Wednesday, September 2, 2009

Rumah kita @ rumah orang

Entry sebelum ini saya ada menyatakan ketidakpastian tentang dari manakah datangnya konsep taman perumahan yang ada diguna pakai di Malaysia.Persoalan itu masih tidak terjawab.InsyaAllah akan saya cari jawapannya kemudian…

........hanya gambar hiasan

Sebahagian besar dari kita mungkin tidak asing dengan fenomena dan panorama rumah di taman perumahan.Walau di mana jua letaknya,konsepnya tetap sama.Jiran tetangga hampir boleh di katakan sepelaung sahaja jaraknya.Mungkin akan ada penduduk yang tidak berjiran itupun di sebabkan rumah yang berdekatan tidak berpenghuni.Mungkin kes yang sebegini amat sedikit bilangannya.Wallahua’alam.

Saya sendiri sekarang adalah salah seorang penghuni taman perumahan sejak beberapa tahun yang lepas.Alhamdulillah,Allah SWT Mengurniakan saya dengan jiran jiran yang amat saya hormati.Jiran,walaupun kadangkala tiada kaitan darah langsung namun terkadang sifat dan sikap mereka langsung tidak melihat dari sudut tersebut.Susah senang di kongsi bersama.Yang keluar dari corong dapur terkadang aroma masakan yang enak dan harum namun siapa sangka,rezeki boleh datang bergolek.Dalam sekelip mata aroma bertukar menjadi nyata dan kita dapat sama berkongsi rasa masakan tersebut walaupun terkadang tidak seberapa.

Itu sebahagian dari panorama yang enak di dengar dan sedap mata memandang.

Apakata kita 'tune' sebentar 'channel' pemandangan kita...

Samada sedar atau tidak,antara sifat dan kegemaran masyarakat kita adalah suka mengubah suai keadaan bentuk fizikal rumah.Samada di perbesarkan keluasan struktur bangunan ataupun di tambah elok aspek tertentu.Kebiasaannya pula samada halaman rumah akan menjadi pilihan untuk membesarkan ruang tamu ataupun ruangan belakang yang menjadi pilihan untuk membesarkan kawasan dapur.Namun besar manalah sangat kawasan yang ada untuk tujuan itu.


Dari sudut lain pula,ruang yang terbatas samada di halaman ataupun di ruangan belakang rumah akan menyebabkan ia semakin terbatas.Kadangkala ruangan belakang rumah tidak perlu di pagar kerana dinding rumah sudah betul betul di tepi longkang.Akibatnya samada ampai baju yang dahulunya di tempatkan di antara pagar belakang dan dinding rumah kini di letakkan di atas jalan belakang ataupun di halaman rumah atau juga mungkin di bahu jalan utama.

Memang itulah lumrah hidup,bila kita ambil sesuatu kita akan kehilangan sesuatu.Kita ambil ruang belakang rumah,kita hilang tempat ampai baju.Terpaksa….memandangkan kurangnya keselesaan dalam ruang dalam rumah asal yang telah di bina oleh pemaju.

Apa sebenarnya yang ingin saya perkatakan?

Kita kadangkala amatlah tidak sensitive tentang sesetangah hak ‘privacy’ dalam hidup kita.Kita terlalu lantang mempertahankan hak ‘privacy’ kita bila ianya di ceroboh,tapi rupanya tanpa kita sedari kita sendirilah yang mengundang orang lain untuk mencerobohnya.

Kenapa jadi begitu? Cuba renung dan fikir sejenak situasi di bawah….

Kerap ke tidak antara kita,apabila sedang melalui kawasan taman perumahan dan menoleh ke halaman rumah orang,apakah perkara biasa yang kita terpandang? Adakah salah satu jawapan pembaca adalah terlihat ampai baju mereka.Mungkin situasi yang dinyatakan sebelum ini menyebabkan ampai baju itu berada di situ.Tapi apa yang amat tidak men’yedap’kan mata yang memandang ialah terkadang di ampaian baju itu bukan sahaja baju dan seluar biasa yang tersidai malahan baju dan seluar yang luar biasa turut di gantung bersama.Kadangkala berwarna warni,seperti pameran pula lagaknya….

....hanya gambar hiasan

Pakaian dalam adalah salah satu harta peribadi kita.Terutama sekali pakaian dalam wanita.Kerana wanita antara fitrah kejadiannya adalah mudah menarik perhatian orang untuk memandangnya samada fizikal ataupun penerampilan.Bayangkan kalau yang memandang ampai baju itu adalah orang yang berniatkan sesuatu.Bukankah itu mengundang sesuatu yang tidak di ingini.Ataupun ampaian baju itu merupakan milik seseorang yang kita kenali maka lintasan lintasan yang tidak sepatutnya di fikirkan secara tidak langsung akan terbayang.

Amat sukar mengawal pergerakkan mata seseorang melainkan kita sendiri yang mengubahnya.Jika kita tidak mengundang mata orang untuk melihat adakah ada kebarangkalian 2 pasang anak mata akan menoleh? Adakah kita hendak mengusulkan kepada pemaju perumahan untuk merungkai permasalahan ini supaya merekabentuk rumah sesuai dengan kehendak pengguna.Ini mungkin agak sukar,mereka juga punya keupayaan yang terhad.Maka tanggungjawab pemilik rumahlah untuk menyediakan tempat sesuai untuk menyidai pakaian dalam.Yang penting ianya tersorok dan terlindung dari khalayak umum.

Kan selamat tu…Tak perlu risau lagi pakaian dalam yang berjenama dan bukan murah harganya tiba tiba hilang ketika di jemur…

Itu baru isu pakaian dalam.

Jika kita lihat iklan di Television,kita akan dapati terdapat satu lagi hal yang bagi saya,sensitif tetapi masih lagi di iklankan.Tidak lain dan tidak bukan adalah iklan ‘tuala wanita’.Wajarkah ‘benda’ sebegitu di iklankan.Adakah dengan tidak di iklankan tiada pembeli yang ingin membelinya.Ataupun adakah dengan tidak di iklankan,teknologi terkini tentang ‘benda’ tersebut tidak dapat di sampaikan kepada pengguna.Adakah semata mata television sahaja yang boleh menjadi alat pengiklanan.Kita masih ada banyak cara untuk mengiklankan barangan.Tetapi bagi saya,cara menggunakan ‘objek’ yang bergerak untuk iklan sedemikian rupa amatlah tidak sesuai.

Cuba bayangkan,anda melihat iklan di television yang sedang mengiklankan tentang makanan atau minuman yang sudah tentu enak rasanya.Di manakah tumpuan anda semua.Adakah pada latar belakang ataupun pada objek yang di iklankan.Sudah tentu pada makanan atau minuman tersebut.Betul atau tidak….??

Begitu juga dengan isu iklan tuala wanita.Di mana agaknya tumpuan penonton sekiranya iklan ini sedang di siarkan.Anda tentu boleh memikirkannya sendiri…..

Apakah perkara ini tidak terlintas dalam hati dan benak mereka?????

Dari mana datangnya cinta?
Dari mata turun ke hati….
Dari mana puncanya dosa?
Dari hati yang sudah gelap dan mati….



Pandangan kita wajib juga di kunci sebegini....

Jom berubah dan mengubah!!

No comments: