Tuesday, April 27, 2010

:: Tautan Kasih Ini ::

Di suatu pagi......

Lihatlah....
Setelah 18 hari bertungkus lumus....

Akhirnya...tanda tanda telur akan menetas telah kelihatan..
(perhatikan telur di sebelah kiri gambar.cengkerang telur sudah mula di piping)
Adakah ini yang dikatakan retak menunggu belah??
Tidak semena mena,dari lubang piping kelihatan muncung anak ayam.
Kata orang tua tua lagi,sekali air bah sekali pasir berubah.
Sekejap sahaja kamera di alihkan,yang retak sudah terbelah.
Mana pergi isinya???
Dah jumpa!!!!
Si comel yang masih basah bulunya.
Dan....
Akhirnya,kemunculan pertama si Comel di khalayak umum.

Dulu masa zaman kanak kanak,sering juga lihat ibu ayam mengiring anaknya yang masih kecil ke sana ke mari.Bila ayam tadi sedang mengais tanah dan menjumpai sesuatu (cacing etc.),ibu ayam akan mengeluarkan bunyi khas bagi menarik perhatian anaknya supaya datang dekat padanya.Dan ketika itulah,cacing tanah yang di jumpai di rebut oleh sesama anaknya.Maka mengais semulalah ibu ayam tadi untuk mencari cacing atau sumber makanan yang lain.Langkah ini di ulang dan di ulang sehinggalah ke semua anaknya tidak lagi 'berdecit'.Dan ketika itulah kelihatan anak ayam yang tadi sibuk mengekori ibunya,mula duduk diam sambil membersihkan bulu bulunya pelepahnya.Yang peliknya,ketika ibu ayam tadi sibuk mengais makanan untuk di berikan kepada anaknya,bilakah masanya pula ibu ayam tadi mengisi temboloknya pula??? Wallahua`alam.

Di suatu ketika lain,

Tiba tiba ibu ayam tadi mengeluarkan bunyi khas lain yang agak garau.Anak anak ayam yang tadi kelihatan berkeliaran terus sahaja masuk berselindung di sebalik kepak dan di bawah badan ibu ayam.

Apa yang terjadi??

Rupa rupanya ibu ayam telah dapat mengesan seekor helang sedang terbang berlegar legar di atas udara yang hanya menanti mangsa untuk di sambar.Tindakan ibu ayam tadi sebenarnya untuk melindungi anak anaknya dari menjadi mangsa si helang.

Tamat kisah ayam,jom perhati telatah kanak kanak pula.

Zaman saya kanak kanak (sekitar awal tahun 80-an),kanak kanak perempuan memang gemar bermain dengan anak patung.Seingat saya,masa di TADIKA Kemas pun ada pelajar perempuan yang membawa anak patung itu ke TADIKA.Di belai belai anak patung itu,di sikat rambutnya,bajunya di tukar bila kotor dan kadangkala tuala kecik di jadikan seperti bedung bayi melilit tubuh anak patung tadi.

dan sebaliknya...

Pelajar lelaki pula,amat gemar menyakat pelajar perempuan yang khusyuk bermain dengan anak patung mereka.Kadangkala sakatan pelajar lelaki tadi itu berlarutan sehingga anak patung tadi dirampas dan dilarikan dari pelajar perempuan dan di campak di tepi longkang bangunan TADIKA.Mulalah kecoh di dalam TADIKA dengan teriakan pelajar perempuan tadi kerana anak patung kesayangannya dirampas dan dicampak keluar.Di ambil kembali anak patung yang dicampak keluar tadi,lalu pelajar perempuan itupun membersihkan kotoran yang melekat pada anak patungnya.

Unik kan??

Begitulah fitrah makhluk ciptaan Allah SWT.Di anugerahkan kepada makhlukNya sifat kasih sayang yang merupakan sifat semulajadi mereka.

Tetapi.....

Mengapa jadi begini??
kes pembuangan bayi.saban hari ada sahaja kes yang dijadikan liputan.
bagaimana yang tidak laporkan?? berapa banyak kes sebenarnya??
(gambar ihsan dari rakan blogger)

Apakah manusia sudah hilang sifat semulajadinya?
Di manakah kewajaran mereka membuang bayi yang tidak berdosa ini?
Tidak takutkah mereka tentang dosa?
Kenapa pembuangan bayi/maksiat ini terjadi?

Semua persoalan ini mungkin pernah terlintas di minda antara kita.Namun,oleh kerana kes ini amat kerap dan acapkali berulang,sesetengah masyarakat semacam telah menganggapnya seperti perkara biasa.Seolah olah tiada apa yang terjadi.

Mengapa jadi begini??

Sesungguhnya manusia hidup perlukan cahaya.Manusia boleh membezakan sudu dan garfu sebab ada bantuan cahaya.Bila cahaya hilang,sudu dan garfu yang sama tadi agak sukar di bezakan.Begitu jugalah dalam hidup.Manusia perlukan cahaya (Hidayah) dari Allah swt untuk hidup di muka bumi ini.Untuk berzikir kalimah ALlah yang ringan di bibir itu pun,kalau tidak mendapat Hidayah Allah,pasti dan pasti kita tidak mampu melakukannya.Begitu juga dengan tingkah laku/ibadah/amal kita yang lain,tanpa Hidayah (cahaya panduan) dari Allah SWT maka tindakan kita akan lari dari fitrah kejadian kita.Hati dan fikiran sudah gelap dan buntu sehinggakan kewajaran dalam tindakan juga sudah tidak ada.

Apa yang perlu kita buat??
Macamana nak dapat Hidayah??

Bahawa sesungguhnya,Hidayah Allah adalah bukan di bawah tadbir kuasa kita.Hidayah Allah adalah di bawah Kuasa dan Tadbir Allah SWT.Tetapi usaha untuk mendapat dan mencari Hidayah perlulah di lakukan agar kita tidak terus jauh sesat dari batasan dan cara hidup Islam.

Dan..

Apa yang saya baru belajar dan dengar tentang di mana kita boleh merebut hidayah ini adalah dengan.....

Nak tau???

"dengan membuat usaha dakwah,mengajak orang amal makruf dan mencegah mungkar Hidayah Allah akan turun di kawasan itu."

Maka....

Rebutlah usaha tersebut.
Rebutlah dengan sungguh sungguh.
Rebutlah dengan istiqamah.

Satu persoalan...

Adakah kita mahu menjadi makhluk yang lebih buruk/hina dari binatang melata seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah seperti di bawah ini??

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran yang mewajibkan taatnya)...(Al-Anfal:20.)

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya)...(Al-Anfal:21.)

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)...(Al-Anfal:22.) "

.................................................................................................................................................................

Mungkin cerita/kisah/kejadian/peristiwa/tragedi seperti yang diceritakan di atas (kes pembuangan bayi) sudah kerap kali berlaku dan kerapkali jugalah kita membaca/mendengar/melihatnya.Maka salah satu jalan penyelesaiannya adalah dengan kembali ke jalan yang telah di ajar oleh Nabi Muhammad SAW.

Nota :
Petikan dan catatan dari bayan maghrib Ustaz Haji Hambali sempena majlis 3 hari di Surau Taman Teratai (24~26 April 2010) yang di edit sedikit oleh penulis yang serba lemah ini.

Tuesday, April 20, 2010

:: MengGeledah Dosa Lampau ::

Sedikit perkongsian dari kuliah Ustaz Haji Hambali di Surau Taman Seri Pagi (19 April 2010)

Hiduplah dengan SUNNAH dan hidupkanlah SUNNAH walau hanya sekadar memakai alas kaki ketika masuk ke dalam tandas.

1.Hidupkan sunnah.

Sekali dalam satu majlis ilmu di Pakistan,salah seorang murid yang sedang mendengar bertanya kepada ulama yang mengajar tentang persoalan sekitar sunnah dan amalan Nabi SAW.Soalan yang di tanya berkisar tentang mana yang menjadi sunnah Nabi SAW ketika ingin menjamah makanan.Samada di mulakan dengan memakan buah dahulu sebelum makan ataupun atau memakan buah kemudian selepas selesai makan.

Apa jawab ulama tersebut???

"Tak makan itulah sunnah Nabi SAW."

Terang ustaz Hj Hambali,memang sunnah dalam kehidupan Nabi SAW,baginda amat kurang makan dalam kehidupan seharian.

(Selesai 1 bab....Dalam hatiku ini,hanya mampu tersenyum penuh makna.Terkadang kita dalam usaha ingin menghidupkan sunnah dalam kehidupan,langsung tidak terfikir ada lagi sunnah lebih besar yang kita tidak perasan dan tidak teramal walaupun ia dekat dengan kita.)

"Ya Allah,bantulah kami ummat Nabi SAW untuk hidup mengikut kehendakMu sepertimana yang di tunjuk oleh Nabi Muhammad SAW."

2.Pegang.

Allah kurniakan nikmat dari penciptaan tangan salah satunya adalah kita dapat memegang.Namun hakikat nikmat memegang juga ada banyak persepsi kalau hendak diperhatikan dengan lebih terperinci.

Nikmat tangan 1.
Dapat memegang remote control TV/Radio/DVD Player.Dan dengan itu,mata kita dapat memfokus kepada rancangan yang kita minat/hendak tonton/dengar.

Nikmat tangan 2.
Dapat memegang biji tasbih.Dan dengan itu,walaupun terkadang kita tidak bertasbih/tahmid/takbir/istighfar,
sekurang kurangnya biji biji tasbih itu membawa fokus kita kepada ingat kepada Allah SWT.

Pesan Ustaz,
"Ingatlah,selagi kita di gelar manusia,kita akan sentiasa melakukan dosa."

3.Kisah dosa.

Suatu hari Malik bin Dinar pergi melawat salah seorang dari anak muridnya.Ketika dia sampai di tempat anak muridnya,Malik bin Dinar mendapati anak muridnya sedang menggigil tubuh badannya.Malik bin Dinar semakin pelik bila melihat anak muridnya itu hanya memakai sepasang pakaian yang tipis lagi bertampung sedangkan pada ketika itu adalah musim sejuk.Yang bertambah pelik lagi,kelihatan peluh memercik keluar dari tubuh anak muridnya itu.

Bila di tanya oleh Malik bin Dinar mengapa dia berkeadaan begitu,anak muridnya menerangkan, "dahulu di suatu masa aku pernah melakukan dosa di tempat ini.Maka ketika ini aku sedang mengenangkan dosaku yang lalu."

(keadaan kita macam mana???)

4.Gabenor yang tawadu`.
Utbah bin Ghazwan r.a ketika menjadi gabenor telah membaca khutbah pada suatu hari.Di hujung khutbah berkenaan Utbah bin Ghazwan telah berkata, "Ya Allah,aku memohon ampun kepada Engkau sekiranya ada dalam diriku ini perasaan diriku terasa hebat,kerana sesungguhnya dan hakikatnya aku amat kecil dihadapan Engkau"

(Itu contoh Gabenor zaman sahabat Nabi SAW.Contoh dari warga kilang ada tak? "Ya Allah,sesungguhnya aku terlalu lemah walau hanya untuk membuka kelopak mataku ini.Kurniakanlah aku kekuatan.Amin)

5. Hadith Qudsi.

Ustaz Hambali menceritakan dengan bahasa yang mudah di fahami tentang sebuah hadith qudsi,

"Ada seorang musafir yg bermusafir di satu perjalanan yg sangat jauh, di padang pasir yg kering kontang dan tidak ada kehidupan. Musafir itu bermusafir dengan untanya yg sarat dengan bahan makanan dan minuman buat bekalan semasa safarnya.Di dalam perjalanan, beliau merasa kepenatan yg amat sangat, maka beliau pun berehat di bawah pohon.Setelah terjaga daripada tidurnya, beliau dapati, unta tunggangannya hilang.Ini bererti, beliau sudah tidak ada bahan makanan.Tidak ada kenderaan yg boleh meneruskan perjalanan beliau. Pendek kata, beliau tidak punya apa apa lagi.Beliau terus mencari.. mencari dan terus mencari… sehingga beliau berasa letih dan sangat berputus asa.

Sehinggalah, si musafir tadi kembali ke pohon tempat dia berbaring tadi.Beliau mengambil keputusan untuk meneruskan tidurnya dan beranggapan beliau akan mati dalam keadaan sedemikian.

Tiba- tiba,sedang beliau berbaring,beliau terasa seperti ada binatang mendenguskan nafasnya di belakang tempat pembaringannya.Dan alangkah terperanjatnya beliau,bahawa haiwan yang mendengus itu adalah untanya yang hilang tadi.Alangkah gembiranya dan seronoknya bukan kepalang untanya sendiri datang kepadanya setelah berhempas pulas mencari untanya itu.

Kemudian,kata Ustaz :

Nabi SAW menambah lagi dalam hadith qudsi berkenaan,"Allah lebih gembira daripada sang musafir itu yang  mendapat untanya kembali,ketika seorang hambanya yg datang menemuiNya,bertaubat dan memohon keampunan kepada-Nya.
Dan dalam satu hadis qudsi Allah berfirman :" Aku sentiasa membuka TanganKu di waktu siang untuk mereka yang ingin bertaubat daripada dosanya pada waktu malam dan Aku sentiasa membuka TanganKu pada waktu malam untuk mereka yang ingin bertaubat padaKu daripada dosa yg dilakukan pada waktu siang.

(dah bertaubatkah aku.atau aku masih tidak cam lagi dengan dosa aku?)

6.Mencari dosa

Sesungguhnya kata Ustaz Hambali,kita tidak akan berasa diri kita ini banyak dosa sekiranya kita tidak pernah meluangkan masa untuk merenung segala kesilapan lampau kita.Yang kita selalu beranggapan adalah,segala kesilapan itu hanyalah kesilapan kecil yang tidak perlu di hiraukan sedangkan hakikatnya perkara kecil kalau di biarkan tanpa kita ambil peduli boleh menjadi perkara yang besar.

Pesan Ustaz lagi,untuk tujuan kita dapat meluangkan masa untuk merenung dan mengingat kembali segala kesilapan/dosa (mencari/menyelongkar dosa lampau kita),salah satunya yang di anjurkan adalah ketika kita berzikir.InsyaAllah ketika hati kita sibuk berzikir,sedikit demi sedikit hati kita akan menjadi tenang dan sedikit demi sedikit juga ingatan lama kita akan datang kembali.

Dan yang pentingnya,sentiasalah rangsang hati dan nafsu kita supaya kita sentiasa cekal untuk meneruskan ibadah kepada Allah SWT.

Di akhir kuliah,ustaz sempat berseloroh,

"minum air kena sampai habis,takut nanti orang cari ",sambil ustaz berpesan " jangan terlalu taksub dengan guru/ustaz untuk mengambil barokah seperti menghabiskan baki air dalam cawan/mencium tangan,mungkin ada sesetengah guru/ustaz tidak selesa di perlakukan begitu"

Wallahua'alam.

Monday, April 19, 2010

:: ButA mATa ::

mengalirkan ILMU yang kita perolehi dengan IKHLAS

Perkongsian 1.

Tempat : Masjid Bagan,Rengit.
Tarikh : 17 April 2010

Imam Masjid membicarakan :

"Antara sedar atau tidak,

Antara doa yang sering kita TIDAK LUPA/TINGGAL untuk membacanya adalah doa memohon supaya kita di kurniakan kekayaan dariNya.

Antara doa yang sering kita LUPA/TINGGAL untuk membacanya adalah doa memohon supaya kita di kurniakan keampunan dariNya."

Berdoa bukan sahaja terhad di atas sejadah,bahkan di mana mana,hatta di atas padang bola sekalipun.

Perkongsian 2.

Tempat : Rumah nenekku.
Tarikh : 18 April 2010

Kata nenek,

"Nek arek gawe ngumah,seng alon-alon.Sampekke seng jobo ndisek.seng neng jero ngumah,kan nek wes keyupan,kepenak nek arek gawe popo.ngumah kan arek kanggo sue.arek mangan pun sak emplok sak emplok baru warek."

Alih bahasa :
Kalau nak membina rumah,siapkan bahagian luar dahulu.Bila kerja pembinaan di bahagian luar dah siap (tembok dah naik dan bumbung dah dipasang) senanglah nak buat kerja di bahagian dalam rumah.Masa tu pun dah selesa sebab dah teduh dari sinaran matahari.Tak kisah kalau lambat siap,lagipun rumah kan nak pakai lama.Macam kita makan,bukannya terus kenyang.Suap demi suap itulah yang menjadi asbab kita kenyang.

Pengajaran :
Janganlah buat kerja terburu buru hanya kerana untuk mengejar impian semata tanpa menitik beratkan implikasi di kemudian hari.

Perkongsian 3.

Tempat : di sini dan di sini2

"Ketuklah besi sementara besi masih lagi panas.Kalau dah hangat takut nanti jadi hangat hangat tahi ayam."

Perkongsian 4.

Tempat : Surau Pelajar Putera
Tarikh : ........??

Entah mengapa,ingatan dan minda di imbas kembali dengan sebuah lirik yang pernah di ajar ketika zaman usrah di SMSS suatu ketika dahulu.Lantas jari terus menaip ke internet untuk mencari lirik lengkapnya.Hayatilah senikatanya dahulu....

Album : Yang Dirindu
Munsyid : Nadamurni
Tajuk Lirik : Buta Mata

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan mata
Kerana tiada kawan yang membantu
Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan 'amal dan bakti


si buta yang hanya berpandu kepada tongkatnya.KITA???

Thursday, April 15, 2010

:: Permata Gemilang 2 ::

Perkongsian isi Kuliah Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki @ Surau Al Amin,Taman Cempaka 2(10 & 11 April 2010)

Kisah 1.

Ibrahim bin Adham adalah seorang yang berketurunan bangsawan.Suatu hari,beliau telah pergi berburu di suatu tempat.Sedang dia asyik berburu,tiba tiba datang satu suara yang menyebut,"Apakah untuk ini kamu di ciptakan."Sejurus mendengar suara tersebut,beliau telah berhenti sejenak,namun meneruskan semula pemburuannya.

Beberapa ketika selepas itu,Ibrahim bin Adham mendengar lagi suara yang sama seperti tadi, "Apakah untuk ini kamu di ciptakan." Sejurus mendengar suara tersebut,beliau telah berhenti sejenak,namun meneruskan semula pemburuannya buat kali kedua.

Namun,selepas dari itu,Ibrahim bin adham mendengar lagi suara yang sama seperti tadi buat kali ketiga.Suara itu tetap menyebut ayat yang sama,"Apakah untuk ini kamu di ciptakan." Sejurus mendengar suara tersebut,beliau telah telah turun dari kudanya.Beliau menghentikan tujuan asalnya untuk berburu dan meneruskan perjalanannya bersama kudanya.Tiba di suatu tempat,Ibrahim bin Adham telah berjumpa dengan seorang hamba.Beliau telah menawarkan kepada hamba yang beliau temui itu dengan segala pakaian kebesarannya dan harta yang ada pada dirinya ketika itu kepadanya.Dan Ibrahim bin Adham meminta pada hamba yang beliau temui itu pakaiannya sebagai pertukaran.Dan selepas hamba itu bersetuju,kini Ibrahim bin Adham telah tidak lagi berpakaian seperti orang bangsawan tetapi dengan pakaian seorang hamba.Dan bermulalah kehidupan beliau yang baru yang akhirnya menjadikan beliau seorang ahli sufi yang cukup di kenali ramai dan amat merendahkan dirinya.

Kisah 2.

Di suatu ketika,ada seorang lelaki sedang berdoa," Ya Allah,Kau ampunilah aku walau aku tahu Engkau tidak akan mengampuni ku." Doa itu di ulang ulang sehinggalah orang ramai bertanyakan kepada lelaki tersebut,mengapa dia berdoa sedemikian.Lalu lelaki tersebut menceritakan kisahnya suatu ketika dahulu.
Lelaki tadi adalah salah seorang yang bersumpah untuk memukul Khalifah Saidina Othman.Dan dia telah menunaikan sumpahnya apabila Saidina Othman syahid di bunuh.Sejurus sahaja lelaki itu berjaya memukul muka Saidina Othman,isteri Saidina Othman telah berdoa supaya orang yang memukul suaminya itu buta,lumpuh dan dosanya tidak di ampuni Allah.Kata lelaki itu,dua dari doa isteri Saidina Othman makbul ketika itu juga iaitu buta matanya dan lumpuh anggota badannya.Dan kini lelaki itu yakin,doa yang ketiga itu juga Allah makbulkan.Sebab itulah lelaki itu berdoa sedemikian rupa.

Lihat,betapa yakinnya seorang yang pernah memukul Saidina Othman dengan doa orang yang di zalimi.Bagaimana dengan kita.

Pernahkah kita menzalimi orang?
Pernahkah kita berdoa kepada Allah SWT supaya dosa kita di ampunkan?

Sedarkah kita?? (siri 1)

Pernah tak kita mendoakan atau sekadar mengharap artis yang kita sokong/gemari,menang dalam pertandingan yang mereka sertai.Sedar atau tidak,doa kita itu menyebabkan mereka semakin angkuh dengan Allah dek sebab kemenangan mereka itu.Dengan sebab itu jugalah,secara tidak langsung maksiat di muka bumi ini semakin menjadi jadi.Sedarkah kita??

Sedarkah kita?? (siri 2)

Kita amat cemburu,hasad,dengki,benci dan banyak lagi perasaan bila :

1. Kita lihat kawan kita lebih berjaya dalam kerjaya lebih dari kita.
2. Kawan sekolah kita dahulu,mempunyai rumah yang besar,kereta mewah serta mempunyai pendapatan yang lumayan.
3. Perniagaan rakan kita lebih berjaya dan mempunyai pelanggan yang begitu ramai dan semakin hari perniagaannya semakin berkembang.

Tapi pernahkah kita sedar,dari manakah kejayaan,harta itu semua datang.Adakah kita berasa cemburu,hasad,dengki dan benci sebab kejayaan mereka di ambil dari harta kita.
Maka dengan itu,harta dan simpanan kekayaan kita berkurang dan dengan itu kita wajar
berasa cemburu,hasad,dengki dan benci sebab kejayaan mereka?

Ataupun...

Harta,kejayaan,kekayaan itu datang dan di beri dari khazanah kekayaan Allah SWT.Malahan harta,kejayaan,kekayaan itu datang dan di beri tanpa sedikit pun mengurangkan khazanah dan kekayaan Allah SWT.

Pernahkah kita muhasabah diri kita bila kita berasa cemburu,hasad,dengki,benci dan lain lain lagi perasaan tidak baik (mazmumah) bahawa sesungguhnya perasaan kita itu tidak betul dan hanya datang hanya di sebabkan hawa dan nafsu serta bisikan syaitan.

Sedarkah kita?? (siri 3)

Pernah atau biasakah anda menonton drama melayu?

Drama melayu yang kebanyakkan di tayang di layar television adalah sekitar kehidupan kita bangsa melayu yang rata rata adalah beragama Islam.Dan sudah tentu dalam siri cerita drama yang ditayangkan,mesti tidak lari akan di selit dengan 2,3 shot tentang pengamalan kita dalam beragama.Solat,menziarahi kubur,kenduri arwah,kenduri khawin dan pelbagai lagi ritual dalam agama adalah antara shot yang di tontonkan kepada ramai.Dan salah satu yang biasa kita lihat dan tonton adalah shot amalan berdoa.

Biasa atau tidak kita tonton,bila di episod 10 (contoh) ada shot orang sedang berdoa dan bila masuk episod 11 (contoh) doa di episod 10 itu sudah di makbulkan.Mudahnya kan?Namun hakikatnya,ternyata doa itu di 'makbulkan' oleh pengarah drama berkenaan bukannya di makbulkan oleh Allah SWT,Pemilik sekalian Alam.

Dan...

Dalam dunia nyata ini,kita juga kerap kali berdoa.Kadangkala untuk hajat umum dan kadangkala untuk hajat khusus.Dan dalam masa berdoa itu juga,kadangkala doa kita tetap belum mendatangkan kesan dan di makbulkan Allah SWT.Namun,ada juga sesetengah orang yang berdoa terus sahaja makbul walaupun kalau di lihat secara perwatakannya,orang itu tadi kerapkali melanggar batasan agama.Mengapa itu terjadi??

Kata Syeikh Nuruddin lagi,

Bagi orang Islam yang betul betul beriman,doa mereka biasanya antara terus di kabulkan ataupun di simpan dan di tangguhkan oleh Allah SWT.Mengapa di tangguhkan atau di simpan? Ini kerana Allah SWT seronok mendengar hambaNya berdoa dan terus berdoa.

Dan

Kata Syeikh Nuruddin lagi,

Afdalnya doa adalah dengan menghadapkan tapak tangan ke muka dengan hati yang bening (bersih).

Tahukah anda??

Seoarang pemain tinju ada salah seorang yang zalim.Bukan sahaja dia menganiaya pihak lawan malah dia juga menganiayai dirinya sendiri.Bayangkan apakah perasaan peninju apabila muka dan kepalanya di biarkan di tinju oleh pihak lawan.Bukankah di kepala itu Allah tempatkan otak,organ untuk manusia berfikir.Dan di situ jugalah akal kita terletak.Apalah lagi yang tinggal dalam diri manusia kalau otak dan akal di biar begitu sahaja di tinju tanpa belas kasihan.

Akhirnya pada sessi soal jawab sempat saya bertanya 1 soalan yang lebih kurang bunyinya begini :

"Apabila anak kita tidak solat,kita akan berasa marah.Pada masa yang sama Allah juga Murka kepada hambaNya yang tidak menunaikan solat.Bagaimanakah kita hendak memahami dan memahamkan kepada orang yang sesungguhnya marah kita itu tidak sama dengan Murka Allah SWT"

Terang Syeikh Nuruddin :

Allah SWT bersifat Maha diatas segala sifatnya.Maha Tinggi,Maha Kaya,Maha Pengampun dll.Dan sifat Allah itu pula adalah tidak terbatas sedangkan manusia pula sifatnya terbatas.Contohnya,sekiranya manusia itu kaya,kaya manusia itu terbatas.

Kata Syeikh Nuruddin lagi :

Contohnya kalau kita mengadakan sesuatu jamuan kepada orang ramai.Walaupun kita mengundang ramai tetamu yang datang,tentulah tidak sama sambutan jamuan yang kita adakan itu berbanding dengan sambutan jamuan yang di lakukan oleh orang kenamaan.
Mungkin tetamu kita hanyalah sahabat handai dan saudara terdekat sahaja berbanding dengan tetamu orang kenamaan itu mungkin sahaja dari rakan niaga,penyokong dan mungkin juga sesetengahnya adalah artis,pelakon dan penyanyi yang sudah tentunya di kenali ramai.

Itu baru perumpamaan antara sifat manusia dengan manusia,walau berbeza status tapi di sisi ALlah SWT,mereka adalah hambaNya.Dan sifat Allah SWT tentulah jauh lebih Tinggi dari makhlukNya.

Begitulah yang saya dengar dan yang saya faham.

Moga sedikit perkongsian dari kuliah yang begitu berharga dan bernilai yang datangnya dari seorang ulama terkenal dapat memberi sedikit tempias kepada kita.Sesungguhnya hidup tanpa petunjuk dan hala tuju hanya membawa kita sesat dan jauh semakin sesat.

Memetik kata seorang buta,

"Aku hairan bagaimana seorang yang celik dan mampu melihat tapi dalam dirinya tidak timbul satupun impian ataupun cita cita."

.....Jom renung renungkan.

Nota :
Isi kuliah yang di catat oleh penulis yang serba lemah ini,tidaklah setepat penyampaian sebenar dari Syeikh Nuruddin.Dan ada beberapa tempat yang di edit sedikit oleh penulis dengan tujuan untuk menghidupkan jalan cerita.Wallahua'alam.

Tuesday, April 13, 2010

:: Permata Gemilang 1 ::

Perkongsian isi Kuliah Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki @ Masjid Jamek Dato' Klana Petra Sendeng (11 April 2010)

Sheikh Nuruddin (gambar ihsan dari rakan blogger.)

Bismillahirrahman nirrahim.

Bila....

Makanan pun sudah tidak boleh di jamah,
minuman sudah tidak dapat di teguk,
mata sudah tidak dapat melihat,
telinga sudah tidak dapat mendengar,
hidung sudah tidak dapat menghidu,
tangan sudah tidak dapat bergerak,
kaki sudah tidak dapat di hayun,
jantung sudah tidak berdegup,

Maka....

Itulah tandanya kita sudah berada di alam barzakh dan kematian sudah menjemput kita.

Dalam keadaan demikian dan kita sedar akan ketetapan yang begitu dari Allah kepada semua makhluk ciptaanNya,kita sebagai ummat Islam seharusnya lebih bijak mengambil kesempatan.Dengan keadaan kita sebagai makhluk Allah,berapa banyakkali kah lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan,berapakali lagi kah kita dapat bersolat secara berjemaah,kita sendiri pun tidak tahu.Oleh yang demikian,jangan jadikan amalan dan tabiat,dengan melengah lengahkan peluang yang ada dalam hidup ini untuk beribadah.

Dalam hidup ini,kita selalu mengharapkan turunnya Rahmat dari Allah SWT kepada kita.Kita juga tahu,sesuatu itu terjadi dengan asbab.Dan Rahmat Allah juga turun kepada kita juga dengan asbab.Tidak semestinya dengan ibadah ibadah yang besar seperti solat,puasa,haji atau zakat sahaja yang menjadi asbab turunnya Rahmat,bahkan ibadah ibadah yang kecil seperti selawat,tasbih juga boleh menjadi asbab turunnya Rahmat Allah sekiranya di buat mengikut adab.Dan yang paling penting,apa pun jua ibadah,yang mustahak adalah kita dengan sedaya upaya untuk menghindarkan diri dari sifat dan unsur ujub,riak,sum`ah dan ego.

Kisah 1.

Natijah dan kesan dari tamatnya sebuah perlawanan akhir bola sepak.

FIFA World Cup Trophy: Impian setiap pasukan bola sepak.

Bagi pihak yang menang :

Pemain akan mendapat:
1. Hadiah perlawanan dari persatuan bola sepak
2. Hadiah sumbangan kerajaan negeri
3. Hadiah sumbangan dari penaja

Penyokong :
1. Merasa puas dan gembira kerana pasukan mereka bergelar juara
2. Rasa pengorbanan mereka menyokong pasukan bola sepak mereka berbaloi.
3. Merasa seronok kerana penyokong lawan yang sebelum ini begitu kuat menyorak dan terlampau berlagak dengan pasukan yang mereka sokong akhirnya kalah di tangan pasukan mereka.

Bagi pihak yang kalah :

Pemain :
1. Terlepas peluang meraih gelaran juara.
2. Ada kemungkinan antara pemain akan kehilangan kerja kerana tidak di sambung kontrak.
3. Elaun/gaji pada musim baru tidak akan naik kerana prestasi tidak memuaskan.

Penyokong :
1. Sedih dan stress kerana pasukan yang mereka sokong kalah.
2. Penat,mengantuk,letih,tak lalu makan dan hilang semangat kesan dari kekalahan pasukan mereka.
3. Balik ke rumah anak dan isteri tidak di layan secara sepatutnya kerana gangguan perasaan.
4. Marah kepada pasukan mereka kerana tidak memanafaatkan peluang untuk menjaringkan gol.
5. Geram dan cemburu dengan penyokong pasukan lawan yang begitu angkuh menyorak kekalahan mereka.

Secara keseluruhan,sebenarnya penganjur perlawanan secara langsung telah menzalimi para penyokong yang datang ke stadium,samada dari penyokong yang menang atau yang kalah.Para penyokong yang datang terpaksa berkorban duit petrol,duit tol,duit tiket stadium semata mata mahu menyaksikan pasukan yang mereka sokong berentap untuk merebut gelaran juara.Malah masa yang sepatutnya boleh di manafaatkan dengan zikir,solat berjemaah terbiar begitu sahaja.

Pesan Syeikh Nuruddin malam itu,

Bahawa sesungguhnya tiada yang di pandang kecil sekiranya sesuatu Muamalat itu di jalankan dengan Allah SWT.

Kisah 2.

Di kisahkan lagi oleh Syeikh Nuruddin,

Suatu masa,ada seorang telah bersin dan mengucapkan Alhamdulillah.Sejenak selepas itu,ada seorang yang lain terus menyeberangi sungai untuk berjumpa dengan lelaki yang bersin itu untuk menjawab Tahmidnya.Ketika di tanya,mengapa lelaki itu sanggup menyeberangi sungai semata mata untuk menjawab tahmid lelaki yang bersin itu,maka jawab lelaki itu,aku berharap dengan doanya nanti aku mendapat keselamatan.
bersin juga nikmat pemberian Allah SWT

Di dalam hadits Abu Hurairah yang lalu, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bersin hendaknya dia mengucapkan Alhamdulillah, dan saudaranya atau temannya mengucapkan untuknya "Yarhamukallah", dan apabila saudaranya mengucapkan yarhamukallah maka hendaknya dia mengucapkan “Yahdikumullah wa yushlihu balakum". atau dia mengucapkan "Yarhamunallah wa iyyakum wa yaghfiru lana wa lakum ". Doa tersebut dijelaskan pada riwayat hadits Nafi’ dari Ibnu Umar : "Bahwa Abdullah bin Umar apabila dia bersin dan diucapkan baginya Yarhamukallah, beliau berkata : "Yarhamunallahu wa iyyakum, wa yaghfiru lana wa lakum."

Syeikh Nuruddin juga ada mengingatkan para hadirin,
Modify? atau terlebih berani? (sekadar gambar hiasan.)

Hidup kita jangan sampai menggangu kehidupan orang lain.Contohnya,apabila kita memulas minyak motor kita,tambahan pula dengan keadaan ekzos motorsikal kita yang sudah di 'modify', sudah tentulah mendatangkan kebisingan.Sebagai pemilik motorsikal,kita mungkin tidak sedar tindakan kita itu kadangkala menggangu ketenteraman orang yang sedang bersolat ataupun berzikir.Mungkin juga menggangu kesihatan orang yang sakit jantung.Tanpa kita sedari tindakan kita membuat bising walaupun dengan jarak tunggangan motorsikal yang dekat sebenarnya memberi masalah kepada kita di akhirat kelak.

Pesan Syeikh Nuruddin lagi,

Janganlah di pandang kecil sekiranya sesuatu perkara itu adalah perlakuan maksiat dan kesalahan di sisi Allah.

Dan...

Janganlah juga di pandang kecil sekiranya sesuatu perkara itu adalah perlakuan ibadah dan kebaikan kepada Allah SWT.

Kisah 3.

Sheikh Nuruddin juga mengisahkan kisah seperti di bawah :

Nabi s.a.w. bersabda:"Dahulu pada umat-umat yang terdahulu, terjadi seorang telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa, kemudian dia ingin bertaubat, maka dia mencari seorang alim, dan ditunjukkan kepada seorang pendeta, maka dia bertanya bahawa dia telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa maka apakah ada jalan untuk bertaubat?
Jawab pendeta tersebut tidak ada. Maka segera dibunuh pendeta tersebut sehingga genap seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian dia mencari orang alim yang lainnya, dan ketika telah ditunjukkan maka dia menerangkan bahawa dia telah membunuh seratus orang, apakah ada jalan baginya untuk bertaubat?
Jawab si alim tersebut: Ya ada, dan siapakah yang dapat menghalangnya untuk bertaubat?
Pergilah ke sebuah dusun,kerana di sana banyak orang-orang yang taat kepada Allah.Maka berbuatlah sebagaimana perbuatan mereka, dan jangan kembali ke negerimu ini kerana ianya tempat penjahat. Maka pergilah orang itu ke sana. Tatkala di tengah perjalalanan dia mati secara mendadak. Maka bertengkarlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab.
Berkata Malaikat Rahmat: Dia telah berjalan untuk taubat kepada Allah dengan sepenuh hatinya.
Berkata Malaikat Azab: Dia belum pernah berbuat kebaikan sama sekali. Maka datanglah seorang malaikat yang menyerupai manusia dan dijadikannya sebagai juri (hakim) di antara mereka.
Maka dia berkata: Ukurlah sahaja di antara dua dusun yang ditinggalkan dan yang ditujui, maka ke mana dia lebih dekat,maksukkanlah dia kepada golongan orang di sana. Maka diukurnya dan didapati dia lebih dekat kepada dusun baik yang ditujunya berukuran sejengkal, maka dipegang ruhnya oleh Malaikat Rahmat”.

Bagaimana dengan kita? Banyak manakah dosa kita? (wallahua'alam).
Sudah kah kita bertaubat?

Peringatan dari syeikh Nuruddin lagi,

Daripada Abdullah ibn Umar ibn Al-Asr radhiallahuan berkata:saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,"Apabila kalian mendengar muadzin melaungkan azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan dan berselawatlah keatasku, kerana sesiapa yang berselawat keatasku dengan satu selawat nescaya Allah berselawat keatasnya dengan sepuluh selawat, kemudian pohonlah kepada Allah supaya mengurniakan kepada ku wasilah kerana wasilah merupakan satu kedudukan didalam syurga yang tidak diperolehi/dikurniakan kecuali bagi seorang hamba dari hamba-hamba Allah. Aku berharap semoga aku adalah hamba tersebut. Sesiapa yang meminta bagiku wasilah maka berhaklah dia mendapat syafaatku."

Dan doanya adalah seperti didalam hadis Jabar bin Abdullah al-Ansari radhiallahuan berkata: Rasulullah SAW bersabda,"Sesiapa yang berdoa selepas mendengar seruan (azan): Ya Allah! Tuhan yang mensyariatkan seruan azan yang sempurna ini, dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam al-Wasilah dan al-Fadhilah, kurniakanlah juga kepadanya maqam yang terpuji yang telah engkau janjikan, maka berhaklah baginya mendapat syafaatku pada hari kiamat kelak."

Kata Syeikh,

Apakah nilai yang lebih besar lagi di akhirat kelak melainkan syafaat dari Nabi Besar kita Muhammad SAW.

Akhir sekali,antara pesanan terakhir Syeikh Nuruddin :

Jangan pandang kecil sesuatu ibadah walaupun hanya dengan memakai jam di tangan kanan kerana memuliakan tangan kanan untuk membuat perkara kebaikan.

Jangan pandang kecil sesuatu ibadah walaupun hanya dengan melapik tangan kanan di bawah cawan ketika minum (kerana tangan kanan kita masih melekat kesan makanan).Namun kadangkala pada masa yang sama,ada orang yang minum dengan tangan kiri tetapi menghisap rokok dengan tangan yang kanan.Mana sebenarnya perbuatan yang mulia?

Dan akhirnya....

Janganlah memandang remeh dan rendah untuk mengutip saki baki makanan di tepi pinggan/talam,mungkin kerana perbuatan kita menghabiskan sisa makanan itu Allah jadikan asbab untuk kita mudah untuk berbuat ibadah dan mendapat maghfirah (keampunan) dariNya..

Moga perkongsian dari penulis yang serba lemah ini dapat menjadi renungan bersama.InsyaAllah.

Friday, April 9, 2010

:: Milik siapakah hati ini ::

Sesungguhnya..........

Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita wujud ke dunia ini.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita lahir dari rahim ibu kita.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita membesar dengan menyusu dari ibu kita.

Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai meniarap selepas hanya pandai berbaring.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai merangkak selepas hanya pandai berguling.

Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai bertatih dan berjalan jatuh.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai bercakap.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan gigi susu kita mula tumbuh.

Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai berlari.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai memanjat.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai melompat.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai menulis.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai membaca.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai mengira.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mula pandai melukis.

Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita bersekolah.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita ke Universiti.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita berjaya mengenggam segulung ijazah.

Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita berjaya mendapat pekerjaan.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita mendapat gaji/pendapatan tetap.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan harta kita makin bertambah.
Allah yang Maha Kuasa yang mentakdirkan kita semakin hari semakin kaya.

Tiba tiba....

Kita manusia yang serba lemah ini mengatakan apa yang ada pada diri kita adalah milik kita.

Mata di lirikkan mengikut suka.
Telinga di capangkan mengikut hala.
Hidung di panjangkan mengikut udara.
Mulut di lebarkan mengikut selera.
Tangan di hayun mengikut tenaga.
Kaki dan langkah di atur mengikut nafsu dan hawa.

Ke mana kah segalanya??

Yang Wajib???
Yang Sunat???
Yang Makruh???
Yang Harus???
Yang Haram???

Milik siapakah kita??

Milik siapakah tubuh badan kita??

Milik siapakah harta kita??

Milik siapakah masa kita?

Milik siapakah usia kita??

Milik siapakah tenaga kita??

Milik siapakah segalanya ini??

"Milik siapakah hati ini,
Bagai berkurun lama kesepian,
Ingin aku mencurahkan kasih,
Kepada yang sudi,
Adakah ia sudi,

Lama telah ku impikan,
Iman sepertinya,
Mengisi taman hati,
Dengan cahaya kasih (suci) ...."

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban da'wah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.

Lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. (jika engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah..perkenankanlah permintaan ini. Amin."

Wednesday, April 7, 2010

:: Mengimbau kenangan.... ::

zaman anak anak kita bersekolah.
mengimbau pula zaman kita bersekolah.
bagaimana ya??

"Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai."

Biasa tak dengan ayat di atas??

Ayat yang biasa kita baca sewaktu sekolah rendah dahulu,bila di arah menjawab di dalam kertas latihan yang di beri oleh guru kita.

Juga....

Dalam diari seorang yang mengaku Islam sebagai agama anutan kita,arahan mirip di atas juga ada.

"Isikan ruang masa yang ada dengan amalan yang sesuai."

Hakikatnya bagaimana??

Awal pagi,kita biasanya mengisi masa yang ada dengan bersarapan.Malah,ada sesetengah individu,sarapan hampir menjadi perkara wajib bagi mereka.Bagi golongan ini,sekiranya awal pagi tanpa roti canai atau nasi lemak dan teh tarik,mereka rasakan pagi mereka seperti tidak sempurna.

Nak tanya ni.Salah ke makan roti canai?

Ehehehhe...Tak salah.Cuma,sendiri makan sendiri bayar eh.... (IKLAN semata)

Sepanjang pagi hingga ke senja pula,biasanya masa di isi dengan aktiviti di tempat kerja.

Awal malam bila tiba di rumah dari tempat kerja,masa kebanyakkan di isi dengan aktiviti di dalam rumah.Makan malam,menonton televisyen,mengemas rumah,menyediakan kelengkapan untuk esok dan tidur.

Lalu....

Bangun semula pagi esok dan bermulalah putaran yang sama sehingga tak sedar usia sudah mencecah setengah abad.

Ada yang tak kena ke???

Wallahua`alam.

Cuba baca balik ayat di perenggan 'roti canai' di atas.

Jumpa ayat yang di bold kan tu??

Rata rata antara kita mungkin dengan yakin dan berani mengangkat tangan,sebagai tanda kita termasuk golongan yang tidak pernah mis-sarapan pagi setiap hari.

Betul tak?

Tapi…

Siapa yang berani angkat tangan dengan yakin dan berani bahawa dia tak pernah mis-tahajjud setiap malam???

Ermmmm.....

"Eh…Ibadah mana boleh tunjuk tunjuk.Nanti timbal rasa riak."

Takpelah,kita meraikan jawapan tersebut bagi menghormati fikrah mereka.

Tapi kita nak juga masuk golongan orang yang mereka rasakan pagi mereka seperti tidak sempurna jika tidak bangun TAHAJJUD.

Tahukah anda?

Rasulullah SAW adalah seorang ketua agama Islam.Baginda juga adalah seorang ketua negara Islam.Baginda juga ketua panglima perang.Baginda adalah ketua bagi segala ketua.Baginda juga ketua keluarga baginda.

Dan ....

Baginda Nabi Muhammad SAW dalam hidupnya antara amalan baginda yang tidak pernah ditinggalkan adalah solat Tahajjud dan solat sunat sebelum Solat subuh.

Hmmm...

Kita macam mana?

Hmmm...

"Itu Nabi,bolehlah.....Kita manusia biasa."

Hmmm...susah juga nak TUNE minda kita ni kan.

Oklah,senang cerita macam nilah...

Sebelum tu…

layannnnnnnn dulu cerita sensasi ni....

Kisah 1.Kisah suami isteri.

Suasana di bilik tidur.

Suami : Yah,Banyak lagi ke baju nak lipat tu?
Isteri : Sikit je lagi ni.Kat opis tadi ok bang?
Suami : Ok. (sambil capai bantal peluk)
Isteri : Tadi kak ngah tepon.Dia bagi tau result exam semester dia dah keluar.Dapat no 2 katanya dalam kelas.
Suami : Hmmm...Alhamdulillah.Baguslah tu.
Isteri : Kita pergi jengok dia kat asrama eh bang ujung minggu ni.Nak tak bang?
Suami : InsyaAllah.
Isteri : Tadikan, masa tengahari adik tu terjatuh kat depan umah.Berdarah sikit mulut dia.
Suami : Hmmm...Ok x?
Isteri : Ok.Tapi biasalah,nangisnya mcm apa.1 taman bleh dengar.Irah plak masa makan tengahari,abis 1 dapur di sepahkan.Mula2 tumpahkan air dalam jug.Baru nak lap,kuah lauk pulak dia tumpahkan......................bla bla bla.................................................................................................
.....................................Bla bla bla......Lupa lak nak bagi tau.Beras kat dapur tu dah abis.Bila abang nak g kedai? Nak kirim sekali gula dengan minyak.Bang! ooo bang!
Suami : ZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz (dah berdengkur dah pun)
Isteri : ................................................. :(

Biasa dengan situasi di atas?

Ustaz kata,sifat perempuan/isteri/ibu memang mengkehendakkan perhatian.Kadangkala kesibukan mereka menguruskan rumah seharian meyebabkan mereka stress.Sebab itulah,bila suami mereka pulang ke rumah,antara tindakan luar kawal mereka,menceritakan perihal yang berlaku sepanjang seharian mereka di dalam rumah.

Apakah suami tidak peka tentang ini?

Kebanyakkan suami yang bekerja kadangkala kesibukkan mereka di tempat kerja menyebabkan rentak sibuk itu terbawa bawa hingga ke dalam rumah.Penat di tempat belum pun hilang sampai di rumah bertambah lagi penatnya kerana tune tidak di tukar.

Bagaimana cara mengatasinya?

Cuba praktikkan amalan di bawah :

"Solat berjemaah ummat akan berubah."

Bangsa yahudi sendiri ada mengatakan,sekiranya ramainya jemaah yang datang ke masjid untuk solat subuh seperti ramainya jemaah yang datang untuk solaat Jumaat maka itulah tanda tanda bangsa Yahudi akan jatuh.

Mustahil ke?

Soalan ini biar kita masing masing memikirkan jawapannya.

Kisah 2.Kisah si buta.

Diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari Abu Hurairah bahwa di kisahkan bahwa Abdullah bin Ummi Maktum seorang yang buta pernah meminta keringanan untuk tidak shalat berjama’ah di masjid dan mengemukakan berbagai macam udzurnya,seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak memiliki penuntun yang bisa menuntunku ke masjid”. Abdullah bin Ummi Maktum meminta keringanan kepada Rasulullah Shalallahu’alaihi wa Sallam. Maka Rasulullah pun mengizinkannya. Namun kemudian ketika Abdullah bin Ummi Maktum  berpaling, Rasulullah Shalallahu’alaihi wa Sallam memanggilnya seraya berkata: “Apakah engkau mendengar panggilan untuk shalat?” Dia menjawab: “Ya”. Maka beliau Shalallahu’alaihi wa Sallam bersabda: “Kalau begitu penuhilah!”

Dalam hadits di atas sangat jelas disebutkan bahwasannya Rasulullah Shalallahu’alaihi wa Sallam tidak memberikan udzur bagi orang yang buta tersebut, jika ia masih mendengar panggilan adzan.

Lagi lagi....Nak dengar lagi...
Ehehheheh....
Rilek2..slow2...

Sambung lagi........

Kisah agung tentang Nabi Muhammad SAW

Suatu hari Atha' bertemu Saidatina Aisyah ummul mukminin dan bertanyakan tentang amalan Nabi yang luar biasa.Lalu Saidatina Aisyah menceritakan,tatkala giliran Nabi SAW ke rumahku,ketika berada di bawah selimut,tiba tiba Rasulullah berkata dengan suatu bahasa yang amat sedap di dengar, "Aisyah, izinkan aku menyembah Tuhanku,"  Aisyah menjawabnya, "Aku lebih senang berada didekatmu tetapi aku tidak dapat mencegahmu untuk mengutamakan menyembah padaNya." Maka aku izinkan beliau meninggalkanku. Kemudian Baginda SAW mengambil wudhu. Selanjutnya beliau berdiri melakukan sholat, lalu menangis sehingga air mata beliau mengalir sampai ke dada lalu Baginda SAW ruku' dan menangis, kemudian sujud dan menangis lalu mengangkat kepala dan menangis tiada hentinya beliau berada dalam keadaan yang begitu sampai Bilal mengumandangkan azan Subuh.

SubhanaLlah.Maha Suci Allah.

Masih nak kata," Itu Nabi,bolehlah.....Kita manusia biasa."

Terpulang.Tepuklah dada.Ada rasa berdebar tak kalau malaikat MAUT datang nak menjemput kita esok pagi????

(Di atas adalah antara isi kuliah Ustaz Haji Hambali di surau Al Amin,Taman Cempaka 2,Senawang N9-6 April 2010 dan sedikit isi yang di edit oleh penulis)

dan.....

Ku hadiahkan buat para pembaca yang budiman,lirik nasyid yang ku pernah pelajari ketika usrah di SMSS 1992.

Suasana pagi makin berseri-seri,
Bila matahari mula menjenguk diri,
Terlukis keindahan dalam keharmonian,
Terpamer kekuasaan ar-Rahman,

Burung-burung berkicau di celah pohon hijau,
Menitislah embun dari hujung dedaun,
Lembut bayu menyepah bagai membelai jiwa,
Menggilap dosa-dosa yang terseksa,

Redhalah aku hanya padamu dan kurniaan kehidupan rabbani,
Redhalah aku hanya padamu dan limpahan nikmat di bumi ini,

Keindahan alam keindahan Islam,
Kemanisan iman nikmat yang disyukurkan,
Islam jadi pegangan, taqwa jadi hiasan,
Biarpun kehinaan di mata insan,

Segala keperitan jadi rencah perjuangan,
Itulah sunnatullah dari zaman Rasulullah,
Biarpun tumpah air mata dan darah,
Berjuang menegakkan Illahi,

Wahai teman-teman majulah ke hadapan,
Islam takkan kalah begitu janji Allah,
Kemenangan milik kita,
Syahid adalah cita.............

Thursday, April 1, 2010

:: I.K.H.L.A.S ::

Engkau bagai air yang jernih,
Menyuci hati sanubari,
Menhilangkan titik hitam di hati ini,
Keikhlasan sebagai ganti.

Ikhlas bukan kata semata,
Ikhlas hadir di dalam jiwa,
Biarlah salah di mata mereka,
Biar keikhlasan terlihat sesama kita.
..................................................................
(nasyidkan mengikut irama lagu 'suci dalam debu' by IKLIM)
kredit kepada Ustaz Abdul Malik dari IP Raja Melewar yang mengajarkannya kepadaku...

Sesungguhnya dalam Islam juga ada ruang untuk berhibur.Selagi hiburan itu tidak melalaikan kita dari ingat Allah SWT.

Amma baadu,

Di ceritakan oleh ustaz bahawa sesungguhnya nikmat di syurga nanti adalah sesuatu nikmat yang tidak pernah di pandang oleh mata,tidak pernah terbayang di fikiran dan tidak pernah terlintas oleh hati.

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Di ceritakan lagi,sekiranya seorang bidadari syurga memunculkan sedikit dari bahagian tubuh mereka ke dunia,cahaya yang terpancar dari tubuhnya akan menerangkan seluruh alam dari timur ke barat dan keharuman yang datang dari tubuhnya juga semerbak ke seluruh alam dari timur ke barat.

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Di ceritakan juga di syurga nanti ada kenderaan seperti kereta kuda.Di kisahkan bagaimana tempat letak cemeti kereta kuda itu jika hendak di buat perbandingan,nilai kebesaran tempat letak cemeti itu lebih baik dari dunia dan seluruh isinya.Itu baru tempat letak cemeti di syurga.

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Juga di kisahkan bagaimana Malaikat Jibril telah pergi melawat syurga yang nantinya menjadi tempat tinggal Saidina Abu Bakar r.a.Ketika melawat itu Malaikat Jibrail terasa kepenatan walaupun mempunyai 600 sayap.Berapa agaknya keluasan syurga yang Allah sediakan untuk Saidina Abu Bakar?

SubhanaLlah. Allahuakbar.

Dan kata ustaz lagi,kemuncak dari segala nikmat yang ada di dalam syurga adalah Redha ALLAH swt terhadap makhluknya.Bagaimana nikmatnya? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Allahuakbar.Allahuakbar.Allahuakbar.


Agaknya begitulah keadaan kita semasa di alam rahim ibu kita dahulu.Kita hanya beranggapan,rahim ibu kita itu sahajalah alam yang ada.Jika di sebutkan pokok kelapa sekalipun,walau ia memang wujud di muka bumi,tentu kita sang bayi langsung tidak dapat menggambarkan apa-apa.Jauh sekali untuk merasa nikmat yang datang dari wujudnya pokok kelapa itu.Dan mungkin juga,di antara kita ada yang berasa ragu-ragu antara yakin atau tidak akan wujudnya pokok kelapa itu.Bagi seorang bayi,kehidupan 9 bulan 10 hari di dalam rahim itu sudah cukup selesa dengan keadaan sekeliling yang memberi cukup keperluan dan perlindungan.

Namun akhirnya,bila lahir ke bumi,melihat segala apa yang ada di atas muka bumi,maka di situlah nanti si bayi akan mula merasa nikmatnya kehidupan baru di alam yang juga baru.Dan merasakan alam di rahim ibu itu hanya tempat persinggahan.

Namun….

Hakikatnya,nikmat sebenar syurga adalah….berganda ganda ganda ganda ganda ganda…….lagi dari cerita di atas.Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya.

Dan....

Antara pesan ustaz lagi,masa kita sakit ni biasanya hati kita mudah ingat ALLAH.

Dan lagi,jadikanlah amalan supaya untaian biji tasbih di letakkan dekat dengan tempat kita berbaring samada kita dalam keadaan sihat atau sakit.Selain boleh di gunakan sebagai `counter` zikir,ia juga boleh menjadi `reminder` kepada hati dan mata kita supaya ingat pada ALlah bila melihat biji tasbih tadi,sepertimana rotan bapak kita mengingatkan kita supaya jangan buah salah.

Tidak lupa juga antara doa yang ustaz ajarkan adalah :

1.Minta jauh diri kita dan kaum kerabat serta keluarga kita dari fitnah ZINA.
2.Doa kepada ALlah SWT supaya kita di kurniakan rezeki dan kita tidak membazir dan tidak kedekut pula untuk membelanjakannya.
3.Sentiasa berdoa supaya kita dan keluarga sentiasa dapat menjaga dan menunaikan solat pada waktunya.

Moga dapat menjadi ingatan pada diriku jua.

(sebahagian isi kuliah Ustaz Haji Hambali di Surau Al Amin-23 Mar 2010)