Tuesday, February 23, 2010

:: Lidah yang lembut itu ::


"Bergema suara takbir di angkasa,
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa,"

Agaknya bagaimanakah pencipta pencipta lirik lagu mendapat idea dan ilham mereka.Kadangkala secara tidak langsung,bila kita mendengar lirik yang sudah di melodikan itu,ia dapat menyentuh jiwa kita yang mendengarnya.

Lirik di atas adalah antara lirik lagu yang saya kira mesejnya agak memberangsangkan minda untuk berfikir.Saya bukanlah ahli seni,jauh sekali boleh menafsir seni sesuatu rekaan.Namun dalam diri saya,saya amat meminati seni.( Sekadar luahan rasa…)

Bertempat di Masjid Bandar Baru Senawang tanggal 11 Feb 2010, Ustaz Jemputan Al Fadhil Tn Haji Hambali bin Saad telah menyampaikan kuliah maghribnya.
(minta maaf di sebabkan agak terlambat sampai saya tidak pasti kitab apa yang menjadi rujukan dan tajuk kuliah malam itu.)

Di bawah di kongsikan isi kuliah yang sempat di catat.

Antara adab ziarah orang sakit.

1. Mendoakan kesejahteraan pesakit.Namun tidak perlu sehingga menadah tangan,di takuti di salah anggap oleh sesetengah orang.
(Beberapa hari lepas saya ada terbaca 1 artikel mengapa kita menadah tangan ketika bedoa.Menadah tangan menghala ke langit itu sebagai menandakan arah kiblat doa.Sepertimana solat,doa juga mempunyai kiblatnya.Jadi kiblat doa ini sedikit sebanyak memberi penjelasan Allah bukan berada di langit,hanya kiblatnya sahaja ke sana.Wallahua’alam)
2. Ziarah tidak terlalu lama.Hanya sekadar 10~15 minit bergantung kepada keadaan.
3. Sekiranya pesakit adalah bukan mahram,perlu menjaga adab dan aurat.
4. Memberi hadiah yang sesuai.Contoh hadiah : Buku buku yang mempunyai kandungan yang ringan,terutama sekali yang memberi ingatan dan input input agama.Sekiranya di fikirkan tidak sesuai,boleh di ganti dengan biji tasbih.Walaupun kadangkala tasbih itu sendiri tidak di guna sepanjang masa oleh si pesakit,setidak tidaknya tasbih tadi dapat menjadi pengingat kepada sesiapa yang memandangnya.

Kisah Abu Lu’lu’ah.

Di zaman Saidina Umar r.a menjadi khalifah,telah di keluarkan arahan tidak lagi dibenarkan orang kafir (yahudi,nasrani,majusi) duduk lagi di dalam tanah haram.Mughirah bin Syu’bah mempunyai seorang hamba berbangsa Parsi yang bernama Abu Lu’lu’ah al-Farisi al-Majusi. Abu Lu’lu’ah adalah seorang yang mahir dalam bidang kayu, batu dan besi.Di ketika Abu Lu’lu’ah tinggal bersama Mughirah bin Syu’bah,dia telah membuat sebilah pisau bermata dua.Dan dengan pisau inilah dia telah membunuh Saidina Umar dan beberapa orang sahabat lain ketika solat subuh.

Kisah Amru Al Asr.

Sewaktu hampir meninggal dunia,sahabat Nabi ini mengenang kembali sejarah hidupnya.
Katanya, “ Tiada siapa yang lebih aku benci melainkan apabila melihat Rasulullah SAW.Aku paling suka dalam diriku apabila aku menjumpai Baginda SAW,aku akan bunuhnya.Sekiranya aku mati ketika itu,pastilah aku menjadi ahli neraka kerana tidak mentaati ajaran Nabi SAW."

Sambungnya lagi,
“Apabila Islam memasuki hati dan diriku,aku berjumpa Nabi SAW dan menyatakan hajatku untuk memeluk agama Islam.Aku menyatakan 1 syarat ketika itu supaya segala dosa aku sebelum ini di hapuskan.Ketika itu,aku terlalu kasih kepada Nabi SAW sehinggakan aku tidak mampu mengangkat muka untuk bertentang mata dengan Nabi SAW di sebabkan kehebatan yang ada dalam diri Baginda.Sekiranya aku mati ketika itu,aku berharap aku dapat masuk syurga”

Di beritakan juga,ketika perjanjian Hudaibiyah,Amru Al Asr lah antara orang yang memprotes isi perjanjian tersebut.Bencinya Amru Al Asr terhadap Nabi SAW,sehinggakan dia menyuruh pihak Islam memadam nama Muhammad Rasulullah di dalam perjanjian itu.Saidina Ali KWJ yang mendengar ketika itu menolak permintaan Amru Al Asr.Namun Nabi SAW yang mendengar protes itu menyuruh nama Baginda di padam selepas di tunjuk oleh sahabatnya di manakah nama Baginda di tulis.

Begitulah iktibar kisah para sahabat.Ustaz menjelaskan,jangan kita hina orang yang menentang Islam.Mungkin penentangannya di sebabkan ketidakfahamannya tentang Islam itu sendiri.Bersangka baik dan usaha dakwah ke atas mereka harus di perhalusi.Dengan kita sabar berdakwah ke atas golongan tersebut,moga moga doa dan usaha kita,Allah SWT turunkan HIDAYAH terhadap mereka.

Ingatlah,kita sendiri tidak tahu lagi apa kesudahan hidup kita.

Apakah kita akan ingat akan akhirat sedangkan sekarang kita sibuk mengejar dunia?
Apakah kita akan kekal dapat mengingat tentang akhirat walaupun kita sibuk berusaha ke arah itu?

Wallahua’alam.
Peringatan untuk diriku yang selalu lupa.

No comments: