Friday, February 5, 2010

:: Pengubat Mata Dunia ::

berjalan,bermusafirlah...
melihat kebesaran Allah,
meninjau,menitilah...
rahsia ciptaan Allah.

Selalu orang memperkatakan dan memperingatkan tentang kepentingan mencari keberkatan dalam rezeki.

Berkat tu apa? Jom sama sama menelaah…..

Berikut adalah isi kuliah Ustaz Hj Hambali (Taman Jasmin-28 Jan 2010)

Di antara tanda keberkatan dalam mencari rezeki ialah,Allah bantu hamba-Nya dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Kisah 1.

kesungguhan dalam mencari rezeki,
tanpa mengenal penat & jerih,
(sekadar gambar hiasan)

Ustaz mengisahkan bagaimana seorang penjual ikan yang memulakan harinya dengan bertahajud.Selesai tahajud,keluarlah si penjual ikan itu ke tempat peraih ikan.Selesai urusannya di pasar,si penjual ikan tadi pulang untuk solat jemaah subuh.Selepas solat subuh,dia menghabiskan zikir harian dan selepas waktu israk,mulalah dia menjual ikan ke kampung kampung.

Dengan sebelah tangan memegang tasbih untuk berzikir dan sebelah tangan lagi menekan hon motor,si penjual ikan itu pun berlegar legar untuk mencari pelanggan.Apabila ada pelanggan yang menahan,dia akan memberhentikan motornya bagi membolehkan pelanggannya memilih ikan di dalam bakul di belakang motornya. Sekiranya ramai pelanggan yang membeli ikannya,maka cepatlah dia pulang ke rumah dan sebaliknya.

Apabila sampai di rumah,si penjual ikan segera menunaikan solat zohor secara berjemaah.Selepas berehat seketika selepas solat,dia meluangkan masa yang ada bersama keluarga.Ketika itulah dia akan melihat perkembangan pembelajaran anaknya dan menegur mana yang perlu.Malamnya di isi dengan mendengar kuliah kuliah agama yang ada di masjid masjid. Begitulah rutin si penjual ikan.Walau untung dari pendapatannya tidaklah banyak tetapi hidupnya yang penuh sederhana itu tidak di bebankan dengan masalah masalah yang rumit.

Ustaz juga mengesahkan perbandingan bagaimana seorang peniaga/usahawan besar yang di lihat berjaya tetapi di belakangnya hutang menimpa nimpa.Walaupun nampak berjaya dalam bidangnya namun hakikat sebenar hatinya tidak tenang dengan apa yang di milikinya.

Begitulah hakikat dunia.

Sepertimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :

"Dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan kubur bagaikan bentengnya dan syurga tempat tinggalnya. Dan dunia ini sebagai syurga bagi orang kafir sedang kubur sebagai penjaranya dan neraka tempat tinggalnya."

Kisah 2.

Satu ketika Hassan al Basri mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain mencari isi isi khutbah yang pernah di sampaikan oleh Baginda SAW.Selama 4 tahun beliau menyelusuri ekspidisi sehinggalah bertemu dengan Jabir bin Abdullah r.a,seorang Ansar yang ada menyimpan isi khutbah Baginda SAW.Lalu Jabir pun membacakan antara isi khutbah Baginda SAW kepada Hassan al Basri yang berbunyi :

“Adalah dunia dunia ini di ciptakan untuk kamu tetapi kamu di ciptakan untuk akhirat”

Kata ustaz lagi,

Sesungguhnya hamba Allah itu berada di antara 2 perkara.
1. Tidak tahu apakah kedudukan dosa,kesalahan dan taubatnya.
2. Tidak tahu apakah perkara perkara yang akan terjadi dengan baki umurnya.

Kisah 3.

Sahal Attustari biasa membelanjakan kekayaannya dalam segala jalan yang menuju taat kepada Allah SWT.Lalu ahli keluarganya menyampaikan hal itu kepada Abdullah bin Almubarak (salah seorang guru Imam Bukhari).Mereka berkata: "Bahawa orang itu jika sedekah tidak kira-kira,kerana itu kami khuatir kalau ia menjadi miskin."

Maka Abdullah bin Almubarak menyampaikan keluhan ibu dan saudara-maranya itu kepada Sahal Attustari. Jawab Sahal: "Ya Aba Abdirrahman, bagaimana pendapatmu bila ada orang kota telah membeli tanah kebun di desa.Dan di dapati tanah di desa itu lebih subur dari tanah di bandar dan lagi ia akan pindah kedesa itu.Apakah harus meninggalkan apa-apa di kota, padahal ia tidak akan kembali lagi kekota itu?" Abdullah bin Almubarak berkata: “Siapa yang akan pindah ketempat lain tidak seharusnya ia meninggalkan apa-apa ditempat yang akan ditinggalkan itu, demikian pula orang yang akan pindah dari dunia keakhirat, mengapakah harus meninggalkan apa-apa didunia ini."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hai Ali, empat macam tanda celaka iaitu:
• Mata yang kering dari menangis di hadapan Allah SWT.
• Hati yang keras (kerana tidak mengingta Allah)
• Cinta dunia
• Jauh angan-angan

Ustaz juga memberi perbezaan kehidupan sahabat di zaman Nabi SAW dahulu.Mereka tidak lupa untuk berusaha kepada dunia tetapi bukanlah sampai ke tahap cintakan dunia.Usaha ke atas dunia ini kata ustaz,seperti sebuah bekas.Dari bekas inilah nanti Allah meletakkan rezeki kedalamnya.Jadi untuk mudah faham,jika tiada bekas (tupperware,dulang,pinggan) masakan kita dapat makanan yang sedang di agih agihkan di suatu majlis kenduri. Wallahua`lam....

Ustaz juga menceritakan bagaimana beza keyakinan sahabat dengan kita di zaman ini.

Zaman sahabat : Mereka suka bersedekah sehinggakan untuk diri mereka sendiri tiada apa yang berbaki.
Zaman kita : Membuat simpanan di dalam bank atau belanja peribadi.
Zaman sahabat : Yakin mereka tentang limpahan rezeki amat tinggi walaupun mereka amat ringan tangan untuk bersedekah.
Zaman kita : Sedekah? Ish..Aku makan pun cukup cukup je.Kalo sedekah sedekah ni,ko tak takut kebulur ke? (mungkin ada yang berfikir begitu)

"Sesungguhnya dengan banyak berzikir,hati akan menjadi tenang."

2 comments:

Lelaki dari arah timur said...

Jazakallah tuan yg mulia, sy suka entri2 tuan, teruskan..

WAK said...

Lelaki dari arah timur : Jazakallah.Kita semua adalah pemenggang amanah di atas amanah yang di beri.Dan entri2 itu semua, juga adalah antara amanah yang perlu saya lunaskan....