Tuesday, September 1, 2009

R n R


hidup adalah 1 perjalanan...

Sabtu yang lepas saya berkesempatan untuk pulang ke kampung untuk sama sama berpuasa dan berbuka puasa bersama keluarga.Dalam perjalanan pulang,sempat saya singgah ke sebuah pasar tani dengan niat hendak mencari ole ole untuk di bawa balik ke kampung.Namun akhirnya lain yang di cari lain pula yang saya beli......

Ceritanya begini....

2 minggu lepas saya baru sahaja mendapat resepi masak pucuk maman,sejenis masakan orang N9.Dalam masa yang sama satu jenis masakan yang sudah lama saya gemari tapi belum dapat skill memasaknya.Itu pun sebab takut hendak mencuba,kerana rata rata orang yang saya tanya,”pucuk maman ni kalau tak pandai masak,lauk jadi pahit,” begitu respon mereka.Saya biarkan niat saya berkubur begitu sahaja,setiap kali hati tergerak untuk belajar sendiri memasak pucuk maman.Takut dan di takut takutkan......

Akhirnya saya dapat berjumpa juga seorang makcik yang dapat memberi saya resepi memasak pucuk maman bersama petuanya sekali.Full package.

Apa lagi,dengan tak sabar sabar,saya cari bahan bahannya termasuklah bahan utama iaitu pucuk maman.Punyalah susah mencari pucuk maman di pasar malam.Begitulah biasanya,masa tak di cari,ada sahaja dan mudah kita temui,bila hendak di cari seakan sukar untuk di temui.Adakah itu secara kebetulan ataupun ada hikmah yang Allah SWT sembunyikan.Wallahua’alam.

Diringkaskan cerita,berjaya juga saya melengkapkan resepi saya,ayam masak pucuk maman.Namun di sebalik itu ada 2 kelemahan yang dapat di kesan.Rasanya terlebih masam,mungkin terlebih asam keping dan daging ayamnya agak hancur mungkin kerana ayam tak terlalu sesuai.

Sebelum ini saya ada juga bertanya,apa jenis daging ayam yang di guna untuk memasak pucuk maman.Ada sekali saya mendapat respon mereka menggunakan daging ayam telur ataupun lebih glamour dengan nama ‘ayam pencen’.SubhanalLah.....Sudah ketentuan Allah,ayam pencen pun boleh berjasa juga.Tapi saya dapat menduga akhirnya,daging ayam pencen yang agak liat agak sesuai untuk masakan pucuk maman.Ini kerana masakan ini perlu di biarkan di atas api agak lama untuk mengeringkan santannya.Liat dan tahan lama....(macam iklan TV)

ayam...bermacam ayam..ayam daging,ayam kampung...

Alhamdulillah,saya dapat jalan penyelesaian kepada daging ayam yang agak hancur bila sudah selesai di masak. Pencen pun pencenlah......

Pengajaran 1:
Jangan pandang sebelah mata pada kejadian Allah.Walaupun hanya pada seekor ayam yang sudah pencen bertelur.


Berbalik kepada cerita pasar tani,saya sebenarnya ingin mencari bahan mentah untuk memasak pucuk maman buat kali kedua.Kali ini bercadang untuk di masak dan di jadikan juadah berbuka puasa di kampung.Kebetulan kakak ipar saya juga penggemar masakan pucuk maman.Apa kan daya,pucuk maman yang di cari pucuk pegaga yang dapat ku jumpa….

Akhirnya juadah berbuka puasa versi dan ala kampung,isteri saya yang menjadi chief dan saya hanya mampu menjadi ‘food tester’nya.


....sedikit untuk perkongsian sepanjang Madrasah 8,9 dan 10 Ramadhan :

Perjalanan balik kampung kali ini saya memilih untuk melalui 100% 'jalan lama' tanpa melalui lebuhraya PLUS.Selalunya saya akan memilih untuk masuk di plaza tol Senawang dan keluar di exit Ayer Keroh.Itu pun tolnya sahaja sudah mencecah RM17 pergi dan balik.Keluar dari plaza tol saya akan menyambung perjalanan melalui jalan raya biasa.

Santai dan rilex.Itu kelebihan melalui jalan kampung.Alhamdulillah,perjalanan lancar di atas jalan raya dari Senawang ke Rengit,Johor walaupun agak keletihan memandu.Dapat saya rasakan bagaimana agaknya perjalanan tanpa menggunakan lebuhraya.Terpaksa bersabar yang amat.Terpaksa pula mengekor lori dan bas sebelum dapat memotongnya di tempat tertentu,lampu isyarat yang entah berapa puluh bilangannya dan yang tak boleh lupa kualiti jalan yang agak teruk di sesetengah tempat.Cabaran bulan puasa agaknya.Namun itulah perjalanan yang terpaksa di tempuh oleh orang terdahulu.

Di sebalik itu pula,dengan adanya lebuhraya perjalanan dapat di mudahkan dan agak selesa.Memang itu tugas pentadbir sesebuah Negara atau negeri tak kira besar atau pun kecil.Namun sayang sekali,dengan kadar tolnya yang tinggi agak terbeban juga bagi sesetengah pengguna.Saya lebih rela memandu melalui jalan raya biasa,dan kadar tol yang patut saya bayar itu saya gantikan untuk menafkahkannya pada keluarga saya.

Pengajaran 2.
Setiap orang mempunyai tanggungjawab,dan tanggungjawab itu akan di Tanya di Akhirat kelak.


Saya tiba di kampung mertua saya hampir waktu zohor.Masjid Sg Bagan agak ramai jemaahnya memandangkan hujung minggu dan jatuh pula cuti umum Hari Kebangsaan.Ramai orang yang mengambil kesempatan cuti panjang untuk pulang ke kampung.Waktu asar pun begitu,jemaah tetap ramai tak seperti hari hari biasa.Selepas solat asar ada tazkirah ringkas yang saya rasa agak menarik penyampaiannya.Tajuk berkisar amalan pada bulan Ramadhan,di sampaikan pulaoleh seorang yang amat saya kenal perwatakkan dan latar belakangnya.

Sedikit saya kongsikan :

Puasa bulan ramadhan bukan sahaja menahan diri dari perkara perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum tetapi wajib juga menjaga perkara perkara yang mengurangkan atau membatalkan pahala puasa.Banyak contoh yang boleh di senaraikan antaranya mengumpat,mencerca orang,menipu,memfitnah,tidak menjaga pandangan,membuat perkara sia sia dan bermacam macam lagi.

Ustaz juga menceritakan,salah satu sunnah Nabi SAW adalah memberi tazkirah selepas Asar.Kerana asar ini adalah permulaan waktu sebahagian maksiat bermula.Biasanya selepas asar ini,orang ramai telah selesai waktu bekerja dan menuju pula ke destinasi tertentu.Jadi kalau peringatan tidak di beri,maka selepas asar sesetengah orang akan pergi ke tempat tempat maksiat yang akhir akhir ini semakin bertambah bilangannya,hatta pada Bulan Ramadhan yang penuh barokah ini.

Pengajaran 3.
Jangan jadi seperti orang yang di ceritakan oleh Nabi SAW yang puasa dihujungnya hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Hari ahad saya balik pula ke rumah orang tua saya di Muar.Di sini.budaya tradisi semenjak saya kecil,bila tiba bulan puasa masyarakat di kawasan kampung saya dan persekitarannya ada mengamalkan budaya ‘munjung’.Di mana di sediakan makanan biasanya nasi impit,lodeh,sambal kacang dan ayam berlauk lalu akan di sedekahkan pada jiran terdekat.Kalau dulu juadah di isi di dalam mangkuk tingkat atau ‘tepen’ tapi sekarang zaman dah agak maju,bekas plastik menjadi pengganti,istilah orang sekarang ‘tipuware’ mengambil sempena nama ‘tupperware’ tiruan.

juadah mangkuk tingkat...

Budaya ini amat menarik kerana tuan rumah akan membalas ‘punjungan’ kita mungkin pada hari yang lain.Dan biasanya juadah akan di agih agihkan sebelum atau sesudah asar.Jadi sudah tidak perlu lagi menyediakan juadah untuk hari itu.Mungkin ada sesetengah tempat,'munjung' di buat pada pagi raya.Nampak sama tapi tidak serupa.Kerana fadhilat Ramadhan mungkin tak sama dengan Fadhilat Syawal.Wallahua’lam.

Pengajaran 4.
Bulan puasa ummat Islam di galakkan memberi juadah berbuka kepada jiran,tak kira jiran itu kaya atau miskin.Biasanya kita di galakkan untuk membantu golongan fakir miskin,namun bulan puasa khas,kita di galakkan memberi juadah berbuka kepada jiran tetangga.


Saya sampai kembali di Senawang pada petang isnin selepas waktu asar.Masa terlalu suntuk untuk memasak sebelum maghrib.Jadi saya ambil keputusan untuk pergi ke Bazar Ramadhan mencari sesuatu untuk di buat juadah berbuka.Walaupun situasinya tetap sama seperti tahun tahun lepas,namun apa yang saya perhatikan harga makanan agak berbeza kalau hendak di bandingkan.Sekeping martabak daging yang hanya sesuai menjadi santapan berbuka untuk seorang sahaja berharga RM4.Bagaimana kalau sebuah keluarga di bandar yang rata rata mempunyai 4 atau 5 orang ahli.Jumlah yang agak besar perlu di belanjakan hanya untuk 1 jenis juadah.Perlu di fikir fikirkan......

Murtabak daging...antara menu tetap Bazaar Ramadhan

Pengajaran 5.
Walaupun masa agak mencemburui kita,rancanglah dengan betul.RM20 yang kita belanjakan di Bazar Ramadhan tak sama nilainya dengan RM20 yang kita belanjakan untuk membeli bahan mentah di Pasar Basah.Barokahnya juga jauh berbeza.


"obseRve n React......"



asam garam yang mewarnai kehidupan

"Jom gamatkan Tadarus Al Quran"

3 comments:

aiDa said...

pucuk maman? gapo dio tu wak? 1st time dgr... :D

WAK said...

pucuk maman sejenis tumbuhan melata.agak pahit rasanya dan sesuai jgk kalo nak di buat ulam.den pun x tau ado tumbuhan jonis ni kek mesia.den dok nogori baru tau n jumpo.ayam masak pucuk maman ni ala2 msk lomak cili api tapi versi koring.podeh n totap berapi....

aiDa said...

owh.... tq 4 d info. nanti tunjuk gambar aaa.. ::teringat2 gulai lomak daging salai pilah... yum yum...::