antara amalan keduniaan dengan amalan keakhiratan,sekiranya
di timbang,di manakah kedudukan amalan kita?
(sekadar gambar hiasan)
Dalam Riwayat Bukhari dan Muslim,Dari Abu Hurairah (r.a) Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala mempunyai malaikat-malaikat yang berlalu-lalang di jalan untuk mencari majlis dzikir, di mana bila mereka mendapatkan sesuatu kaum yang berdzikir kepada Allah 'azza wajalla mereka memanggil malaikat-malaikat yang lain dengan berkata: "Marilah ke sini menyaksikan apa yang kamu cari", kemudian para malaikat membentangkan sayapnya sampai ke langit dunia.
Ustaz Haji Hambali menerangkan bahawa sesungguhnya antara yang boleh di kategorikan sebagai majlis zikir adalah :
1. Majlis yang ada menyebut tasbih,tahmid,takbir.
2. Majlis yang ada di dalamnya aktiviti membaca Al Quran.
3. Aktiviti solat.
4. Majlis kuliah,ceramah,forum yang memberi pengisian agama.
Tasbih,Tahmid,Takbir adalah salah satu
ibadat zikir kepada Allah.
Kata ustaz lagi,zikir adalah salah satu cara untuk kita beribadah mendekatkan hati kita kepada Allah SWT.Antara contoh ibadah lain selain zikir yang boleh mendekatkan hati kepada kita kepada Allah SWT adalah Tahajjud,memelihara aurat dan mendidik anak mengikut lunas-lunas agama.Sesungguhnya banyak cara untuk mencari dan mendekatkan diri dan hati kita kepada Allah SWT dan bukannya rigid dengan sesuatu jenis ibadah sahaja.
Lantas Allah SWT bertanya kepada Malaikat (padahal Allah SWT telah lebih mengetahui) "Apa yang diucapkan oleh hamba-Ku?"
Malaikat itu berkata "Mereka mensucikan-Mu, memuji-Mu mengagungkan-Mu"
Allah SWT bertanya "Apakah mereka pernah melihat Aku?"
Para malaikat menjawab "Demi Allah, mereka belum pernah melihat Engkau"
Ustaz menerangkan orang Islam yang beriman akan berbuat ibadah di dunia dengan bersungguh walaupun mereka tidak pernah melihat zat Allah SWT.Inilah yang dikatakan beriman.
Namun bila di akhirat kelak,semua orang baru yakin tentang apa yang pernah mereka dengar di dunia tentang akhirat adalah benar belaka termasuk Namrud dan Firaun.Seperti firman Allah SWt yang maksudnya:
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin". (As-Sajdah 32:12)"
Allah SWT bertanya "Bagaimana seandainya mereka pernah melihat Aku?"
Para malaikat menjawab "Seandainya mereka pernah melihat Engkau niscaya mereka lebih giat beribadah kepada-Mu, lebih giat mengagungkan Engkau, dan lebih giat mensucikan Engkau"
Ustaz menerangkan antara nikmat yang besar yang dapat di kecapi oleh penduduk dan penghuni syurga Allah adalah :
1. Apabila mendengar Nabi Daud membaca kitab Zabur.
2. Apabila mendengar Rasulullah SAW membaca surah Toha.
Kata ustaz,2 nikmat di atas itu sahaja membuat pendengarnya merasakan satu nikmat yang tidak dapat di gambarkan lagi.Namun ada lagi nikmat yang lebih besar iaitu :
3. Apabila surah Ar Rahman di lafaz oleh Allah SWT.
surat dan isinya lebih bererti sekiranya
pengirimnya itu sendiri menuturkannya di hadapan kita.
Ustaz memberi contoh,apabila kita menerima sepucuk surat dari rakan kita yang jauh,kita akan membaca isi surat berkenaan dengan nada dan gaya kita sendiri.Tapi sekiranya isi isi dalam surat itu kita dapat dengar sendiri buah butirnya dari pengirimnya,tentulah ia lebih bermakna.Dan pastinya impak dari perkataan perkataan yang kita dengar itu lebih besar pada perasaan dan hati kita berbanding kita membacanya sendiri.Itu perbandingan tentang hal dunia.Namun perbandingannya apabila kita membaca ayat-ayat Al Quran dengan kita mendengarnya sendiri ayat ayat berkenaan di lafaz oleh Allah SWT tentu lebih lebih lagi impak dan kenikmatannya.
Namun kata ustaz ada lagi nikmat yang lagi besar dari nikmat di atas iaitu :
4. Apabila Allah mengatakan pada penghuni syurga,"Hari ini aku tidak akan marah lagi kepada kamu semua."
Dan kata ustaz lagi,kemuncak nikmat dari segala nikmat yang dapat di kecapi oleh penghuni syurga adalah :
5. Apabila hijab di buka dan dapat melihat zat sebenar Allah SWT.
Itulah nikmat terbesar dari segala nikmat di syurga.
gambar pokok sawit (ehsan dari wikipedia).
Kata ustaz lagi,umpamanya seorang bayi yang masih di dalam alam rahim ibunya mana mungkin dapat membayangkan rupa pokok sawit yang ada di alam dunia.Melainkan bayi itu keluar dari alam rahim ke alam dunia,barulah nanti si bayi itu akan nampak rupa bentuk pokok sawit.Begitu juga manusia,mana mungkin kita boleh menggambarkan zat Allah sedangkan kita masih lagi berada di dalam alam dunia.
Allah SWT bertanya "Apakah yang mereka minta?"
Para malaikat menjawab "Mereka meminta surga kepada-Mu"
Kata ustaz,ada setengah orang mengatakan ibadah yang kita lakukan perlulah dengan ikhlas tanpa mengharap kepada balasan syurga.Ada pula yang mengatakan syurga adalah makhluk Allah SWT.Dan hakikatnya,makhluk itu tidak dapat menyelesaikan urusan kita.Untuk itu ustaz menerangkan bahawa Nabi SAW sendiri mengajar kita sebagai ummatnya supaya kalau mahu meminta,mintalah akan syurga.
Ustaz juga menerangkan,dalam beribadah kita juga di ajar agak berikhtisab iaitu dengan mengharap janji janji Allah.Dan kata Ustaz,sesungguhnya fitrah manusia bila menanam padi,mengharapkan beras akan dapat di tuai.Bukankah begitu?
Allah SWT bertanya "Apakah mereka pernah melihat surga?"
Para malaikat menjawab "Demi Allah,wahai Tuhanku merekabelum pernah melihatnya"
Allah SWT bertanya "Bagaimana seandainya mereka pernah melihatnya?"
Para malaikat menjawab "Seandainya mereka pernah melihatnya niscaya mereka lebih bersemangat untuk mencapainya, mereka lebih giat untuk memohonnya, dan mereka sangat mengharapkannya"
Allah SWT bertanya "Dari apakah mereka berlindung diri?"
Malaikat menjawab "Mereka berlindung diri dari api neraka"
Allah SWT bertanya "Apakah mereka pernah melihat neraka?"
Para malaikat menjawab "Demi Allah, mereka belum pernah melihatnya"
Allah SWT bertanya "Bagaimana seandainya mereka pernah melihatnya?"
Para malaikat menjawab "Seandainya mereka pernah melihatnya niscaya mereka lebih menjauhkan diri daripadanya dan mereka lebih takut terhadapnya"
Allah SWT berfirman "Maka saksikanlah olehmu bahwa Aku telah mengampuni dosa-dosa mereka”
Ada salah satu malaikat yang berkata,"Di dalam majlis itu ada si Fulan, seseorang yang bukan termasuk ahli dzikir, ia datang di situ karena ada sesuatu kepentingan"
Allah SWT berfirman "Mereka semua adalah termasuk ahli dzikir, di mana tidak ada seorangpun yang duduk di situ akan mendapatkan kecelakaan/siksaan."
Semoga perkongsian dapat memberi maklumat kepada pembaca seterusnya dapat membantu dalam beribadah moga moga dapat menghilangkan kejahilan dalam diri.
Kata ustaz lagi,sedar tak sedar,sekarang ini satu dunia menyebut dan menyorak 'GOL!' secara serentak bila mana ada pemain yang menyumbat gol ke gawang lawan.Moga sorakkan dan tarikan gol itu tidak melarikan nikmat khusyuk dalam diri kita ketika beribadah.Amin.
Nota : Tulisan font biru adalah maksud hadith yang dibaca oleh ustaz pada malam tersebut.
No comments:
Post a Comment