mulakan hari dengan solat..
Hujung tahun 70-an adalah antara detik bersejarah di negara kita.Ketika itu di khabarkan oleh ustaz,tudung mini telekung telah diperkenalkan.Pada masa yang sama,rata rata kaum wanita di kala itu amat jarang bertudung.Yang ada pun hanyalah ‘trend’ mini tudung yang hanya menutup rambut,namun leher dan anggota lain yang perlu di tutup masih lagi terdedah.Jadi,mini telekung yang di perkenalkan dapat menambah baik kualiti pemakaian tudung ketika itu.Di ketika itu juga,pertubuhan Al Arqam yang dikenali ramai mulai aktif sekitar awal 80-an.
Adakah ini secara kebetulan?
Sedikit perkongsian pengalaman :
Saya pernah berada di perkampungan Al Arqam suatu ketika dahulu.Keberadaan saya di sana ketika itu ialah kerana menziarahi salah seorang saudara saya yang juga aktif di perkampungan itu.Oleh kerana usia ketika itu terlalu muda (sekitar pertengahan tahun 80-an) tidak banyak memori yang dapat dirakam.Hanya yang saya ingat,saya di ajak oleh anak lelaki saudara saya itu solat berjemaah di surau.Ketika itu,apabila saya sampai di surau,ramai juga golongan anak anak kecil sebaya saya telah terlebih dahulu sampai.Pakaian mereka mirip sama,berserban dan berjubah.
solat itu tiang agama....
Seperti keadaan di mana mana musolla,apabila Imam mula mengangkat Takbiratul Ihram,jemaah yang lain pun mengangkat takbir yang sama.Tapi yang menariknya di sana ketika itu, ada beberapa lelaki dewasa yang mengawasi saf kanak kanak yang ada di belakang saf orang dewasa.Lelaki lelaki berkenaan akan membetulkan saf kami yang berterabur.Ada yang di angkat ke dalam saf disebabkan berdiri agak jauh dan terpisah dari saf.Selepas keadaan saf kami agak sempurna dan kami berada di dalam keadaan yang berdisplin,barulah lelaki lelaki tadi masuk ke saf utama untuk memulakan solat mereka pula.Keadaan ini saya tidak pernah jumpa lagi di mana mana jua musolla yang saya pernah singgahi.
Selesai solat kami pulang untuk makan tengahari.Antara kami dalam perjalanan pulang itu,singgah di sebuah bangunan yang mirip seperti sekolah.Saya pun tidak pasti.Di rumah,kami di jamu selaku tetamu.Tuan rumah mengatakan,kalau hari biasa mereka makan di dalam talam.Tetapi hari itu,kami makan di dalam pinggan seperti kebiasaan orang orang awam yang lain.Selepas makan saya bermain main dengan anak anak yang lain.Sambil bermain main dengan saya,mulut mereka asyik mengalun nasyid dan zikir.Yang peliknya,ia keluar dari mulut mereka seolah olah mereka sudah biasa mempraktikkanya.Yang bagusnya,selang beberapa ketika ada beberapa zikir yang saya mampu alunkan bersama sama mereka.
Sekadar itu sahaja memori yang mampu di ulang kembali ketika ini…
Cantikkan kalau suasana rumah dan persekitaran kita juga kita mampu jadikan begitu.Di samping urusan dunia yang perlu kita selesaikan,urusan akhirat juga di sempurnakan dengan sebaik mungkin.Urusan dunia pula di lakukan di selang seli dengan zikir zikir yang dapat mengelakkan dari hati lalai dari mengingati Allah SWT.
Kembali kepada isi kuliah....
Ustaz khabarkan lagi,sekitar pertengahan 80-an,menutup aurat samada lelaki atau perempuan ketika itu seperti sudah menjadi lumrah.Terutamanya,pertambahan kadar menutup aurat (bertudung mini telekung) bagi kaum wanita.Ketika itu juga,murid murid perempuan yang datang ke sekolah hampir kebanyakkannya bertudung.Sehinggakan kerajaan Indonesia ketika itu memuji usaha kerajaan Malaysia menerapkan pemakaian tudung dalam sistem pendidikan kita.
Seingat saya pun...
datang ke sekolah bertudung....
(hanya gambar hiasan...)
Sekitar pertengahan 80-an,ketika itu di dalam kelas saya sendiri pun,sewaktu sekolah rendah sudah tiada murid yang memakai baju kemeja ber'pinafore' yg mendedahkan aurat bagi pelajar perempuan.Kawan kawan saya hampir semua datang ke sekolah dengan berbaju kurung dan bertudung litup.
Namun....20 tahun selepas suasana tersebut....
Kini jemaah Al Arqam telah di haramkan di Malaysia.Saya sendiri secara peribadi cuba membaca sedikit demi sedikit sejarah Al Arqam dari mula penubuhannya sehinggalah ianya di putuskan haram sehingga ke hari ini.Tapi yang jelas hadirnya jemaah Al Arqam ini bukanlah sia sia.Kerana Allah SWT menjadikan kita bukan sia sia.
Saya titipkan sedikit apa yang saya temui dalam pembacaan saya.....
"Sebagai sebuah pertubuhan Islam dan gerakan dakwah, peranan dan penglibatan Al-Arqam dalam arus kebangkitan semula Islam di negara kita tidak boleh diketepikan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1968 sehingga membawa kepada pengharamannya pada tahun 1994, Al-Arqam telah memainkan peranan sebagai agen perubahan sosial yang penting di kalangan masyarakat Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Al-Arqam bukan sahaja memaparkan satu cara hidup yang tersendiri, malahan telah memperkenalkan sistem, model dan cara hidup Islam berdasarkan keyakinan yang dipegang oleh para anggota Jemaahnya."
Tetapi di sebalik pengharaman Al Arqam lain pula jadinya.
Kini,antara masyarakat sedar atau tidak,ikatan antara masyarakat Islam di mana mana juapun dengan penutupan aurat semakin hari semakin longgar.Di kawasan taman saya sendiripun,dapat di lihat ramai di antara murid murid sekolah yang menunggu van di pagi hari untuk ke sekolah,beruniform tanpa tudung.Malah banyak lagi situasi situasi lain,yang kalau tidak di sebutkan di sini pun hampir ramai antara kita sedia maklum bahawa semakin hari semakin banyak kejadian keruntuhan akhlak generasi muda.
Mengapa ini terjadi?
Dengan asakan budaya mewarnakan rambut datang bertalu talu,media massa pula samada elektronik ataupun media cetak asyik menayangkan program realiti yang semakin hari semakin seolah olah tiada pengawalan,mampukah anak anak kita terselamat dengan fitnah pada hari ini?
Ustaz memberi penegasan.Antara garis batasan busana muslimah adalah :
1. Memakai tudung sehingga ke paras bawah dari dada.
2. Pakaian tidak jarang,ketat dan singkat.
3. Pakaian tidak berfungsi sebagai perhiasan (tabarruj).
4. Tidak menyerupai pakaian ahli ibadah agama lain.
5. Tidak memakai wangi wangian.
Namun berdasarkan garis batasan di atas,berapa ramaikah antara kaum wanita di luar sana mampu mengikutnya 100%.Sedangkan menutup aurat itu wajib.
Di sebalik itu,usaha harus di giatkan.Jika Al Arqam sudah ‘tiada’ adakah kita generasi muda tidak mampu membuktikan sesuatu di sepanjang usia kita?
Sebagai ingatan.....
Janganlah memandang hina golongan golongan yang di lihat tidak mengikut landasan agama.Mereka mungkin jahil.Mereka mungkin tidak tahu.Ataupun mereka sedang lalai.Mungkin juga mereka mengharap ada orang akan mengingatkan dan menyedarkan kita.
"Seperti kita yang sedang nyenyak tidur,kita akan terasa enak jika tidur itu dapat di teruskan agak panjang.Namun yang tidur itu juga mengharapkan sekiranya dia tidak mampu jaga dari tidur pada waktu tertentu,moga moga ada sesiapa yang akan mengejutkannya demi meneruskan hidup.Bukankah hakikatnya begitu?"
Sekali lagi,usaha menyedarkan manusia ke arah menuju agama harus digiatkan.Kita sendiri pun tidak pasti apakah yang akan terjadi dan berlaku di penghujung hidup kita.
Ya Allah! Jadikanlah aku hamba yang beramal dengan ikhlas.
Ya Allah! Jadikanlah aku hamba yang beramal dengan ikhlas.Ya Allah! Jadikanlah aku hamba yang beramal dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment