sekadar gambar hiasan...
Siapa masih ingat dengan majalah Al Ain yang pernah di terbitkan oleh Al Arqam suatu ketika dahulu.Isinya berunsur dakwah tapi di selitkan dengan komik komik yang menarik minat membaca bagi golongan muda/cilik ketika itu.
Sedikit perkongsian yang di perolehi dari majalah tersebut :
Suatu masa dahulu,ada seorang lelaki yang tidak mempunyai sebarang kerja,bersiar siar di suatu pekan.Sedang dia melalui satu kawasan,sempat dia memerhatikan gelagat orang orang yang ada di sekeliling pekan tersebut.Dalam asyik membuat perhatian,lelaki tadi tertoleh di satu sudut di mana seakan satu pertunjukan jalanan sedang berlangsung.Lelaki itu mula mendekati gerombolan manusia yang berada tidak jauh dari tempat asalnya tadi.
Sampai di tempat gerombolan manusia itu,dia melihat ada seorang lelaki sedang berdiri di tengah tengah antara mereka.Lelaki yang duduk di tengah gerombolan manusia itu di lihat sedang memegang beberapa bilah pisau.Selang beberapa ketika,di lihat lelaki tersebut melontarkan pisaunya dengan tangan ke udara dan menangkapnya kembali dengan menggunakan mulut.Hadirin yang berada di situ kagum sejenak akan kebolehan semulajadi lelaki tersebut.Lalu mereka pun bertepuk tangan sebagai menghargai persembahan tersebut.
Lelaki yang datang kemudian itu,juga turut kagum dengan persembahan yang disaksikan olehnya.Buat seketika lelaki itu terus menonton persembahan tersebut.Akhirnya,selepas beberapa ketika,lelaki berkenaan mendapat satu akal,bahawa dia juga mampu berbuat demikian sekiranya dia berlatih bersungguh sungguh.
Setelah mendapat akal berkenaan,lelaki tadi pun berlalu pergi dan bertekad hendak berlatih bersungguh sungguh supaya dia juga dapat membuat persembahan seperti lelaki tadi.Pada keesokan harinya,lelaki tersebut pun memulakan latihannya.Setelah alatan di kumpulkan,dia pun mula melontarkan pisaunya ke udara dan cuba untuk menangkapnya dengan mulut.Namun usahanya gagal buat kali pertama.Namun dengan tekad yang kuat dan usaha yang gigih,akhirnya buat pertama kalinya lelaki tersebut berjayalah menangkap pisaunya yang di lontar ke udara dengan mulut.Gembiralah lelaki berkenaan.Dia pun meneruskan latihannya sehinggalah dia yakin dia mampu melakukannya di hadapan khalayak ramai.
Setelah sampai hari yang di rasakannya sesuai,lelaki tersebut keluarlah ke sebuah pekan.Tiba di pekan,lelaki terbabit mencari cari tempat yang sesuai untuk memulakan persembahan solonya yang pertama.Setelah menemui tempat yang agak bersesuaian,lelaki tersebut pun mula menarik perhatian ramai dengan mengumumkan dia akan membuat satu persembahan yang mampu menarik perhatian ramai.Orang ramai yang lalu lalang di situ amat tertarik dengan pengumuman tersebut.Lalu mereka pun mula mengelilingi tempat lelaki itu berdiri.Melihat keadaan yang mula menggalakkan itu,lelaki tersebut pun mula mengeluarkan peralatan untuk membuat pertunjukkan.
Beberapa ketika selepas itu,lelaki tadi pun mula melontarkan pisaunya ke udara.Saat pisaunya jatuh kembali,dia dengan segera menangkapnya dengan mulutnya sendiri.Hadirin yang melihat kebolehan lelaki tersebut terus sahaja bersorak tanda kagum dengannya.Lama kelamaan semakin ramailah orang yang berkumpul di situ dan tertarik untuk menyaksikan persembahan lelaki berkenaan.
Hasil dari persembahan hari itu,orang ramai mula melontarkan beberapa siling sebagai hadiah kepada lelaki berkenaan.Gembiralah lelaki tersebut kerana persembahannya bukan sahaja berjaya dan menarik perhatian ramai,bahkan para penonton pula memberi ganjaran kepada persembahannya itu.
Bermula dari detik tersebut,nama lelaki itu mula meniti di bibir bibir orang di situ.Namanya semakin popular di sekitar kawasan tersebut.Orang ramai semakin ramai mengenali lelaki itu dan jadilah dia seorang yang terkenal dengan kebolehannya menangkap pisau dengan mulut.
Dek kerana terlalu terkenal,pada suatu ketika datang seorang lelaki yang kagum dengan persembahannya menemui lelaki berkenaan.Lelaki yang datang bertanya itu terlebih dahulu mengucapkan terima kasih dengan persembahannya hari itu dan ia berasa cukup kagum.Lalu di tanyakan oleh lelaki tersebut dimanakah si pembaling pisau tadi menuntut ilmu itu.Siapakah gurunya? Lantas jawab si pembaling pisau,dia mengatakan dia tidak belajar dari sesiapa pun ilmu tersebut dan dia tiada guru yang mengajarnya ilmu itu.Malahan dia belajar dan berlatih sendiri sehinggalah dia mampu melakukan aksi yang ada sekarang.
Setelah berlalu lelaki tersebut,pulanglah si pembaling pisau ke tempatnya dan kembali semula ke esokan harinya untuk membuat persembahan lain.
Hari tersebut,seperti biasa,orang ramai telah mula memenuhi kawasan pertunjukkan.Ada yang datang dari dekat namun ada juga yang datang dari jauh.Ada yang datang sudah berulang kali,namun ada juga yang datang untuk pertama kalinya.
Sedang rancak membuat persembahan,tetiba hadirin di gamatkan seketika dengan satu kejadian.Si pembaling pisau tiba tiba tidak berjaya menangkap pisaunya kembali dengan mulut.Yang lebih malang,pisau itu bukan sahaja tidak berjaya di tangkap,bahkan menusuk pipi si pembaling pisau itu pula.Riuh rendah hadirin dengan kejadian tersebut.Ada yang terkejut,ada yang hairan dan tidak kurang juga yang menyindir.
Menyindir sebab mereka datang dari jauh dan membayar untuk menyaksikan persembahan tersebut.Tapi, hasilnya satu persembahan yang gagal.
Oleh kerana malu dengan kejadian tersebut,si pembaling pisau tidak lagi membuat persembahan buat seketika waktu.Dalam ketika dia tidak membuat persembahan itu,dia mula menilai di mana silapnya sehinggakan kejadian yang tidak di ingini itu menimpanya.Sedangkan sebelum ini,kejadian gagal menangkap pisau tidak berlaku langsung dalam ketika dia membuat persembahan.
Dalam dia memikirkan faktor kegagalannya itu,si pembaling pisau tiba tiba teringat akan lelaki yang datang bertanyakan kepadanya dahulu.Dia cuba mengingat kembali apakah soalan yang di tanyakan oleh lelaki tersebut.Setelah di ingat kembali,memang benar,dia memang tidak pernah berguru di mana mana.Bahkan dia sendiri yang berlatih bersungguh sungguh sehinggalah dia mahir menangkap pisau dengan mulutnya.Cuma,dia mendapat akal itu setelah melihat satu persembahan yang sama suatu waktu dahulu.
Dari situ dia mulai sedar.Orang yang di lihatnya mula mula dahulu membuat persembahan tersebutlah gurunya ,walau tidak secara langsung.Setelah sedar dan mula berpijak di bumi yang nyata,bertaubatlah si pembaling pisau tentang keegoannya.Dia sedar,kepopularannya selama ini menutup sifat rendah diri di dalam hatinya.Dan keegoan itu jugalah yang hampir hampir memusnahkan erti kehidupan dalam dirinya.
Selepas dari itu,maka si pembaling pisau itu pun tidak lagi meninggi diri dan menjauhkan diri dari sifat ego dan jadilah dia seperti manusia biasa.
Tamat.
(setelah di olah sedikit isi cerita dari cerita asal,di atas kelemahan ingatan ku…)
Sejenak teringat kembali aktiviti minggu lepas di pantai Port Dickson di hadapan Hotel Seri Malaysia.Program 3 hari 2 malam bersama kohai INTEC sungguh memberi tinggalan memori yang cukup mendalam.
Di suasana yang masih hening selepas solat subuh,Ustaz Redha membawa kami ke tepi pantai menikmati udara segar pagi hari.Kami di arah supaya memandang laut yang tidak nampak hujungnya itu.Ya...Air yang melaut luas itu memang tidak nampak apapun melainkan satu permukaaan tanpa hujung.Lalu ustaz Redha mencelupkan tangannya ke dalam air laut tersebut.Ustaz Redha menyuruh kami melihat air yang menitis dari hujung tangannya itu.Ustaz menerangkan itulah nisbah ilmu kita semua.Dan air laut yang meluas itu adalah nisbah ILMU Allah SWT.
SubhanaLlah..........
Masih ada kah sifat ego dalam diri kita??
kunci ilmu adalah sentiasa merendah diri....(sekadar gambar hiasan)
Mari muhasabah diri kita pula....
No comments:
Post a Comment