bagaimana para penggiat MLM membuat promosi? Pertamanya mereka akan berjumpa siapa sahaja untuk mempromosikan barangan mereka.Tidak kiralah samada individu itu orang yang mereka kenali ataupun tidak.Sambil mempromosikan barangan agar sipendengar itu mencuba barangannya (baca : membelinya),mereka akan juga mempromosikan agar sipendengar itu turut sama menjadi ahli kepada skim MLM mereka.
Adakah tamat sehingga itu sahaja?
Mungkin sebahagian kita tahu hakikatnya bahawa bagi penggiat MLM yang benar-benar agresif,mereka sanggup berkorban sehingga menjemput dan menghantar mana-mana individu yang berjaya mereka pujuk untuk hadir ke dewan/pejabat mereka.Ini bagi mereka memberi peluang kepada individu tadi mendengar penjelasan yang lebih berinformasi yang datangnya dari ’otai-otai’ yang telah berjaya menjawat jawatan yang tinggi yang sudah tentunya mempunyai gaji sehingga 5 angka atau lebih.Sudah tentu dengan mendengar sahaja angka gaji berkenaan,maka ramailah yang terbeliak mata mendengarnya.Inilah sebenarnya antara killer point di dalam bidamng MLM..Kebanyakkan mereka yang telah hadir ke majlis penerangan yang diberikan tadi,peratusan mereka untuk menyertai MLM syarikat mereka amat tinggi.
Insurans.
Dalam bidang insurans (insurans hayat) juga mereka mempunyai angka keramat yang tersendiri.Antara mereka berpendapat,berdasarkan kajian,jika agen insurans menemui 10 pelanggan,2 orang dari mereka akan menyertai insurans syarikat mereka ketika itu juga,3 orang dari mereka akan menyertai juga kemudian,2 orang lagi adalah golongan atas pagar (jika usaha lebih sedikit,golongan ini pasti akan turut serta akhirnya),manakala baki 3 orang lagi tidak langsung akan menyertai sehinggalah bila-bila walau apapun usaha yang dilakukan.
Tetapi bagaimanakah mereka mengumpul jumlah 10 orang berkenaan?
Setiap agen insurans sebenarnya mempunyai skil tersendiri untuk mengumpul sejumlah nama untuk dihubungi dan selanjutnya menyusun masa untuk mereka dapat duduk bersemuka.Disinilah nanti ilmu yang dipelajari dipraktikkan dalam membuat persembahan/presentation kepada pelanggan mahupun calon pelanggan.Konsep mereka mudah,mereka tidak perlu tertekan samada sipendengar tadi akan menyertai skim insurans mereka itu tadi atau tidak,kerana dalam diri mereka sudah tersemat dengan sifir angka keramat tadi.Selain itu,agen-agen ini sebenarnya selain berkongsikan ilmu (baca :produk syarikat insurans) dalam pada masa yang sama juga mereka akan mempelajari banyak perkara baru berdasarkan feedback dari pendengar mereka.Feedback-feedback inilah nantinya akan dijadikan homework apabila agen ini kembali ke pejabatnya kelak.
Jemaah Tabligh.
Jemaah tabligh.Usaha dan pengorbanan mereka
memang tidak dapat disangkalkan.
(sekadar gambar hiasan)
Sebut sahaja Jemaah Tabligh,pasti kita akan sedia maklum.Mereka ada dimerata dunia,malah dipelusuk dunia sekalipun.Sehinggakan tidak perlu diperkenalkan lagi mengenai kewujudan mereka di dunia ini.Keterlibatan golongan di dalam jemaah mereka amatlah meluas.Dari setinggi-tinggi pemerintah/tokoh politik,ahli akedemik,tokoh masyarakat,pekerja kerajaan,pekerja swasta,golongan tua,golongan muda,golongan pelajar,bekas penagih dadah,artis,malah sebut sahaja golongan mana,pasti dalam puluhan juta manusia di dalam jemaah tabligh itu pasti akan ada sosok yang kita mungkin tidak sangka mereka juga turut menyertai jemaah ini.
Apa pendekatan mereka?
"Jumpa dan terang mengapa manusia diutuskan ke muka bumi."
Pasif vs aktif.
Dengan erti kata lain,walau secanggih mana teknologi,walau se-gah mana pun peranti elektronik yang kita ada (kata orang sekarang : dunia di hujung jari) untuk mengajak seseorang kepada sesuatu yang baru,ia perlukan tindakan yang AKTIF!!.Dan ianya lebih memberi impak/kesan yang mendalam apabila kita berjumpa muka,bertanya khabar,menjalin ukhwah lalu dilanjutkan dengan melakukan aktiviti seperti beriadah bersama,berbincang dan bertukar-tukar pandangan.Itu suatu konsep dan realiti yang perlu kita titik beratkan.
Usaha dan Tawakal.
Kembali kepada tajuk asal,kerja dakwah adalah kerja yang berterusan,ianya perlu dibuat sehinggalah kepenghujung nafas kita di dunia ini.Tidak kira apa jua angka keramat,sebenarnya hati itu milik Allah.Yang menggerakkan hati itu untuk membuat keputusan adalah Allah.Hidayah yang turun itu juga milik Allah.Tetapi sebagai makhluk,kita perlu berusaha keras dan istiqamah dalam pada kita bertekad untuk menggegar masyarakat agak mereka sedar akan tanggungjawab dan tujuan mereka hidup di dunia ini.Kita tidak boleh hanya mampu berpuashati dengan sekadar berdakwah mengajak manusia ke arah kebaikan dengan memberi bukti dan berhujah kelak bahawa kita sebenarnya telah mengajak mereka.Tetapi sejauh manakah ajakkan itu kita perhalusi.Adakah sekadar hanya sms? Flyers/banner/bunting yang disebarkan di tempat-tempat tumpuan ramai? Ataupun kita sudah mengahantar e-mail dan sebagainya? Sedangkan kita dapat melihat golongan lain mampu mengajak masyarakat umum berbondong-bondong kepada apa yang mereka kejar (kejayaan dunia).
Ayuh para ummat Islam sekelian!
Pasif vs Aktif.Mana pilihan kita?
Nota :
Di atas adalah sebahagian dari perbincangan/bedah siasat selepas penganjuran Malam Bebaskan Palestin yang lepas.
Moga perkongsian memberikan menafaat.
Wak,
TDI.
No comments:
Post a Comment